Anda di halaman 1dari 1

CARA CARA MEMUPUK PERPADUAN

Perpaduan kaum adalah satu perkara yang penting dalam kehidupan kita sebagai rakyat
Malaysia. Ia membawa banyak manfaat seperti keamanan, kestabilan, dan kemakmuran. Namun,
untuk mencapai perpaduan kaum yang kukuh, kita perlu memahami cara-cara untuk memupuk
perpaduan dalam kalangan Masyarakat.

Langkah utama untuk memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat adalah dengan
mengadakan rumah terbuka semasa perayaan kaum lain.Hal ini dikatakan demikan kerana apabila
menghadiri ke majilis rumah terbuka semasa perayaan seperti Deepavali, Hari Raya,Tahun Baru Cina
dan Kristmas.Kesanya,dapat mengenali makanan kaum lain, adat istiadat dan sebagainya dan juga
dapat mengeratkan perhubangan antara satu sama lain. Tegasnya mengadakan rumah terbuka dapat
memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Selain itu,masyarakat perlu menolong antara satu sama lain dengan membaiki kawasan
perumahan.Hal ini dapat membaiki kawasan perumahan tanpa mengira kaum seperti membaiki
kawasan taman permainan.Perkara ini masyarakat dapat hidup dengan selesa dan harmoni.Pendek
kata,menolong antara satu sama lain dapat mengekalkan perpaduan kaum bak kata pepatah bagai
aur dengan tebing.

Disamping itu,mengadakan hari sukaneka dapat memupuk perpaduan dalam kalangan


masyarakat.Hal ini kerana,apabila mengadakan hari sukaneka ramai orang dapat menyertai
pertandingan tanpa mengira kaum .Contohnya,aktiviti larian,tarik tali dan sebagainya.Melalui
pertandingan ini masyarakat dapat menyokomg antara satu sama lain.Kesanya dapat mewujudkan
suasana yang bahagia dalam kalangan masyarakat.Tegasnya,mengadakan hari sukaneka adalah salah
satu langkah untuk memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Seterusnya,pihak berkuasa perlu meronda pada waktu malam bagi mengekalkan keselamatan
masyarakat .Hal ini dikatan demikian kerana semasa meronda pada waktu malam dapat
mengelakkan aktiviti tidak bermanfaat seperti mencuri,menculik dan sebagainya.Kesanya,dapat
hidup dengan selesa dan selamat.Pendek kata,meronda pada waktu malam masyarakat dapat hidup
dengan selamat tanpa mengangguan.

Secara keseluruhannya, perpaduan yang dibina daripada keringat pemimpin dan darah pejuang
lalu menjadi tanggungjawab kepada kita semua untuk meneruskan agenda perpaduan negara. Oleh
itu, semua pihak perlulah bekerjasama mencari kata sepakat, sehati dan sejiwa dalam usaha
meneruskan agenda perpaduan kerana kita tidak mengetahui musuh yang sebenarnya kerana
kebanyakan mereka ialah musuh dalam selimut, api dalam serkam dan gunting dalam lipatan.

Anda mungkin juga menyukai