Anda di halaman 1dari 7

SKRIP JURUACARA MAJLIS ANUGERAH 2019

ATURCARA SKRIP
1. Pengumuman kepada warga - Perhatian kepada semua warga dewan. Sila berdiri
dewan semasa tetamu jemputan masuk ke dalam dewan.
- Sila pastikan telefon bimbit ditukar ke mode senyap

2. Ketibaan tetamu khas Mengumumkan ketibaan..


1. Yang Dihormati Dr. Rkesavan MP Rajappa Pengurus
Berkat Group of Companies
Diiringi oleh........
2. Yang Berusaha En. Sangaranathan a/l Govindasamy
Pengetua SMK Air Itam
Bersama........
3. Yang dihormati En. Mohd Bakhir Bin Abu, Yang
Dipertua PIBG SMART
Dan ..
Penolong-penolong kanan.

3. Persembahan Okestra Cina Sebagai halwa pemanis selamat datang, dipersembahkan


alunan santai daripada Okestra Cina SMART. Dipersilakan...
.................................................................................

Untuk makluman hadirin sekalian lagu-lagu yang


diperdengarkan tadi bertajuk Kapal Kecil Putih, Keriangan dan
Kemewahan Hidup. Kumpulan okestra ini di bawah
bimbingan Cik Cheah guat Ping.

4. Nanyian lagu negaraku dan Memulakan atur langkah majlis pada pagiini, marilah sama-
lagu negeri Pulau Pinang sama kita berpadu suara menyanyikan lagu Negaraku dan
lagu negeri Pulau Pinang bersama iringan muzik. Semua
hadirin diminta berdiri dan bersedia.

Hadirin dipersilakan duduk. Majlis merakamkan ucapan


terima kasih atas nyanyian itu tadi.

5. Protokol
MENCARI TIMBA SI ANAK DARA,
DI BAWAH SARANG BURUNG TEMPUA,
SALAM SEMBAH PEMBUKA BICARA,
SELAMAT DATANG BUAT SEMUA.

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikumwarahmatulallahiwabarakatuh dan salam
sejahtera
(SENARAI PROTOKOL)
1. Yang Berusaha En. Sangaranathan a/l Govindasamy
Pengetua SMART
2. Yang Dihormati Dr. Rkesavan M.P Rajappa, Pengurus

1
Berkat Group of Companies.
3. Yang Dihormati En. Mohd Bakhir Bin Abu, Yang
Dipertua PIBG SMART
4. Yang Setia Tuan ASP Fadzly b. Abdullah, Ketua Polis
Balai, Balai Polis Air Itam.
5. Yang Berusaha En. Goh Hong Peng, Pen. Kanan
Pentadbiran SMART.
6. Yang Berusaha Cik Choo Poh Lean, Pen. Kanan Hal
Ehwal Murid SMART
7. Barisan Guru Kanan
8. AJK-AJK PIBG
9. Guru-Guru
10. Kakitangan-Kakitangan sekolah
11. Para ibu bapa
12. Dan yang dikasihi pelajar-pelajar sekalian.

Setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Ilahi


kerana dengan izin dan rahmat dariNya juga, pada hari ini,
pada saat ini kita sekali lagi dipinjamkan kesihatan yang baik
untuk bertemu dan berkumpul di dewan yang indah ini bagi
menjayakan majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik
SMART 2019.
Bagi pihak jawatankuasa pengelola, kami sangat berbesar hati
dan merakamkan ucapan jutaan terima kasih atas
kesungguhan dan komitmen yang anda semua berikan bagi
menjayakan majlis ini. Sudah pasti kami melihat kehadiran
tuan puan sebagai sesuatu yang sangat bermakna serta
menjadi tanda sokongan yang tidak berbelah bahagi dalam
menjayakan pendidikan anak-anak kita di sekolah tercinta ini.

6. Bacaan Doa Hadirin sekelian,


Sebelum kata tersusun jauh, sebelum bicara terus
dikhabarkan, kita mulakan majlis ini dengan menjemput
Ustaz Muhammmad Nazri bin Nanyan untuk memimpin
bacaan doa. Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ustaz


Muhammmad Nazri bin Nanyan atas bacaan doa itu tadi.
Semoga majlis kita pada pagi ini berjalan lancar dan
berkatinya olehNya.
7. Ucapan wakil pelajar Hadirin sekalian,
Suasana pembelajaran kini sangat berbeza dan memerlukan
kerjasama antara ibu bapa, guru, pentadbir pendidikan,
komuniti dan sektor swasta secara menyeluruh demi
kemenjadian murid. Tidak kiralah pada masa hadapan
murid ini akan menjadi Perdana Menteri atau pekerja kolar
biru, mereka perlu dipupuk dengan kemahiran dan nilai
yang membolehkan mereka menjadi warga Malaysia yang
sejahtera, seimbang ilmu dan akhlaknya serta dapat
menyumbang kepada pembangunan negara.

2
Majlis pada pagi ini kita mulakan dengan menjemput wakil
pelajar, Saudara Chin Gian Terng selaku Ketua Pengawas
untuk menyampaikan ucapan penghargaan. Dipersilakan

Majlis merakamkan ucapan terima kasih Saudara Chin Gian


Terng atas ucapannya sebentar tadi.

8. Laporan Pengetua. Hadirin yang dihormati

DI SINI ADA GURU YANG TEKUN BERUSAHA


DI SINI ADA KETUA YANG TIDAK PERNAH KENAL ERTI PUTUS
ASA
DI SINI ADA PENDIDIK YANG BERJASA
DI SINI ADA PEMIMPIN YANG BERJIWA MULIA…

Para hadirin sekalian,


Majlis pada pagi ini kita serikan dengan menjemput Yang
Berusaha En. Sangaranathan a/p Govindasamy, Pengetua
SMART tampil ke pentas bagi menyampaikan ucapan dan
membentangkan laporan aktiviti kecemerlangan pelajar SMK
Air Itam sepanjang tahun 2018. Dipersilakan..

Terima kasih diucapkan kepada En. Sangaranathan a/l


Govindasamy, Pengetua SMART atas ucapannya sebentar itu
tadi.

Mendengarkan kejayaan pelajar-pelajar itu tadi, kita berharap


agar api kesungguhan dan kemahuan yang menyala dalam
jiwa anak-anak ini tidak akan pernah padam sebaliknya terus
menyala dan panasnya hingga ke hujung perjalanan.
9. Ucapan Perasmian
(Dr. Rkesavan MP Rajappa) DAUN SEMULUR DI PEKAN SARI,
BATANG JERAMI REBAH KE BUMI,
MADAH DIHULUR SEMBAH DIBERI,
KATA PERASMI HAJATNYA KAMI.

Seterusnya majlis mempersilakan Yang Dihormati Dr.


Rkesavan MP Rajappa untuk menyampaikan ucapan dan
seterusnya merasmikan Hari Anugerah Kecemerlangan
Akademik SMART 2019. Dipersilakan.

UCAPAN

Diminta Dr. Rkesavan untuk terus berada di atas pentas.

Seterusnya dijemput Tuan Pengetua, En. Sangaranathan a/l


Govindasamy untuk naik ke pentas bersama-sama Yang
Dihormati Dr. Rkesavan MP Rajappa untuk Memalu gong
sebanyak 3x sebagai simbolik perasmian pada pagi ini.

3
**********PALUAN GONG***************

Dijemput sekali lagi, En. Sangaranathan a/l Govindasamy


untuk menyampaikan cenderahati dan sijil penghargaan
kepada Dr. Rkesavan sebagai tanda penghargaan dan kenang-
kenangan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati Dr. Rkesavan


MP Rajappa atas ucapan dan perasmian sebentar tadi.

10. Persembahan kebudayaan Warga dewan sekalian..


Melayu Kita rehatkan minda dengan menikmati sajian persembahan
oleh pelajar-pelajar berbakat yang akan menghidangkan
beberapa persembahan sebagai halwa mata kita bersama.

Sebagai pembuka tirai marilah sama-sama kita saksikan


lenggok tarian tradisional melayu yang bertemakan lagu Kurik
Kundi yang akan dipersembahkan oleh Kumpulan Sri Tari
SMART. Dipersilakan....................
TARIAN

Terima Kasih diucapkan kepada Kumpulan Sri Tari SMART.


Kumpulan ini di bawah bimbingan Pn. Nurul Fitrah binti
Abdullah.

11. Penyampaian Anugerah Proses diajar, belajar dan mengajar,


Kecemerlangan Akademik Membentuk modal insan lebih gemilang,
2019. Menghasilkan modal insan elok akhlaknya,
Markah Tertinggi Mata Melahirkan watan yang mantap jati diri,
Pelajaran dalam Tingkatan Melahirkan generasi kemenjadian dan harapan.

Hadirin sekalian,
Majlis kita pada pagi ini diteruskan dengan penyampaian
hadiah dan sijil kecemerlangan kepada murid-murid yang
menunjukkan prestasi yang memberangsangkan di sekolah
ini. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang
Berusaha En. Goh Hong Peng, Pen. Kanan Pentadbiran
SMART ke pentas untuk menyampaikan hadiah Markah
Tertinggi Mata pelajaran dalam Tingkatan. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

PENYAMPAIAN HADIAH – MARKAH TERTINGGI MATA


PELAJARAN DALAM TINGKATAN

Terima Kasih diucapkan kepada En. Goh Hong Peng atas


penyampaian hadiah sebentar tadi.

4
12. Persembahan kebudayaan Hadirin hadirat sekalian,
Cina Majlis kita pada pagi ini akan dimeriahkan lagi dengan
persembahan oleh pelajar-pelajar SMART yang berbakat.

Persembahan yang akan dipertonton seterusnya ialah Tarian


Payung dari Kelab kebudayaan Cina SMART.

Tarian ini mengisahkan sepasang kekasih yang mengharungi


pelbagai cabaran sehingga menyebabkan mereka berpisah
sementara waktu sebelum cinta mereka kembali bertaut.

Marilah sama-sama kita saksikan


TARIAN

Terima Kasih diucapkan kepada Kelab kebudayaan Cina


SMART. Kumpulan ini di bawah bimbingan Dr. Grace Choong.
13. Penyampaian Anugerah Hadirin yang dihormati sekalian,
Kecemerlangan Akademik Seorang cendiakawan barat ada mengatakan bahawa:
2019. “terdapat banyak kemungkinan untuk gagal dalam
Kedudukan Pertama dalam kehidupan, kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan
Kelas satu perkara iaitu usaha!”

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah


Kedudukan Pertama dalam kelas. Majlis dengan segala
hormatnya menjemput Yang Dihormati, En. Mohd Bakhir Bin
Abu, Yang Dipertua PIBG diiringi oleh Yang Berusaha En. Goh
Hong Peng untuk memyampaikan hadiah.

UPACARA PENYAMPAIAN HADIAH

Terima Kasih diucapkan kepada Encik Mohd Bakhir Bin Abu


atas penyampaian hadiah sebentar tadi. Oleh itu majlis
dengan berbesar hati menjemput En. Goh Hong Peng untuk
menyampaikan cenderamata kepada Encik Mohd Bakhir.
Terima kasih diucapkan kepada En. Goh Hong Peng atas
penyampaian cenderamata itu tadi.

13. Persembahan kebudayaan


India TEPUK TANGAN RAMAI-RAMAI,
MELIHAT AKSI SI RAMA-RAMA,
WARGA SMART HARMONI DAN DAMAI
PELBAGAI KAUM HIDUP BERSAMA.

Seterusnya kita akan dihiburkan pula dengan persembahan


kebudayaan masyarakat India iaitu Tarian Kollatham
(koladhem) daripada kumpulan kollatham SMART.

Tarian ini merupakan antara tarian yang selalu


dipersembahkan dalam majlis – majlis keraian masyarakat

5
India termasuklah ketika Perayaan Ponggal.

Baiklah tanpa melengahkan masa, sama-sama kita saksikan.

PERSEMBAHAN

Terima Kasih diucapkan kepada Kumpulan kollatham SMART


Kumpulan ini di bawah bimbingan Pn. Kalaiselvi.

Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada semua pelajar yang


terlibat dengan persembahan yang cukup menghiburkan
sepanjang majlis ini berlangsung.

14. Penyampaian Anugerah Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah


Kecemerlangan Akademik Kedudukan Pertama Kedua dan Ketiga dalam Tingkatan.
2019. Majlis dengan segala hormatnya menjemput En.
Kedudukan Pertama, Kedua Sangaranathan a/l Govindasamy, Pengetua SMART bagi
dan Ketiga dalam Tingkatan menyempurnakan penyampaian hadiah. Dipersilakan.

PENYAMPAIAN HADIAH

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada En.


Sangaranathan a/l Govindasamy di atas penyampaian hadiah
sebentar tadi.

14. Pencapaian Cemerlang PT3 Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah anugerah
2018 dan SPM 2018 pelajar terbaik PT3 dan SPM 2018.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Dihormati


Dr. Rkesavan MP Rajappa, diiringi oleh Yang Berusaha En.
Sangaranathan a/l Govindasamy, Pengetua SMART untuk
memyampaikan hadiah.

Dimulakan dengan pencapaian terbaik PT3 2018


1. .......................................
memperoleh :

2. .........................................
memperoleh :
3. .........................................
memperoleh :

Seterusnya pencapaian terbaik SPM 2018


4. .........................................
memperoleh :
5. .........................................
memperoleh :
6. .........................................

6
memperoleh :
7. .........................................
memperoleh :
8. .........................................
memperoleh :
9. .........................................
memperoleh :
10. .........................................
memperoleh :

Sebagai tanda terima kasih, majlis mempersilakan Yang


Berusaha En. Sangaranathan a/l Govindasamy untuk
menyampaikan cenderamata kepada Yang Dihormati Dr.
Rkesavan MP Rajappa Majlis merakamkan ucapan terima
kasih kepada En. Sangaranathan atas penyampaian
cenderamata itu tadi.

5. Nyanyian lagu sekolah Hadirin yang dimuliakan,


Acara kita pada pagi ini hampir ke penghujungnya.

BINTANG BARAT TERBITAN PETANG,


BINTANG TIMUR TERBITAN PAGI,
JIKA TIDAK MELARAT PANJANG,
ADA UMUR KETEMU LAGI

Bagi pihak jawatankuasa pengelola, kami mengucapkan


jutaan terima kasih Yang Dihormati Dr. Rkesavan MP
Rajappa dan semua pihak yang telah memberikan kerjasama
dan sokongan sehingga majlis ini berjaya diadakan. Para
hadirin diminta berdiri untuk menyanyikan Lagu Sekolah SMK
Air Itam.

Nyanyian Lagu Sekolah

6. Jamuan Adat orang bertandang, kehadiran dialu-alukan, kepulangan


diraikan, Sebelum berpisah, majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan Yang Berusaha En. Sangaranathan, Pengetua
SMART, untuk menjemput dan mengiringi Yang Dihormati Dr.
Rkesavan MP Rajappa dan semua tetamu jemputan untuk
menikmati jamuan ringan yang disediakan. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

Sekian untuk kali ini Wabillahitaufik wal hidayah


wassalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai