Anda di halaman 1dari 62

BAB 1

PENGENALAN

1.1 PENGENALAN UMUM

Buah naga merupakan tanaman asli Amerika Tengah. Menurut literatur Aztec, buah
Naga yang dikenal dengan buah Pitahaya mulai berkembang pada abad ke-13.
Buah naga berasal dari Meksiko, Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Buah ini
berasal dari jenis kaktus yang bernama Hylocereus dan Selenicereus. Pada 1870,
orang Perancis dari Guyana membawanya ke Vietnam sebagai tanaman hias. Sejak
dari hari itu, buah naga dibudayakan di negara-negara Asia Tenggara. Orang
Vietnam dan Riongkok menganggap buah ini sebagai pembawa berkah. Jadi buah
ini selalu diletakkan di atas meja altar di antara dua patung naga berwarna hijau.
Warna merah dari buah ini terlihat menawan di antara hijau dari kedua patung naga.
Oleh sebab itu, buah ini disebut Thang Loy. Dalam Bahasa English Thang Loy
bermaksud Dragon Fruit. Dari situ terhasil nama buah naga.

Malaysia adalah wilayah lain yang mana dapat menemukan buah naga tersebut,
yang pertama kali diperkenalkan pada tahun 1999 di daerah Sitiawan, Johor dan
Kuala Pilah. Colombia, Nikaraguna dan tempat-tempat lain merupakan tempat yang
mana buah Pitahaya ditanam untuk tujuan komersial. Perkembangan buah naga di
daerah ini membuktikan fakta bahawa buah kaktus Pitaya tersebut memerlukan iklim
yang hangat sehingga menjadi subur dan baik di daerah semi-kering. Menanam
buah ini memiliki daya kerja yang sangat tinggi kerana itu digunakan dalam industri
jus, membuat anggur dan bumbu dan tidak lupa juga memiliki khasiat sebagai ubat
yang telah dipercayai ramai orang. Bunga pokok buah naga mengeluarkan bau
wangi yang menarik perhatian serangga dan kelawar yang bertindak sebagai agen
pendebungaan. Bunga ini biasanya kembang hanya untuk satu malam dan selepas
subuh bunganya mula kuncup. Yang menarik ialah kaktus ini berupaya menyimpan

1
air. Tidak hairan buah naga mengandungi 80% air, selain kandungan vitamin C yang
tinggi berbanding tembikai dan epal.

Pitaya atau Dragon Fruit yang lebih dikenali dengan nama buah naga
Hylocereus Undatus adalah tanaman baru yang diusahakan secara komersil di
negara ini. Ia berasal dari Amerika Selatan dan dibawa masuk ke Vietnam oleh
orang Perancis pada kurun ke-19 dari Guvana sebagai tanaman hiasan. Buah
darpada famili Cactaceace ini mendapat nama mungkin daripada bentuknya yang
kelihatan seakan-akan bebola api yang terdapat pada mulut naga. Nama tempatan
yang biasa ialah Pitaya/Kaew Mang Korn (Thailand), Than Long (Vietnam),
Strawberry Pear, Pithaya (Latin America), Queen of the night (North] America), Red
Dragon Fruit/Fire dragon fruit (Asia), Buah naga (Malaysia), Huo Long Gou (Taiwan).
Kandungan zat makanan yang terdapat dalam buah pitaya air, protein, lemak,
gentian, karotin, kalsium, fosforus, besi, Vitamin B1, Vitamin B2, Vitamin B3, Vitamin
C, Thiamine, Riboflavin, Niacin dan abu. Buah naga sesuai ditanam di kawasan yang
mengandungi 10-30% pasir atau tanah gembur pada cerun kurang dari 60 dan
bersaliran baik.

Kawasan tanah tinggi, tanah baris mahupun tanah sawah boleh dapat menanam
buah naga jika langkah-langkah pemuliharaan tanah di atas batas yang cukup tinggi
dan akarnya tidak dipenuhi air. Sistem furrow boleh digunakan di tanah sawah.
Tanaman buah naga bersifat long day plant iaitu ia memerlukan cahaya matahari
yang panjang pada waktu siang. Selain itu, ia adalah dari golongan Crassulancean
Acid Metabolic iaitu tumbuhan yang memproses makanannya pada waktu malam.
Pokok buah naga juga memerlukan para untuk menyokong batangnya yang lembut
serta memanjat dan menjalar. Akar akan keluar dari batang yang menjalar di atas
para untuk tujuan pengambilan air dan pemakanan. Iklim tropika dengan purata suhu
antara 25-30 C dan hujan antara 500-1500mm adalah menyebabkan pokok kurang
mengeluarkan bunga atau bunga yang keluar gugur atau menjadi busuk. Pokok
buah naga mula berbunga selepas 7 bulan ditanam. Bunga akan berkembang pada
waktu malam dan bertahan semalaman sahaja. Buah naga boleh dituai pada 50-53
hari selepas pembentukkan kudup bunga. Sebatang pokok buah naga boleh
mengeluarkan hasil yang pertama dari 6-12 bulan selepas ditanam. Pusingan
pengeluaran buah ialah 4-5 kali/tahun dan tempoh mengutip hasil ialah selama 7 hari.
Secara umumnya, pokok buah naga mampu menghasilkan buah selama 30 hingga
60 tahun.

2
Tanaman buah naga memang belum lama dikenali, diusahakan dan dipasarkan
di Indonesia. Tanaman dengan buah berwarna merah dan bersisik hijau ini
merupakan pendatang baru bagi dunia pertanian di Indonesia. Pelaksanaan
tanaman buah naga merupakan salah satu peluang usaha yang menjanjikan kerana
perkembangannya sangat bagus di daerah seperti di Indonesia (Putra, 2011). Buah
naga merupakan salah satu komuniti hortikultura yang mempunyai potensi
pemasaran yang maju. Hal ini mendapati buah naga mempunyai tarikan daripada
para pelanggan. Tercatat keperluan buah naga yang dapat dipenuhi masih kurang
dari 50% (Winarsih, 2007). Kemampuan tanaman buah naga akhir-akhir ini mulai
banyak diminati oleh petani. Peningkatan usaha pengembangan buah naga,
mengakibatkan permintaan terhadap buah naga ini semakin tinggi. Proses
penanaman buah naga dapat dihasilkan melalui cara generatif dan vegetatif. Cara
generatif ini sangat jarang dilakukan kerana memerlukan waktu yang relatif lama
untuk pertumbuhan buah naga siap di tanam. Kebanyakkan buah naga yang paling
banyak adalah dengan cara vegetatif iaitu dengan menggunakan batang. Salah satu
keuntungan perbanyakkan buah naga dengan batang ini adalah batang yang
dihasilkan seragam. Batang yang biasanya digunakan berukuran 30cm yang berasal
dari cabang yang produktif (Kristanto, 2009). Batang ialah cabang yang berasal dari
tanaman sihat, tumbuh normal dan telah berbuah. Batang yang baik ialah batang
yang keras hingga lebih tahan penyakit. Standard batang yang baik berukuran
20-30cm agar berpotensi memiliki cabang yang lebih banyak, cepat besar dan
produksi tinggi (Anomin, 2003). Mengingat keperluan batang yang begitu besar
dalam masa yang cukup singkat, sedangkan pohon induk yang terpilih tersebut
jumlahnya terbatas maka perlu diusahakan penggunaan bahan.

Hartman dan Kester (1983) menyatakan bahawa perbanyakkan batang


mempunyai beberapa masalah, iaitu zat tumbuh tidak tersebar merata sehingga
pertumbuhan batang tidak seragam sehingga diperlukan zat pengatur pertumbuhan
dari luar (eksogen). Auksin yang biasa digunakan dalam pertumbuhan batang.
Auksin merupakan berperanan dalam proses pemanjangan sel, pembelahan sel
(Heddy, 1996). Auksin akan aktif dan berfungsi dengan baik hanya pada konsentrasi
rendah sehingga diperlukan ketepatan dalam konsentrasi yang digunakan (Lingga,
1998). Konsentrasi yang terlalu tinggi dapat menghasilkan pertumbuhan tunas dan
batang (Lakitan, 1996). Tujuan penelitian ini adalah untuk mengetahui pengaruh
kombinasi panjang batang dan konsentrasi auksin terbaik untuk pertumbuhan
batang buah naga. Dari hasil penelitian yang telah dilakukan dapat disimpulkan
antara panjang batang dan konsentrasi auksin memberikan pengaruh terhadap

3
pertumbuhan batang tanaman buah naga pada waktu muncul akar, jumlah akar
sebelum ditanam dan panjang tunas. Kombinasi antara panjang batang 30cm dan
auksin dengan konsentrasi 10ml air menunjukkan pertumbuhan terbaik.

Penghasilan jem merupakan satu daripada kaedah pengawetan buah-buahan


yang sangat penting dan paling lama diketahui oleh manusia. Jem boleh disediakan
daripada pelbagai jenis buah-buahan yang sesuai sama ada buah-buahan tempatan
atau di luar negara. Mengikut kaedah membuat jem, jem disediakan dengan
memasak buah-buahan bersama-sama dengan gula pasir dan gula apong sahaja
dalam bekas yang bertutup. Jem juga boleh mengandungi bahan pengawet, bahan
pewarna, perisa dan kondisioner yang dibenarkan. Penggunaan buah-buahan dalam
jem bergantung pada hasilan yang diperlukan. Mengikut Peraturan-Peraturan
Makanan 1985, jem hasilan yang disediakan dengan memasak satu atau lebih jenis
buah-buahan yang baik, sama ada mentah, tidak diproses atau setengah proses,
dengan gula tanpa pektin tambahan (Peraturan 246). Jem haruslah mengandungi
buah-buahan yang tidak kurang daripada 35% buah-buahan dan 65% pepejal larut
yang ditentukan dengan refraktometer pada 20 darjah celcius yang tidak diambil kira
untuk pepejal larut (Akta 2003). Jem boleh dimakan bersama dengan roti bakar,
biskut dan digunakan sebagai inti untuk pelbagai jenis kuih dan pastri seperti Tat jem
(Zainun, 1992).

Kaedah-kaedah dalam pemprosesan jem mempengaruhi hasil yang akan


diperolehi pada akhir proses. Oleh sebab itu, setiap yang digunakan dan juga hasil
dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti kemasakan buah, tahap kepanasan
semasa memasak jem dan kualiti bahan-bahan yang digunakan dalam pembuatan
jem. Setiap bahan yang digunakan akan memberikan kesan terhadap ciri-ciri fizikal
dan kimia sesuatu jem. Buah naga mempunyai kebaikan seperti zat makanan lain
yang terkandung di dalam buah naga. Zat yang terdapat dalam buah naga ialah
serat, kalsium, zat besi dan fosforus yang cukup bermanfaat untuk merawat penyakit
darah tinggi. Buah naga berisi merah pula sangat baik untuk memperbaiki
penglihatan mata kerana kandungan karotenoidnya yang tinggi. Fitokimia di dalam
buahnya juga diketahui dapat merendahkan risiko penyakit kanser. Industri
buah-buahan di luar negara menggunakan buah naga dalam pembuatan wain.
Selain buah, bunga dan batang buah naga daripada spesies Selenicereus
Grandiflorus khususnya digunakan dalam pembuatan ubat-ubatan yang memberikan
kesan baik pada salur darah koronari dan menggalakkan peredaran darah yang baik
di dalam tubuh.

4
Dari segi pemakanan buah-buahan pula, ia memberi sumbangan utama seperti
vitamin A dan vitamin C, sebahagian vitamin B dan Zat mineral. Buah-buahan juga
mengandungi karbohidrat, sedikit protein dan lemak (Zanariah, 1982). Walaupun
negara kita sangat kaya dengan buah-buahan yang mengandungi banyak khasiat,
masih banyak lagi hasil buah-buahan yang belum diterokai dan dibangunkan
daripada 17 spesis yang dikenalpasti sebagai buah-buahan utama, seperti nanas
dan buah nangka yang mempunyai banyak potensi untuk pasaran eksport dalam
pemprosesan makanan (Rukayah, 2001), contohnya pemprosesan jem melalui
variasi buah-buahan yang ada. Dalam kajian penghasilan jem buah naga ini,
sebagai bahan yang memberi rasa utama saya memilih untuk menggunakan buah
naga memandangkan buah naga ini banyak khasiat, mengandungi vitamin dan
mampu merawat penyakit kanser.

Dalam penghasilan satu produk yang baru, saya telah menawarkan kegunaan
buah naga bukan hanya untuk dibuat jus minuman bahkan mampu membuat jem
untuk menarik minat dan jiwa individu di luar sana untuk terus meminati jem buah
naga ini. Selain daripada itu, kegunaan buah naga juga boleh dijadikan sebagai
penawar kepada penyakit seperti kanser dan citarasa setiap individu adalah berbeza
mengikut faktor seperti umur, usia dan sebagainya. Untuk citarasa jem buah naga ini,
rasa masam manis yang dapat dirasai walaupun sudah ditambah sedikit bahan
pemanis seperti gula pasir. Untuk menghasilkan jem yang sempurna bukannya
mudah seperti yang dikatakan dan difikirkan kerana buah naga akan menjadi cair
dan berair jika tidak cukup masak semasa menggoreng. Semasa proses
menggoreng jem ini juga perlu mempunyai kesabaran semasa menunggu jem
masak sepenuhnya. Jem ini harus digoreng dengan api yang sederhana bagi
mengelakkan jem tersebut mudah hangus. Oleh itu, saya membuat sehabis baik
supaya tekstur dan rasa jem ini menarik dan ramai pelanggan akan meminati buah
naga di luar sana.

Bukannya mudah untuk menvariasikan sesebuah resepi yang baru seperti ini,
tetapi dengan adanya Projek Tahun Akhir ini membuatkan saya lebih berkeyakinan
untuk memasarkan atau mengesyorkan resepi saya kepada penggemar buah naga.
Bak kata orang ramai, buah naga susah hendak didapati dan mudah rosak jika tidak
disimpan di dalam peti sejuk. Jem buah naga ini akan diporsikan dalam bekas yang
kecil/balang kecil kepada warga Kolej Vokasional Betong terlebih dahulu. Kelainan
yang saya buat pada jem buah naga ini ialah saya membuat bahan untuk
dicampurkan di dalam jem ini dan tiada mengandungi bahan kimia pewarna.

5
Makanan ini dihasilkan seratus peratus diperbuat daripada bahan tempatan. Untuk
Projek Tahun Akhir ini, sedaya upaya saya untuk menampilkan lagi resepi yang baru
kepada semua orang dan andai kata produk ini berjaya dipasaran pada masa yang
akan datang produk ini akan disyorkan lebih meluas lagi ke semenanjung Malaysia.
Selain itu, saya akan menunjukkan kepada semua yang berada di luar sana bahawa
pelajar Kolej Vokasional sendiri mampu mencipta dan menghasilkan sebuah resepi
yang memerlukan pemikiran yang tajam dalam mengharungi semua cabaran dalam
menghasilkan sesuatu produk tersebut.

Daripada apa yang telah dipelajari selama ini, tercetus idea saya untuk mencipta
produk yang ringkas iaitu Jem Buah Naga.. Selain itu, bimbingan daripada para
pensyarah yang amatt berfikiran kreatif, inovatif dan mempunyai pengalaman yang
meluas amatlah membantu saya dalam menghasilkan sebuah produk ini. Dengan
pengetahuan yang meluas selama ini, saya akhirnya dapar memvariasikan jem
baharu bagi mengelakkan pembaziran buah-buahan tempatan dan memperkenalkan
buah-buahan tempatan kepada generasi muda pada masa kini. Jem ini akan
diporsikan seperti jem yang biasa sudah dipasarkan dan yang sedia ada di pasaran.
Di samping itu, saya mendapat anisiatif untuk membuat tat buah naga. Mereka lebih
menyukai untuk menjadikan jem sebagai inti untuk dimakan bersama dengan roti
semasa sarapan pagi atau pada minum petang yang menjadi perhatian dan
kegemaran masyarakat tidak mengira usia muda ataupun tua.

Jem Buah Naga ialah projek yang dicadangkan untuk Projek Tahun Ahkir, iaitu
resepi baru yang belum dibuat/dihasilkan oleh mana-mana pasaran atau dicipta oleh
individu lain. Menu yang mudah dan ringkas ini dapat menjimatkan masa dan
mengelakkan berlakunya pembaziran buah-buahan tempatan. Bahan untuk
membuat menu ini juga senang untuk didapati kerana menggunakan bahan-bahan
tempatan sahaja. Jem Buah Naga yang saya hasilkan ialah sejenis jem. Teksturnya
sedikit pekat, rasanya yang manis dan sedikit masam. Bagi bahagian pemasarannya
pula, jem buah naga saya ini dibungkuskan dalam satu balang kecil bagi
pendahuluannya seperti jem yang terdapat di pasaran. Jem ini boleh dijual kepada
mana-mana peringkat umur. Jem ini boleh dimakan bersama roti kosong dan
lain-lain. Jem ini dikira selamat kerana tidak mengandungi bahan kimia atau bahan
tiruan/pewarna. Dalam penghasilan jem ini, saya hanya menggunakan bahan-bahan
tempatan yang senang dicari dan mudah untuk didapati. Kebiasaan jem yang
terdapat di pasaran hanya mempunyai rasa manis sahaja, tetapi jem saya ini pula
mempunyai rasa masam dan manis.

6
1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN

Projek ini dijalankan adalah untuk mempromosikan resepi baru iaitu jem buah naga
yang tidak pernah dibuat oleh mana-mana industri. Selain itu, projek ini
menampilkan cara terbaharu untuk menjimatkan buah-buahan agar tidak terbazir
begitu sahaja. Menvariasikan lagi jem kepada semua supaya golongan masyarakat
dapat menerima resepi tersebut. Akhir sekali, memupuk minat golongan muda dan
tua untuk mengemari buah-buahan tempatan.

1.3 PERNYATAAN MASALAH

Pernyataan masalah bagi projek ini adalah produk beraraskan buah naga kurang
berada di pasaran. Kebiasaannya jem yang dijual di pasaran mempunyai banyak
bahan tambahan seperti bahan kimia, bahan pewarna tiruan dan lain-lain. Di
samping itu, produk jem buah kurang dipelbagaikan perisa yang asli sebenar buah
naga kerana terlalu banyak bahan campuran bahan tiruan. Akhir sekali, kurangnya
inovasi produk beraraskan buah naga.

1.4 TUJUAN

Tujuan projek ini dijalakan adalah untuk mempromosikan buah naga dengan cara
yang lain daripada yang sedia ada di pasaran dengan membuat jem. Hal ini
bertujuan untuk mempelbagaikan jem yang terdapat di pasaran. Di samping itu, jm
buah-buahan yang sudah ada di pasaran kurang menarik minat pelanggan kerana
jem buah mengandungi bahan tiruan, bahan kimia dan sebagainya. Jem tersebut
kurang khasiatnya kerana kurang menggunakan rasa asli buah yang sebenarnya.

Tujuan kajian ini juga, dapat mengelakkan pembaziran yang berlaku oleh
penduduk tempatan kerana tidak begitu ramai orang yang mengetahui wujudnya
buah ini. Hal ini kerana, buah naga sangat cenderung terhadap iklim di muka bumi.
Buah naga sangat subur di cuaca yang sangat panas dan suhu yang mencukupi
untuk pokok buah naga membesar.

Akhir sekali, memastikan Jem Buah Naga ini berada di pasaran tempatan
terlebih dahulu. Sebelum Jem Buah Naga menjadi saingan hebat di pasaran

7
antarabangsa, Jem Buah Naga perlu mencapai tahap memuaskan untuk produk ini
di pasarkan di antarabangsa seperti melepasi jualan peringkat tempatan agar Jem
Buah Naga ini dapat meneruskan pencapaiannya pada peringkat yang lebih tinggi
selepas mampu menaikkan namanya di peringkat pasaran tempatan.

1.5 OBJEKTIF PROJEK

i. Memperkenalkan produk jem buah naga


ii. Menvariasikan penggunaan buah naga
iii. Menginovasikan makanan beraraskan buah naga

1.6 KEPENTINGAN KAJIAN

Kepentingan kajian Jem Buah Naga ini adalah untuk penambahbaikan jenis jem
yang telah sedia ada kepada jem buah yang lebih berkhasiat dan dapat merawat
pelbagai jenis penyakit seperti kanser. Kajian ini juga akan memberikan banyak
sumbangan kepada masyarakat tempatan dan juga kepada negara. Hal ini kerana,
apabila kajian Jem Buah Naga ini berjaya dihasilkan dan di pasarkan ia dapat
menarik perhatian daripada orang ramai yang pastinya Jem Buah Naga ini akan
menjadi salah satu jem buah yang dapat di pasarkan di pasaran tempatan mahupun
di pasaran antarabangsa. Dengan itu, pasti banyak peluang pekerjaan akan dibuka
supaya dapat membantu golongan yang susah untuk mendapatkan pendapatan
pekerjaan dengan mudah.Hal ini akan meningkatkan pendapatan negara apabila
berlakunya.

1.7 SKOP KAJIAN

Kami ingin mempromosikan projek kami di sekitar kawasan Kolej Vokasional Betong
untuk memulakan kutipan hasil daripada penghasilan projek kami iaitu Jem Buah
Naga. Kami ingin projek yang telah kami hasilkan ini di promosikan di pasaran pada
masa yang terdekat ini. Projek ini mungkin akan dilaksanakan pada waktu yang
sesuai. Misalnya pada masa lapang dan terdapat banyak orang sedang beriadah
dan sebagainya.

8
Industri penjualan di Kolej Vokasional Betong yang sangat sesuai untuk projek
kami kerana projek saya ini baru sahaja ingin dimulakan pada masa yang akan
datang. Hal ini kerana, projek saya merupakan sesuatu yang baharu yang telah
diperkenalkan di kawasan tersebut. Saya tidak mempunyai banyak saingan dalam
mempromosikan produk kami dan boleh mendatangkan pendapatan yang agak
lumayan pada masa yang akan datang.

Saya berharap agar projek saya mendapat sambutan baik dari pelanggan dan
mendapat kelulusan supaya projek yang saya variasikan ini dapat di pasarkan ke
bandar di Sarawak. Selain itu juga, saya berharap supaya produk saya dapat sampai
ke pengetahuan orang luar bandar contohnya orang kampung seperti orang ulu dan
menjadi sambutan yang hangat di semenanjung Malaysia dan di peringkat
antarabangsa.

9
BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 PENGENALAN UMUM

Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan buah-buahan tempatan.


Antara contoh buah-buahan tempatan seperti durian, betik, pisang, langsat, nanas
dan sebagainya. Buah-buahan ini boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu
buah-buahan bermusim seperti betik, buah jambu, pisang, nangka dan sebagainya.

Buah-buahan bermusim terdiri daripada rambutan, durian, langsat, duku,


manggis dan sebagainya. Kita digalakkan makan buah-buahan tempatan kerana
buah-buahan ini masih segar. Kebanyakkan buah-buahan ini baru dipetik dari ladang
atau dusun. Sudah tentu khasiatnya banyak kerana kandungan vitamin dan zat yang
terdapat dalam buah-buahan tersebut masih terpelihara. Buah-buahan tempatan
juga jauh lebih murah jika dibandingkan dengan buah-buahan yang diimport. Harga
buah-buahan import dua kali ganda lebih mahal jika dibandingkan dengan harga
buah-buahan tempatan. Dengan itu kita dapat menjimatkan wang seharian.

Manakala, buah-buahan bermusim pula seperti rambutan, durian, langsat, duku,


manggis dan sebagainya. Kita digalakkan makan buah-buahan tempatan kerana
buah-buahan ini masih segar. Kebanyakkan buah-buahan ini baru dipetik dari ladang
atau dusun. Sudah tentu khasiatnya banyak kerana kandungan vitamin dan zat yang
terdapat dalam buah-buahan tersebut masih terpelihara. Buah-buahan tempatan
juga jauh lebih murah jika dibandingkan dengan buah-buahan yang diimport. Harga
buah-buahan import dua kali ganda lebih mahal jika dibandingkan dengan harga
buah-buahan tempatan. Dengan itu, kita dapat menjimatkan wang seharian.

Buah-buahan tempatan juga tiada bahan pengawet yang boleh menjejaskan


kesihatan manusia. Kebanyakkan buah-buahan yang diimport seperti buah epal

10
disapu bahan pengawet supaya tahan lama. Oleh itu kita dapat mengelakkan risiko
penyakit keracunan makanan. Buah-buahan tempatan mengandungi banyak vitamin
dan zat yang diperlukan oleh seseorang manusia. Oleh hal yang sedemikan,
seseorang individu perlu mengambil buah-buahan untuk mengatasi masalah seperti
mendatangkan penyakit. Banyak kebaikan yang dapat kita peroleh sekiranya kita
makan buah-buahan hasil keluaran negara kita sendiri.

Dalam negara yang kian maju ini, bidang pertanian buah merupakan ovari yang
telah masak, bersama-sama dengan bijinya dari sesebuah pokok yang berbunga.
Namun, apabila berkaitan tentang buah, dari segi masakan yang dimaksudkan
dengan buah ialah hasil daripada buah-buahan. Kebanyakkan buah mengandungi
air. Buah juga mempunyai serat makanan pada kulit, benih dan bagian berserat.
Biasanya buah juga mengandungi kandungan besi dan gula, serta sedikit protein
dan lemak. Khasiat buah-buahan adalah berbeza berdasarkan faktor-faktor berikut,
iaitu jenis buah, bukan sahaja dari dari segi spesis tetapi juga pada peringkat kultivar
dan variati. Selain itu, kesegaran buah naga dan rasa keaslian pada buah tersebut.

Satu daripada kaedah pengawetan buah-buahan yang sangat penting dan


paling lama diketahui manusia. Jem boleh disediakan daripada pelbagai jenis
buah-buahan yang sesuai kematangannya sama ada buah-buahan tempatan atau di
luar negeri. Dalam pasaran tempatan, terdapat pelbagai jenis jem sama ada yang
diimport ataupun yang diproses daripada buah-buahan tempatan. Mengikut
prinsip,jem disediakan dengan memasak pulpa buah-buahan bersama-sama
dengan gula pasir atau gula apong sahaja di dalam bekas yang tertutup. Jem juga
boleh mengandungi bahan pengawet, bahan pewarna, perisa dan kondisioner yang
dibenarkan.

2.2 KAJIAN LITERATUR

Penggunaan buah-buahan dalam jem bergantung pada hasilan yang diperlukan.


Mengikut Peraturan-Peraturan Makanan 1985, jem hendaklah hasilan yang
disediakan dengan memasak satu atau lebih jenis buah-buahan yang baik sama ada
mentah, tidak diproses atau setengah diproses dengan gula atau sorbitol bersama
tanpa pektin tambahan (Peraturan 246) jem hendaklah mengandungi buah-buahan
yang tidak kurang daripada 35% buah-buahan dan 65% pepejal larut yang

11
ditentukan dengan refraktometer pada 20 darjah celcius yang tidak diambil kira untuk
pepejal larut (Akta, 2003).
Jem boleh mengandungi bahan pengawet, bahan pewarna dan bahan tiruan
yang dibenarkan. Jem boleh dimakan bersama roti, biskut dan digunakan sebagai
inti untuk beberapa jenis kuih dan pastri seperti tart jem (Zainun, 1992).
Kaedah-kaedah dalam pemprosesan jem akan mempengaruhi hasil yang akan
diperolehi pada akhir proses. Oleh itu, setiap prosedur yang dilakukakn dikawal
dengan baik. Selain daripada kaedah yang digunakan, hasil juga mempengaruhi
beberapa faktor-faktor seperti kemasakan buah, tahap kepanasan semasa
memasak jem, darjah akhir serta kuatiti bahan yang digunakan. Setiap bahan yang
digunakan akan memberi kesan terhadap ciri-ciri fizikal dan kimia sesuatu jem.

Buah-buahan Malaysia memang diminati ramai, baik rakyat Malaysia sendiri


atau orang luar. Namun begitu, buah-buahan Malaysia diminati kerana keunikan
buah itu sendiri dan juga rasa buah yang manis dan sedap. Tiada makanan di dunia
ini yang tidak memberikan apa-apa kesan kepada kesihatan manusia dan ini
termasuklah buah-buahan Malaysia. Ramai yang tidak mengetahui bahawa
buah-buahan ini mempunyai nilai khasiat yang sama atau lebih baik berbanding
buah-buahan import dan mahal seperti beri,avokado dan ceri.

Manfaat buah-buahan untuk kesihatan dan menghilangkan penyakit tentu


sangat berhasil. Manfaat buah-buahan dapat menghidarkan kita dari pelbagai
penyakit. Beberapa artikel mengenai manfaat buah memang telah banyak dibahas,
namun sebenarnya manfaat ini dapat beragam bergantung pada buah dan jenisnya.
Dengan mengkonsumi buah, maka kita akan mendapatkan gizi dan menjaga
kesihatan kita. Buah juga dapat meningkatkan vitamin pada tubuh manusia. Manfaat
buah-buahan untuk tubuh sangat banyak dan beragam, buah umumnya merupakan
salah satu keperluan untuk hidup sihat dan merupakan salah satu cara
menghilangkan jerawat yang paling berkesan. Berikut adalah manfaat buah untuk
tubuh kita, iaitu buah merupakan sumber vitamin dan pelbagai jenis vitamin yang lain
yang terdapat di dalam buah. Selain itu, buah merupakan salah satu sumber air
untuk tubuh dan keperluan gizi yang dapat meningkatan metabolisme tubuh. Buah
juga merupakan salah satu sumber anti oksidan alami terbesar yang ada di dunia.

Dari segi pemakanan buah-buahan memberi sumbangan utama vitamin A dan


vitamin C serta sebahagian vitamin-vitamin B dan Zat mineral. Buah-buahan juga
mengandungi karbohidrat, sedikti protein dan lemak (Zanariah, 1982). Walaupun

12
negara kita sangat kaya dengan buah-buahan yang berkhasiat, masih banyak lagi
hasil buah-buahan yang belom diterokai dan dibangunkan daripada 17 spesis yang
telah dikenal pasti sebagai buah-buahan utama, antaranya nanas dan nangkan,
yang mana mempunyai potensi untuk pasaran eksport dalam pemprosesan
makanan (Rukayah,2001). Contohnya, pemprosesan jem melalui variasi buah yang
memberi rasa utama, saya memilih untuk menggunakan buah naga memandangkan
buah ini banyak vitamin dan khasiatnya.

2.3 PENGHASILAN JEM BUAH-BUAHAN

Nor Hafidzul Baharom 2006 dari Universiti Malaysia Sabah telah menjalankan kajian
ke atas jem buah campuran tembikai susu dan pisang bagi membangunkan jem
buah campuran di pasaran tempatan

Penyelidikan ini dilakukan sebagai satu usaha untuk meningkatkan dan


membangunkan jem buah campuran yang terdapat di pasaran tempatan berasaskan
buah tembikai susu dan buah pisang. Kajian awal pengformulasian kandungan jem
campuran untuk menentukan kesan pelbagai paras peratus kandungan puri dalam
jem campuran, nisbah tembikai susu dan pisang, pektin asid sitrik dan gula terhadap
keupayaan pembentukan gel yang baik. Reka bentuk faktorial digunakan untuk
mendapatkan 12 formulasi daripada gabungan 2 paras peratus kandungan puri
dalam jem campuran iaitu 35% dan 45%, nisbah puri tembikai susu dan pisang
50:50, 30:70, 70:30, pektin pada 0.3% dan 0.5% asid sitrik pada 0.3% dan 0.5% dan
gula pada 62.5% dan 52.5%. Manakala kandungan air ditetapkan dalam semua
formulasi.

Selain itu, kajian pembangunan produk jem buah campuran dari tembikai susu
dan buah pisang ini telah dijalankan untuk mendapatkan formulasi yang yang terbaik
jem buah campuran tembikai susu dan buah pisang supaya menambahkan
kepelbagaian produk jem di pasaran tempatan dan juga sebagai satu usaha untuk
mengeksploitasikan hasil buah-buahan tempatan negeri Sabah. Mengikut peraturan
Makanan 1985 selain daripada pembentukan gel semasa pemprosesan jem,
pemanasan, pengisian dan pengendalian turut memainkan peranan yang penting
dalam penghasilan jem yang bermutu dan enak dimakan.

13
Sebanyak 4 formulasi terbaik telah dipilih berdasarkan ujian pemeringkatan,
penilaian deria menggunakan skala Hedonik dan analisis fizikokimia. Hasilnya
dianalisis pula dengan menggunakan ANOVA satu hala bagi mendapatkan formulasi
produk akhir. Keputusan penilaian deria menunjukkan wujud perbezaan signifikan
antara formulasi bagi semua atribut kecuali warna. Hasil yang sama juga didapati
untuk keasidan (pH) dan jumlah pepejal larut (Brix). Formulasi 45% puri dalam jem
campuran dengan nisbah puri tembikai susu dan pisang 50:50 peratus , 0.3% pektin,
0.7% asid sitrik dan 52.5% gula telah digunakan dalam penghasilan produk khir
kerana ciri-ciri sensori clan fizikokimia yang lebih baik. Mutu simpanan produk akhir
pada bekas kaca selama 4 minggu telah dikaji untuk menilai kestabilannya semasa
penyimpanan menggunakan ujian fizikokimia dan ujian mikrobiolagi. Sampel jem
campuran tembikai susu dan pisang yang disimpan semalaman 4 minggu didapati
tidak menunjukkan sebarang pertumbuhan mikroorganisma dalam ujian mikrobiolagi.
Ujian pengguna ke atas produk akhir yang menunjukkan sebanyak 85% pengguna
menyukai produk ini.

2.4 KELEBIHAN BUAH NAGA

Setiap gigitan buah tropika ini memberi banyak manfaat kepada tubuh manusia.
Buah naga juga dikenali dengan nama pitaya, ada kalanya mempunyai rasa manis
atau masam mengikut jenisnya.

Buah naga yang memiliki kulit luar seperti bentuk duri itu dikatakan mampu
memberi perlindungan kepada tubuh daripada proses penuaan yang pantas dan
masalah diabetes. Di Amerika Syarikat, buah naga kurang digemari berbanding
buah popular atau sumber makanan sihat yang lain seperti epal dan kale. Walaupun
ia buah eksotik, buah naga selamat dimakan oleh ibu hamil dan ibu menyusukan
bayi di samping mengandungi vitamin C, kaya dengan asid lemak serta fosforus.

2.5 PRODUK BERASASKAN BUAH NAGA

Sekitar tahun 2009, barangan buatan Malaysia juga berkualiti dan terjamin Pittagon
Sdn.Bhd bertekad mengeluarkan tiga jenis produk utama iaitu teh serta kopi untuk
lelaki dan wanita berasaskan buah mata naga merah. Ia dihasilkan setelah beberapa

14
ujian dilakukan terhadap buah mata naga, batang dan bunganya serta kandungan
nutrisi dan vitamin yang terdapat dalam buah berkenaan.

Selain itu, pengasasnya Muzamir Mustafa berkata setiap buah mata naga
merah mengandungi protein yang mampu menjaga kesihatan jantung dan serat
yang dapat mencegah kanser usus dan melancarkan proses pencernaan. Ia juga
mempunyai beta karotena atau vitamin A sebagai agen untuk merawat kesihatan
mata, menguatkan otak dan menurunkan kadar glukosa dalam darah serta kalsium
untuk menguatkan tulang dan pertumbuhan badan. Buah mata naga juga
mengandungi beta antioksidan yang mempunyai kemampuan meningkatkan
kesihatan badan yang disebabkan radikal bebas dan mengandungi nutrisi dan serta
cukup tinggi serta bertindak sebagai anti penuaan.

Daripada kajian yang dibuat, ia juga dapat menurunkan kolestrol,


mengurangkan kadar lemak, mengimbangi kadar gula dalam darah, mencegah
kanser, melindungi kesihatan mulut, mencegah pendarahan, mencegah kanser usus,
menguatkan fungsi ginjal, menguatkan daya tahan otak, meningkatkan ketajaman
mata serta boleh dijadikan bahan kosmetik. Buah mata naga juga mampu mengatasi
masalah sembelit, menghaluskan kulit wajah dan meningkatkan daya tahan tubuh.
Secara amnya, pakar sependapat dan mengakui bahawa buah mata naga kaya
dengan potasium, ferum, protein, serta sodium dan kalsium yang baik untuk
kesihatan berbanding buah-buahan lain yang diimport.

Sekitar bulan April, berdasarkan penyelidikan buah mata naga merah cukup
kaya dengan pelbagai zat vitamin dan mineral yang boleh membantu meningkatkan
daya tahan dan mengurangkan metabolisme dalam badan manusia. Terdapat
pengedar dan stokis yang telah dilantik di seluruh Malaysia dan mereka yang
berminat menjadi pengedar boleh melayari laman web Pittagon dan segala urusan
adalah melalui laman web berkenaan.

2.6 BUAH NAGA

Buah naga dihasilkan oleh tanaman sejenis kaktus termasuk dalam keluarga
Cactaceae dan subfamili Hylocereanea. Dalam subfamili ini, terdapat beberapa jenis
buah naga. Buah naga termasuk dalam genus Hylocereus. Grenus ini pula terdiri
dari sekitar 16 spesies. Dua di antaranya memiliki buah yang komersial, iaitu

15
Hylocereus undatus (berdaging putih), Hylocereus constaricensis (berdaging merah),
Hylocereus contaricensis,Selenicereus megalanthus, akar, batang dan cabang,
bunga, buah dan biji. Berikut ialah jenis-jenis buah naga serta morfologinya.

2.6.1 Buah naga berdaging putih (Hylocereus undatus)

Hylocereus undarus yang lebih popular dengan sebutan White Pitaya adalah buah
naga yang kulitnya berwarna merah dan daging berwarna putih. Warna merah ini
sangat kontras dengan warna daging buah. Pada kulit buah terdapat sisik atau
jumpai berwarna hijau. Dalam buah naga terdapat banyak biji berwarna hitam. Berat
buah rata-rata 400-500g bahkan ada yang mencapai 650g. Rasa buahnya yang
masam bercampur manis. Tanaman ini lebih banyak dikembangkan kerana buahnya
cenderung diekspot.

2.6.2 Buah naga berdaging merah (Hylocereus polyrhizus)

Hylocereus polyrhizus lebih banyak dikembangkan di Cina dan Australia, memiliki


buah dengan kulit berwarna merah dan daging berwarna merah keunguan. Kulitnya
terdapat sisik atau jumbai berwarna hijau. Rasa buah lebih manis berbanding
dengan Hylocereus undatus, kadar kemanisan mencapai 13-15 briks. Tanamannya
lebih meluas berbanding Hylocereus undatus. Duri pada batang dan cabang berjarak
lebih rapat. Tanaman ini tergolong jenis yang sangat rajin berbunga, bahkan
cenderung berbunga sepanjang tahun. Rata-rata berat buahnya hanya sekitar 400g.
lokasi penanaman yang ideal pada ketinggian rendah sampai sedang.

2.6.3 Buah naga berdaging super merah (Hylocereus contaricensis)

Buah Hylocereus contaricensis memang mirip buah Hylocereus polyrhizus. Namun,


warna daging buahnya lebih merah. Itu sebab tanaman ini disebut buah naga
berdaging super merah. Batangnya lebih besar berbanding Hylocereus polyrhizus.
Batang dan cabangnya akan berwarna merah apabila sudah masak.

2.6.4 Buah naga berdaging putih dan kuning (Selenicereus megalanthus)

Selenicereus megalanthus berpenampilan berbeza jika dibanding dengan jenis


genus Hylocereus. Kulit buahnya berwarna kuning tanpa sisik sehingga cenderung
lebih halus. Walaupun tanpa sisik, kulit buahnya masih menampilkan rupa buah

16
naga. Rasa buahnya jauh lebih manis dibanding dengan buah naga lain kerana
memiliki kadar kemanisan mencapai 15-18 briks.

2.6.5 Akar

Akar buah naga adalah menjalar dan melekat pada tumbuhan lain. Dalam
penanamnnya, kekuda dibuat untuk menyebarkan batang tanaman buah naga. Akar
buah naga tahan terhadap kemarau tetapi tidak bertahan terlalu lama. Walaupun
akar ditarik dari tanah, akar masih boleh hidup dengan menyerap makanan dan air
dari akar udara yang tumbuh di batangnya.

Akar buah naga boleh dikatakan cetek sebelum pengeluaran mencapai


kedalaman 50-60cm berikutan lanjutan batang di tanah. Ini boleh digunakan sebagai
penanda aras dalam persenyewaan. Pertumbuhan akar biasa normal dan baik pada
keadaan yang sesuai iaitu pH 7. apabila pH tanah dibawah 5, pertumbuhan tanaman
akan menjadi lambat dan menjadi kerdil. Dalam penanaman pH tanah mesti
diketahui sebelum dan selepas tanaman ditanam kerana akar merupakan faktor
penting untuk menyerap nutrien di dalam tanah.

2.6.6 Batang dan cabang

Buah naga berpunca daripada kebiruan atau kehijauan. Batang adalah dalam bentuk
siku atau segitiga dan mengandungi air dalam bentuk pemberi pinjaman dan disalut
dengan lilin. Dari batang ini tumbuh cabang yang bentuk dan warnanya sama
dengan batang dan berfungsi sebagai daun untuk proses asimilasi dan
mengandungi kambium yang berfungsi untuk pertumbuhan tumbuhan. Di batang
dan cabang tumbuh pula duri keras dan pendek. Duri di tepi kanan batang dan
cabang akan terdiri daripada 4-5 duri di setiap tempat yang tumbuh.

2.6.7 Bunga

Kuncup bunga buah naga berbentuk corong adalah kira-kira 30cm panjang dan akan
mula mekar pada sebelah petang dan akar mekar dengan sempurna pada waktu
malam. Setelah mekar warna mahkota bahagian dalamnya putih tulen dan di
dalamnya terdapat benangsari kuning dan akan mengeluarkan bau wangi.

17
2.6.8 Buah

Buahan adalah elips dan biasanya terletak berhampiran hujung cabang dan batang.
Dalam cabang atau batang boleh tumbuh lebih dari satu dan kadang-kadang dekat
bersama-sama. Kulit buah kira-kira 1-2cm tebal dan di permukaan kulit buah
terdapat sirip yang berukuran kira-kira 2cm

2.6.9 Biji

Biji bulat kecil dan nipis tetapi sangat keras. Biji boleh digunakan dalam penyebaran
tumbuhan generatif tetapi kaedah ini jarang dilakukan kerana ia memerlukan masa
yang lama untuk menghasilkannya. Biasanya biji digunakan oleh penyelidik untuk
membawa jenis baru. Setiap buah mengandungi lebih daripada 1000 biji.

2.7 KHASIAT BUAH NAGA

Dari beberapa media masa mengatakan bahawa buah naga memiliki khasiat untuk
kesihatan manusia, di antaranya ialah sebagai penyeimbang kadar gula darah,
pencegah kanser usus, perlindung kesihatan mulut, serta pengurang kolesterol,
pencegah pendarahan dan ubat keluhan keputihan. Adanya khasiat tersebut
disebabkan oleh kandungan nutrisi dalam buahnya yang sangat mendukung
kesihatan tubuh manusia.

Buah naga umumnya diketahui sebagai buah yang segar dan penghilang
dahaga. Hal ini disebabkan oleh kandungan airnya sangat tinggi, sekitar 90,20%
berat buahnya. Rasanya cukup manis kerana kadar gula yang mencapai 13-18 briks.
Selain itu, penyajian buah naga dapat berupa jus, sari buah dan manisan. Khasiat
buah naga sangat banyak bagi mencegah penyakit dalam tubuh badan manusia.

2.7.1 Membantu mengurangkan berat dalam badan

Mengisi perut dengan makanan yang kaya dengan serat dan rendah kalori, buah
naga ini akan memastikan perut manusia penuh tanpa rasa takut mendapatkan berat
pada tubuh badan mereka. Di samping itu, buah naga juga akan membuat
pencernaan lebih lancar kerana ia mengandungi banyak air.

18
2.7.2 Mencegah penyakit kanser

Seperti buah-buahan merah lain, buah naga mengandungi lycopene. Lycopene yang
bertanggungjawab untuk memberikan warna merah kepada buah naga telah
ditunjukkan untuk mengurangkan risiko kanser prostat.

Bukan sahaja lycopene, buah naga juga kaya dengan antioksidan hytoalbumin
yang membantu pembentukan radikal bebas karsinogenik dalam tubuh. Buah ini
juga kaya dengan serat, kalsium, fosforus dan vitamin C dan B2 yang membantu
menghilangkan toksin logam dari badan yang sebahagiannya dapat menyebabkan
penyakit kanser.

2.7.3 Mencegah kencing manis

Ciri-ciri antioksidannya juga dapat mencegah terjadinya diabetes mellitus kerana ia


boleh membunuh sel-sel yang tidak normal yang dihasilkan oleh pola hidup dan diet
yang tidak sihat. Buah naga juga selamat untuk pesakit kencing manis kerana
kandungan gula sangat kecil.

2.7.4 Membantu mencegah tekanan darah tinggi dan serangan

Selain lycopenen yang berfungsi sebagai pencegah kanser, ia juga berfungsi


sebagai penurun tekanan darah serta mencegah penyakit jantung seperti serangan
jantung mengejut kerana biji dari buah naga kaya dengan lemak omega 3 dan
omega 6 yang membantu meringankan gangguan kardiovaskular.

2.7.5 Meningkatkan sistem imun

Keuntungan buah naga untuk sistem imun adalah kesan sampingan buah naga yang
mengandungi banyak nutrien. Selain itu, banyakkan makan buah naga juga dapat
merawat kedua-dua luka luaran dan kecederaan luaran juga akan cepat sembuh.

2.7.6 Meningkatkan selera makan

Vitamin B1 dan B2 dalam buah naga akan meningkatkan selera makan jika manusia
sering mengambil buah naga terutamanya untuk kanak-kanak yang biasanya
mengalami kesukaran makan. Ini bertentangan dengan maanfaat buah naga untuk

19
diet, tetapi bagi mereka yang sedang menjalani diet, cukup menggantikan makanan
harian dengan buah naga yang juga mengisi tanpa rasa takut pada badan yang
meregang.

2.7.7 Membantu masalah penghadaman


Kandungan serat atau serat yang tinggi boleh membantu penghadaman dan
merawar sembelit. Dengan makan daging yang juga mengandungi protein yang baik
boleh membuat tubuh menjadi sihat dan segar.
2.7.8 Membantu melegakan batuk dan asma

Biji buah naga kaya dengan omega 3 dan omega 6 lemak yang dapat membantu
melegakan gangguan pernafasan sehingga manusia yang mengalami asma atau
tidak batuk berhenti, ia akan membantu mengurangkan kesakitannya. Tetapi ia juga
boleh dikatakan bahawa buah naga merupakan ubat untuk penyakit seperti asma.

2.7.9 Membantu pertumbuhan tulang dan kesihatan serta peredaran darah

Kalsium dalam buah naga akan mengekalkan kesihatan tulang dan gigi. Besi dan
fosforus juga membantu peredaran darah dan membantu memperbaiki tisu yang
rosak di dalam badan.

20
BAB 3

METODOLOGI

3.1 PENGENALAN UMUM

Bab ini membincangkan metodologi kajian berkaitan dengan jem buah naga.
Pelbagai kaedah yang telah digunakan dalam kajian semasa menjalankan projek
jem buah naga ini. Antara kaedah yang saya gunakan ialah mengenai reka bentuk
kajian, populasi kajian dan lokasi kajian, sampel kajian, instrument kajian, kajian
rintis, prosedur pengumpulan data dan prosedur analisis data.

3.2 REKA BENTUK KAJIAN

Reka bentuk kajian saya ini ialah hasil kajian yang ditentukan oleh kaedah dan reka
bentuk kajian. Manakala reka bentuk kajian pula ditentukan oleh tujuan kajian. Tiada
satu reka bentuk yang dapat digunakan untuk semua kajian, tetapi satu kajian yang
boleh digunakan beberapa reka bentuk kajian yang berbeza. Reka bentuk kajian
merupakan satu tatacara untu membuat pengolahan data yang dikumpul
berdasarkan perancangan khusus dan sistematik terhadap konsep pembentukan
rangkaian hubungan antara pemboleh-pemboleh ubah yang terlibat dalam sesuatu
kajian ini. Selain itu, kajian ini dipilih kerana masa yang terhad untuk menyiapkan
projek ini dalam masa yang telah ditetapkan. Kajian ini melibatkan pengumpulan
data deskriptif dengan menggunakan borang soal selidik iaitu untuk mengkaji
tentang latar belakang responden.

21
3.3 POPULASI KAJIAN DAN LOKASI KAJIAN

Populasi kajian saya adalah semua pelajar dan pensyarah di Kolej Vokasional
Betong. Saya memilih pooulasi di Kolej Vokasional Betong adalah kerana ia
mempunyai ramai pelajar dan pensyarah yang asalnya bukan dari Sarawak sahaja,
malah di Semenangjung Malaysia. Di samping itu, pelajar dan pensyarah di Kolej
Vokasional Betong juga terdiri daripada pelbagai bangsa dan kaum. Oleh hal yang
sedemikian, ini bagi memudahkan saya untuk membuat analisis data dan
memudahkan pengkaji untuk melakukan kajian tersebut.

3.4 SAMPEL KAJIAN

Kajian ini berdasarkan kepada ketetapan daripada kalangan pelajar dan pensyarah.
Persampelan dipilih dan telah dibahagikan sama rata. Kajian ini melibatkan seramai
50 orang pelajar termasuk dengan pensyarah di Kolej Vokasional Betong. Mereka
adalah terdiri daripada 25 orang perempuan dan 25 orang lelaki. Sampel ini juga
melibatkan beberapa bangsa iaitu, seramai 20 orang berbangsa Iban, 10 orang
berbangsa Melayu, 10 orang berbangsa cina 2 orang berbangsa india dan 8
berbangsa lain-lain. Sampel ini juga telah dipilih berdasarkan umur iaitu 16-25 tahun,
26-35 tahun dan 36 tahun ke atas. Jumlah keseluruhannya untuk sampel kajian ini
adalah seramai 50 orang pelajar dan pensyarah di Kolej Vokasional Betong.

3.5 RESPONDEN

Pengkaji telah memilih responden seramai 50 orang yang mana terdiri daripada
pelajar dan pensyarah Kolej Vokasional Betong.

3.6 INSTRUMEN KAJIAN

Dalam melaksanakan produk Jem Buah Naga ini, kaedah yang saya gunakan bagi
mendapatkan data dalam soal selidik adalah kuantitif. Borang soal selidik telah
diedarkan kepada para responden yang terdiri daripada pelajar dan pensyarah Kolej
Vokasional Betong.

22
3.6.1 Borang soal selidik

Dengan menggunakan borang soal selidik ia dapat membantu pengkaji mendapat


persampelan yang lebih tepat dan dapat meliputi sampel yang besar dengan kos
yang berpatutan. Soal selidik ini terdiri daripada tiga bahagian iaitu Bahagian,
Bahagian B dan Bahagian C. Bahagian A adalah mengenai latar belakang
responden manakala Bahagian B pula ialah mengenai pengetahuan umum berkaitan
Jem Buah Naga. Bahagian C ialah mengenai tahap respon para penggemar buah
naga terhadap Jem Buah Naga.

3.7 FORMULASI ASAL

Bahan Fungsi bahan


1kg buah naga Merupakan bahan utama dalam penghasilan Jem Buah
Naga
Gula pasir secukupnya Sebagai penambah perisa manis kepada Jem Buah Naga
Air secukupnya Menambah tekstur Jem Buah Naga supaya tidak terlalu
melekit dan melarutkan gula pasir
Jadual 1 Formulasi asal

23
3.8 CARTA ALIR PEMPROSESAN

Produk yang dihasilkan hendaklah mempunyai proses dan prosedur yang telah
ditetapkan. Prosedur penghasilan produk tersebut juga ditunjuk bermula dari proses
persediaan bahan sehingga proses pembungkusan produk dilakukan. Proses dan
prosedur yang telah dilakukan dan ditetapkan telah ditunjukkan di dalam rajah di
bawah.

Pemilihan bahan

Penyediaan bahan

Mengisar buah naga dengan pengisar dan menambahkan sedikit air

Menggoreng buah naga tanpa minyak di dalam kuali dan menambahkan


sedikit gula

Pembungkusan dan pemasaran produk

Rajah 1 Carta alir proses pembuatan Jem Buah Naga

24
3.8.1 Pemilihan bahan

Sebelum memulakan proses membuat Jem Buah Naga, prosedur pertama yang
perlu dilakukan iaitu pemilihan bahan untuk memastikan bahan yang digunakan
adalah berkualiti. Bahan utama yang perlu ada dalam membuat Jem Buah Naga
ialah buah naga dan gula pasir. Bahan sampingan untuk membuah Jem Buah Naga
ialah air.

Gambar 1 Pemilihan bahan

25
3.8.2 Penyediaan bahan

Proses ini adalah proses penyediaan bahan serta proses penimbangan bahan dan
memotong buah naga. Prosedur ini dijalankan untuk mengelakkan daripada
berlakunya sebarang kekurangan dan kecacatan produk yang dihasilkan. Perkara ini
juga perlu diambil berat semasa proses penimbangan bahan. Selain itu,
bahan-bahan yang kurang dapat dikenal pasti semasa proses ini dijalankan. Proses
ini merupakan proses frasa permulaan yang mana proses seterusnya dapat
dibatalkan sekiranya kesilapan penimbangan bahan telah berlaku. Gambar 2 di
bawah menunjukkan proses memotong buah naga yang dilakukan semasa proses
penyediaan dijalankan.

Gambar 2 Penyediaan bahan

26
3.8.3 Proses mengisar buah naga

Proses seterusnya ialah mengisar buah naga dengan menambahkan sedikit air.
Semasa proses ini dijalankan, perkara yang perlu diambil berat ialah bahan yang
digunakan hendaklah mengikut sukatan yang betul supaya rasa buah naga yang asli
dapat meningkatkan deria bau yang kuat. Gula pasir ditambah sedikit untuk
menyerlahkan lagi rasa buah naga dan bertindak perisa manis untuk Jem Buah
Naga. Gambar 3 di bawah menunjukkan proses mengisar buah naga dengan
menggunakan alat pengisar dan menambahkan sedikit air supaya buah naga tidak
terlalu melekit pada kuali apabila proses menggoreng dilaksanakan.

Gambar 3 Proses mengisar buah naga

27
3.8.4 Proses menggoreng buah naga

Proses seterusnya ialah menggoreng buah naga ke dalam kuali. Proses


menggoreng ini tidak perlu menggunakan minyak kerana akan menyebabkan buah
naga kekurangan zat dan vitamin. Dalam proses ini, buah naga hendaklah sentiasa
dikacau supaya buah naga tidak cepat hangus.

Gambar 4 Proses menggoreng buah naga ke dalam kuali

28
3.8.5 Pembungkusan dan pemasaran produk

Jem Buah Naga yang telah siap diangkat dan dibiarkan seketika pada suhu bilik.
Setelah selesai, Jem Buah Naga akan dibungkus dengan menggunakan balang dan
dipasarkan. Gambar 5 di bawah menunjukkan Jem Buah Naga yang telah siap
dibungkus.

Gambar 5 Produk Jem Buah Naga yang telah siap dibungkus

29
3.9 KAEDAH PEMPROSESAN JEM BUAH NAGA

Bahan-bahan
4 biji buah naga
Gula pasir secukupnya
Air secukupnya

Cara-cara
1. Sediakan kesemua bahan terlebih dahulu.
2. Potong buah naga kepada beberapa bahagian dan masukkan ke dalam
pengisar dan tambahkan sedikit air.
3. Panaskan kuali dan masukkan buah naga yang telah siap dikisar dan goreng
buah naga tanpa menggunakan minyak.
4. Proses menggoreng buah naga ini hendaklah sentiasa dikacau supaya tidak
mudah hangus.
5. Setelah lekang di permukaan kuali, padamkan api dan biarkan sejuk pada suhu
bilik.

30
3.10 SENARAI PERALATAN YANG DIGUNAKAN

Peralatan Fungsi
Pisau Digunakan untuk memotong buah naga

Papan pemotong Digunakan untuk memotong buah naga

Pengisar Digunakan untuk mengisar buah naga

Kuali Digunakan untuk menggoreng

Mangkuk Digunakan untuk meletakkan bahan yang


digunakan

Jadual 2 Peralatan yang digunakan

31
3.11 PENGIRAAN KOS

BAHAN KUANTITI KOS SEUNIT (RM) JUMLAH (RM)


Buah naga 4 biji 1 biji/4.00 16.0
Gula pasir Secukupnya 1 kg/2.90 2.90
Air secukupnya Secukupnya - -
Bekas pembungkusan 2 1/1.60 3.20
JUMLAH KESELURUHAN 22.10
Jadual 3 Harga bahan

Kos bahan RM22.10


Kos buruh langsung RM5.00
Kos overhed RM10.00
Kos prima RM22.10 + RM5.00 = RM27.10
Mark up RM27.10 × 30% = RM13.55
Harga jualan RM27.10 + RM13.55 = RM40.65
Harga jualan seporsi RM40.65 ÷ 2 = RM20.325 ≈RM20.40
Untung kasar RM40.65 - RM27.10 = RM13.55
Untung bersih RM13.55 - RM10.00 = RM3.55
Jadual 4 Pengiraan Kos

3.12 PROSEDUR PENGUMPULAN DATA

Proses pengumpulan data yang telah dibuat adalah mengikut prosedur yang
sepatutnya. Pertama sekali, pengkaji mendapatkan persetujuan daripada penyelia
projek untuk mengedarkan borang soal selidik kepada responden. Di samping itu,
kami juga telah berbincang dengan penyelia projek kami berkaitan ketepatan tarikh
dan masa yang telah digunakan untuk mengedar borang soal selidik tersebut
kepada responden. Soal selidik tersebut juga akan diedarkan kepada pelajar dan
pensyarah Kolej Vokasional Betong. Hasilnya, para responden telah menjawab
borang soal selidik pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan. Tempoh masa untuk
yang akan diberikan kepada para responden ialah selama 10 minit. Setelah
selesainya para responden menjawab kesemua soalan dalam borang soal selidik itu,
borang tersebut akan dikumpul dan diambil semula. Para responden telah memberi

32
kerjasama yang baik dengan menjawab kesemua soalan di dalam borang soal
selidik dan menghantarnya semula dalam keadaan yang baik.

3.13 MASALAH TEORI ATAU REKA BENTUK

3.13.1 Formulasi pertama

Pada formulasi pertama, Jem Buah Naga ini tidak menggunakan air sebagai bahan
sampingan dan menyebabkan buah naga terlalu melekit dan cepat hangus. Selain
itu, gula pasir yang digunakan terlalu banyak dan menyebabkan buah naga
terlampau manis. Hal ini menyebabkan buah naga mudah keras dan menjadi seperti
gula-gula. Dalam masa yang sama, api yang digunakan terlalu besar hingga
menyebabkan buah naga cepat menggeras dan tidak menjadi seperti jem buah naga
yang dikehendaki. Jadual di bawah menunjukkan bahan dan kuantiti yang digunakan
untuk menghasilkan Jem Buah Naga pada formulasi pertama.

Bahan Kuantiti
Buah naga 2 biji
Gula pasir 6 sudu makan
Jadual 5 Bahan dan kuantiti bahan yang digunakan pada formulasi pertama

3.13.2 Formulasi kedua

Pada formulasi kedua, air digunakan dalam proses pembuatan kali ini untuk
mengelakkan buah naga daripada melekit. Penggunaan gula pasir dikurangkan
menjadi 3 sudu makan sahaja agar jem buah naga tidak manis kerana buah naga
yang digunakan sudah manis dan memberikan rasa yang asli buah naga itu sendiri.
Selain itu, api yang digunakan sederhana dan buah naga tersebut sentiasa
hendaklah dikacau agar permukaan di bawahnya tidak cepat hangus. Rupa jem
buah naga kurang memuaskan kerana teksturnya kurang menarik. Jadula di bawah
menunjukkan bahan dan kuantiti bahan yang digunakan pada formulasi kedua.

33
Bahan Kuantiti
Buah naga 2 biji
Gula pasir 3 sudu makan
Air secukupnya
Jadual 6 Bahan dan kuantiti yang digunakan pada formulasi kedua

3.13.3 Formulasi ketiga

Pada formulasi ketiga pula, buah naga dikisar untuk mendapatkan tekstur yang
menarik. Kuantiti gula pula ditambah kepada 5 sudu untuk mendapatkan rasa manis
dan tidak terlalu pekat. Buah naga digoreng selama 1 jam untuk mendapat tekstur
yang menarik dan dimasak dengan sempurna. Rasa buah naga juga menyerlah dan
produk ini telah mencapai kehendak pengkaji pada formulasi ketiga. Jadual di bawah
menunjukkan bahan dan kuantiti bahan yang digunakan pada formulasi ketiga.

Bahan Kuantiti
Buah naga 2 biji
Gula pasir 5 sudu makan
Air secukupnya
Jadual 7 Bahan dan kuantiti bahan yang digunakan pada formulasi ketiga

34
BAB 4

DAPATAN KAJIAN DAN ANALISIS DATA

4.1 PENGENALAN

Dalam bab ini adalah untuk menjelaskan tentang keputusan bagi produk yang telah
kami hasilkan. Kajian dalam bahagian ini merangkumi proses pengujian dan
penilaian yang dilakukan terhadap produk yang telah dihasilkan. Seramai 50 orang
responden yang terlibat sebagai penguji produk bagi menjayakan kajian ini. Hasil
kajian yang menjawab kepada objektif kajian akan diberi penekanan. Selain itu,
responden akan diberi beberapa soalan yang dipecahkan kepada analisis yang
dilaksanakan dan dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu latar belakang
responden, tahap pengetahuan terhadap Jem Buah Naga dan tahap respon
terhadap Jem Buah Naga

35
4.2 INTERPRETASI DATA UJIAN PENILAIAN SENSORI PRODUK JEM
BUAH NAGA

4.2.1 Borang soal selidik Bahagian A

Jantina Bilangan subjek (n) Peratusan (%)


Lelaki 25 50
Perempuan 25 50
Jumlah 100
Jadual 8 Bilangan peratusan responden mengikut jantina

Rajah 2 Bilangan peratusan responden mengikut jantina

Daripada ujian penilaian pasaran ini, jumlah bilangan subjek (n) yang digunakan
adalah 50 orang. Daripada ujian penilaian yang diperolehi, bilangan responden lelaki
dan perempuan adalah sama rata iaitu 50%.

36
Bangsa Bilangan subjek (n) Peratusan (%)
Iban 20 40%
Melayu 10 20
Cina 10 20
India 2 4
Lain-lain 8 16
Jumlah 100%
Jadual 9 Bilangan peratusan responden mengikut bangsa

Rajah 3 Bilangan peratusan responden mengikut bangsa

Daripada ujian penilaian pasaran ini, jumlah bilangan subjek (n) yang digunakan
adalah sebanyak 50. daripada keputusan yang didapati, responden berbangsa Iban
sebanyak 40% berbanding bangsa lain iaitu Melayu dan Cina sebanyak 20%, India
4% dan bangsa lain sebanyak 16%.

37
Umur Bilangan subjek (n) Peratusan (%)
16-25 Tahun 20 40
26-35 Tahun 20 40
36 Tahun ke atas 10 20
Jumlah 100%
Jadual 10 Bilangan peratusan responden mengikut umur

Rajah 4 Bilangan peratusan responden mengikut umur

Daripada ujian penilaian pasaran ini, jumlah bilangan subjek (n) yang digunakan
adalah sebanyak 50. Daripada keputusan yang diperolehi, jumlah responden yang
berumur 36 tahun ke atas adalah lebih sedikit berbanding responden yang berumur
16-25 tahun dan 26-35 tahun.

38
4.2.2 Borang soal selidik Bahagian Bahagian B

Soalan Bilangan subjek (n) Peratusan (%)


Suka Tidak Suka Tidak
Adakah anda menyukai rasa 50 0 100 0
buah naga?
Jumlah 100%
Jadual 11 Bilangan peratusan responden berdasarkan soalan 1 pada Bahagian B

Rajah 5 Bilangan peratusan responden berdasarkan soalan 1 pada Bahagian B

Hasil data yang dikumpul menunjukkan 100% responden menyukai rasa buah
naga berbanding 0% yang tidak menyukai rasa buah naga.

39
Soalan Bilangan subjek (n) Peratusan (%)
Suka Tidak Suka Tidak
Adakah anda berminat 50 0 100 0
makan jem?
Jumlah 100%
Jadual 12 Bilangan peratusan responden berdasarkan soalan 2 pada Bahagian B

Rajah 6 Bilangan peratusan responden berdasarkan soalan 2 pada Bahagian B

Hasil data menunjukkan 100% responden berminat makan jem berbanding 0%


responden yang tidak berminat makan jem.

40
Soalan Bilangan subjek (n) Peratusan (%)
Pernah Tidak pernah Pernah Tidak pernah
Pernahkah anda mencuba 33 17 66 34
jem yang berlainan perisa?
Jumlah 100%
Jadual 13 Bilangan peratusan responden berdasarkan soalan 3 pada Bahagian B

Rajah 7 Bilangan peratusan responden berdasarkan soalan 3 pada Bahagian B

Hasil data menunjukkan 66% responden pernah mencuba jem yang berlainan perisa
berbanding 34% responden yang tidak pernah mencuba jem yang berlainan
perisanya.

41
Soalan Bilangan subjek (n) Peratusan (%)
Ya Tidak Ya Tidak
Adakah anda berminat 50 0 100 0
terhadap rasa dan
pembungkusan Jem Buah
Naga?
Jumlah 100%
Jadual 14 Bilangan peratusan responden berdasarkan soalan 4 pada Bahagian B

Rajah 8 Bilangan peratusan responden berdasarkan soalan 4 pada Bahagian B

Hasil data menunjukkan kesemua responden berminat terhadap rasa dan


pembungkusan Jem Buah Naga dengan peratusan sebanyak 100%.

42
Soalan Bilangan subjek (n) Peratusan (%)
Ya Tidak pernah Ya Tidak pernah
Pernahkah anda makan 0 50 0 100
buah naga bersama jem
dalam masa yang sama?
Jumlah 100%
Jadual 15 Bilangan peratusan responden berdasarkan soalan 5 pada Bahagian B

Rajah 9 Bilangan peratusan responden berdasarkan soalan 5 pada Bahagian B

Hasil data menunjukkan 100% responden tidak pernah makan buah naga
bersama jem dalam masa yang sama.

43
Soalan Bilangan subjek (n) Peratusan (%)
Ya Tidak pernah Ya Tidak pernah
Pernahkah anda menjumpai 0 50 0 100
atau mencuba Jem Buah
Naga dari mana-mana
pihak?
Jumlah 100%
Jadual 16 Bilangan peratusan responden berdasarkan soalan 6 pada Bahagian B

Rajah 10 Bilangan peratusan responden berdasarkan soalan 5 pada Bahagian B

Hasil data menunjukkan 100% responden tidak pernah menjumpai atau


mencuba Jem Buah Naga dari mana-mana pihak

44
4.2.3 Borang soal selidik Bahagian C

Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Setuju Sangat Setuju

STS TS S SS

Jadual 17 Jadual pemberian skor

KENYATAAN STS TS S SS

1. Saya amat berpuas hati pada saiz Jem Buah Naga 0 0 6 94

2. Saya menyukai perisa pada Jem Buah Naga 0 0 7 93

3. Saya yakin Jem Buah Naga ini sesuai dipasaran 0 0 5 95

4. Saya menyukai bentuk Jem Buah Naga yang memang 0 0 6 94


sedia ada

5. Saya yakin semua lapisan masyarakat menyukai Jem 0 0 8 92


Buah Naga

6. Saya yakin Jem Buah Naga mempunyai sambutan jika 0 0 8 92


dipasarkan.

7. Saya menyukai rasa manis pada Jem Buah Naga ini. 0 0 5 95

8. Setujukah anda sekiranya produk ini dipasarkan dengan 0 0 6 94


harga RM 8.00 untuk Jem Buah Naga?

9. Adakah pembungkusan produk yang digunakan sesuai 0 0 0 100


untuk dipasarkan?

10. Setujukah anda jika Jem divariasikan dengan buah 0 0 0 100


naga ?

Jadual 18 Bilangan peratusan respon pada Bahagian C borang soal selidik

45
Rajah 11 Bilangan peratusan responden berdasarkan Bahagian C borang soal
selidik

Hasil data menunjukkan 94% responden amat berpuas hati dengan saiz Jem Buah
Naga dan mendapat perhatian daripada penggemar buah naga dan rata-rata
responden yang berumur 16-25 tahun. 93% responden menyukai perisa pada Jem
Buah Naga yang banyak mengandungi khasiatnya. 95% responden yakin bahawa
Jem Buah Naga ini sesuai di pasarkan di pasaran tempatan dan tempat yang banyak
pengunjung. 94% responden menyukai bentuk Jem Buah Naga yang memang sedia
dia dan 92% responden yakin bahawa semua lapisan masyarakat amat menyukai
Jem Buah Naga ini. 92% responden berpendapat bahawa Jem Buah Naga ini
sememangnya mendapat sambutan jika dipasarkan. 95% responden menyukai rasa
manis yang ada pada Jem Buah Naga ini dan kebanyakkannya merupakan
responden yang berumur 25-35 tahun. 94% responden bersetuju produk ini dapat
dipasarkan dengan harga RM8.00. 100% responden setuju dengan pembungkusan
produk yang digunakan sesuai untuk dipasarkan dan responden setuju jika Jem
divariasikan dengan buah naga dan kebanyakkan mereka ialah 36 tahun ke atas.

46
4.3 KESIMPULAN

Data yang terkumpul menunjukkan rata-rata pelajar dan pensyarah Kolej Vokasional
Betong bersetuju terhadap penghasilan produk Jem Buah Naga ini dan menyukai
produk ini berbanding jem yang terdapat di pasaran. Kesimpulannya, produk ini
mendapat sambutan yang positif dan memberangsangkan daripada ramai pihak.

47
BAB 5

PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 PENGENALAN

Penghasilan Jem Buah Naga merupakan satu inovasi yang baru yang diadaptasi
daripada jem buah yang sedia ada dipasaran. Hasil daripada perbincangan,
penyelidikan telah dijalankan dan menunjukkan bahawa hasil dapatan mengenai
Jem Buah Naga dapat menyaingi jem buah yang terdapat di pasaran. Jem Buah
Naga ini juga selamat untuk digunakan kerana ia tidak dicampur dengan bahan
pengawet yang boleh membahayakan kesihatan pengguna kerana bahan yang
digunakan untuk menghasilkan Jem Buah Naga adalah 100% bahan asli dari buah
tersebut.

5.2 PENILAIAN

Sepanjang proses penghasilan Jem Buah Naga banyak cabaran dan dugaan yang
dialami. Semasa menjalankan amali yang pertama, rasa buah naga terlampau manis
sehingga menyebabkan rasa asli pada buah naga berkurangan. Satu tindakan telah
diambil dan perbincangan antara pelajar dengan pensyarah untuk mendapatkan
cadangan daripada mereka. Beberapa cadangan yang dikemukakan oleh para
pensyarah untuk mengatasi masalah yang dihadapi ialah mengurangkan
penggunaan gula pasir dalam menghasilkan Jem Buah Naga.

Semasa amali kedua dijalankan masalah yang sama timbul. Perbincangan


sangat penting untuk menghasilkan produk ini berjaya. Antara cara alternatif yang
diambil ialah buah naga dikisar terlebih dahulu agar teksturnya lebih menarik dan
penggunaan gula dikurang agar rasa asli buah naga yang kuat dapat dirasai.

48
5.3 ANALISIS

Dari segi analisis untuk produk Jem Buah Naga ini pula ialah di mana telah analisis
dari keseluruhan diambil daripada borang soal selidik yang telah diedarkan kepada
pelanggan di mana borang tersebut membuktikan bahawa produk Jem Buah Naga
ini boleh dipasarkan mengikut permintaan pelanggan. Analisis ini pula telah
menunjukkan produk Jem Buah Naga ini sesuai untuk semua lapisan masyarakat
kerana produk Jem Buah Naga mengandungi banyak khasiat yang diperlukan untuk
mengatasi penyakit seperti kanser.

Selain itu, analisis ini dibuat bertujuan untuk memastikan supaya produk yang
dihasilkan ini dapat dipasarkan dan dirasai oleh semua golongan masyarakat tanpa
mengira umur. Kebanyakan pelanggan yang meminati produk Jem Buah Naga ini
adalah mereka yang berasal dari Sarawak kerana hampir setiap hidangan dari
negeri-negeri tersebut merupakan hidangan yang manis.

5.4 TAFSIRAN

Berdasarkan analisis dan penilaian yang dibuat melalui pelaksanaan projek, produk
dapat ditaksirkan mempunyai kekuatan dan kelemahan tersendiri. Dari sudut
kekuatan yang ada pada Jem Buah Naga, produk ini berwajah baharu kerana ia
dihasilkan daripada buah naga. Ini mampu menarik perhatian para pelanggan
kerana pelanggan pasti ingin mencuba produk yang baru dipasaran. Di samping itu,
produk ini merupakan satu-satunya jem buah yang dihasilkan dengan menggunakan
buah naga yang mempunyai khasiatnya yang tersediri. Produk yang dihasilkan
merupakan hasil tangan dan dibuat 100% menggunakan tenaga enjin. Selain itu,
bahan yang digunakan untuk menghasilkan produk ini tidak menggunakan bahan
pengawet yang berlebihan kerana penjagaan penggunaan bahan sentiasa dipantau
dari semasa ke semasa bagi mengelakkan sebarang masalah yang berlaku.

Seterusnya, setiap produk yang dihasilkan pasti mempunyai kekurangan sama


dengan Jem Buah Naga juga terdapat kelemahannya yang tersendiri seperti jem
buah naga akan mudah menggeras jika api terlampau kuat semasa proses
menggoreng. Buah naga sememangnya mempunyai rasa buah aslinya yang
tersendiri. Oleh itu, kurangkan penggunaan gula pasir dalam pembuatan Jem Buah

49
Naga ini agar jem ini tidak terlalu manis untuk dimakan bersama dengan roti bakar
dan sebagainya.

5.5 KAJIAN PERBANDINGAN

5.5.1 Perlaksanaan Projek Yang Pertama

Semasa melaksanakan kajian projek yang pertama, buah naga yang digunakan
adalah buah yang telah masak dan manis isinya. Buah naga dipotong lalu digoreng
tanpa minyak masak selama 1 jam. Gula pasir yang ditambah telah menyebabkan
buah naga bertambah manis dan kurang rasa asli buah naga.

5.5.2 Perlaksanaan Projek Yang Kedua

Semasa melaksanakan kajian projek yang kedua, penggunaan gula dikurangkan


kerana buah naga yang digunakan sudah masak dan manis isinya. Namun masalah
yang timbul ialah tekstur jem buah yang melekit tidak menepati citarasa yang
dikehendaki.

5.5.3 Perlaksanaan Projek Yang Ketiga

Untuk perlaksanaan projek yang ketiga, buah naga dipotong dan dikisar dengan
menggunakan pengisar. Masak buah naga tanpa minyak masak dengan api yang
sederhana dan masukkan gula secukupnya. Sentiasa menggacau jem buah naga
supaya ia tidak cepat hangus. Dan ternyata cara ini berkesan kerana teksturnya
yang menarik dan rasa buah naga yang asli.

5.6 ULASAN-ULASAN

Untuk keseluruhan produk ini bermula daripada cadangan selepas beberapa


cadangan yang lain tidak diterima. Melalui cadangan dan kertas kerja terhasil satu
pertemuan yang baharu iaitu Jem Buah Naga. Sebelum menghasilkan produk ini,
pembentangan projek dijalankan terlebih dahulu untuk mendapatkan kelulusan
daripada penyelia projek, cabaran dan dugaan yang dihadapi harus dilalui. Di
samping itu, banyak soalan yang diusulkan semasa pembentangan kertas kerja

50
tetapi segala cabaran tersebut dapat diatasi. Setelah diluluskan kertas kerja baru
pemilihan bahan dan alatan dijalankan untuk mengukuhkan lagi produk yang
dihasilkan. Setiap perkara hendaklah dibuat dengan serius untuk menghasilkan
produk yang berkualiti tinggi dan mengikut standard yang ditetapkan.

Bermula dengan menyenaraikan bahan dan alatan yang digunakan harus


bersesuaian atas beberapa faktor seperti keselamatan, agama, bangsa dan juga
faktor yang lain. Di samping itu, setiap faktor harus diambil serius untuk memastikan
produk yang dihasilkan boleh dipasarkan. Sebelum memulakan peringkat ke
seterusnya, beberapa perkara harus diselesaikan seperti pernyataan masalah,
objektif kajian, tujuan kajian, masalah kajian, skop kerja, pengiraan kos dan
sebagainya. Setiap perkara yang dinyatakan haruslah dikaji terlebih dahulu agar
memudahkan produk lebih senang dihasilkan mengikut kehendak pasaran dan
kegunaan masyarakat.

Setiap bahan hendaklah dikira dengan lebih teliti untuk memastikan pengiraan
kos sentiasa dalam kajian kos yang dimiliki. Setiap harga seunit bahan harus dikira
dengan tepat bagi menentukan harga sebungkus produk. Invoice haruslah dikumpul
dan dijadikan sebagai bukti pembelian bahan. Selepas pengiraan kos maka setiap
bahan akan dibahagikan kepada beberapa banyak bilangan porsi yang boleh
dihasilkan bagi memastikan untung bersih dan untung kasar.

Akhir sekali, semasa pengujian yang pertama kita boleh membuat analisis
terhadap produk yang kita hasilkan dijadikan sebagai kajian. Selalunya pengujian
yang pertama selalunya gagal dan tidak menepati kehendak masing-masing. Setiap
kelemahan yang kita hadapi boleh dibaiki untuk pengujian yang kedua dan
seterusnya. Segala kelemahan yang dapat dikesan boleh diperbaiki dengan mudah.
Sehingga proses pembungkusan dan melabel produk barulah produk tersebut boleh
dipasarkan dan membuat analisis daripada pengguna.

5.7 PERTIMBANGAN

Dari segi pertimbangan pula, hasil daripada kajian yang dijalankan, produk Jem
Buah Naga yang dihasilkan akan dipasarkan mengikut jumlah kesukaan pelanggan
melalui pengedaran borang soal selidik kepada pelanggan. Data yang dikumpulkan
untuk produk Jem Buah Naga tersebut dakan dikumpul dan dipertimbankan adakah

51
produk yang dihasilkan sesuai ataupun tidak untuk dipasarkan atau ia hanyalah
untuk di ujikaji sahaja. Kalau ia sesuai untuk dipasarkan, berkemungkinan produk
Jem Buah Naga akan dipasarkan mengikut data yang telah dikumpulkan. Keunikan
pada produk Jem Buah Naga mampu memberi galakkan masyarakat di luar sana.

5.8 RUMUSAN DAN KESIMPULAN

Untuk rumusan dan kesimpulan yang boleh disenaraikan bahawa produk Jem Buah
Naga ini merupakan jem buah yang menggunakan buah-buahan tempatan dan
mengandungi banyak khasiat. Malah bahan yang digunakan merupakan bahan yang
senang dicari seperti buah naga dan gula pasir. Penghasilan Jem Buah Naga
menarik perhatian pelanggan dan masyarakat kerana keunikan produk ini berbeza
daripada produk yang sudah berada di pasaran.

52
RUJUKAN

A Setyowati - 2008 - eprints.uns.ac.id

AS Nugroho - 2011

B Saneto - Jurnal Agarika, 2005

PA Handayani, A Rahmawati - Jurnal bahan semula jadi yang boleh diperbaharui,


2012

R Wahyuni - TEKNOLOGI MAKANAN, 2011 - jurnal.yudharta.ac.id

R Wahyuni - TEKNOLOGI MAKANAN, 2012 - jurnal.yudharta.ac.id

RB Ajie - Majoriti Jurnal, 2015 - juke.kedobatan.unila.ac.id

S Winarsih - Aneka Ilmu, Semarang, 2007

Y Yana - 41 - SI tesis,

53
LAMPIRAN 1

Gambar 1 Bahan yang digunakan Gambar 2 Proses memotong buah naga

Gambar 3 Proses mengisar buah naga Gambar 4 Setelah buah naga dikisar

Gambar 5 Proses menggoreng buah Gambar 6 Jem Buah Naga yang telah
naga tanpa minyak siap

54
Gambar 7 Pensyarah mengisi borang Gambar 8 Pelajar mengisi borang soal
soal selidik terhadap Jem Buah Naga selidik terhadap Jem Buah Naga

Gambar 9 Pelajar mengisi borang soal Gambar 10 Pelajar mengisi borang soal
selidik terhadap Jem Buah Naga selidik terhadap Jem Buah Naga

55
LAMPIRAN 2

56
57
58
LAMPIRAN 3
JEM BUAH NAGA
AKTIVITI JANUARI FEBRUARI MAC APRIL
1 2 3 4 5 1 2 3 4 1 2 3 3 4 1 2 3 4
1. Membuat perbincangan tentang PTA
2. Membuat kumpulan untuk menghasilkan
produk
3. Membuat perbincangan tajuk produk
bersama rakan kumpulan

4. Mencari maklumat tentang produk yang


dihasilkan

5. Membuat perbincangan dan meminta


pendapat daripada pensyarah

6. Membuat pembentangan mengenai produk


yang dihasilkan

7. Melakukan produk yang dihasilkan


mengikut tempat yang dirancang

8. Membuat perbincangan tentang proposal


PTA
9. Menyatakan pengiraan kos bagi produk
yang dihasilkan

59
10. Membuat penerangan tentang produk yang
dihasilkan dihadapan pensyarah
11. Membuat pembentangan berkenaan
dengan tajuk produk yang dihasilkan

60
JEM BUAH NAGA
JULAI OGOS SEPTEMBER OKTOBER NOVEMBER
AKTIVITI 1 2 3 4 5 1 2 3 4 1 2 3 4 5 1 2 3 4 1 2 3 4 5
1. Membuat
perbincangan
tentang penulisan
PTA bersama
pensyarah.
2. Membuat
penulisan PTA.
3. Penyemakan
penulisan PTA kali
pertama oleh
penyelia
pensyarah..
4. Membuat
pembetulan untuk
penulisan produk
PTA.

5. Penyemakan
penulisan PTA kali

61
kedua oleh
penyelia projek.
6. Membuat
pembentangan
produk PTA.
7. Pembentangan
produk PTA
dihadapan para
pensyarah.
8. Penulisan PTA
disemak oleh Proof
Reader.
9. Membuat
pembetulan bagi
penulisan PTA
buat kali terakhir.

62

Anda mungkin juga menyukai