Anda di halaman 1dari 21

VCF 3053

MASAKAN TIMUR

KUIH TEMPATAN

By Dr. Mohd Nazri


Objektif Pembelajaran

Part A
i. Menerangkan maksud dan jenis-jenis
bater
ii. Membincangkan aplikasi asas bater

Part B
i. Menerangkan maksud dan jenis-jenis
kuih tempatan
ii. Membincangkan ciri-ciri dan sumber
kuih
iii. Menyatakan kesesuaian hidangan bagi
pelbagai jenis kuih
Bater

Definisi:
• Bater ialah campuran tepung dan cecair
yang diadun untuk menghasilkan adunan
yang licin dan berkrim.

• Adunan berkrim daripada campuran


tepung dan cecair

Cecair yang digunakan:


• air, susu, santan, sirap gula, telur
Bater (cont.)

Tepung yang digunakan:


• Tepung gandum dan tepung beras.
• Tepung beras lebih mudah diadun kerana
ia tiada kandungan gluten, manakala
tepung gandum mudah bergentel.
Bater (cont.)

2 jenis bater:
• Bater pekat
• Bater cair

Berikut merupakan resepi asas bater:

Bater Pekat Bater Cair


100 gm Tepung 100 gm Tepung
125 ml Cecair 250 ml Cecair
1 biji Telur 1 biji Telur
¼ tsp Garam ¼ tsp Garam
Fungsi Bater

• Menghalang kehilangan zat makanan


apabila menggunakan kaedah memasak
menggoreng minyak yang penuh.
• Mengelakkan makanan menjadi hancur
dan diserapi minyak.
• Melindungi makanan daripada haba api
yang panas.
• Menyedapkan rasa dengan memberi
lebih kerangupan.
Ciri-ciri Bater

• Bater yg baik dapat menghasilkan kuih


yang nipis, ringan,licin, rata, menyelera
kan, berkhasiat.
• Bater perlu dibiarkan dahulu sebelum
dimasak agar bijian kanji kembang dan
menjadi lembut selain itu makanan akan
menjadi lebih cepat masak.
Langkah-langkah penyediaan

1. Mengayak bahan-bahan kering dalam mangkuk


adun.
2. Buat lubang di tengah dan masukkan telur.
3. Memasukkan ½ bahagian cecair ke dalam
tepung dahulu untuk mengelakkan adunan
bergentel
4. Memukul atau mengenjut bater secara
konsisten untuk memuatkan udara yg banyak
agar bater lebih ringan. Guna senduk kayu lebih
baik.
5. Menutup adunan selama ½ jam untuk
melembutkan bijian kanji
Langkah-langkah penyediaan (cont.)

6. Membakar atau menggoreng bater dgn suhu yang


betul bagi menentukan kerangupan bater.
7. Suhu rendah menyebabkan makanan berminyak dan
lembik.
8. Bater penyadur biasanya tidak mengandungi telur.
9. Bater puding atau pankek mengandungi telur yg
membolehkan ia memegang udara yg dipukul yg boleh
menaikkan adunan tanpa menambah bahan penaik.
10. Mengukus bater adunan perlu 2/3 bahagian acuan dan
ditutup dengan kertas minyak atau aluminum foil
Proses Memasak

• Semasa proses mengadun dan memukul


bater, udara dimasukkan ke dalam adunan.
• Apabila bater dimasak, udara yang
terperangkap di dalam bater akan
mengembang dan berfungsi sebagai agen
penaik yang menjadikan bater yang lembut
dan gebu.
Contoh Makanan Berasaskan Bater Pekat
Contoh Makanan Berasaskan Bater Pekat (cont.)
Contoh Makanan Berasaskan Bater Cair
Contoh Makanan Berasaskan Bater Cair (cont.)
Kuih Tempatan

Definisi:
• Kuih manis atau savouri (masin atau
pedas) yang dihasilkan dengan
menggunakan bahan-bahan tempatan
Bahan-bahan yang biasa digunakan

• Tepung (beras, sagu, gandum, pulut etc)


• Pulut
• Sagu
• Keledek
• Kelapa & santan
• Gula melaka
• Daun pandan
Contoh Kuih yang dihasilkan dengan Kaedah Membakar
Contoh Kuih yang dihasilkan dengan Kaedah
Menggoreng
Contoh Kuih yang dihasilkan dengan Kaedah Mengukus
Contoh Kuih yang dihasilkan dengan Kaedah Merebus
Sekian.

Anda mungkin juga menyukai