Anda di halaman 1dari 3

PERMAINAN KECIL (GOLF DISC )

OBJEKTIF
1. Menguji aras ketepatan melempar disc ke sasaran.
2. Format permainan Golf Disc

ALATAN
1. 10 disk ( untuk 20 orang)
2. 10 pensel
3. 20 helai kertas
3 Kon (skitel)
4. Kertas warna

PERSEDIAAN
1. Tandakan dengan jelas 5 objek di padang (seperti pokok, tiang gol dan sebagainya)
dengan kertas warna.
2. Letakkan 1 skitel pada jarak 40 meter hingga 80 meter dari setiap 1 objek tersebut.
3. Sediakan kad skor dan tuliskan nombor 1 hingga 5 pada helaian kertas dan tinggalkan
ruang kosong pada helaian kertas tersebut untuk catatan skor

AKTIVITI
Menerangkan Peraturan Permainan Golf Disc Dan Istilah Berkaitan
Objektif permainan Golf Disc ialah membuat lemparan tepat ke sasaran menggunakan disc
dengan bilangan lemparan seminimum yang boleh. Murid boleh menggunakan apa-apa
kemahiran lemparan untuk menghantar disc ke sasaran. Selepas setiap lemparan yang gagal
mengena sasaran, murid dikehendaki berdiri di belakang disc di tempat mana disc itu mendarat,
untuk melakukan hantaran disc seterusnya. Ia seperti permainan golf bola yang biasa.
Pernahkah anda bermain golf atau menonton permainan golf? Tahukah anda tentang
peraturan dan undang-undang permainan golf?
Istilah permainan golf disc adalah sama seperti permainan golf ‘bola’.
• Tee: tempat di mana lubang bermula.
• Drive: Pukulan pertama. Dilepaskan di tee.
• Par: Bilangan pukulan purata yang digunakan oleh seseorang pemain sederhana
untuk mengena ‘lubang’ dan menggunakan bilangan pukulan yang sama ini juga
untuk mengena ‘lubang’.
• birdie: Mengena lubang menggunakan kurang satu pukulan berbandingan dengan
bilangan pukulan par.
• Eagle: Mengena lubang menggunakan kurang dua pukulan berbandingan dengan
bilangan pukulan par.
• Bogie: Mengena lubang menggunakan lebih satu pukulan berbandingan dengan
bilangan pukulan par.
• Putt: Pukulan jarak dekat.

Permainan Golf Disc


1. Setiap dua orang murid membentuk satu pasukan. Setiap pasukan dibekalkan satu
disc, pensel dan kad skor.
2. Tunjukkan kepada murid urutan sasaran-sasaran permainan.
3. Dua pasukan akan bermula pada setiap sasaran. Selepas kesemua kumpulan
menyempurnakan lemparan mereka pada satu-satu sasaran itu, mereka akan beredar
ke sasaran seterusnya untuk meneruskan permainan.
4. Setiap murid dalam satu-satu pasukan akan bergilir-gilir membuat lemparan.
(Contohnya, salah seorang murid membuat lemparan pertama, selepas disc mendarat,
murid kedua akan membuat lemparan seterusnya di tempat di mana disc itu mendarat).
5. Pastikan mereka membuat rekod tentang skor mereka dan mematuhi peraturan
permainan. Jelaskan etika tentang : Jangan membuat tee sehingga kumpulan di
hadapan anda meninggalkan kawasan sasaran berkenaan.
6. Selepas satu pusingan permainan, agih semula ahli pasukan. Pastikan murid yang lebih
mahir diletakkan sepasukan dengan seorang murid yang kurang mahir supaya yang
lebih mahir itu boleh memberi tunjuk ajar kepada rakan yang kurang mahir.
7. Kumpulkan kad-kad skor yang telah diisi.

Penilaian
1. Murid ambil bahagian dalam permainan dan mematuhi peraturan permainan Golf Disc.
2. Murid menunjukkan peningkatan dalam permainan di mana bilangan skor mereka
semakin turun.
Aktiviti Tambahan
Tubuhkan ‘KELAB PAR’ (Satu tempat di mana nama-nama murid yang mencapai skor par atau
skor yang lebih rendah dipamerkan) ataupun ‘KELAB HOLE-IN-ONE’ (Pemain mencapai hole
in one). Berikan mereka ganjaran seperti disc percuma atau hadiah-hadiah lain yang
bersesuaian dengan kemampuan.

GAMBARAJAH

50 m 3 4

2 50 m

1 5

50 m

Anda mungkin juga menyukai