Anda di halaman 1dari 4

PERHIMPUNAN PUTERI

TARIKH: 08/10/2023 (AHAD)

PERKONGSIAN KESIHATAN MENTAL

TAJUK: APA ITU PANIK ATTACK ? DAN CARA MENGAWALNYA.

Terima kasih pengacara majlis, yang berusaha puan pengetua smk sultanah
asma, guru2 kanan, guru bimbingan kaunseling sekolah serta guru penyelia
tingkatan 4 puan hafizah

Saya, firyal Haifa Humaira bt tajulariff dari kelas 4k akan berkongsi serba sedikit
tentang apa itu serangan panik ataupun dikenali sebagai panic attack

Saya yakin ramai dari kalangan kita sering dengar akan perkataan ini di media
social tapi betulkah maklumat yang sering kita dengar itu benar? Bagaimanakah
serangan panik terjadi?

Serangan panik biasanya berlaku secara tiba-tiba dan melibatkan ketakutan yang kuat.
Mereka disertai dengan gejala fizikal yang menakutkan, seperti degupan jantung yang
laju, sesak nafas, atau mual. Serangan panik yang tidak dijangka berlaku tanpa sebab
yang jelas. Serangan ini juga mungkin disebabkan oleh tekanan luar, seperti fobia dan
boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.

GEJALA-GEJALA SERANGAN PANIK

Serangan panik berlaku secara tiba-tiba, tanpa pencetus yang jelas.

Kiranya panic attack ni happens on its own tanpa sebab yang jelas. It just happen.
Mesti kita tertanya2 macam mana nak tau kita ada serangan panik masa tu? Ok baik

Gejala panik attack ini termasuklah:

 Degupan jantung laju atau berdegup kencang


 Sakit dada
 Pening
 Menggigil
 Loya
 Rasa kebas di hujung kaki
 Gementar
 Sesak nafas
 Sakit perut
 Berpeluh
 Perasaan seakan tersedak
 Rasa hilang kawalan
 Berasa seperti mereka akan menjadi gila
 Mempunyai ketakutan secara tiba-tiba bahawa mereka akan mati
 Berasa terasing daripada diri sendiri, yang disebut depersonalisasi, dan rasa
terasing daripada persekitaran

Simptom panik juga cenderung memuncak setelah 10 minit, kemudian secara beransur-
ansur akan mereda.

Namun, beberapa serangan ini dapat terjadi secara berturut-turut, menjadikannya


berlangsung lebih lama.

Serangan panik biasanya berlaku tanpa pencetus. Selain itu, serangan panik muncul
secara tiba-tiba dan serangan panik juga biasanya mereda setelah beberapa minit

APAKAH PUNCANYA?

Walaupun serangan panik terjadi tanpa sebab yang kukuh, antara perkara2 yang selalu
menyebabkan panik attack ni berlaku adalah

Pekerjaan yang tertekan [ contohnya stress sangat2 ketika buat sesuatu]


 Memandu
 Situasi sosial
 Fobia, seperti agoraphobia (ketakutan terhadap kawasan yang sesak atau
terbuka), claustrophobia (ketakutan terhadap ruang kecil), dan acrophobia (takut
ketinggian)
 Kenangan atau pengalaman traumatik
 Penyakit kronik, seperti penyakit jantung, diabetes, sindrom iritasi usus, atau
asma
 Pengambilan ubat atau alkohol
 Kafein
 Ubat dan makanan tambahan
 Masalah tiroid
FAKTOR-FAKTOR RISIKO

Serangan panik mempunyai faktor risiko.

Antara risiko yang terlibat termasuklah:

 Mengalami trauma atau menyaksikan kejadian traumatik, sama ada semasa


kecil atau dewasa
 Mengalami peristiwa hidup yang tertekan, seperti kematian orang yang disayangi
atau perceraian
 Mengalami tekanan dan kebimbangan yang berterusan, seperti tanggungjawab
kerja, konflik dalam keluarga, atau masalah kewangan hidup dengan keadaan
kesihatan yang kronik atau penyakit yang mengancam nyawa
 Mempunyai keperibadian yang sentiasa cemas
 Mengalami gangguan kesihatan mental yang lain, seperti kemurungan
 Mempunyai ahli keluarga terdekat yang juga mengalami kecemasan atau
gangguan panik
 Menggunakan dadah atau alkohol

Firyal? Macam mana nak kawal atau rawat serangan mental tanpa berubat atau
pergi ke hospital?

Adakah CARA-CARA MENGAWAL ATAU RAWATAN-RAWATAN YANG BOLEH


DILAKUKAN DI RUMAH ?

Sekiranya anda mengalami panic attack, cubalah perkara-perkara berikut:

 Tarik nafas dalam-dalam secara perlahan-lahan: Apabila anda merasakan nafas


semakin cepat, fokuskan perhatian anda pada pernafasan setiap kali menghirup
dan menghembuskan nafas. Pilih perkataan untuk difokuskan dan bersuara
semasa menghembuskan nafas anda. Kata-kata seperti ‘selamat’ dan ‘tenang’
mungkin berkesan. Bayangkan anda menghirup nafas seperti gelombang yang
lembut. Bayangkan penghembusan nafas membawa pemikiran dan tenaga
negatif keluar daripada badan. Kemudian, perlahan-lahan kembalikan perhatian
anda terhadap cara pernafasan
 Akui dan terima apa yang sedang dialami: Sekiranya anda pernah mengalami
panic attack, anda tahu bahawa ia boleh jadi sangat menakutkan. Ingatkan diri
sendiri bahawa gejala ini akan berlalu dan akan baik-baik saja.
 Practice awareness: Intervensi berdasarkan kesedaran semakin banyak
digunakan untuk merawat gangguan panik. Kesedaran adalah teknik yang dapat
menolong anda meletakkan pemikiran pada masa sekarang. Anda boleh
mempraktikkan tumpuan dengan menguruskan fokus fikiran dan keadaan
disekeliling anda .
 Gunakan relaxation techniques: Teknik ini merangkumi guided imaging,
aromaterapi, dan relaksasi otot. Sekiranya anda mengalami gejala serangan
panik, cubalah lakukan perkara-perkara yang dapat menenangkan. Tutup mata,
mandi, atau gunakan pewangi lavender, yang memberi kesan santai.

#UNTUK MAKLUMAT LANJUT, RAKAN-RAKAN BOLEH BERJUMPA DENGAN GURU


BIMBINGAN DAN KAUNSELING.
#MINDA SIHAT, EMOSI TERJAGA, KEHIDUPAN SEJAHTERA#

Disini sahaja perkongsian saya pada pagi ini, Sekian, terima kasih. Saya serahkan balik
kepada saudari pengacara majlis

Anda mungkin juga menyukai