Anda di halaman 1dari 1

TEKS PENGACARAAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN 2023

…..
Yang berusaha, Puan Rositha binti Sulaiman, Guru Besar SK Seri Lagenda,
Yang berusaha, barisan pentadbir SK Seri Lagenda, rakan-rakan guru seterusnya murid-murid yang
saya kasihi sekalian.
Selamat datang dan terima kasih kepada semua kerana dapat menghadirkan diri ke Majlis Khatam al-
Quran peringkat SK Seri Lagenda bagi tahun 2023 bersamaan 1444H.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh… Ahlan Wasahlan Wamarhaban Bikum..

Bagi memulakan majlis kita pada pagi ini, saya menjemput guru dan para perserta khatam al-Quran
untuk mengambil tempat. Dipersilakan..

Seterusnya, kita semua akan disajikan dengan satu tayangan slaid berkaitan Program Ihya’ Ramadan
dan Bulan Panitia Pendidikan Islam & Bahasa Arab yang telah pun diadakan sepanjang bulan
Ramadan pada tahun ini.

Bagi memeriahkan lagi majlis, dengan ini dijemput kumpulan nasyid dari murid-murid tahun 5 yang
dipimpin oleh Puan Amiza, Puan Siti Zainab dan Puan Hamizah untuk menyampaikan nasyid mereka
yang bertajuk “Rahmatan Lil Alamin”. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya,


Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya,
dan
Tak lengkaplah majlis jika tidak ada yang berbicara..

Dengan itu, majlis mempersilakan Yang Berusaha, Puan Rositha binti Sulaiman untuk menyampaikan
sepatah dua kata, seterusnya merasmikan Majlis Penutup Program Ihya’ Ramadan SK Seri Lagenda
bagi tahun 2023. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
…..
Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas ucapan perasmian sebentar tadi.

Acara seterusnya ialah pemyampaian hadiah dan cenderamata kepada para pemenang sepanjang
berlangsungnya Program Ihya Ramadan dan Bulan Panitia Pendidikan Islam / Bahasa Arab.
Bagi menyempurkan acara ini, majlis menjemput ….. untuk menyampaikan hadiah tersebut.
Dipersilakan..
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada ….. atas kesudian menyempurnakan penyampaian
hadiah itu tadi.

…., majlis kita sudah sampai ke penghujungnya. Saya mewakili seluruh ahli jawatankuasa pelaksana
Majlis Khatam al-Quran dan Majlis Penutupan Program Ihya Ramadan 2023 ingin mengungkapkan
ucapan rasa syukur dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis kita
pada hari ini sama ada secara langsung mahupun tidak. Moga kita semua akan beroleh keberkatan
daripada….
Dikesempatan ini, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang
mengacarakan majlis ini. Sekian saja, salam hormat, wa billahit taufiq wal hidayah, wassalamu
alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.

Anda mungkin juga menyukai