Anda di halaman 1dari 65

Bidang : Akademik.

Tajuk : Orientasi Mata Pelajaran – Kepentingan Mata Pelajaran

Objektif : Pada akhir sesi murid dapat:

1 Memberikan maklumat tentang kepentingan mata pelajaran.

2 Meningkatkan motivasi dan pencapaian akademik

Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun 2

Bahan Kertas A4

Set Induksi:
Langkah- :
langkah Guru Bimbingan dan Kaunseling bersoaljawab tentang kepentingan
menguasai setiap mata pelajaran.

1. Murid menyenaraikan mata pelajaran yang diketahui.

2. Guru Bimbingan dan Kaunseling mengadakan


perbincangan mengenai kepentingan setiap mata pelajaran.

Penilaian : Melalui catatan maklumat yang dilakukan oleh murid

Rumusan : Pendedahan kepada kepentingan setiap mata pelajaran dapat


membantu memperoleh kemahiran asas.

Falsafah : Maklumat yang tepat dapat membantu kecemerlangan dalam


akademik

1
Bidang : Akademik.

Tajuk : Kemahiran Membaca - Main Peranan

Objektif : Pada akhir sesi murid dapat:

1. Memahami kepentingan membaca.

2. Menguasai kemahiran membaca

3. Melakonkan simulasi petikan pendek

Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun 2

Bahan Petikan Teks, Lampiran A/2A

:
Langkah- Set Induksi:
langkah
Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid meneka aksi yang
dibuatnya

1. Wakil murid mengambil teks yang disediakan dan berbincang


dalam kumpulan( Lampiran A/2A ).

2. Murid menggayakan aksi mengikut petikan yang dibaca


.
3. Setiap kumpulan diberi peluang untuk memberi pandangan
tentang persembahan kumpulan lain

Penilaian : Kebolehan melakukan aksi berdasarkan petikan

Rumusan : Teknik membaca yang betul dapat membantu murid dalam


memahami kandungan bahan bacaan

Falsafah : Orang yang suka membaca akan memperoleh banyak ilmu Bak
kata pepatah ,‘Membaca Jambatan Ilmu

2
Lampiran A/2A

Contoh:

Cerita 1:
Saya pergi ke sekolah menunggang basikal. Tiba-tiba
terlanggar batu. Saya terjatuh. Lutut saya luka dan berdarah.
Emak menyapu ubat pada luka tersebut.

Cerita 2:
Ada seekor monyet suka bergayut dari satu pokok ke pokok
yang lain. Suatu hari monyet melihat buah pisang yang masak
ranum. Monyet sangat gembira dan makan buah itu.

Cerita 3:
Ada dua orang budak lelaki. Mereka suka bermain bola.
Mereka bermain di padang. Selain bermain bola mereka juga
suka bermain badminton dan berenang.

Cerita 4:
Saya ada seekor kucing. Bulu kucing saya bertompok-
tompok. Ekornya panjang. Kucing saya suka makan ikan.
Kucing itu sangat manja dengan saya.

Cerita 5:
Ayah saya seorang yang baik. Dia sangat penyayang. Dia ada
sebuah kereta besar. Dia bekerja sebagai seorang askar.
Ayah saya suka minum kopi dan tidak merokok.

3
Bidang : Akademik.

Tajuk : Kemahiran Mengingat – Telefon Rosak

Objektif : Pada akhir sesi murid dapat:


1. Menggunakan kaedah mengingat dengan betul.
2. Memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan

Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun 2

Bahan Kertas A4, Lampiran A/2B

Langkah- : Set Induksi:


langkah Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid menceritakan
pengalaman gembira, lucu atau sedih.

1. Guru mengarahkan murid duduk dalam bulatan kecil mengikut


kumpulan yang ditetapkan.
2. Setiap kumpulan menghantar seorang wakil untuk membaca
dengan senyap dan mengingat teks yang disediakan.
3. Wakil akan kembali ke kumpulan dan membisikkan ke telinga
murid yang pertama. Kemudian murid pertama tadi
membisikkan pula kepada murid yang kedua dan seterusnya.
4. Murid yang terakhir akan diminta untuk menulis teks yang
didengar di papan tulis.
5. Guru Bimbingan dan Kaunseling merumuskan kemampuan
daya ingatan kita berbeza dan menerapkan nilai murni yang
berkaitan dengan aktiviti.

Penilaian : Membuat penilaian berdasarkan hasil tulisan murid.

Rumusan : Teknik mengingat dapat membantu pelajar dalam proses


pembelajaran.

Falsafah : 1. Otak manusia berpotensi mengingat apa yang dipelajari.


2. Latihan berterusan akan meningkat kebolehan mengingat.

4
Lampiran A/2B

Contoh:

Ahmad anak Pak Abas.


Dia ke sekolah menaiki
bas. Kawannya bernama
Alias. Setiap hari Selasa
mereka ponteng kelas.

5
Bidang : Akademik.

Tajuk : Kemahiran Berfikir - Pemikiran Kreatif

Objektif : Pada akhir sesi murid dapat:


1. Melahirkan idea yang sama dengan cara yang berbeza.
2. Mencipta sesuatu yang baru atau mengambil idea yang sedia
ada dengan mengubah dan mengembangkannya.

Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun 2

Bahan Kertas A4, bahan maujud

Langkah- : Set Induksi:


langkah Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid menamakan
barang kesayangan mereka di rumah atau di sekolah dan
menyatakan sebab menyayanginya.

1. Guru Bimbingan dan Kaunseling menunjukkan satu benda


maujud.
Contoh: berus gigi
2. Murid menulis beberapa kegunaan berus gigi tersebut dalam
masa yang ditetapkan.
3. Guru Bimbingan dan Kaunseling mengulangi langkah tersebut
dengan menunjukkan benda-benda lain.
4. Murid dipilih secara rawak untuk membentangkan hasil catatan.

Penilaian : Kebolehan murid mencetuskan idea kreatif.

Rumusan : Setiap murid berupaya meningkatkan kreativiti apabila diberi


bimbingan.

Falsafah : Setiap individu perlu yakin diri untuk menyatakan idea masing-
masing mengikut kreativiti sendiri.

6
Bidang : Akademik.

Tajuk : Kemahiran Pengurusan Masa.

Objektif : Pada akhir sesi, murid dapat:


1. Mengenal pasti jenis aktiviti utama yang dilakukan sebagai
seorang murid,
2. Menentukan cara mengurus masa dengan berkesan,
3. Menyedari kepentingan pengurusan masa dengan berkesan.

Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun 2

Bahan Lembaran kerja, Lampiran A/2C

Langkah- : Set Induksi:


langkah Guru Bimbingan dan Kaunseling bertanya kepada murid mengenai
aktiviti kehidupan seharian dan tempoh masanya.

1. Guru Bimbingan dan Kaunseling mengedarkan lembaran kerja


kepada semua murid.
2. Murid mengagihkan masa dan melabel bagi setiap aktiviti
mengikut jam dalam tempoh masa 12 jam.
Contoh: 7 pagi hingga 7 malam
3. Guru Bimbingan dan Kaunseling menerangkan tentang
kepentingan pengurusan masa kepada murid.

Penilaian : Kebolehan menyatakan aktiviti mengikut keutamaan sebagai


seorang murid.

Rumusan : Murid menyedari kepentingan mengurus masa dengan baik.

Falsafah : “Masa itu emas”. Oleh itu ia perlu dimanfaatkan secara bijaksana.

7
Lampiran A/2C

Contoh: Muka Jam

12

11 1

10 2

9 3

8 4

7 5

8
Bidang : Kerjaya

Tajuk : Jenis-jenis Pekerjaan

Pada akhir sesi, murid dapat:


Objektif :
1. Murid dapat menyatakan perbezaan jenis pekerjaan.

2. Dapat membantu murid untuk menimbulkan minat terhadap


pekerjaan.

Masa : 60 minit

Sasaran : Murid Tahun 2

Bahan : Lampiran K/2A

Langkah- : Set Induksi


langkah
Guru Bimbingan dan Kaunseling menunjukkan gambar polis,
jururawat dan guru.

1. Penerangan mengenai kerjaya yang beruniform dan bukan


beruniform.

2 Guru Bimbingan dan Kaunseling bersoal jawab secara lisan


dengan murid.

3. Murid-murid menjawab soalan dalam lampiran K/2A.

4. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan secara


keseluruhan tentang perbezaan kerjaya beruniform dan tidak
beruniform

Penilaian : 1. Menjawab soalan yang diajukan oleh Guru Bimbingan dan


Kaunseling.

2. Menyiapkan latihan dalam lampiran K/2A.

Rumusan : Terdapat berbagai pekerjaan yang beruniform dan tidak beruniform.

Falsafah : Terdapat pelbagai jenis pekerjaan yang boleh diceburi.

9
Lampiran K/2A

Bulatkan menggunakan warna MERAH pekerjaan beruniform dan warna BIRU


pekerjaan yang bukan beruniform.

GURU DOKTOR JURURAWAT

JURUTERA AHLI SAINS PEGUAM

AKAUNTAN POLIS BOMBA

TENTERA PENSYARAH ARKITEK

AHLI ASTRONOMI KERANI CHEF

AHLI PERNIAGAAN JURUTEKNIK

JURUTERBANG PRAMUGARI

PELAKON PENYANYI

10
Bidang : Kerjaya

Tajuk : Tugas dan Suasana Persekitaran Pekerjaan

Objektif : Pada akhir sesi, murid dapat:


1. Murid-murid mengetahui bidang tugas sesuatu pekerjaan.
2. Murid-murid dapat menyatakan suasana persekitaran pekerjaan
yang berkaitan.

Masa : 60 minit

Sasaran : Murid Tahun 2

Bahan : Lampiran K/2B

Langkah- : Set Induksi


langkah Guru Bimbingan dan Kaunseling menunjukkan gambar persekitaran
kerja seperti di pejabat pos

1. Guru Bimbingan dan Kaunseling memberi penerangan mengenai


tugas dan tempat bekerja.

2. Soal jawab secara lisan dengan muri-murid.

3. Murid bercerita tentang tugas dan suasana persekitaran sesuatu


pekerjaan berdasarkan pengetahuan sedia ada.

4. Guru Bimbingan dan Kaunseling mengedarkan lembaran K/2B.

5. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan mengenai


tugas dan persekitaran tempat kerja.

Penilaian : 1. Murid bercerita mengenai tugas dan tempat kerja sesuatu pekerjaan.

2. Murid menyiapkan latihan.

Rumusan : Setiap pekerjaan mempunyai tugas dan tempat bekerja yang berbeza.

Falsafah : 1. Jenis pekerjaan yang menentukan tempat bekerja.

2. Kejayaan sesuatu pekerjaan bergantung kepada tugas yang


dilaksanakan.

11
Lampiran K/2B
Suaikan gambar jenis pekerjaan dengan tempat bekerja yang sesuai.

12
Bidang : Kerjaya

Tajuk : Kepentingan Pekerjaan

Pada akhir sesi, murid dapat:


Objektif :
1. Mengetahui kepentingan pekerjaan kepada manusia.

Masa : 60 minit

Sasaran : Murid Tahun 2

Bahan : Lampiran K/2C

Langkah- : Set Induksi


langkah
Guru Bimbingan dan Kaunseling menunjukkan sejumlah wang dan
meminta murid menyatakan apa yang boleh dibeli dengan wang
tersebut

1. Guru Bimbingan dan Kaunseling memberi penerangan mengenai


kepentingan pekerjaan kepada manusia.

2. Soal jawab secara lisan dengan murid-murid.

3. Mengedarkan lampiran K/2C dan murid menjawab soalan.

4. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan secara


keseluruhan tentang kepentingan pekerjaan.

Penilaian : Murid menjawab soalan dan menyiapkan latihan.

Rumusan : Setiap pekerjaan mempunyai fungsi dan kepentingan kepada


manusia.

Falsafah : Manusia memerlukan pekerjaan untuk menyara hidup dan membina


kehidupan yang lebih selesa.

13
Lampiran K/2C

Isi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai.

merawat mengajar memadam mengawal menjahit

Jururawat sedang ___________________ pesakit.

Cikgu Siti sedang ____________________ muridnya.

Anggota polis trafik itu sedang __________________ lalu lintas.

Pasukan bomba telah selesai __________________ kebakaran.

Tukang jahit sedang ___________________ baju.

Bidang :

14
Kerjaya

Tajuk : Kegunaan Alatan Dalam Pekerjaan

Pada akhir sesi, murid dapat:


Objektif :
1. Memahami fungsi setiap peralatan berkaitan dengan pekerjaan.

Masa : 60 minit

Sasaran : Murid Tahun 2

Bahan : Lampiran K/2D

Langkah- : Set Induksi


langkah
Guru Bimbingan dan Kaunseling menunjukkan peralatan seperti
gergaji dan senduk.

1. Bersoal jawab secara lisan tentang nama alatan mengikut jenis


pekerjaan.

2. Penerangan tentang kegunaan alatan berdasarkan pekerjaan.

3. Mengedarkan Lampiran K/2D dan murid menjawab soalan

4. Guru Bimbingan dan Kaunseling berbincang jawapan dengan


murid-murid dan membuat rumusan mengenai fungsi dan
kepentingan sesuatu peralatan dalam pekerjaan.

Penilaian : Murid menjawab soalan latihan.

Rumusan : Setiap peralatan mempunyai fungsi tertentu berdasarkan pekerjaan.

Falsafah : Peralatan adalah penting bagi memastikan sesuatu pekerjaan dapat


dilaksanakan dengan lancar.

Lampiran K/2D

15
Nama : _______________________________________________________

Kelas : _____________________________ Tarikh : __________________

Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.

Nama alatan :______________________

Jenis pekerjaan: ____________________

Nama alatan :______________________

Jenis pekerjaan: ____________________

Nama alatan :______________________

Jenis pekerjaan: ____________________

Nama alatan :______________________

Jenis pekerjaan: ____________________

Nama alatan :______________________

Bidang : Kerjaya Jenis pekerjaan: ____________________

16
Tajuk : Siapa Saya?

Objektif : Pada akhir sesi, murid dapat:

1. Bercerita mengenai jenis pekerjaan dan bidang tugas pekerjaan


tersebut.
Masa : 60 minit

Sasaran : Murid Tahun 2

Bahan : Tiada

Langkah- : Set Induksi


langkah
Guru Bimbingan dan Kaunseling mengajukan pantun teka-teki

Baju saya putih berseri


Kalau sakit jumpalah saya
Kalau adik bijak bistari
Cuba teka kerja saya?

1. Bersoal jawab secara lisan dengan murid.

2. Penerangan Guru Bimbingan dan Kaunseling tentang tempat dan


tugasan yang melibatkan pekerjaan.(Contoh :Mekanik – Bengkel)

3. Memilih beberapa orang murid untuk menceritakan satu jenis


pekerjaan, tempat bertugas dan bidang tugas yang dijalankan.
(Contoh :Doktor – hospital - merawat pesakit)

4. Guru Bimbingan dan Kaunseling berbincang dengan murid tentang


persembahan rakan mereka.

5. Guru Bimbingan dan Kaunseling merumuskan tentang aktiviti yang


telah dijalankan.

Penilaian : Mampu bercerita tentang sesuatu bidang pekerjaan.

Rumusan : Sesuatu bidang pekerjaan melibatkan suasana bekerja yang berbeza.

Falsafah : Setiap pekerjaan mempunyai suasana dan persekitaran bekerja yang


berbeza.

17
Bidang : Psikososial Dan Kesejahteraan Mental

Tajuk : Diri saya

Objektif : Pada akhir sesi, murid dapat:


1. Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri.
2. Menerangkan tingkahlaku yang positif dan negatif.
Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun 2

Bahan : Tiada

Langkah- : Set Induksi :


langkah
Guru Bimbingan dan Kaunseling menerangkan kepada murid maksud
tingkahlaku positif dan negatif.

1. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid menceritakan


tingkahlaku positif yang ada dalam diri murid.

2. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid menceritakan


tingkahlaku negatif yang ada dalam diri murid.

3. Aktiviti ini diteruskan sehingga semua murid mengambil bahagian.

Penilaian : Murid dapat menyatakan tingkahlaku positif dan negatif yang ada di
dalam diri mereka.

Rumusan : Murid akan dapat mengetahui tingkahlaku positif dan mengubah


tingkahlaku negatif.

Falsafah : Yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan.

18
Bidang : Psikososial Dan Kesejahteraan Mental

Tajuk : Komunikasi - Menghormati Kawan

Objektif : Pada akhir sesi, murid dapat:


1. Memupuk sikap menghormati orang lain.
2. Mengamal adab sopan dalam kehidupan.
Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun 2

Bahan : Lampiran PS/2A

Kad Imbasan ( ucapan bertatasusila )


1. Assalamualaikum.
2. Selamat pagi.
3. Terima kasih.
4. Maafkan saya.
5. Selamat sejahtera.

Langkah- : Set Induksi:


langkah
Guru Bimbingan dan Kaunseling menunjukkan kad imbasan
kepada murid dan meminta murid menyebut berulang kali.

1. Guru Bimbingan dan Kaunseling membahagikan murid kepada lima


kumpulan dan setiap kumpulan diberi sampul yang mengandungi
keratan ucapan bertatasusila.
2. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid mencantum keratan-
keratan yang diberi supaya menjadi rangkaikata bersopan.
3. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid-murid menyebut
perkataan-perkataan yang dihasilkan.

Penilaian : Murid tahu menggunakan ucapan bertatasusila mengikut situasi yang


sesuai.

Rumusan :
Murid menggunakan ucapan bertatasusila untuk menunjukkan rasa
hormat kepada orang lain.

Falsafah : ‘ Budi bahasa budaya kita’

19
Lampiran PS/2A

Salam pagi

Sila saya

Terima sejahtera

Maafkan duduk

Selamat kasih

20
Bidang : Psikososial Dan Kesejahteraan Mental

Tajuk : Pengurusan Tekanan (Segarkan diri)


Objektif : Pada akhir sesi, murid dapat:
1. Menambahkan tenaga positif dalam diri
2. Meningkatkan daya memori
Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun 2

Bahan : Muzik instrumental


Set Induksi (5 minit)
Langkah- : Guru Bimbingan dan Kaunseling melakonkan watak seorang yang letih
langkah dan bersoal jawab dengan murid.
Bahagian A (20 minit )
1. Murid diminta berdiri dan menggerakkan kedua – dua pergelangan
tangan secara perlahan- lahan mengikut arahan guru. Aktiviti ini akan
dimulakan dari pergerakan perlahan ke pergerakan yang lebih
pantas,guru mengarahkan meletakkan kedua – dua belah tangan di
jantung.
2. Murid mengulangi pergerakan yang sama sehingga guru mengarahkan
berhenti dan meletakkan kedua – dua belah tangan di muka.
3. Murid mengulangi pergerakan yang sama sehingga guru mengarahkan
berhenti dan meletakkan kedua – dua belah tangan di bahagian
belakang pinggang (buah pinggang).
Bahagian B ( 10 minit)
1. Murid diminta mengira 10 hingga 0 secara perlahan – lahan sebanyak
5 kali (secara senyap) dengan bimbingan guru.
2. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid-murid menyatakan
penyataan positif seperti ’Saya murid yang sihat, Saya murid yang
pandai dan sebagainya) di dalam hati.
Bahagian C ( 15 minit )
Murid diminta untuk melakukan senaman turun naik sebanyak 20 kali
dengan kaki bersilang. Guru Bimbingan dan Kaunseling dinasihatkan
memberi masa rehat setiap 5 kali pelajar melakukan senaman turun naik.
 Guru perlu memastikan murid menarik telinga sendiri.Ia bertujuan untuk
mengaktifkan saraf yang berkaitan dengan otak dan meningkatkan
memori pelajar.
Bahagian D Ingat Kembali ( Recall System) - 10 minit
Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta pelajar mengingat kembali
semua perkara yang dilakukan satu persatu sejak bangun tidur sehingga
sekarang dalam posisi berdiri dan mata tertutup.
Penilaian : Murid berasa segar dan aktif sepanjang hari

21
Rumusan : Murid dapat mempelajari teknik menambahkan daya positif dan teknik
meningkatkan memori.

Falsafah : Murid menggunakan sumber alam secara optimum

22
Bidang : Psikososial dan Kesejahteraan Mental

Tajuk : Cantiknya Diriku.

Objektif : Pada akhir sesi, murid dapat:


1. Mengenal pasti dan membezakan ciri – ciri fizikal masing –masing .

2. Menerima dengan positif akan keadaan rupa parasnya.

Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun 2

Bahan : Kertas lukisan atau kertas A4

Langkah- : Set Induksi


langkah
Guru Bimbingan dan Kaunseling memulakan aktiviti ini dengan
bercerita tentang diri sendiri.

1. Guru Bimbingan dan Kaunseling mengedarkan sekeping kertas dan


meminta murid melukiskan wajah mereka.

2. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid menggunakan


ruang kertas secara maksimum.

3. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid memilih salah satu


bahagian di wajah mereka yang paling disukai. ( Contoh : mulut,
mata, hidung )

4. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid menerangkan


sebab mereka memilih bahagian tersebut.

5. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan secara


keseluruhan tentang keunikan dan kelebihan semua murid dengan
memberi penekanan kepada kebersihan hati.

Penilaian : Murid dapat menerima diri seadanya dan tidak merasakan kekurangan
diri.

Rumusan : Belajar mensyukuri keunikan diri sendiri dan menerima kekurangan


diri.
Falsafah : 1. Manusia perlu bersyukur dengan anugerah Tuhan .
2. Manusia perlu menghargai kelebihan diri sendiri.

23
Bidang : Psikososial dan Kesejahteraan Mental

Tajuk : Rakanku Sayang

Objektif : Pada akhir sesi, murid dapat:


1. Menyayangi rakan sebaya

2. Menilai dan menghargai rakan.

Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun 2

Bahan : Lampiran PS/2B, Gambar perlakuan positif dan negatif.

Langkah- : Set Induksi:


langkah
Guru Bimbingan dan Kaunseling menunjukkan contoh gambar perlakuan
positif dan negatif.

1. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid menyatakan tentang


perlakuan positif dan negatif yang terdapat dalam gambar tersebut.

2. Murid menyenaraikan ciri-ciri positif yang perlu ada pada rakannya.

3. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan supaya murid


dapat menerima kelebihan dan kekurangan rakannya.

4. Guru Bimbingan dan Kaunseling memberi penegasan kepada murid


supaya bijak memilih kawan dan tidak terpengaruh dengan perlakuan
yang negatif.

Penilaian : Murid dapat mengetahui kelebihan dan kekurangan rakan.

Rumusan : Belajar menghargai dan menerima kelebihan dan kekurangan rakan.

Falsafah : 1. Manusia perlu menyayangi semua orang.


2. Setiap manusia adalah berbeza.

24
Lampiran PS/2B

GAMBAR PERLAKUAN POSITIF GAMBAR PERLAKUAN NEGATIF

25
Bidang : Keibubapaan

Tajuk : Ciri-ciri Anak Cemerlang

Objektif : Pada akhir sesi murid dapat:

1. Menyatakan ciri-ciri anak cemerlang.

2. Melengkapkan lembaran kerja yang diberikan.

Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun 2

Bahan : Lampiran IB/2A

Langkah- : Set Induksi :


langkah
Guru Bimbingan dan Kaunseling menunjukkan gambar seorang murid
sedang membantu ibu bapa di rumah.

1. Guru Bimbingan dan Kaunseling bersoal jawab mengenai ciri-ciri

anak cemerlang

2. Guru Bimbingan dan Kaunseling mengedarkan Lampiran IB / 2A.

3. Murid memilih ciri-ciri anak cemerlang untuk melengkapkan jadual

yang diberi.

4. Murid membentangkan jawapan masing-masing.

Penilaian : Murid dapat menyiapkan lembaran kerja yang diberikan

Rumusan : Setiap murid perlu mengetahui ciri-ciri anak yang cemerlang

Falsafah : Setiap murid mampu menjadi anak cemerlang.

26
Lampiran IB/2A

Malas Rajin Mendengar Nasihat

Hormati ibu bapa Degil Bersopan santun

Bertanggungjawab Jujur Sombong

Mesra Jahat Nakal

Senaraikan ciri-ciri anak cemerlang dalam kotak yangdisediakan

CIRI-CIRI ANAK CEMERLANG

27
Bidang : Keibubapaan

Tajuk : Hari Ibu

Pada akhir sesi murid dapat:


Objektif :
1. Mengenang jasa ibu.

2. Mengetahui bila sambutan Hari Ibu diadakan.

Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun 2

Bahan : Manila kad,gunting,gam.

Lampiran IB/2B

Langkah- : Set induksi:


langkah
Lagu nyanyian “Syurga di bawah telapak kaki Ibu”

1. Guru Bimbingan dan Kaunseling bersoal jawab dengan murid


berkenaan Hari Ibu.

2. Guru meminta murid menyatakan contoh ucapan yang mereka


ucapkan kepada ibu masing-masing sempena Hari Ibu.

3. Murid membuat sekeping kad ucapan hari ibu.

Penilaian : Menilai ucapan yang diberikan dan kad yang dicipta oleh murid.

Rumusan : Murid menghargai pengorbanan ibu.

Falsafah : Jasa ibu tiada tolok bandingannya

28
Lampiran IB/2B
SYURGA DI TELAPAK KAKI IBU
LAGU & LIRIK : S. EFFENDI

DUHAI APAKAH GERANGAN BUDI BALASAN


BAGI INSAN MELAHIRKAN MEMBESARKAN
BERCUCURAN AIMATA BILA MENGENANGKAN
BETAPAKAH BESAR BUDI IBUNDA BERIKAN
SIANG MALAM MENDERITA HINGGA ENTAH BILA
SUNGGUH BESAR PENGORBANAN IBUNDA BERIKAN

DUHAI APAKAH GERANGAN BUDI BALASAN


BAGI INSAN MELAHIRKAN MEMBESARKAN
TIADA BAHAGIA JIKA TIADA DOA PUJA RESTU
SYURGA ITU DI TELAPAK KAKI IBU

ULANG RANGKAP 2

29
Bidang : Keibubapaan

Tajuk : Indah Budi Bahasa

Objektif : Pada akhir sesi murid dapat:


1. Mengetahui cara menghormati ibu bapa.
2. Mengamalkan bahasa yang sopan sewaktu
berinteraksi.

Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun 2

Bahan : Lampiran IB/2C, IB/2D

Langkah- : Set Induksi:


langkah
Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid melakonkan
perbualan secara spontan (lembaran situasi – IB / 2C).

1. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid memberi


komen mengenai dialog yang digunakan oleh rakan.

2. Guru Bimbingan dan Kaunseling menunjukkan cara yang betul


berkomunikasi dengan ahli keluarga

3. Guru Bimbingan dan Kaunseling minta murid melengkapkan


lembaran kerja .( IB / 2D )

Penilaian : Murid mengisi jawapan dalam lembaran kerja yang diberi

Rumusan : Komunikasi yang betul mengeratkan lagi perhubungan ahli


keluarga.

Falsafah : Menyayangi ibu bapa dengan cara menghormati dan beradab


dengan mereka.

30
Lampiran IB/2C

Situasi

A. Seorang anak meminta izin untuk keluar rumah daripada ibu dan
bapanya.

B. Apabila ibu menghidangkan makanan untuk anda.

C. Apabila anda terlanggar dengan kakak anda.

D. Anda terlewat pulang ke rumah.

E. Anda meminta tolong daripada ibubapa untuk menunjuk ajar kerja


rumah matematik.

31
Lampiran IB/2D

Arahan : Isikan tempat kosong dengan rangkai kata yang sesuai berdasarkan
situasi di atas.

1. Ibu,.............................. saya berjumpa dengan rakan di rumahnya.

2. ......................................ibu kerana menyediakan makanan untuk saya.

3. .........................................saya kakak.Saya tidak sengaja.

4. ...........................................saya ayah kerana lewat pulang ke rumah.

5. Ayah,...................................ajarkan saya cara untuk menyelesaikan


masalah matematik ini?.

Jawapan:

Bolehkah tolong terima kasih izinkan maafkan

32
Bidang : Keibubapaan

Tajuk : Kasih Sayang

Objektif : Pada akhir sesi murid dapat:


1. Murid dapat mengetahui tanggungjawab setiap ahli keluarga.
2. Murid dapat menyebut jenis tingkahlaku yang positif terhadap keluarga.
3. Murid dapat menyediakan kad ucapan kasih sayang.

Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun 2

Bahan : Borang senarai semak dan kad ucapan (IB/2E).

Set Induksi :
Langkah- :
Guru Bimbingan dan Kaunseling bercerita tentang kisah Si Tanggang.
langkah
1. Bersoaljawab dengan murid tentang cerita tersebut.
2. Senaraikan (lisan) nilai murni yang sepatutnya wujud dalam diri murid.
3. Guru Bimbingan dan Kaunseling mengedar borang senarai semak.
4. Guru Bimbingan dan Kaunseling menerangkan langkah-langkah
bagi mengisi borang tersebut.
5. Berdasarkan borang tersebut murid dikehendaki mencipta kad
kasih sayang yang ditanda tangani bersama oleh keluarganya
dalam tempoh yang ditetapkan ( 2 hari).
6. Fasilitator mengumpul kad dan menilai item /sessi perbincangan
individu atau kelompok.

Penilaian : Melengkapkan senarai semak dan menyediakan kad Kasih Sayang

Rumusan : Setiap anak mempunyai tanggungjawab masing-masing dan perlu


menunjukkan nilai kasih sayang melalui sesuatu penghargaan.
Falsafah : 1. Semua insan perlukan kasih sayang ibu bapa.
2. Kasih sayang terhadap ibu bapa dapat membina sikap positif.
3. Kasih sayang ibu bapa wajib dihargai.

33
Lampiran IB/2E
Kad Kasih Sayang

Arahan :

1. Ciptakan sebuah kad dengan mencatat maklumat yang disenaraikan di bawah.

2. Kad tersebut mestilah kemas dan menarik.

3. Kad tersebut mestilah ditanda tangani oleh yang berkenaan di dalam item.

4. Kad yang lengkap bertanda tangan hendaklah dihantar selepas dua


hari kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling untuk rujukan ke sesi
kaunseling individu atau kelompok.

Bil Butiran Diri Tanda tangan Catatan

1 Saya sayangkan ibu .

2 Saya selalu menggembirakan hati ibu.

3 Saya sayangkan ayah

4 Saya selalu mendengar cakap ayah.

5 Saya selalu menolong ibu bapa bekerja di


rumah tanpa disuruh.

6 Saya sering membantu ahli keluarga saya.

7 Saya suka bersama –sama keluarga saya.

8 Saya seorang yang rajin membaca buku.

9 Saya mempunyai ramai kawan di rumah


dan di sekolah.

10 Saya menyayangi guru saya.

Nama Murid : ______________________________________________


Tahun : ______________________________________________
Tanda tangan : ______________________________________________
Tarikh : ______________________________________________

34
Bidang : Keibubapaan

Tajuk : Keluarga dan Ciri-Ciri Fizikal

Pada akhir sesi murid dapat:


Objektif :
1. Mengenalpasti ahli keluarga dan ciri-ciri fizikal mereka

Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun 2

Bahan : Kertas A4 dan pen marker, Lampiran IB/2F

Set Induksi :
Langkah- :
Guru Bimbingan dan Kaunseling menunjukkan gambar
langkah
sebuah keluarga bahagia dan bersoaljawab tentang gambar
tersebut.
1. Setiap murid diberikan lembaran kerja ciri-ciri fizikal ibu
bapa.
2. Murid-murid dikehendaki melengkapkan ciri-ciri fizikal ibu
bapa.
3. Murid-murid dikehendaki menerangkan ciri-ciri fizikal ibu
bapa.
4. Guru Bimbingan dan Kaunseling bersoaljawab tentang ciri-
ciri fizikal ibu bapa mereka.
5. Guru Bimbingan dan Kaunseling menerapkan nilai rasa kasih
sayang kepada ibu bapa.

Penilaian : Murid dapat melengkapkan ciri-ciri fizikal ibu bapa masing-


masing berdasarkan lembaran kerja yang diberi.

Penilaian : Setiap anak perlu mengenali ciri-ciri fizikal ibu bapa mereka
bagi menambahkan ikatan kasih sayang.

:
Falsafah 1. Memupuk rasa sayang dan cinta kepada ibu bapa.
2. Mengenali ibu bapa secara lebih dekat.

35
Lampiran IB/2F

Arahan :

1. Lakarkan wajah ayah dan ibu dalam ruangan yang disediakan.

2. Warnakan ciri-ciri fizikal ayah dan ibu

Ciri Fizikal
Mata hitam
Mata coklat
Kulit sawo matang
Kulit Kuning langsat
Rambut keinting
Rambut lurus

Ayah

Ciri Fizikal
Mata hitam
Mata coklat
Kulit sawo matang
Kulit Kuning langsat
Rambut keinting
Rambut lurus

Ibu

36
Bidang : Pembangunan Diri

Tajuk : Potensi Diri - Kenali Diri

Pada akhir sesi, murid dapat:


Objektif :
1. Mengenali fungsi anggota badan.
2. Memahami kepentingan memelihara keselamatan tubuh badan
sendiri.

Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun 2

Bahan Lampiran PD/2A

Set Induksi:
Langkah- :
Guru Bimbingan dan Kaunseling menunjukkan carta / gambar
langkah
anggota badan manusia.
6. Murid menamakan anggota-anggota badan manusia.
7. Soal jawab Guru Bimbingan dan Kaunseling secara lisan
dengan murid tentang fungsi anggota badan.
8. Mengedarkan lampiran 2A dan murid menjawab soalan.
9. Murid membentangkan jawapan masing-masing.
10. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan secara
keseluruhan tentang kepentingan memelihara keselamatan
anggota badan sendiri.

Penilaian : Menyiapkan latihan yang diberikan.

Rumusan : Anggota badan manusia perlu dipelihara dengan baik.

Falsafah : 1. Anggota badan manusia adalah anugerah Tuhan yang sangat


berharga.
2. Setiap anggota badan perlu digunakan sebaik-baik mengikut
fungsinya.

37
Lampiran PD/2A

ANGGOTA BADAN SAYA

Tuliskan kegunaan anggota badan anda :

38
Bidang : Pembangunan Diri

Tajuk : Potensi Diri - Sama Tapi Tak Serupa

Objektif : Pada akhir sesi murid dapat:


1. Mengenali perbezaan minat dan kecenderungan di antara rakan sekelas.
2. Memahami perbezaan diri dan menerima seadanya.

Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun 2

Bahan : Lampiran PD/2B, Bakul ( berisi alat permainan kanak-kanak.


Contoh : anak patung, kenderaan mainan, bola)
Set Induksi:
Langkah- : Guru Bimbingan dan Kaunseling minta murid meneka apa bahan yang ada
langkah dalam bakul. Kemudian guru menunjukkan satu persatu bahan mainan yang
ada dan minta murid mengangkat tangan sekiranya bahan yang ditunjuk itu
adalah mainan kesukaannya.
1. Guru Bimbingan dan Kaunseling jemput 2 orang murid, seorang lelaki
dan seorang perempuan untuk bercakap tentang minat dan
kecenderungan diri sendiri mengenai bahan mainan kesukaan mereka di
hadapan rakan sekelas.
2 Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid duduk secara berdua
dengan rakan berlainan jantina. Mereka dikehendaki menceritakan
tentang minat dan kecenderungan dalam aspek lain seperti hobi,
makanan kegemaran dan cita-cita mereka kepada pasangan.
3. Guru Bimbingan dan Kaunseling edarkan lampiran 2B dan minta semua
murid mencatatkan maklumat pasangan mereka.
4. Guru Bimbingan dan Kaunseling memilih secara rawak beberapa
pasangan untuk membentangkan hasil dapatan masing-masing.
5. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan secara keseluruhan
tentang perbezaan dan persamaan di antara murid.
Penilaian : Menyiapkan latihan yang diberikan.

Rumusan : Minat dan kecenderungan setiap individu adalah berbeza.

Falsafah : 1. Setiap individu berhak menentukan minat dan kecenderungan sendiri


tanpa dipengaruhi oleh orang lain.
2. Kita mesti menghormati minat dan kecenderungan orang lain
sebagaimana kita mahu orang lain menghormati kita.

39
Lampiran PD/2B

SIAPA SAYA ?

Lengkapkan jadual berikut dengan maklumat diri sendiri dan juga rakan anda

Maklumat Diri Rakan A Rakan B

Nama

Jantina

Hobi

Cita-cita

Makanan kegemaran

Minuman kegemaran

Warna kesukaan

Permainan yang digemari

Benda yang paling


disayangi

Perkara yang disukai

Perkara yang tidak disukai

Orang yang paling


disayangi

40
1. Tuliskan persamaan antara murid A dan murid B.

……………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………

2. Tuliskan perbezaan antara murid A dan murid B.

……………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………

Bidang : Pembangunan Diri

41
Tajuk : Pengurusan Diri

Objektif 1.
: Pada akhir sesi murid dapat:
2. 1. Menyedari kepentingan menguruskan diri.
2. Memahami bahawa pengurusan diri yang cemerlang akan
mempamerkan penampilan diri yang positif..

Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun 2

Bahan : Lampiran PD/2C(1), Lampiran PD/2C(2) (lirik lagu ‘Urus Diri’) ,


Bahan gambar / slaid (tiada dalam lampiran - disediakan sendiri
oleh guru)
Langkah- :
langkah Set Induksi:
Guru Bimbingan dan Kaunseling menyanyikan lagu ‘Urus Diri’.
Murid nyanyi bersama.
1. Guru Bimbingan dan Kaunseling menunjukkan gambar / slaid
yang menunjuk perbezaan 2 individu yang berpenampilan kemas
dan tidak kemas.
2. Murid membanding beza kedua-dua gambar tersebut.
3. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid menyatakan
kelebihan dan kekurangan jika berpakaian / berpenampilan
seperti kedua-dua gambar itu.
4. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta beberapa orang murid
menceritakan bagaimana mereka mengurus kebersihan dan
ketrampilan diri mereka.
5. Guru Bimbingan dan Kaunseling edarkan Lampiran 2D untuk
murid siapkan.
6. Guru Bimbingan dan Kaunseling merumuskan bahawa menjaga
kebersihan dan penampilan diri yang positif penting untuk
kebaikan semua orang.
Penilaian : Murid menyiapkan latihan yang diberi.

Rumusan : Setiap individu perlu mempunyai kesedaran tentang pentingnya


menjaga kebersihan diri sendiri.

Falsafah : Pengurusan diri yang cemerlang melambangkan personaliti yang


terbilang.

Lampiran PD/2C(1)

42
PENAMPILAN DIRI IDAMAN SAYA

Lengkapkan jadual berikut :

Bil Senarai diri saya Ciri-ciri diri yang kemas

1 Rambut

2 Mata

3 Telinga

4 Hidung

5 Gigi

6 Kuku

7 Baju

8 Seluar

9 Kasut

10 Kulit

Lampiran PD/2C(2)

LAGU URUS DIRI

43
Bangun pagi gosok gigi,
Cuci muka terus mandi,
Pakai baju makan roti,
Pergi sekolah suka hati.

Pergi sekolah jalan kaki,


Jaga diri sendiri,
Toleh kanan toleh kiri
Lintas jalan hati-hati.

Rajin belajar jadi pandai,


Baca, tulis dan kira,
Guru ajar jangan lalai,
Senang hati ibu bapa.

Tingkahlaku adab sopan


Harus jadi amalan
Tingkat ilmu pengetahuan,
Jadi rakyat budiman,

Versi : Lagu Bangun Pagi

Bidang : Pembangunan Diri

Tajuk : Komunikasi – Uji Minda

44
Objektif : Pada akhir sesi murid dapat:
1. Menyedari kepentingan membina komunikasi yang baik dalam kehidupan
seharian.
2. Memahami bahawa komunikasi yang baik membantu individu membina
hubungan yang baik dengan orang lain.

Masa : 60 minit

Bahan : Lampiran PD/2D(1 )- kad perkataan perasaan (contoh : gembira, seronok,


bahagia)
Lampiran PD/2D/2- aktiviti menguji minda
Set Induksi:
Langkah- : Guru Bimbingan dan Kaunseling mengedarkan kad perkataan kepada setiap
langkah murid. Murid diminta membacakan kad sambil melakonkan aksi perasaan
tersebut.
1. Guru Bimbingan dan Kaunseling membahagikan murid dalam kumpulan
kecil. (5 orang sekumpulan)
2. Setiap ahli dalam kumpulan dikehendaki menyatakan perasaan mereka
berada dalam kumpulan tersebut.
3. Guru Bimbingan dan Kaunseling edarkan lembaran 2E dan memberi masa
selama 10 minit untuk menyiapkan tugasan pertama.
4. Guru Bimbingan dan Kaunseling minta setiap wakil kumpulan
membentangkan hasil dapatan kumpulan masing-masing. Mereka juga
diminta memberi pandangan tentang tahap kerjasama ahli kumpulan
ketika menyiapkan tugasan.
5. Guru Bimbingan dan Kaunseling tunjukcara penyelesaian masalah
tugasan dan kemudiannya mengulas tentang pentingnya sikap
bekerjasama dan hubungan dua hala dalam aktiviti kumpulan.
6. Guru Bimbingan dan Kaunseling ulangi langkah 3 hingga 5 bagi tugasan
ke 2.
7. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan bahawa komunikasi
yang baik dalam kumpulan adalah penentu kejayaan kerja berpasukan.

Penilaian : Kerjasama kumpulan untuk menyiapkan latihan yang diberi.

Rumusan : Setiap individu perlu belajar untuk menyuarakan pendapat serta menerima
dan menghargai pandangan orang lain.

Falsafah : 1. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.


2. Bersatu teguh bercerai roboh.

Lampiran PD/2D(1)

KAD PERKATAAN PERASAAN

45
RIANG RIANG RIANG RIANG RIANG

SERONOK SERONOK SERONOK SERONOK SERONOK

GEMBIRA GEMBIRA GEMBIRA GEMBIRA GEMBIRA

BANGGA BANGGA BANGGA BANGGA BANGGA

YAKIN YAKIN YAKIN YAKIN YAKIN

SYUKUR SYUKUR SYUKUR SYUKUR SYUKUR

BERANI BERANI BERANI BERANI BERANI

Lampiran PD/2D(2)

CABARAN MINDA

46
Selesaikan tugasan berikut dengan rakan sekumpulan anda. Pastikan semua orang
bekerjasama menyiapkan tugasan ini.

Tugasan 1
Sambungkan titik-titik di bawah dengan tidak mengangkat pensil anda. Anda hanya
boleh menggunakan 4 garisan sahaja.

● ● ●

● ● ●

● ● ●

Skema Lembaran PD/2D(3)

Tugasan 1

47
Sambungkan titik-titik di bawah dengan tidak mengangkat pensil anda. Anda hanya
boleh menggunakan 4 garisan sahaja.

(4)

● ● ●

● ● ●
(2)

(1) ● ● ●

(3)

Bidang Pembangunan Diri

Tajuk : Semangat Cintakan Sekolah

48
Objektif : Pada akhir sesi murid dapat:
1. Menyayangi dan menghargai harta benda sekolah.
2. Memupuk semangat cintakan sekolah.

Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun 2

Bahan : Lampiran PD/2E

Langkah- : Set Induksi


langkah Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid menamakan
kemudahan-kemudahan yang terdapat di sekolah mereka.
1. Murid diminta memberi pandangan tentang sikap postitif dan
negatif pelajar terhadap harta benda sekolah.
2. Guru Bimbingan dan Kaunseling membahagikan murid dalam
beberapa kumpulan kecil. (5 orang sekumpulan)
3. Ahli kumpulan perlu menyenaraikan semula sikap positif dan
negatif yang dilihat berlaku di sekolah.
4. Wakil kumpulan diminta membentangkan hasil kerja kumpulan
masing-masing.
5. Guru Bimbingan dan Kaunseling membimbing murid menyatakan
bagaimana caranya mereka boleh menjaga harta benda sekolah.
6. Guru Bimbingan dan Kaunseling edarkan lampiran PD/2E untuk
murid buat secara individu.
7. Di akhir pembelajaran, guru minta wakil murid membentangkan
hasil kerja mereka di hadapan kelas. Guru kemudiannya buat
rumusan bahawa menjaga keselamatan harta benda sekolah
adalah tanggungjawab bersama.
Penilaian : Menyiapkan latihan yang diberikan secara individu dan kumpulan.

Rumusan : Memelihara harta benda sekolah adalah tanggungjawab bersama.

Falsafah : 1. Sekolah ceria warga gembira.


2. Sayangi harta benda sekolah. Hargai kemudahan awam.

Lampiran PD/2E

SEKOLAHKU SAYANG

Tuliskan apa yang anda rasakan perlu ada di sekolah anda.

49
Sekolah
Impianku

Apa yang boleh dilakukan untuk memastikan sekolah anda cantik dan bersih.

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

Bidang : Pendidikan Pencegahan

50
Tajuk : Minuman Untuk Kesihatan

Objektif : Pada akhir sesi, murid dapat :


Mengetahui bahawa minuman beralkohol membahayakan
kesihatan.

Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun Dua

Bahan : ”Jigsaw Puzzle” ( Lampiran PP / 2A ).

Langkah- : Set Induksi


langkah
Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid menyatakan
minuman yang berkhasiat.

1. Guru Bimbingan dan Kaunseling menjelaskan apa itu minuman


beralkohol.

2. Guru Bimbingan dan Kaunseling menerangkan bahaya


mengambil minuman beralkohol.

3. Guru Bimbingan dan Kaunseling mengedarkan “jigsaw puzzle”


gambar minuman yang berkhasiat.

4. Murid dibahagi kepada kumpulan. Setiap kumpulan dikehendaki


menyiapkan “jigsaw puzzle”.

5. Guru Bimbingan dan Kaunseling memberi hadiah kepada


kumpulan yang berjaya menyiapkan “jigsaw puzzle” dalam
tempoh masa yang ditetapkan.

6. Minta wakil kumpulan menjelaskan kebaikan minuman


berkhasiat.

Penilaian : Murid boleh menjelaskan kebaikan minuman berkhasiat.

Rumusan : Terdapat pelbagai jenis minuman yang baik untuk kesihatan .

Falsafah : Murid perlu bekerjasama dan bersaing secara sihat dalam


menyiapkan tugasan.

51
Lampiran PP/2A

“Jigsaw Puzzle”

52
Bidang : Pendidikan Pencegahan

Tajuk Pendidikan Pencegahan HIV / AIDS

Objektif : Pada akhir sesi, murid dapat :


Mengetahui pergaulan bebas boleh membawa kepada penyakit yang
merbahaya.

Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun 2

Bahan : Gambar ( Lampiran PP / 2B ), Lampiran PP/2C

Langkah- : Set Induksi


langkah
Guru Bimbingan dan Kaunseling menunjukkan beberapa keping
gambar pergaulan bebas.Minta murid beri pandangan tentang gambar
yang dilihat. ( Lampiran PP / 2B )

1. Guru Bimbingan dan Kaunseling menjelaskan akibat


daripada pergaulan bebas berdasarkan gambar.

2. Minta murid memilih gambar pergaulan yang sihat


pada lembaran kerja PP / 2C.

3. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid sukarela


membentangkan hasil kerja mereka.

4. Guru Bimbingan dan Kaunseling merumuskan pembentangan


murid.

Penilaian : Murid boleh memilih gambar pergaulan yang sihat.

Rumusan : Pergaulan yang bebas menyumbang kepada berlakunya gejala sosial


dan penyakit.

Falsafah : Pergaulan hendaklah berdasarkan prinsip agama bagi mengelakkan


daripada jangkitan penyakit HIV / AIDS.

53
Lampiran PP/2B

54
Lampiran PP / 2C

Tandakan √ pada gambar yang menunjukkan aktiviti atau pergaulan yang sihat.

55
Bidang : Pendidikan Pencegahan ( Inhalan )

Tajuk : Keluarga Bahagia

Objektif : Pada akhir sesi, murid dapat :


Mengetahui bahawa ada bau-bauan yang memberi kesan kepada
pancaindera.

Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun Dua

Bahan : Lampiran PP / 2D, PP / 2E

Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid mencium bau bunga


Langkah : ros dan menyatakan perasaan setelah menciumnya.
- langkah
1. Guru Bimbingan dan Kaunseling menjelaskan bahawa ada bahan
yang berbau memberi kesan kepada pancaindera.
2. Guru Bimbingan dan Kaunseling menunjukkan carta kesan
menghidu gam. ( PP / 2D )
3. Guru Bimbingan dan Kaunseling mengedarkan lembaran (PP /
2E) dan murid diminta mewarnakannya.
4. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan keseluruhan.

Penilaian : Murid tahu akibat daripada menghidu gam.

Rumusan : Kita mesti menjauhi Inhalan kerana ia merosakan hubungan dalam


keluarga.

Falsafah : Keluarga Bahagia Tanpa Inhalan.

56
Lampiran PP / 2D

Gam mengandungi pelarut seperti toluene serta trichloroethylene iaitu toksid yang boleh
menggangu fungsi jantung. Jika diambil secara berlebihan, bahan larutan itu akan
menyebabkan denyutan jantung tidak stabil, manakala peredaran darah tidak teratur
yang akhirnya boleh menyebabkan kematian. Kesan lain pada fungsi otak:

 menjadi nyanyuk
 hilang ingatan
 psikotik atau gila,
 hilang upaya deria dan
 kelumpuhan pada bahagian tertentu.

57
Lampiran PP/2E

58
Bidang : Pendidikan Pencegahan

Tajuk : Jauhi Dadah

Objektif : Pada akhir sesi, murid dapat :


Menyatakan keburukan pengambilan dadah.

Masa : 60 minit

Sasaran : Murid Tahun 2

Bahan : 1. Lirik lagu “Dadah Durjana”. ( PP / 2F )


2. Lampiran PP / 2G

Langkah- : Set Induksi


langkah
Guru Bimbingan dan Kaunseling menayangkan lirik lagu
“ Dadah Durjana”.( PP/2F)

1. Murid diminta berdiri dan menyanyikan lagu tersebut.

2. Guru Bimbingan dan Kaunseling menerangkan akibat buruk


pengambilan dadah berdasarkan lagu yang dinyanyikan.

3. Guru Bimbingan dan Kaunseling mengedarkan lampiran PP/2G


dan murid dikehendaki melengkapkan .

4. Minta murid nyatakan akibat buruk pengambilan dadah.

5. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan secara


keseluruhan secara ringkas dadah mesti dijauhi.

Penilaian : Murid boleh menyatakan akibat buruk pengambilan dadah.

Rumusan : Dadah membahayakan dan hendaklah dijauhi.

Falsafah : Manusia hendaklah menjauhi diri dari dadah agar dapat menjadi
insan yang cemerlang.

59
Lampiran PP/2F

DADAH DURJANA

Dadah Durjana
Kau Penghancur Bangsa
Kau Musuh Rakyat
Kau Musuh Negara
Kini Kami Teguh
Kini Kami Kuat
Dadah Kami Rempuh
Hancur Dadah Jaya Rakyat
Kami Anti Dadah
Kami Benci Padamu
Sekutu Kita Perangi Dadah
Mulia Bangsa Tanpamu
Mari Semua Mari Saudara
Jangan Habiskan Usia Muda
Semangat Bangsa Bergelora
Tanpa Dadah Kita Berjasa

60
Lampiran PP/2G

Nama:....................................................................

Tahun:.............................

Lengkapkan senikata lagu berikut :

DADAH DURJANA

Dadah ..............................

Kau ....................................... Bangsa

Kau .................................... Rakyat

Kau ............................. Negara

Kini Kami Teguh

Kini Kami Kuat

Dadah Kami .........................................

................................................... Dadah Jaya Rakyat

Kami ..................................................... Dadah

Kami .................................................. Padamu

Sekutu Kita ......................................... Dadah

...................................................Bangsa Tanpamu

Mari Semua Mari Saudara

Jangan Habiskan ....................................................

Semangat Bangsa Bergelora

Tanpa Dadah Kita ...................................................

61
Bidang : Pendidikan Pencegahan

Tajuk : Rokok – Kenali Tapi Benci

Objektif : Pada akhir sesi, murid dapat :


- Mengetahui bahaya rokok.
- Membuat pilihan terbaik untuk tidak melibatkan diri.

Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun 2

Bahan : Lampiran PP / 2H, PP / 2I

Langkah- : Set Induksi


langkah
Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid membuat pilihan
berdasarkan gambar yang dipamerkan. Rujuk Lampiran PP / 2H

1. Murid diminta menjelaskan pilihan yang telah dibuat.

2. Guna Lampiran PP / 2I, murid diminta menggunting dan


menampal gambar hidup sihat tanpa merokok.

3. Guru Bimbingan dan Kaunseling berbincang bersama murid hasil


dari kerja Lampiran PP / 2I.

4. Minta murid jelaskan bahaya / kesan merokok berdasarkan


gambar yang tidak ditampal.

5. Guru Bimbingan dan Kaunseling menjelaskan dan merumus


bahaya merokok serta tidak melibatkan diri.

Penilaian : Murid dapat membezakan hidup sihat tanpa merokok berdasarkan


Lampiran PP/ 2I.

Rumusan : Cara kehidupan yang sihat tanpa melibatkan diri dengan dadah akan

62
membawa kebahagian.

Falsafah : Hidup sihat tanpa dadah membawa kebahagian.

63
Lampiran PP/2H

ARAHAN :

Pilih aktiviti yang sihat untuk diri anda.

( Gambar hidup sihat tanpa merokok dan akibat merokok )

64
Lampiran PP / 2I

ARAHAN :

Gunting dan tampal gambar aktiviti / situasi yang sihat untuk diri anda.

65

Anda mungkin juga menyukai