Anda di halaman 1dari 1

PENGENALAN TENTANG SENI ARCA

Seni arca atau seni pahat merupakan cabang seni tampak yang berkait dengan karya
dalam bentuk tiga dimensi dan merupakan bidang di bawah seni plastik. Proses-proses
awal dalam seni arca termasuk ukiran, iaitu pembuangan bahan dan pemodelan, iaitu
penambahan bahan seperti batu, tanah liat, besi dan kayu. Namun begitu, sejak
zaman modenisme, kaedah dan bahan dalam seni arca telah menjadi lebih bebas.
Seni arca daripada batu biasanya bertahan lama berbanding dengan karya seni pada
bahan-bahan mudah reput dan merangkumi banyak dalam kalangan karya seni purba
yang bertahan hingga kini, meskipun kebanyakan seni arca kayu telah menghilang
secara hampir keseluruhan. Karya-karya seni arca purba juga biasanya berwarna-
warni, tetapi kini, ciri ini sudah tiada.
Seni arca adalah antara sebahagian hasil kebudayaan setiap bangsa di dunia. Hal ini
demikian kerana penghayatan terhadap produk seni dapat mendekatkan seseorang itu
ke arah mengenali nilai dan identiti budaya masyarakat yang melahirkannya. Seni arca
juga memiliki keunikan, keistimewaan dan peminatnya yang tersendiri. Seni arca masa
ini lebih menggabungkan elemen dan prinsip seni untuk tujuan nilai estetika tiga
dimensi.

JENIS-JENIS ARCA

ARCA L

Anda mungkin juga menyukai