Anda di halaman 1dari 15

KURSUS:

PPPY1242 METODOLOGI AL-QURAN DAN AL-HADITH


SEMESTER 1 SESI 2022/2023

KUMPULAN 2 SET 1

TAJUK:
SEJARAH PENDOKUMENTASIAN HADIS

PENSYARAH:
DR MOHD MANAWI BIN MOHD AKIB

NAMA AHLI KUMPULAN:


1. NORANIE BINTI FADILAH (A193631)
2. NURUL A’LIA BINTI ANUAR (A191822)
3. NOR IFFAH BINTI EDRUS (A193779)
4. FARAH SYAZWANI BINTI MOHD ZAIMI (A192769)
ABSTRAK

Pembukuan hadis berjalan serentak dengan kaedah periwayatannya. Hal ini kerana untuk
membukukan sesuatu hadis memerlukan kaedah khusus untuk membezakannya sama ada diterima
atau ditolak berdasarkan senarai perawinya. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dengan
lebih mendalam mengenai sejarah pendokumentasian hadis. Metodologi penelitian yang
digunakan dalam kajian ini adalah kajian kepustakaan dengan data analisis yang diperoleh secara
kualitatif. Kaedah-kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah untuk memperolehi data-data
secara mendalam mengenai kajian daripada pelbagai sumber rujukan seperti buku, artikel, jurnal
dan laman sesawang. Hasil kajian mendapati mengenai perkembangan ringkas berkaitan dengan
hadis iaitu dari segi periwayatan, penulisan, pengumpulan dan pembukuannya semua ini dapat
dibahagikan kepada peringkat zaman seperti berikut iaitu pada zaman Rasullah swt yang
merupakan zaman penyampaian hadis, zaman sahabat yang merupakan zaman penulisan hadis dan
zaman Tabi’in yang merupakan zaman kodifikasi hadis. Kesimpulannya, pendokumentasian hadis
ini sangat penting supaya dapat mengelakkan penyebaran hadis palsu berlaku dan bimbang akan
berlakunya percampuran antara ayat al-Quran dengan hadis.

Kata Kunci: Hadis, Nabi SAW, Khulafa’ al-Rasyidin, Tabi’in, Al-Quran, Sahabat, Penulisan

i
ISI KANDUNGAN
BIL KANDUNGAN MUKA SURAT
1 ABSTRAK
i

2 ISI KANDUNGAN
ii

3 1.0 PENDAHULUAN
1

4 2.0 PENULISAN HADIS PADA ZAMAN RASULULLAH SAW


2-4

5 3.0 PENULISAN HADIS PADA ZAMAN SAHABAT


5-6

6 4.0 PENULISAN HADIS PADA ZAMAN TABI’IN


7-10

7 5.0 KEPENTINGAN PENDOKUMENTASIAN HADIS KEPADA


GENERASI MASA KINI 10

8 8.0 KESIMPULAN
11

9 RUJUKAN
12

ii
1.0 PENDAHULUAN
Allah SWT telah mengutus Nabi Muhammad SAW untuk menyampaikan ajaran Islam
kepada umat manusia. Ajaran Islam itu diwahyukan kepada Nabi, yang kemudian dikodifikasikan
dalam satu mushhaf yang dinamakan dengan Al-Quran. Selain dari ayat-ayat Al-Quran, ajaran
Islam juga bersumber kepada ucapan dan penjelasan Nabi sendiri yang disebut dengan hadis. A-
Quran sebagai sumber ajaran Islam yang pertama, menyajikan suatu masalah secara umum dan
bersifat global, kerana ajaran-ajaran Al-Quran itu dimaksudkan untuk boleh berlaku di semua
tempat dan di setiap masa. Penyajian yang singkat dan global itu mengakibatkan perlunya kepada
penjelasan Nabi untuk memahaminya. Penjelasan itu diberikan oleh Nabi dengan hadis-hadis
beliau. Hadis yang merupakan sumber hukum Islam yang kedua selain berfungsi menjelaskan Al-
Quran, juga berfungsi menguatkan hukum-hukum Al-Quran berfungsi menetapkan hukum-hukum
yang tidak didapati dalam Alquran. (Mushthafa al-Siba`i, t.th: 346) Penjelasan hadis dapat
menerangkan yang global, mengaitkan yang mutlak, menjelaskan yang rumit, mengkhususkan
yang umum, dan menjelaskan yang ringkas dari ayat-ayat Al-Quran. Dalam surat al-Nahl ayat 44
Allah SWT berfirman:

‫اس َما نُ ِز َل اِلَي ِْه ْم َولَ َعلَّ ُه ْم َيتَفَك َُّر ْو َن‬ ِ َ‫َواَ ْن َز ْلنَا ٓ اِلَ ْيك‬
ِ َّ‫الذك َْر ِلت ُ َب ِي َن ِللن‬
Ertinya: “Dan Kami pula turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Al-Quran yang
memberi peringatan, supaya engkau menerangkan kepada umat manusia akan apa
yang telah diturunkan kepada mereka, dan supaya mereka memikirkannya.”.

Demikianlah perintah mengerjakan solat, membayar zakat, dan menunaikan haji hanya
disebutkan secara umum. Semua itu telah dijelaskan secara terperinci dan ditafsirkan seluas-
luasnya di dalam hadis. Huraian di atas memperlihatkan betapa pentingnya kedudukan hadis.
Melihat pentingnya kedudukan hadis itu, maka di dalam ini kita ingin membahas keadaan hadis
pada masa Rasulullah dan sahabat serta tabi’in yang merupakan suatu fasa terpenting dalam
sejarah hadis. Pembahasan ini meliputi penulisan hadis pada zaman Rasulullah, larangan
penulisan, penulisan hadis pada zaman sahabat serta tabi’in dan kebolehan dalam menulisan hadis.
(Latif Muda, 2014).

1
2.0 PENULISAN HADIS PADA ZAMAN RASULULLAH

Berbeza dengan Al-Quran yang telah ditulis pada masa Nabi Muhammad SAW, hadis lebih
banyak dihafal daripada ditulis. Bahkan ada pendapat yang menyatakan bahawa Nabi SAW sendiri
pernah melarang para sahabat untuk mencatat hadith-hadith, seperti riwayat dari Abu Sa’id al-
Khudri,

‫ال تكتبوا عني ومن كتب عني غير القرآن فليمحه‬


“Janganlah kalian menulis dari ku, dan barangsiapa yang telah menulis dari ku selain
al Quran maka hapuslah”. (HR. Muslim).

Namun di akhir hayat Rasulullah mengizinkan penulisan hadith seperti yang diriwayatkan, dari
Abdullah bin Amr bin Ash, beliau mengatakan,

َ ‫سو ِل هللاِ صلى هللا عليه وسلم أ ُ ِري ُد ِح ْف‬


ُ‫ظه‬ ُ ‫س َمعُهُ ِم ْن َر‬ ْ َ ‫ب ُك َّل ش َْيءٍ أ‬
ُ ُ ‫ُك ْنتُ أَ ْكت‬
‫سو ُل هللاِ صلى هللا عليه‬ ُ ُ ‫ أَتَ ْكت‬: ‫ْش َوقَالُوا‬
ْ َ ‫ب ُك َّل ش َْيءٍ ت‬
ُ ‫س َمعُهُ َو َر‬ ٌ ‫ فَنَ َهتْنِي قُ َري‬،
َ‫ فَذَك َْرتُ ذَ ِلك‬، ‫ب‬ َ ‫ فَأ َ ْم‬، ‫ضا‬
ِ ‫س ْكتُ ع َِن ا ْل ِكتَا‬ َ ‫الر‬
ِ ‫ َو‬، ‫ب‬ َ َ‫وسلم بَش ٌَر يَتَ َكلَّ ُم فِي ا ْلغ‬
ِ ‫ض‬
‫ ا ْكت ُ ْب‬: ‫ َفقَا َل‬، ‫صبُ ِع ِه إِلَى ِفي ِه‬ْ ُ ‫ فَأ َ ْو َمأ َ ِبأ‬، ‫هللا صلى هللا عليه وسلم‬ ِ ‫سو ِل‬ ُ ‫ِل َر‬
ُ ‫فَ َوالَّذِي نَ ْفسِي ِب َي ِد ِه َما َي ْخ ُر‬
.‫ج ِم ْنهُ ِإالَّ َحق‬
“Dahulu aku menulis semua yang aku dengar dari Rasulullah kerana aku ingin
menghafalnya. Kemudian orang-orang Quraisy melarangku, mereka berkata,
“Engkau menulis semua yang kau dengar dari Rasulullah? Dan Rasulullah adalah
seorang manusia, kadang berbicara kerana marah, kadang berbicara dalam keadaan
lapang”. Mulai dari sejak itu aku pun tidak menulis lagi, sampai aku bertemu
dengan Rasulullah dan mengadukan masalah ini, kemudian beliau bersabda sambil
menunjukkan jarinya ke mulutnya, “tulislah! Demi yang jiwaku ada di tanganNya,
tidak lah keluar dari mulutku ini kecuali kebenaran”. (HR. Abu Dawud, Ahmad, Al
Hakim).

Al-Khatib menyatakan bahawa salah satu perkara yang membawa kepada tidak kodifikasi
hadith ialah Baginda s.a.s tidak mahu umat Islam ketika itu disibukkan dengan perkara selain al-

2
Quran. Sedangkan al-Quran masih diturunkan. Baginda khuatir ini akan menyebabkan orang ramai
mengelirukan ayat-ayat al-Quran dan hadith, dan dengan itu mengelirukan hadis dengan al-Quran.
Al-Khatib menambah bahawa hadith itu tidak ditulis pada masa itu, iaitu pada zaman awal Islam,
kerana terdapat sedikit orang Islam yang mahir dalam agama, yang benar-benar mahir
membezakan antara al-Quran dan al-Quran (Latif Muda, 2014).

Pelarangan Nabi dalam penulisan hadis tersebut menunjukkan adanya kekhawatiran dari
Nabi apabila hadis yang ditulis akan bercampur baur dengan ayat-ayat al-Qur’an. Meskipun
demikian, ada juga riwayat-riwayat yang menyatakan bahwa pada masa Rasul ada sebahagian
sahabat yang memiliki lembaran-lembaran (mushaf) tentang catatan hadis, misalnya Abdullah ibn
Amr ibn al-Ash dengan lembarannya yang diberi nama al-Sahifah al-Shadiqah, dinamakan
demikian kerana ia menulis secara langsung dari Rasulullah sendiri, sehingga periwayatannya di
percaya kebenarannya. Begitu juga dengan Ali ibn Abi Thalib dan Anas ibn Malik, keduanya
sama-sama memiliki catatan hadis. Hal ini bukan bererti mereka melanggar larangan Rasulullah
tentang penulisan hadis, namun kerana memang ada riwayat lain yang menyatakan bahawa
Rasulullah mengizinkan para sahabat untuk menulis hadis, sebagaimana diriwayatkan bahawa
para sahabat melarang Abdullah ibn Amr ibn al-Ash yang selalu menulis apa saja yang
didengarkannya dari Rasulullah, kerana menurut mereka Rasulullah terkadang dalam keadaan
marah, sehingga ucapannya tidak termasuk ajaran syar’i, tetapi setelah diadukan pada Rasulullah,
beliau bersabda: “Tulislah apa yang kamu dengar dariku, demi zat yang jiwaku berada
ditanganNya, tidak keluar dari mulutku kecuali kebenaran” (Abdul Majid Khon, 2008).

Dari sini dapat dilihat bahawa ada dua riwayat yang berbeza, satu riwayat menyatakan
bahawa Nabi melarang penulisan hadis dan di riwayat lain menyatakan bahawa Rasulullah
mengizinkannya. Dalam memandang hal ini, para ulama berbeza pendapat, dan secara am-nya
terdapat dua pendapat. Pendapat pertama menyatakan bahawa riwayat yang melarang penulisan
hadis dinasakh oleh riwayat yang mengizinkannya. Menurut mereka, pelarangan penulisan hadis
oleh Nabi terjadi pada awal-awal Islam, kerana dikhawatirkan adanya percampuran antara hadis
dan ayat al-Qur’an, jadi hal tersebut dimaksudkan untuk menjaga kemurnian ayat al-Qur’an.
(Abdul Majid Khon, 2008)

Namun ketika kekhawatiran tersebut mulai hilang kerana para sahabat telah mengetahui
dan terbiasa dengan susunan kalimat-kalimat al-Qur’an, sehingga mereka boleh membezakan

3
mana ayat al-Qur’an dan mana yang bukan, maka Rasulullah mengizinkan mereka untuk
menuliskan hadis. Pendapat kedua menyatakan bahawa pada dasarnya kedua riwayat tersebut tidak
bertentangan. Mereka menyatakan bahawa larangan itu dikhususkan kepada mereka yang
dikhawatirkan akan mencampur adukkan hadis dan al-Qur’an, dan diizinkan bagi mereka yang
tidak dikhawatirkan mencampur adukkan keduanya, iaitu izin seperti yang dilakukan Nabi kepada
Abdullah ibn Amr ibn al-Ash. Atau dalam kata lain Rasulullah melarang penulisan hadis secara
rasmi, tetapi tetap mengizinkan para sahabat menulis hadis untuk diri sendiri. Jadi larangan itu
bersifat umum sedangkan izin hanya berlaku untuk sahabat tertentu (Subhi as-Shalih, 2009).

Boleh dikatakan tiada pencatat yang dilantik secara rasmi untuk merekod dan menyusun
hadith melainkan ianya dilakukan mengikut kehendak sahabat sendiri (Shah F.A. et al. 2010) maka
terdapat juga hadith yang membuktikan hadith itu ditulis dalam zaman Kebawah Duli Yang Maha
Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan ia membuktikan bahawa Nabi s.a.w. Diizinkan menulis
hadis. Antara hadis yang disebutkan tadi; Daripada Abu Hurairah. "Tidak ada sahabat yang lebih
banyak haditsnya daripadaku kecuali dari Abdullah bin Amr. Sesungguhnya dia menulis dan aku
tidak menulis (Subhi as-Shalih, 2009)

4
3.0 PENULISAN HADIS PADA ZAMAN SAHABAT
Para sahabat RA telah bersama dengan Rasulullah SAW dalam setiap keadaan samada ia
berkaitan dengan perbuatan, percakapan dan apa yang telah diiqrarkan (disetujui) oleh Nabi SAW.
Selain itu, para sahabat telah menaqalkan atau meriwayatkan daripada Nabi SAW dengan begitu
teliti beserta beramal dengan apa yang diambil daripada Rasulullah SAW.

Selepas kewafatan Rasulullah s.a.w, isu penulisan hadith ini masih diperselisihkan oleh
para sahabat. Ada di kalangan mereka yang berpendapat yang penulisan hadith masih dilarang
kerana alasan larangan di zaman Rasulullah s.a.w masih sesuai, iaitu bimbang yang penulisan
hadith akan mengganggu tumpuan terhadap al-Quran. Trend ini agak kuat di permulaan
pemerintahan Khulafa’ al-Rashidin. Antara pendokong pandangan ini adalah `Umar bin al-
Khattab, Abu Said al-Khudri dan Abu Musa al-`Ashaari. Namun, kebanyakan para sahabat
berpendapat yang penulisan hadith adalah harus kerana alasan bagi larangan sebelumnya sudah
tidak wujud lagi (Latif muda, Rosmawati, 2014).

Terdapat ramai para sahabat yang menulis hadith dan memiliki koleksi hadith masing-
masing. Antaranya ialah apa yang dinyatakan Profesor Muhammad Hamidullah dan Dr.
Muhammad `Ajaj al-Khatib berdasarkan apa yang diriwayatkan daripada Aishah, bahawa Abu
Bakr telah menulis hadith-hadith Rasulullah s.a.w. Dinyatakan dalam riwayat tersebut, yang beliau
menghimpunkan sejumlah 500 hadith. Umar bin al-Khattab menulis hadith pada sarung
pedangnya mengenai zakat binatang ternak. Inilah yang kemudiannya diwarisi oleh Salim bin
Abdullah bin `Umar yang dibacakan kepada Ibn Syihab. Ali bin Abi Talib mempunyai sahifahnya
yang merupakan koleksi hadith yang diterima daripada Nabi s.a.w yang digantung di
pedangnya. Abdullah bin Amr bin al-`As memiliki koleksi hadith yang dikenali dengan Sahifah al-
Sadiqah. Beliau berkata: Inilah al-Sadiqah, padanya apa yang saya dengar daripada Rasulullah
s.a.w. Abu Hurairah berkata: “Tidak ada seorang pun daripada kalangan sahabat yang lebih banyak
dari saya dalam hadith melainkan Abdullah bin Amr bin al-`As, sesungguhnya dia menulis hadith
sedangkan saya tidak”. Jabir bin Abdullah pula telah menulis sebuah kitab kecil mengenai haji.
Manakala Samurrah bin Jundub telah berwasiat kepada anaknya termasuklah hadith-hadith yang
didengarnya daripada Rasulullah s.a.w. Demikianlah antara penulisan hadith sehingga ia begitu
meluas di kalangan sahabat sampai bilangan mereka yang menulis lebih ramai daripada

5
kalangan yang melarangnya. Para sahabat malah menggalakkan anak-anak dan murid-murid
mereka menulisnya (Latif Muda, Rosmawati, 2014).

Walaubagaimanapun, tidak semua sahabat menulis daripada Nabi SAW kerana tidak
semua sahabat dapat menulis dengan baik. Antara bukti yang mengatakan berlakunya penulisan
dalam kalangan para sahabat RA ialah Abdullah bin Amr berkata: “Aku telah menulis setiap apa
yang aku dengar daripada Rasulullah SAW kerana aku ingin menghafalnya tetapi kaum Quraish
telah menghalangku. Lalu mereka berkata : Adakah kamu menulis setiap apa yang kamu dengar
daripada Nabi SAW, sedangkan Nabi SAW manusia biasa yang bercakap kadang-kadang dalam
keadaan redha dan kadang-kadang dalam keadaan marah. Apabila aku mendengar kata-kata
mereka, aku berhenti daripada menulis dan aku menceritakan kepada Rasulullah SAW. Nabi SAW
bersabda : “Tulislah, demi Allah yang diriku berada di tangan-Nya, tidak keluar daripada mulutku
melainkan kebenaran” (Rahman, 2004).

Selain itu, Abu Hurairah pernah berkata: “Tidak ada dalam kalangan sahabat Nabi SAW
yang banyak menghafal hadis daripadaku melainkan Abdullah bin Amr kerana beliau menulis dan
aku tidak menulis”. Disamping itu, Rasulullah SAW sedang berkhutbah ketika pembukaan kota
Makkah khutbah yang panjang. Maka telah datang seorang lelaki daripada Yaman. Lalu lelaki
tersebut berkata kepada Rasulullah SAW: Tulislah kepada aku wahai Rasulullah SAW (khutbah)?
Maka Rasulullah SAW bersabda: “Tulislah kepada Abi Fulan (lelaki tersebut)” (Rahman, 2004).

Tambahan pula, para sahabat RA mempunyai Suhuf (lembaran) yang ditulis di dalamnya
hadis-hadis Nabi SAW. Begitu juga Nabi SAW memerintahkan sahabatnya untuk menulis ketika
berlakunya peristiwa bai’ah dengan kaum Yahudi di Madinah. Selain itu juga, Nabi SAW telah
menghantar surat-surat atau perutusan kepada raja-raja dan pemimpin-pemimpinnya (Rahman,
2004).

Kesimpulannya, penulisan telah berlaku di zaman Rasulullah SAW sebagaimana yang


dinyatakan dan diakui oleh para sahabat sendiri tetapi tidak semua sahabat Nabi SAW menulis apa
yang didengar dan dilihat kerana tidak semua mereka mempunyai kemahiran dalam menulis. Di
samping itu penulisan mereka sampai kepada kita pada hari ini. Walaubagaimanapun, sahabat
Nabi SAW adalah generasi yang terbaik dan keilmuan mereka sangat tinggi.

6
4.0 PENULISAN HADIS ZAMAN TABI’IN
Penulisan hadis pada zaman tabii'n semakin berkembang berbanding pada zaman sahabat.
Pada zaman tabiin, terdapat golongan yang menggalakkan penulisan hadis as-Sunnah an-
Nabawiyah ini antaranya ialah Sa'id ibn al-Musayyib, Mujahid ibn Jabr dan al-Hasan al-Basri.
Juga tidak dinafikan bahawa ada juga yang melarang daripada hadis ini ditulis. Mereka itu terdiri
daripada 'Abidah ibn 'Amru al-Salman, Ibrahim al-Nakha'i, 'Amir al-Sha'bi dan beberapa orang
lagi. Imam Nawawi berkata, Ulama salaf telah berselisih pendapat mengenai penulisan hadith;
sebahagian melarangnya dan sebahagian yang lain mengharusnya, kemudian mereka bersepakat
mengharuskannya”. Punca mereka berbeza pendapat dalam hal ini adalah setanding dengan punca
para sahabat berbeza pendapat dalam penulisan hadis. Antara punca yang dapat kita ketahui ialah
mereka bimbang bahawa hadis akan bercampur aduk dengan pandangan dan ijtihad mereka serta
umat Islam akan bergantung sepenuhnya kepada hadith yang ditulis dengan mengabaikan hafalan
hadith. Hal ini boleh menyebabkan hadith-hadith yang ditulis tadi akan terjatuh kepada golongan
yang bukan ahlinya yang memungkinkan timbulnya kekeliruan di kalangan umat Islam (Dr.
Muhiden 2010).

Penulisan hadis pada zaman Tabiin berlaku secara meluas serta menjadi kelaziman bagi
majlis-majlis ilmu di seluruh pelosok negara Islam ketika itu. Hal ini kerana kebanyakan para
tabiin menulis hadith mengikut jejak kebanyakan para sahabat. Dalam tadwin as-Sunnah, Dr
Muhammad bin Matar al-Zahrani menyatakan faktor berlakunya perkembangan penulisan hadis
pada zaman tersebut. Antara faktornya ialah berkembangnya periwayatan hadith dan panjangnya
sanad hadith dengan bertambahnya nama rawi hadith, gelaran dan nasab keturunan mereka. Zaman
tersebut umat Islam semakin bertambah dan ramai yang mengambil tempat dalam penulisan dan
periwayatan hadis ini (Mauliduna Jamian, 2003).

Kemudian, beliau menyatakan ramai para penghafaz hadith daripada kalangan para sahabat
sebelumnya dan tabiin utama meninggal dunia, bilangan mereka juga lama-kelamaan berkurangan
dan ada terbunuh dalam sebahagian peperangan yang berlaku, dibimbangi dengan pemergian
mereka akan lenyaplah hadith Rasulullah s.a.w. sebagai rujukan kedua dalam kehidupan. Selain
itu, lemahnya bakat hafazan dengan tersebarnya penulisan dan bertambahnya ilmu-ilmu yang
beraneka bidang seperti bidang fiqh, akidah, tauhid dan bermacam bidang lagi yang boleh
mengancam kedudukan ilmu hadith ini daripada terabai. Juga munculnya amalan-amalan bid`ah

7
dan berkembangnya pendustaan seperti Syiah, Nawasib dan Khawarij. Dengan menulis hadith,
maka akan dapat menjaga keaslian dan penulisannya. (Mauliduna Jamian, 2003).

Usaha penulisan dan pembukuan hadis ini diteruskan pada zaman Khalifah Umar bin Abdul
Aziz bin Marwan secara rasmi. Beliau memerintahkan gabenor-gabenor di bawah jajahan
takluknya dan ulama dalam kalangan tabii'n supaya hadith dikumpul dan dibukukan ke dalam satu
kitab dan dihantar beberapa salinan kepada negeri-negeri Islam yang lain. Al-Bukhari
meriwayatkan daripada Abdullah bin Dinar, katanya: "Umar bin Abd Al-Aziz menulis surat
kepada Abu Bakar bin Hazm, katanya: "Perhatikan daripada hadis-hadis Rasulullah SAW, maka
tulislah ia. Sesungguhnya aku takut akan hilangnya ilmu dan perginya ulama (mati). Jangan kamu
terima kecuali hadis-hadis Rasulullah sahaja. Orang pertama yang berjaya membukukan hadis
dengan lengkap atas arahan beliau ialah Muhammad ibn Muslim Ibn Shihab al-Zuhri, Hal ini turut
diakui sendiri oleh ibn Shihab dengan katanya: "Tidak ada seorang pun yang membukukan ilmu
sebelumku”. Selain beliau, terdapat juga ulama yang menerima arahan rasmi khalifah dan
menyahut arahan tersebut ialah Abu Bakr ibn 'Amru ibn Hazm yang merupakan gabenornya di
Madinah. Namun kitab beliau tidak sempat dilihat oleh Khalifah 'Umar 'Abd al-'Aziz walaupun
beliau berjaya mengumpul sebahagian hadith dalam satu kitab, kerana khalifah telah pun wafat
(Dr Muhiden, 2010).

Usaha yang telah dirintis oleh Umar bin Abd Al-Aziz ini diteruskan sehinggalah pada zaman
khalifah Abu Ja'far Al-Mansur (daripada khalifah Abbasiyah yang memerintah dari tahun 136
hingga 158H). Abu Ja'far telah mengarahkan Imam Malik bin Anas supaya menyusun sebuah kitab
mengenai hukum hakam fiqh yang berlandaskan hadis-hadis Nabi SAW. Hasil usaha Imam Malik
itu maka terhasillah sebuah kitab yang diberi nama 'Al-Muwatta', antara karya abad ke-2H yang
masih kekal sehingga ke hari ini. Antara ulama yang terkenal dengan kegiatan penulisan hadis
pada era tabi'in ialah Sufiyan bin Said Al-Thauri, Imam Malik bin Anas, Abdullah bin Al-
Mubarak, Sufiyan bin Al-'Uyainah, Waki' bin Al-Jarrah dan ramai lagi (Kheru, 2016).

Walaupun usaha mengumpul dan membukukan hadith ke dalam satu kitab secara rasmi telah
bermula dan giat dijalankan pada abad kedua Hijrah, namun kitab-kitab hadith yang dihasilkan
oleh ulama pada abad tersebut mengandungi beberapa kelemahan. Antara kelemahan yang
dimaksudkan ialah kitab-kitab tersebut bercampuraduk antara hadith-hadith Rasulullah s.'a.w.
dengan kata-kata sahabat dan fatwa-fatwa tabi 'in. Selain daripada itu, kitab tersebut juga tidak

8
disusun secara sistematik dan hadith-hadith yang dikumpul tidak lengkap serta tidak menyeluruh
Maka sebagai langkah bagi membaiki kelemahan tersebut, ulama yang muncul pada abad ketiga
Hijrah mula mengasingkan hadith-hadith Rasulullah S.A.W. daripada pendapat atau fatwa sahabat
dan tabi'in. Maka lahirlah kitab hadith yang disusun mengikut sahabat dikenali sebagai masanid
yang hanya terkumpul di dalamnya hadith-hadith Rasulullah saw (Dr. Muhiden 2010).

Kitab hadith yang paling masyhur yang dihasilkan oleh ulama pada abad ketiga ialah
Musnad Imam Ahmad. Pun begitu, masih terdapat kekurangan dalam penelitian dalam memilih
hadis. Hadis yang dipilih mereka itu terdapat hadis-hadis daíf dan maudu’. Hal ini menyebabkan
kesukaran khususnya kepada penuntut ilmu dalam memastikan kesohihan hadis-hadis tersebut.
Maka, sekali lagi ulama hadis telah mencipta kaedah dan metodologi pengumpulan hadis yang
baru dimana mereka mengambil inisiatif hanya mengumpul hadith-hadith sahih sahaja di dalam
satu kitab. Ulama yang terawal merintis kaedah ini ialah Imam Muhammad ibn Isma'ii al-Bukhari
melalui kitab Sahihnya yang terkenal. Ini diikuti pula oleh Imam Muslim ibn al-Hujjaj al-Qushayri
melalui kitabnya Sahih Muslim. Kedua-dua kitab ini dianggap sebagai kitab yang paling sahih
selepas al-Qur'an (Dr. Muhiden 2010).

Kaedah kedua ulama tersebut diikuti oleh Abu Dawud, Sulayman al-'Ash'ath al-Sijistani,
Abu'Isa, Muhammad ibn Saurah al-Tirmidhi, Ahmad ibn Shu'ayb al-Nasa'i dan 'Abd Allah ibn
Muhammad ibn Yazid ibn Majah al-Qazwini. Kitab hadith yang ditulis oleh keempat-empat ulama
ini dikenali dengan nama-nama seperti Sunan Abi Dawud, Sunan al-Tirmidhi, Sunan al-Nasa’i,
dan Sunan Ibn Majah. Keempat-empat kitab ini, termasuk kitab Sahih al-Bukhari dan Sahih
Muslim akhirnya dikenali dengan al-Kutub al-Sittah atau Sunan Sittah. yang menjadi rujukan
muktabar bagi umat Islam sehingga masa kini. (Dr. Muhiden 2010).

Metode penulisan hadis kemudian mencapai zaman kemuncak kegemilangannya pada


abad ke-3H (9M). Dalam menghasilkannya, ulama hadis menggunakan pelbagai kaedah penulisan
seperti metode penyusunan berdasarkan hadis sahih. Kategori ini dikenali sebagai as-sihah seperti
Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, Sahih Ibn Khuzaimah dan Sahih Ibn Hibban. Namun, Sahih Ibn
Khuzaimah masih tidak ditemui lengkap sepenuhnya. Kaedah lain pula menggunakan metode
penyusunan berdasarkan bab fiqah. Kategori ini dikenali sebagai as-sunan, yang kebanyakan isi
kandungannya ialah hadis Nabi SAW seperti Sunan Abi Dawud, Sunan at-Tirmizi, Sunan an-
Nasaie dan Sunan Ibn Majah. Juga sebagai al-musannafat yang isi kandungannya bercampur antara

9
hadis, kata-kata sahabat dan tabiin seperti Musannaf Abd ar-Razzaq dan Musannaf Ibn Abi
Syaibah. Metode penyusunan berdasarkan nama sahabat RA juga tidak ketinggalan. Kategori ini
dikenali sebagai al-masanid, seperti Musnad at-Tayalisi dan Musnad Ahmad bin Hanbal. Kaedah
yang seterusnya pula menggunakan metode penyusunan berdasarkan huruf abjad bagi nama
perawi. Kategori ini dikenali sebagai al-ma'ajim seperti al-Mu'jam al-Kabir, al-Mu'jam al-Awsat
dan al-Mu'jam al-Saghir, ketiga-tiganya oleh at-Tabarani. Kaedah penyusunan berdasarkan tema
atau isu tertentu juga turut diaplikasikan. Kategori ini dikenali sebagai al-ajza' seperti kitab al-
Zuhd oleh Ibn al-Mubarak, Khalq Af'al al-'Ibad oleh al-Bukhari, al-Kharaj oleh Abu Yusuf dan al-
Imamah oleh Abu Nu'aim. Semua kategori karya ini disebut sebagai sumber asal hadis. Hanya
kepada kelompok karya ini sahaja yang boleh kita sandarkan sesuatu hadis kepada sumber asalnya.
Maka, boleh dikatakan hampir keseluruhan hadith Rasulullah s.'a.w. telah dibukukan pada abad
ini. Oleh itu, dengan berakhirnya abad ketiga Hijrah juga bermakna berakhirlah zaman pembukuan
hadith (Dr Mohd Khafidz Soroni, 2020).

5.0 KEPENTINGAN PENDOKUMENTASIAN HADIS KEPADA GENERASI MASA


KINI

Usaha serta sumbangan sahabat, tabiin dan tabi’ tabiin dalam memelihara hadis Nabi S.A.W
memberi kesan yang sangat besar kepada generasi masa kini supaya mereka tidak berada didalam
keadaan kejahilan. Hal ini memudahkan mereka untuk mengetahui bagaimana penulisan hadis
zaman Rasullullah, sahabat dan tabiin sekaligus untuk menjaga autoriti hadis baginda. Selain itu,
usaha pendokumentasian hadis itu penting untuk menangkis serangan pemikiran orientalis dan
gerakan anti-hadis yang menggunakan gelaran al-Quraniyyun iaitu tidak menerima hadis sebagai
sumber (Rahman, 2004).

Di samping itu, umat masa kini dapat mengetahui tentang kesungguhan ulama’ yang
berkhidmat kepada hadis Nabi sepanjang zaman dalam menjaga kesahihan hadith Rasulullah
s.a.w. Kesungguhan mereka itu membuktikan bahawa hadith Nabi S.A.W merupakan aset yang
sangat penting bagi umat Islam sejagat. Tambahan pula, generasi abad kini dapat mengetahui
tentang al-Quran dan hadis berada pada kedudukan yang sama dari segi hujah dan pengiktibaran
dalam mengisbatkan hukum syarak juga dapat mengelakkan pergaduhan sesama umat Islam dalam
memahami ilmu hadis as-Sunnah an-Nabawiyah ini (Rahman, 2004)

10
6.0 KESIMPULAN
Penulisan hadith ini telahpun wujud semasa hayat Rasulullah s.a.w., zaman sahabat dan
zaman tabi'in, iaitu sebelum munculnya Imam al-Zuhri. Rasulullah s.a.w di peringkat awal
melarang para sahabat dari menulis hadithnya atas beberapa sebab. Namun, ia dibenarkan setelah
tiadanya faktor yang menyebabkan ia dilarang. Para sahabat Rasulullah s.a.w memberikan
sumbangan yang sangat besar dalam memelihara warisan hadith Rasulullah s.a.w. Kecintaan
mereka kepada sunnah Rasulullah SAW mengatasi segala kekurangan yang ada pada ketika itu
demi menjaga peninggalan hadis Nabi s.a.w (Latif Muda, Rosmawati, 2014).

Manakala zaman tabiin pula penulisan hadis mula berkembang luas ke seluruh pelosok
dunia Islam. Para sahabat dan tabiin mempunyai metod yang tersendiri bagi memelihara hadith
Baginda s.a.w. usaha mereka ini. Hasil usaha keras para ulama sepanjang zaman dalam
memelihara hadis Nabi s.a.w memberi kesan yang besar kepada umat Islam daripada tergelincir
dalam kejahilan. Daripada Malik, sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: "Aku tinggalkan
kepada kalian dua perkara yang kalian tidak akan tersesat selamanya selama berpegang teguh
dengan keduanya iaitu Kitabullah dan Sunnah Nabi" (Latif Muda, Rosmawati, 2014)

11
RUJUKAN

Abdul Majid Khon, 2008, Ulumul Hadis, Jakarta

Subhi as-Shalih, 2009, Membahas Ilmu-ilmu Hadis, Jakarta

Dr. Mohd Muhiden Abd. Rahman (2010). Úlum Al-Hadith Lengkap Dengan Takhrij al-Hadith

dan Pengajian Sanad Hadith, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kheru, 2016, Penulis Hadis Pada Zaman Tabiin, live journal

https://mt961013.livejournal.com/1195427.html

Dr Mohd Khafidz Soroni, 2020, Memahami 5 Kaedah Penyusunan Hadis.

https://www.hmetro.com.my/addin/2020/08/615349/memahami-5-kaedah-penyusunan-hadis

Mauliduna jamian, 2003, Ulum al-Hadis, Penulisan Hadis di Zaman Tabiin

https://sites.google.com/site/maulidunajamian/ulum-al-hadith-absh2103/003-penulisan-
hadith/004---penulisan-hadith-di-zaman-tabiin

Dr. Ab. Latif Muda, Rosmawati Ali @ Mat Zin, 2014, Ulum Al-Quran, Batu Caves,

Kuala Lumpur: Pustaka Salam

Suriani Sudi, Rosni Wazir ,Abur Hamdi Usman, , Mohd Norzi Nasir, Zanariah Ismail, Sakinah

Salleh, Azman Abdul Rahman, (2016), Sejarah Penulisan Hadis: Pembetulan Fakta Dari

Hujah Anti Hadis, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Universiti Putra

Malaysia, Al-Ikhsan Training and Motivation, Universiti Sains Islam Malaysia, Malaysia

Rahman, 2004, Sejarah Penulisan Dan Pembukuan Hadith, Jurnal Usuluddin

Leni Andariati, 2020, Hadis Dan Sejarah Perkembangannya, Jurnal Ilmu Hadis

https://core.ac.uk/download/pdf/304914747.pdf

12

Anda mungkin juga menyukai