Anda di halaman 1dari 2

Nama : Nur Salsabila Syamilah binti Muhamad Noor (6BK2/2021)

Karangan : Langkah – langkah mengelakkan kes keracunan makanan dalam kalangan


masyarakat

Kes keracunan makanan bukanlah satu perkara yang asing dalam kalangan rakyat malaysia.
Keracunan makanan adalah disebabkan oleh pengambilan makanan dan minuman yang
mengandungi kandungan bahan yang tercemar. Keracunan makanan boleh mengakibatkan gejala
seperti demam, ciri birit dan muntah. Antara punca yang menyebabkan keracunan makanan
adalah kecuaian individu itu sendiri ketika memilih untuk makan suatu makanan tersebut. Oleh
itu,setiap pihak perlulah melaksanakan peranan masing- masing bagi mengelakkan kes
keracunan terus berlaku di masa akan datang.
Langkah pertama yang boleh dilakukan ialah penyedia makanan memastikan bahan – bahan
makanan yang dimasak bersih. Penyedia makanan perlulah memastikan sumber bahan makanan
dibeli atau diperoleh dari gerai yang bersih. Kedai yang bersih dapat menjamin kualiti bahan
makanan yang berkualiti dan selamat. Hal ini demikian kerana jika bahan makanan diperoleh
darikedai yang diyakini tahap kebersihannya, makanan yang dimasak dapat dinikmati tanpa was
– was. Kesannya, kes keracunan dapat dikurangkan dengan adanya warga yang prihatin dalam
memilih bahan sebelum dihidangkan. Oleh itu, memastikan bahan makanan yang dimasak bersih
perlulah dititikberatkan bagi setiap penyedia makanan.
Langkah kedua yang boleh dilakukakan ialah setiap individu memastikan makan yang
dimakan masih belum tamat tarikh luput. Setiap kali keluar ke pasaraya untuk membeli barang
keperluan atau sebelum makan makanan yang diproses, kita hendaklah memeriksa tarikh luput
yang tertera di produk. Hal ini demikian kerana makan yang telah tamat tarikh luput merupakan
makanan yang telah tercemar dari segi kandungannya. Kesannya, kita dapat mengelakkan diri
daripada keracunan makanan dengan mengambil langkah berjaga – jaga sebelum makan. Jelaslah
bahawa dengan makan makanan yang belum tamat tempoh akan dapat memastikan diri kita
selamat dari keracunan makanan.
Langkah seterusnya yang boleh dilakukan adalah dengan menyimpan makanan yang sudah
dimasak dengan betul. Hal ini demikian kerana bagi mengelakkan makanan yang telah dimasak
dicemari oleh seranggan perosak seperti lalat. Anatara caranya adalah dengan menutup makanan
dengan tudung saji atau disimpan didalam peti. Cara ini dilakukan bagi mengelakkan kualiti
makanan itu tercemar kerana dihinggap lalat. Kesannya, makanan yang disimpan dengan bersih
menjamin kebersihan makanan tersebut untuk dimakan oleh orang lain. Sekiranya makanan
dibiarkan terdedah, sudah tentu pelbagai kesan buruk dialami konsumernya. Oleh itu, setiap
individu yang menyediakan makanan hendaklah memastikan makanan yang telah dimasak
disimpan dengan baik.
Langkah selanjutnya yang boleh diambil ialah menyimpan makanan jauh dari tempat
simpanan bahan yang boleh menyebabkan keracunan seperti bahan kimia. Hal ini demikian
kerana bahan kimia seperti peluntur tidak selamat untuk dimakan malah boleh mengancam
kesihatan si pengguna sekiranya disalah guna. Sebagai langkah berjaga – jaga, ruang simpanan
makanan dan bahan kimia ini hendaklah diasingkan berjauhan. Makanan seperti roti misalnya
mudah meyerap lembapan dari bahan di sekitarnya. Impaknya, langkah ini dapat membantu
mengurangkan kadar kercunan makanan terutamanya kanak – kanak yang sukar
membezakannya. Oleh itu, langkah ini perlulah digiatkan bagi membantu mengurangkan kadar
kes keracunan makan untuk berlaku dalam kalangan masyarakat.
Langkah seterusnya ialah olah yang memasak dan makan makanan tersebut mestilah
berkeadaan bersih. Pakaian yang dipakai oleh tukang masak semasa menyediakan makanan
hendaklah bersih dari sebarang kotoran. Kebersihan orang yang makan juga penting seperti
snetiasa membasuh tangan sebelum makan. Pakaian kotor boleh menyebabkan pencemaran
bahan dan masakan semasa memasak. Kesannya, kualtiti kebersihan makanan yang dimasak juga
terjaga daripada segi aspek penyediaannya. Oleh itu, kebersihan orang yang memasak dan makan
amatlah penting dan perlu dititikberatkan.
Langkah terakhir adalah memastikan peralatan dan air basuhan bahan bersih sebelum
digunakan. Sebelum mula memasak penyedia makanan hendaklah memastikan peralatan yang
hendak digunakan telah dicuci dengan baik. Bahan makanan yang hendak dimasak ini juga
perlulah dicuci dengan air yang bersih bukannya air yang telah diguankan. Langkah ini diambil
bagi mengelakkan pencemaran terhadap bahan semasa memasak. Kesannya, makan dimasak
dengan bersih dan selamat untuk dimakan tanpa mengalami keracunan makanan. Oleh itu,
pentingnya untuk memeriksa bahawa alatan itu selamat digunakan.
Kesimpulannya, pelbagai langkah dapat dilakukan bagi mengelakkan keracunan makanan
berlaku dalam kalangan masyarakat sekitar. Cadangan saya adalah setiap pihak mula mengambil
cakna dan prihatin dengan makanan yang di makan setiap masa. Saya berharap agar kes
keracunan makan dapat dikurangkan pada masa akan datang untuk keselamatan bersama.

(652 patah perkataan)

Anda mungkin juga menyukai