Anda di halaman 1dari 2

JAUNDIS DI KALANGAN BAYI YANG BARU LAHIR

Jaundis adalah warna kekuningan yang kelihatan pada kulit yang disebabkan oleh meningkatnya kadar bilirubin dalam darah.
Bilirubin adalah sejenis pigmen yang dihasilkan daripada pemecahan sel darah merah. Ia kemudian diproses di dalam hati
sebelum dikeluarkan ke dalam najis.

Adakah sering terjadi jaundis di kalangan bayi?


Jaundis sering berlaku pada bayi. 50% bayi akan mengalami jaundis pada minggu pertama kehidupan.

Siapakah yang berisiko mendapat jaundis neonatal teruk?


 Bayi lahir pra-matang
 Berat bayi rendah
 Jaundis dalam tempoh 24 jam kelahiran
 Ibu kumpulan darah ‘O’ atau Rhesus negatif
 G6PD deficiency
 Cephal haematoma (benjolan darah beku di kulit kepala)
 Bayi kepada ibu diabetes
 Sejarah anak yang lalu jaundis teruk

Pencegahan jaundis :
 Kepentingan melaporkan kelahiran ke klinik berdekatan sejurus selepas kelahiran supaya lawatan rumah
dapat dilakukan dengan segera untuk pengesanan awal terutama bagi bayi yang berisiko tinggi.
 Patuhi arahan jururawat untuk memeriksa paras TSB di klinik sekiranya dirujuk.
 Teruskan penyusuan susu ibu kerana penyusuan yang kerap dalam tempoh yang betul akan memberi
peluang bilirubin disingkirkan dari badan sebagai najis berwarna kuning dengan lebih cepat dan
bermakna proses penurunan masalah kuning bayi juga berlaku pada kadar sama.
 Tingkatkan kekerapan penyusuan bayi kepada satu hingga dua jam sekali supaya penyingkiran bilirubin
dari badan bayi lebih cepat.
 Bayi jaundis selalunya lebih suka tidur dan jarang bangun menyusu. Menjadi peranan ibu untuk kejut dan
pastikan bayi dapat menyusu badan dengan lebih kerap. Jika bayi hanya menyusu sekejap-sekejap
kerana tertidur, kejut bayi dengan cara urutan lembut supaya dia terjaga dan dapat menyusu dengan
lebih lama.
 Patuhi arahan doktor sekiranya bayi anda dirujuk ke hospital kerana bacaan TSB yang tinggi, pergi ke
hospital dengan segera untuk mendapatkan rawatan.

JANGAN LAKUKAN INI SEKIRANYA BAYI ANDA MENGALAMI JAUNDIS


●Ibu tidak mengambil ubat-ubatan tradisional sekiranya menyusu bayi untuk mengelakkan paras TSB naik
dengan cepat.
●Memberi susu kambing (segar atau formula)
Risiko: tidak sesuai untuk bayi di bawah 12 bulan kerana mengandungi protein yang tinggi menyebabkan
peningkatan asid urik dan darah bayi berasid. Susu formula berasaskan susu kambing juga tidak sesuai kerana
urea akan menjadi tinggi, folat menjadi rendah dan ia juga boleh menyebabkan alahan pada bayi.
●Memberi air kepada bayi
Risiko: Pemberian cecair atau makanan selain susu ibu di bawah enam bulan tidak digalakkan kerana boleh
menyebabkan kemabukan air iaitu pencairan garam sodium dalam darah. Implikasi daripada keadaan itu
boleh mencetuskan serangan sawan pada bayi.
● Bayi dijemur pada sinaran matahari
Risiko: Bayi baru lahir boleh mengalami dehidrasi apabila diletakkan di bawah matahari, menjadikan keadaan
jaundis dialami semakin teruk. Sinaran matahari dan sinar UV boleh menyebabkan masalah kulit terbakar
yang menyakitkan kepada kulit bayi baru lahir yang nipis. Komplikasi terdedah dalam waktu yang panjang
boleh merisikokan bayi penyakit kulit serius seperti ekzema dan kanser kulit.
Tanda yang harus diperhatikan :

 Jaundis terjadi dalam masa 24 jam selepas dilahirkan.


 Warna kulit di bahagian dada, perut, lengan dan kaki menjadi semakin kuning.
 Bayi anda mengalami defisiensi G6PD.
 Bahagian mata putih menjadi kuning.
 Bayi anda kelihatan tidak aktif dan tidak mahu menyusu.
 Menangis dengan suara yang nyaring.
 Najis bayi anda kelihatan pucat atau air kencingnya menjadi pekat.
 Bayi anda kelihatan lemah, tidak bermaya atau sukar dikejutkan daripada tidur.

Komplikasi jaundis pada bayi :


●Kernicterus (kerosakan kekal pada otak).
●Pergerakan yang tidak terkawal (atheoid cerebral palsy).
●Hilang pendengaran.
●Pembentukan enamel gigi yang tidak sempurna.
●Kelembapan pelajaran.
●Kematian.

Anda mungkin juga menyukai