Anda di halaman 1dari 12

International Journal of Social Science Research

eISSN: 2710-6276 | Vol. 2, No. 3, 100-111, 2020


http://myjms.moe.gov.my/index.php/ijssr

International Journal of Social Science Research


eISSN: 2710-6276 | Vol. 2, No. 3, September 2020
http://myjms.moe.gov.my/index.php/ijssr

PANDANGAN SARWA ETIKA DAN NILAI PERADABAN


MELAYU BERDASARKAN PANTANGAN ANAK MELAYU
DAN TERAS HATI BUDI MELAYU

Siti Kausar Zakaria1* dan Mohd Noor Daud2


12
Human Science, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak, MALAYSIA

*Pengarang penghubung: sitikausar@yahoo.com

Article Information: Abstrak: Kertas konsep ini membincangkan pandangan


Article history:
sarwa alam Melayu terhadap nilai dan etika berdasarkan
Pantangan Anak Melayu dan Teras Hati Budi Melayu.
Received date : 19 June.2020 Kertas konsep ini menggunakan kaedah kualitatif secara
Revised date : 26 July.2020 analisis dokumen, dan perpustakaan. Pandangan sarwa
Accepted date : 20 August 2020 atau worldview merupakan satu pandangan tersendiri
Published date : 1 September 2020
setiap masyarakat, bangsa, kelompok malah individu.
To cite this document: Kerangka definisi pandangan alam (weltanschauung)
sering tertakluk pada axiom kognitif yang mungkin
Zakaria, S., & Daud, M. (2020). menyebabkan pemahaman tentang pandangan alam
PANDANGAN SARWA ETIKA DAN
NILAI PERADABAN MELAYU
kelompok lain sukar untuk difahami. Pandangan alam
BERDASARKAN PANTANGAN tentang etika dan nilai peradaban Melayu memiliki ciri-
ANAK MELAYU DAN TERAS HATI ciri metafilosofik tersendiri. Kertas konsep ini mendapati
BUDI MELAYU . International Journal nilai dan etika melalui Pantangan Anak Melayu dan Teras
Of Social Science Research, 2(3), 100- Hati Budi Melayu memiliki ciri-ciri falsafah kognitif dan
111.
falsafah metafizikal. Kertas konsep juga mendapati
falsafah worldview lslam yang mendukung kepelbagaian
budaya menyebabkan kesusasteraan Melayu berkaitan
etika dan moral bersulam dengan falsafah kesenian
Melayu dalam menyampaikan nasihat bercampur dengan
falsafah nilai dan etika Islam. Pantun-pantun serta puisi -
puisi yang menyokongnya juga diselitkan didalam kertas
konsep ini. Kertas konsep ini mencadangkan pemahaman
tentang worldview peradaban Melayus seharusnya tidak
mengikut kerangka definisi worldview Barat.

Kata kunci: Pandangan Sarwa, Etika, Nilai, Peradaban


Melayu, Pantangan Anak Melayu, Teras Hati Budi
Melayu.

100
Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved
International Journal of Social Science Research
eISSN: 2710-6276 | Vol. 2, No. 3, 100-111, 2020
http://myjms.moe.gov.my/index.php/ijssr

1. Pandangan Sarwa
Menjadi kebiasaan tafsiran sarwa merujuk kepada pandangan alam atau dunia yang diterjemahkan
daripada ‘worldview’. Ahli Falsafah Barat iaitu ahli Sosial Psikologi mendefinisikan pandangan
alam atau pandangan dunia sebagai orientasi kognitif asas seseorang atau masyarakat merangkumi
keseluruhan pengetahuan dan sudut pandangan individu atau masyarakat. Pandangan alam boleh
merangkumi falsafah, kehendak masyarakat, keagamaan/kerohanian, norma-norma atau tema,
nilai, emosi, dan etika. Ahli Sosial Psikologi beranggapan pandangan alam sebagai sesuatu yang
beroperasi pada tahap sedar (conscious mind) yang membolehkan anggota sesebuah masyarakat
mampu memahaminya melalui pendidikan dan persekitaran.

Perkataan pandangan alam (worldview) merupakan perkataan yang dipinjam daripada perkataan
German iaitu Weltanschauung, dan diterjemahkan secara literal, mengandungi dua perkataan iaitu
Welt yang membawa maksud dunia Anschauung persepsi atau menunjuk. Weltanschauung adalah
asas kepada falsafah German iaitu epistemologi yang bermakna persepsi tentang dunia. Pendek
kata ahli falsafah German memahami Welsanchauung sebagai proses bagaimana sesebuah
masyarakat, individu dan budaya membentuk kerangka asas idea dan kepercayaan yang
membolehkan mereka melihat dunia ini, menterjemahkan dan berinteraksi dengannya (Wikipedia
2020).

2. Permasalahan
Dalam memahami pandangan alam, pemahaman tentang pandangan alam seharusnya tidak
menurut dalam kerangka falsafah Barat. Menurut Mahmud Zuhdi (2019) pandangan alam tentang
sesuatu budaya dan masyarakatnya adalah seharusnya mengikut kerangka dan lingkungan budaya
tersebut tanpa terikat dengan pemahaman falsafah Barat. Falsafah Barat tentang pengertian
pandangan alam adalah tertakluk kepada logik konsisten iaitu dapat dipelajari dan diterokai secara
falsafah dan logik. Sebagaimana yang dibincangkan oleh ahli falsafah sosial Psikologi dan ahli
kognitif yang memahami pandangan alam sebagai sesuatu yang diperoleh secara sedar (conscious
mind).

Sedangkan pemahaman pemerolehan nilai tentang alam dan kehidupan serta budaya dalam
masyarakat Islam khususnya dalam masayarakat Melayu Islam adalah juga banyak bergantung
kepada perolehan secara separa sedar atau tidak sedar (unsconcious mind). Nilai dan keilmuan
daripada Islam bukan sahaja diperoleh secara langsung melalui pancanindera (conscious mind)
tetapi juga dalam bentuk ilham, intuisi dan wahyu (bagi para Nabi dan rasul sahaja) (Ahmad
Mohamad Said dan Mohd Nasir Mohd Tap 2007). Di Tanah Melayu begitu banyak aliran-aliran
Sufi lahir daripada ulama-ulama Melayu Islam seperti aliran Sufi Wali-Wali Songo di Sumatera,
Tuk Kenali dan Tuk Paloh di Semenanjung dan banyak lagi.

Ahli falsafah kognitif Barat memahami pandangan alam sebagai sesuatu yang kepercayaan asas
setara dengan aksiom pandangan dunia yang dianggap sebagai teori logik atau konsisten.
Kepercayaan asas ini tidak dapat, secara definisi, dibuktikan dalam pengertian logik dalam
pandangan dunia dan biasanya diperdebatkan daripada dibahaskan serta dapat diterokai secara
falsafah dan logik. Justeru, dalam memahami pandangan alam tentang nilai dan etika dalam
Peradaban Melayu seharusnya tidak mengukur mengikut kerangka axiom dan falsafah Barat.
Namun tidak dinafikan ada dikalangan mereka yang mengklasifisikasikan pandangan alam kepada

101
Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved
International Journal of Social Science Research
eISSN: 2710-6276 | Vol. 2, No. 3, 100-111, 2020
http://myjms.moe.gov.my/index.php/ijssr

tiga kategori luas lantaran sukarnya memahami pandangan dunia megikut keagamaan, falsafah dan
ilmiah mengikut anggapan dan nilai kognitif. Misalnya Clement Vidal (2012) telah mencadangkan
kriteria metafilosofi untuk perbandingan pandangan dunia. Tiga klasifikasi besar ini adalah
objektif, subjektif dan intersubjektif.

3. Nilai
Nilai adalah suatu konsepsi yang menjadi milik dan ciri khusus bagi seseorang atau sesebuah
masyarakat. Nilai bagi budaya dalam sesebuah peradaban akan menjadi sumber hukum dan
berfungsi dalam menentukan pandangan hidup atau welstanchauung suatu masyarakat dalam
menghadapi masalah dalam kehidupan. Etika pula merupakan istilah yang tidak dapat dipisahkan
dengan nilai. Etika lebih sinonim dengan falsafah bagaimana untuk menjadi orang baik, hidup
dengan baik, berbuat baik dan meninginkan kebaikan dalam kehidupan. Nilai pula dapat dikatakan
sebagai sesuatu yang benar dan lebih bersifat kebatinan seperti cita-cita, harapan, keyakinan dan
lain-lain. Nilai dan Etika merupakan tunjang kepada penerusan sesebuah peradaban. Jatuh dan
bangun peradaban sangat berkait dengan etika dan nilai yang dipegang. Sejarah menyaksikan
peradaban di dunia silam muncul silih berganti dan kejatuhannya berpunca daripada penodaan
terhadap nilai dan etika mereka sendiri. Sebelum itu ditempatkan pada taraf yang tertinggi dan
kemudian di turunkan pada taraf yang serendah-rendahnya.

4. Etika
Etika berasal daripada perkataan Greek iaitu ‘Ethos’ dan ‘Ethicos’, yang merujuk kepada sifat,
watak, kebiasaan, tempat yang biasa, cara hidup atau budaya, berbeza dengan ‘Ethicos’ yang
merujuk kepada tatasusila, adab kelakuan dan perbuatan yang baik. Sarjana Barat seperti Thiroux
berpandangan etika secara istilahnya adalah teori tentang tindakan, hujah dan tujuan yang
mengarah kepada makna sesuatu tindakan, tingkah laku individu, dan bagaimana manusia
bertingkah laku dalam keadaan tertentu. Definisi beliau seterusnya dengan berpendapat etika
sebagai Sains perlakuan yang mengkaji tentang perilaku manusia dalam masyarakat, membuat
tafsiran tentang tingkah laku mereka serta menunjukkan panduan bertingkah laku berdasarkan
piawaian masyarakat. Berlainan dengan pandangan Sarjana Barat seperti Robert B. Zeuschner
(2000) yang menegask tan etika sebagai kajian moral kerana ianya merupakan salah satu cabang
teori nilai (axiologi), iaitu kajian yang dilakukan mengenai tataetika yang sepatutnya dipatuhi oleh
manusia, boleh juga merujuk kepada prinsip-prinsip yang mendorong manusia melakukan sesuatu
yang bermoral.

Menurut Ismail Ibrahim (1999) berpandangan etika sebagai proses pemikiran tentang baik dan
buruk berkaitan perilaku seseorang. Ianya merupakan disiplin ilmu yang mengkaji tentang moral,
prinsipnya, kaedah dan tindakan serta kelakuan manusia yang betul, berkenaan dengan
tanggungjawab dan satu standard piawaian bagi menentukan betul atau salah, baik atau buruk,
boleh atau tidak boleh, patut dilakukan atau tidak patut dilakukan.

102
Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved
International Journal of Social Science Research
eISSN: 2710-6276 | Vol. 2, No. 3, 100-111, 2020
http://myjms.moe.gov.my/index.php/ijssr

5. Beza antara Etika dan Akhlak


Akhlak atau etika Islam adalah bersumberkan kepada wahyu dan tidak bergantung kepada akal
pemikiran rasional semata-mata. Pandangan akhlak menurut Imam Al Ghazali adalah lebih
mendalam, iaitu akhlak merupakan tingkah laku yang baik berpandukan al Quran dan al Sunnah
yang dihasilkan melalui amalan secara berulang-ulang kali sehingga menjadi satu tabiat kebiasaan,
mudah untuk dilakukan, terhasil secara spontan dan tanpa berfikir panjang. Justeru, akhlak
memiliki sudut atau nilai pandang yang lebih tinggi tingkatannya menurut perpektif etika Islam
berbanding etika dan moral yang kadangkala bebas nilai pandangan sudut agama (Nor Asma Ab
Aziz dan Muhd. Norizam Jamian 2016).

6. Peradaban
Penulis lebih cenderung untuk menggunakan istilah peradaban disini kerana istilah peradaban
lebih secocok untuk membincangkan perihal etika, nilai dan adab yang tinggi yang diamalkan oleh
sesebuah masyarakat sehingga mampu membangunkan tamadun mereka sendiri. Istilah peradaban
dan tamadun sebenarnya digunakan sebagai istilah yang sama makna oleh kebanyakan penulis,
begitu juga dengan istilah Inggerisnya iaitu ‘civilization’. Ketiga-tiganya merujuk kepada bandar
atau keseluruhan hidup manusia sesebuah masyarakat di bandar melingkungi dua aspek rohani dan
jasmani seperti senibina, sosial, kesenian, falsafah, pemerintahan, politik dan pemikiran. Namun
demikian jika ditelusuri makna perkataan peradaban adalah berasal daripada kata akar bahasa
Melayu ini yakni adab yang merujuk kepada tingkah laku, akhlak, etika dan tabiat samaada baik
ataupun buruk (Raja Ahmad Iskandar et.al 2014).

Biarpun konsep perkataan peradaban itu berasal daripada perkataan Peranchis yang merujuk
kepada pengertian civilizer (to civilize) dan civilise (civilized) lawan kepada barbarie (ganas) dan
sauvage (liar), namun perkataan civilization juga merujuk kepada budaya atau ‘culture’ oleh
sarjana anthropologis iaitu E.B Tylor pada akhir tahun 1871. Oleh yang demikian menjadi
justifikasi kepada penulis untuk memilih istilah peradaban dalam membahaskan perihal adab dan
nilai Melayu berbanding istilah tamadun. Lebih lebih lagi dalam membincangkan sesuatu konsep,
undang-undang epistemologi menetapkan asal-usul ilmu dan konsep daripada mana berpuncanya
perlu diambil kira iaitu Melayu. Secara epistemologinya adab daripada budaya Melayu bukan
hanya berpunca daripada perkataan Arab ‘adaba’ atau akhlak yang baik, bahkan juga amat
bersangkut paut dengan adat.

Definsi peradaban sebenarnya banyak bergantung kepada sudut pandang bangsa dan ianya pasti
berbeza mengikiut bangsa yang berbeza-beza. Perbezaan definisi ini sudah tentu berpunca
daripada tafsiran yang berbeza mengikut bahasa masing-masing. Orang Jerman mengatakan
peradaban sebagai ‘kulture’ manakala orang Inggeris menggunakan istilah ‘culture’ yang bukanlah
merujuk kepada peradaban tetapi merujuk kepada kebudayaan. Secara terminologinya, peradaban
kebanyakkan disebut sebagai tamadun oleh sarjana daripada pelbagai disiplin, namun erti tamadun
adalah berbeza mengikut perspektif mereka sendiri.

103
Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved
International Journal of Social Science Research
eISSN: 2710-6276 | Vol. 2, No. 3, 100-111, 2020
http://myjms.moe.gov.my/index.php/ijssr

Misalnya tamadun mengikut perspektif Islam istilah tamadun berasal daripada kata akar ‘deen’
daripada bahasa Arab yang bermaksud agama. Tamadun boleh juga merujuk kepada kata kerja
‘madanna’ yang bermakna aperbuatan membuka bandar atau kota serta perbuatan memperhalus
budi pekerti, dan kata namanya adalah ‘madani’ iatu sesuatu yang berkaitan dengan pembangunan
perbandaran serta kehalusan budi pekerti yang terpuji. Menurut Sarjana Islam, ahli sosiologi Islam
terkemuka iaitu Ibn Khaldun dalam kitab Muqaddimahnya memperkenalkan dua istilah utama
tentang tamadun iaitu al-umran dan al Hadharah sejak abad ke 14 masihi lagi. Al-Umran adalah
kawasan yang tempat tinggal yang tetap, berkembang subur, maju yang akhirnya menjadi bandar.
Al-Hadarah pula merujuk kepada budaya hidup menetap yang berlaku pada sesebuah bangsa
apabila berlakunya kepelbagaian dikalangan peringkat-peringkat lapisan masyarakat itu (Zuraini
et. al 2018).

7. Melayu
Bangsa Melayu sangat terkenal dengan bangsa yang sangat mementingkan adat. Ini jelas
tergambar daripada pepatah Melayu “Biar mati anak, jangan mati adat’, “Hidup dikandung adat,
mati dikandung tanah” dan Ada raja adat berdiri, tiada raja adat mati”. Tidak kiralah semasa zaman
sebelum dan selepas kedatangan Islam, pandangan semesta orang-orang dalam kehidupan mereka
terhadap adat tetap tidak berubah. Daripada adat muncullah adab dan akhlak yang mulia yang
merupakan manifestasi daripada adat yang dipegang zaman berzaman. Menurut Shafie Abu Bakar
(1996) adat, adab dan akhlak adalah elemen pendidikan yang bergerak serentak. Adat merupakan
nilai yang baik yang dipupuk didalam masyarakat serta diamalkan, manakala adab ialah peraturan
nilai yang juga dilihat baik dari segi agama dan di amalkan masyarakat. Adab terpupuk daripada
didikan bemula di rumah, di sekolah dan kemudiannya daripada masyarakat sekeliling. Perlakuan
beradab adalah perlakuan menurut etika yang dipuji manakala perlakuan tidak beradab adalah
perlakuan menurut etika yang terkeji.

8. Pantangan Anak Melayu Dua Puluh Lima


Kertas konsep ini bertujuan untuk mengupas secara mendalam tentang nilai dan etika peradaban
Melayu menurut Pantangan Anak Melayu bagi pantangan pertama iaitu “Pantang Anak Melayu
Membelakangi Syarak” dan pantangan yang kedua iaitu “Pantang Anak Melayu Membuang
Adat Lembaga” sahaja. Pantangan Anak Melayu dihuraikan berdasarkan tulisan Effendi (2004)
terdapat dua puluh lima kesemuanya. Selain daripada dua yang dibincangkan oleh penulis, terdapat
dua puluh tiga lagi pantangan termasuklah Durhaka kepada orang tua, Bermanja-manja, Mengada-
ngada, Berlengah-lengah, Besar kepala , Buta keta atau mata kayu, Bercawat ekor, Makan
menghabiskan,Bercabang lidah, Jilat menjilat, Meminta-minta, Menjilat ludah, Membuang
petuah, Bermegah-megah, Membabi buta, Lupakan hutang, Berburuk sangka, Muka tebal atau
tebal muka, Mencampakkan beban di bahu, Mengoyakkan baju di badan, Menggunting dalam
lipatan, Menjala angina dan Kerja tak menyudah.

Jika diteliti, Pantangan Anak Melayu selain daripada peribahasa-peribahasa, kiasan-kiasan dan
perumpamaan Melayu sebenarnya boleh di bahaskan sebagai satu bentuk falsafah yang menjadi
garis panduan etika yang menjadi salah satu cabang pandangan semesta masyarakat Melayu dalam
kehidupan mereka berkaitan etika dan nilai yang menjadi pegangan mereka sehingga mampu
membangunkan peradaban sendiri. Peradaban Melayu didasari oleh pandangan semesta Melayu
itu sendiri. Jika kita merujuk kepada Tamadun Cina, konsep Wu Chang misalnya atau nilai etika

104
Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved
International Journal of Social Science Research
eISSN: 2710-6276 | Vol. 2, No. 3, 100-111, 2020
http://myjms.moe.gov.my/index.php/ijssr

falsafah mereka yang pelbagai (taosme, moaime, daoisme, konfusianisme) boleh dirujuk sebagai
sumber pandangan semesta masyarakat Cina, maka Pantangan Anak Melayu, Pakaian Dua Puluh
Lima, dan beratus-ratus peribahasa, analogi, kiasan dan perumpamaan seharusnya juga dianggap
sebagai pandangan semesta bagi masyarakat Melayu. Pandangan semesta nilai dan etika
berperanan membentuk peraturan dan sistem undang-undang yang sistematik merupakan salah
satu unsur dan indikator utama kepada kepada peradaban dan tamadun selain daripada unsur-unsur
lain seperti perkembangan teknologi, pertumbuhan kota, pembahagian kerja, sistem tulisan,
kesenian dan lain-lain.

Menurut Zuraini, Nadia dan Muhammad Syariefuddin (2018) dyang memetik pandangan Mohd
Taib Osman (1988) berpendapat pandangan semesta tamadun Melayu dipengaruhi oleh beberapa
faktor seperti sifat fizikal alam sekelilingnya. Ini tidak menghairankan kerana Melayu melihat
hutan sebagai makhluk yang penuh misteri dan memiliki jiwa dan pemiliknya, selain
membekalkan makanan seharian mereka. Agama Hindu Buddha juga tidak ketinggalan
mempengaruhi sudut pandang orang Melayu terhadap alam. Selepas kedatangan Islam, nilai
falsafah Islam mula mendominasi setiap aspek kehidupan orang Melayu sehinggalah kepada aspek
etika dan nilai yang telah merubah nilai etika berasaskan animism dan Hindu Buddha kepada
berasaskan Islam. Pengaruh Islam telah melonjakkan peradaban Melayu sehingga muncullah
istilah ‘peradaban atau tamadun Melayu Islam’.

Kertas konsep ini hanya mengupas secara mendalam nilai dan etika Melayu berdasarkan
Pantangan Anak Melayu pertama (Membelakangi Syarak) Pantangan Anak Melayu yang ketdua
(Membuang Adat Lembaga) sahaja dan tidak keseluruhan pantangan. Perkara yang penting bagi
perbahasan artilel ini ialah penulis ingin mengetengahkan pantangan Anak Melayu dengan
mengukuhkan sumber asal kepada etika dan nilai supaya boleh diketengahkan/dicadangkan
sebagai sebuah falsafah etika, nilai dan moral masyarakat Melayu. Ianya merupakn satu titik
permulaan atau pra kajian kepada himpunan peribahasa, anologi, kiasan dan perumpamaan, kata
nasihat agar boleh disusun secara sistematik dan teratur menjadi satu cabang ilmu falsafah etika
dan moral bagi peradaban Melayu.

9. Pantangan Anak Melayu Dua Puluh Lima dan Falsafah Islam


Nilai dan Etika masyarakat Melayu bergerak seiring dengan kehendak Islam, bak kata pepatah
bagai irama dengan lagu, atau bagai isi dengan kuku. Begitulah gambaran betapa eratnya Islam
digenggam masyarakat Melayu sehingga olahan pantangan atau tegahan yang dibuat generasi tua
kepada generasi muda menurut tuntutan agama Islam. Olahan ini menjadikan jati diri kemelayuan
menjadi begitu murni dan mantap kerana berpandukan agama.

Pengaruh agama Islam begitu banyak mengubah budaya Melayu. Justeru, nilai-nilai yang menjadi
asas kepada peradaban Melayu berteraskan kepada nilai-nilai keislaman. Berteraskan kepada
konsep keimanan, ungkapan-ungkapan peribahasa, perumpamaan dan pepatih-pepatih
menggambarkan kepercayaan akidah kepada Tuhan yang Esa. Asas pegangan hidup, pemikiran
dan falsafah iaitu mentaati yang dituntut dan meninggalkan segala yang dilarang menjadikan
Orang Melayu begitu serasi dengan Islam. Nilai-nilai kemelayuan mengambarkan jati diri bangsa
Melayu yang kuat dan mantap. Jatidiri ini menjadikan orang Melayu mampu menghadapi cabaran
dan sebarang kemungkinan. Terdapat dua puluh lima pantangan anak Melayu iaitu membelakangi

105
Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved
International Journal of Social Science Research
eISSN: 2710-6276 | Vol. 2, No. 3, 100-111, 2020
http://myjms.moe.gov.my/index.php/ijssr

syarak, membuang adat lembaga, menderhaka kepada orang tua, bermanja-manja, mengada-ada,
berlengah-lengah, besar kepala, buta kera atau mata kayu, bercawat ekor, makan menghabiskan
(makan tak ingat orang belakang), bercabang lidah, jilat menjilat, meminta-minta, menjilat ludah,
membuang petuah, bermegah-megah, membabi buta, lupakan hutang, berburuk sangka, muka
tebal atau tebal muka, mencampakkan beban di bahu, mengoyak baju di badan, menggunting
dalam lipatan, menjala angin (pekerjaan sia-sia), dan kerja tak menyudah.

Kertas konsep ini menyentuh dua pantangan sahaja iaitu Pantangan Anak Melayu pertama iaitu
“Pantang anak Melayu membelakangi Syarak dan Pantangan Anak Melayu kedua iaitu “Pantang
anak Melayu membuang adat lembaga” kerana penulis merumuskan dua pantangan ini sudah
cukup menjadi dasar pegangan anak Melayu terhadap pantangan yang lainnya. Pantangan Anak
Melayu Pertama iaitu “Pantang Anak Melayu Membelakangi Syarak

Sikap Melayu yang bertegas dalam soal keagamaan juga boleh ditafsir melalui tindak tanduk orang
melayu apabila pandangan semesta mereka yang sebelum ini diadunkan dengan kepercayaan
animisme dan tradisional kemudiannya di sesuaikan dengan dasar-dasar akidah Islam. Kejituan
orang Melayu berpegang kepada Islam menggagalkan misi-misi dakwah Kristian semenjak
penjajahan Portugis sehinggalah ke zaman Belanda kemudian diikuti penjajahan British di Tanah
Melayu. Pegangan orang Melayu dalam aspek akidah tidak boleh diganggu gugat lagi sehingga
mendorong British mendefinisikan Melayu sebagai orang yang beragama Islam kerana sebelum
tahun 1990an, tiada kedengaran orang-orang Melayu menukar agama mereka kepada agama-
agama lain. Apabila menyebut Melayu, akan terbayang bangsa ini adalah bangsa yang beragama
Islam.

Kejituan orang Melayu juga menjadi pendorong pihak Suruhanjaya Reid mengemukan laporan
dan draf perlembagaan mereka untuk mengekalkan Islam dikekalkan di tangan Raja-Raja Melayu.
Ini menjadi salah satu asbab mengapa perlembagaan Malaysia sehingga kini masih meletakkan
Islam sebagai agama rasmi persekutuan. Satu perkara lagi yang sangat menggembirakan orang
Melayu Islam apabila Inggeris sendiri dengan perasaan keberatan telah mentakrifkan Melayu
sebagai orang yang beragama Islam, beradat Istiadat Melayu dan berbahasa Melayu. Akrab
sungguh Melayu dengan Islam bagai isi dengan kuku. Amat malang sekali kerana tulisan jawi
telah ditukar kepada bahasa rumi sebagai tulisan rasmi negara oleh menteri pelajaran Malaysia
pada tahun 1966. Ini berdasarkan kepada hakikat bahawa Islam telah lama mempunyai hubungan
yang intim dengan masyarakat melayu selain daripada sistem beraja Raja-Raja Melayu. Islam juga
diangkat ke kedudukan yang istimewa dalam perlembagaan selian daripada unsur-unsur
tradisional lain iaitu Bahasa Melayu, Kesultanan Melayu, dan bangasa melayu. Unsur tradisional
dalam perlembagaan bermaksud unsur-unsur hasil kesinamabungan daripada kesultanan Melayu
Melaka dahulu dikekalkan walaupun perlembagaan persekutuan mengambil alih undang-undang
tertinggi negara.

Kecitraan orang-orang Melayu boleh dilihat di dalam lipatan sejarah sebelum merdeka lagi, iaitu
penentangan orang-orang Melayu terhadap gagasan Malayan Union 1946 yang meminggirkan
kedaulatan dan kuasa Raja-Raja Melayu. Seperti maklum hubungan yang rapat antara sistem
beraja dan Islam tidak dapat dinafikan lagi, baik di Tanah Melayu mahupun di dunia Islam lainnya,
iaitu Raja adalah khalifah dan ketua agama. Meminggirkan Raja-Raja seolah-olah meminggirkan
agama Islam. Hasilnya Kertas Putih Laporan Suruhanjaya Reid telah memperuntukkan Islam

106
Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved
International Journal of Social Science Research
eISSN: 2710-6276 | Vol. 2, No. 3, 100-111, 2020
http://myjms.moe.gov.my/index.php/ijssr

sebagai agama persekutuan. Kertas putih itu kemudiannya telah mengemukan draf perlembagaan
yang kemudiannya diterima pakai sebagai Perlembagaan Persekutuan 1957. Pantang
membelakangi huku Syarak dikukuhkan dalam Pakaian Dua Puluh Lima yang pertama iaitu “Sifat
tahu asal mula jadi, tahu berpegang kepada Yang Satu”. Sikap Melayu yang pertama melalui
Pakaian Dua Puluh Lima” menggambarkan orang Melayu merupakan orang yang taat beragama
dan pantang agamanya dicabar. Sikap ini kemudiannya diterjemah dalam bentuk pantangan anak
Melayu iaitu bagi mengukuhkan citra anak-anak Melayu daripada generasi ke generasi yang
seterusnya. Pantangan Anak Melayu yang kedua iaitu “Membuang adat Lembaga”.

Masyarakat Melayu berpegang teguh kepada adat tradisi seperti yang dilihat dalam amalan
kehidupan seharian mereka. Dalam pepatah Melayu ada menegaskan ‘Adat dikelek dan hukum
dijunjung’. Selepas kedataangan Islam, adat tradisi orang Melayu banyak bergantung kepada
pandangan semesta mereka iaitu akidah Islam. Sebelum mereka menerima ajaran Islam, adat
tradisi orang Melayu dipengaruhi oleh elemen fizikal alam sekeliling seperti hutan iaitu flora dan
fauna. Berbekalkan kepercayaan animism, orang Melayu percaya hutan memiliki penjaganya,
perlu dihormati dan tidak boleh sewenang-wenangnya dirosakkan.

Salah satu contoh pantangan Melayu berdasarkan kepercayaan animism adalah seorang suami
tidak boleh berburu ketika isterinya sedang mengandung kerana dipercayai anak yang dikandung
akan terkena badi. Menurut Osman Talib (1998) yang dipetik didalam buku TITAS oleh Zuraini
Jamil et, al. (2018) kebanyakkan adat tradisi orang Melayu dipengaruhi oleh kepercayaan warisan
animism berbanding kepercayaan agama Hindhu-Buddha. Ini berdasarkan pandangan Syed
Naquib al Attas iaitu kedatangan agama Hindu tidak megubah pandangan semesta masyarakat
Melayu secara mutlak Ajaran agama Hindhu-Buddha lebih dominan meresapi golongan istana,
bangsawan dan orang atasan berbanding golongan rakyat bawahan yang kuat berpegang kepada
kepercayaan tradisi turun temurun. Selepas orang Melayu menerima Islam pandangan semesta
orang Melayu mula beralih kepada akidah Islamiyah, dan ini mempengaruhi sudut pandang
mereka terhadap alam fizikal daripada mempercayai setiap benda dalam alam fizikal mempunyai
penjaga masing-masing kepada keyakinan Allah yang Esa adalah penjaga yang mutlak.
Kepercayaan akidah meresapi pandangan semesta orang Melayu bukanlah secara drastik kerana
kepercayaan animism yang diamalkan beribu tahun yang lampau bukanlah mudah untuk dikikis.
Lantas, pandangan semesta yang diformulasikan adalah berasaskan kepada keharmonian
gabungan yang berkembang selari dengan kepercayaan warisan dam agama Islam.

Contohnya adat ketika memasuki hutan, adalah menjadi adab kepada orang Melayu untuk meminta
kebenaran daripada penjaga hutan, namun selepas mereka menerima Islam adat dan adab ini
bertukar kepada doa meminta pertolongan daripada ALLAH swt. Fahamlah kita bahawa orang
Melayu masih lagi berpegang kuat dengan adat ini namun diubah mengikut acuan Islam, dan inilah
yang dikatakan bahawa orang melayu telah mengharmonikan kepercayaan tradisi nenek moyang
mereka dengan ajaran akidah Islam. Ini menggambarkan orang Melayu bukanlan bangsa yang
mudah melupakan adat mereka. Pantangan anak Melayu membuang adat lembaga merupakan
manifestasi yang terhasil daripada pegangan ini.

107
Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved
International Journal of Social Science Research
eISSN: 2710-6276 | Vol. 2, No. 3, 100-111, 2020
http://myjms.moe.gov.my/index.php/ijssr

Selain daripada itu banyak dapat diperhatikan melalui adat-adat lain seperti adat perkahwinan, adat
kelahiran dan adat kematian. Misalnya dalam adat kelahiran, bayi akan disambut dengan tujuh
persalinan kain kuning, hiasan katil berwarna kuning dan pulut kuning serta bacaan jampi serapah
bagi menghalau hantu dan jembalang. Namun, selepas kedatangan Islam, ‘rites de passage ini
kemudianya diselarikan dengan ajaran Islam iaitu disambut azan dan iqamat serta bacaan ayat-
ayat suci al-Quran diikuti dengan majlis bercukur, bertahnik dan beraqiqah. Contoh lain dalam
adat kematian, selepas empat puluh hari kematian salah seorang sanak saudara mereka, maka
jamuan yang dikenali sebagai jamuan empat puluh hari akan diadakan sempena roh si mati akan
pulang ke rumah. Namun selepas kedatangan Islam, jamuan empat puluh hari bertukar kepada
majlis tahlil menghadiahkan doa-doa selamat dan bacaan al Quran seperti surah Yasin yang
dibacakan beramai-ramai untuk disedekahkan kepada si mati. Tidak dinafikan, masih wujud lagi
kepercayaan roh si mati akan pulang ke rumah untuk melawat sanak saudara mereka walaupun
adat menyambutnya sudah bertukar kepada majlis bacaan tahlil dan yasin. Begitulah sinonimnya
orang Melayu dengan adat.

Namun peranan dan tugas memperbetulkan akidah orang melayu oleh ahli-ahli agama seperti
mufti, imam dan guru agama dalam masyarakat melayu sentiasa berjalan dari semasa ke semasa.
Masyarakat Melayu boleh dikatakan menerima Islam secara sempurna selewat-lewatnya pada
abad ke 15 dan kepercayaan mereka bertukar daripada kepercayaan dewa dan animism bertukar
kepada elemen akidah Islam yang sebenar-benarnya iaitu Kepercayaan kepada tuhan, iaitu
ALLAH yang Esa, Konsep hari pembalasan dan hari kiamat, Menghormati maruah dan martabat
manusia, Keadilan, kebebasan dan kesaksamaan dan Keseimbangan antara jasmani, rohani dan
akal. Dua Pantangan Anak Melayu daripada dua puluh lima menggambarkan keintiman Melayu
dengan hukum Islam sehingga mereka sanggup membuang adat lembaga yang selama ini dipegang
erat nenek moyang beragama Animism yang disinkrentasikan dengan amalan Buddha dan Hindu.
Tidak dinafikan masih ada masyarakat Melayu moden yang mempercayai amalan khurafat seperti
mempercayai ramalan-ramalan senagai contohnya rama-rama yang bertandang ke dalam rumah
akan memberi maksud tuan rumah akan menerima tetamu, hujan panas memberi maksud bala akan
muncul, dan sebagainya. Namun tidak dinafikan ramai masyarakat Melayu yang sudah menolak
kepercayaan ini dengan meletakkan kepercayaan dan tawakal yang lebih tinggi kepada Allah yang
Esa.

10. Teras Hati Budi Melayu


Selain daripada pantangan dua puluh lima, orang Melayu juga dikenalpasti mendukung dua puluh
enam teras hati budi sebagaimana yang disenaraikan oleh Hashim Hj Musa et.al (2008) dan
Hashim Hj Musa dan Tenas Affandi (2004) halaman 7 iaitu Dua puluh enam teras hati budi
Melayu. Dua puluh enam teras hati budi Melayu ini pun sebenarnya begitu sinonim dengan
daripada ‘Pantang anak Melayu membelakangi Syarak’ dan ‘Pantang anak Melayu membuang
adat lembaga’.

Keintiman Melayu dan Islam banyak mempengaruhi hati budi mereka sehingga diterjemahkan
dalam bentuk puisi-puisi keislaman tanpa menolak kebudayaan Melayu asal yang sangat terkenal
dengan budi bahasa dan adab sopan yang tinggi. Penulis memberi beberapa contoh Hati Budi
Melayu daripada dua puluh enam teras beserta puisi-puisi yang menjunjungnya seperti ‘Hidup
berteraskan agama Islam’ dan contoh puisi yang menjunjungnya ialah ‘Adat bersendikan

108
Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved
International Journal of Social Science Research
eISSN: 2710-6276 | Vol. 2, No. 3, 100-111, 2020
http://myjms.moe.gov.my/index.php/ijssr

hukum, Hukum bersendikan syara’, syara` bersendikan Kitabullah’, ‘Pendidikan demi


membentuk manusia yang berilmu, beradab, berbudi, bertakwa dan beramal’, contoh puisi
yang mendokongnya adalah ‘Apalah isi tunjuk ajar Melayu, Syara` dan Sunnah ilmu yang benar’,
Nilai kerja yang mengutamakan kesungguhan, kecekapan, kerajinan & kerukunan bagi
manfaat dunia dan akhirat sehingga ke anak cucu, contoh puisi yang menjunjungnya adalah ‘
Bila bekerja tekun dan sabar, Punca rezeki terbuka lebar’.

‘Taat dan berkhidmat kepada ibu bapa serta memuliakan mereka’, contoh pusi yang
menjunjungnya adalah ‘Apa tanda Melayu jati, Mentaati ibu bapa sepenuh hati’, Setia kepada
ketua yang adil dan terpuji, contoh puisi yang menjunjungnya adalah ‘Adat hidup orang
terhormat, Kepada pemimpinnya ia taat’, Halus budi bahasa dan budi pekerti, contoh puisi
yang menjunjungnya adalah ‘Kalau hendak tahu orang berbangsa, Tengok kepada budi dan
bahasanya’, Sentiasa bermuafakat, bertegang rasa, tolong-menolong dan mengutamakan
kebajikan umum dan hidup bermasyarakat, dan puisi yang menjunjungnya adalah ‘Apa tanda
hidup beradat,Runding selesai dalam muafakat’, Hormat dan khidmat dalam pergaulan dan
dengan tetamu, puisi yang menjunjungnya adalah ‘Apa tanda Melayu budiman, Tulus ikhlas
sesama insan’ , Sederhana bukan ekstremis dalam tutur kata dan tingkah laku, hemat dan
cermat, tidak kasar, keras, militan dan ganas, puisi yang menjunjungnya adalah ‘Apa tanda
Melayu bertuah, Hemat cermat dalam melangkah’, Prihatin tentang harga diri, maruah yang
terjelma dalam istilah “menjaga air muka” dan “rasa malu yang mendalam”, puisi yang
mendokongnya adalah ‘Adat hidup orang bertuah, Aib dan malu dijadikan amanah’, Tahu
tempat letak sesuatu dan diri setiap orang dan bertindak sewajarnya, puisi yang
mendokongnya adalah ‘Apa tanda orang bermaruah,Tahu letak dengan susunnya’.

11. Rumusan
Agama Islam banyak mengubah pandangan sarwa Melayu dalam memahami etika dan nilai dalam
kehidupan berbudaya dan bermasyarakat. Keintiman Melayu dengan agama Islam boleh dilihat
dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat Melayu yang diresapi dengan nilai-nilai dan etika
keislaman mengikut lunas-lunas Al-Quran dan Sunnah. Adaptasi nilai keisalaman akhirnya
diterjemahkan dalam budaya Melayu Islam tanpa menolak nilai-nilai dan etika Melayu yang asal
sehingga terjalinlah satu kebudayaan Melayu Islam yang indah. Kehebatan dan kebijaksanaan para
ulama lampau menyampaikan ajaran Islam menjadi faktor penerimaan Islam mengikut rela hati
dan keikhlasan orang Melayu tanpa peperangan dan kekerasan. Budaya orang Melayu sendiri yang
bersopan santun dan berbudi bahasa sejak zaman berzaman memudahkan Islam diterima dengan
baik. Ditambah lagi dengan ciri-ciri tamadun Islam itu sendiri yang bersifat fleksibel dan meraikan
kepelbagaian dan keunikan budaya asing menlonjakkan lagi peradaban dan Tamadun Melayu
sehingga mencapai kemuncak kegemilangannya pada abad ke 14 Masihi. Syed Naquib al Al Attas
menegaskan kegemilangan peradaban Melayu itu sendri adalah seiring dengan kegemilangan
peradaban Islam di rantau ini.

109
Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved
International Journal of Social Science Research
eISSN: 2710-6276 | Vol. 2, No. 3, 100-111, 2020
http://myjms.moe.gov.my/index.php/ijssr

Bangsa Melayu merupakan bangsa yang sangat berhalus dan berseni. Kesenian dan kehalusan
bukan sahaja boleh diinterpretasikan melalui kraftangan-kraftangan dan hasil-hasil kesenian
material tetapi juga dalam bentuk bukan material iaitu kesusasteraan seperti puisi-puisi, kata-kata
hikmah, analogi, perumpamaan, sajak, dan termasuklah Pantangan Anak Melayu yang
dibincangkan didalam kertas konsep ini. Orang Melayu sangat terkenal dengan bangsa yang sangat
beradab dalam berkata-kata serta berlapik. Nasihat, larangan dan pantangan telah digubah menjadi
hasil sastera yang indah dan dipenuhi hikmah serta kelembutan. Pendidikan akhlak dan Islam kini
tidak seharusnya mengetepikan gaya pendidikan orang-orang Melayu dahulu kala. Akhlak dan
moral generasi sekarang menampakkan kelompangan yang sukar dibendung. Tidak hanya
golongan muda dan tidak ketinggalan golongan tua. Golongan yang mempunyai kelulusan agama
juga tidak ketinggalan terjebak dalam keruntuhan moral sehingga menghakis kemurnian dan
meninggalkan impak yang buruk terhadap keindahan Islam. Apalah salahnya kita mengangkat
kembali pantangan dan teras hati budi Melayu dahulu kala untuk diselitkan ke dalam silibus
pendidikan akhlak dan moral atau boleh juga dalam silibus pendidikan sastera Bahasa Melayu.
Sesuai dengan agama Islam itu sendiri yang meraikan kepelbagaian budaya dan sastera yang
indah-indah asalkan tidak menimbulkan keraguan dalam aspek akidah dan Tauhid. Bahkan
kepelbagaian itu jugalah yang memperkayakan lagi khazanah peradaban dan tamadun Melayu
Islam dan tamadun Islam amnya.

Rujukan
Abdul Rahman Aroff (1999). Pendidikan Moral: Teori Etika dan Amalan Moral, Bangi: Penerbit
Universiti Putra Malaysia.
Hashim, Nurmahdiah, Rozita dan Siti Sarah (2012) Hati Budi Melayu: Kajian Keperibadian Sosial
Melayu Ke Arah Penjanaan Melayu Gemilang, diambil daripada
http://journalarticle.ukm.my/3269/1/pp_163_182.pdf pada 3 Ogos 2020.
Mahmud Zuhdi (2019). Syarahan Kursi Zaaba 27 November 2019, Pusat Convention UPSI.
Mohd Zulkifli Muhammad (2008) An Analysis of Islamic Ethics in Small and Medium Enterprise,
Unitar E Journal 4:1.
Nor Asma Ab Aziz & Muhd. Norizam Jamian (2016) Hikayat Pemimpin dalam Hikayat Iskandar
Zulkarnain, Jurnal Melayu, 15(1).
Robert B. Zeushner (2000) Classical Ethics, East and West: Ethics from a Comparative
Perspective, Mcgraw-Hill: New York.
Siti Sarah Ab Karim & Normahdiah Sheikh Said. (2010). Mengenali hati budi Melayu membantu
pengintegrasian pemikiran budaya bangsa. Prosiding Seminar Antarabangsa Psikolinguistik
II: Bahasa, Pemikiran dan Integarasi. Serdang: Universiti Putra Malaysia. hlm. 638-644.
Shafie Abu Bakar (1996). Sastera Islam dalam peradaban ummah. Dalam Simposium Serantau
Sastera Islam. Brunei: Dewan Bahasa dan Pustaka
Tenas Effendy (2004). Tunjuk ajar Melayu. Yogyakarta: Adicita Karya Nusa.
Tylor, Edward Burnett (1881). Anthropology an introduction to the study of man and civilization.
London: Macmillan and Co.
Vidal, Clément (April 2012). "Metaphilosophical Criteria for Worldview
Comparison". Metaphilosophy. 43 (3): 306–347.
Wikipedia The Free Encyclopdeia, Worldview, di ambil daripada
https://en.wikipedia.org/wiki/Worldview pada 3 August 2020.

110
Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved
International Journal of Social Science Research
eISSN: 2710-6276 | Vol. 2, No. 3, 100-111, 2020
http://myjms.moe.gov.my/index.php/ijssr

Zuraini, Nurul Nadia, Syariefuddin & Muhammad Kamal (2018) Tamadun Islam dan Tamadun
Asia, Emiratus Publication: Tanjung Malim.
Raja Ahmad Iskandar bin Raja Yaakob et al (2014) Tamadun Islam dan Tamadun Asia, Emiratus
Publication: Tanjung Malim.
Ahmad Mohamad Said dan Mohd Nasir Mohd Tap (2007) Pendidikan sebagai Wahana
Pentamadunan Ummah, Kajang: Kolej dar al-Hikmah.

111
Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

Anda mungkin juga menyukai