Anda di halaman 1dari 2

PEMIKIRAN HIKAYAT NABI WAFAT

(i) Percaya kepada Allah Taala.


Kepercayaan kepada Allah ialah keyakinan kita kepada
Allah dengan beriman kepada-Nya. Ini adalah termasuk salah satu daripada rukun iman.
Mereka yang beriman kepada Allah akan dijanjikan ganjaran pahala.

(ii) Beribadat kepada Allah.


Soal beribadat kepada Allah tidak boleh dipandang ringan
sebaliknya perlu kesungguhan dan keikhlasan mengabdi diri kepada-Nya. Seseorang
yang sentiasa memberati ibadat akan melaksanakan segala tuntutan Allah dan
meninggalkan segala larangan-Nya.Contohnya Rasulullah walaupun dalam keadaan sakit
dan hampir kepada kewafatan masih lagi solat berjemaah di masjid.

(iii) Menjauhi segala maksiat


Seseorang yang menjaga imannya akan cuba menghindari
diri daripada melakukan maksiat serta larangan Allah. Malah mereka yang membuat
maksiat hidupnya tidak mendapat keberkatan dan akan mendapat balasan dosa.

(iv) Tidak meninggalkan sembahyang lima waktu.


Kewajipan solat merupakan salah
salah daripada Rukun Islam. Solat merupakan tiang agama yang menjadi kekuatan iman
sesoarang. Ini kerana solat mampu mencegah seseorang itu daripada melakukan perkara
mungkar. Di saat hampir kewafatan Rasulullah masih lagi menunaikan solat. Baginda
telah meminta Ali membawanya ke masjid. Apabila tiba di masjid baginda solat sunat
dan menjadi imam solat berjemaah.

(v) Kelebihan dan keistimewaan Rasulullah.


Banyak keistimewaan yang dimiliki oleh
Rasulullah iaitu diangkat sebagai kekasih Allah, dipermulia oleh para malaikat, memiliki
mukjizat

(vi) Kasih sayang.


Nabi sangat menyayangi ahli keluarga dan umatnya. Begitulah
sebaliknya, Fatimah sangat menyayangi baginda selaku bapanya.

(vii) Ketentuan Allah/takdir Ilahi.


Nabi adalah insan yang menerima takdir atau ketentuan
Ilahi bahawa umurnya akan berakhir.

(viii) Berani mengakui kesilapan diri


Rasulullah mengakui kesilapan perbuatannya ketika
peperangan yang telah menyebabkan Akasyah terkena cemeti kudanya.

(ix) Sikap pemaaf.


Akasyah adalah insan yang pemaaf dan tidak berniat untuk menganiayai
nabi Muhammad.

(x) Kewajipan melunaskan hutang.


Nabi adalah insan yang sentiasa melunaskan
hutangnya sekalipun hutang itu bukan berbentuk material. Nabi sanggup disebat dengan
cemeti oleh Akasyah sebagai salah satu cara melunaskan hutang piutangnya sebelum

1) KEIMANAN DAN KETAQWAAN DALAM HIDUP MANUSIA


SEBAGAI HAMBA ALLAH, KITA MEMPUNYAI TANGGUNGJAWAB UNTUK
MEMPERKUKUHKAN IMAN DALAM DIRI, MEMATUHI PERINTAH ALLAH DAN
MENJAUHKAN DIRI DARIPADA PERKARA YANG DILARANG. CONTOHNYA, NABI
MUHAMMAD MASIH LAGU MELAKUKAN IBADAT SIANG DAN MALAM WALAUPUN PADA
SAAT-SAAT KEWAFATANNYA.

2) PEMIKIRAN TENTANG MASYARAKAT YANG SALING MENYAYANGI


➡ SEBAGAI MANUSIA HENDAKLAH SALING MENYAYANGI KERANA IANYA PENTING
DALAM SESEBUAH HUBUNGAN. BUKTINYA, HUBUNGAN ANTARA NABI MUHAMMAD DAN
ANAKNYA FATIMAH. BANYAK PESANAN YANG DIBERIKAN KEPADA FATIMAH DAN
BAGINDA MENGUSAP KEPALA FATIMAH DAN MENCIUM SEBAGAI TANDA KASIH
SAYANGNYA TERHADAP ANAK SENDIRI WALAUPUN DI SAAT-SAAT KEWAFATANNYA.

3) PEMIKIRAN TENTANG MASYARAKAT YANG BERSIFAT RENDAH DIRI


➡ WALAUPUN NABI MUHAMMAD MERUPAKAN SEORANG YANG MULIA TETAPI CARA
HIDUPNYA CUKUP SEDERHANA DAN TIDAK MENINGGALKAN SEBARANG HARTA.
BAGINDA SENDIRI MERENDAH DIRI MEMINTA SESIAPA YANG BERHUTANG
DENGANNYA AGAR DIBALAS. OLEH ITU, AKASYAH TELAH MENGAMBIL PELUANG
UNTUK MEMINTA HUTANGNYA DIBAYAR WALAUPUN TUJUANNYA ADALAH UNTUK
MENCIUM PERUT BAGINDA.

4) PEMIKIRAN MASYARAKAT TENTANG KELEBIHAN DAN KEMULIAAN NABI MUHAMMAD


➡ NABI MUHAMMAD MEMILIKI PELBAGAI KEISTIMEWAAN SEPANJANG HAYATNYA
SEHINGGALAH MENJELANG SAAT KEWAFATANNYA. BAGINDA BOLEH BERKOMUNIKASI
DENGAN PARA MALAIKAT YANG DATANG INGIN MENGAMBIL NYAWANYA.

5) PEMIKIRAN MASYARAKAT TENTANG SETIAP KEHIDUPAN PASTI ADA KEMATIAN


➡ WALAUPUN NABI MUHAMMAD MEMPUNYAI KEMULIAAN DAN KEBESARAN YANG
TERSENDIRI, NAMUN JANJI ALLAH ITU PASTI BAHAWA SETIAP YANG HIDUP
PASTI AKAN MATI. KEWAFATAN NABI MUHAMMAD MENUNJUKKAN BAHAWA NABI
MUHAMMAD JUGA MANUSIA BIASA WALAUPUN ALLAH SWT MENGANGKAT DARJATNYA
SEBAGAI NABI

Anda mungkin juga menyukai