Anda di halaman 1dari 2

Untuk membina sebuah jambatan yang kukuh dan stabil, banyak faktor yang perlu diambil kira

seperti jenis bahan yang digunakan, reka bentuk jambatan dan juga faktor persekitaran.

Dari segi fizik pula, faktor utama yang perlu dititikberatkan adalah daya mampatan dan tegangan.
Sesebuah jambatan akan melentur apabila terdapat beban di atasnya dan menyebabkan sebahagian
struktur mengalami tegangan manakala sebahagian lagi mengalami mampatan. Sekiranya sebuah
jambatan tidak direka dengan baik, daya mampatan boleh melengkungkan jambatan, manakala daya
tegangan boleh mematahkannya. Lihat rajah di bawah yang menunjukkan bagaimana daya
mampatan dan tegangan bertindak ke atas sebuah jambatan.

Objektif:

Membina sebuah jambatan kayu paling tegap serta kukuh untuk menampung beban paling maksima.

Reka bentuk jambatan yang terbaik ialah dengan adanya struktur segi tiga untuk menambahkan lagi
kekukuhan jambatan tersebut.

Masalah:

Membina sebuah jambatan kayu aiskrim yang kukuh dan tegap yang boleh menampung beban
maksima dengan menggunakan batang kayu ais krim dan gam. Ukuran jambatan sekurang-kurangnya
25cm panjang dan 7cm lebar serta mengikut salah satu struktur design yang ada.
Jenis jambatan

Jambatan kekuda (Truss Bridge)

Truss Bridge adalah jambatan dengan struktur menanggung bebannya yang terdiri daripada satu siri
segitiga kayu atau logam, yang dikenali sebagai kekuda. Memandangkan segitiga tidak boleh
diherotkan oleh tegasan, kekuda memberikan bentuk yang stabil yang mampu menampung beban
luar yang besar dalam rentang yang besar.

Contoh jambatan kayu aiskrim yang dibuat oleh kami

Jenis jambatan: Truss Bridge

Dapat menampung berat botol air sebanyak 10kg.

Patah apabila menggunakan beban manusia seberat 50kg.

Menggunakan 99 batang ais krim dan juga gam.

Kesimpulan

Berdasarkan beberapa maklumat yang telah dikaji, jambatan jenis truss merupakan antara jenis
jambatan yang sesuai untuk pembinaan jambatan kayu ais krim kerana kebanyakkan video yang saya
lihat menggunakan jambatan dengan reka bentuk ini dapat menampung berat yang maksimum
sebelum sepenuhnya rosak. Jambatan jenis truss ini juga memudahkan pelajar untuk mencari bahan.

Anda mungkin juga menyukai