Anda di halaman 1dari 16

I know What Science is!

Lay Ah Nam, Balkisnah Shaharuddin, Badariah Hashim dan Maryam Ahmad Shah

Pengenalan

Apakah yang terbayang dalam fikiran anda apabila mendengar istilah sains?
Sebelum anda meneruskan pembacaan, luangkan masa beberapa minit untuk melukis imej
seorang saintis atau apa-apa sahaja tentang saintis.

Setelah meneroka imej saintis, mari kita fikir lebih jauh lagi.

 Apakah kerja sebenar seorang saintis?

Apakah yang akan anda jelaskan jika murid anda bertanya,


 "Apakah sains?"

atau

 "Bagaimanakah seorang saintis bekerja?"

Sekarang, cuba anda fikirkan satu kemahiran penting yang diperlukan untuk menjalankan
penyiasatan saintifik.

Adakah istilah "pemerhatian" terlintas dalam fikiran anda?

Ini adalah istilah yang kerap anda dengar.

Apakah definisi anda mengenai pemerhatian?

Pemahaman anda tentang sains dan ciri-ciri sains (nature of science, NOS) adalah penting kerana
ia akan mempengaruhi pemilihan strategi pengajaran dan pembelajaran (PdP), serta
meningkatkan kualiti pengajaran guru dan pembelajaran murid.

Guru yang memahami NOS cenderung untuk melibatkan murid dalam aktiviti inkuiri yang
berasaskan teori konstruktivisme (Lederman, 1998).

Akerson dan Hanuscin (2007) mendapati pemahaman guru tentang NOS dapat meningkatkan
kemahiran guru dalam melaksanakan pendekatan inkuiri dan pemahaman murid tentang NOS.

NOS telah diiktiraf sebagai satu komponen utama dalam peningkatan literasi sains
(Chaiyabang & Thathong, 2014; Holbrook & Rannikmae, 2009; Lederman, Lederman & Antink,
2013) .
 Jadi, guru perlu terlebih dahulu menguasai NOS dan seterusnya membantu murid memahami
NOS. Lederman (1992) menjelaskan NOS sebagai “the epistemology of science, science as a
way of knowing, or the values and beliefs inherent to the development of scientific
knowledge”.
 Marilah kita memahami NOS yang dijelaskan dalam perenggan di bawah:

Science is often presented as a collection of facts and theorems that have been proved to
be correct. The word ‘objective’ is frequently used to describe ‘the scientific method’,
implying that there is a single approach and that it is somehow independent of human
judgment and values. By contrast, the current view is that science is by no means static;
theories are dependent on available evidence and as such may change as new evidence
emerges. Science is seen as the result of human endeavour, involving creativity and
imagination as well as the careful collection of data and interpretation of data to
generate evidence. … Science seen as the creation of understanding about the world is
more likely to appeal to and excite learners than when seen as a set of mechanical
procedures and established ‘right answers’. (Harlen, 2010, p. 11-12)
Amalan sains

 Membina penjelasan:
Matlamat sains adalah untuk membina penjelasan bagi penyebab suatu fenomena.
Pelajar diharapkan dapat menggunakan bukti (evidence) (sebagai contoh, pengukuran,
pemerhatian, corak) untuk membina penjelasan.

 Melibatkan diri dalam penghujahan berdasarkan bukti:


Penghujahan (argumentation) adalah proses untuk mencapai persetujuan mengenai penjelasan.
Dalam sains, penaakulan dan penghujahan berpandukan bukti sangat penting dalam mengenal
pasti penjelasan yang terbaik bagi suatu fenomena semula jadi.
Pelajar diharapkan dapat (i) berhujah tentang penjelasan yang dibina, dan (ii) mendengar,
membanding, menilai idea pesaing dan seterusnya menambah baik penjelasan.

Ringkasan aktiviti

Dalam usaha meningkatkan literasi sains peserta (pelajar atau guru), peserta perlu diberi
pengalaman yang dapat membentuk pemahaman NOS dan peluang untuk membina penjelasan
berpandukan bukti.

Dalam aktiviti ini, peserta dibimbing melalui kitaran pembelajaran untuk menjawab soalan
penting:
How do scientists work?

Peserta akan membina penjelasan berdasarkan pemerhatian.

Kemudian, mereka berhujah tentang penjelasan yang dibina dan menambah baik penjelasan
selepas membanding dan menilai bukti yang dikemukakan oleh rakan.

Kitaran pembelajaran ini bertujuan untuk mengajar NOS secara eksplisit dan reflektif.
Objektif

Di akhir slot ini, peserta dapat:

1. Mengetahui bahawa saintis mengkaji dunia semula jadi dengan pelbagai cara bergantung
pada soalan yang dikemukakan dan tidak ada urutan langkah tetap (atau ‘kaedah saintifik’)
yang harus digunakan dan diikuti oleh semua saintis.

2. Menjelaskan bahawa pengetahuan saintifik adalah berdasarkan manusia membuat


pemerhatian dan inferens.

3. Memahami perbezaan antara pemerhatian dan inferens.

4. Memahami bahawa saintis mencari corak semasa membuat


pemerhatian.

5. Menggunakan corak dan pengetahuan sedia ada untuk mencadangkan penjelasan.

6. Menyedari bahawa sains memerlukan bukti, dan corak yang dapat digunakan sebagai bukti
untuk menyokong penjelasan.

7. Memahami bahawa sains adalah tidak mudah berubah tetapi bersifat tentatif, dan boleh
disemak berdasarkan bukti baharu atau pentafsiran semula bukti yang sedia ada.

8. Menganalisis penjelasan alternatif yang disampaikan oleh orang lain dan berkomunikasi
tentang kriteria bagi penjelasan saintifik yang dipersetujui.

9. Menjelaskan bahawa sains sebagai pengetahuan, proses untuk mendapatkan pengetahuan,


dan cara untuk mengetahui sesuatu (way of knowing).

10. Meringkaskan idea asas tentang nature of


science.
Alat dan bahan

Lampiran S2-1 hingga S2-6 (Untuk setiap ahli kumpulan)


Lampiran S2-7 (Satu helai untuk setiap kumpulan)

Masa: 2 jam

Prosedur

Penglibatan (Engage)

Aktiviti 1: Doing Science (Keeley, Eberle & Dorsey, 2008)

Fasilitator:
Apakah yang akan anda jelaskan jika murid anda bertanya:
 "Apakah sains?"

atau

 "Bagaimanakah seorang saintis bekerja?"

atau

 “Apakah kerja sebenar seorang saintis?”

1. Secara individu, peserta membaca perbualan empat orang pelajar dalam Lampiran S2-1 dan
menjawab dua soalan dalam Lampiran S2-1.

2. Peserta dikumpulkan mengikut pilihan Antoine, Tamara, Marcos dan Avery.

3. Beberapa wakil bagi setiap kumpulan membentangkan penerangan masing-masing.


(Catatan: Terima semua jawapan murid dan elakkan menghakimi jawapan murid.)

4. Fasilitator mengemukakan soalan semasa atau selepas pembentangan, seperti


 Jika anda bersetuju bahawa semua saintis menggunakan kaedah saintifik, ahli sains
apakah yang anda fikirkan?

 Mengapakah sesetengah daripada anda beranggapan kaedah langkah demi langkah yang
disebut oleh Tamara adalah tepat?

 Apakah idea lain anda tentang doing science atau bagaimana sains dilakukan?
Penerokaan (Explore)

Aktiviti 2: Trick Tracks (Gilbert & Johns, 2014)

Fasilitator:
 Cuba fikirkan satu kemahiran utama yang diperlukan untuk menjalankan penyiasatan saintifik.

 Adakah "pemerhatian" terlintas di fikiran anda?

Ini adalah istilah yang selalu anda dengar.

 Apakah maksud pemerhatian dan bagaimanakah anda melakukan pemerhatian?


(Catatan: Terima semua jawapan peserta dan elakkan menghakimi jawapan peserta.)

1. Peserta diminta membuat pemerhatian terhadap persekitaran mereka.


Peserta diminta berkongsi hasil pemerhatian mereka
(contoh: Terdapat kerusi, daun berwarna hijau).

2. Fasilitator membimbing peserta untuk menjelaskan pemerhatian.


Soalan:

 Apakah yang kita gunakan untuk membuat pemerhatian?


(Peserta akan mengetahui bahawa kita menggunakan deria - penglihatan, pendengaran,
bau, rasa dan sentuhan - untuk membuat pemerhatian.)

 Apakah yang anda (atau saintis) cari apabila membuat pemerhatian?

Perbincangan:
 Para saintis mencari corak/ pola (pattern) dan susunan (order) semasa membuat
pemerhatian terhadap dunia sekeliling. Pola boleh dijadikan bukti untuk menyokong
penjelasan.
3. Fasilitator:
 Anda adalah sekumpulan ahli paleontologi yang dijemput untuk memeriksa satu set
fosil.

Fasilitator menunjukkan Tricky Track 1 (Lampiran S2-2) dan bertanya kepada peserta:

 Apakah yang anda perhatikan? (What do you observe?)

Peserta secara individu mencatat dalam Tricky Tracks Recording Sheet (Lampiran S2-3).

Peserta diminta membentangkan catatan/ jawapan.

Catatan: Biasanya peserta akan menjawab: "Jejak burung (atau haiwan lain)" atau "Jejak yang
ditinggalkan oleh burung (atau haiwan lain) ketika mereka berjalan menuju ke tempat yang
sama," dan lain-lain.

Terima semua jawapan peserta dan elakkan menghakimi jawapan peserta.

Fasilitator boleh menyenaraikan jawapan tersebut di papan tulis.

4. Fasilitator:
 Adakah anda melihat burung?
atau

 "Bagaimanakah anda dapat mengetahui bahawa jejak ini ditinggalkan oleh burung?".

Perbincangan:
• Sebenarnya kita tidak melihat burung. Pernyataan "jejak burung" adalah satu inferens
(bukan satu pemerhatian).

• Pemerhatian yang mungkin adalah: "Dua set tanda hitam dengan saiz yang berbeza".

• Berdasarkan pemerhatian ini dan pengetahuan sedia ada kita tentang jenis jejak yang
ditinggalkan oleh burung (atau haiwan lain), kita membuat inferens bahawa burung (atau
haiwan lain) meninggalkan jejak tersebut.

• Memikirkan sesuatu berdasarkan pemerhatian disebut sebagai inferens. Inferens adalah


gabungan dari apa yang kita perhatikan dan apa yang sudah kita ketahui atau alami.
(Thinking something based on an observation is called an inference. Inferences are a
combination of what we observe and what we already know or have experienced.)

Fasilitator:
 Apakah inferens yang boleh anda buat berdasarkan pemerhatian ini?

Peserta diminta memperbaik catatan dalam ruang pemerhatian dan membuat inferens
(secara individu).
5. Peserta membentangkan pemerhatian dan inferens yang dibuat.
6. Peserta diminta menjelaskan inferens yang dibuat.

Contoh:
Jika inferens peserta ialah:
 Jejak burung

Fasilitator bertanya:
 Mengapakah anda mengatakan bahawa ini adalah jejak burung/ haiwan?

Perbincangan:
• Inferens dibuat berdasarkan gabungan dari apa yang kita perhatikan dan apa yang telah
kita ketahui atau alami.

• Berdasarkan pemerhatian atau bukti yang sama, anda boleh membuat beberapa inferens
yang munasabah.
(Based on the same set of observations or evidence, you were able to come up with
several, but equally plausible inferences.)

Fasilitator:
 Mengapakah kedua-dua haiwan itu menuju ke tempat yang sama?

Jawapan mungkin berbeza-beza:


• Menuju ke mangsa yang sama, atau bergerak ke arah sumber air.
• Satu haiwan mungkin menyerang haiwan yang lain.
• Kedua-dua haiwan bergerak ke tempat yang sama disebabkan keadaan muka bumi.
• Lain-lain

Fasilitator menjelaskan:
 bahawa semua jawapan ini adalah inferens dan semua inferens itu adalah munasabah
(plausible).

Fasilitator:
 Berdasarkan pemerhatian atau bukti yang sama, anda dan murid anda boleh membuat
beberapa jawapan (inferens) yang munasabah untuk soalan yang sama:

 "Apakah yang telah terjadi?"

7. Fasilitator menunjukkan Tricky Track 2 (Lampiran S2-4) dan bertanya kepada peserta:
Apakah yang anda perhatikan? (What do you observe?)
8. Apakah inferens yang boleh anda buat berdasarkan pemerhatian ini?
(What can you infer from your observation?)

Peserta (secara individu) mencatat/menjawab dalam Tricky Tracks Recording Sheet

(Lampiran S2-3).

Peserta membentangkan pemerhatian dan inferens.

Contoh pemerhatian:
Kedua-dua set tanda kini kelihatan dekat dan berkeliling (mingle) secara rawak.

Nota:
Jika peserta menyatakan:
 "Kedua-dua burung itu sedang bertengkar",

Fasilitator menjelaskan
 bahawa ini merupakan satu inferens, dan menjelaskan perbezaan antara pemerhatian dan
inferens.
Contoh inferens:
Kedua-dua haiwan itu sedang bertengkar, atau terlibat dalam mating ritual, atau mangsa
berlawan dengan pemangsa dan sebagainya.

Fasilitator bertanya:

 Adakah inferens anda telah berubah? (Did your earlier inference change?)

Fasilitator membincangkan:

 Inferens mungkin berubah sekiranya terdapat maklumat/ data baharu.

9. Fasilitator menunjukkan Tricky Track 3 (Lampiran S2-5) dan bertanya kepada peserta:

 Apakah yang anda perhatikan?

 Apakah inferens yang boleh anda buat berdasarkan pemerhatian ini?

Peserta (secara individu) mencatat dalam Tricky Tracks Recording Sheet (Lampiran S2-3).

Peserta membentangkan pemerhatian dan inferens.

Contoh pemerhatian:
 Hanya tanda yang lebih besar masih kelihatan.
 Tanda yang lebih kecil tidak kelihatan lagi.

Contoh inferens yang mungkin:


 Satu haiwan mungkin telah memakan yang lain;
 Satu haiwan mungkin menyambar yang lain dan terus bergerak;
 Satu haiwan mungkin terbang manakala yang lain terus berjalan, dan lain-lain.

Sekali lagi, fasilitator menekankan bahawa semua inferens ini adalah munasabah
berdasarkan bukti yang ada .

Fasilitator:
 Adakah inferens anda berubah lagi?

Perbincangan:
 Penjelasan saintis berubah berdasarkan data baharu yang ditemui dan perspektif
berbeza yang dikongsi.
Penjelasan (Explain)

Fasilitator:
 Berdasarkan data-data yang diperoleh dari pemerhatian anda, berikan satu penjelasan
mengenai apa yang telah berlaku.

 Pastikan kesimpulan anda adalah logik dan disokong sepenuhnya oleh data anda.

Secara individu, peserta menjawab dalam Lampiran S2-6 (Tricky Tracks Conclusion).

Perbincangan:
 Membina penjelasan:

 Matlamat sains adalah untuk membina penjelasan mengenai penyebab fenomena


(The goal of science is to construct explanations for the causes of phenomena.)
10. Fasilitator:
 Berdasarkan data-data yang diperoleh dari pemerhatian anda, berikan satu penjelasan
mengenai apa yang telah berlaku.
 Anda dikehendaki menghujah berdasarkan bukti dalam kumpulan anda.

Perbincangan:
 Penghujahan (argumentation) adalah satu proses untuk mencapai persetujuan mengenai
penjelasan.
 Dalam sains, penaakulan dan penghujahan berdasarkan bukti sangat penting dalam
mengenal pasti penjelasan terbaik untuk suatu fenomena semula jadi.

Secara kumpulan, peserta mencatatkan penerangan yang dipersetujui oleh semua ahli
kumpulan dalam Lampiran S2-7 (Tricky Tracks Conclusion Questions).

Setiap kumpulan membentangkan penerangan.

Fasilitator:
 Adakah semua kumpulan mempunyai penerangan/ inferens yang sama?

 Fasilitator dan peserta membincangkan soalan 1-5 dalam Lampiran S2-7 (Tricky
Tracks Conclusion Questions).

Mari kita membuat refleksi tentang apa yang telah anda lakukan, dan menghubungkaitkan
aktiviti sains berasaskan inkuiri dan kerja saintis.

• Penyiasatan saintifik menggunakan pelbagai kaedah.


• Pengetahuan saintifik adalah berdasarkan pemerhatian dan inferens yang dibuat oleh
manusia.
• Sains beranggapan bahawa objek dan peristiwa dalam sistem semula jadi berlaku dalam
corak yang konsisten dan dapat difahami melalui pengukuran dan pemerhatian.
• Pengetahuan saintifik adalah berdasarkan bukti empirikal.
• Pengetahuan saintifik terbuka kepada semakan semula berdasarkan bukti baharu.

Pengembangan (Elaborate)

1. Apakah idea asas lain mengenai nature of science?


Fasilitator membentangkan nature of science selepas mendengar jawapan peserta.

2. Saintis membangunkan pengetahuan saintifik. Sebilangan pengetahuan ini terdapat dalam


buku teks.
Adakah pengetahuan ini akan berubah pada masa akan datang? Terangkan jawapan anda dan
berikan contoh.
Perbincangan:
Sains adalah tentatif – Pengetahuan sains boleh disemak semula berdasarkan bukti baharu.

3. (a) Bagaimanakah para saintis mengetahui bahawa dinosaur pernah wujud?


(b) Pada pendapat anda, adakah para saintis pasti rupa dinosaur? Mengapa?
How certain are scientists about the way dinosaurs looked? Why?
(c) Dinosaur dipercayai pupus kira-kira 65 juta tahun yang lalu.
 Walau bagaimanapun, para saintis tidak mempunyai persetujuan tentang apa yang
menyebabkan ini berlaku, iaitu mereka mempunyai kesimpulan yang berbeza tentang
bagaimana dan mengapa dinosaur pupus. Mengapakah kesimpulan yang berbeza ini
boleh berlaku sedangkan para saintis mengakses dan menggunakan data yang sama?

Perbincangan:

 Inferens dan kreativiti manusia berperanan dalam membangunkan penjelasan dan


model saintifik berdasarkan data yang diperoleh – Para saintis mempunyai
interpretasi yang berbeza terhadap data disebabkan perbezaan pengetahuan sedia ada
dan pengalaman (iaitu, subjektiviti).

4. Peserta menghuraikan teori dan hukum saintifik.


5. Bagaimanakah teori dan hukum saintifik dibangunkan?

Penilaian dan refleksi

Pra aktiviti
1. Apakah yang terbayang dalam fikiran anda apabila mendengar istilah sains?
2. Apakah kerja sebenar seorang saintis? Apakah yang akan anda jelaskan jika murid anda
bertanya, "Apakah sains?" atau "Bagaimanakah seorang saintis bekerja?"
3. Cuba anda fikirkan satu kemahiran penting yang diperlukan untuk menjalankan penyiasatan
saintifik. Adakah istilah "pemerhatian" terlintas dalam fikiran anda? Ini adalah istilah yang
kerap anda dengar. Apakah definisi anda mengenai pemerhatian?

Pasca aktiviti
1. Jawab semula dua soalan dalam Lampiran S2-1.
2. Adakah anda masih beranggapan sains hanya melibatkan eksperimen?
Adakah anda beranggapan sains sebagai konsep dan istilah yang mesti dihafal oleh
pelajar?
Adakah anda melihat sains sebagai satu urutan langkah tetap (a fixed sequence of steps)
yang digunakan para saintis dan pelajar untuk menjalankan eksperimen?
3. Bagaimanakah anda akan mengajar nature of science dalam bilik darjah?
4. Apakah cabaran yang dijangka dalam PdP nature of science?

Lampiran

Lampiran S2-1: Doing Science (Keeley, Eberle & Dorsey, 2008)


Lampiran S2-2: Trick Tracks 1
Lampiran S2-3: Tricky Tracks Recording Sheet
Lampiran S2-4: Trick Tracks 2
Lampiran S2-5: Trick Tracks 3
Lampiran S2-6: Tricky Tracks Conclusion
Lampiran S2-7: Tricky Tracks Conclusion Questions
Panduan untuk fasilitator

Activity 1: Doing Science

Note:
The probe is designed to find out if students recognize that scientists investigate the natural
world in a variety of ways depending on the question they pose and that there is no fixed
sequence of steps called the “scientific method” that all scientists use and follow rigidly.

The best answer is Marcos’s: I think scientists use different methods depending on their
question.

Not all scientific investigations involve experiments. An experiment is a type of investigation


that involves testing cause-and-effect relationships between variables—manipulated
(independent) and responding (dependent). Astronomy, fiel studies in nature, and paleontology
are some of the examples of areas of science in which it would be difficult or unfeasible to
manipulate and control experimental conditions. In these types of investigations, scientists rely
on a wide range of naturally occurring observations to make inferences about organisms,
objects, events, or processes.

Activity 2: Tricky Tracks

Observations are descriptive statements about natural phenomena that are “directly” accessible
to the senses (or extensions of the senses) and about which several observers can reach
consensus with relative ease (e.g., descriptions of the morphology of the remnants of a once
living organism). Inferences, on the other hand, go beyond the senses (Lederman, 2007).

Nature of Science

Harlen (2015) and NGSS Lead States (2013) recommends that students should understand the
following big ideas about science related to NOS:

1. Science is a way of knowing


• Science is a way of knowing used by many people, not just scientists.
o Everyone can ask questions about things in the natural world and can do
something to find answers that help explain what is happening.
• Science is both a body of knowledge that represents a current understanding of natural
systems and the processes used to refine, elaborate, revise, and extend this knowledge.

2. Science is about finding the cause or causes of phenomena in the natural world
• The goal of science is to construct explanations for the causes of phenomena.
• Scientific knowledge assumes an order and consistency in natural systems
o Science assumes that objects and events in natural systems occur in consistent
patterns that are understandable through measurement and observation.
• Scientific investigations use a variety of methods
o There is no single scientific method and no fixed set of steps that scientists always
follow, no one path that leads them unerringly to scientific knowledge.
• Science cannot provide the answers to all questions.
o Science findings are limited to what can be answered with empirical evidence.

3. Scientific explanations, theories and models are those that best fit the evidence available at
a particular time
• Science models, laws, mechanisms, and theories explain natural phenomena.
• Scientific knowledge is based on empirical evidence.
• Scientific knowledge is durable, but it does not represent absolute truth.
• Scientific knowledge is tentative (or open to revision in light of new evidence).

4. Science is a human endeavor


• Scientific knowledge is a result of human endeavor, imagination, and creativity.
o Science is a blend of logic and imagination. Scientific explanations do not emerge
automatically from data but are invented in a process that often involves
imagination and logical reasoning.
o Scientists rely on human qualities such as persistence, precision, reasoning, logic,
imagination and creativity.
o Scientists are guided by habits of mind such as intellectual honesty, tolerance of
ambiguity, skepticism and openness to new ideas.

5. The knowledge produced by science is used in engineering and technologies to create


products
• Technologies are developed using engineering, which involves defining problems and
using ideas of science and other ideas to design and develop the best possible solution.
• Science, engineering and technology are closely inter-connected.
o Advances in science offer new capabilities, new materials, or new understanding
of processes that can be applied through engineering to produce advances in
technology.
o Advances in technology, in turn, provide scientists with new capabilities to probe
the natural world at larger or smaller scales; to record, manage, and analyze data;
and to model ever more complex systems with greater precision.
o In addition, engineers’ efforts to develop or improve technologies often raise new
questions for scientists’ investigations.

6. Applications of science often have ethical, social, economic and political implications.
• Together, advances in science, engineering, and technology can have—and indeed
have had—profound effects on human society, in such areas as agriculture,
transportation, health care, and communication, and on the natural environment. Each
system can change significantly when new technologies are introduced, with both
desired effects and unexpected outcomes.
• All human activity draws on natural resources and has both short and long-term
consequences, positive as well as negative, for the health of people and the natural
environment.
• Scientific understanding can help to identify implications of certain applications but
decisions about whether certain actions should be taken will require ethical and moral
judgements which are not provided by knowledge of science. Many decisions are not
made using science alone, but have to take account of ethical values, political and
economic realities as well as rely on social and cultural contexts to resolve issues.

Rujukan

Chaiyabang, M. K., & Thathong, K. (2014). Enhancing Thai teacher’s understanding and
instruction of the nature of science. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 116, 563–
569.
Gilbert, A. V., & Johns, K. E. (2014). How do scientists work? Science and Children, 52(1), 32–
39.
Harlen, W. (2010). Principles and big ideas of science education. https://doi.org/978 0 86357 4
313
Harlen, W. (2015). Working with big ideas of science education. Retrieved from
http://www.interacademies.org/publications/26703.aspx
Holbrook, J., & Rannikmae, M. (2009). The meaning of scientific literacy. International Journal
of Environmental & Science Education, 4(3), 275–288.
Keeley, P., Eberle, F., & Dorsey, C. (2008). Uncovering Student Ideas in Science: Another 25
Formative Assessment Probes. Arlington, VA: NSTA Press.
Lederman, N. G. (2007). Nature of science: Past, present, and future. In S. K. Abell & N. G.
Lederman (Eds.), Handbook of Research on Science Education (pp. 831–879). Mahwah,
NJ: Lawrence Erlbaum Associates, Inc.
Lederman, N. G., Lederman, J. S., & Antink, A. (2013). Nature of science and scientific inquiry
as contexts for the learning of science and achievement of scientific literacy. International
Journal of Education in Mathematics Science and Technology, 1(3), 138–147.
NGSS Lead States. (2013). Next Generation Science Standards: For States, By States.
Washington, DC: The National Academies Press.

Anda mungkin juga menyukai