Anda di halaman 1dari 4

ULASAN ARTIKEL

NAMA PELAJAR : HAZRIN NAIM BIN HAZNULIZAM (2023627764)


MAKLUMAT ARTIKEL: Jonit, Azrina (2004) Keperluan dalam pendidikan moral untuk menghadapi cabaran
era pasca modenisme. In: Seminar Antarabangsa Nilai dalam Komuniti Pasca Modenisme (SIVIC 2004), 4-6
September 2004, Hotel City Bayview Langkawi.

BAHAGIAN A: HURAIAN RINGKAS KESELURUHAN ARTIKEL

Berdasarkan pemahaman saya daripada artikel ini, penulis cuba untuk membahaskan tentang keaslian sifat
moral sesorang tersebut dan juga mengenal pasti keperluan dalam pendidikan moral untuk membentuk insan
yang cukup bermoral dan sesuai lebih lebih lagi di dalam konteks masyarakat majmuk yang berbilang kaum
dan bangsa di negara Malaysia. Penulis juga membincangkan bahawa isu masalah moral atau kes – kes
serius dan kes juvenil di antara masyarakat akan sentiasa dijadikan bahan untuk dibahas diantara para pemikir
pendidikan.

Dengan itu, penulis mula membincangkan tentang asas keperluan dalam pendidikan moral yang sesuai dan
berkesan dengan baik untuk diterapkan dalam diri masyarakat di dalam era pasca modernism ini. Antara
contoh asas keperluan dalam pendidikan moral yang dapat diungkap dari artikel tersebut adalah, penulis
mengulas bahawa insan yang bermoral itu haruslah melakukan sesuatu itu dengan sebuah alasan yang
munasabah dan mempunyai sebab yang baik dan membolehkan insan tersebut melakukan sesuatu. Maksud
daripada petikan isi artikel tersebut adalah untuk menyuarakan bahawa seseorang insan tidak akan menjadi
bermoral hanya dengan ilmu pendidikan moral, akan tetapi aspek – aspek lain yang bukan ilmu pendidikan
moral juga memberi impak.

BAHAGIAN B : ULASAN PELAJAR

Isu utama yang telah dibangkitkan ataupun yang telah diutarakan oleh penulis di dalam artikel ini adalah
tentang keperluan dan cabaran dalam pendidikan moral. Lebih spesifik lagi, seperti yang tertera di tajuk artikel,
keperluan yang diperlukan di dalam pendidikan moral di kalangan masyarakat majmuk di Malaysia untuk
menghadapi cabaran atau kesukaran di era pasca modenisme di mana bilangan kes – kes kesalahan dan
juvenil yang meningkat di antara golongan belia seperti yang dilaporkan oleh media.

Pada pendapat saya, isu yang dibahaskan oleh penulis di dalam artikel ini adalah sebuah isu yang sangat
menarik. Isu ini menarik kerana ia membincangkan bagaimana pendidikan moral mungkin membantu kita
menangani isu seperti peningkatan jenayah remaja dengan mempertimbangkan cara moral diajar dalam
persekitaran moden yang berkembang pesat. Ia mempunyai kaitan dengan dasar pendidikan dan budaya kita
lebih – lebih lagi di dalam era pasca modernisme. Bukan sekadar keperluan dalam pendidikan moral, penulis
juga membincang tentang cabaran dalam pendidikan moral yang dihadapi.

Sebagai seorang penyelidik yang menyelidik dan mengkaji artikel ini, isu yang dikemukan ini adalah sebuah isu
yang bukan sahaja penting akan tetapi isu yang wajar dikemukan dan dipandang serius. Di era pasca
modernisme ini, golongan belia semakin memandang remeh tentang isu pendidikan moral dan akhlak.
Pendidikan moral dan akhlak merupakan satu elemen yang memainkan peranan penting dalam membentuk
belia yang cemerlang dan berakhlak mulia.

Berdasarkan isi kandungan artikel tersebut, saya bersetuju dengan hasil dapatan kajian artikel ini kerana isu ini
membincangkan tentang bagaimana cara untuk menanggani masalah moral bukan sahaja di dalam kalangan
belia, tetapi juga di dalam kalangan masyarakat majmuk. Penulis juga berjaya untuk membuktikan bahawa isu
pendidikan moral dan akhlak ini tidak semestinya dapat dipupuk hanya dengan mempelajari pendidikan moral,
akan tetapi ia juga dapat dipupuk daripada kehidupan harian dan mewujudkan prinsip tersendiri di dalam hidup
untuk menjadi insan yang lebih rasional dan bermoral.

Persoalan bagi kajian yang dibuat oleh penulis telah terjawab. Secara tidak langsung, di dalam artikel tersebut
penulis telah menyatakan keperluan yang perlu ada demi memupuk nilai – nilai moral di dalam diri seorang
insan dan pada masa yang sama juga, penulis menyatakan juga cabaran pendidikan moral yang akan dihadapi
di era pasca modenisme ini. Penulis juga menekankan kesimpulan bahawa adalah penting bagi setiap pendidik
moral untuk memahami ini dengan jelas, terutamanya untuk mengaplikasikannya sebagai keperluan asas
dalam pendidikan moral, bertujuan untuk membantu pembangunan insan yang holistik, harmoni, dan
bersepadu dalam segi intelek, emosi, kesihatan fizikal, dan rohani.

Dalam hal ini, penulis tidak menyatakan apa apa jenis metodologi kajian yang digunakan di dalam kajian ini,
akan tetapi penulis menggunakan kepelbagaian jenis sumber rujukan untuk menyokong kajian yang dibuat
oleh beliau untuk memperkukuhkan lagi isi kandungan artikel.

Daripada pemahaman dan kemahiran saya di dalam sosiologi, etika, dan moral saya yakin dan percaya akan
artikel ini atas sebab – sebab tertentu dan muhasabah. Berdasarkan tajuk artikel tersebut, mungkin akan
tertimbul tanda tanya dan ketidakfahaman maksud tajuk tersebut. Akan tetapi, sejurus sahaja selepas saya
membaca dan mengulang kaji artikel ini, saya dapat memahami lagi dengan lebih lanjut tentang isi kandungan
artikel ini. Selain daripada itu, sumber rujukan dan journal yang digunakan untuk dijadikan sebagai referens
kebanyakkannya adalah dipercayai dan tidak tersasar daripada haluan penyelidikan artikel ini.

Sepertimana yang telah dinyatakan, penulis mengambil langkah untuk memilih sumber rujukan yang dipercayai
dan kesemua journal atau artikel yang dijadikan sebagai sumber rujukan untuk kajian ini adalah dibuat oleh
pengkaji – pengkaji, organisasi, atau institusi yang boleh dipercayai yang membahaskan tentang sifat moral
dan pendidikan di dalam rujukan tersebut.

Pada pendapat saya, penulis ini artikel ini telah mengambil langkah yang sangat relevan untuk mematuhi etika
penyelidikan. Penulis menggunakan kajian pengkaji lain untuk menyokong dan memperkukuhkan lagi isi
kandungan dan perbahasan penulis di dalam artikel dan tidak lupa untuk sentiasa memberi referens terhadap
petikan yang diambil dari kajian penyelidik yang lain. Di sini menunjukkan penulis menghormati hak cipta
penyelidik lain.

Saya bersetuju bahawa artikel ini telah memberi kesan atau impak di dalam pemikiran saya. Sebelum
membuat kajian tentang artikel ini saya percaya bahawa hanya dengan pendidikan moral tersebut secara
tunggalnya dapat membantu dalam membentuk insan yang berakhlak dan bermoral. Akan tetapi, selepas
mengkaji artikel ini, saya telah dicerahkan oleh pendapat penulis bahawa aspek – aspek lain seperti kehidupan
luar seseorang juga memberi impak kepada moral dan akhlak seseorang insan.

Daripada pembacaan artikel ini, ia dapat membantu saya di dalam melaksanakan penyelidikan secara kuatitatif
kerana andai kata saya membuat kajian yang tajuknya berkait dengan artikel ini iaitu berkaitan dengan moral
dan pendidikan, ia dapat membantu saya dari segi sumber rujukan dan seperti yang dilihat artikel ini tidak
menggunakan sebarang kaji selidik berbentuk “survey” mungkin akan digunakan untuk saya memperbaiki cara
penyelidikan kualitatif saya di dalam masa yang akan datang.

BAHAGIAN C : PENUTUP

Sebagai seorang bakal penyelidik, apa yang telah saya pelajari dan ilmu yang telah saya dapat daripada artikel
ini adalah faktor – faktor luar daripada pendidikan moral juga memberi impak kepada bagaimana seseorang itu
berkelakuan dari segi moral dan akhlaknya.

Kajian yang telah dibuat oleh penulis di dalam artikel ini adalah satu isu yang dilepas pandang oleh ramai
masyarakat di era pasca modenisme ini. Dengan itu, kajian ini akan dapat membantu diri saya dengan
sentiasa untuk mengambil kira semua perkara yang terjadi untuk menilai moral dan akhlak seseorang insan
apabila saya membuat kajian yang berkaitan dengan pendidikan moral dan pasca modenisme.

Setelah menelaah artikel ini, hanya ada satu sahaja perkara yang mahu ditambah di dalam artikel ini. Untuk
menyokong dan menguatkan lagi isi kandungan artikel ini, menambahkan lagi metodologi kajian di dalam
artikel ini adalah satu penambahan yang akan mengukuhkan lagi artikel ini.
LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai