Anda di halaman 1dari 1

Definisi Niat:

Niat menurut bahasa adalah mengarah diri kepada sesuatu perbuatan. Manakala menurut dewan
bahasa dan pustaka pula, niat adalah maksud atau tujuan (qasad) sesuatu perbuatan.

Niat menurut Istilah:

Telah berkata Imam al-Nawawi:

‫ض َأ ْو غَ ي ِْر ِه‬ ِ ‫ال ِّني َُّة َع ْز ُم ْال َق ْل‬


ٍ ْ‫ب َعلَى َع َم ِل َفر‬
Maksudnya: “Niat adalah keazaman (tekad) di dalam hati di atas setiap perkara yang fardhu dan
selain daripadanya (wajib)”

Berdasarkan definisi di atas, niat adalah lintasan di dalam hati ketika ingin melakukan sesuatu
perkara. Niat juga adalah satu perkara yang mudah tetapi memainkan peranan yang penting dalam
kehidupan seorang mukmin bagi menentukan samada ibadat diterima oleh Allah

‫ت هِجْ َر ُت ُه لِ ُد ْن َيا‬
ْ ‫هللا َو َرس ُْولِ ِه َف ِهجْ َر ُت ُه ِإ َلى هللا َو َرس ُْولِ ِه َو َمنْ َك ا َن‬ ْ ‫ َوِإ َّن َما لِ ُك ِّل ا ْم ِرى ٍء َما َن َوى َف َمنْ َكا َن‬،ِ‫ِإ َّن َما اَألعْ َما ُل ِبال ِّن َيات‬
ِ ‫ت هِجْ َر ُت ُه ِإلَى‬
َ
‫اج َر ِإل ْي ِه‬ َ ُ ْ ‫َأ‬ ‫َأ‬
َ ‫يُصِ ْي ُب َها ْو ِا ْم َر ٍة َين ِك ُح َها َف ِهجْ َرت ُه ِإلى َما َه‬
“Dari Amirul Mukminin Abu Hafsh, Umar bin Al-Khattab RA, ia berkata : “Aku mendengar Rasulullah
SAW bersabda: “Segala amal itu bergantung pada niatnya, dan setiap orang hanya mendapatkan apa
yang diniatnya. Maka barang siapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu
kepada Allah dan Rasul-Nya. Barang siapa yang hijrahnya itu kerana kesenangan dunia atau kerana
seorang wanita yang akan dikawininya, maka hijrahnya itu adalah kepada apa yang ditujunya.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

KEPENTINGAN NIAT

Niat adalah sebab untuk mewujudkan atau melahirkan amal. Jika amalan yang dilakukan adalah niat
kerana Allah, maka kita akan mendapat pahala. Namun, jika niat selain daripada itu, maka amalan
kita adalah sia-sia.

Amal yang memerlukan kepada niat ialah segala amal atau perbuatan yang disyariatkan oleh agama.
Dalam agama Islam, terdapat amal-amal yang diwajibkan ke atas setiap mukallaf, yang disunatkan
dan yang diharuskan. Jadi dengan niat, dapat membezakan antara amal-amal tersebut. Dalam
kehidupan harian seorang mukmin, amal-amal yang dilakukan dalam mencari redha Allah
berlandaskan ibadat khusus dan ibadat umum. Dalam amal ibadah terdapat ibadat wajib dan ibadat
sunat. Sebagai contoh mandi kerana mengangkat hadas dan mandi kerana kebiasaan adalah sama.
Namun, apa yang membezakan keduanya adalah niat.

Anda mungkin juga menyukai