Anda di halaman 1dari 4

UNIT 5: INTEGRITI PEMACU KECEMERLANGAN

ORGANISASI

Bahagian A
1.a) Apakah tujuan sesebuah organisasi meletakkan paparan skrin seperti
di atas?
i. Memperbaiki kekurangan
ii. Meningkatkan berbagai kelebihan
iii. Meningkatkan layanan sebuah produk
iv. Mendapatkan maklumbalas terhadap perkhidmatan yang sediakala

b) Ketika berurusan di kaunter sebuah bank, anda telah dilayan dengan


tidak sopan oleh seorang pegawai. Dia menengking dan menggunakan
bahasa kasar kerana anda tersilap ketika mengisi borang. Apakah
perasaan anda? Jelaskan.
Saya akan berasa sungguh sedih dan kecewa. Hal ini kerana sebagai
pelanggan yang baharu pekerja itu tidak ada hak untuk memarahi dan
memaki saya kerana tiada pengalaman mengisi borang. Seharusnya
mereka memberi layanan yang mesra untuk menarik perhatian pelanggan.
(2m)

c) Andaikan anda seorang pelanggan, nyatakan tiga tindakan yang


sepatutnya anda lakukan agar pekerja dapat mengekalkan amalan
integritinya.
i. Membuat komen/maklumbalas/aduan kepada pemilik kedai tentang
salah laku yang dilakukan oleh pekerja
ii. Memberi nasihat/Menegur dengan cara yang sopan mengenai tindakan
dan sikap atau perkhidmatan yang diberikan oleh pekerja tersebut
iii. Tidak mendatangi atau membeli-belah ke kedai tersebut untuk
memberi kesedaran kepada mereka akan ketidakpuasan perkhidmatan
mereka terhadap pelanggan

d) Ramalkan dua implikasi jika integriti dalam sesebuah organisasi tidak


ditegaskan.
i. Sikap individualistik dalam mengatasi kerja berpasukan
ii. Menjatuhkan imej sesebuah organisasi
iii. Pelanggan hilang kepercayaan terhadap organisasi tersebut
iv. Kualiti kerja sesebuah oganisasi merosot
v. Mendatangkan kerugian kepada organisasi
vi. Organisasi bersikap materialistik
2.a) Wajarkah tindakan pegawai tersebut meluluskan pemberian tender
pembinaan bangunan sekolah berkenaan? Jelaskan jawapan anda
berdasarkan satu nilai universal yang dipelajari.
Tidak wajar. Pegawai tersebut perlulah mempunyai nilai kejujuran/nilai
rasional/nilai bertanggungjawab dalam diri mereka. Pegawai-pegawai
tersebut haruslah tidak menerima rasuah demi kepentingan diri sendiri
untuk mengelakkan reputasi sesebuah organisasi terjejas.

b) Apakah kesan jika pemaju tersebut dibenarkan membina bangunan


sekolah berkenaan?
i. Urusan pentadbiran sekolah tidak akan berjalan dengan lancar kerana
tidak mematuhi perjanjian jangka masa yang ditetapkan
ii. Bangunan yang dibina tidak menjamin keselamatan warga sekolah
iii. Pegawai tersebut akan dikenakan tindakan disiplin

c) Selepas dua bulan bangunan tersebut digunakan oleh murid,


bumbungnya telah bocor menyebabkan siling bangunan runtuh dan
mengakibatkan seorang murid mengalami kecederaan. Apakah perasaan
anda jika anda ialah pegawai yang meluluskan pemberian tender
berkenaan dan murid yang cedera itu pula anak saudara anda sendiri?
Jelaskan.
Saya akan berasa sedih kerana tingkah laku saya secara tidak langsung
dapat menyebabkan hilang kepercayaan terhadap pegawai tersebut serta
dapat menyebabkan anak saudara saya trauma untuk datang ke sekolah.

d) Nyatakan dua pengajaran yang diperoleh daripada peristiwa di atas.


i. Kita seharusnya tidak menerima atau memberi rasuah demi keuntungan
diri sendiri
ii. Kita haruslah menjalankan amanah yang diberikan dengan jujur dan
ikhlas

Bahagian B
3. Penggunaan kad perakam waktu diperkenalkan bagi memastikan
semua pekerja menepati masa sampai dan balik dari tempat kerja.
Namun, terdapat segelintir pekerja yang tidak berintegriti telah meminta
rakan lain untuk mengetik kad perakam waktu bagi pihaknya.
Bincangkan implikasi sikap tidak berintegriti pekerja tersebut terhadap
organisasi berdasarkan nilai universal yang telah dipelajari.
Nilai kejujuran, nilai kerjasama, nilai bertanggungjawab, nilai kebebasan
dan nilai berdikari. Sikap pekerja yang tidak amanah dalam melakukan
sesuatu pekerjaan dapat mendatangkan kerugian kepada organisasi. Hal
ini kerana, pekerja telah tidak berlaku jujur semasa bertugas dan hanya
memakan gaji buta tanpa melakukan pekerjaan tersebut. Sebagai contoh,
meminta rakan lain untuk mengetik kad perakam waktu bagi pihaknya.
Oleh itu, pekerja boleh mengambil kesempatan untuk datang lewat ke
tempat kerja. Selain itu, sikap pekerja yang tidak berintegriti dapat
meningkatkan gejala negatif dalam sesebuah organisasi. Pekerja
menunjukkan tingkah laku yang negatif ketika bekerja. Hal ini kerana
pekerja bersikap tamak dan membuat penyelewengan ketika bekerja.
Contohnya, pekerja memberi rasuah kepada syarikat lain untuk
mendapatkan sebahagian keuntungan syarikat tersebut. Oleh itu, pekerja
perlulah bertanggungjawab ketika bekerja dan tidak menyalahgunakan
kuasa untuk kepentingan diri sendiri. Seterusnya, mutu kerja atau
perkhidmatan organisasi merosot. Individu bersikap individualistik dalam
kerja berpasukan dan menyebabkan kualiti hasil kerja tidak memuaskan.
Hal ini kerana, individu ingin memperoleh keuntungan diri sendiri tanpa
usaha dengan lebih gigih. Sebagai contoh, individu menggunakan hasil
kerja orang lain dan menjadikan hasil tersebut sebagai kebanggaan diri
sendiri. Kesannya, berlaku ketidakadilan dan konflik dalam organisasi.

Bahagian C
4. a) Jelaskan usaha yang dilakukan oleh EAIC bagi meningkatkan
integriti dalam kalangan penjawat awam. Jawapan anda hendaklah
berdasarkan nilai universal yang dipelajari.
Nilai kejujuran, nilai kerjasama, nilai bertanggungjawab, nilai rasional
dan nilai berdikari. Mereka membantu kerajaan dalam merumuskan
perundangan, atau mengesyorkan langkah pentadbiran kepada kerajaan
atau sesuatu agensi penguatkuasaan. Hal ini demi menggalakkan integriti
dan menghapuskan salah laku dikalangan pegawai penguatkuasa. Oleh
itu, negara kita akan terdorong ke arah realisasi hak asasi untuk semua.
Selain itu, EAIC mengkaji dan menentusahkan apa-apa pelanggaran
tatacara penguatkuasaan dan membuat apa-apa syor yang perlu
berhubung dengannya. Hal ini disebabkan, EAIC harus memastikan pihak
organisasi mematuhi undang-undang dan peraturan yang dikuatkuasakan.
Contohnya, EAIC membuat lawatan ke setiap premis untuk membuat
tinjauan. Hal ini bagi mengesan salah laku jenayah serta pelanggaran dan
etika organisasi. Oleh itu, usaha ini dapat melindungi kepentingan orang
ramai dengan mencegah dan menangani salah laku seseorang pegawai
penguatkuasa.
b) Masalah integriti seperti rasuah masih berlaku walaupun pelbagai
langkah mengatasi telah dirangka dan dilaksanakan. Mengapakah
masalah ini berlaku?
Hal ini berlaku kerana masih ada lagi masyarakat yang sifat integritinya
itu lemah selain wujud sifat tamak dalam diri kerana ingin hidup mewah
melebihi daripada pendapatan yang diperoleh. Mereka masih lagi tidak
sedar diri bahawa perbuatan itu tidak mulia dan tidak memikirkan
impaknya terhadap diri, keluarga dan negara serta masih lagi meneruskan
perlakuan yang tidak berintegriti itu. Mereka malas untuk berusaha lebih,
hanya ingin mengambil jalan yang mudah tanpa berusaha keras. Selain
itu, masyarakat masih lagi mempunyai pegangan agama yang rapuh dan
tidak kuat. Hal ini berlaku disebabkan oleh terdapat individu yang tidak
mengamalkan ajaran agamanya dengan betul. Hal ini menyebabkan
mereka tidak dapat membezakan perkara yang baik dan juga buruk.
Mereka juga tidak kisah akan konsep pahala dan dosa. Dalam hal
menerima rasuah, mereka menganggap perkara tersebut betul kerana
mereka menganggap wang rasuah tersebut sebagai hadiah atau imbalan
atas tugas yang mereka laksanakan. Di samping itu, wujudnya kewujudan
ruang dan peluang. Kewujudan ruang dan peluang juga menyebabkan
gejala rasuah berlaku. Ruang dan peluang ini biasanya wujud disebabkan
oleh kerenah birokrasi dalam perkhidmatan awam. Misalnya, terdapat
penjawat awam yang sengaja melambat-lambatkan sesuatu urusan supaya
penjawat awam tersebut diberikan rasuah untuk mempercepatkan urusan
tersebut. Dalam pada itu, rasuah ini masih berlaku dalam kalangan
masyarakat yang bergaji rendah. Gaji yang rendah ini mendorong
individu untuk mengambil rasuah bagi meningkatkan pendapatannya.
Masyarakat berjawatan dan berpendapatan rendah yang berada di bandar
lebih cenderung untuk mengambil rasuah kerana kos sara hidup di bandar
tinggi.

Anda mungkin juga menyukai