Anda di halaman 1dari 1

Rumusan

Saya amat bersyukur kerana telah menyelesaikan Kerja Kursus Sejarah dalam tempoh
masa yang ditetapkan, lebih-lebih lagi pada masa yang mencabar dan sukar seperti ini di
mana seluruh dunia termasuk negara Malaysia sedang mengharungi krisis pandemik Covid-
19. Ketika menjalankan kerja kursus ini, banyak pengetahuan, pengajaran dan nilai yang
telah saya pelajari.

Pertama sekali, saya rasa amat bangga dengan diri saya. Hal ini demikian kerana saya
berjaya mendisiplinkan diri dan menyiapkan Kerja Kursus Sejarah dengan jayanya. Setiap
pelajar yang menyiapkan segala tugasan yang diberikan haruslah bangga dengan
pencapaian mereka kerana sistem belajar dari rumah tidaklah seperti belajar dari sekolah. Ia
memerlukan disiplin dan kawalan diri untuk kekal fokus.

Seterusnya, saya terharu dengan usaha barisan pendidik negara kita yang telah
membuktikan bahawa pengajaran dan pembelajaran boleh dijalankan dalam pelbagai cara
serta melalui pelbagai medium walaupun cabaran dan dugaannya pelbagai. Saya juga ingin
mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pelbagai pihak
sama ada kerajaan dan bukan kerajaan yang bersatu padu menggembleng tenaga dalam
memerangi pandemik yang melanda negara ini.

Yang penting sekali, selepas menjalankan Kerja Kursus Sejarah Rempah Ratus,
pengetahuan saya tentang rempah ratus telah bertambah. Tidak pernah saya terfikir yang
rempah ratus banyak kegunaannya dalam bidang perubatan dan kosmetik selain masakan
sahaja. Pada asalnya, saya hanya tahu serba-sedikit tentang rempah ratus dari segi jenis
dan baunya melalui ibu saya yang kerap menggunakannya untuk masakan. Tetapi,
sekarang saya tahu lebih daripada hanya jenis dan bau. Saya telah memahami
kegunaannya dan kebaikannya. Saya boleh mengenal pasti beberapa rempah ratus
sekarang jika dibandingkan sebelum ini. Saya juga telah memahami bahawa adalah penting
untuk kita mengetahui asal-usul sesuatu benda dan mengapa kita mengunakannya. Barulah
kita akan sedar akan kepentingannya.

Akhir sekali, saya juga dapat menguasai kemahiran membuat penyelidikan dengan tatacara
yang betul. Nilai dan pengajaran seperti kesabaran, ketabahan, disiplin, kerajinan, semangat
cinta akan sejarah dan lain-lain lagi dapat saya hayati semasa menjalankan dan
menyelesaikan kerja kursus ini dengan sempurna. Nilai-nilai ini akan membantu saya untuk
menjadi insan yang berguna, tidak lupa akan sejarah dan terus mempelajari sejarah dengan
lebih mendalam.

Anda mungkin juga menyukai