Anda di halaman 1dari 1

Teknik Pengudaraan Ruang Terkurung

TVET Malaysia Hari Ini


22 January 2021 ·

Teknik Pengudaraan Ruang Terkurung


Di Malaysia, melalui Tatamalan Industri Bekerja Selamat Di Ruang Terkurung, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan (JKKP) mentakrifkan ruang terkurung sebagai ruang tertutup atau separa tertutup pada tekanan atmosfera semasa
dihuni dan tidak disediakan atau direka bentuk untuk digunakan terutamanya sebagai tempat kerja, dan boleh pada bila-bila
masa mempunyai atmosfera yang mengandungi aras bahan cemar yang mungkin memudaratkan, mengalami kekurangan
atau berlebihan oksigen, atau menyebabkan pelingkungan dan mempunyai laluan masuk dan keluar yang terhad (JKKP,
2010).
.
Berkerja diruang ruang terkurung mendedahkan pelbagai jenis hazard kepada pekerja yang terlibat. Antara hazard yang
terdapat didalam ruang terkurung adalah seperti kekurangan oksigen, gas beracun, gas mudah terbakar, terdedah kepada
permukaan yang licin dan bahan kimia, runtuhan, haiwan berbisa dan lain-lain. Langkah-langkah keselamatan perlu diambil
bagi mengatasi masalah hazard dipersekitaran ruang kerja terkurung. Bagi memastikan keselamatan pekerja terjamin,
kemasukan ke ruang terkurung perlu mematuhi 10 prosedur kemasukan ruang terkurung yang telah ditetapkan oleh JKKP.
Antara aktiviti yang telibat didalam prosedur tersebut adalah pengudaraan ruang terkurung.
..
Tujuan pengudaraan ruang terkurung adalah untuk memenuhi keperluan keselamatan dan kesihatan pekerja dengan
mengalihkan gas toksik atau mudah terbakar, habuk, bau, haba dan menyediakan udara bersih di dalam ruang terkurung
untuk orang yang dibenarkan masuk ke dalam ruang terkurung. Untuk memastikan keberkesanan pengudaraan di dalam
ruang terkurung, terdapat 3 teknik atau kaedah yang boleh digunakan seperti Exhaust Ventilation, Supply Ventilation dan
Push-Pull Ventilation. Peralatan yang biasa digunakan untuk melaksanakan tugas ini adalah dengan menggunakan “Blower”
dan “Air Ducting”.
..
Teknik Exhaust Ventilation adalah kaedah yang menggunakan satu unit blower udara untuk menarik udara keluar daripada
ruang terkurung. Untuk memastikan keberkesanan kaedah ini, ruang terkurung perlu mempunyai 2 lurang supaya udara yang
disedut keluar dapat diganti dengan udara bersih melalui lurang kedua dan tidak mewujudkan keadaan vakum dan
menyebabkan kandungan oksigen berkurangan.
...
Seperti teknik yang pertama, teknik kedua iaitu Supply Ventillation juga menggunakan satu unit blower udara.
Walaubagaimanapun, teknik ini menggunakan blower tersebut untuk membekalkan udara bersih masuk kedalam ruang
terkurung dan memaksa udara didalam ruang terkurung keluar melalui lurang kedua atau lurang yang digunakan untuk
memasukan ducting kedalam ruang terkurung. Teknik ini akan menyebabkan tekanan udara didalam ruang terkurung
meningkat dan memaksa udara didalam ruang terkurung keluar disebabkan oleh perbezaan tekanan atmosfera didalam dan
diluar ruang terkurung.
....
Teknik ketiga adalah Push-Pull Ventilation dengan menggunakan dua unit blower udara untuk digunakan untuk membekal
dan menyedut udara yang dijalankan secara serentak. Kaedah ini sangat berkesan dan cepat kerana aliran udara masuk dan
keluar didorong oleh dua unit blower yang dipasang.
.....
Selain daripada itu, pemasangan blower udara dan ducting juga perlu mempertimbangkan lokasi yang sesuai untuk meletak
blower dan ducting supaya udara dapat dialih dengan berkesan. Kedudukan blower yang digunakan dipengaruhi oleh arah
tiupan angin di persekitaran. Kedudukan blower yang tidak sesuai boleh menyebabkan kemasukan semula udara tercemar
kedalam ruang terkurung. Begitu juga dengan kedudukan ducting didalam ruang terkurung, ducting perlu diletakan ditempat
yang strategik bagi memastikan keberkesanan proses pengaliran udara merbahaya didalam ruang terkurung keluar ke
persekitaran. Pemasangan yang tidak sempurna boleh menyebabkan udara merbahaya terperangkap dan terkumpul didalam
ruang terkurung. Disamping itu, pengiraan kapasiti pengudaraan ruang terkurung juga perlu dilakukan bagi menetukan saiz
blower yang perlu digunakan bersesuaian dengan ruang terkurung dan masa pengudaraan yang diperlukan. Oleh itu, adalah
disarankan bagi mereka yang terlibat dengan kerja-kerja ruang terkurung perlu menghadiri kursus kompetensi ruang
terkurung supaya mempunyai kesedaran dan ilmu pengetahuan dalam melaksanakan tugas dengan selamat di ruang
terkurung.
S.S.S. Abu Bakar
#tvetmara
#kktmkemaman

Anda mungkin juga menyukai