Anda di halaman 1dari 2

SKRIP RESENSI BUKU

Melati kuntum tumbuh melata,


Sayang merbah di pohon cemara,
Assalammualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara,

Selamat pagi dan salam sejahtera kepada tuan Pengerusi Majlis, yang saya hormati barisan hakim
yang bijaksana, guru-guru yang disayangi, rakan-rakan yang budiman, serta hadirin yang dikasihi.

Saya, Nor Hazirah Binti Idris, dari SK Bukit Dinding ingin menyampaikan Resensi buku pada hari
yang indah ini.

Kawan-kawan,
Buku yang ingin saya kongsikan ini bertajuk GADIS NOVEL LAWAN BUDAK KOMIK. Penulis
buku ini adalah AIN MAISARAH dan KHAIRIL KAMARUDIN. Buku ini diterbitkan pada tahun
2013 oleh Syarikat Penerbitan BLINK BOOK SDN BHD, di Kuala Lumpur. Buku ini berharga
RM12 untuk Semenjung Malaysia dan RM14 untuk Sabah dan Sarawak.

Buku ini mempunyai 104 muka surat.


Nombor Panggilan buku ini ialah 899.2333 . Buku ini saya pinjam dari perpustakaan sekolah saya.
Buku ini dikelaskan sebagai sebuah genre kesusasteraan. Buku ini berkulit tebal di mana pada
muka surat hadapannya menggambarkan aksi utama watak di dalam novel ini. Rekabentuk kulit
buku ini dibuat oleh AZMI. Ia adalah sebuah buku FIKSYEN

Ia menceritakan tentang 2 buah kelab yang bakal dibubarkan oleh pihak sekolah Sri Bali. Kelab
yang terlibat ialah Kelab Novel dan Kelab Komik.

Pengetua sekolah tersebut, Tuan Saiful Yang telah mencadangkan kedua-dua Kelab itu
bertanding kelab manakah yang mampu mengumpulkan jumlah jualan novel atau Komik yang
terbanyak. Tetapi kedua-dua kelab ini telah mengumpulkan jumlah jualan yang sama banyak.

Akhirnya, Pengetua sekolah bersama Penulis Jemputan mereka iatu, Ain Maisarah telah
memutuskan untuk menggabungkan Kelab tersebut dan menamakannya sebagai Kelab NOMIK.

Kawan-kawan,
Menerusi novel ini kita boleh mendapat pengajaran. Dalam novel ini kita mendapat Pengajaran
PERTAMA, kawan satu sekolah kita perlulah saling bersahabat dan jangan bergaduh.

Pengajaran KEDUA pula, pergaduhan akan menjadikan kita bertindak melakukan perkara buruk.
Contohnya Kelab Novel dan Kelab Komik yang saling mensebotaj untuk mencapai kejayaan.
Akhirnya perkara ini telah membinasakan kelab masing-masing.
Kawan-kawan tahukah mengapa saya suka membaca buku ini?
Pertama saya suka membaca novel yang ditulis oleh Ain Maisarah ini. Bahasa yang digunakan oleh
penulis mudah saya fahami.

Kedua rekabentuk kulit hadapan buku ini sangat menarik. Gambar hadapan kulit buku ini sangat
cantik dengan warna yang ceria.

Oleh itu saya syorkan untuk kawan-kawan membaca buku ini.

Bunga dedap di atas para,


Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Sekian. Terima kasih

Anda mungkin juga menyukai