Anda di halaman 1dari 2

NUR FARAHIYAH BINTI ZOLKIFLI (GB210038)

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL


UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

MBE 10403 : SOSIOLOGI PENDIDIKAN

KUIZ 1

1) Berikan definesi ringkas apakah yang di maksudkan dengan sosiologi. Serta


senaraikan tiga tokoh penting yang dikaitakan dengan ilmu sosiologi.
(5 Markah)

Sosiologi bermaksud sains social yang bertujuan untuk mengkaji hubungan sosial yang
berlaku dalam populasi manusia tertentu. Dalam pengertian ini, sosiologi berperanan
untuk mengkaji, menganalisis dan menerangkan struktur, organisasi dan fungsi
masyarakat, serta tingkah laku, trend, fenomena dan masalah yang disahkan pada
peringkat kolektif sebagai akibat dari kegiatan sosial.

Tiga tokoh penting yang dikaitkan dengan ilmu sosiologi adalah :

i. Emile Durkheim iaitu melalui ilmu sosiologi yang menkaji konsep sosial dan
melihat bagaimana masyarakat dapat hidup secara harmoni melalui konsep
tersebut. Teori ini melakukan pengkajian pada level makro, yaitu dengan menilai
bagaimana aspek masyarakat dapat berfungsi. Teori Fungsionalisme menjelaskan
pemikiran durkheim yang dijelaskan melalui pendekatan sistem. Pendekatan ini
adalah melibatkan masyarakat sebagai organisma hidup, seperti manusia, haiwan,
dan tumbuh-tumbuhan, yang dikategorikan dengan sebuah struktur yang saling
berfungsi. Dalam teori ini juga dijelaskan, benda hidup memiliki fungsi sendiri
dan tidak dapat dipisahkan satu sama lain. Konsep ini secara umum menerangkan
tentang konsep kerjasama daripada setiap manusia.
ii. Karl Marx menerangkan evolusi perkembangan masyarakat menjadi tiga iaitu
Feodalisme Pada masa feodalisme kondisi yang bersifat lama dimana tuan tanah
merupakan perunding ekonomi yang memiliki kaedah tawar menawar yang tinggi
berbanding pemilik ekonomi yang lain. Teori ini juga menyentuh tentang
Kapitalisme dan juga Sosialisme

iii. Augustus Comte. Dikenali sebagai Bapa Sosiologi yang mengatakan sosiologi
terdiri daripada 2 bahagian iaitu social statistics dan social dynamics. Social
Statistics Sosiologi merupakan sebuah ilmu yang mempelajari hubungan timbal
balik antara lembaga-lembaga kemasyarakatan. Social dynamics Sosiologi melihat
bagaimana lembaga-lembaga tersebut berkembang dan mengalami perkembangan
sepanjang masa.

2) Senaraikan lima kepentingan ilmu sosiologi dalam kehidupan bermasyarakat.


(5 Markah)

i. Mengkaji fenomena yang berlaku di dalam dunia masyarakat. Mengkaji setiap


yang berlaku bagi masyarakat di dalam bersosial di antara satu sama yang lain.
ii. Menyiasat dan menemui fakta – fakta sosial dan undang – undang yang mana
teori dan juga amalan pendidikan dalam masyarakat itu terletak.
iii. Menggabungkan pengetahuan serta prinsip – prinsip sosiologi di dalam
pendidikan iaitu yang menjadi asas di dalam bidang pendidikan .
iv. Memberi tumpuan kepada asas proses persekolahan , amalan dan hasilnya kepada
organisasi masyarakat secara keseluruhannnya.
v. Menganalisa proses sosialisasi di antara sekolah dan masyarakat serta status
pendidikan masyrakat .

Anda mungkin juga menyukai