Anda di halaman 1dari 13

NAMA : HELMI BIN ABD.

HALIM
NO. MATRIKULASI : 760923025305001
NO. KAD PENGENALAN : 760923-02-5305
NO. TELEFON : 013-4711745
E-MEL : helmihalim2376@gmail.com
PUSAT PEMBELAJARAN : Seberang Jaya,Pulau Pinang
KURSUS : PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (ISLAM)
KOD : ABSR3103

BAHAGIAN A
Soalan 2 a).
Jawapan :-
i. Faktor Ekonomi Termasuk keadaan persekitaran dan umum serta aliran persaingan.
ii. Perubahan Teknologi Termasuk robotic, Inteligent Of Technology (IOT) dan autonomi
pejabat.

Soalan 2 b).
Jawapan :-
Perancangan adalah merupakan fungsi yang penting dalam pengurusan sumber manusia.
Organisasi bergantung sepenuhnya kepada pekerja mereka dan perancangan akan melibatkan
masa hadapan organisasi. Tanpa sistem perancangan yang baik dan teratur, pastinya masa depan
organisasi tidak akan terjamin. Pengurusan haruslah merancang satu proses perekrutan yang baik
Perekrutan yang menyulitkan akan menyebabkan para pemohon ketinggalan maklumat tentang
organisasi tersebut. Ini akan menyebabkan pekerja yang mempunyai kelayakan untuk pekerjaan
yang ditawarkan akan terlepas peluang tersebut. Ia akan merugikan organisasi kerana kehilangan
aset yang dapat membangunkan organisasi. Perekrutan yang menyenangkan perlu diaplikasikan
dalam proses pengiklanan, temuduga serta kenaikan pangkat agar ia memberi kesan yang positif
kepada organisasi. Ini kerana pengambilan yang menepati prinsip yang telah ditetapkan akan
memberi keuntungan kepada pekerja serta organisasi. Jika kerja yang diberikan kepada pekerja
bersesuaian dan tepat, ia akan menyebabkan rasa seronok terhadap pekerjaan tersebut, seterusnya
akan menghasil produktiviti kerja yang paling maksimum.
Prinsip Prinsip Penting Perekrutan

Soalan 2 b).
Jawapan :-
Terdapat dua jenis ramalan yang dibuat untuk penawaran pekerja, iaitu:
(a) Tenaga Kerja Dalaman
Alat yang digunakan untuk mengesan sumber tenaga kerja dalaman terdiri daripada:
(i) Carta Gantian
Ia meliputi senarai pemegang-pemegang jawatan semasa dan mereka yang berkemungkinan
boleh menggantikan tempat jika jawatanjawatan tersebut dikosongkan.
(ii) Perancangan Penggantian
Perancangan penggantian merupakan proses mengenal pasti, membangun dan mengesan
individu-individu yang berkebolehan dan berkepentingan untuk jawatan-jawatan eksekutif.
(iii) Jadual Penstafan
Perbentangan secara grafik mengenai semua pekerjaan dalam organisasi, berserta jumlah semasa
pekerja-pekerja yang terlibat dengan pekerjaan tersebut. Ia juga termasuk keperluan pekerja-
pekerja untuk bulanan atau tahunan pada masa hadapan.
(iv) Analisis Markov
Analisis ini menggunakan kaedah mengesan corak pergerakan pekerja melalui pelbagai jenis
pekerjaan dari tahun ke tahun. Contohnya, pergerakan pekerja seperti kenaikan pangkat,
pemindahan dan pemberhentian pekerja.
(v) Inventori Kemahiran
Inventori kemahiran menyediakan fail-fail pekerja yang mengandungi maklumat mengenai
pendidikan pekerja, pengalaman pekerja, minat, kemahiran dan lain-lain yang membolehkan
pengurus memilih jawatan-jawatan sesuai dengan latar-belakang pekerja. Apabila data
dikumpulkan dan diberikan kepada pengurus, maklumat ini dipanggil perancangan inventori.

(b) Tenaga Kerja Luaran


Tenaga kerja luar ialah sumber tenaga kerja luaran yang diambil dalam penawaran pekerja
apabila:
(i) Berlaku Kekurangan Pekerja Pengambilan ini akan dibuat apabila terdapat kekurangan dalam
sumber dalaman untuk kenaikan pangkat, atau untuk jawatan baharu pada peringkat permulaan
atau bawahan. Pengurus mesti melihat kepada penawaran buruh daripada luar organisasi untuk
memenuhi kuota pengambilan pekerja untuk syarikat.
(ii) Pengaruh Tenaga Luar Terdapat banyak faktor luaran yang mempengaruhi penawaran buruh.
Antaranya ialah perubahan demografi, ekonomi, tahap pendidikan tenaga kerja, keperluan
kepada kemahiran tertentu, pergerakan populasi dan polisi kerajaan.
Soalan 3.
Jawapan :-
(a) Berdasarkan firman Allah dalam Surah al-Isra, ayat 70, terangkan keperluan latihan untuk
membangunkan pekerja dalam organisasi.
Untuk menjadikan program latihan dan pembangunan berkesan, kita hendaklah kembali kepada
konsep Islam tentang manusia. Ciri-ciri latihan dan pembangunan pekerja mestilah mampu
memupuk dan membangunkan semangat dan nilai-nilai Islam berdasarkan prinsip-prinsip berikut
:
i) Memahami Konsep Manusia
Latihan yang berlandaskan Islam mestilah memahami perisian manusia iaitu
memastikan jenis-jenis perisian yang ingin dimasukkan ke dalam jiwa manusia
seperti fardhu ain dan fardhu kifayah. Latihan yang baik perlu mengambil kira aspek-
aspek yang hendak difokuskan di dalam diri individu pekerja. Kita harus kembali
kepada konsep Islam mengenai manusia terlebih dahulu. Dalam konsep Islam
mengenai manusia dinyatakan bahawa manusia diciptakan daripada dua unsur, iaitu
tanah dan roh dari Allah S.W.T yang mempunyai kecenderungan dan tuntutan yang
saling bertentangan. Manusia juga dianugerahkan akal untuk dijadikan panduan dan
bimbingan dalam kehidupan.
ii) Tumpukan kepada Kebolehan Pekerja dan Kemahiran yang Diperlukan Latihan yang
hendak diberikan kepada pekerja perlulah bersesuaian dengan kebolehan dan
kemahiran yang diperlukan oleh organisasi. Ini dapat mengelakkan pembaziran masa
kerana melibatkan kos yang banyak. Islam memandang berat akan daya kebolehan
pekerja dalam memikul tugas yang diamanahkan kepadanya.
iii) Latihan Mestilah Baik dan Bertujuan
Mana-mana program latihan dan pembangunan yang berteraskan Islam mestilah
bertujuan untuk beribadah serta menjadi khalifah Allah S.W.T di dunia ini. Latihan
dan pembangunan individu Muslim dapat juga mempertingkatkan keimanan dan
ketakwaannya kepada Allah dengan menjaga kesempurnaan sembahyang, puasa,
tanggungjawab mengeluarkan zakat dan menunaikan haji bagi yang berkemampuan.
Latihan dan pembangunan juga dapat meningkatkan lagi tahap komitmen pekerja
kepada organisasinya dan dapat memberi tanggapan bahawa organisasi itu adalah
tempat yang baik untuk mereka bekerja. Tingginya tahap komitmen akan dapat
mengurangkan lantik-henti, ketidakhadiran dan seterusnya meningkatkan lagi
produktiviti dalam organisasi tersebut. Selain itu, matlamat latihan dan pembangunan
adalah untuk melahirkan individu Muslim yang berorientasikan amalan. Individu-
individu Islam yang dilatih itu akan mempunyai motivasi yang tinggi dalam
menjalankan tugasnya, kerana ia sedar yang sumbangan khidmatnya akan mendapat
ganjaran yang setimpal dari Allah S.W.T.

Kepentingan Latihan Dan Pembangunan

(b) Bincangkan usaha-usaha yang perlu dilakukan dalam fasa kemajuan sesebuah perancangan
kerjaya.
Jawapan :-
Fasa kemajuan bagi tahap-tahap kerjaya seseorang di dalam organisasi atau syarikat ialah di
kalangan mereka yang berumur dalam lingkungan 30 hingga 45 tahun. Para pekerja ini biasanya
sudah matang dan sudah mengetahui selokbelok pengurusan dan perancangan organisasi dalam
syarikatnya. Pada peringkat ini jugalah para pekerja akan diberi kenaikan pangkat dan beberapa
inisiatif lain yang berkemungkinan. Dalam fasa kemajuan ini juga, mereka tidak memfokuskan
kepada aspek-aspek keselamatan dan jaminan pekerjaan sahaja, sebaliknya lebih memberi
penumpuan kepada aspek-aspek pencapaian, kebanggaan dan autonomi. Ini kerana pada
peringkat ini, mereka telah dipengaruhi oleh ganjaran yang memberi kelebihan kepada prestasi
pencapaian di dalam organisasi. Mereka juga akan berbangga dengan kebolehan dan kecekapan
mereka dalam menguruskan sesuatu kerja yang berlandaskan kuasa autonomi yang mereka
perolehi. Dalam fasa kemajuan ini juga, mereka sudah boleh bekerja tanpa mengharapkan atau
terlalu bergantung kepada orang lain. Ini kerana mereka sudah mahir dan tahu bagaimana sesuatu
kerja atau tugas ini perlu diselesaikan. Seseorang tidak perlu lagi mencari kepakaran orang lain
kerana dia sudah mempunyai kepakaran yang sama dengan orang yang sebelumnya. Jadi, mereka
tidak perlu risau dan takut untuk membangunkan kerjaya mereka di dalam organisasi tersebut.

(c)Nyatakan fungsi kaunseling dalam pembinaan kerjaya seseorang individu.


Jawapan :-
Kaunseling kerjaya individu merujuk kepada sesi bersemuka antara pekerja dan kaunselor yang
bertujuan membantu pekerja menilai aspirasi kerjaya pekerja yang terlibat. Antara topik yang
biasa dibincangkan termasuklah tanggungjawab pekerjaan sekarang, minat dan objektif kerjaya.
Selalunya, kaunseling kerjaya dilakukan sendiri oleh para pengurus ataupun staf jabatan sumber
manusia sesebuah organisasi. Kaunselor profesional juga boleh diambil untuk membantu
pekerja. Terdapat beberapa kelebihan jika kaunseling kerjaya dilakukan sendiri oleh pengurus
iaitu:
 Pengurus lebih tahu kekuatan dan kelemahan pekerjanya; dan
 Pekerja menjadi lebih komited dan berpuas hati kerana pengurus faham tentang keinginan
kerjayanya.
Namun begitu, jika pengurus diberi tanggungjawab sebagai pengurus, belum tentu mereka dapat
melaksanakannya kerana banyak perkara yang perlu mereka selesaikan.
BAHAGIAN B
Soalan 1.
Jawapan :-
Penghargaan organisasi kepada pekerja-pekerjanya melalui insentif yang merupakan imbuhan
adalah penting kerana ia dapat memberi pengiktirafan dan kepuasan kepada pekerja itu sendiri.
Selain itu secara khususnya, objektif imbuhan yang diberikan akan meningkatkan motivasi
pekerja melalui:-
(a) Memastikan agar sesebuah organisasi dapat mengekalkan kualiti dan kuantiti pekerja yang
diperlukan.
(b) Menggalakkan pekerja terus kekal dan seronok bekerja dengan organisasi tersebut.
(c) Adil dan saksama dalam organisasi bagi mewujudkan suasana yang harmoni di dalam dan
luar organisasi.
(d) Ketaatan bekerja walau menghadapi sebarang perubahan secara dalaman atau pada kadar
pasaran.

Al-Quran memerintahkan para pengurus supaya membayar upah buruh selaras dengan
tugas yang mereka lakukan dan pada masa yang sama menjaga kepentingan mereka sendiri.
Firman Allah S.W.T dalam surah al-Najm, ayat 41:

Bermaksud: Kemudian usahanya itu akan dibalas dengan balasan yang amat sempurna.

Islam meletakkan asas keadilan yang benar-benar adil iaitu seseorang manusia itu
dipertanggungjawabkan dan bertanggungjawab menerima ganjaran daripada setiap kerja dan
usaha yang dilakukan. Oleh itu, bagi pekerja yang benar-benar memberikan komitmen terhadap
kerjanya, maka dia layak menerima ganjaran yang setimpal dengan kerja yang dilakukan.
Berdasarkan prinsip prinsip Islam yang telah ditetapkan, antara insentif terbaik adalah :
(a) Pembayaran Gaji yang Adil
Pembayaran upah perlu berpandukan polisi, peraturan dan keadaan organisasi, kesesuaian
kerja, peraturan dan undang-undang, keselamatan kerja, perbandingan dengan pekerja
lain, jaminan masa depan dan kekuatan kewangan pengurus.
(b) Kesihatan dan Keselamatan Pekerja
Pengurus harus mengambil berat mengenai kesihatan pekerja yang merupakan
sebahagian daripada modal dalam sesuatu pengeluaran atau perusahaan. Pengurus perlu
sedar bahawa pekerja menggunakan tenaga yang datangnya daripada tubuh badan yang
sihat.
(c) Penyediaan Peluang Latihan dan Kenaikan Pangkat
Bagi memastikan prestasi syarikat sentiasa terjaga dan meningkat supaya dapat bersaing
dengan syarikat-syarikat lain dalam pasaran yang kompetitif ini, pengurus perlulah lebih
prihatin terhadap progam-program latihan yang seharusnya diberi kepada para pekerja
bagi memastikan mutu kerja, kemahiran serta pengalaman mereka digilap untuk
memajukan lagi syarikat. Kenaikan pangkat pekerja juga perlu diberi perhatian. Pengurus
perlu mempunyai asas yang betul dalam melakukan apa-apa sahaja perkara bagi
memastikan kepuasan dan kesejahteraan dalam komuniti para pekerjanya.
(d) Perkhidmatan Kewangan
Pengurus juga boleh memudahkan para pekerja mereka dengan membantu menyediakan
pinjamanpinjaman yang boleh meringankan beban pekerja bawahan mereka. Sebagai
contoh, pinjaman pembelian rumah, kereta, komputer dan lain-lain lagi, dengan kadar
faedah daripada pinjaman bank yang disubsidikan oleh pengurus.
(e) Ganjaran dan Elaun
Ganjaran adalah pemberian pengurus kepada pekerja di atas sumbangan yang telah
diberikan. Contoh-contoh ganjaran adalah seperti menyediakan elaun-elaun. Elaun-elaun
yang biasa disediakan oleh pengurus ialah elaun perjalanan sekiranya perlu ke luar
kawasan dalam urusan kerja, elaun pengangkutan, elaun tempat tinggal dan sebagainya.
Elaun-elaun yang disediakan ini sekurang-kurangnya dapat meringankan beban pekerja,
lebih-lebih lagi yang berpendapatan rendah tetapi mempunyai tanggungan yang besar.
(f) Kebebasan untuk Bersuara
Hak untuk menegur orang atasan dan sebaliknya. Kebebasan diberikan kepada setiap
pekerja untuk menegur atau memperbetulkan sebarang kesilapan tanpa mengira
kedudukan dalam tahap pengurusan demi menjamin keberkesanan organisasi.
(g) Mudharabah (Pembahagian Keuntungan)
Sekarang ini terdapat cara untuk mengagihkan keuntungan kepada pekerja melalui
pemberian bonus yang mana merupakan sebahagian kecil daripada keuntungan. Melalui
kaedah Islam, pembahagian keuntungan adalah berasaskan kepada sistem muzarabah,
muzaraah dan musaqat yang mana telah menyingkirkan sistem kapitalis yang tamak ini.
Rasulullah s.a.w bersabda: Berikanlah bahagian pengeluar daripada hasil yang
diperoleh kerana orang yang bekerja adalah makhluk Allah S.W.T dan tidak boleh
dinafikan hak mereka. (Majma-uz-Zawaid)
(h) Kemudahan Pelajaran
Islam memberikan pendekatan yang adil dalam masalah pelajaran di mana pendidikan
dalam Islam secara dasarnya adalah percuma dan perbelanjaannya ditanggung oleh
negara.
(i) Tempat Tinggal Pekerja
Saidina Umar r.a telah berkata: Pegawai yang paling baik ialah yang orang bawahannya
gembira dengannya, manakala pegawai yang paling jahat ialah orang yang bawahannya
mengerang di bawah kekuasaannya.
Soalan 2.
Jawapan :-
Pengurus dan pekerja hendaklah menyedari tanggungjawab antara mereka. Islam menggalakkan
agar pengurus dan pekerja bersikap mesra dan lemah lembut demi untuk mendapatkan keredhaan
Allah. Secara umumnya, kebajikan merupakan amalan atau perbuatan yang dibuat dengan
dengan tujuan yang baik dan mendatangkan faedah kepada pihak-pihak tertentu. Kebajikan di
tempat kerja melibatkan pekerja dan pengurus, di mana lebih tertumpu kepada kebajikan yang
dilakukan oleh pengurus terhadap pekerjanya. Ia melibatkan perkara-perkara yang berhubung
dengan faedahfaedah pekerjaan dan juga beberapa perkara. Menurut Mustafa Haji Daud (1994),
kebajikan dapat dikelaskan kepada empat perkara, iaitu:
(a) Kebajikan pekerja secara umum;
(b) Kebajikan terhadap pekerja kanak-kanak;
(c) Kebajikan terhadap pekerja pekerja wanita; dan
(d) Persatuan sekerja.

Di tempat kerja, pengurus merupakan pihak yang bertanggungjawab memastikan kebajikan


pekerja-pekerja terjaga. Menurut sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: „Bagi Allah S.W.T,
ada hamba-hambanya yang dikhususkan melayani keperluan-keperluan orang ramai. Mereka
berlindung kepadanya untuk memenuhi keperluan mereka. Orang-orang itulah yang aman
daripada azab Allah S.W.T. Maka jelaslah di sini bahawa tanggungjawab yang dipikul oleh
pengurus walaupun sangat besar namun sentiasa berada dalam rahmat Allah S.W.T. Walau
bagaimanapun, pekerja-pekerja yang dijaga segala keperluannya oleh pengurus perlu sentiasa
berterima kasih dan menghargainya dengan memastikan mutu kerja sentiasa dijaga. Mereka juga
hendaklah bersyukur dengan segala kebaikan atau kebajikan yang telah diberikan kepada
mereka. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: „Sesiapa menerima
sesuatu kebajikan lalu berkata Âjazakallah ukhairan, (semoga Allah S.W.T membalas anda
dengan kebaikan) maka sesungguhnya dia sudah berlebih-lebihan dalam berterima kasih.
Namun demikian, terdapat juga pengurus yang tidak menjaga kebajikan pekerjanya
dengan melakukan perkara-perkara yang menindas pekerja seperti menghalang kenaikan
pangkat, memberhentikan pekerja, mengadakan sekatan untuk mendapatkan pekerjaan dan
sebagainya. Kezaliman yang dilakukan oleh pengurus adalah seperti memaksa pekerja bekerja
lebih masa, gaji yang tidak setimpal, persekitaran kerja yang tidak selesa, tidak mengambil berat
tentang aduan yang dibuat oleh pekerja. Sebagai contoh, aduan mengenai gangguan seksual yang
dilaporkan oleh pekerja wanita tidak pernah dihiraukan dan menyebabkan pekerja-pekerja wanita
berasa tertekan dan tidak selamat berada di tempat kerja. Hakikatnya, Islam tidak memberi ruang
kepada pengurus untuk melakukan sebarang penindasan terhadap golongan pekerja, lebih-lebih
lagi terhadap pekerja wanita dan kanak-kanak. Islam melarang buruh kanak-kanak dipukul,
didera serta dipaksa melakukan kerja di luar kemampuan mereka, kerja di luar masa yang
sepatutnya dan lain-lain. Dalam kitab al-Fatawa telah menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w telah
bersabda tentang kedudukan pekerja kanak-kanak yang dizalimi oleh pengurusnya. „Tidak harus
bagi seorang pekerja mahir (yang bertugas sebagai mandur) memukul pekerja-pekerja muda
secara berlebihan. Sekiranya ia melakukan juga maka ia akan dikenakan hukuman ta’zir. Bagi
pekerja wanita pula, Islam mengharuskan pekerja wanita untuk bergiat di luar rumah dalam
bidang yang sesuai dengan fitrah pekerja wanita itu sendiri, yang tidak sesuai diuruskan oleh
pekerja lelaki. Isu-isu kebajikan pekerja dan pengurus adalah amat luas sekali dan merangkumi
pelbagai perkara, bermula dengan hal-hal yang berkait dengan pekerjaan sehinggalah hal-hal
keluarga dan sebagainya.
Prinsip Hubungan Pengurus Dengan Pekerja Dalam Islam
Berikut merupakan beberapa perkara yang dibincangkan yang menjadi isu kebajikan pekerja dan
pengurus.
a) Menyediakan Jaminan Program pampasan juga dapat mewujudkan satu situasi di mana
pekerja merasakan keadaan pekerjaan mereka terjamin dan boleh dijangka sama ada dari
segi pendapatan bulanan aau jaminan pekerjaan tetap dan berpencen. Keadaan ini
mewujudkan suasana yang stabil dan terjamin. Bagi mereka, keadaan ini boleh
mengelakkan mereka bertukar ke pekerjaan lain. Menurut teori Maslow, ini merupakan
salah satu keperluan yang boleh memenuhi salah satu keperluan asas pekerja.
b) Mematuhi Undang-undang - Setiap program pampasan haruslah selari dengan kehendak
undang undang sama ada undang-undang kerajaan pusat, negeri atau daerah, atau
kawasan industri. Di Malaysia, program pampasan haruslah mengambil kira faedah-
faedah yang tertakluk di bawah Undang-undang Buruh Malaysia, terutamanya di bawah
Akta Pampasan Pekerja, 1952. Di samping itu, di beberapa kawasan industri di Malaysia,
kebanyakan majikan (terutamanya pengurusan personel) telah mengadakan peraturan dan
menetapkan garis panduan tertentu secara kolektif yang dicapai melalui kesatuan mereka.

Untuk menentukan pemberian struktur pampasan supaya adil dan nilai setimpal keperluan asasi
pekerja, pengurus boleh melihat kepada keperluan tambahan seiring dengan peredaran zaman
serta faktor-faktor yang berubah mengikut masa dan kerajaan, seperti:
(i) Faktor Kelebihan dan Kekurangan Sumber Keadaan ini berlaku apabila terjadinya
kemerosotan dalam pembangunan ekonomi, politik yang tidak stabil serta
perkembangan penggunaan teknologi terkini.
(ii) Kemahiran dan Pengalaman serta Kelayakan Islam menggemari kemahiran dan
pengalaman sebagai satu bentuk ijtihad. Untuk menentukan upah, kemahiran pekerja
perlulah dipertingkatkan.
(iii) Faktor-faktor Kerja seperti Tugas, Tanggungjawab dan Keadaan Kerja Kewujudan
kondisi-kondisi kerja yang rumit serta memerlukan nilai tanggungjawab yang tinggi
seperti bidang juruanalisis sistem, pengaturcaraan, mendorong organisasi untuk
membayar upah yang setimpal berbanding bidang kerja yang mudah seperti kerani
kemasukan data (June M. L. Poon, 1994).
(iv) Menurut Syariah Pekerja boleh menuntut upahnya sebaik sahaja pekerjaannya selesai
dilakukan: Bayarlah upah pekerja sebelum keringatnya kering. (Hadis Riwayat
Baihaqi).

Anda mungkin juga menyukai