Anda di halaman 1dari 25

TAJUK KAJIAN :

RAGAM BAHASA DALAM FILEM SENIMAN

BUJANG LAPOK
SENARAI KANDUNGAN

Penghargaan
1.0 Pengenalan
1.1 Latar Belakang
1.2 Definisi Konsep
2.0 Objektif Kajian
3.0 Kepentingan Kajian
4.0 Skop Kajian
5.0 Batasan Kajian
6.0 Kaedah Kajian
6.1 Mendapatkan Kajian
6.2 Mengumpul Data
6.3 Menganalisis Data
7.0 Dapatan Kajian
7.1
7.2
7.3

8.0 Rumusan Kajian


9.0 Penutup
Bibliografi
Lampiran
Lampiran I
Lampiran II
Lampiran III
PENGHARGAAN

Penyelidik mengucapkan syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana atas limpah kurnianya

penyelidik telah dapat menyiapkan tugasan dengan sempurna. Penyelidk mengucapkan

ribuan terima kasih kepada pihak sekolah, Tuan Pengetua Cemerlang Mejar Abdul Halim Bin

Haji Hashim dan Penolong Kanan Tingkatan 6, En. Zambri bin Ahmad kerana memberi

kerjasama dan kebenaran untuk menjalankan kajian ini dengan baik. Terima kasih tidak

terhingga diucapkan kepada guru mata pelajaran Bahasa Melayu, Pn. Juliana binti Kamis

yang tidak pernah jemu membantu dan memberi tunjuk ajar dalam melaksanakan tugasan

kerja kursus dalam tempoh yang ditetapkan. Bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan

sepanjang tempoh kajian dijalankan tidak akan kami lupakan. Penyelidik juga tidak lupa

kepada kedua- dua ibu bapa serta rakan-rakan yang banyak membantu serta memberi tunjuk

ajar dalam menyiapakan tugasan ini. Semoga usaha ini dapat memberikan sumbangan

kepada pertambahan dokumen kajian dalam Bahasa Melayu khususnya dalam bidang yang

berkaitan dengan kajian ragam bahasa.

Mohamad Suhaimi bin Ismail

Muhammad Ikmal Hakim bin Khaliluddin

Muhammad Aiman Najmi bin Md Nasir

September 2016
1.0 PENGENALAN

Dalam bahagian ini, pengkaji akan menjelaskan latar belakarang kajian, iaitu

keterangan tentang ragam bahasa dalam filem Seniman Bujang Lapok, serta definisi

konsep-konsep penting yang digunakan dalam kajian ini.

1.1 Latar Belakang

Ragam bahasa adalah Bahasa Melayu perbualan yang berbunyi pelbagai

bahasa. Dalam satu bahasa yang dikenali sebagai loghat atau dialek sesebuah

tempat di semenanjung Malaysia. Ragam ini merangkumi pelbagai aspek

antaranya ialah perbualan dengan seseorang yang lebih tua, lebih muda atau orang

yang mempunyai pangkat kehormat dalam kerajaan. Sepeti manusia, bahasa juga

mempunyai ragamnya yang tersendiri. Keadaan ini timbul kerana bahasa itu hak

masyarakat dan masyarakat jugalah yang menentukan penggunaan sesuatu bahasa

tersebut. Jadi dalam perhubungan harian, antara adik –beradik , keluarga , sahabat

handal,rakan sebaya, guru dan murid dan atau kenalan rapat, tidak hairanlah

sesuatu bahasa , loghat bahasa atau sesuatu bahasa digunakan. Penutur dan

pendengar akan berbual apa sahaja tajuk yang difikirkan dan bersesuaian pula

pada ketika itu. Dalam konteks komunikasi ada tiga faktor yang mempengaruhi

pola penggunaan bahasa iaitu umur , perhubungan dan status. Maka , dalam

sesuatu perbualan, proses interaksi mesti mengambil tentang umur seseorang sama

ada tua atau muda, hubungan di antara penutur dengan si pendengar. Contohnya ,

anak dengan bapak, guru dengan murid dan kedudukan seseorang itu dalam

masyaakat. Di dalam sesuatu masyarakat lazimnya, terdapat pemimpin dan orang

yang dipimpin. Oleh itu, bahasa yang digunakan setaraf dengan orang yang

hendak dihubungi. Sekiranya hubungan di antara kedua-dua penutur dan


pendengar telah dikenal pasti, proses komunikasi akan berjalan lancar. Dalam

proses tersebut sudah pasti unsur-unsur seperti jenaka,sindiran, naif , tempelak,

ejekan dan sebagainya jelas kelihatan. Inilah yang membezakan seseorang

manusia dengan manusia yang lain.

1.2 Definisi Konsep

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat,(2008) ragam bermaksud tingkah, cara,

laku, jenis dan warna. Oleh itu, banyak ragam boleh bermaksud banyak cara,

banyak jenis, banyak corak dan sebagainya bergantung pada konteks

penggunaanya.

Menurut Djamalul Abidin Ass, (1955,m/s) menyatakan bahawa ragam bahasa

merupakan tenaga yang terkandung dalam bahasa untuk mendapatkan ekspresi

individu.

Menurut Drs.M.S Hutagalung,(1967,m/s) menjelaskan salah satu alat untuk

menghidupkan penceritaan itu ialah gaya bahasa, iaitu segala gaya pengarang

untuk melaksanakan kesan estetik.

Oleh itu, dapat dijelaskan bahawa ragam bahasa menerangkan tingkah laku

manusia dalam komunikasi seharian secara formal mahupun tidak formal.

Nik Safiah Karim (1988,m/s), menjelaskan ragam bahasa sebagai satu gaya atau

cara penggunaan sesuatu bahasa.

Asmah Hj Omar (1987,m/s), menerangkan ragam bahasa ialah ciri-ciri khusus

dalam penggunaan bahasa menurut bidang penggunaannya.

Za’ba (1974,m/s) pula mentafsirkan ragam bahasa ialah bentuk bahasa yang

dipakai apabila bercakap atau mengarang iaitu bahasa yang indah didengar dan
mudah difahami oleh orang lain, ayatnya, jalan bahasanya, cara susunan atau

bentuk peribahasanya.

Dapatlah dirumuskan bahawa ragam bahasa itu merupakan lambang-lambang

bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat sebutan manusia, bersistem atau mempunyai

susunan tertentu.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN


Objektif kajian ini adalah untuk:

a) Mengenal pasti dan menyenaraikan ragam bahasa.


b) Mengelaskan ragam bahasa dalam filem Seniman Bujang Lapok mengikut jenis.
c) Mengelaskan fungsi ragam bahasa yang digunakan dalam filem Seniman Bujang

Lapok.

3.0 KEPENTINGAN KAJIAN

Hasil kajian ini penting untuk :


a) Memperlihatkan kelainan ragam bahasa dalam filem Seniman Bujang Lapok
b) Menambah dokumentasi ragam bahasa dalam pragmatik,
c) Dijadikan panduan dalam pengajaran, khususnya dalam penggunaan dalam

komunikasi harian dan penggunaan dalam tulisan

4.0 Skop Kajian


Kajian ini berfokuskan kepada penggunaan ragam bahasa dalam filem Seniman

Bujang Lapok. Aspek yang diberikan tumpuan ialah definisi, jenis-jenis ragam bahasa

dan fungsi ragam bahasa dalam filem tersebut.

5.0 BATASAN KAJIAN


Kajian ini dibuat berdasarkan ragam bahasa yang digunakan dalam filem Seniman

Bujang Lapok. Masa yang diambil hanyalah selama 40 minit. Oleh itu, kajian ini tidaklah

menggambarkan secara keseluruhan penggunaan ragam bahasa secara keseluruhan .

6.0 Kaedah Kajian


Dalam bahagian kaedah kajian ini, pengkaji akan menjelaskan cara mendapatkan data
sebagai bahan kajian, kaedah penganalisisan/pemprosesan data dan cara persembahan
dapatan kajian.

6.1 Pengumpulan Data

Cara pengumpulan data amat penting bagi pengkaji mengukuhkan kajian yang
dijalankan. Data merupakan butir atau maklumat yang dikehendaki atau yang telah
dikumpulkan tentang sesuatu dan dapat dijadikan asas untuk membuat kajian. Dalam kajian
ini, pelbagai kaedah telah digunakan seperti dokumentasi, kepustakaan dan pemerhatian bagi
mengumpul maklumat yang tepat berdasarkan objektif kajian. Penerangan mengenai cara
pengumpulan data telah dijelaskan seperti yang berikut:

i. Dokumentasi

.Dokumentasi adalah himpunan atau kumpulan bahan atau dokumen yang dapat
digunakan sebagai asas bagi sesuatu kajian, penghasilan sesuatu terbitan. Pengumpulan data
kajian ini dimulakan dengan membuat kajian terhadap bahan-bahan bertulis yang sudah
diterbitkan atau ditulis oleh mana-mana penulis bagi mendapat maklumat daripada bahan
tersebut. Bahan bertulis yang dikumpulkan adalah seperti :

1. Sumber Internet

ii. Kepustakaan

Kepustakaan ialah senarai buku yang dipakai untuk mengarang dan lain-lain,bibliografi.
(Kamus Dewan, 2007. Edisi Keempat, hlmn 1256). Pengkaji menggunakan kaedah
kepustakaan untuk mendapatkan maklumat dan data mengenai isu yang dikaji. Pelbagai
sumber atau bahan yang diperlukan untuk menyiapkan tugasan ini. Antara lokasi yang
menjadi kunjungan pengkaji bagi mendapatkan maklumat adalah seperti :

1. Perpustakaan Awam Negeri Kedah

iii. Pemerhatian
Kaedah pemerhatian ialah satu cara mengumpul data tanpa melibatkan komunikasi.
Dengan kata lain, kaedah ini melibatkan pengkaji untuk mendengar rakaman dan menulis
semula skrip filem tersebut untuk mengenal pasti penggunaan ragam bahasa. pengkaji juga
telah memuat naik filem Seniman Bujang Lapok untuk menonton ragam bahasa yang
ditonjolkan.

6.2 Mengumpulkan Data

Untuk memudahkan penyelidik menganalisis data, penyelidik mencatatkan semula skrip


filem tersebut yang mengandungi ragam bahasa dalam bentuk dialog untuk memudahkan
kajian dilakukan.

7.0 Dapatan Kajian


Dalam bahagian ini diperlihatkan ragam bahasa yang menjadi data kajian mengikut

jenis ragam yang digunakan dalam filem Seniman Bujang Lapok.

7.1 Jenis-Jenis Ragam Bahasa Dalam Seniman Bujang Lapok

7.1.1 Bahasa Sindiran

- Bahasa sindiran ialah ungkapan yang maksudnya tidak disebut

dengan tepat tetapi dikiaskan kepada perkara yang lain.Jika

orang yang ditunjukkan itu mengerti,maksud sindiran itu dapat

dirasakannya.

Contohnya:

- “Buah langsat kuning mencelah,keduduk tidak berbunga

lagi,sudah dapat gading bertuah,tanduk tidak berguna lagi.”

7.1.2 Bahasa Menggiat

- Ragam bahasa yang seakan-akan bahasa sindiran tetapi tidak

mengandungi kiasan.Tujuannya sekadar mengusik atau

bergurau,tetapi boleh menjadi sungguh-sungguh sehingga boleh

menyebabkan orang berkenaan malu.


- Contohnya
- “Hai dah jadi orang Bandar,tak kan nak balik kampung

semula.”

7.1.3 Bahasa mengejek


- Ragam bahasa yang mengata atau yang ditujukan tepat kepada

seseorang atau kumpulan dengan menggunakan perkataan yang

tepat dengan gaya yang mengajukan keburukan mereka itu supaya

orang itu bodoh dan menjadi bahan tertawa orang.


Contohnya:
- “Gelagat rambutan jantan,orang berbunga awak berbunga

,orang berbuah, awak haram.”

7.1.4 Bahasa Terbalik

- Ragam bahasa yang menggunakan perkataan yang maksudnya

berlawanan daripada apa yang hendak diperkatakan tetapi orang

masih memahami maksud sebenar.


Contohnya:
- “Ha,lain kali buatlah bising lagi.”

7.1.5 Bahasa Merajuk

- Ragam bahasa yang menunjukkan perasaan menarik diri atau kecil

hati disebabkan sesuatu perbuatan yang dirasakan menghina dan

tidak patut dilakukan.


Contoh:
- “Apalah yang ada pada saya,rupa buruk harta pun tiada.”

7.1.6 Bahasa Tempelak

- Ragam bahasa yang menunjukkan kesalahan seseorang setelah dia

melakukannya supaya orang itu sedar akan perbuatan atau kata-

katanya yang salah pada masa sebelum dia melakukannya


dahulu.Tujuannya untuk menyedarkannya agar beringat-ingat pada

masa yang akan datang.


Contohnya:
- “Muka macam engkau ni,nak jadi ketua pengawas,jangan

haraplah.”

7.1.7 Bahasa Herdik

- Ragam bahasa ini seakan-akan sama dengan bahasa tempelak tetapi

tujuannya untuk menunjukkan kesalahan pada masa itu

juga,bukannya kesalahan yang lalu.


Contohnya:
- “Muka macam engkau ni,nak jadi ketua pengawas,jangan

haraplah.”

7.1.8 Bahasa Besar/Melampau

- Ragam bahasa yang mengatakan sesuatu secara berlebih-lebihan

sehingga kadang-kadang sukar diterima akal.Ragam bahasa jenis

ini banyak digunakan dalam penulisan sastera dan lirik lagu.


- Perkataan atau ayat yang digunakan adalah melampau tetapi

maksudnya bukanlah sungguh-sungguh.


Contohnya:
- “Sebulan dagang menggalas,jejak ditikam mati juga,setitik darah

ke daratan,setahun padi tak jadi,setitik darah ke lautan,setahun ikan

tak main.”

7.1.9 Bahasa Kecil

- Ragam bahasa yang berlawanan dengan bahasa besar.Bahasa ini

menyifatkan sesuatu perkara itu kecil.Tujuannya untuk

merendahkan diri.
Contohnya:
- “Terimalah sedikit hadiah yang tidak seberapa ini.”(Sebenarnya

hadiahnya besar)

7.1.10 Bahasa Naik

- Ragam bahasa yang menguatkan tujuan ungkapan dengan

memberikan gambaran fikiran yang beransur-ansur naik daripada

dataran yang kendur kepada dataran yang semakin

tegang.Ungkapan ini membawa pembaca selangkah demi

selangkah sehingga sampai ke kemuncak,iaitu apa yang hendak

disebutnya.
- Contohnya:
“penduduk kampung mengejar pencuri itu dan apabila dapat

ditangkap pencuri itu dijatuhkan,diikat,dipijak dan dipukul bertalu

talu hingga mati.

7.1.11 Bahasa Turun

- Ragam bahasa yang bermula dari dataran yang tegang kemudian

selangkah demi selangkah menurun ke dataran yang

kendur.Lazimnya,ia mengandungi unsur yang menggelikan hati.


Contohya:
- “kasihan guru itu,dahlah banyak tugas disekolah ,kena pulak

laksana PBS, menanda kertas-kertas PBS sehingga pelajar

menggelarnya cikgu PBS.

7.2 Ragam Bahasa Dalam Filem Seniman Bujang Lapok


7.2.1 Bahasa Mengejek

-“Hei, Din.Apa daa kau ni dah jadi bodoh ke? Itu bukan bom

daa....tayar meletup daa!”

-“Ini kedai kopi engkau punya bapak ada kongsi dengan aku ke?”

7.2.2 Bahasa Merajuk

-“Mana laku muka kita mahu berwayang?”

-“Tak apalah sekarang tak suka, nanti lama-lamapun dia sama suka-

suka, kan?”

7.2.3 Bahasa Sindiran

-“Hai! Ramli, lekaslah pakai seluar. Takkan nak pakai kain itu nak

mintak kerja?”

-“Polis...! jangan report pada polis, report le pada Tok Kadi.”

-“Hoi, Ramli, nak cari kerja ke, nak jual minyak?”

-“Apa kau fikir ini duit bapak engkau...ya?”

-“Nama saja orang Melayu, sikit adap pun tak tahu. Orang punya dekat

panggil...hoi...hoi... saya ni apa? Batu ka, kayu ka?”

-“Oh! awak fikir awak punya lubang hidung besar saya takut ke?”

7.2.4 Bahasa Menggiat

-“Kenapa awak suka ganggu dengan kita? Asal kita balik kerja saja

awak nak ganggu dengan kita.”

7.2.5 Bahasa Herdik


-“Cis, tak malu. Kita tak suka dengan awak, awak nak suka dengan

kita pulak.”

-“Diam...dahh.., itu aku punya pasal.”

-“Ada Assistant Directorpun bodoh. Kau ni Assistant Director apa?

Kau nak mampus..ya? Aku suruh cari orang yang gagah, bukan badan

kurus macam ini.

-“Ini macam punya muka mahu jadi filem star ka?”

-“Hei, apa ssyuuuh!… engkau sememangnya manusia durjana!”

-“Kau tiga ekor nampak itu pintu besar tidak?, Dengan perintah aku,

get out! Get out”.

-“Bodoh! Kecik-kecik tak nak mampus, sudah besar menyusahkan

orang.”

7.2.6 Bahasa Keluhan

-“Apalah punya orang. Kalau ada tiga orang lagi macam kau orang,

terpaksa kami kena bikin union.”

7.2.7 Bahasa Berulang

-“Keluar! Keluar kau dari sini! Perempuan yang tak kenang diuntung”.

-“Ampun? Ah, aku tidak akan ampunkan dosamu dari dunia sampai

akhirat.”
7.3 Mengelaskan Fungsi Ragam Bahasa Yang Digunakan Dalam Filem

Seniman Bujang Lapok.

7.3.1 Bahasa Mengejek

Ia bertujuan untuk menampakkan kebodohan orang itu, atau

mensia-sia hasrat orang itu supaya orang itu ditertawakan oleh orang lain
dengan kata lain, bahasa yang digunakan untuk tujuan mempersenda dan

mengejek ini ialah bahasa yang berterus terang. Sebagai contoh, Ajis

mengejek Sudin akibat kesalahannya tersilap mendengar bunyi tayar yang

meletup. Ajis membuat sedemikian kerana ingin membuat Ramli tertawa.

7.3.2 Bahasa Herdik

Tujuan digunakan adalah untuk menyatakan kesalahan pasa

masa sekarang bukannya pada masa yang telah silam. Perkataan yang

digunakan agak keras dan kasar untuk memarahi atau menengking serta

mengandungi sedikit perasaan mengejek. Sebagai contoh, situasi di mana

Ahmad Nisfu mengherdik seorang pemuda yang mahu menjadi pelakon tetapi

tidak menenpati ciri-ciri yang beliau kehendaki. Ditambah dengan mengejek

bentuk fizikal badannya yang kurus.

7.3.3 Bahasa Berulang

Tujuan bahasa berulang digunakan untuk menguatkan sesuatu

maksud yag hendak disampaikan. Sebagai contoh, situasi semasa set

pergambaran di mana seorang pemuda yang memegang watak sebagai suami

menghalau isterinya keluar dari rumah kerana tidak memasak lauk

kegemarannya.

7.3.4 Bahasa Menggiat

Bahasa ini digunakan bertujuan untuk mengusik, bergurau, atau

serius sehingga menimbulkan kesan mendalam kepada yang

berkenaan. Sebagai contoh, Sarip Dol mengusik Salamah ketika dia

hendak pulang ke rumah.


7.3.5 Bahasa Sindiran

Bahasa sindiran digunakan bertujuan untuk menytakan sesuatu

maksud kepada seseorang, tidak disebutkan atau dinyatakan secara

tepat. Hanya disampaikan secara sinis dengan dikias-kiaskan atau

dilambangkan kepada perkara lain. Sindiran tidak dinyatakan atau

disebutkan secara terus terang atau ditujukan tepat terhadap seseorang.

Sebagai contoh, Sudin menyindir Ramli kerana Ramli hanya memakai

kain ketika mereka hendak meminta kerja.

8.0 RUMUSAN KAJIAN

Rumusannnya, dapat dibuktikan bahawa wujud penggunaan ragam bahasa dalam filem

seniman bujang lapok. Hal ini dinyatakan dalam konteks penggunaan ketika di dalam filem.

Penggunaan ragam yang betul dalam filem ini telah membuktikan penggunaan ayat yang

betul dalam filem ini. Penggunaan ayat yang betul telah menyebabkan filem ini sesuai
dijadikan teladan untuk semua lapisan masyarakat . penggunaan ayat yang betul telah

menjadikan filem sesuai dijadikan kajian ragam bahasa.

9.0 PENUTUP

Telah jelas ragam bahasa digunakan oleh masyarakat dalam kehidupan seharian. Sebagai

manusia yang hidup dalam satu komuniti, saling berinteraksi, hubungan, dan komunikasi,

memang akan timbullah bahasa yang beragam-ragam. Walau bagaimanapun, telah jelas
keragaman ini mewujudkan kelompok masyarakat yang saling mengambil berat antara satu

sama lain, demi kebaikan bersama.

BIBLIOGRAFI

Datuk Dr Hassan Ahmad,’Ragam Bahasa Melayu’ dlm Utusan Melayu 7 Februari 2000

Kamus Dewan Edisi Keempat, 2008, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka
Seniman Bujang Lapok , 1961 ( Filem), P.Ramlee (pengarah), Kuala Lumpur : Priductions

LTD

A Rahman A. Hanafiah , 2006-2011 ‘ Seniman Bujang Lapok ‘, kertas data , Perbadanan

Kemajuan Filem Nasional Malaysia, 1961 ( skrip)

Rozali Rejab, 2012 . Ragam Bahasa Dalam Novel Lantera Mustika, Diakses pada 15 Julai
2016, daripada http://cikgu-rozali.blogspot.my/2012/07/ragam-bahasa-
dalam-novel-lentera.html

Anda mungkin juga menyukai