Anda di halaman 1dari 8

TOPIK 2 : AL-QURAN

PENGERTIAN AL-QURAN

Kalamullah dalam Bahasa Arab yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW
melalui perantaraan malaikat Jibril. Ia merupakan mukjizat kepada baginda
serta dipindahkan secara mutawatir dan membacanya dikira ibadat.

KEISTIMEWAAN AL-QURAN

1. Ketinggian bahasa Al-Quran dari segi susunan dan kesusasteraan yang


merangkumi semua aspek kehidupan dan berbagai jenis hukum

2. Menceritakan peristiwa yang telah dan bakal berlaku

3. Hukum Al-Quran sesuai dilaksanakan sepanjang masa tidak mengira tempat,


bangsa dan keadaan.

CIRI-CIRI YANG TERDAPAT DALAM AL-QURAN

1. Ia diturunkan dalam Bahasa Arab

2. Makna dan lafaz Al-Quran diturunkan daripada Allah. Tugas Rasulullah SAW
adalah menerima dan menyampaikan kepada manusia

3. Al-Quran dipindahkan dengan jalan mutawatir iaitu berturut - turut


KEHUJAHAN AL-QURAN SEBAGAI SUMBER HUKUM ISLAM YANG UTAMA

1. HUJAH AL QURAN

ِ ‫ق ِﻟﺗ َْﺣﻛَُم ﺑَْﯾَن اﻟﻧﱠﺎِس ِﺑَﻣﺎ أ ََراَك اﱠ<ُ ۚ َوَﻻ ﺗ َﻛُن ِﻟّْﻠَﺧﺎِﺋِﻧﯾَن َﺧ‬
‫ﺻﯾًﻣﺎ‬ ِ ّ ‫ب ِﺑﺎْﻟَﺣ‬
َ ‫ِإﻧﱠﺎ أ َﻧَزْﻟﻧَﺎ ِإﻟَْﯾَك اْﻟِﻛﺗ َﺎ‬

2. HUJAH AL SUNNAH

‫ﺗر ﻛ ت ﻓﯾﻛم اﻣر ﯾن ﻣ ﺎ ﻟن ﺗﺿ ل ﺑﻌ د ه ان ا ﻋ ﺗ ﺻ ﻣ ﺗ م ﺑ ﮫ ﻛ ﺗ ﺎ ب ﷲ و ﺳ ﻧ ﺔ ﷲ‬

3. HUJAH IJMAK

- Ijmak ulama bersetuju bahawa al-quran adalah sumber pertama yang wajib
dirujuk

4. HUJAH AKAL

- Rasulullah SAW menyelesaikan sesuatu masalah dan menetapkan hukum


melalui sumber wahyu daripada Allah

BUKTI AL-QURAN SEBAGAI SUMBER HUKUM ISLAM YANG UTAMA

KEBENARAN AL QURAN

1. Kehujahan Al-Quran terletak pada kebenaran dan kepastian isinya tidak ada
keraguan atasnya.

2. Al-Quran merupakan bukti kebenaran wahyu Nabi Muhammad SAW sebagai


petunjuk bagi seluruh umat manusia

KEMUKJIZATAN AL QURAN

1. Mukjizat merupakan sesuatu yang luar biasa dan manusia tiada kuasa untuk
membuatnya

2. Mukjizat merupakan suatu kelebihan yang diberikan kepada para nabi dan
rasul untuk menguatkan kenabian dan kerasulan mereka.
3. Beberapa bukti dari mukjizat Al-Quran

- Terdapat ayat yang menyebut tentang kejadian yang terjadi di masa akan
datang dan perkara tersebut adalah benar.

- Dalam Al-Quran terdapat fakta ilmiah yang dapat dibuktikan dengan ilmu
pengetahuan pada zaman ini.

DASAR AL-QURAN DALAM MEMBUAT HUKUM MENURUT IMAM MAZHAB

PENDAPAT IMAM HANAFI

1. Al-Quran itu mencakup maknanya sahaja

2. Dia membolehkan solat dengan bahasa selain Bahasa Arab

PENDAPAT IMAM MALIK

1. Hakikat Al-Quran adalah kalam Allah yang lafaz dan maknanya berasal dari
Allah SWT

2. Imam Malik sangat menentang orang menafsirkan Al-Quran secara murni


tanpa memakai athar sehingga berkata “seandainya aku mempunyai kuasa
untuk membunuh seseorang yang menafsirkan al-quran sewenang-wenangnya
maka akan kupenggal leher orang itu”

3. Imam Malik mengikuti Ulama Salaf (Sahabat dan Tabiin) yang membatasi
pembahasan Al-Quran sesempit mungkin kerana bimbang melakukan
pembohongan terhadap allah
PENDAPAT IMAM SYAFIE

1. Al-Quran merupakan sumber Islam yang utama dan menganggap ianya tidak
boleh dilepaskan daripada As-Sunnah kerana perkaitannya yang sangat erat

2. Kedudukan As-Sunnah sumber hukum kedua selepas Al-Quran

3. Sangat mementingkan penggunaan Bahasa Arab serta mengharuskannya


bagi mereka yang mahu memahami dan mengistinbatkan hukum daripada

Al-Quran

PENDAPAT IMAM HANBALI

1. Al-Quran sebagai sumber pokok hukum islam kemudian disusun oleh As-
Sunnah

2. Beliau selalu menyebutkan bahawa sumber hukum itu adalah nas daripada
Al-Quran dan As-Sunnah

DALALAH AL-QURAN TENTANG HUKUM-HAKAM

DALIL IBARAH

- Makna yang difahami daripada lafaz zahir mahupun nas, muhkam ataupun
tidak.

‫ﻓ ﺎﺟ ﺗ ﻧ ﺑ و ا ا ﻟ ر ﺟ س ﻣ ن ا ﻷ و ﺛ ن و ا ﺟ ﺗ ﻧ ﺑ و ا ﻗ و ل ا ﻟ ز و ر‬

- Dengan dalil ibarah, ayat tersebut dapat difahami perkataan dusta adalah dosa
DILALAH ISYARAH

- Lafaz kesimpulan daripada pemahaman terhadap suatu ungkapan

‫ﻓ ﺈن ﺣ ﻔ ﺗم أﻻ ﺗﻌ د ﻟو ا ﻓ و ﺣ د ة‬

- Dapat difahami bahawa dibolehkan poligami dalam Islam tetapi ayat ini
menunjukkan jika lelaki tidak yakin berlaku adil maka tidak halal untuk
berpoligami. Secara isyaratnya dapat difahami bahawa berlaku adil terhadap
isteri adalah wajib.

DILALAH NAS

- Disebut sebagai mafhum muafaqah iaitu berkaitan dengan hukum lain


daripada pengertian nas kerana ada faktor penyebab yang sama

‫ﻓ ﻼ ﺗ ﻘ ل ﻟ ﮭ ﻣ ﺎ اف‬

- Dapat difahami ayat ini menjelaskan tentang haram mengucapkan ‘uhf’


kepada ibu bapa. Maka perbuatan seperti memukul serta mencerca ibu bapa
adalah sama hukumnya.

DILALAH IQTIDHA

- Menunjukkan lafaz terhadap sesuatu, dimana pengertian lafaz tersebut tidak


logik kecuali adanya sesuatu.

‫ﻓ ﻣ ن ﻋ ﻔ ﻰ ﻟ ﮫ ﻣ ن أ ﺧ ﯾ ﮫ ﺷ ﺊ ﻓ ﺎ ﺗ ﺑ ﺎ ع ﺑ ﺎﻟ ﻣ ﻌ ر و ف و أ د اء إ ﻟ ﯾ ﮫ ﺑ ﺈﺣ ﺳ ن‬

- Ayat ini menjelaskan bahawa jika keluarga orang yang telah dibunuh telah
memaafkan kesalahan saudaranya, maka hendaklah diikuti dengan sikap baik
kepada orang yang diberi maaf. Contoh, memberi imbuhan.
QATIE AL-DALALAH DAN ZANNI AL-DALALAH

QATIE AL-DALALAH

- Ayat yang memberikan pengertian secara pasti dan membawa erti yang sangat
jelas dan tidak mungkin membawa makna yang lain

‫و اﻟﺳ ﺎر ق و اﻟﺳ ﺎر ﻗﺔ ﻓ ﺎﻗط ﻌ و ا أﯾ د ﯾﮭ ﻣ ﺎ‬

- Lafaz pencuri dalam ayat tersebut adalah penetapan secara qatie yang tidak
boleh dipertikaikan lagi maksud dan hukumnya

ZANNI AL-DALALAH

- Ayat yang memberi maksud yang kurang jelas sehingga boleh wujud beberapa
kemungkinan

‫و اﻟﻣط ﻠﻘ ت ﯾﺗر ﺑ ﺻ ن ﺑ ﺄﻧﻔﺳ ﮭ ن ﺛﻠﺛﺔ ﻗر و ء‬

- Perkataan quru’ tersebut boleh membawa maksud haid atau suci daripada
haid. Jadi perkataan ini membawa pengertian yang kurang pasti dan
memerlukan ijtihad untuk memahami ayat tersebut.

CARA AL-QURAN MENERANGKAN HUKUM

MEMBERIKAN KETERANGAN SECARA KESELURUHAN ( ‫) ﻛﻠﻰ‬

- Menyebut kaedah dan prinsip umum

- Menerangkan hukum secara umum dan tidak disebutkan perinciannya

KETERANGAN SECARA TERPERINCI (‫)ﺗﻔﺻﻠﻰ‬

- Hukum yang dijelaskan secara terperinci terdapat dalam ayat-ayat mengenai


hukum aqidah dan akhlak

- Keterangan hukum amali dalam bentuk prinsip dan kaedah umum


HUKUM AL-QURAN BERKENAAN DENGAN AKIDAH DALAM MUAMALAT

HUKUM YANG BERHUBUNG DENGAN AKIDAH

- Percayakan Allah, Malaikat, Kitab, Rasul dan beriman dengan Hari Akhirat

HUKUM YANG BERHUBUNG DENGAN MUAMALAT

- Peraturan kekeluargaan seperti perkahwinan, talak, cerai dan iddah

- Pengurusan harta individu seperti jual beli, sewa, gadaian

- Jenayah dan hukuman seperti membunuh, mencuri dan zina

HUKUM BERKAITAN DENGAN AKHLAK

- Berkaitan akhlak yang menyuruh manusia berlaku baik dan menjauhi yang
tercela

USLUB AL-QURAN DALAM MENERANGKAN HUKUM

1. USLUB AL AMR

Lafaz amar yang soreh f ‫واﺷﮭدوا ذوى ﻋدل ﻣﻧﻛم وأﻗﯾﻣوا اﻟﺷﮭدة‬

Lafaz feel amar ‫ﻓ ﺎﺗﻘ و ﷲ ﻣ ﺎ اﺳ ﺗط ﻌ ﺗم‬

Lafaz feel amar disertai lam al-amr ‫ﺛم ﻟﯾﻘﺿ و ا ﺗﻔﺛﮭ م و ﻟﯾوﻓو ا ﻧ ذ و ر ھ م‬
Perbuatan yang termaktub dan
‫ﯾ ﺄ ﯾ ﮭ ﺎ اﻟ ذ ﯾن ء ا ﻣ ﻧ و ا ﻛ ﺗ ب ﻋ ﻠ ﯾ ﻛ م اﻟﻘ ﺻ ص ﻓ ﻰ اﻟﻘ ﺗ ﻠ ﻰ‬
difardukan

Perbuatan yang membawa kebaikan ‫و ﯾ ﺳ ﺋ ﻠ و ﻧ ك ﻋ ن ا ﻟ ﯾ ﺗ ﻣ ﻰ ﻗ ل إ ﺻ ﻼ ح ﻟ ﮭ م ﺧ ﯾر و إن ﺗﺧ ﺎ ﻟط و ھ م ﻓ ﺈﺧ و ﻧ ﻛ م‬

‫ﻓ ﺈن أﺣ ﺻ ر ﺗم ﻓ ﻣ ﺎ اﺳ ﺗ ﯾﺳ ر ﻣ ن اﻟﮭ د ى و ﻻ ﺗﺣ ﻠﻘ و ا ر ؤ ﺳ ﻛ م ﺣ ﺗ ﻰ ﯾ ﺑﻠﻎ‬
Feel jawab bagi syarat
‫اﻟﮭ د ى ﻣﺣ ﻠﮫ‬
Perbuatan yang membawa kebikan
‫ﻓ ﺈ ذ ا ﺑﻠﻐ ن أﺟ ﻠﮭ ن ﻓ ﺄﻣ ﺳ ﻛ و ھ ن ﺑﻣ ﻌ ر و ف أو ﻓ ﺎر ﻗ و ھ ن ﺑﻣ ﻌ ر و ف‬
dunia dan akhirat
2. USLUB AN NAHI

Lafaz nahi sarih ‫و ﯾﻧﮭ ﻰ ﻋ ن اﻟﻔﺣ ﺷ ﺎء و اﻟﻣ ﻧﻛ ر و اﻟﺑﻐ ﻰ‬


Lafaz perintah meninggalkan ‫وﻻ ﺗﻘﺗﻠوا أوﻟدﻛم ﻣن إﻣﻠق‬

Lafaz mencerita perbuatan buruk ‫و ﻟﯾ س اﻟﺑر ﺑ ﺄن ﺗ ﺄﺗ و ا اﻟﺑﯾ و ت ﻣ ن ظ ﮭ و ر ھ ﺎ و ﻟﻛ ن اﻟﺑر ﻣ ن اﺗﻘ ﻰ‬

Lafaz janji yang tidak baik ‫و ﻣ ن ﯾﻘ ﺗ ل ﻣ ؤ ﻣ ﻧ ﺎ ﻣ ﺗﻌ ﻣ د ا ﻓﺟ ز اؤ ه ﺟ ﮭ ﻧم‬


Lafaz yang menafikan halalnya ‫ﻓ ﺈن ﻟم ﯾﻌ ﺗز ﻟو ﻛ م و ﯾﻠﻘ و ا إﻟﯾﻛ م اﻟﺳ ﻠم و ﯾﻛ ﻔ و ا‬

3. USLUB AL TAKHYIR

Lafaz mengingkarinya adalah haram ‫ﻗ ل ﻣ ن ﺣ ر م ز ﯾ ﻧ ﺔ ﷲ اﻟ ﺗ ﻰ أﺧ ر ج ﻟﻌ ﺑ ﺎ د ه‬

Lafaz yang menghalalkan ‫اﻟﯾو م أﺣ ل ﻟﻛم اﻟط ﯾﺑ ت‬

Lafaz menunjukkan untuk manusia ‫ھ و اﻟذ ى ﺧ ﻠق ﻟﻛ م ﻣ ﺎ ﻓ ﻰ اﻷ ر ض ﺟ ﻣ ﯾﻌ ﺎ‬

‫ﻓﻣن اﺿ ط ر ﻏ ﯾر ﺑﺎغ وﻻ ﻋ ﺎد ﻓﻼ إﺛم ﻋﻠﯾﮫ إن ﷲ ﻏﻔور ر ﺣ ﯾم‬

‫ﺛﻠث ﻋ ور ت ﻟﻛم ﻟﯾس ﻋ ﻠﯾﻛم و ﻻ ﻋ ﻠﯾﮭم ﺟ ﻧﺎح ﺑﻌ دھ ن‬


Lafaz nafi ithm,nafi junah,nafi haraj
‫ﻟﯾس ﻋ ﻠﻰ اﻷ ﻋ ﻣ ﻰ ﺣ ر ج و ﻻ ﻋ ﻠﻰ اﻷ ﻋ ر ج ﺣ ر ج و ﻻ ﻋ ﻠﻰ اﻟﻣر ﯾض‬
‫ﺣ ر ج و ﻻ ﻋ ﻠ ﻰ أﻧﻔﺳ ﻛ م‬

PERANAN AL-QURAN DALAM PERUNDANGAN

1. Membawa dalil umum yang mengandungi hukum untuk ditafsirkan oleh


manusia.

2. Mengandungi arahan dan tegahan yang digunakan sebagai penetapan


daripada Allah dan ulama perlu mengkaji dari segi nasikh mansukh.

3. Menjelaskan hukum yang tetap untuk umat Islam dalam kitab yang
diturunkan sebelumnya.

Anda mungkin juga menyukai