Anda di halaman 1dari 22

RUMUSAN LVS

Nama pelajar:

1. Nur Aisya Qaisara Binti Muhammad khairol (080702070402)


2. Sarah Qistina Binti Muhammmad Fairuz ( )
3. Nurain Insyirah Binti Hasdi ( )

Nama Guru Penasihat:


1. Masliana Binti Sahad (810113-01-5060)

Nama Sekolah: SMK PERMATANG PASIR


1

Indeks
No Tajuk M/s
1 Abstark 3-5

2 Pernyataan Masalah 6-7

3 Objektif Kajian 8-9

Kajian Leteratur 10-11


4
5 Metodologi kajian 12-16

6 Keputusan Dan Perbincangan Kajian 17-19

7 Kesimpulan Dan Signifikasi Kajian 20

8 Lampiran 21

2
Abstrak

3
GABUNGAN EKSTRAK MESRA ALAM PANDAN DAN
UBI KENTANG
Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Pasir, Pulau Pinang,
Malaysia

Demam Denggi Berdarah (DHF) masih menjadi salah satu masalah


kesihatan masyarakat di Malaysia. Jumlah kes demam denggi berdarah
yang dilaporkan sepanjang tahun 2022 meningkat sebanyak 151% atau
39,737 kepada 66,102 kes berbanding 26,365 pada tahun 2021.

Ekstrak gabungan pandan dan kentang ( LVS ) sebagai larvasida


pembunuh metik mesra alam hanya menggunakan daun pandan dan
kentang sebagai penyelesaian terbaik dalam industri inovasi mencipta
produk yang boleh membunuh larva secara mesra alam. Pada masa
yang sama ia juga dapat mengurangkan kemudaratan yang tinggi
kepada kesihatan manusia yang disebabkan oleh bahan kimia yang
terkandung dalam ubat pembunuh larva yang tidak mesra. Oleh itu,
sebab utama di atas memberi inspirasi kepada kami untuk
menjalankan projek ini dan membuat penambahbaikan dalam
kecekapan produk ini. Selain itu, projek ini bertujuan menyediakan
Demam Denggi Berdarah (DHF) masih menjadi salah satu masalah
kesihatan masyarakat di Malaysia. Jumlah kes demam denggi berdarah
yang dilaporkan sepanjang tahun 2022 meningkat sebanyak 151% atau
39,737 kepada 66,102 kes berbanding 26,365 pada tahun 2021. Ekstrak
gabungan pandan dan kentang ( LVS ) sebagai larvasida pembunuh
metik mesra alam hanya menggunakan daun pandan dan beberapa
kentang sebagai penyelesaian terbaik dalam industri inovasi mencipta
produk yang boleh membunuh larva dengan cara yang mesra alam.
Pada masa yang sama dapat mengurangkan kemudaratan yang
meningkat kepada kesihatan manusia yang

disebabkan oleh bahan kimia yang terkandung dalam ubat pembunuh


larva yang tidak mesra. Oleh itu, sebab utama di atas memberi inspirasi
kepada kami untuk menjalankan projek ini dan membuat
penambahbaikan dalam kecekapan produk ini.

4
Di samping itu, projek ini bertujuan untuk menyediakan Alternatif
Pembunuh Larva yang mesra alam, kos efektif dan mudah digunakan.

Eksperimen ini bertujuan untuk mengetahui nisbah optimum ekstrak


daun pandan dan ekstrak ubi kentang daripada bahan semulajadi yang
menyebabkan sistem pernafasan larva lemah dan terhalang.
Kebolehkerjaan telah dijalankan untuk menghasilkan produk
pembunuh larva terbaik menggunakan hanya bahan mesra alam.
Sumbangan projek ini sangat besar kepada dunia alam sekitar dan
inovasi. Kecekapannya adalah lebih besar untuk mencari penyelesaian
terbaik untuk menyokong produk mesra alam. Oleh itu, penggunaan
produk ini sudah pasti memberi manfaat kepada semua manusia dan
hidupan akuatik kerana kadar kesan sampingan yang tidak terlalu
berbahaya dan tidak menjejaskan ekosistem.

5
Pernyataan
Masalah

6
Demam berdarah denggi (DBD) merupakan salah satu penyakit
jangkitan virus denggi yang ditularkan ke manusia melalui gigitan
nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti.Jumlah kes demam
berdarah denggi yang dilaporkan sehingga kini adalah sebanyak 26,222
kes berbanding 8,124 kes bagi tempoh sama tahun lepas iaitu meningkat
18,098 kes atau 222.8 peratus,manakala sebanyak 17 kematian akibat
komplikasi denggi dilaporkan berbanding empat kematian bagi tempoh
sama.

Pencegahan penularan nyamuk giat dilaksanakan oleh pelbagai pihak.


Antaranya adalah menghasilkan racun serangga yang dapat mengawal
populasi nyamuk itu sendiri. Penggunaanubat pembunuh larva di
pasaran lebih menggunakan bahan kimia yang merbahaya kepada
manusia dan hidupan akuatik.Kebanyakkan racun serangga boleh
menyebabkan keracunan selepas ditelan,disedut,atau diserap melalui
kulit.Contohnya abate menggunakan bahan kimia temephos yang
paling rendah untuk menjejaskan sistem saraf pusat larva melalui
perencatan kolinesterase.

Penggunaan racun serangga biologi yang berasal daripada tumbuhan


dan mengandungi bahan kimia (bioaktif) yang boleh meracuni serangga
tetapi mudah terurai dan tidak memberi kesan negatif kepada manusia
dan alam sekitar menjadi keutamaan pemilihan racun seranggadalam
kalangan masyarakat. Bahan buangan kulit kentang mengandungi
senyawa kimia yang berupaya membunuh dan mencegah pembiakan
nyamuk dapat di guna semula bagi menghasilkan sesuatu yang
bermanfaat kepada masyarakat. Secara tidak langsung ini dapat
menyahut usaha kerajaan dalam melestarikan alam sekitar.

Justeru itu, kami menjalankan kajian bagi menghasilkan racun serangga


atau racun pembunuh larva yang lebih mesra alam dan selamat
digunakan.

7
Objektif
kajian

8
Objektif Kajian:

1.Untuk mengurangkan kadar pembiakan denggi berdarah

2.Untuk mengurangkan kadar peningkatan penyakit denggi


berdarah di Malaysia

3.Untuk menjimatkan kos daripada membeli pembunuh


larvicide yang mahal kerana bahan dan prosedurnya mudah.

4.Untuk mengelakkan alam sekitar daripada tercemar

5.Untuk membuat inovasi baru tentang pandan.

6.Untuk mengkaji kesan penggunaan kentang sebagai bahan


tambahan kepada pandan dalam penghasila pembunuh larvicide

9
Kajian
Literatur

10
Mengikut kajian yang diperoleh di laman sesawang
www.journal.uii.ac.id/index.php/jkk telah melakukan kajian pada
tahun 2014, di Makmal Farmakognosi dan Makmal Mikrobiologi
Poltekkes Bhakti Setya Indonesia, Yogyakarta.Kajian ini bertujuan untuk
mengetahui potensi ekstrak air daun pandan wangi (Pandanus
amaryllifolius Roxb)

Selain itu,Membuat ekstrak air daun pandan wangi dan ujian fitokimia
untuk mengetahui sebatian bioaktif tanin, alkaloid, flavonoid dan
polifenol yang bertindak sebagai bahan anti-mikrob. Untuk ujian
sebagai pengawet makanan, Nombor Plat Keseluruhan (ALT) dan
nombor acuan / ragi dalam makanan tradisional, iaitu putu ayu.Oleh
itu, Tiada koloni ditemui dalam jumlah ujian nombor plat pada ekstrak
air daun pandan pada dos 15% pencairan 101, dan tiada koloni ditemui
dalam ujian acuan yis pada dos 15% hingga pencairan 104.

Konklusinya,ekstrak air daun pandan wangi pada kepekatan 15% boleh


mengurangkan jumlah nombor plat dan acuan/ragi makanan
tradisional.

11
METODOLOGI
KAJIAN

12
EKSPERIMENTASI (PERINGKAT AWAL EKSPERIMEN)

1. Satu eksperimen telah dijalankan bagi menguji keberkesanan daun


pandan dan kentang untuk membunuh larva.

2. Bahan-bahan yang digunakan untuk mencipta pembunuh larva ini


ialah daun pandan dan kentang.

3. Seterusnya,ujian dijalankan untuk menguji nisbah daun pandan


dan kentang untuk membunuh larva.

4. Ujian pertama dengan 2 gram daun pandan dan 2 gram kentang


tidak berjaya untuk membunuh larva dalam masa 24 jam yang
ditetapkan.

13
TAHAP EKSPERIMEN

Eksperimen 1: Eksperimen pertama telah dijankan untuk


menyediakan kuantiti bahan pembunuh larvasida yang betul
menggunakan daun pandan dan kentang.

1. Jisim daun pandan dan kentang.

2. Campuran daun pandan dan kentang.

3. Daun pandan dan kentang ditimbang dengan teliti sebelum digaul.

4. Setelah sebati,masukkan ke dalam kapsul.

14
EKSPERIMEN 1

Matlamat : Untuk menyediakan kuantiti bahan pembunuh larvasida


yang betul menggunakan daun pandan dan kentang.

Bahan dan Radas :

Pandan dan kentang

Prosedur :

1. Potong daun pandan dan kentang kepada kepingan kecil.

2. Keringkan daun pandan dan kentang di bawah cahaya matahari


selama 3 hari.

3. Kisar bahan tersebut sehingga hancur.

4. Timbang daun pandan dan kentang dengan berat 8 gram.

5. Campurkan dan pekkan ke dalam kapsul.

6. Produk akan dimasukkan ke dalam takungan air yang


mengandungi larva selama 24 jam.

Data dan Pemerhatian :

Bikar A (LVS) Bikar B (ABATE)


- Ia hanya mengambil masa 24 - Ia mengambil masa selama 12
jam untuk membunuh larva. hingga 15 hari untuk
- Menggunakan daun pandan membunuh larva.
dan kentang. - Menggunakan temephos
- Hanya menggunakan 4 gram (sebatian kimia)
daun pandan dan 4 gram
kentang.

15
Carta alir tempoh pelaksanaan LVS ditunjukkan dalam rajah 1.

Penyediaan ekstrak pandan dan kentang.


(3 minggu)

Penentuan nisbah pandan dan kentang.


(2 minggu)

Pengujian LVS.
(3 minggu)

Penentuan isipadu air bagi penggunaan LVS.


(8 minggu)

Rajah 1

16
KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN KAJIAN:

A) Penentuan jisim produk :

Bahan Percubaan 1 Percubaan 2 Percubaan 3


Pandan 2 gram 3 gram 4 gram
Kentang 2 gram 3 gram 4 gram
Larva Hidup Hidup Mati

Keputusan ini menunjukkan bahawa gabungan 4 gram daun pandan


dan 4 gram kentang dapat membunuh larva.

B) Membunuh larva :

25

20

15
Values

10

0
4 8 12 16 20 24

Kumpulan Rawatan Abate

Keputusan menunjukkan bahawa produk ini dapat membunuh larva


dan mengambil masa 24 jam tanpa menjejaskan ekosistem dan hidupan
akuatik.

17
C) Mencegah larva :

Isipadu air Kehadiran larva pada minggu ke-


(ml) 1 2 3 4
250 X X X X
500 X X X X
750 X X X X
1000 X X X X
1500 X X X /
1750 X / / /
2000 X / / /

Keputusan menunjukkan bahawa maksimum isipadu air bagi satu


uncang LVS adalah 1000 ml.

PERBINCANGAN:
 Adakah anda memperoleh hasil yang diharapkan? Kenapa?
 Ya,kerana kami telah melakukan penyelidikan yang meluas dan
telah menggunakan fakta yang terbukti.

 Adakah terdapat pemerhatian atau penjelasan yang tidak diambil


kira?
 Sama sekali tidak,setiap maklumat yang terlibat dalam projek ini
telah diteliti dan hasil projek mungkin terjejas jika maklumat itu
diambil mudah.

 Adakah terdapat sebarang ketidakselarasan dalam pemerhatian


dan keputusan?
 Ya pada mulanya,tetapi selepas kami mengenal pasti masalah dan
memperbaikinya,produk kami menjadi lebih baik daripada
sebelumnya.

18
 Adakah terdapat sebarang pemboleh ubah penting dalam
eksperimen?
 Ya,terdapat pemboleh ubah yang ketara,namun perkara itu telah
direkodkan dan dimasukkan ke dalam laporan.

 Adakah data yang dikumpul mencukupi?


 Ya,semua data yang dikumpul adalah mencukupi,ini berlaku pada
carian maklumat yang meluas.

 Adakah keputusan yang diperolehi tepat?


Ya.Dari segi mengumpul dan mentafsir data,ketepatannya sudah
tentu,tertakluk kepada manusia.Walau bagaimanapun,berbilang bacaan
telah diambil,untuk mempunyai bacaan purata dan untuk
mengurangkan peratusan ralat dalam keputusan.Selain itu,ketekalan
keputusan juga menunjukkan ia tepat sekali.

19
KESIMPULAN DAN SIGNIFIKASI KAJIAN:

Secara keseluruhannya produk(LVS) yang dicipta ini diharap dapat


memberi kesan yang baik dan impak yang besar kepada pengguna
kerana produk ini menggunakan bahan yang mudah diperoleh dan
mesra alam.Oleh itu juga,produk(LVS) ini juga tidak akan menjejaskan
kepada para pengguna seperti merosakkan kulit dan memberi kesan
yang negative kepada pengguna jika terkena pada kulit.Selain itu
juga,produk(LVS) ini juga tidak akan menjejaskan alam sekitar seperti
air kerana produk(LVS) ini tidak dicampur dengan sebarang bahan
kimia yang akan menjejaskan alam sekitar dan bahan yang
digunakankan mudah dihuraikan.

20
Lampiran:

21

Anda mungkin juga menyukai