Anda di halaman 1dari 4

2.

0 RINGKASAN ARTIKEL

2.1 Objektif Kajian

Objektif Kajian mengenai Pandangan Sarwa dan Nilai Peradaban Melayu berdasarkan
Pantangan Anak Melayu Dan Teras Hati Budi Melayu ini adalah untuk menerangkan secara
ringkas tentang nilai etika dan peradaban dari pelbagai sudut sebagaimana yang dinyatakan
pada tajuk artikel iaitu ‘sarwa’ yang bermaksud segala atau keseluruhan. Melalui artikel ini,
kita dapat mengetahui maksud nilai, etika, dan peradaban dari sudut falsafah barat dan agama
Islam. Selain itu, artikel ini juga menerangkan tentang nilai, etika, dan peradaban berdasarkan
Pantangan Anak Melayu yang menghubungkan aspek adat Melayu dan unsur Islam.
Pandangan ini secara tidak langsung memberi pendedahan kepada kita tentang bagaimana
agama Islam mengubah pandangan sarwa berkaitan nilai, etika dan peradaban itu dilihat oleh
tokoh-tokoh falsafah terdahulu. Objektif ini adalah bertepatan kerana ia membantu kita
mengetahui dengan lebih terperinci bagaimana proses tamadun bangsa Melayu dijalankan
oleh masyarakat terdahulu yang menjadikan kita sebuah bangsa yang mempunyai tamadun
zaman kini. Jadi, objektif ini sangat relevan dari segi kandungan yang ingin disampaikan.

2.2 Tema

Tema penulisan ialah pendapat dan pandangan pengarang bagi karya yang dikarang,
manakala bagi artikel ini pandangan penulis-penulis adalah berfokus kepada pandangan nilai,
etika dan peradaban. Selain itu, penulis-penulis artikel juga berhasil memberikan huraian dari
pelbagai sudut fahaman daripada tokoh, agama dan falsafah berkenaan dengan nilai, etika dan
peradaban. Justeru, artikel ini mempunyai data dan hujah yang cukup tentang pemahaman
bagi nilai, etika dan peradaban.

Terdapat beberapa tokoh yang digunakan dalam menghuraikan pernyataan penulis-penulis


dalam artikel ini. Sebagai contoh, Syed Naquib Al-Attas iaitu cendekiawan Muslim yang
sangat tidak asing dalam bidang akademik oleh kerana ilmu yang dimiliki sangat tinggi
berkaitan dengan bidang falsafah, sejarah, metafizik dan banyak lagi. Dalam artikel ini,
disertakan penegasan oleh Syed Naquib Al-Attas mengenai peradaban iaitu “kegemilangan
peradaban Melayu itu sendiri adalah seiring dengan kegemilangan Islam di rantau ini”.

Jelaslah, pernyataan tokoh menjelaskan bahawa adaptasi unsur Islam telah mengubah sedikit
sebanyak pandangan sarwa terhadap nilai, etika dan peradaban. Penerimaan unsur Islam
dalam adat Melayu tanpa membuang nilai, etika dan peradaban Melayu yang asal
menghasilkan sebuah tamadun yang dapat dinikmati oleh masyarakat dengan aman dan
harmoni. Dengan itu, masyarakat Melayu tidak hanya mengamalkan adat yang tidak
bermanfaat sebaliknya mengamalkan adat yang berupaya mendatangkan kebaikan dan
manfaat kepada diri sendiri dan orang lain.

2.3 Teori

Berdasarkan artikel ini, penulis telah menyampaikan kandungan tersebut tidak menggunakan
pendapat peribadinya atau perasaan. Sebaliknya, terdapat beberapa teori falsafah yang
digunakan oleh penulis bagi menyokong hujahya dalam artikel ini. Sebagai contoh, teori
orientasi kognitif yang membawa maksud perilaku manusia yang aktif dan digambarkan
sebagai persekitaran yang dipersepsikan oleh seseorang itu sendiri, penyusunan kognitif yang
mencakup proses belajar, berfikir, menyelesaikan masalah dan sebagainya. Hal ini
dipengaruhi oleh keadaan biologi individu, prinsip organisasi dan keadaan yang
menghasilkan struktur asli, keperluan dan emosi seseorang. Selain itu, penulis juga
menggunakan teori aksiologi yang merupakan salah satu cabang falsafah sains iaitu
menerangkan bagaimana manusia berupaya menggunakan pengetahuan yang dimiliki.
Pencapaian teori ini ditunjukkan apabila seseorang itu mendapat faedah dan manfaat dari
pengetahuannya. Selanjutnya, tajuk yang dibawa oleh penulis bagi artikel ini sangat sesuai
untuk membuka mata para remaja mengenai nilai, etika dan peradaban oleh kerana terlalu
banyak kemasukan pengaruh budaya dari luar. Maka, amat penting bagi penulis untuk
memperbanyakkan bahan berkaitan isu ini agar dapat dijadikan panduan oleh generasi akan
datang.
2.4 Kaedah Kajian

Berdasarkan artikel yang dipilih iaitu Pandangan Sarwa dan Nilai Peradaban Melayu
berdasarkan Pantangan Anak Melayu Dan Teras Hati Budi Melayu, penulis telah
menggunakan kajian kualitatif. Kajian kualitatif ialah kajian penyelidikan yang bergantung
terhadap pandangan peserta, menanyakan soalan yang umum, mengumpul maklumat dalam
bentuk perkataan atau teks daripada peserta, menjelaskan perkataan tersebut dalam bentuk
tema dan menjalankan inkuiri dalam bentuk subjektif dan bias. Namun kajian kualitatif bagi
artikel ini dijalankan secara analisis dokumen dan perpustakaan yang memerlukan penulis
untuk merujuk kajian, artikel, buku serta bahan yang lain untuk menghasilkan karya atau
artikel yang sejajar dengan definisi kepustakaan yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan
Pustaka. Hal ini dapat dilihat dengan cara penulis menyampaikan kandungan artikel ini
menggunakan bahan-bahan rujukan yang sahih dan jelas.

2.5 Hasil Kajian

Hasil kajian merupakan gambaran terhadap objektif kajian yang telah dibuat. Oleh itu, hasil
kajian terjawab. Penulisan artikel ini mempunyai huraian yang jelas mengenai nilai, etika dan
peradaban. Setelah melakukan pemerhatian dan pembacaan terhadap artikel ini, pembaca
berupaya memahami pemahaman bagi nilai, etika dan peradaban itu dari pelbagai aspek
falsafah yang berbeza serta berdasarkan Pantangan Anak Melayu dan Teras Hati Budi
Melayu yang menerangkan kemasukan unsur Islam dalam adat orang Melayu menghasilkan
sebuah tamadun yang indah untuk diamalkan oleh masyarakat Melayu. Hal ini kerana, setiap
adat itu dimurnikan dengan unsur Islam yang mendatangkan kebaikan kepada masyarakat
sejagat. Hasil daripada pembacaan yang dilakukan, pembaca berjaya memperoleh ilmu
pengetahuan dan pembaca juga mampu untuk menerangkan kepada individu lain berkenaan
dengan nilai, etika dan peradaban.

Makna bagi perkataan nilai, etika dan peradaban dijelaskan dengan menyeluruh dari aspek
falsafah, agama, tokoh dan artikel-artikel bertepatan yang lain. Hal ini berupaya untuk
menambah pengetahuan pembaca dengan lebih terperinci dan efektif. Dengan itu, hasil kajian
ini adalah pembaca berupaya memahami nilai, etika dan peradaban dalam pelbagai konteks
falsafah, teori dan perspektif.
References
Abbas, M. (2018, May 27). Syed Naquib Al-Attas:Ahli Falsafah Agung Melayu. Retrieved at 18 June
2021 from thepatriots.asia: https://www.thepatriots.asia/syed-muhammad-naquib-al-attas-
ahli-falsafah-agung-moden-melayu/

Cheetah, A. (n.d.). Makna Kualitatif. Retrieved at 18 June 2021from CourseHero:


https://www.coursehero.com/file/78980882/Maksud-Kualitatifdocx/

Retno, D. (2019, May 9). Teori Orientasi Kognitif dalam Psikologi Komunikasi. Retrieved at 18 June
2021 from Dosen Psikologi: https://dosenpsikologi.com/orientasi-kognitif-dalam-psikologi-
komunikasi

Yunk, D. (2014, November 19). Pengertian Aksiologi dan Aspek-aspek serta Isu Aksiologi. Retrieved
at 18 June 2021 from Dedikyunk.wordpress:
https://dedikayunk.wordpress.com/2014/11/19/pengertian-aksiologi-dan-aspek-aspek-
serta-isu-aksiologi/

Anda mungkin juga menyukai