Anda di halaman 1dari 5

Sila jawab soalan yang diberikan

1- Berdasarkan apa yang kamu tahu, terangkan sistem-sistem ekonomi yang terdapat di dunia
dan masih dipraktikkan sehingga sekarang.

(a) Sistem ekonomi konvensional

Sistem kewangan konvensional merujuk kepada sistem kewangan yang sedia ada, yang
dilaksanakan berasaskan kadar bunga atau faedah. Sistem kewangan pada asasnya
dilihat
sebagai satu sistem di mana dana-dana diniagakan antara si penghutang dan si
pemiutang. Ia terdiri daripada satu set pasaran, individu dan organisasi yang melakukan
perniagaan dalam sistem pasaran tersebut dan pengguna akhir dalam sistem pasaran
adalah orang ramai dan firma-firma yang ingin membuat pinjaman dan memberi hutang.

Contohnya : kedai pajak gadai emas , bayaran untuk perumahan

(b) Sistem ekonomi kapitalisme

Ekonomi kapitalisme adalah berlandaskan kepada prinsip hak milik khusus atau
individu. Ia memberikan hak kepada setiap individu untuk memiliki apa sahaja
sesuka hatinya tanpa sebarang batasan. Falsafah serta matlamatnya ialah
kebahagiaan, kemerdekaan dan kebebasan individu. Ia merupakan terjemahan
daripada matlamat yang mempunyai niat atau cita-

cita politik dan ekonomi yang tertentu. Ia bertunjangkan kepada hak milik individu
dalam setiap fungsi dan aktiviti ekonomi.

Contonhnya : Mall, Supermarket, Pasar Modern

(c) Sistem ekonomi sosialis

Sistem ekonomi sosialis sebagai salah satu dari sistem ekonomi yang pernah dan
sedang dipraktikkan di beberapa buah negara di dunia yang mengandungi elemen-elemen yang
serasi dengan sistem ekonomi Islam. Walaupun ianya lahir dari ketidakpuasan hati sebahagian
manusia terhadap sistem kapitalis yang dianggap menindas, namun unsur Islami agak ketara di
dalam sistem ini. Sungguhpun begitu, perkembangan sosialis tidak tahan lama, merudum jatuh
dan telah mula ditinggalkan atau telah diubahsuai sedikit demi sedikit. Keruntuhan sosialis
sedikit sebanyak telah memberi kesan kepercayaan manusia moden bukan sahaja kepada
sistem sosialis bahkan telah menjangkaui unsur-unsur penting yang terdapat di dalam sistem itu
dan sekaligus melibatkan kepercayaan kepada prinsip-prinsip Islam. Kajian ini dibuat
berdasarkan kepustakaan dan analisa perkembangan semasa dunia. Kajian mendapati bahawa
kegagalan sistem sosialis sebenarnya bukan disebabkan oleh unsur dan prinsip ekonomi Islam
yang terdapat di dalamnya tetapi ia lebih kepada penyalahgunaan dan ketidaklaksanaan prinsip
tersebut dengan betul sebagaimana yang mestikan dalam Islam. Jika unsur-unsur Islam itu
dilaksanakan dengan betul sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam, maka ia mesti akan
serba sedikit menonjolkan mana-mana bahagian dalam sistem sosialis ini ke depan dan lebih
berjaya dan sekaligus menghilangkan kesalahfahaman manusia terhadap nilai-nilai Islam
sendiri

2-.Adakah sistem ekonomi dan sistem kewangan di Malaysia berasaskan Islam? berikan
pandangan anda.

Sistem perbankan Islam boleh didefinisikan sebagai suatu sistem perbankan yang prinsip
perjalanan dan
amalannya berlandaskan hukum Islam atau dalam bahasa Arab disebut sebagai Syariah. Ini
bererti segala operasi
yang terdapat di dalam bank sama ada urusan penyimpanan wang mahupun urusan
pembiayaan dilakukan
berlandaskan hukum-hakam Syariah atau sekurang-kurangnya tanpa melanggar larangan-
larangan yang telah
diterapkan oleh Allah S.W.T. melalui hukum-hakam Syariah. Penggunaan prinsip ini juga
meliputi transaksitransaksi bank yang lain seperti urusan kiriman wang, surat-surat jaminan,
surat-surat kredit dan tukaran wang
asing.
Faktor utama yang membezakan antara bank Islam dan bank konvensional lain ialah segala
urusannya mestilah
dikendalikan tanpa melibatkan sebarang unsur-unsur faedah (bunga hutang). Ini disebabkan
Islam menghalang
umatnya daripada memberi ataupun mengambil dan memakan riba. Selain itu, objektif-objektif
utama
penubuhan bank Islam adalah untuk memenuhi keperluan umat Islam di dalam urusan bank.
Asas pengendalian
perniagaannya juga berdasarkan ketetapan Al-Quran dan As-Sunnah, iaitu berdasarkan konsep
adil dan saksama
demi kepentingan masyarakat keseluruhannya.
Masih ramai di antara kita yang keliru dengan keuntungan atau dividen yang kita perolehi
daripada hasil daripada
simpanan kita di dalam bank, sama ada ia dianggap riba atau bukan dan adakah ia haram atau
halal. Ini disebabkan
oleh kekeliruan dalam membezakan di antara perbankan Islam dan perbankan konvensional.
Bukanlah tujuan risalah ini untuk membanding-bandingkan sistem perbankan Islam dengan
sistem perbankan
konvensional, kerana pada hakikatnya sistem perbankan Islam yang bersumberkan wahyu
Allah S.W.T. adalah
yang terbaik dan tidak ada tolok bandingnya dengan sistem perbankan konvensional yang
merupakan hasil
ciptaan manusia. Hal ini selari dengan firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
“Sibghah* Allah. Dan siapakah yang lebih baik sibghahnya daripada Allah? Dan hanya kepada-
Nya-lah kami
menyembah”. (Surah Al-Baqarah [2: 138])
* (Sibghah ertinya celupan. Sibghah Allah: celupan Allah yang bererti iman kepada Allah yang
tidak disertai dengan
kesyirikan.)
Perlu ditegaskan di sini bahawa, kedua-dua sistem ini sangat berbeza. Ia bukan sahaja
berdasarkan persoalan
untung dan rugi semata-mata, malah ia sebenarnya menjadi benteng pemisah antara syurga
dan neraka. Allah
S.W.T. telah menjanjikan balasan dosa dan neraka kepada pengamal-pengamal sistem
berteraskan riba serta
menjanjikan pahala dan syurga kepada pengamal-pengamal sistem ekonomi-Nya. Firman Allah
S.W.T. yang
bermaksud:
“…Dan sesiapa yang mengulangi lagi (mengambil riba) maka mereka itulah ahli neraka, mereka
kekal di
dalamnya.” (Surah Al-Baqarah [2: 275])
Sabda Rasulullah S.A.W. maksudnya:
“Apabila riba dan zina menjadi–jadi di sesebuah kampung (negeri), maka sesungguhnya
mereka telah
membenarkan mereka itu diazab oleh Allah. (Riwayat Al-Hakim)
Sabda Rasulullah S.A.W. lagi yang bermaksud:
Ertinya: “Setiap daging yang tumbuh dari harta kotor (haram) maka neraka lebih layak
untuknya” (Riwayat AtTabari)

3- 1.Nyatakan definisi dan matlamat sistem ekonomi Islam.

DEFINISI
Sistem ekonomi Islam adalah berlandaskan kepada al-QurÊan dan al-Sunnah. Menurut
al-Jarhi (1981), ianya meliputi enam perkara iaitu pengharaman riba, kewajipan berzakat,
pelaksanaan segala bentuk cukai, pelaksanaan kaedah dan peraturan muamalat, sistem
hisbah dan hak milik umum kepada harta galian. Ianya juga dikira sebagai himpunan
kaedah-kaedah dan hukum-hukum syarak yang menerangkan cara-cara pembahagian kekayaan, memiliki dan
mengurus kekayaan
serta menyusun hubungan ekonomi antara individu muslim sesama mereka, dengan
Kerajaan dan masyarakat.

MATLAMAT
I. Kesejahteraan ekonomi dalam kerangka norma-norma moral islam
II. Persaudaraan dan keadilan sejagat
III. Pengagihan pendapatan yang adil
IV. Kebebasan individu dalam konteks kebajikan sosial

4- Huraikan faktor pengeluaran yang utama dalam sistem ekonomi Islam.

i. Al-Amal – ianya merujuk kepada segala bentuk usaha dalam semua peringkat pengeluaran dari
peringkat bawah hinggalah kepada pengurusan atasan
ii. Al-Mal – ianya merujuk kepada semua bentuk harta sama ada tanah, modal dan lain-lain aset atau
peralatan yang digunakan di dalam proses pengeluaran barangan atau perkhidmatan

5- Jelaskan kriteria-kriteria penting dalam sesebuah ekonomi Islam


a) Sistem Ekonomi Islam Membentuk Masyarakat yang Menghormati
Kebenaran

Kelalaian manusia daripada prinsip kebenaran mengakibatkan timbulnya


kekecewaan dan ketidakpuasan hati, bermaharajalela sifat ketidakjujuran,
pembohongan, penipuan, pemalsuan dan sentiasa menjauhkan manusia daripada
kebenaran yang hakiki. Sekiranya manusia berpegang kepada kejujuran dan prinsip
kebenaran, setiap masalah dapat diatasi. Kebenaran membawa ketenangan dan
kesejahteraan dan dusta pula menimbulkan penyelewengan dan keraguan serta
keruntuhan.

(b) Sistem Ekonomi Islam Mempunyai Siasahnya yang Tersendiri yang Tidak
Menumpukan kepada Individu Sahaja

Sistem ekonomi Islam berdiri dan memberi penekanan serta perhatian kepada
kedua-dua kepentingan bersama dan berupaya menyelenggarakan keseimbangan di
antara kedua-duanya. Dengan kata lain, Islam mengakui kedua-dua kepentingan
selama mana tidak wujud sebarang pertentangan negatif di antara kedua-duanya.
Jika terjadi pertentangan di antara individu dengan masyarakat maka Islam akan
sentiasa menjamin keutamaan mendahulukan kepentingan masyarakat.

(c ) Sistem Ekonomi Islam Mementingkan Prinsip Keadilan

Islam memainkan peranan amat penting dalam penyusunan sistem dan pola
masyarakat di dalam sesebuah negara. Prinsip ini menepati fitrah manusia
bermasyarakat dan ia merupakan asas yang sangat penting kerana tanpa
penghayatan prinsip tersebut ia akan membawa kepincangan kepada kejayaan
masyarakat tersebut. Kegawatan keadaan ekonomi
menggambarkan betapa wujudnya kelemahan dalam sistem ekonomi antarabangsa.
6- Apa pandangan anda, adakah struktur sistem kewangan Islam adalah sama dengan struktur
sistem kewangan konvensional?

 Struktur sistem kewangan adalah mencakupi tiga komponen utama sebagaimana yang
terdapat dalam sistem kewangan konvensional iaitu instrumen kewangan (financial
instruments), institusi kewangan (financial institutions) dan pasaran kewangan (financial
markets).

 Struktur sistem kewangan Islam adalah mencukupi tiga komponen utama sebagaimana
yang terdapat di dalam sistem kewangan konvensional iaitu instrumen kewangan Islam
(Islamic Financial instruments.). Institusi kewangan secara Islam (Islamic financial
institutions) dan pasaran kewangan Islam (Islamic financial markets).

Anda mungkin juga menyukai