Anda di halaman 1dari 2

Bahagian B

4 Maklumat berikut berkaitan dengan belanjawan negara.

Belanjawan 2021 perkasa TVET

Sektor pendidikan menerima peruntukan terbesar dalam Belanjawan 2021 yang


dibentangkan Jumaat lalu. Bidang pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET)
antara mendapat perhatian utama dengan RM29 juta diperuntukkan tahun depan.

Umum maklum TVET berfokuskan pemupukan kemahiran secara praktikal dan alami. Dua
tumpuan utama terhadap TVET ialah latihan komprehensif dalam bentuk pemahiran
semula (reskilling) dan peningkatan kemahiran (upskilling).

Sumber : Diubah suai daripada https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/9 November 2020

(a) Jelaskan kepentingan peruntukkan tersebut terhadap produktiviti.


[5 markah]

(b) Selain daripada usaha kerajaan tersebut, terangkan faktor lain yang mempengaruhi
produktiviti.

[6 markah]

(c) Bidang tersebut semakin menjadi pilihan bagi golongan muda khususnya. Setujukah anda
dengan pernyataan tersebut.

[9 markah]
2

Belanjawan 2021 perkasa TVET

Seperti biasa sektor pendidikan menerima peruntukan terbesar dalam Belanjawan 2021
yang dibentangkan Jumaat lalu. Bidang pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET)
antara mendapat perhatian utama dengan RM29 juta diperuntukkan tahun depan.

Umum maklum TVET berfokuskan pemupukan kemahiran secara praktikal dan alami. Dua
tumpuan utama terhadap TVET ialah latihan komprehensif dalam bentuk pemahiran
semula (reskilling) dan peningkatan kemahiran (upskilling).

Kedua-dua ini sangat tepat pada masanya ketika negara berhadapan pandemik COVID-19
yang menyaksikan ramai hilang pekerjaan.

Golongan ini wajar mengambil peluang untuk menaik taraf pengetahuan dan kemahiran
sedia ada. Sasarannya bukan hanya membawa nilai tambah kepada kemahiran
kebolehgajian, tetapi membuka lebih ruang kebolehpasaran diri dalam pasaran kerja.

Anda mungkin juga menyukai