Anda di halaman 1dari 2

Aku dan Covid-19

Pagi itu, aku menghantar ibu dan adik perempuan ke klinik swasta di
pekan berdekatan kerana mereka selesema dan sedikit batuk. Aku juga
ada sedikit simptom sakit tekak tetapi mengambil keputusan tidak mahu
ke klinik. Aku perlu membawa mereka ke sana kerana wabak covid-19
pada ketika itu masih tinggi kes hariannya. Mereka perlu diperiksa (swab
test) oleh pakar perubatan untuk memastikan mereka dijangkiti atau tidak.

Selepas menunggu lebih kurang setengah jam, keputusan swab test


mereka keluar. Ternyata mereka positif covid-19. Aku kemudian
mengambil keputusan untuk swab test kendiri menggunakan kit yang
dijual di farmasi. Selepas membuat ujian kendiri, ternyata aku juga positif
covid-19. Aku pasrah dan membawa ibu dan adik perempuan aku balik
ke rumah. Kami semua perlu menjaga diri selepas itu agar tidak
menjangkiti orang lain dan perlu kuarantin di rumah selama 7 hari.

Segala ubatan telah dibeli di farmasi seperti panadol, ubat batuk


dan sakit tekak. Keesokan harinya, aku serta ibu dan adik perempuan
mengalami selesema dan batuk yang agak serius. Kami segera makan
ubat dan vitamin C agar dapat menyembuhkan penyakit itu. Kami juga
makan makanan yang berkhasiat seperti buah dan sayur. Aku menasihati
ibu dan adik perempuan aku agar tidak keluar rumah tanpa memakai alat
penutup mulut dan hidung.

Pada malam itu pula, aku terjaga daripada tidur. Aku melihat jam
tanganku. Waktu itu tengah malam. Aku baru tersedar bahawa aku
kesejukan dan menggigil. Namun, aku tidak demam. Aku cuma minum
air suam dan tidur semula. Keesokan harinya, aku seperti biasa. Cuma
ada sedikit batuk dan sedikit gatal pada kerongkong. Aku makan ubat
seperti sedia kala. Sekali-sekala aku mengingatkan ibu dan adik
perempuan aku agar tidak lupa makan ubat mereka.

Pada hari keempat, aku semakin pulih. Batuk, selesema dan sakit
tekak yang aku alami sebelum itu sudah beransur pulih. Aku rasa gembira
dan ceria kembali. Aku juga bersyukur kerana mendapat tahu bahawa ibu
dan adik perempuan aku juga semakin sihat. Semua ini kerana kami
sentiasa makan ubat yang dibeli dan menjaga makan. Sebelum genap hari
ketujuh, kami semua sudah sihat sepenuhnya. Kami akhirnya dapat keluar
rumah dan melakukan aktiviti harian seperti biasa.

Aku berharap perkara ini tidak akan berlaku lagi dan berjanji pada
diri sendiri agar menjaga kesihatan dan menjaga SOP yang telah
ditetapkan oleh kerajaan.

Anda mungkin juga menyukai