Anda di halaman 1dari 33

Tatkala Pensil Tumpul Ladjalaut Diraut

Tatkala
Pensil Tumpul
LADJALAUT
Yang Diraut
Sebuah Kumpulan Rencana

Nazeka Kanasidena

1 - 33
Tatkala Pensil Tumpul Ladjalaut Diraut

Tatkala Pensil Tumpul Yang Diraut (Edisi I)

DARI PERBENDAHARAAN LAMA TENTANG TAHUN BARU, AZAM BARU DAN TAHUN
PENANGGALAN BANGSA-BANGSA

Bismillahirrahmanirrahiim

Dari Abu Sa'id Al Khudri,ia berkata: Rasulullah bersabda,


“Sungguh kalian akan mengikuti jejak umat-umat sebelum kalian, sejengkal demi
sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga kalau mereka masuk ke dalam lubang biawak,
niscaya kalian pun akan masuk (mengikuti) ke dalamnya. Mereka (para sahabat) bertanya:
Wahai Rasulullah, apakah mereka kaum Yahudi dan Nasrani? Lalu beliau berkata: Siapa
lagi kalau bukan mereka". (HR. Bukhari dan Muslim)

Ada berita mengatakan bahawa jangka masa antara turunnya Nabi Adam as ke muka
bumi sampai kelahiran Nabi Muhammad saw ialah lebih kurang 20,000 tahun dengan
jangkaan setiap 100 tahun ada 3 atau 4 generasi dilahirkan. Begitu pun, fosil tengkorak
manusia paling tua yang ditemui di Tasik Tanyika, Afrika dianggarkan berumur 3 juta
tahun. Menurut pakar geologi pula, umur bumi diperkirakan sudah 4600 juta tahun
manakala dinasour dianggarkan kali terakhir hidup sekitar 66 juta tahun dahulu sebelum
pupus. Ahli astronomi pula mendapati bahawa umur alam semesta selepas peristiwa Big
Bang ialah 13.8 billion tahun

Tahun-tahun yang disebutkan itu tidak dapat dimasukan dalam fakta sejarah kerana tiada
yang tertulis untuk dijadikan rujukan sahih. Pada waktu itu pun manusia belum wujud. Ahli
sains kurang mempercayai berita dari kitab-kitab suci agama bahkan menganggapkan
‘nonsense’. Nabi Nuh as yang diberitakan berumur 950 tahun ketika menerima wahyu,
sempat bersama Nabi Adam as selama beberapa ratus tahun. Dikatakan jumlah umat
manusia semasa kewafatan Nabi Adam as ialah seramai 40,000 orang. Allah swt
kemudian menghancurkan kesemuanya dalam Banjir Besar kerana mereka adalah
keturunan hasil dari perkahwinan silang adik beradik. Hanya sebahagian sahaja tersisa
yang merupakan anak-anak Nabi Nuh as yang kemudian menjadi nenek moyang kedua
bagi umat manusia.

HAM : Yang diyakini menurunkan bangsa-bangsa: Sudan, Sind, India, Qibti-Mesir dan
lain-lain. YAFETH (Japeth) : Dia diyakini menurunkan bangsa-bangsa: Turki, China, Ya’juj &
Ma’juj dan lain-lain. Manakala SAM menurunkan bangsa-bangsa Iram, Aad, Tsamud, Arsh

2 - 33
Tatkala Pensil Tumpul Ladjalaut Diraut
dan dari sini jugalah turunnya Ibrahim as yang menurunkan Ismail sebagai nenek moyang
orang Arab dan Ishak sebagai nenek moyang Bani Israel.

Begitu cepat masa berlalu. Tak sangka malam ini detik 12.00 tengah malam. Malam
terakhir sebelum melangkah ke tahun 2021 mengikut penanggalan orang-orang Masehi.
Dinamakan Masehi yang bererti Juruselamat dan dalam Bahasa Inggeris dikenali sebagai
Christ. Orang bertanya apa maksud tahun 2021 Masehi itu?

Tahun 2021 Masehi ertinya kita sudah 2021 tahun lamanya sejak kelahiran Nabi Isa
menurut penanggalan orang-orang Rom yang menerimanya pula daripada tamadun lebih
purba iaitu Mesir dan Sumeria (Mesopotamia). Mereka percaya Nabi Isa atau Jesus
dilahirkan pada 25 Disember tahun 6 Sebelum Masehi dan kemudian para petinggi
agama Kristian menjadikan 1 Januari sebagai tarikh permulaan awal tahun. Nabi Isa as di
angkat ke langit pada tahun 27 Masehi namun menurut orang Kristian ia disalib.
Dahulunya orang-orang Rom memakai Kalendar Julian yang diatasnamakan kepada Julius
Caesar. Apabila terdapat kecacatan pada kalendar itu maka pada tahun 1582, Paus
Gregorius XVIII pula memperbaiki penanggalan tersebut dan membuat kalendar baharu
yang dinamakan Kalender Gregorian sehinggalah sekarang sudah 2024 Masehi.

Mereka menamakan bulan-bulan berasaskan nama Roman iaitu Januarius, Februarius,


Martius, Aprilis, Maius, Junius, Julius, Agustus, September, Oktober, November dan
Disember. Setelah Kalendar Gregory dicanangkan, tidak semua negara mahu
memakainya. Baru beberapa abad sesudah itu, hampir semua negara barat mahu
memakainya. Russia misalnya baru memakai pada tahun 1918. Sehingga Revolusi
Komunis Russia yang sekarang diperingati setiap tanggal 7 November, disebut sebagai
Revolusi Oktober. Kaum Protestan Eropah sekian lama menolak penggunaan kalender ini.
Katolik Roma di Jerman, Belgium dan Belanda ikut menggunakan sistem ini pada 1584.
Hungary menyusul 3 tahun kemudian. Denmark dan Gereja Protestan Jerman
menggunakan Kalendar Gregorian pada tahun 1704M.

Di Inggris dan koloninya, perubahan ini menyebabkan protes yang cukup besar.
Alasannya, pemerintah terpaksa memangkas 11 hari. Perubahan ini hanya dapat diikuti
setelah 2 September 1752. Bagaimana pun, Gereja Ortodoks sehingga kini masih
memakai takwim Julius.

Jadi, persoalannya, tahun sebelum kelahiran Nabi Isa itu tiadalah apa-apa berlaku di
dunia? Dunia tanpa tarikh dan waktu? Dunia prasejarah? Sedangkan sudah disepakati
ramai ilmuan terutama sejarawan dan ahli arkeologi bahawa tamadun pertama muncul di
lembah Sungai Nil (3200 SM). Kemudian Mesopotamia iaitu di sungai Tigris dan Euphrates
(tahun 3500 SM). Kemudian sungai Hwang Ho di China (2800 SM) dan sungai Indus di
India (2500SM). Lebih dahulu lagi dari itu sudah muncul orang Cro-Magnon yang wujud
33,000 SM atau 33,000 tahun sebelum Nabi Isa dilahirkan jika diteliti tinggalan
peradaban mereka sedangkan perkembangan tamadun dianggarkan sudah bermula sejak
3.7 juta tahun sebelum Nabi Isa dilahirkan.

Dalam bahasa Latin penanggalan ini disebut "Anno Domini" (disingkat AD yang berarti
"Tahun Tuhan") yang dipakai luas di dunia. Dalam bahasa Inggris pada zaman modern
muncul istilah Common Era yang disingkat "CE" (secara harfiah berarti "Era Umum"),
3 - 33
Tatkala Pensil Tumpul Ladjalaut Diraut
sedangkan waktu sebelum tahun 1 dipakai istilah "Before Christ" yang disingkat BC (artinya
sebelum [kelahiran] Kristus) atau Before Common Era yang disingkat "BCE" (Sebelum Era
Umum).

Pada bulan Disember setiap tahun, tiga agama besar memanggil dan membesarkan
bulan tersebut dengan upacara keagamaan mereka iaitu Kristian dengan loceng, Yahudi
dengan trompet dan Majusi dengan menghidupkan api atau lilin. Barangkali agama-
agama lain juga ada menyambutnya dengan upacara mereka pula. Namun umat Islam
tidak menyambutnya kerana ia bukan cara Islam. Nabi Muhammad saw pun tidak pernah
mengajarkannya. Bahkan Rasul terakhir itu mengelak daripada mengamalkan budaya
bukan berasal dari ajaran Al Quran itu.

Kedatangan Islam telah merubah ketetapan menggunakan tahun penanggalan masehi


yang dilihat boleh memesongan akidah dalam beragama. Bagi memulakan penanggalan
untuk umat Islam agar tidak terikut-ikut dengan kehidupan umat waktu itu, Saidina Umar
al Khattab sebagai pemimpin umat Islam telah memulakan Kalendar Hijrah dengan
menjadikan peristiwa hijrah Nabi Muhammad saw dari Makkah ke Madinah sebagai tarikh
permulaan dalam Islam. Amirul Mukminin itu tidak memakai tarikh kelahiran Nabi
Muhammad sebagai tarikh penanggalan kerana dikhuatiri akan berlaku bid’ah dan
penyimpangan.

Jika diikuti penanggalan masehi, Rasulullah lahir pada 20 April 571M atau 571 tahun
selepas ketiadaan Nabi Isa barulah Nabi Muhammad didatangkan ke dunia. Kota
Makkah diserang oleh Abrahah dan angkatan bergajahnya pada tahun 570 kerana itu
tahun kelahiran Nabi Muhammad saw dikenal sebagai Tahun Gajah. Pada 12 September
622M atau 1 Rabiul Awwal 1H Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah bersama Abu
Bakar As Siddiq dan sampai pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

Kita umat Islam ada tahun baru kita sendiri dinamakan Tahun Hijrah dan bulan pertama
kita ialah Awal Muharram manakala bulan terakhir ialah bulan Zulhijah. Para ilmuan
Islam, pemimpin, ulama dan mereka yang benar-benar berpegang pada ajaran Islam
sangat memuliakan Tahun Hijrah dan bulan-bulannya ini. Mereka mengingati,
melaksanakan dan menjiwai kehidupan harian sehingga menjadi budaya Islam selaras
dengan saat, hari, minggu, bulan dan tahun Islam ini sehingga tercatat dalam buku, kitab,
manuskrip dan seumpamanya. Bulan-bulan Islam dalam zaman kegemilangan Islam
sangat dibesarkan, diutamakan dan ditekankan dalam kehidupan dan amalan seharian
kerana ia adalah urusan meneguhkan dan membesarkan agama yakni Islam.

Dalam Islam, kita ada 12 bulan iaitu Awal Muharram, Safar, Rabiul Awwal, Rabiul Akhir,
Jamadil Awal, Jamadil Akhir, Rejab, Sya’ban, Ramadan, Syawal, Zulkaedah dan Zulhijah.
Masing-masing bulan mempunyai keistimewaan, keagungannya dan peristiwa-peristiwa
besarnya pula misalnya Ramadan sebagai bulan beribadah dan turunnya ayat-ayat al
Quran manakala bukan Syawal ialah bulan meraikan hari kemenangan dan kesyukuran.

Dengan penanggalan itu yang hari ini sudah berada di 19 Jamadil Akhir 1445 Hijrah
maka bererti sudah 1445 tahun lamanya kita meninggalkan peristiwa hijrah itu sedangkan
Rasulullah wafat di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11

4 - 33
Tatkala Pensil Tumpul Ladjalaut Diraut
Hijrah bersamaan 8 Jun 632 Masihi pada usia 63 tahun dan dimakamkan di rumahnya di
pinggir Masjid Nabi.

Ini baharu tahun umat Islam dan tahun umat Kristian. Belum lagi orang Hindu, China,
Meso Amerika terutama bangsa Aztec dan Maya, bangsa Red Indian, bangsa Sikh, orang
Iran dan Yahudi. Mereka ini juga mempunyai tahun dan kalendarnya sendiri. Orang Jawa
sendiri mempunyai tahun penanggalannya yang dikenal sebagai Tahun Saka.

Apabila penjajah Inggeris, Belanda, Sepanyol dan Amerika Syarikat tiba, mereka telah
menetapkan penggunaan kalendar Gregorian itu untuk semua urusan pentadbiran, politik,
ekonomi, sosial, pendidikan, perundangan dan sebagainya bagi mengukuhkan kekuasaan
penjajahan mereka dengan tidak mengganggu agama Islam. Tarikh-tarikh penting negara
seperti Hari kemerdekaan, Hari Pertabalan, Hari Wilayah dan seumpamanya banyak
berdasarkan kepada kalendar Gregorian ini. Apabila tiba musim perayaan Krismas, ramai
umat Islam terikut-ikut meraikannya. Ini kerana penjajah telah membudayakan perkara itu
dalam seluruh urusan seharian sehingga sukar untuk dipisahkan. Ia juga kononnya atas
dasar toleransi beragama.

Demikianlah apabila tiba tahun baru khususnya pada malam 31 Disember dan
bermulanya NEW YEAR maka berpusu-pusulah manusia dari segala bangsa, golongan,
umur, keturunan, jantina di kampung dan di bandar termasuk orang Islam memenuhi
lapangan, dataran, square, pinggir pantai, bukit, gunung, pulau peranginan, pusat
pelancongan, bilik-bilik hotel, rumah tumpangan dan seumpamanya untuk meraikan
kedatangan tahun baru itu.

Pada masa inilah pesta-pestaan, tarian-tarian, mabuk-mabukan, joli-jolian, hubungan seks


rambang, tarian bogel dengan bunyi-bunyian mercun, muzik, disco, rock, heavy metal,
pakaian Gothic dan habuan makan-makan exotic juga misalnya beer, tapai, samsu,
daging segala jenis binatang yang boleh mengenyangkan dan seumpamanya berleluasa
atas alasan SEKALI SAHAJA DALAM SETAHUN, APA SALAHNYA, BUKAN SELALU JUGA.
Hasilnya penuhlah pantai, hotel dan kawasan-kawasan perjumpaan itu dengan kondom,
tisu dan segala jenis tinggalan hasil kemaksiatan sebagaimana dilaporkan oleh media
massa sejak sekian lama.

Sebenarnya, aturan dan perayaan yang sebegini bukanlah sesuatu yang baharu. Ia telah
ada sejak zaman Yunani dan Rom lagi yang memang menyembah dewa dan dewi dan
tidak mempercayai Keesaan Allah swt. Malah pada zaman mereka, persembahan gadis-
gadis dan tarian bogel untuk tuhan dan dewa-dewi bukanlah aneh termasuk meminum
darah atau mandi darah atau lain-lain persembahan sebagai ritual dan pemujaan.

Dalam setiap kemenangan peperangan pun, pesta-pesta (Fiesta) sering diadakan sebagai
meraikan kemenangan ini. Ketika Tentera Salib berjaya menakluki Baitul Maqdis, mereka
juga berFIESTA berhibur kerana berjaya dalam misi menakluki kota suci itu. Begitu juga
dalam Peristiwa Inquisisi dan orang Sepanyol menghalau orang Islam dari bumi Andalusia,
mereka berpesta meraikan kemenangan itu sehingga timbullah Malam Halloween,
Valentine Day dan seumpamanya.

5 - 33
Tatkala Pensil Tumpul Ladjalaut Diraut
Sesungguhnya, usaha mengindoktrinasi dan menghancurkan umat Islam bukanlah urusan
kecil. Ia telah dilakukan lama sejak Nabi Muhammad saw masih hidup lagi. Bahkan
sebelum Rasulullah lahir pun!!! Usaha ke arah mencari laki-laki yang diramalkan dalam
banyak kitab-kitab suci agama lain itu sudah dilakukan secara gencar. Yahudi Madinah
adalah contoh terbaik ke arah mendekati Nabi Akhir Zaman itu. Apabila mereka
mengetahui nabi akhir zaman itu dari kalangan bangsa Arab suku Quraish dari jurai
Adnan, Kedar dan Ismael dan bukan dari kalangan 12 orang anak-anak nabi Ya’kub bin
Ishak, maka mulalah mereka mengangkat senjata melawan Muhammad saw dan
menanam kebencian terhadap Islam.

Terbaru umat Islam di China, Bangladesh, Syria dan negara-negara Eropah sedang
menghadapi tekanan dalam apa yang dikenal sebagai ISLAMOPHOBIA. Sedihnya, umat
Islam di zaman ini sedang menjerumuskan diri dalam kawah perlakuran untuk sama
berkelakuan, meraikan dan membudayakan diri dengan kebudayaan yang tidak
berakarumbi dari ajaran agama mereka sendiri demi dinamakan moden, bertamadun,
mengikuti perkembangan semasa dan ‘up to date’.

Dari Ibnu 'Umar, Nabi saw bersabda, ”Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka
dia termasuk bagian dari mereka". (HR.Ahmad 2:50 dan Abu Daud no.4031)

Nazeka Kanasidena
Simporna, 1 Januari 2024
Tatkala Pensil Tumpul Yang Diraut (Edisi II)

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN DAN TOKOH SEJARAH YANG BERCERITERA KEPADA


ANAK MURIDNYA

Bismillahirrahmanirrahiim

Rasanya ini adalah coretan berkaitan PENDIDIKAN TUGAS SEPANJANG HAYAT : Langkah
Panjang Untuk Bangsa Malaysia Menuju Abad Masyarakat Industri 5.0. Kisah sejarah.
Kisah terpencil sekolah luar bandar bernama SMK.Tagasan, Semporna pada hari
persekolahan pertama bagi tahun 2020.

Hari ini ke sekolah dengan permulaan cukup memberangsangkan. Selepas 3 hari berturut-
turut bermesyuarat di peringkat pengurusan dan guru-guru, SMK.Tagasan kemudian
mengorak langkah meneruskan PDP seperti biasa sebagaimana diarahkan oleh pihak PPD
Semporna di bawah ketuanya yang baharu Cik Lina Hj Hassin.

Pagi ini beberapa orang pegawai dari PPD Semporna telah datang melawat dan
memantau bertujuan memastikan proses PDP berjalan lancar dan segala perancangan
terutama PELAN STRATEGIK yang telah dirangka itu dilaksanakan sepenuhnya. Aturan
guru, kelas, mata pelajaran dan jawatan-jawatan serta biro-biro yang telah dirangka dan
diputuskan hendaklah sesuai pula dengan keupayaan guru, opsyen dan tendensinya serta
setiap sekolah diminta mendokumentasikan Pelan Strategik mereka masing-masing
sebagai rujukan.

6 - 33
Tatkala Pensil Tumpul Ladjalaut Diraut
Di sidang petang, tepat jam 12.35, PDP berjalan seperti biasa. Saya sendiri berkeliling,
memeriksa, memantau dan mengenalpasti semua aspek di bawah kawalseliaan saya
selaku PK Petang berjalan lancar. Ini tanggungjawab saya sebagai ketua pentadbir di
sidang petang. Tiada apa pun urusan pendaftaran dan pembayaran dibenarkan hari ini.
Semua kegiatan di sekolah hendaklah bertumpu kepada urusan PDP sahaja. Buku teks dan
jadual waktu seawal bulan november dan sebelum cuti sekolah sudah pun diedarkan bagi
memudahkan urusan PDP di tahun 2020. Alhamdulillah, semua perancangan berjalan
sebagaimana yang dirancangkan.

Sidang petang terdiri dari 32 orang guru termasuk seorang pentadbir iaitu Penolong Kanan
Petang. Jumlah pelajar tingkatan 2 dan 3 lebih kurang 540 orang yang dibahagikan
kepada 8 kelas bagi setiap tingkatan. Oleh itu setiap kelas diduduki antara 28 hingga 38
orang pelajar dengan pengudaraan bilik darjah yang selesa susun kerusi meja yang kreatif
dan guru-guru yang ‘edukatif’ lengkap dengan opsyen masing-masing bagi mewujudkan
suasana dan iklim pembelajaran yang kondusif.

Sesi PDP saya sebagai biasa tentulah penuh dengan nota coretan dan fakta-fakta di papan
putih. Gaya bercerita, berkhutbah dan meneroka fakta-fakta di luar jangkau buku teks
kerana saya adalah sejarah itu sendiri!

Ini adalah pengenalan awal. Subjek sejarah Tingkatan 3 Bab 1 : Kedatangan Kuasa Barat.
Disebutkan ada hampir 10 kuasa Barat datang ke Asia Tenggara bermula dari Portugis
(1509) diikuti oleh Sepanyol (1521), Belanda (1641), Inggeris (1795), Perancis (1798),
Amerika Syarikat (1860). Tujuan kedatangan adalah atas sebab 3G iaitu Gold, Gospel dan
Glory. Maka berceritalah saya tentang bagaimana Inggeris yang empayarnya demikian
luas dari terbit matahari di China sampailah tenggelamnya di Amerika Syarikat dan
Kanada termasuk India dan Arab Saudi adalah dalam cengkaman negeri Rudyard Kipling
ini. Negeri Mr. Bean ini.

Budak-budak tingkatan 3 rasanya tidak bermasalah memahami topik kerana semasa cuti
mereka telah dibekalkan dengan buku teks. Mereka diyakini telah menelaah dan
mendalami buku teks tersebut selain Pengetahuan Sedia Ada (PSA) melalui pembelajaran
sejak 2 tahun sebelumnya. Sejarah sendiri sebagai subjek teras dalam pendidikan amat
penting untuk dititik beratkan. Apalagi dalam konteks dunia tanpa sempadan ini dalam
zaman ICT dan negara menuju abad Pasca Industri 4.0 dan 5.0.

Sungguh benar pendapat George Santayana tatkala ia berkata:

"Siapa melupai sejarah pasti akan mengulanginya." Dan itulah yang kita bimbangkan
terhadap negara kita Malaysia.

Sebab itu Kementerian Pendidikan sendiri menegaskan bahawa:

"Pendidikan Sejarah bertujuan untuk memupuk dan memperkukuh semangat setia negara
dan jati diri sebagai warganegara Malaysia dan warga dunia. Melalui pengetahuan dan
penghayatan sejarah tanah air dan sejarah negara luar yang berkaitan, para pelajar dapat
memahami keadaan masyarakat dan negara serta hubungannya dengan sejarah dunia.
Usaha ini bertujuan mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan bangsa dan negara
7 - 33
Tatkala Pensil Tumpul Ladjalaut Diraut
Malaysia. Pendidikan Sejarah juga dapat mewujudkan ingatan bersama terhadap Sejarah
sebagai rangka rujukan kesedaran kebangsaan dan persefahaman antarabangsa."

Demikianlah sejarah. Demikianlah negara kita Malaysia yang masih baharu usianya belum
mencapai 80 tahun pun. Tua lagi Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir yang usianya
kini lebih 90 tahun! Ketika laungan merdeka diteriakkan di Stadium Merdeka 1957, ia
telah menjadi doktor di Kedah.

Semoga SMK Tagasan akan terus berjaya menapakkan diri bagi mencapai visi dan misi
sekolah walau pun dunia pendidikan di Malaysia dikejutkan dengan perletakan jawatan
Menteri Pendidikan Malaysia siang tadi. Kita berharap kemelut itu akan berakhir segera
kerana pendidikan dan institusi pendidikan amat penting untuk kebangunan sesebuah
bangsa dan negara. Jika tiada hala tuju pendidikan dan walau pun falsafah pendidikan
kebangsaan sudah dirumuskan namun jika pelaksanaannya sering tersasar dan terbentur
maka bangsa dan negara akan merasakan impaknya.

Semoga hari persekolah pertama pada 02 Januari 2020 ini menjadi titik permulaan bagi
kejayaan seterusnya di masa mendatang. Amin.

Nazeka Kanasidena
Bilik Pentadbiran SMKTS
02012020

Tatkala Pensil Tumpul Diraut (Edisi III)

PERUBAHAN ZAMAN DAN KELESTARIAN SEBUAH PERADABAN DI ZAMAN EDAN

Di sekolah hari ini. Urusan pendaftaran pelajar semua tingkatan dan untuk pelajar
tingkatan 1 yang tercicir didaftar pada tahun lepas.

Bersempena itu, pihak sekolah dan pengurusan Sidang Petang dengan kerjasama semua
warga SMKTS bersetuju untuk menggelar majlis penyerahan keputusan pelajar Tingkatan 1
dan 2 tahun lepas yang diadakan di dalam dewan serba guna manakala urusan
pendaftaran dilakukan di dalam kelas oleh guru kelas masing-masing.

Urusan persekolahan perlu diteruskan. Urusan mendidik manusia untuk agar jadi manusia
perlu dilaksanakan secara istiqamah. Jangan pernah berhenti sebab jika berhenti maka
berhenti jugalah kehidupan. Pendidikan itu pun satu proses. Ia memakan waktu
sebagaimana kemunculan tamadun itu sendiri. Tiada yang berlaku dalam sekelip mata.
Sedangkan alam semesta ini pun dikatakan dicipta dalam ENAM MASA.

Aktiviti pendidikan perlu terus dimantapkan biar pun menteri pendidikan sudah letak
jawatan. Urusan PERSEKOLAHAN perlu dijayakan biar pun negeri Sabah sedang demam
dilanda perang kempen dan pemanipulasian sempena PRK di Kimanis. Adat hidup dalam
sebuah negara memang begitulah. Semua orang dan semua pihak dengan tujuan dan
agendanya masing-masing.
8 - 33
Tatkala Pensil Tumpul Ladjalaut Diraut

Melihat kepada segala status dan posting di FB, kiri kanan bercerita tentang politik.
Mungkin sebab saya sebahagian dari pada warga PULITIK itu walau pun tidak memulitik
dan tidak tapulitik atawa' menjadi seorang PAMULITIK. Hanya tumpang sedih apabila ada
di antara penyokong ini menyerang peribadi seseorang. Itu haknya menyokong partinya
kerana ini sebuah negara demokrasi. Mempermalu orang dalam media sosial demi
meraih sokongan untuk parti dan pemimpin pujaannya insyallah akan kena juga hukum
qisas itu jika tidak kepada dirinya tentu akan kena kepada anak cucu dan turunannya.

Di pihak lain sebagai warga sastera, media sosial diihangat oleh dua jenis anugerah
sastera yang jika benar-benar dilaksanakan insyaallah ia merupakan tuah besar kepada
kaum penulis 'karya sastera' di Sabah. Media sosial terus menjadi wadah dan sarana untuk
mempersembahkan karya terbaik secara percuma, mudah diakses, terus mendapat
komen, pujian, tomahan dan segala jenis emoji. Tak bisa dipungkiri, dunia sastera,
penulisan dan pengapungan karya barangkali memerlukan pentafsiran dan pemaknaan
semula. Tanggapan bahawa karya di media sosial tidak bermutu dan tidak melepasi
saringan wajar barangkali perlu diteliti kembali.

Di negara Barat dan di Indonesia, media sosial sebagai ujana pemangkin proses kreativiti
sasterawan telah disedari sejak ICT dijaja di jalur lebar. Buku bentuk baru seperti PDF, E-
BOOK, DJVU, E-PUB dan seumpamanya tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Malah
beberapa universiti besar telah menyediakan dana besar untuk mendokumentasi,
mendigitalkan dan mengENKOD dan DEKOD bentuk teks-teks lama keapda yang lebih
mudah diedit, diakses dan disebarkan. Ini pun ada pro dan kontranya. Namun hukum
perubahan dan kemajuan memang begitulah. Menulis dan menghasilkan karya
menggunakan mesin taip kini sudah menjadi ketinggalan zaman. Bukan sahaja ia sudah
tidak dijual malah kelihatan janggal, tidak efisien dan membantutkan idea kecuali bagi
penulis mapan seumpama Pramoedya Ananta Toer di zamannya yang merasakan ada
nostalgia pada bunyi ketuk mesin taip itu dengan sedutan rokok kretek!

Kembali kepada ceritera pendaftaran pelajar, hari ini suasananya sungguh meriah.
Kembali teringat nostalgia zaman persekolahan itu selepas ditinggalkan dua purnama
kerana bercuti. Saya pula mengambil kesempatan bergambar di mana patut untuk
mengabadikan suasana itu. Ia memang manis. Layaklah pelajar sekolah itu menghabiskan
masa 13 tahunnya untuk belajar ilmu asas dari sekolah rendah sampai sekolah menengah
sebelum masuk ke menara gading dan dipatokkan dengan ISME-ISME.

JANUARI 2020 ini dipenuhi oleh pengimplementasi dasar dan pengenalpastian lompang
dan sudut untuk terus dipenuhkan dan ditambahbaik. Turunnya PT3 ke sidang petang
adalah cabaran. Semoga 2020 meninggalkan kenangan termanis untuk setengah abad
saya. Insyaallah!

Nazeka Kanasidena
Bilik Pentadbiran SMKTS
04 Januari 2020

Tatkala Pensil Tumpul Yang Diraut (Edisi IV)

9 - 33
Tatkala Pensil Tumpul Ladjalaut Diraut
Bismillahirrahmanirrahiim

KISAH SEBUAH BAHTERA BARU, BENDERA BARU DENGAN NAHKODA LAMA DAN KELASI
LAMA

“Those who don’t know history a distined to repeat it.” Edmund Burke

Sudah ada di kalangan pendokong dan pemimpin parti yang baharu tumbuh itu
mengisytiharkan diri mereka sebagai pejuang. Pejuang parti. Parti membela hak (diri
sendiri) dan rakyat di negeri yang dahulunya dihadiahkan oleh Sultan Brunei kepada
adindanya Sultan Sulu. Para pemimpin yang kononnya pejuang itu telah bertungkus lumus
membela pemimpin besar mereka dan parti mereka sehingga akhirnya memerintah
negeri.

Pada masa yang sama mereka sudah mulai memakai NINJA SUPER KING. Terbang ke
sana kemari atas urusan parti dan kerajaan. Dan mereka mula mengenakan pakaian yang
bukan ‘celeng-celeng’ dengan aksesori yang bukan ‘celeng-celeng’ juga. Ini tak ada siapa
boleh pertikaikan kerana trend baharu dalam politik mengharuskan para pemimpin lebih
bergaya dari rakyat biasa dan harus MENDAHULUI RAKYAT kerana mereka adalah
pemimpin yang disanjung, dipuja dan sedang berjuang untuk membela nasib rakyat!
Mereka perlu ada pengawal peribadi dan keselamatan serta digusung orang ke mana
sahaja pergi. Ini trend ‘kepimpinan politik’ sejak era awal kemerdekaan dan benar bagi
kes-kes negara dunia ketiga.

Lalu penampilan dan personaliti mereka harus kelihatan lebih menonjol dari kadar biasa.
Mereka harus lebih KEREN atau ‘BERGENGSI’ daripada rakyat kerana mereka ‘pejuang’
yang di zaman membela parti dari diberangus oleh pemerintah lama, golongan inilah
kononnya tonggak kebangunan parti yang siang malam tanpa tidur tanpa rehat masuk ke
segenap pelusuk kampung dan daerah untuk berkempen bagi memenangi hati rakyat.
Maka mereka layak memakai kereta mewah, rumah mewah, pakaian mewah, percutian
mewah dan serba mewah kerana mereka itu pejuang.

Ditakdirkan mereka menang 50-50 lalu mencari helah lain sehingga parti yang satu lagi
teruja dengan segala tawaran lalu muncullah ‘Katak Jadian’ yang membawa tuah (atau
sebenarnya bala) kerana rakyat mulai tidak percaya YB yang dicap ‘Katak’ ini disebabkan
tidak ada maruah dan pendirian. Padahal budaya itu sudah ada sejak zaman awal
kemerdekaan lagi. Tidak lama sesudah itu memerintahlah mereka dan mulailah segala
yang terpampang di depan mata itu mengaburi penglihatan mereka. Segala kekayaan,
peluang-peluang, tanah-tanah, kontrak-kontrak, pulau-pulau, bangunan-bangunan dan
seumpamanya yang bagai harta karun terbuntang di hadapan mata.

Tiba-tiba segala janji yang pernah diucapkan dahulu ketika berkempen mulai menjadi
tawar, hapus dan terpaksa pula dilupuskan atas alasan ada banyak perkara lain lebih
besar yang perlu diuruskan terlebih dahulu terutama masalah lompang, ketirisan dan
ketiadaan rezab. Segala projek mega pemerintah lama dibengkalaikan dan diganti
dengan projek baharu yang kononya lebih menguntungkan. Bagi memamaikan semua itu
dicipta isu baharu yang kononnya lebih ‘crucial’ misalnya urusan PATI dan tuntutan sana
tuntutan sini yang belum juga ada hasil-hasinya. Walhal rakyat tunggu dan menunggu tapi
10 - 33
Tatkala Pensil Tumpul Ladjalaut Diraut
tak timbul-timbul juga. Semua itu dipalu semula gendangnya dan kempen TOLAK MALAYA
pun bergemerincinglah locengnya di mana-mana. Padahal pemimpin dan mentor atasan
mereka adalah Malaya itu juga dan rakan kongsi mereka pun Malaya itu juga.

Eh, dalam politik, tiada istilah kawan, lawan, musuh dan seumpamanya. Semuanya nisbi.
Bergantung kepada bagaimana ia dapat memberi keuntungan, tidak mengganggu status
quo dan mempertahan kedudukan sesetengah kelompok agar terus berkuasa. Rakyat
adalah medan untuk pembodohan dan pemanipulasian manakala media massa dan
media elektronik adalah salurannya untuk mencipta agenda-agenda palsu, isu-isu palsu
dan wadah termurah bagi para BADUT POLITIK, PEJUANG PALSU, PERWIRA PALSU,
PERWIRAWATI PALSU, SRIKANDI PALSU, SRIKANDA PALSU dan pemimpin pasang siap.
Anehnya, masih ada juga berani berkata bahawa mereka adalah pejuang. Pejuang yang
kemaruk didendang dan digila untuk diiktiraf. ‘Pejuang Taik Erok’ kata seorang bekas
pemimpin dalam ulasannya tatkala ditanya tentang wujudnya KAOEM PEDJOEANG dalam
tubuh parti baharu itu.

Pada saat inilah munculnya para PETUALANG yang hidup matinya bukan untuk rakyat dan
negara akan tetapi untuk diri, keluarga dan kelompoknya. Setiap urusan perlu ada
‘komisyen’ atau ‘wang pengurusan’ yang impaknya terlalu teruk terhadap masa depan
pembangunan bangsa dan negara. Sekali lagi hal ini selalunya benar dalam kes politik
Dunia Ketiga. Jika semua urusan pembangunan itu dipolitikkan, maka akan ada waktu
rakyat merasa diperbodohkan dan mulai menjadi APATHY dengan urusan demokrasi.
Begitu pun orang-orang bodoh, tidak ada jati diri dan para YES MAN inilah yang menjadi
taming dan diambil bekerja untuk mengurus rakyat atas dasar mereka adalah PEJUANG.
Sekali lagi, mereka itu adalah “Pejuang Taik Erok’.

Apa yang jelas, jika segala orang tua yang lamban berfikir, tiada kemahiran ICT, kurang
berpendidikan, tidak energetik, berfikir ke belakang, hanya mengekalkan ‘status quo’ sedia
ada, tidak mahir berkomunikasi, hanya meneruskan budaya lama dari ‘parti lama’ dengan
amalan-amalan songsang dan sekadar jadi ‘Pak Turut’ atau ‘Budaya Takut Boss’ maka ia
adalah satu kerugian besar dari aspek tenaga, masa dan kos.

Sebenarnya saat inilah peluang besar orang dari pantai timur Sabah ini untuk
menonjolkan diri secara realiti dari sudut JERIS. Namun lihatlah rupawajah pembangunan
parti setahun jagung itu. Mereka mula menyimpang jauh dan tradisi yang dibawa oleh
parti lama masih juga berakarumbi di dalamnya. Ini tidak mustahil kerana ia ibarat
bertukar bahtera baru dan bendera baharu sedangkan nahkoda dan para kelasinya
termasuk jurutulis dan jurubatu serta jurutinjaunya adalah dari parti yang lama itulah. Jadi
budaya lama sukar untuk dikikis atau sebenarnya memang itulah STIGMA POLITIK masa
kini.

Memang sukar untuk kita melihat perubahan secara merata. Yang ada beberapa kerat
sahaja pemimpin yang benar-benar berkualiti. Sedangkan ‘Kualiti Kepimpinan’ itulah yang
kita mahu bukan pemimpin yang ‘pengekor’, ’cari makan’ dan menjadikan politik sebagai
lubuk mata pencarian.

Sementelahan itu golongan yang menganggap diri mereka sebagai ‘Pejuang’ tanpa segan
silu memberitahu seluruh dunia dan warga FB bahawa mereka adalah pejuang sejati
11 - 33
Tatkala Pensil Tumpul Ladjalaut Diraut
tanpa mereka sedari bahawa kebalikannya merekalah PETUALANG BANGSA. Ini berlaku
apabila jadi mereka tidak melaksanakan tugas dengan betul. Takut mengkritik bos. Tidak
berfikir ke hadapan. Selesa dengan keadaan yang ada dan lebih suka jadi pengekor dan
bukannya pencetus idea atau resolusi baharu.

Bagaimana harus dinamakan pejuang jika yang diperjuangkan hanya mengeruk kekayaan
negeri untuk kepentingan peribadi? Bagaimana dinamakan pejuang jika politik ‘kambing
bolok’, politik ‘kambing gurun’ dan ‘politik katak’ masih juga menjadi dalang dan barua?
Pejuang bagaimana jika ‘Dualisme’ masih merajalela, politik pembangunan ‘Telunjuk
Lurus Kelingking Berkait’, politik membangga-banggakan pemberian, politik yang asyik
menyalahkan parti dan generasi lama dan tidak ada inisiatif untuk maju ke hadapan.
Politik menyalahkan MALAYA seakan Malaya itu Iblis sedangkan di kalangan mereka ada
yang beristerikan orang Malaya, besar di Malaya dan bercinta dengan orang Malaya.
Pulitik oh pulitik.

Bah begitulah politik TUJUAN MENGHALALKAN SEGALA CARA. Politik Machiavellian.


Politik Sun Tzu. Politik cacamerba. Politik kain tidak cukup, di tarik ke atas nampak di
bawah, di tarik ke bawah nampak di atas dan jika diletak di tengah-tengah maka
nampaklah atas bawahnya. Rakyat sahaja yang sanggup bertahan dan dijadikan kelinci
percobaan untuk kata-kata muluk misalnya ‘ Kemajuan’, ‘Pembangunan’, ‘Permodenan’.

Kita seolah-olah ketandusan PEMIMPIN BERKALIBAR. KAOEM PEDJOEANG yang sebenar-


benar berjuang sebagaimana Tun Mustapha dan Tun Fuad yang sanggup mati bagi
mempertahankan negeri dan membebaskannya dari belenggu penjajah. Kita merindukan
seorang Soekarno yang lantang bersuara membela hak Marhaen dan dipenjara berkali-
kali namun tidak betah sehingga Indonesia merdeka. Kita rindu seorang Lee Kuan Yew
yang berwawasan jauh untuk membangunkan pulau Singa pusat kewangan dunia. Kita
rindu seorang Jose Rizal yang mati ditembak demi membebaskan Filipina. Mungkin
Xanana Gusmao itu contoh pejuang masa kini yang berperang dengan Indonesia untuk
membebaskan Timoer Larosae.

Persoalannya, samakah nilai perjuangan mereka ini dengan orang-orang yang


mengatakan diri mereka sebagai pejuang sekarang ini? Perjuangan apa mereka itu?
Perjuangan untuk kepentingan dan agenda tertentu? Perjuangan untuk mengkayakan diri
sendiri, keluarga dan kroni? Sekali lagi menurut bekas pemimpin lama itu: PEJUANG TAIK
EROK.

“Those who do not remember the past are condemned to repeat it.” George Santayana

Nazeka Kanasidena
6 Januari 2020

Tatkala Pensil Tumpul Yang Diraut (Edisi V)

PERHIMPUNAN MINGGUAN PERTAMA bagi tahun 2020 diadakan pada hari semalam,
Isnin, 06 Januari 2020.

12 - 33
Tatkala Pensil Tumpul Ladjalaut Diraut
Syabas dan tahniah kepada warga SMKTS di sidang petang kerana berjaya mengadakan
perhimpunan untuk kali yang pertama. Ia cukup mengujakan dengan kehadiran Tuan
Pengetua Puan Hjh. Gambalidah Hj. Mohd. Jahiri.

Selepas rutin perhimpunan dijalankan, Penolong Kanan Petang SMKTS Encik Zubir Bin
Osman kemudian berbicara yang dalam ucapannya menekankan soal PERDJOEANGAN
pelajar di arena ilmu khususnya pelajar tingkatan 3 yang telah pun dihantar ke sidang
petang agar mereka dapat menumpukan perhatian dalam pembelajaran.

Pelajar tingkatan 3 akan menduduki PT3 tahun 2020 dan sekaligus menjadi idola serta
pendorong kepada pelajar tingkatan 2 yang berada di belakang mereka.

PK Petang juga menegaskan agar semua pelajar sidang petang ikut dan patuh pada
peraturan sekolah di samping terus giat dan tak betah untuk mengambil peluang yang
disediakan di sekolah dan di luar sekolah sedari mereka masih bergelar pelajar.
Menurutnya:

“Masa remaja hanya sekali. Gunakanlah keremajaan anda untuk menimba ilmu dan
menjadi seorang INSAN kukuh dalam Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sahsiah (JERIS).
Sekolah ini wadah anda bersilat silau untuk melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan.
Insyaallah jika ada berusaha bersungguh-sungguh, anda akan berjaya hingga ke menara
gading. Hapuskan segala halangan. Tetapkan pendirian. Belajar dan terus belajar hingga
cita-cita anda tercapai!”

Ucapan PK petang ditutup dengan tepukan bergemuruh daripada pelajar. Ia kemudian


disusuli oleh ucapan Tuan Pengetua. Dalam kenyataan rasminya, beliau mengucapkan
selamat datang ke sekolah, selamat tahun baru 2020 dan meminta semua pelajar agar
menjadi insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Beliau yang baharu saja lapor diri di SMKTS pada tahun lepas menyatakan bahawa
terdapat banyak peluang besar dan penting untuk diterokai oleh pelajar khususnya
melibatkan dunia pendidikan di masa hadapan. Kemahiran ICT dan munculnya pelbagai
teknologi masa kini seharusnya dieksploitasi untuk kemajuan diri sesuai dengan konsep
JERIS yang diutarakan oleh PK Petang sebelum ini.

Dalam penutupannya, Pengetua menegaskan agar seluruh warga SMKTS bekerjasama ke


arah menjadikan sekolah sebuah gelanggang ilmu dan arena percambahan minda yang
positif dan sekaligus menegaskan pihak pentadbiran akan berusaha mewujudkan iklim
pengajaran dan pembelajaran yang kondusif.

SMK.Tagasan terletak di Kg. Bantayan, Jalan Tagasan, Semporna dan letaknya lebih
kurang 5 kilometer dari pekan Semporna. Ia merupakan sebuah sekolah luar bandar
dengan kemudahan dan prasarana yang sederhana; lengkap dengan bilik darjah,
makmal, padang, gelanggan bola jaring dan sepak takraw, kantin, pusat sumber, makmal
komputer dan dewan serbaguna.

13 - 33
Tatkala Pensil Tumpul Ladjalaut Diraut
Sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 1989 dan merupakan sekolah menengah kelima
di Semporna. Ia kini ditadbir oleh seorang Pengetua Gred DG54, dengan lima orang
Penolong Kanan Gred DG48 serta 12 AKS dan sebuah persatuan PIBG.

SMK.Tagasan kini menjadi arena pergelutan ilmu kepada hampir 1300 orang pelajar.
Terdapat hampir 90 orang guru pelbagai Opsyen dan kemahiran yang mengajar pelajar
dari tingkatan 1 hingga 6 Atas. Baru-baru ini SMK.Tagasan mendapat anugerah Sekolah
Cemerlang untuk Pengurusan Hari Pertama Persekolahan 2020 yang dipantau oleh
pegawai dari Unit Kompetensi, JPN Sabah. SMKTS juga telah mewakili Malaysia ke
Pertandingan Robotik di Budapest, Hungry pada tahun 2019.

Semoga SMK.Tagasan terus maju dan kompetent dalam mencapai VISI dan MISI sekolah
sekaligus bersaing dengan sekolah lain untuk mencapai kecemerlangan dalam Kurikulum
dan KoKurikulum. Insyaallah.

Nazeka Kanasidena
Bilik Pengurusan SMKTS
07 Januari 2020

Tatkala Pensil Tumpul Yang Diraut (Edisi VI)

PEMIMPIN YANG AMPUH DAN TANGGUH DALAM SEGALA ZAMAN

“KETEGUHAN AKHLAK TIDAKLAH SUKAR ASAL SAJA MANUSIA INSAF BAHAWA DIA
ADALAH SEBENAR-BENAR MANUSIA, YANG MEMPUNYAI KEMAHUAN LEBIH TINGGI DARI
MENCARI KEDUDUKAN, MENGEJAR KEBESARAN JIWA LEBIH DAHULU DARIPADA
MENGEJAR HARTA, YANG INSAF BAHAWA DI SAMPING HAKNYA ADA PULA
KEWAJIPANNYA, DAN YANG INGAT BENAR BAHAWA USIA RIWAYAT SESUDAH MATINYA
JAUH LEBIH LAMA DARI USIA BADANNYA SENDIRI KETIKA HIDUPNYA DI DUNIA.”

Bismillahirrahmanirrahiim

Tak ada golongan manusia lebih dihujat dan dituntut Allah swt tanggungjawab darinya
selain ‘Pemimpin’ terutama pemimpin bangsa, pemimpin agama, pemimpin umat,
pemimpin apa pun yang di belakangnya ramai pengikut. Ia naik dengan apa cara pun
barangkali perkara kedua. Yang utama ialah bagaimana ia melaksanakan amanah dan
tanggungjawab sebagai pemimpin.

Sejak zaman Nabi Adam as sebagai Nabi yang pertama, ia telah mengemban tugas
sebagai ‘Khalifah’ pertama di muka bumi diikuti oleh ramai lagi pemimpin. Ditakdirkan
kebanyakan pemimpin itu dari kalangan Nabi, Rasul, pemuka agama, para raja, sultan
dan ketua kabilah dengan segala gelarnya. Setiap mereka memiliki karakter, keperibadian
dan aura masing-masing dan tentu mempunyai pengikut masing-masing pula. Para
pemimpin ini di setiap zaman, tempat, masa, masyarakat dan suasananya saling
terpengaruh dan mempengaruhi. Ada yang dipuja. Ada yang dibenci. Ada yang dibunuh.
Ada yang dipenjara. Ada yang dikenang dan ada juga yang dituhankan atau didewakan
sebagaimana para Firaun Mesir dan Namrud.
14 - 33
Tatkala Pensil Tumpul Ladjalaut Diraut

Di dalam menilai pemimpin dan kepimpinan ini, pelbagai tanggapan wujud. Namun yang
paling utama tentulah masyarakat dan dunia seluruhnya mengharapkan kelahiran
pemimpin yang ampuh dan tangguh. Bagaimanakah rupawajah dan solah tingkah
pemimpin ampuh dan tangguh ini?

Ampuh itu dari bahawa Jawa yang bermaksud "mempunyai daya pengaruh yang luar
biasa" manakala tangguh pula dalam maknanya yang lain ialah "sukar dikalahkan; kuat;
andal; tabah dan tahan (menderita dan sebagainya); kukuh."

Pada kenyataannya, pemimpin yang ampuh dan tangguh dalam segala zaman ialah
mereka yang berpegang pada amanah dan tanggungjawab diberi, jujur dan ikhlas
membantu, senantiasa mengambil berat terhadap para pengundi atau penyokongnya,
tidak gentar menjadi bahan kritikan dan tomahan para pembencinya, ingat dan sedar
akan kewujudan kuasa Allah dalam menentukan hala tuju kekuasaannya sebagai
pemimpin dan menganggap semua apa yang berlaku di dunia ini adalah dalam
pengetahuan-Nya jua.

Pemimpin yang ampuh dan tangguh dalam segala zaman, ialah pemimpin yang tidak
lokek berterima kasih pada rakyatnya, senantiasa mengunjungi mereka, beramah mesra
dengan mereka, berusaha membantu kehidupan mereka di mana terdaya oleh batang
tubuh yang satu dan akal fikir yang dibekalkan Tuhan, baik dalam bentuk sokongan moral
mahu pun sokongan kewangan. Dan dia pun sentiasa dekat di hati mereka.

Pemimpin yang ampuh dan tangguh dalam segala zaman ialah mereka yang sentiasa
mendahulukan amanah rakyat ketimbang urusannya sendiri dan keluarganya, rajin
muhasabah diri, cekal dan tabah menghadapi dugaan, tidak gentar menyongsong angin
walau harus belayar sendirian di tengah lautan hidup bermasyarakat yang sentiasa
bergulir, penuh perseteruan dan percaturan yang kadang-kadang di luar batas susila. Dia
pun berani untuk berundur pada saat sesuai sebelum Tuhan sendiri mengundurkan dirinya
dalam keadaan suka atau duka, malu atau bangga, sengsara atau bahagia, kecewa atau
jaya dan atau pemimpin itu sendiri bakal menyesal seumur hidup.

Pemimpin ampuh dan tangguh, bukan keturunannya pembenci, penghasad, pengumpat,


pengertak, penghasut, pembeli maruah, pemecah perpaduan, rakus, hidup dalam
lingkaran pengikut-pengikut yang bodoh dan kaki bodek yang menggalakkannya
bertindak culas sama seperti orang bodoh itu sendiri dan ia pun rajin membudidayakan
nilai-nilai ilmu, menghidupkan agama, mencintai kebenaran dan menolak kebatilan.

Pemimpin ampuh dan tangguh, sentiasa bercakap hal yang besar-besar dan memikirkan
hal yang besar-besar pula. Ia pun bertindak dan membuat keputusan diiringi oleh
pengaruh, kuasa dan harta bendanya untuk perkara yang besar-besar juga. Ia tidak
menyantuni hal-hal sepele dan remeh temeh serta tidak peduli menjadi bahan
pergunjingan orang yang baginya tidak lebih dari mulut nyinyir para pembencinya yang
jika lelaki, lebih kurang dan sama sahaja derajatnya dengan wanita tunasusila yang
mengalami skizophrenia.

15 - 33
Tatkala Pensil Tumpul Ladjalaut Diraut
Pemimpin ampuh dan tangguh, berani berlabuh dalam saat ribut badai dan menganggap
hanya menonjolkan kebodohan dan mati katak jika melawan. Ia berani berkata : 'Semua
ini hanya ujian tuhan dan aku harus memperbaiki bahteraku sambil berhanyut-hanyut,
memperbaiki layarku yang koyak rabak, membetulkan kemudi yang bengkok dan
mentarbiyah anak-anak kapal agar jangan melakukan 'dahagi'." Ertinya ia sanggup
berkayuh dengan tangannya sendiri dalam saat kematian angin sebelum angin badai
mengganas lagi hingga membawa bahtera sampai ke tujuan.

Pemimpin ampuh dan tangguh, kata-katanya penuh hikmah, tindakannya penuh


perhitungan, fikirannya mendahului zaman dan pertimbangnnya penuh kebijaksanaan. Ia
memiliki KUKILA, CURIGA, TURANGGA, WISMA dan WANITA yang juga ampuh dan
tangguh sepertinya juga. Dunianya kemaslahatan ummat. Diamnya sufi dan zauk.
Bencinya kerana urusan Tuhan diperlekeh. Kehidupannya pun penuh dengan hikmah dan
keijaksanaan. Seboleh mungkin Ia ingin mencontohi para Nabi dan rasulullah serta
pemimpin yang beriman dalam segala cara, tindak, fikir, kata dan perkiraan mereka.

Pemimpin ampuh dan tangguh, ikhlas hatinya dalam memberi, tidak pernah mengungkit
pemberian kerana yakin sesungguhnya ia dipilih Tuhan untuk menjadi saluran pemberian
rezeki yang halal dan baik-baik. Ia sangggup menjadi pendengar yang baik kepada
rakyatnya dan tidak hanya bercakap dan berpidato di podium sampai berliur semata-mata
menunjukkan apa yang ia buat, fikir, kata dan timbang itu betul belaka. Pemimpin ampuh
dan tangguh mendekati rakyat bukan memanggil rakyat. Ia menghampiri mereka dengan
hati dan persangkaan baik, merasakan denyut nadi dan keperitan hidup rakyat,
menunjukkan yang benar dan menasihatkan yang benar pula. Sesudah memberi bantuan,
diamnya sejuta bahasa kerana yakin benar, pemberian yang diungkit-ungkit hanya akan
menjadikan pemberian itu serupa kayu yang dimakan api.

Pemimpin ampuh dan tangguh, Tuhan di matanya, di hatinya, di mulutnya, di tiap hela dan
hembus nafasnya. Baginya, semua apa yang ia lakukan, hanyalah LILLAHI TA'ALA dan ia
pun tidak takut kepada sesiapa selain Allah swt kerana baginya semua itu makhluk ciptaan
Allah jua dan tidak akan mampu mengalahkan kuasa Allah.

Pemimpin ampuh dan tangguh, adalah MUJADDID bagi zamannya khususnya di


Semporna ini yang dahagakan pembaharuan dan suburnya ilmu, ketinggian akhlak,
keluhuran budi pekerti, keutuhan dalam menegak kebenaran, menebar jala mahabbah,
menyimpul tali ukhwah sesama dan kesantunan dalam berbahasa.

Pemimpin ampuh dan tangguh tidak suka menabur janji, rajin mengimarahkan masjid dan
majlis ilmu, pandai mengambil hati rakyat, hidup sebagai rakyat, tidak bermewah-mewah,
sederhana dalam penampilan namun tetap terserlah auranya sebagai pemimpin. Ia juga
mudah didekati, manis tutur kata, indah budi bahasa, suka merendah diri, tawaduk,
menyayangi kanak-kanak, kasih kepada yang muda dan hormat kepada yang tua. Ia rajin
bersedekah tanpa diketahui sesiapa baik siang mahu pun malam, menginfakkan hartanya
ke jalan diredhai Tuhan dan tidak pernah bermasam muka. Doanya tidak putus untuk
kemaslahatan ummat. Ia pun disukai dan dikagumi oleh semua orang baik oleh pengikut
dan pengagumnya sendiri mahu pun oleh musuh-musuhnya.

16 - 33
Tatkala Pensil Tumpul Ladjalaut Diraut
Pemimpin ampuh dan tangguh adalah yang pandai mengurus diri dan keluarganya. Ia
sekaligus menggambarkan kemampuannya mengurus pengikutnya pula. Ia tidak kekok
bergaul dengan sesiapa. Ilmu dan tahunya luas, tinggi dan dalam tentang banyak perkara
yang ia pelajari sedari kecil. Ia pun selalunya lahir dari golongan bawahan dan hidup
bergelut dengan kesusahan. Maka itu ketika ia berkuasa, ia sedar benar tentang perasaan,
keperitan dan kesengsaraan hidup orang bawahan kerana ia pun berasal dari sana!

Sesungguhnya, kita masih menanti-nanti pemimpin ampuh dan tangguh dalam segala
zaman itu.

Nazeka Kanasidena
08 Januari 2020

Tatkala Pensil Tumpul Yang Diraut (Edisi VII)

ZAMAN PRASEJARAH DI SEMPORNA - Usaha menelusuri jejak Sama Bahari (SAMA TALUN)

Barangkali tidak ramai yang tahu bahawa Semporna sudah pernah diduduki oleh manusia
prasejarah dan pernah wujud kebudayaan prasejarah di beberapa kawasan yang telah
dikenalpasti. Kewujudan petempatan prasejarah di Semporna tidaklah menghairankan
kerana kawasan ini memang menjadi laluan ‘diaspora’ bangsa-bangsa yang sedang
menuju kepada pembentukan tamadun.

Zaman Prasejarah ialah zaman ketika sejarah belum dicatatkan. Kamus istilah sejarah
mendefinisikan Zaman Prasejarah sebagai zaman sebelum kemunculan manusia di muka
bumi. Saat itu bumi dihunii oleh binatang dan tumbuhan purba termasuklah dinasour dan
sebagainya. Kamus Dewan Edisi Keempat mendefinisikan Zaman Prasejarah sebagai
zaman sebelum adanya tulisan dan bahasa manusia.

Dalam pembahagian zaman menurut ahli sejarah dan antropologi, terdapat tiga zaman
penting sebelum bermulanya sejarah iaitu Zaman Paleolitik, Zaman Mesolitik dan Zaman
Neolitik. Selepas Zaman Neolitik, hasil dari kemampuan manusia mencipta tulisan dan
bahasa, peningkatan teknologi, wujudnya sistem agama dan kepercayaan, kesedaran
stratifikasi sosial, politik dan pentadbiran telah memungkinkan tamadun muncul dan
berkembang.

Dalam kes rantau timur pulau Borneo khususnya kawasan yang dikenali sebagai Tanah
Mengirah dan Lo’ok Giung ia bukanlah sebuah kawasan terpencil dari arus penyebaran
bangsa-bangsa yang sedang berusaha untuk membentuk tamadun. Jauh sebelum
kedatangan penjajah malah sebelum pengenalan mana-mana agama dunia, kawasan ini
17 - 33
Tatkala Pensil Tumpul Ladjalaut Diraut
sudah diduduki oleh manusia purba. Mereka mungkin sudah ada di kawasan Nusantara
ketika masih wujud daratan yang dikenal sebagai SUNDALAND. Jalan laut dan
persambungan daratan di situ memungkinkan kelompok manusia purba menduduki
kawasan ini. Memandangkan Asia Tenggara adalah laluan perdagangan timur dan barat
beberapa abad kemudian maka tidaklah mustahil pantai timur Borneo Utara menjadi
laluan persinggahan. Era penghijrahan kelompok Austronesia, Melanesia dan Polynesia
menuju ke timur rupanya suatu ketika dahulu pernah singgah dan menetap di kawasan
hujung timur Pulau Borneo ini!

Kajian oleh pakar arkeologi seperti Tom Harrison, Peter Bellwood, Stephen Chia,
Matsumura, Peter Koon dan Zuraina Majid di Bukit Kemiri, Malanta Tutup dan Bukit
Tengkorak telah mendedahkan beberapa penemuan yang mengkagumkan. Di antara yang
boleh dikongsi ialah fakta bahawa tanah daratan berbukit bukau dan berlembah di
Semporna ini sudah pun diduduki oleh masyarakat dari Zaman Paleolitik, Zaman Neolitik
dan Zaman Logam! Ketiga-tiga zaman penting itu telah berlaku dan dialami oleh
masyarakat awal di Semporna.

Selepas kemunculan Manusia Neanderthal, bukti-bukti arkeologi dalam bentuk ‘burial sites
and log coffins’ yang di dalamnya mengandungi “earthenware pottery, microliths, flake
tools, stone adzes, animal and fish bones, beads, metal tools, shell and stone ornaments,”
telah membuktikan kewujudan manusia pra sejarah ini dan aktiviti mereka berkait rapat
dengan agraria dan maritim. Ujian karbon terhadap artifak yang ditemui di tiga kawasan
yang dinyatakan menunjukkan usia sehingga 10,780 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa
(BCE) sehingga tahun 1280 CE. Bayangkan betapa Semporna ini sudah pernah diduduki
manusia purba dan aktiviti ke arah pembentukan ketamadunan sudah bermula di sini
sejak 10,000 tahun sebelum Nabi Isa lahir!!!

Pusat Kajian Arkeologi Malaysia, Universiti Sains Malaysia dengan bantuan Jabatan
Muzium Sabah dan Jabatan Mineral dan Kajibumi telah membuat kajian pada tahun
2002, 2003 dan 2007 menemui banyak bukti kewujudan manusia prasejarah di
Semporna khususnya dengan penemuan tapak-tapak arkeologi baru dan bukti-bukti
dalam bentuk “human teeth, stone tools, pottery sherds, and food remains” di Melanta
Tutup, Bukit Kamiri, Bodgaya, Bukit Sakong, Kampung Pokas, dan satu tapak baru di Bukit
Tengkorak.

Kawasan-kawasan yang dikaji telah mendedahkan secara jelas bahawa Semporna sudah
pun diduduki oleh manusia prasejarah iaitu lebih awal dari kedatangan agama Hindu,
Buddha dan Islam dan malah lebih jauh sebelum kedatangan mana-mana penjajah Barat
pun. Penduduk awal Semporna ini pula mempunyai kaitan rapat dengan penduduk
seumpamanya di Tingkayu, selatan Filipina dan Kepulauan Pasifik yang juga pada ketika
itu sedang mengalami penyebaran kebudayaan LAPITA. Pendedahan peralatan dan
kemahiran ilmu kelautan membuktikan Semporna adalah di antara laluan pernah
disinggahi oleh penyebaran budaya Melanesia, Austronesia dan Polynesia secara
berkesan.

Kajian arkeologi juga membuktikan bahawa kegiatan maritim di Semporna sudah pun
wujud, berkembang dan menjadi nadi kehidupan masyarakat sejak zaman prasejarah lagi.
Bukti-bukti di Bukit Tengkorak menunjukkan bahawa penyebaran tembikar, pinggan
18 - 33
Tatkala Pensil Tumpul Ladjalaut Diraut
mangkuk dan dapur (tungku) yang diperbuat daripada tanah liat telah sampai hingga
sejauh New Zealand, Kepulauan Saipan, Palau, Kepulauan Solomon serta pulau-pulau
Micronesia. Bukti juga menunjukkan bahawa penduduk awal di Semporna mempunyai
kaitan rapat dengan populasi dari selatan China dan Taiwan kerana persamaan artifak,
ekofak dan raut bentuk tengkorak manusia.
Masyarakat awal yang wujud dan menghunii kawasan Semporna ini sempat bertembung
dengan kelompok A’A SAMA KUVANG dan mengenali serta memanggil mereka dengan
gelaran SAMA TALUN atau sebenarnya A’A SAMA itu adalah pewaris Sama Talun yang
telah berhijrah dari kehidupan agraria kepada kehidupan maritim.

Prof. Chia dan rakan-rakan dalam kajian mereka menyimpulkan bahawa:

“Melanta Tutup has provided important evidence and dates on ancient human habitation in
the Semporna region and its relationships or origins in Southeast Asia and the Pacific
region. Radiocarbon dating results from Melanta Tutup reveal a long chronology of human
habitation from the early historical period to the late Palaeolithic period, dated more than
10,000 years ago in Semporna. The fauna remains at Melanta Tutup, like those in Bukit
Tengkorak and Bukit Kamiri, indicated a broad-spectrum economy with a predominantly
maritime-based diet, focused on marine and forest environments. A wide range of marine
fish, molluscs, reptile, and crustacean from the seas as well as animals from the forest were
exploited by the inhabitants using various fishing, hunting, and gathering methods. Analyses
of the dental and facial characteristics of the Melanta Tutup human remains from the
Neolithic period (dated about 1380 to 550 BCE) and from the late prehistoric period (890
and 1170 CE) and their comparisons with those of other ancient populations in Southeast
Asia, China, Japan, Melanesia and Australia suggested possible affinities with ancient
populations in south China and Taiwan.” (CHIA et al. 2005; CHIA and MATSUMURA
2005).

Sesungguhnya, Semporna tidak terpencil dari arus penyebaran dan DIASPORA masyarakat
PRASEJARAH. Keadaan ini semakin rancak dengan kemunculan A’A SAMA KUVANG yang
tiba bersama agama Islam di pulau-pulau sekitar Lo’ok Giung. A’A SAMA KUVANG masih
mewarisi kearifan bahari itu yang kekal bertahan sehingga kini misalnya pengekalan
kebudayaan MAGMAMA’, MAGOMBO’, MAGTAGUNGGU’, MAGLAPOHAN, KAUT dan
KALEA, bentuk stratifikasi sosial yang agak kompleks dan gelaran pangkat yang diwarisi
sejak turun temurun dari zaman bahari seperti PANGLIMA, ULANGKAYA, MARAHADJAH,
PANGHALAPAN, LADJALAUT dan sebagainya. Ini tidaklah menghairankan kerana ‘Tandu
Bollong’ adalah di antara laluan singkat pedagang dari China menunju ke alam Melayu
manakala Umaral yang menjadi pusat petempatan dan tamadun A’A SAMA KUVANG
dijadikan pelabuhan persinggahan dan entreport sejak sekian lama oleh golongan
pedagang.

Kesimpulannya, kajian arkeologi telah membantu kita memahami susurgalur bangsa awal
yang mendiami Semporna. Kajian juga menempatkan posisi A’A SAMA KUVANG sebagai
pewaris kearifan bahari ini. Dengan mengetahui adanya kewujudan petempatan awal dan
kebudayaan neolitik di Semporna jelas membuktikan adanya pertautan dan
kesinambungan tradisi agraria dan maritim SAMA TALUN dan SAMA KUVANG yang
ditandai oleh penerusan kebudayaan bahari sehingga akhir tahun 1970an.

19 - 33
Tatkala Pensil Tumpul Ladjalaut Diraut
Nazeka Kanasidena
09012020

Tatkala Pensil Tumpul Yang Diraut (Edisi VIII)

11 CIRI PEMIMPIN ‘TIDAK BOLEH PAKAI’ YANG MEWARNAI KANCAH POLITIK MASA KINI :
Satu penelusuran ‘Psikologi Politik’.

Bismillahirrahmanirrahiim

“Dan janganlah dilantik pemimpin di kalangan kamu itu orang yang bodoh, rakus, talam
dua muka dan jahat kerana ia akan memudaratkan agama, bangsa dan negara.” Nazeka
Kanasidena

Ada ramai pemimpin yang muncul di muka bumi sejak zaman Nabi Adam as sampailah di
era Globalisasi dan Post Industrial Society ini. Masing-masing dengan ‘character’,
pembawaan dan keperibadian yang mereka tonjolkan sebagai pemimpin politik. Walau
dengan apa cara sekali pun mereka mendapat kuasa atau naik menjadi penguasa, sama
ada mereka diterima oleh rakyat atau ditentang kerana mulai menjadi REGIM itulah yang
menjadi analisa dalam bidang ‘Psikologi Politik’. Landasan utama rencana ini ialah
mengapakah sesetengah pemimpin itu ditolak dan dibenci oleh rakyat?

1. Antara sifat-sifat pemimpin yang ditolak oleh rakyat ialah KEJAM. Ramai pemimpin yang
menjadi kejam apabila berkuasa. Kekejaman ini berpunca daripada keinginannya untuk
mempertahankan kuasa dan tidak mahu kuasa itu jatuh ke tangan orang lain. Untuk itu ia
sanggup menipu ‘legislatif, judiciary dan eksekutif untuk meneguhkan kuasanya,
memalsukan apa saja, mengintimidasi, membuat tuduhan palsu, mengubah undang-
undang dan perlembagaan, membuat wayang palsu dan seribu satu cara bagi
menghapuskan musuh-musuh politiknya. Ini termasuk mencantas generasi muda yang
kelihatan berpotensi menggugat kedudukannya di masa hadapan. Ia juga sanggup
mengenepikan dan memansuhkan hak rakyat serta negeri demi memenuhi keperluan
peneguhan kuasa jangka panjang. Kekejaman begini dilegitimasi dan diverifikasi pula oleh
pemerintah yang bersembunyi di balik nama ‘Demi Kepentingan Negara’ yang sebenarnya
adalah untuk kepentingan kelompok penguasa.

2. Terdapat juga PEMIMPIN YANG HANYA PANDAI MENABUR JANJI. Ini berlaku dalam
saat pilihanraya. Waktu meraih undi dan sokongan agar dilantik mewakili rakyat di
parlimen, mereka dengan berapi-api misalnya berkata: “ESOK, JIKA MENANG PARTI
MURBA KITA, HARI INI AKAN BERDIRI TIANG RUMAH YANG TELAH TERBAKAR, SEMUA
CUKAI AKAN DIHAPUSKAN, WANG BANTUAN SARA HIDUP RM2000 AKAN DIBERIKAN,
JAMBATAN AKAN DIBINA, KERETA TERBANG AKAN DICIPTA DIDEMI RAKYATKU YANG
TERCINTA!!” Malangnya apabila menang, ia tak muncul-muncul sesudah itu. Ia beralasan
bahawa tugas YB di pusat pentadbiran lebih penting, besar dan utama. Manakala janji-
janji pula tidak ditepati. Mereka pun tidak lagi menyebut janji-janji itu dalam sebarang
ucapan dan menggantikannya dengan isu lain yang lebih memerlukan perhatian YB atas
nama kepentingan negara. Ertinya janji mereka janji kosong dan rakyat diperbodohkan!

20 - 33
Tatkala Pensil Tumpul Ladjalaut Diraut
3. PEMIMPIN YANG KORUP DAN TIDAK AMANAH pula berusaha melakukan
penggelapan, pemalsuan, pecah amanah dan seumpamanya bagi menjaga kepentingan
diri, kroni dan keluarganya. Biasa juga ia sekaligus melakukan kekejaman dan peras ugut
atau menyingkirkan mana-mana pihak yang ia rasakan boleh membahayakan
kedudukannya. Rasuah dan pecah amanah dilakukan untuk menjaga kepentingan
‘kekuasaan’ dan pemilikan aset untuk jangka panjang. Ia sendiri menggalakkan korupsi
kerana hanya dengan jalan itu semua urusan pemerintahan dan penguasaannya berjalan
mulus. Selalunya pemimpin begini bersembunyi di balik topeng agama. Ia sendiri tidak
memiliki IMAN yang teguh dan malah menggunakan ‘agama’ untuk kepentingan kuasa
dan percaturan politiknya.

4. PEMIMPIN YANG MENCURI HARTA RAKYAT akan selalu berlaku di sepanjang sejarah.
Mereka menjarah tanah, kekayaan, hasil bumi, hutan, galian dan seumpamanya untuk
kepentingan diri, keluarga dan kroni. Mereka bersembunyi di balik nama syarikat
pegangan awam walhal merekalah yang sebenarnya mempunyai kuasa dan kekayaan itu
sendiri masuk dalam akaun-akaun tertentu yang telah ditetapkan. Semua ini dirancang
dengan penuh teliti agar tidak dapat dikesan oleh pihak berkuasa dalam dan luar negeri.
Pada kebiasaannya pemimpin begini akan hanya memberikan dan melaksanakan projek
besar yang mana ia sendiri mempunyai saham dan ekuiti terbesar melalui ‘proxy’nya.
Dengan kekayaan itu, ia membeli aset dan hartanah di luar negara manakala
kekayaannya disimpan di bank-bank luar negara.

5. Ramai PEMIMPIN YANG MENGUTAMAKAN DIRI, KELUARGA DAN KRONI kerana


merasakan kuasa itu tidak akan lama mereka pegang. Oleh itu, selama berkuasa,
pemimpin sebegini akan menggunakan segala cara terutama kuasa dan pengaruh untuk
membenarkan para kroni, kaum keluarga dan dirinya sendiri mendapat banyak akses
untuk menciptakan kekayaan dan kepemilikan yang besar terhadap saham, hartanah,
projek-projek mega dan segala bentuk aset penting yang boleh menjamin kekayaan
selama tujuh keturunan. Biasanya mereka menggunakan PROXY bagi mengelakkan
dikesan oleh pihak berkuasa dan rakyat. Dalam keadaan beginilah kerajaan, negeri atau
negara yang ia terajui akan menjadi KLEPTOKRASI dan ini tanpa rasa bersalah ia lakukan
kerana sedar ‘Hukum Politik’ adalah Hukum Rimba, siapa kuat dialah kudrat dan untuk itu
segala ‘apparatus negara’ digunakan sepenuhnya untuk menjaga dan membela
kepentingan golongan penguasa sedangkan rakyat dibiarkan sengsara.

6. PEMIMPIN YANG MENGABAIKAN KAWASAN TADBIRNYA SENDIRI adalah contoh


pemimpin yang ditolak. Ini terutama kepada YB yang baharu naik jadi YB dan tidak
memiliki sebarang kuasa dalam pembuatan keputusan di peringkat atasan. Apalagi jika YB
nya gemuk, besar, berpenyakit, bermasalah psikologi, kurang inisiatif dan malah tidak
aktif. Ia akan hanya berada di ibukota menghabiskan masa dengan rakan taulannya
memenuhkan lobi parlimen dan ‘cafe’. Jika pun melawat kawasan hanya atas sebab
terdesak atau untuk kepentingan kuasanya atau kerana ada yang perlu dirasmikan yang
berkait rapat dengan peneguhan kuasanya. Kawasan tadbirannya dibiarkan terapung
kerana yakin para pengundinya sudah menjadi ZOMBIE dan menjadikan pemimpin
mereka ‘dewa’. Ia percaya tidak akan ada yang berani mengkritik dan ia sendiri pandai
memberi gula-gula kepada rakyat dalam bentuk projek-projek yang ala kadar sedangkan
projek mega ia dan kroninya mendapat keuntungan besar.

21 - 33
Tatkala Pensil Tumpul Ladjalaut Diraut
7. PEMIMPIN YANG MENIPU RAKYAT selalunya mengambil jalan singkat untuk berkuasa.
Demi kuasa, ia sanggup melakukan apa sahaja hatta dengan jalan menipu. Ditakdirkan
kebanyakan rakyat tidak banyak tahu berkenaan urusan-urusan negara. Pemimpin penipu
menyebarkan dakyah palsu, slogan palsu, mewujudkan ketakutan palsu dan mencipta
agenda masa depan palsu sedangkan pada masa yang sama ia dan kelompoknya
mengaut keuntungan besar dari kekayaan negara demi agar mereka terus berkuasa.
Pemimpin begini selalunya belajar dari sejarah dan akan melantik timbalan, kabinet dan
orang bawahannya dari kalangan orang-orang bodoh, penipu, pandai memujuk dan
berkata-kata manis dan kaki ampu pula. Ia sendiri memberikan ‘gula-gula’ secara berkala
dan dalam skala sederhana kepada pemimpin bawahannya agar mereka selalu tunduk,
ikut dan mengharap. Ia lakukan ini agar kuasanya sebagai ‘Paramount Leader’ atau
NAKURA’ LAHAT tidak akan ditentang. Hasilnya kerajaan yang ia terajui adalah kerajaan
penipu, kerajaan pencuri harta rakyat, kerajaan pengkhianat negara dan kerajaan
ketandusan wawasan.

8. PEMIMPIN KATAK merupakan musuh kepada sesebuah perjuangan. Pemimpin begini


terang-terangan adalah pemimpin yang mementingkan diri sendiri. Sanggup melawan
arus perjuangan parti, mengenepikan harapan pengundi dan para penyokongnya semasa
pilihanraya dan memutuskan semangat setiakawan rakan taulan seperjuangannya untuk
melompat ke parti lain. Ini kerana ia telah dijanjikan kuasa, kekayaan dan manfaat-
manfaat tertentu untuk masa depan perjuangannya yang jelas KABUR. Pemimpin Katak
adalah pemimpin dua alam. Mereka bermuka tembok dan tahan caci maki serta memiliki
nilai ganda seperti wang syiling. Ke mana-mana mereka membawa diri, ucapannya
selalunya mengampu dan merapu untuk BOSSnya yang ia jilat. Biasanya pemimpin begini
tidak dipercayai rakyat dan pemimpin atasan kerana sifat talam dua mukanya.

9. PEMIMPIN BADUT DAN PEMIMPIN TONGONG sering muncul dalam sejarah


pemerintahan negara. Mereka adalah pelawak yang ditakdirkan menjadi pemimpin.
Mereka berkata-kata yang tinggi-tinggi dan hebat-hebat serta melakukan tindakan-
tindakan yang tidak masuk akal padahal semuanya hanya lakonan. Kadang-kadang
pemimpin begini dijadikan pagar hidup untuk mempertahankan idealisme pemimpin
tertinggi dan lakonan mereka sangat diharapkan agar rakyat terhibur. Pemimpin Badut dan
Tongong adalah penyelamat kerajaan ‘Kleptokrasi’ yang mana lakonan mereka ketika
berucap dan membuat keputusan dapat menghiburkan rakyat. Ironinya, kebadutan dan
ketongongan pemimpin ini dijadikan bahan berita dan isu utama oleh media massa yang
sekaligus menjadi pendokong kerajaan pemerintah agar isu yang lebih CRUCIAL dapat
diredam dan rakyat pun menjadi pelupa. Pemimpin begini selalunya hanya menjadi NASI
TAMBAH atau PAK PACAK untuk meramaikan majlis dan sidang media Big Bos dan muka
mereka muncul dalam wajah paling aneh dan lucu. Dalam sidang parlimen, mereka
jarang bercakap malah tidak pernah menyumbang pemikiran. Lebih kroniknya, ‘Pemimpin
Badut’ dan ‘Tongong’ selalunya tidak hadir atau malah tertidur di parlimen! Mereka ini
biasanya adalah pemimpin yang hanya mengikut arus, selesa dengan ‘Status Quo’ dan
malah menjadikan POLITIK SEBAGAI MATA PENCARIAN.

10. PEMIMPIN PEMBODEK DAN PENJILAT acapkali membawa imej yang buruk. Mereka ini
bagai tin kosong, suara besar, percakapan besar dan idea besar akan tetapi tidak
berdasar. Mereka kadang-kadang menjadi taming kepada BOSS besar. Apabila
menyampaikan ucapan, kata-kata mereka menjadikan rakyat bertambah bingung, sukar
22 - 33
Tatkala Pensil Tumpul Ladjalaut Diraut
ditafsir dan mempunyai banyak makna. Pemimpin pembodek dan penjilat akan
menggulung dan memanipulasi ucapan BOSS mereka secara berlebihan sehingga rakyat
terasa ada yang tidak kena dengan gagasan yang sedang diutarakan.

11. PEMIMPIN ‘BULI’ PANSINGAN’ adalah pemimpin yang paling berbahaya. Mereka ini
lain di mulut lain di hati. Ketika berucap, kata-katanya penuh BOMBASTIK, cukup berapi-
api dan kadang-kadang ia menjadi SPASTIK hingga menggegarkan podium, menghentak
kaki di pentas, menunjukkan penumbuk, mengacung jari telunjuk, kadang-kadang sampai
microphone terlepas dan seumpamanya akan tetapi di hatinya mempunyai maksud lain.
Selalunya ucapannya juga KOSONG dari idealisme, ucapan tidak bermantik dan ada
unsur jenaka sesekali lucah untuk meriuhkan suasana. Ia menciptakan keadaan begitu
agar rakyat percaya bahawa dialah pemimpin yang terbaik. Selalunya pemimpin begini
melahirkan banyak JANJI PALSU dan memberi GULA-GULA kepada rakyat agar rakyat
percaya dengan kata-katanya. Pemimpin begini juga biasanya tidak teguh pendirian dan
menjadi pembuli.

Nazeka Kanasidena
Kg. Bubul Lama, Jalan Kabogan, Simporna
11 januari 2020

Tatkala Pensil Tumpul Yang Diraut (Edisi IX)

PEDJOEANG VS PETUALANG : POLITIK BUSUK LAGI MEMBUSUKKAN DI ERA CYBER

Bismillahirrahmanirrahiim

Perkataan pejuang sengaja dieja PEDJOEANG, diambil dari sistem ejaan lama Van
Ophusyen, di tahun 1930an ketika masih hidup dan bersilat silau segala pejuang yang
benar-benar berjuang dan layak digelar PEDJOEANG. Mereka adalah orang lama yang
mewarisi pula perjuangan orang sebelum mereka ketika penjajah Portugis (1511), Belanda
(1641), Inggeris (1795) dan Jepun (1940) datang menjajah Nusantara lalu
memecahkannya menjadi 11 buah negara bangsa.

Para ‘Pedjoeang’ dahulukala adalah pejuang yang mempertahankan diri, keluarga,


tanahair dan territorialnya demi survival bangsa. Mereka tidak memikirkan kepentingan
diri. Mereka tidak hidup dalam kemewahan. Mereka juga bergolok bergadai demi
mempertahankan maruah. Para ‘Pedjoeang’ dahulu menganggap tugas melawan penjajah
adalah tugas suci. Mereka sanggup mati, rela dibuang negeri, dikucilkan dari masyarakat,
dipenjara di tempat rahsia malah ada yang dibunuh atau dihilangkan begitu sahaja tanpa
dapat dikesan kerana digelar 'Pedjoeang'.

‘Pedjoeang’ dahulukala adalah pejuang tulen. Pejuang yang benar-benar menjiwai


perjuangan mereka. Tidak berkira dalam soal harta, perkongsian ilmu atau sumbangan
material atau sokongan moral. Siang malam bergerak dan menjelajah tanpa mengenal
penat lelah demi perjuangan. Mereka pun menjiwai ‘Pedjoeang’ itu dari segenap seginya
dan tahu benar bahawa mati demi perjuangan itu lebih mulia dari mati sebagai PENJILAT,
PEMBODEK, KAKI AMPU, TALI BARUT atau BARUA.
23 - 33
Tatkala Pensil Tumpul Ladjalaut Diraut

Barangkali jika dideretkan ada sejuta manusia PEDJOEANG itu. Pada kebiasaannya,
mereka adalah pemuka agama, pendiri empayar, panglima perang, ilmuan, pengembara,
penemu dan seumpamanya. Buku Michael H. Hart berjudul "The 100s : The Most
Influential Person in World History” banyak mendokumentasi para ‘Pedjoeang’ ini.

Nabi Musa as misalnya sanggup berhadapan dengan kekejaman Firaun, melakukan


Exodus, membawa Bani Israel keluar dari perhambaan kejam Firaun menyeberang Laut
Merah untuk menuju Tanah Yang Dijanjikan. Padahal jika ia tidak memikirkan
perjuangannya, boleh saja ia hidup mewah di istana Firaun dan dibinakan piramid serta
mumianya dipenuhi harta karun!

Jose Rizal sanggup mati di hadapan para penembak Sepanyol demi impiannya melihat
sebuah negara Filipina yang merdeka. Nelson Mandela sanggup dipenjara 27 tahun demi
melawan pemerintahan Apartheid bangsa kulit putih. Begitu juga Abraham Lincoln
sanggup berhadapan dengan penentangnya demi mempertahankan hamba abdi kulit
hitam dan sanggup terlibat dalam perang saudara di Amerika Syarikat. Ia kemudian mati
ditembak pelampau sebagaimana Mahatma Ghandi mati ditembak oleh pembencinya
yang tidak setuju dengan tindakan Ghandi berbaik-baik dengan pemimpin Islam
Muhammad Ali Jinnah. Padahal mereka ini semua kalau saja tidak memikirkan
perjuangan, mereka boleh hidup mewah dalam status quo masa itu.

Begitu juga Soekarno, Imam Bonjol, Xanana Gusmao, Harun Aminurrashid, Pak Sako, A.
Samad Ismail, Dato Onn, Said Zahari, Tan Malaka dan ribuan lagi ‘Pedjoeang’ yang
ditahan, dipenjara, dibuang negeri, dikucilkan atau dibunuh kerana mereka berjuang
mempertahankan tanahair dan bangsanya dari penindasan dan mereka berusaha merebut
kemerdekaan negerinya.

Barangkali ‘Pedjoeang’ paling monumental tentulah Nabi Muhammad saw yang walau
pun disogok dengan segala kemewahan, pangkat, wanita-wanita, istana dan segala
kelazatan dunia demi agar meninggalkan perjuangan dan tugas sucinya dan pakciknya
Abu Talib dihantar oleh pembesar Mekah untuk memujuknya, namun jawapan Baginda
tentulah menjadi satu ucapan abadi:

“Wahai pakcik, seandainya matahari diletakkan di tangan kananku dan bulan di tangan
kiriku, sekali-kali aku tidak akan meninggalkan usaha dakwah ini hingga Allah
memenangkannya atau aku binasa dalam perjuangan itu.”

Lantaran itu juga, Baginda sanggup berhadapan dengan pembunuh, berhijrah ke Madinah
dengan segala marabahayanya, ikut mengangkat senjata dalam beberapa peperangan
besar dan pernah hampir mati kerana menerima luka parah. Namun perjuangannya tidak
pernah mati sampai tubuhnya sendiri rubuh sesudah rohnya dipanggil ilahi.

Ini tentulah berbeza dengan orang-orang politik pada masa kini yang tidak malu
menggelar diri mereka pejuang. Entah apa yang mereka perjuangkan pada masa
sekarang. apa yang jelas, perjuangan mereka itu adalah untuk kepentingan diri, keluarga,
kroni, kelompok dan para penyokong tegarnya. Perjuangan mereka adalah perjuangan
palsu. Membina impian palsu. Memberi janji palsu. Keluar dari landasan perjuangan asal
24 - 33
Tatkala Pensil Tumpul Ladjalaut Diraut
pemimpin terdahulu untuk membina parti baru yang palsu yang ketara terdiri dari orang-
orang kecewa, para penggunting dalam lipatan dan mereka yang bernafsu besar untuk
segera berkuasa sehingga perjuangan asal dibelakangkan. Pejuang masa kini adalah
pejuang Oportunis. Pejuang lebih banyak politiking dan membina tembok pemecahbelah
berbanding usaha mengukuhkan agama, bangsa dan negara.

Pejuang masa kini tidak teguh pendirian. Apabila hasrat mereka tidak tertunai maka
mulalah mereka keluar membina kelompoknya sendiri. Pejuang kini adalah pejuang
murahan yang perjuangan mereka boleh dibeli dengan wang ringgit. Pejuang yang
mengutamakan ‘profit’ dan ‘benefit'. Jika ada pemberian keutamaan lebih kepada
sejauhmana pengambilan kuasa, pengekalan kuasa dan pengimplementasian kuasa dapat
dilaksanakan untuk jangkamasa panjang. Pejuang kini adalah pejuang ‘Tujuan
Menghalalkan Segala Cara’ dan bukannya perjuangan berpaksikan Rabbaniyah,
Syumuliyyah, Alamiyyah, Waqiyyah, Thabat dan Murunah.

Dalam keadaan tertentu, pejuang kini sanggup menggadai maruah dan malah agama,
bangsa dan negara demi kepentingan pejuangan politik yang sempit. Mereka sanggup
bersekongkol dengan musuh untuk mencapai tujuan politik. Mereka juga lebih
mementingkan diri berbanding kepentingan ummah. Inilah realiti yang menyebabkan
mereka sebenarnya tidak layak dinamakan pejuang. Mereka adalah PETUALANG.
Petualang dapatlah diertikan sebagai “orang yang berusaha memperoleh sesuatu dengan
cara menekat (tidak jujur dan sebagainya).” Dalam politik, ia dikenali sebagai 'Real
Politics'.

Realitinya, pejuang masa kini hidup dalam limpahan kemewahan, memiliki harta-harta
dalam negeri dan luar negeri, selalu melancong untuk menghilangkan tekanan, lengkap
dengan pemandu dan pengawal peribadi dalam kereta mewah, memiliki aset, saham,
liabiliti, alokasi dana dan seumpamanya. Mereka juga hidup dalam hedonisme dan
kemewahan melulu dan dikelilingi oleh hiburan-hiburan nyata dan maya.

Petualang itu lebih mengutamakan kelompok minoriti yang terdiri daripada kelompok
penguasa sesama mereka. Perjuangan 'Pejuang Palsu' adalah untuk merebut kuasa,
mengimplementasi kuasa, mengabsahkan kuasa dan mengekalkan kuasa manakala
rakyat dijadikan kuda tunggangan atau bahan eksperimen pelaksanaan dasar mereka
yang sering berubah-ubah tergantung kepada bagaimana kuasa dapat dikukuhkan.

Perjuangan masa kini adalah perjuangan populariti. Para ‘Petualang’ kebanyakannya


merupakan golongan POPULIS. Bagi mempertahan kuasa, para ‘Petualang’ sanggup
menjadi SESUMPAH, berubah-ubah kata, tindakan dan fikiran mengikut suasana. Mereka
tanpa dosa memperguna ‘State Apparatus’ untuk kononnya kepentingan negara padahal
ia adalah untuk mempertahan kelompok penguasa. Para ‘Petualang’ ini mempunyai
hubungan intim dengan golongan kapitalis, industrialis, pemaju dan seumpamanya serta
saling merebut peluang untuk menimbunkan kekayaan bagi menampung perbelanjaan
gaya hidup mewah.

‘Petualang’ lebih berbahaya dari Pedjoeang kerana mereka memiliki daya penyamaran
tinggi dan didokong oleh ‘State Apparatus’. Keutamaan ‘Pedjoeang’ adalah Tuhan, bangsa
dan negara sedangkan ‘Petualang’ lebih mengutamakan kuasa, kekayaan, keuntungan
25 - 33
Tatkala Pensil Tumpul Ladjalaut Diraut
dan kelompok yang mendokong cita-cita untuk terus memegang kuasa itu. Dalam
keadaan inilah mereka sanggup menciptakan semua yang bersifat palsu untuk
mewujudkan pergantungan rakyat terhadap kelompok ini.

Dalam kes berat, para ‘Petualang’ sanggup memperguna negara dan menjadikannya
sebagai ‘Kleptokrasi’ sehingga memeras dan menyusahkan rakyat. Alat mereka tentulah
media massa khususnya teknologi ‘Cyber’ dan sumber kewangan mereka ialah kapitalis
manakala pelaksana cita-cita ialah teknokrat, birokrat, industrialis, kontraktor, pemaju dan
seumpamanya sedangkan perancang ialah ‘think tank’ yang digaji khusus yang
merancang agenda-agenda serta isu-isu palsu untuk mengalihkan perhatian rakyat dari isu
lebih penting melibatkan maslahat ummah.

Manakala untuk propaganda mereka melatih para ‘cyber trooper’ untuk mencandu dan
menimbulkan kekeliruan disengaja’ untuk memesong persepsi masyarakat. ‘Petualang’
juga rajin menjadikan media massa bagi menyuguh hiburan dalam bentuk ‘soap opera’,
sukan yang berlambak, gaya hidup mewah, budaya konsumeris, trend generasi muda
yang hidup bebas, pesta-pesta, budaya gajet dan nilai-nilai individualistik vs lawan arus.
Tujuannya agar rakyat menjadi leka, menyediakan ‘Escapism dan lupa pada realiti
kehidupan yang sebenar manakala kelompok penguasa dan ‘Super Structure’ terus
menggerodok dan mengumpul kekayaan untuk kelompok mereka!

Demikian sedikit gambaran tentang ‘Pedjoeang’ Vs ‘Petualang’. Realiti masa kini di zaman
ICT, Globalisasi dan ‘Post Industrial Society’ dogma dan pertentangan idealisme antara
‘Pedjoeang’ dan ‘Petualang’ sedang menuju ke arah klimaks. Persoalannya, mampukah
kita memilih mana kaca mana permata? Mampukah kita mengenalpasti mana ‘Pedjoeang’
yang tulen dengan ‘Petualang’ yang sudah menjadi Chameleon? Tepuk dada tanya diri
sendiri.

Nazeka Kanasidena
Kg. Bubul Lama, Simporna
14 Januari 2020

Tatkala Pensil Tumpul Yang Diraut (Edisi X)

SEKOLAH, KETRAMPILAN DAN KEPEMIMPINAN: Sebuah Telaah Introspeksi

Bismillahirahmanirrahiim

“Berpikirlah sebelum menentukan suatu ketetapan, atur strategi sebelum menyerang, dan
musyawarahkan terlebih dahulu sebelum melangkah maju kedepan.” Imam Syafi’i.

Sekolah adalah ujana ilmu. Sekolah adalah medan permainan akal fikir. Sekolah adalah
arena pergelutan kenangan-kenangan dan harapan-harapan. Sekolah adalah perigi
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah. Sekolah adalah padang ragut ilmu
pengetahuan kepada domba-domba muda yang dahagakan makanan zahir dan batin
untuk tumbesaran ke arah menjadi Insanul Kamil. Sekolah adalah lautan cinta bagi yang
mendambakan alam remaja penuh suasana ceria. Tak ada yang buruk dan hodoh di
sekolah kecuali kita sendiri memiliki sifat-sifat mazmumah.
26 - 33
Tatkala Pensil Tumpul Ladjalaut Diraut

Mengurus sekolah sebenarnya mudah. Ia bagai mengurus sebuah rumahtangga kecil.


Sebagai salah satu batu bata dalam bangunan tamadun bangsa, sekolah sejak manusia
mengenal ilmu pengetahuan, membaca, menulis dan mengira serta menaakul maka
sekolah jugalah wahana ke arah kemenjadian murid. Mengurus warga sekolah sama
seperti mengurus kabinet di dalam sebuah dapur rumah. Perkara paling penting ialah
telus, jujur, amanah, bertanggungjawab, penuh akauntabiliti, profesional dan berwawasan.

Mungkin ada kebenaran kata-kata bahawa mengurus sumber manusia seribu kali lebih
sukar dari mengurus 1000 ekor lembu. Lembu dapat diurus cukup dengan menggajikan
tiga atau empat ekor anjing untuk menghalau kawanan lembu. Manakala manusia tidak
sedemikian. Kata Buya HAMKA, “Sepuluh EKOR LEMBU SAMA BESAR, SAMA BERAT, SAMA
UMUR maka tentulah sama dari segi kekuatannya dan harganya pun tentu sama! Akan
tetapi sepuluh orang manusia tidak akan sama nilai, pandangan, ketrampilan dan
pengalamannya. Itu jugalah yang menentukan nilai keperibadian seseorang di mata
masyarakat.”

Semakin besar organisasi, semakin berat dan besar juga ancaman keterpurukannya.
Organisasi yang diurustadbir oleh orang yang lemah, sembreno, kurang akal, kurang
pengalaman dan tiada ketrampilan akan hanya menyebabkan organisasi itu jatuh. Walau
pun seorang pemimpin mengetuai organisasi itu seorang yang bijaksana dan berwawasan,
jika orang bawahannya adalah bongok, tongong, lamban, culas, bejat dan tidak
kompetent maka hancur jugalah organisasi itu.

Mungkin ini tidak berlaku dalam pentadbiran awam kerana urusan pengambilan pekerja
adalah ketat dan melalui proses bertingkat dan kompleks. Namun dalam parti politik dan
pentadbiran kerajaan negeri misalnya, keadaan ini boleh membahayakan survival parti
dan kerajaan negeri. Ini disebabkan, pengambilan warga pekerja parti dan kerajaan
negeri selalunya bersandar pada kekananan dan perjuangan dalam parti selain kerana
jasa dan sumbangan mereka. Akibatnya, boleh berlaku ketirisan.

Di peringkat sekolah, setiap warga mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-


masing. Bermula dari pelajar yang tugasnya belajar dan menuntut ilmu sampailah kepada
AKS yang membantu kerja-kerja perkeranian, kontraktor pembersihan yang memungut
dan membersihkan sampah secara berkala di blok-blok tertentu manakala pihak sekuriti
yang menjaga keselamatan fizikal sekolah pada keseluruhannya.

Guru-guru tugasnya tentulah menngajar, membimbing dan menjadi pemudahcara kepada


pelajar dalam proses pdp manakala UBK membantu menyelaras program berkenaan
kerjaya, sesi kaunseling dan program motivasi. PIBG pula ditugaskan untuk
mengendalikan hubungan timbalbalas antara ibubapa dan pihak sekolah manakala
Pengetua dan Penolong Kanan serta Ketua Panitia dan Ketua Bidang masing-masing sudah
diberi garis panduan berkenaan tugas dan skop tugas masing-masing. Dalam semua
urusan, SOP adalah utama dipatuhi walau dalam apa keadaan sekali pun kerumitan yang
timbul, Konflik dapat dielakkan jika SOP dipatuhi. Visi dan Misi sekolah pula digariskan
agar wujud satu panduan konkrit sebagai landas pemikiran, tindakan dan keputusan yang
sekaligus selari pula dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

27 - 33
Tatkala Pensil Tumpul Ladjalaut Diraut
Semua ini jika diselaraskan akan menghasilkan iklim sekolah yang kondusif. Apalagi jika
sekolah itu selesa, cantik, bersih, banyak kemudahan disediakan dan mesra pelajar.
Sekolah yang sakit ialah sekolah yang dari pentadbir sampai pelajarnya adalah
bermasalah. Sekolah yang tenat ialah sekolah yang tidak ada daya saing, tidak bergerak
ke hadapan, lambat menerima maklumat dan tidak responsif. Sekolah yang rusak ialah
sekolah yang bangunannya sudah tidak boleh dipakai manakala warga sekolah terpaksa
menumpang di sekolah lain!!!!!

Hakikatnya, mengurus manusia memerlukan kepimpinan sentiasa peka dengan


persekitaran dan dapat menyuguhkan pilihan terbaik untuk keselesaan semua warga.
Dalam era ICT, Globalisasi dan Post Industrial Society, kekangan sebenarnya hampir tidak
wujud kerana semua maklumat berada di hujung jari. Tinggal saja alokasi peruntukan dari
pihak kerajaan dimanfaatkan sebaikmungkin untuk menjana sebarang aktiviti berfaedah
ke arah mencapai visi dan misi tersebut. Kepimpinan tidak boleh terlalu RIGID, STATIK dan
terlalu BERGANTUNG PADA PEKELILING. Ada waktunya pengubahsuaian diperlukan dan
tafsiran kebolehurusan itu dipermudahkan.

Apabila urusan manusia yang rumit dipermudahkan dengan tidak mengubah tujuan dan
niat yang positif maka akan mudahlah semua urusan. Tentunya ini dengan tidak
membelakangkan peraturan umum yang digunapakai. Di mana ada lompang untuk
kepimpinan menggunapakai tafsiran dan melaksanakan bidangkuasanya maka di situlah
letaknya kemahiran memimpin. Urusan manusia perlu dipermudahkan manakala birokrasi
seharusnya menjadi tangga untuk mencapai kejayaan dan kemaslahatan bukannya
banjaran sulit berceracak dan lecak sehingga menyusahkan rakyat!

Selagi fikiran jumud, taklid dan ortodoks dipelihara oleh manusia maka selagi itulah tidak
akan ada kemajuan dicapai. Sikap ‘Pessimis’ perlu dibuang walau pun dalam beberapa
keadaan, pandangan negatif itu perlu bagi menjelaskan kemungkinan-kemungkinan bakal
timbul. Itu sebab musyawarah diperlukan. Namun bukan semua urusan perlu
dimusyawarahkan. Ada ketikanya pihak kepimpinan harus mengambil keputusan ad hoc,
keputusan drastik untuk nanti ditambahbaik di masa hadapan. Yang utama: ADA IDEA,
BERLAKU PROSES MERANCANG, PARA 'THINK TANK' BERFIKIR DALAM KONTEKS SWOT,
BERTINDAK SEGERA, MEMANTAU SENTIASA, MENYELENGGARA DALAM JEDA MASA DAN
KONSISTEN sehingga wujudlah kerja bermutu yang dapat diandalkan kualiti dan
kuantitinya.

Nazeka Kanasidena
Bilik Pentadbiran Sidang Petang, SMKTS
14 Januari 2020

Tatkala Pensil Tumpul Yang Diraut (Edisi XI)

SEJARAH AWAL PERPECAHAN UMAT ISLAM - Satu Himbauan Semula dan Perkongsian
Iktibar

“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu
bercerai-berai:, (QS. Al Imran: 103)
28 - 33
Tatkala Pensil Tumpul Ladjalaut Diraut

Bismillahirrahmanirrahiim

Jika lahirnya Nabi Muhammad saw sebagai rahmat kepada seluruh penduduk bumi maka
turunnya al-Quran adalah sebagai petanda bermulanya kehancuran assabiyah,
kekejaman terhadap kemanusiaan, berakhirnya ketidakadilan terhadap wanita dan kanak-
kanak, terhapusnya dendam dan pertumpahan darah dan bersinarnya cahaya nilai-nilai
mahmudah. Manakala dengan wafatnya Rasulullah maka berakhirlah ‘nubuwwah’ dan
risalah kenabian. Tidak ada lagi nabi selepas aku, menurut sabda baginda. Tidak ada lagi
pembentukan agama baharu kerana Islam sudah menyempurnakan semua agama
samawi sejak Nabi Adam as sampailah kepada agamanya Bani Israel dan kitab-kitab
seperti Taurat, Zabur dan Injil telah sekali lipat dalam al-Quran.

Namun tugas mentadbir dan mengurus umat Islam tidak berakhir dengan kewafatan
Rasulullah. Umat Islam yang baharu saja muncul itu harus ditadbir dan diselia seupaya
mungkin agar tidak punah dari muka bumi sebagaimana agama-agama dan umat-umat
terdahulu. Terdengar sahaja berita Rasulullah wafat, terdapat tiga golongan waktu itu.
Golongan pertama para kerabat Rasulullah dikenal sebagai Ahlul Bait yang sedang sibuk
menguruskan jenazah Rasulullah iaitu Saidina Ali ra, Saidina Abbas bin Abdul Muttalib,
Miqdad bin Aswad, Fadil bin Abbas dan Salman al Farisi. Golongan kedua ialah majoriti
sahabat yang hadir di sekitar rumah Rasulullah untuk turut berkabung. Mereka
menghormati keluarga Rasulullah dan membiarkan urus mengebumikan jenazah manusia
agung itu dalam kalangan keluarga terdekat. Golongan ketiga ialah kaum Ansar yang
sedang sibuk di Dewan Bani Saidah memikirkan siapakah bakal pengganti Rasulullah dan
mereka mencalonkan Saad Bin Ubadah.

Golongan keempat ialah tokoh-tokoh yang Islam di kulit sahaja namun masih tebal
semangat jahiliyah. Mereka ini mulai berusaha menolak ajaran Islam dan kembali kufur.
Malah ada yang memerangi Islam dan mendakwa diri sebagai nabi. Mereka termasuklah
Musailamah al Khazzab (nabi wanita), Al Aswad Al Ansi dan sekutu-sekutunya. Golongan
kelima adalah orang-orang Arab sama ada Hadhari atau Badwi yang berada di seluruh
jazirah Arab. Lima golongan ini hidup pada waktu kewafatan Rasulullah dalam satu ikatan
yang agak longgar. Pusat pemerintahan waktu itu ialah di Madinah manakala Makkah
sebagai pusat peribadatan.

Dengan firasat jauh Saidina Umar ra akhirnya peristiwa pemilihan khalifah di Dewan Bani
Saidah berjaya diselesaikan apabila Saidina Umar ra mencadangkan Abu Bakar as Siddiq
sebagai khalifah, lengkap dengan hujah-hujah pembelaannya bahawa Allah swt melalui Al
Quran telah mengutamakan Suku Quraish berbanding suku-suku ARab yang lain yang
menyebabkan golongan Ansar terpkasa akur.

Dengan perlantikan Khalifah Abu Bakar sebagai peneraju umat maka bermulalah Zaman
Khulafaur Rasyidin. Empat orang khalifah dengan segala keistimewaan, cabaran, jasa dan
kelanggengan masing-masing berjaya membawa umat Islam hidup dalam nilai-nilai
keIslaman yang murni sebagaimana digariskan oleh al Quran dan sunnah Rasulullah.
Hampir semua sejarawan menganggap bahawa Zaman Rasulullah dan Zaman Khulafaur
Rasyidin merupakan dua zaman pertumbuhan, pengukuhan dan keemasan fasa pertama
bagi Umat Islam. Pada kedua-dua zaman inilah Islam yang kita kenali hari ini asasnya
29 - 33
Tatkala Pensil Tumpul Ladjalaut Diraut
dibina. Para sahabat Rasulullah benar-benar mendalami, menjiwai dan mempraktikkan
apa yang terkandung di dalam al Quran dan apa yang disunnahkan oleh Rasulullah.
Perkembangan ekonomi, peningkatan taraf sosial dan perluasan kuasa serta empayar
Islam bermula pada kedua-dua zaman ini sebenarnya.

Bagaimanapun tahun-tahun terakhir pemerintahan Khalifah Uthman penuh dengan


gejolak politik dan bibit perpecahan yang membawa kepada pembunuhan khalifah yang
telah tua itu. Muawiyah Bin Abu Sufian selaku gabenor di Syam telah memusatkan gerakan
pembelaannya di Damsyik dan menuntut Khalifah Ali Bin Abi Talib yang berkuasa saat itu
untuk menuntut balas terhadap para pembunuh. Keadaan menjadi lebih kacau apabila
munculnya golongan menangguk di air keruh. Syaidatina Aisyah buat kali pertama
memerangi Khalifah Ali dalam Perang Jamal meskipun telah dinasihatkan jangan berbuat
demikian.

Beliau bersama sepupunya Abdullah Bin Zubair, Talhah bin Ubaidullah dan Zubair al
Awwam dan mengalami kekalahan sedangkan Muawiyah bersikap tunggu dan lihat.
Apabila peluang tiba, beliau memerangi Khalifah Ali dan berlakulah Perang Siffin yang
diakhiri dengan Rundingan Tahkim namun tidak berjaya meredakan ambisi Muawiyah
untuk merebut kekuasaan dari khalifah. Dengan pembunuhan khalifah Ali dan diikuti oleh
peristiwa Karbala dan terbunuhnya Saidina Hassan, maka berakhirlah zaman Khulafaur
Rashidin dan diganti oleh kekuasaan Dinasti Umayyah yang memerintah selama 90 tahun.

Terdapat banyak faktor yang membawa perpecahan kepada umat Islam selepas zaman
Khulafaur Rashidin. Paling penting ialah usaha menghidupkan perangai jahiliyah iaitu
semangat ‘assabiyah’ khususnya di kalangan para pemimpin Bani Umaiyyah. Sebelum itu
pun pada zaman Khalifah Abu Bakar, telah muncul golongan Ar-Riddah iaitu para nabi
palsu dan mereka yang tidak mahu membayar zakat atas alasan Rasulullah sudah wafat.
Selepas pembunuhan Saidina Ali, terdapat banyak golongan yang muncul dan berusaha
menegakkan kedudukan mereka. Ini termasuklah golongan Pro Ansar dan Pro Quraisy.
Abdullah Bin Saba misalnya telah menggagaskan konsep Ahlul Bait dan menyebarkan
propaganda bahawa Rasulullah telah bersabda tentang perlunya kepimpinan diwariskan
kepada keturunannya melalui Fatimah. Dari sinilah munculnya Syiah dengan segala
sektenya dan kemudian melahirkan pula Khawarij diikuti oleh Murjiah dan berpuluh-puluh
lagi golongan lain.

Apabila Dinasti Umayyah muncul, beberapa dasar dan kebijakan para pemimpinnya telah
semakin jauh dari semangat Islam. Meskipun wujud perpaduan dan para sahabat di
Mekah, Madinah dan kota-kota Islam lain memberi ‘bai’ah’ secara ‘paksarela’ namun
gerakan untuk menjatuhkan dinasti ini merupakan duri dalam daging yang membawa
kepada kejatuhan dinasti tersebut. Kemunculan gerakan Abu Muslim al Khurasani telah
mengakhiri Dinasti Umayyah dan Abu Abbas as Saffah muncul di langit Baghdad menjadi
pengasas Dinasti Abbasiyah bersama Abdul Rahman Ad Dakhil saingannya sebagai
pengasas dan penerus Dinasti Umaiyyah di Cordova, Spanyol.

Nampaknya, dalang di balik semua perpecahan ini adalah ambisi politik individu dan
persekitaran yang penuh dengan kekacauan. Apa yang jelas, keputusan drastik dan tegas
dari pihak kepimpinan telah menyelamatkan Islam selepas kewafatan Rasulullah. Saidina
Umar merupakan pahlawan bagi semua kecakapan itu. Dialah yang mematahkan hasrat
30 - 33
Tatkala Pensil Tumpul Ladjalaut Diraut
kaum Ansar untuk menjadi pengganti Rasulullah. Dialah yang mencadangkan perang Ar
Riddah melawan orang murtad dan dia juga yang mencadangkan pembukuan Al Quran
walaupun Rasulullah tidak pernah melakukannya. Umar berjaya menyelamatkan umat
Islam daripada perpecahan baik sebelum menjadi Khalifah mahupun sesudah mempunyai
‘wewenang’ selama 12 tahun memerintah umat.

Sesungguhnya kebijaksanaan pemimpin, kekuatan fondasi politik dan sifat toleransi telah
menyebabkan umat bersatu disamping keimanan yang teguh serta rasa ukhwah dalam
sebuah Ummah. Perlahan-lahan nilai keimanan mulai luntur dan umat Islam semakin
meluas penyebarannya. Apa pun keadaan yang telah berlaku, sejarah nampaknya penting
untuk ditelusuri dan dipelajari bagi mengambil iktibar dan intisarinya demi kelangsungan
umat Islam.

“dan bahwa (yang Kami perintahkan) ini adalah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah dia;
dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), karena jalan-jalan itu mencerai-
beraikan kamu dari jalan-Nya” (QS. Al An’am: 153)

Nazeka Kanasidena
Gerai No.16, Pasar Umum, Simporna
17 Januari 2020

Tatkala Pensil Tumpul Yang Diraut (Edisi XI)

KEMELUT POLITIK SABAH SEHINGGA TAHUN 1975: Sebuah Kenang-Kenangan Sejarah


‘Tangan Ghaib’ di Sabah.

Tidak ada negeri di Malaysia yang lebih bergolak dan sukar diramal perkembangan
politiknya selain Negeri Sabah. Negeri yang dikenal sebagai Borneo Utara pada zaman
kolonial ini telah ditadbir oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBBU) yang diketuai oleh
seorang Gabenor dengan hanya beberapa orang pegawai tidak sampai 30 orang untuk
sebuah wilayah seluas lebih 33,000 kilometer persegi. Selepas perang Jepun, Sabah dan
Sarawak telah diserahkan kepada Kerajaan British untuk ditadbir dan bagi memulihkan
keamanan serta pembangunan di kedua negeri itu. Ketika itu, British tidak berhasrat
menyatukan Semenanjung Tanah Melayu dengan empat buah negeri jajahannya yang lain
iaitu Singapura, Brunei, Sabah dan Sarawak. Oleh itu ketika Persekutuan Tanah Melayu
merdeka pada tahun 1957, empat buah negeri jajahan British itu masih lagi dijajah. Enam
tahun selepas itu, baharulah ada cadangan memasukkan Sabah, Sarawak dan Singapura
ke dalam apa yang dikenali sebagai Persekutuan Malaysia dengan jaminan keempat-
empat negara itu merdeka dahulu sebelum memasuki Malaysia.

Kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia telah memulakan banyak perkara.
Paling penting ialah usaha kerajaan Persekutuan untuk mengukuhkan cengkamannya ke
atas dua negeri yang kaya hasil bumi dan berhutan tebal itu. Dengan alasan integrasi
wilayah, pembangunan mapan dan dasar hidup dalam sebuah negara persekutuan, Kuala
Lumpur telah terlibat sepenuhnya dalam percaturan politik di Sabah manakala Sarawak
kekal dengan semangat jual AGI IDUP AGI NGLABAN untuk menentukan masa depannya
sendiri meski pun masih di dalam Malaysia.
31 - 33
Tatkala Pensil Tumpul Ladjalaut Diraut

Sabah adalah negeri yang paling sering bergolak perkembangan politiknya. Sehingga
tahun 1994, tidak kurang dari 30 buah parti politik diwujudkan dan memainkan peranan
penting dalam menyemarakkan semangat berpolitik di negeri Bawah Bayu itu. Dimulai
oleh UNKO, USNO, PASOK-MOMOGUN, UPKO, sehinggalah kemunculan PBS, Negeri
Sabah sering dilanda pelbagai kemelut politik.

Pada awal penubuhannya, asas penubuhan parti-parti di Sabah adalah tidak kukuh malah
terburu-buru bagi menyokong penubuhan gagasan Malaysia yang hangat waktu itu. Di
sebabkan hal ini, setiap parti yang ada dalam perikatan masih memperjuangkan hak
kaum masing-masing. Dalam tiap-tiap parti ini masih wujud perasaan perkauman yang
terlalu tebal yang lebih berpihak kepada kepentingan kaum masing-masing misalnya
UNKO untuk orang Kadazan, USNO untuk Bumiputera Sabah yang beragama Islam dan
SCA pula untuk orang Cina .

Bagaimanapun Perikatan Sabah telah membentuk kerajaan selepas memenangi


pilihanraya secara langsung menerusi ”Residency Electoral Colleges” yang di adakan pada
bulan Mac 1963. Pilihanraya ini di adakan bertujuan untuk memilih calon menduduki
Majlis Dewan Undangan. Dalam pilihanraya tersebut, USNO menang 8 kerusi,UNKO 5
kerusi, SANAP 4 kerusi dan PM 1 kerusi. Dalam kerajaan baru ini British dan semua ahli
perikatan bersetuju untuk memilih Donald Stephens sebagai Ketua Menteri. Kalau di lihat
melalui pemilikan jumlah kerusi, Tun Mustapha lebih layak menjadi Ketua Menteri tetapi
Tun Mustapha mengalah dan memberi peluang kepada Donald Stephens dan memegang
jawatan sebagai Yang Di-pertua Negeri dan nampak lebih adil untuk mengurangkan
ketegangan antara bumiputera Islam dan bukan Islam. Namun ada juga mengatakan
bahawa Tun salah tanggapan pada jawatan Yang di-Pertua. Beliau menyangka jawatan ini
sama seperti Gabenor pada zaman British. Tetapi sangkaan beliau ini adalah sebaliknya.
Kedudukan beliau sangat terkongkong dalam politik kerana semua kuasa pentadbiran
Sabah di pegang oleh Donald Stephens. Ini menyebabkan beliau enggan berkerjasama
dengan Donald Stephens lalu melemahkan kedudukan perikatan yang dibentuk pada
tahun 1962-1967 itu.

Ketegangan yang berterusan antara USNO dan UPKO ini telah memberi keuntungan
kepada orang Cina. Hal ini bertambah rumit apabila Kerajaan Pusat campur tangan dan
memaksa Donald Stephens meletak jawatan. Apabila Donald Stephens meletak jawatan
dan memegang Menteri Hal-Ehwal Sabah, jawatan Ketua Menteri telah di sandang oleh
Peter Lo dari SCA. Parti UPKO berasa kecewa dengan tindakan USNO/SCA dan Kerajaan
Persekutuan kerana mereka beranggapan bahawa perlantikan Peter Lo ini akan menjadi
laluan kepada Tun Mustapha untuk menjadi Ketua Menteri selepas itu. Ini menyebabkan
UPKO bertindak meminta supaya kemasukan Sabah ke Malaysia di kaji semula namun di
tolak oleh Tunku Abdul Rahman dan ini menyebabkan Donald Stephens mahu
b e r k e r j a s a m a d e n g a n S i n g a p u r a u n t u k m e n u b u h k a n Pe r s e k u t u a n 3 S
(Singapura,Sabah,Sarawak).

Tindakan Donald Stephen ini dianggap satu ancaman kepada Tunku dan menyebabkan
Tunku menekan perikatan Sabah supaya menggugurkan jawatan pemimpin UPKO ini.
Untuk kepentingan penyokong UPKO, Donald Stephens dan Peter Mojuntin meletak

32 - 33
Tatkala Pensil Tumpul Ladjalaut Diraut
jawatan dan kedudukan UPKO dalam perikatan semakin lemah. Dalam hal ini, ‘Tangan
Ghaib’ Persekutuan telah campurtangan dalam politik Sabah secara tidak langsung.

Pada bulan Disember 1967, UPKO di bubarkan kerana Donald Stephens merasakan
pengaruh beliau dan UPKO semakin lemah kerana hampir semua rancangan beliau
gagal. Ini di tambah lagi apabila seorang demi seorang ADUN UPKO melompat parti
kerana kedudukan mereka lebih terjamin dan mendapat keistimewaan. Setelah UPKO di
bubarkan, USNO menguasai Sabah semula dan ia di sambut baik oleh Tunku dan Tun
Mustapha. Ekoran dari itu, Donald Stephens dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia
di Australia.

Dengan pembubaran UPKO dan ketiadaan Donald Stephens dalam politik Sabah telah
meredahkan suasana ketegangan politik Sabah dan Sabah dapat menumpukan
sepenuhnya perhatian kepada pembangunan negeri Sabah. Pada waktu inilah Syed Kechik
muncul di bawah kolong langit politik Sabah dan Tun Mustapha bermaharajalela dalam
politik dengan dokongan pemimpin seperti Harris Salleh, Said Keruak, Sakaran Dandai
dan ramai lagi tokoh-tokoh pemimpin Sabah yang beragama Islam. Tidak lama sesudah
itu, Harris Salleh pula bersama Donald Stephen menubuhkan Parti Berjaya (1975) dengan
dokongan sulit dari Tun Razak untuk menumbangkan USNO pimpinan Tun Mustapha yang
kononnya mulai dilihat sebagai seorang ‘Diktator’. Sekali lagi ‘Tangan Ghaib’ Persekutuan
meramas tubuh politik Sabah.

Sesungguhnya, era awal kemerdekaan Sabah dan campur tangan Persekutuan dalam
politik Sabah merupakan bukti adanya usaha terperingkat, tersusun dan rahsia Malaya
untuk terus mengukuhkan cengkaman ke atas negeri yang kaya hasil bumi ini.

Nazeka Kanasidena
Kg. Bubul Lama, Jalan Kabogan
18 Januari 2020

33 - 33

Anda mungkin juga menyukai