Anda di halaman 1dari 9

KOLEJ VOKASIONAL ALOR SETAR,

KOMPLEK PENDIDIKAN,JALAN STADIUM


05100 ALOR SETAR , KEDAH .

KERTAS PENERANGAN
INFORMATION SHEET
KOD DAN NAMA PROGRAM
/ PROGRAM CODE AND WTP 601 - TEKNOLOGI PEMBINAAN
NAME
TAHAP / LEVEL L3
NO. DAN TAJUK M25- DEMOLITION AND RENOVATION WORK
MODUL /MODULE NO. AND
TITLE
NO. DAN TAJUK UNIT
KOMPETENSI 2. PLAN FOR EXTENTION AND RENOVATION WORK
COMPETENCY UNITNO.
AND TITLE

NO.DAN PERNYATAAN
AKTVITI KERJA
2.1 Identify the location of extension and renovation work
2.2 Identify the site location
WORK ACTIVITIES N0. 2.3 Organize the extension and renovation work.
STATEMENT

NO. KOD / CODE NO. WTP 601/ M25/P/(25/2) Muka: 1 Drp: 9

TAJUK: MERANCANG KERJA-KERJA MENYAMBUNG TAMBAHAN DAN UBAHSUAI


TUJUAN:

Pelatih yang berjaya menamatkan modul ini boleh MERANCANG KERJA-KERJA


MENYAMBUNG TAMBAHAN DAN UBAHSUAI menepati spesifikasi yang
ditetapkan.

PENERANGAN
Dibina oleh Che Mohd Supardi b Ibrahim KVKT
No. Kod : WTP 601/ M25/P/(25/2) Muka: 2 Drp:9

1.0 PENGENALAN
Samada sambungan tambahan atau melaksanakan ubahsuai ,ia akan memberi nilai tambah
kepada bangunan tersebut. Kedua-dua istilah ini mempunyai konsep yang sama iaitu
melibatkan perobohan sebahagian struktur tetapi pengertiannya adalah berbeza.

2.0 DEFINASI
 Sambungan Tambahan

Adalah kerja pembaikan yang melibatkan penambahan struktur baru,ruang lantai atau ruang
tingkat. Ia lazimnya terdiri daripada kerja membina bilik-bilik tambahan atau perluasan bilik
sedia ada.

 Ubahsuai
Ditakrif sebagai sebarang penambahbaikan yang tidak melibat tambahan ruang lantai atau
tingkat pada struktur sedia ada. Ia melibatkan kerja-kerja mengganti,memperbaharui dan
mengubah dalam ruang sedia ada.

Dibina oleh Che Mohd Supardi b Ibrahim KVKT


No. Kod : WTP 601/ M25/P/(25/2) Muka: 3 Drp:9

3.0 MENGATUR DAN MENGURUS KERJA SAMBUNGAN TAMBAHAN DAN UBAHSUAI


Kejayaan ubahsuai bangunan bergantung kepada perancangan dan tindakan susulan yang
berterusan. Pertimbangan yang wajar dalam perkara berkaitan menjadi kunci kejayaan dalam
kerja-kerja berkenaan.
Perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum melakukan pengubahsuain dan
penambahan.
 Adakah anda benar-benar suka jiran anda atau kejiranan? Adakah jiran atau
kejiranan tidak terganggu dengan pengubasuaian ini?
 Adakah anda berhajat untuk memberi nilai tambah kepada rumah anda dan
menjualnya
 Bagaimanakah anda akan membayar bagi projek ubahsuai dan
tambahan?,berapa bajet keseluruhan ? Apakah yang berlaku jika projek
melebihi bajet.
 Adakah anda bercadang membuat sambutan perayaan yang perlu anda lalui
dalam masa projek berjalan
 Dimanakah anda tinggal semasa ubahsuai? Adakah anda akan tinggal
dirumah berkenaan sepanjang projek berjalan

Dalam waktu yang sama terdapat tiga prinsip perlu dipatuhi iaitu:
 Karektor jiran secara keseluruhan
Pandangan jiran bersebelahan berkaitan pengubahsuaian perlu juga diambil kira.
Jika anda melakukan pengubahsuaian di kediaman yang sekelilingnya sudah mempunyai
penghuni, maklumkan kepada mereka mengenai tindakan anda itu. Tujuan memberitahu
jiran terutamanya yang tinggal di sebelah rumah adalah mengelakkan timbul perbalahan
atau rasa tidak puas hati dengan kesan bunyi atau habuk semasa proses pengubahsuaian
dilakukan.

 Aspek Visual jalanraya


Pandangan dan kedudukan jalan raya
 Gaya bangunan
Rekabentuk ubahsuai dan sambungan tambahan perlu disesuaikan dengan gaya
bangunan sedia ada

Dibina oleh Che Mohd Supardi b Ibrahim KVKT


No. Kod : WTP 601/ M25/P/(25/2) Muka: 4 Drp:9

4.0 TINDAKAN PENGURUSAN YANG PERLU DIAMBIL SEBELUM MEMBINA


Samada kerja-kerja ini dilakukan oleh anda sendiri atau mengupah kontraktor, semua perkara
berikut perlu diambil tindakan sebelum kerja –kerja ubahsuai dijalankan

i) Menghubungi pihak berkuasa tempatan – Jabatan bangunan/Majlis Perbandaran


 Ia bagi mendapatkan permit pengubahsuaian dan pernambahan struktur dimana Ia
menjadi keperluan samada pengubahsuaian dan pernambahan dilakukan sendiri atau oleh
kontraktor. Ini adalah untuk mengelakkan mereka sebagai pemilik rumah, dikenakan notis
dan tindakan oleh pihak berkuasa Majlis
Perbandaran.
 Terdapat peruntukan yang memerlukan
pemilik mendapatkan persetujuan jiran
samada di kiri,kanan atau belakang atau
semuanya.

Dibina oleh Che Mohd Supardi b Ibrahim KVKT


No. Kod : WTP 601/ M25/P/(25/2) Muka: 5 Drp:9

ii) Melantik Arkitek bertauliah atau Pelukis pelan bangunan


Perlantikan Arkitek bertauliah atau Pelukis pelan bangunan mestilah berdaftar dengan
Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) untuk penyediaan pelan ubahsuai/tambahan bangunan.
 Rancang pelan ubahsuai dengan terperinci. Pelan yang terperinci membolehkan kerja
pembinaan ubahsuai oleh kontraktor berjalan seperti diperlukan. Untuk itu perlantikan
Arkitek / Pelukis Pelan diperlukan bagi menghasilkan pelan yang sah.
 Pelan-pelan bangunan bagi ubahsuaian / tambahan bangunan anda hendaklah
dikemukakan oleh pihak Arkitek / Pelukis Pelan / Jurutera yang bertauliah yang dilantik
kepada pihak majlis perbandaran untuk kelulusan.

Peranan akitek/perunding dalam urusan pembinaan atau ubahsuai rumah kediaman


 menjadi penasihat tentang cara dan perkara yang akan diubahsuai berserta panduan
kepada klien berkenaan masalah ubahsuai rumah
 memberi khidmat rekabentuk sesuai dengan keperluan & kemampuan kewangan klien
 membuat rekabentuk yang yang praktikal & selamat
 membeli & mengisi borang bagi pihak klien
 mengemukakan pelan-pelan ke pihak majlis bagi pihak klien sehingga mendapat kelulusan
 menghadiri temujanji @ mesyuarat perbincangan bersama pihak majlis
 membuat rayuan bagi pihak klien jika berlaku masalah saman/denda dsb
 membantu klien dalam pemilihan kontraktor binaan yang sesuai
 memastikan kerja-kerja ubahsuai mengikut undang2 bangunan sehingga siap binaan
 memantau kerja-kerja pembersihan & pembuangan sampah sisa binaan
 membantu klien dalam urusan tuntutan wang cagaran ubahsuai rumah dari pihak majlis
jika rumah telah siap dan sampah sisa binaan telah dibuang oleh kontraktor yang berlesen.

iii) Melantik Kontraktor Bertauliah


Sekiranya perkhidmatan professional diperlukan, anda boleh melantik kontraktor yang sesuai
bagi mengendalikan kerja-kerja penambahan atau ubahsuai. Oleh kerana kerja-kerja ini
melibatkan sebahagian pembinaan pada ruang-ruang tertentu, perlantikan kontraktor boleh
dibuat berdasarkan perkara-perkara berikut:
 kepakaran tertentu.Oleh itu tentukan kepakaran kontraktor sebelum
membuat perlantikan. Kepakaran bidang kontraktor adalah pelbagai,
contohnya bidang penjubinan,kabinet dapur,perpaipan, pendawaian
elektrikal dan sebagainya.
 Pastikan kontraktor mempunyai lessen perniagaan/Lesen Kontraktor
 Pastikan alamat pejabat/Urusniaga yang sah
 Rekod kerja dan Profil syarikat
Dibina oleh Che Mohd Supardi b Ibrahim KVKT
No. Kod : WTP 601/ M25/P/(25/2) Muka: 6 Drp:9

 Menguhubungi bekas pelanggannya untuk memastikan pengalaman dan


bukti kepakaran
 Sebut harga yang berpatutan
 Pelan-pelan ubahsuai perlu juga diserahkan kepada kontraktor.
 Tetapkan bajet pengubahsuaian .Faktorkan kos penilaian semula dalam
bajet penambahan dan ubahsuai. Ia bagi menentukan impak atau kesan-
kesan sampingan yang mungkin berlaku. Pastikan kos dimuktamadkan
sebelum memulakan kerja.
Catatan
Perlu dingat perlantikan kontraktor bagi projek-projek kerajaan bergantung kepada jumlah
kos yang terlibat. Tender akan dipelawa bagi kerja-kerja dianggar berharga melebihi RM
500,000. Jika nilaian projek kurang dari RM 500,000, kaedah sebut harga digunakan.

iv) Melihat Lokasi Ubahsuai dan Sambungan Tambahan


Lokasi yang dimaksudkan lebih tertumpu kepada ruang-ruang yang sesuai pada lokasi
dalaman atau luaran sesebuah bangunan untuk diubahsuai atau dibuat penambahan
sambungan. Apabila menimbang ruang yang bersesuaian beberapa persoalan harus dijawab:
 Adakah susunatur ruang dalaman sesuai untuk diubahsuai
 Apakah ubahsuai menjadi keperluan
 Berapakah kos yang dikenakan bagi mmembina ruang-ruang ubahsuai atau tambahan.
Pengubahsuaian akan melibatkan kos tambahan. Jika ruang yang sedang dibina, atau
kemudahan baru perlu dikemasiap, ia perlu direkabentuk bagi menyesuaikan kedudukan ruang
sedia ada atau spesifikasi rekabentuk.

v) Menetapkan Bajet dan kos


Penetapan kos pengubahsuaian atau sambungan tambahan bergantung kepada
komponen –komponen asas yang akan dibina dan perlu dimasukkan sebagai kos
 Perkakasan elektrik dan lampu
 Penjubinan- Pada tembok,lantai
 Menempatkan tingkap dan pintu
 Mengecat,siling dan cornice
 Kemasan,
 Perkasasan dapur
 Perpaipan,tandas , kelengkapan bilik air
 Kos arkitek dan Majlis Tempatan
 Penempatan semula dan penyimpanan
Dibina oleh Che Mohd Supardi b Ibrahim KVKT
No. Kod : WTP 601/ M25/P/(25/2) Muka: 7 Drp:9

 Insuran
Sebelum penetapan kos dimuktamadkan, buat perbandingan harga daripada
beberapa kontraktor dan pembekal dengan meminta mereka menyedia sebut harga
ke atas kerja dikehendaki atau barangan yang akan dibekalkan. Anda perlu
mendapatkan sekurang-kurangnya tiga cadangan harga daripada kontraktor dan
perunding reka bentuk dalaman. Amat penting mendapatkan beberapa anggaran
harga untuk kita menilai dan membuat keputusan memilih kontraktor yang mana
sesuai dan menawarkan harga berpatutan.

vi) Tentukan Perjanjian


 Pastikan setiap anggaran harga tepat dan menyeluruh mengikut cadangan
hendaklah dibuat secara bertulis .
 Cadangan Ubahsuai yang diperlukan perlu dimasukkan dalam perjanjian
sebagai rujukan kita dan kontraktor.Jika tidak dibuat secara bertulis akan
berlaku pertukaran jumlah harga yang menyebabkan bajet melebihi
anggaran. Hal ini penting untuk mengelakkan kos tersembunyi yang akan
menimbulkan banyak masalah di kemudian hari.

vii) Mengurus keperluan dan persediaan semasa pembinaan ubahsuai dan


sambungan tambahan berjalan
 Mohom permit untuk menempatkan bahan-bahan bangunan/pembinaan di
atas bahu jalanraya sebelum pembinaan bermula (jika berkaitan)
 Tunjukkan surat kebenaran Pengubahsuaian atau sambungan penambahan
semasa kerja-kerja berjalan (jika perlu) struktur sediaada berdasarkan pelan
yang diluluskan
 Pastikan kerja-kerja pembinaan dijalankan dalam kawasan sempadan tapak
dan bergabung dengan
 Maklumkan peringkat-peringkat pembinaan kepada majlis perbandaran
dengan menyerahkan borang berkaitan

viii) Melakukan kerja –kerja Perobohan


 Tidak kira projek ubahsuai atau sambungan tambahan yang akan dijalankan
bersekala besar atau kecil, kerja-kerja perobohan adalah langkah pertama
yang perlu dilakukan sebelum memulakan pengubahsuaian.
 Rujuk pelan ubahsuai dan pastikan hanya ruang yang terlibat sahaja yang
perlu diroboh
Dibina oleh Che Mohd Supardi b Ibrahim KVKT
No. Kod : WTP 601/ M25/P/(25/2) Muka: 8 Drp:9

ix) Melakukan kerja –kerja Ubahsuai dan Sambungan Tambahan


Bagi projek Sambungan Tambahan, kerja-kerjanya akan melibatkan.penambahan struktur
baru,ruang lantai atau ruang tingkat. Urusan pembinaan Struktur dan elemen –elemen
baru ini terdiri daripada:
 Tapak asas dan kerja tanah
 Pemasangan paip gas dan kabel elektrik
 Kerja bata dan bumbung
 Rendering/melepa tembok
 Memasang pintu dan tingkap
 Pemasangan paip air dan sistem penyejuk
Bagi projek Ubahsuai, kerja-kerjanya tidak akan melibat tambahan ruang lantai atau
tingkat sebaliknya mengandungi aktiviti
 Hiasan semula dan Mengecat
 Pemulihan bumbung
 Mengganti penutup bumbung
 Mengganti papan tumpu kasau,saluran cucur atap dan saluran paip air.
 Memasang dinding semula
 Menjubin semula
 Mengganti dan mengubah semula gaya cabinet dapur
 Mengganti tingkap dan pintu
 Pemasangan kelengkapan tambahbaik kediaman – solar panel,penutup gulung
(roller shutter)
x) Memantau proses pembinaan atau ubahsuai
Buat pemantauan terhadap kerja pengubahsuaian atau sambungan tambahan bagi
memastikan penyiapan berlaku dalam kerangka kerja yang telah ditetapkan

xi) Muktamadkan proses pembinaan atau ubahsuai


 Notis penyiapan kerja diterima, diperiksa dan diteliti supaya ia memenuhi
keperluan klien atau organisasi.
 Pemeriksaan diatur bagi mengesahkan pengubahsuaian dan sambungan
tambahan memenuhi spesifikasi dan standard
 Maklumat dijaga rapi mengikut peraturan dan keperluan organisasi

RUJUKAN

Dibina oleh Che Mohd Supardi b Ibrahim KVKT


No. Kod : WTP 601/ M25/P/(25/2) Muka: 9 Drp:9

1. sa.gov.au - Renovations and extensions


https://www.sa.gov.au/...renovating...extending.../renovations-and-extens.

2. How to Plan a Kitchen Extension | Home Guides | SF Gate


homeguides.sfgate.com › Construction & Remodeling

3. Optimize Site Potential | Whole Building Design Guide


www.bdg.org › Design Guidance › Design Objectives › Sustainable

4. How to Organize Your House Renovation


homerenovations.about.com › ..

5. Procedures for the approval for house extensions and/or ...


voyager8.blogspot.com/2008/12/procedures-for-approval-for-house

6. 7 Steps to a successful House Renovation in Malaysia ...


houserenovation-kl.com/steps-house-renovation-malaysia

7. House Extension, Refurbishment, Brickwork, Rendering ...


www.sjpbuilderswigan.co.uk/extensions_refurbishment2.html

Dibina oleh Che Mohd Supardi b Ibrahim KVKT

Anda mungkin juga menyukai