Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARAAN MAJLIS APRESIASI TAHUN 6 DAN PRASEKOLAH 2019 PENGUMUMAN : FADZLI

Para hadirin yang dihormati. Bagi memastikan kelancaran program pada pagi ini, majlis ingin
memaklumkan kepada para hadirin sekalian bahawa pengambilan gambar semasa upacara
penyampaian sijil adalah tidak dibenarkan sama sekali. Para hadirin juga diminta untuk mematikan
telefon bimbit masing-masing atau menetapkan nada dering dalam mode senyap. Untuk perhatian
hadirin dan hadirat sekalian, sekiranya berlaku se b a r a n g kebakaran atau kecemasan, diharapkan
agar jangan panik. Sila berjalan dengan tenang dan teratur ke pintu keluar kecemasan yang terdapat
di kanan dan belakang dewan. Kerjasama hadirin sekalian adalah sangat dihargai. Juga di ingatkan
kepada hadirin supaya berdiri sebaik sahaja VIP masuk ke dewan kerana nyanyian lagu Negaraku
akan di mainkan sebaik sahaja VIP sampai ke tempat duduk. Mohon kerjasama kepada para hadirin
sekalian.

QUE : VIP MASUK. (FADZLI)

Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha, Cikgu Maslia bt Mohd Yasin, Guru Besar SK Tmn Johor Jaya
3 diiringi oleh dif-dif jemputan masuk ke dewan. QUE : MUZIK GAMELAN (FAIZ) KETIKA BERJALAN:
(BUNGA TELUR MELAMBANGKAN ADAT KEMELAYUAN YANG TINGGI DARJATNYA DI SISI NILAI
KEMASYARAKATAN. BUNGA TELUR INI JUGA MERUPAKAN SIMBOLIK KEPADA SETIAP MAJLIS-MAJLIS
KERAMAIAN. PENGGUNAAN BUNGA TELOR DI ANGKAT SEBAGAI SALAH SATU NILAI ESTATIKA
DALAM ADAT ISTIADAT MAJLIS GRADUSI KALI INI) QUE : VIP SAMPAI KE TEMPAT DUDUK (NYANYIAN
BANGSA JOHOR DAN LAGU NEGARAKU

KATA ALU-ALUAN PENGERUSI MAJLIS (AIN) -Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum wbt, Salam


Sejahtera, dan Salam Apresiasi. Yang Berusaha, Cikgu Maslia bt Mohd Yasin, Guru Besar SK Tmn
Johor Jaya 3, Yang Dihormati, Dr Hajah Yuslina binti Mohd Yusuf, Yang di Pertua Persatuan Ibu Bapa
dan Guru, SK Taman Johor Jaya 3, Encik Samsudin bin Mohd Yusof, Pengerusi Majlis Permuafakatan
Tahun 6 Encik Pengerusi Majlis Permuafakatan Prasekolah Cikgu Faridah bt Abd Rahman, Guru
Penolong Kanan Pentadbiran SK Taman Johor Jaya 3, Tn Hj Omar bin Alivi Guru Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid, Cikgu Hisaruddin b Ab Hamid, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Guru-guru SK Taman
Johor Jaya 3 Ahli-ahli jawatankuasa Majlis Apresiasi, Ibu bapa, dan pastinya putera puteri tersayang,
para cendekiawan yang kita raikan sekalian.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi di atas limpah kurnia dan
izinNya dapat kita bersama-sama meraikan Majlis Apresiasi Tahun 6 dan Prasekolah pada hari ini.
Ucapan terima kasih juga kepada semua ibu bapa yang sudi meluangkan masa untuk memberi
sokongan kepada anak-anak dan pihak sekolah. Semoga usaha kita semua diberkati Allah. Sarung
ketupat berisi inti, Dibawa budak sambil berlari; Kehadiran semua sangat dihargai, Moga Majlis
bertambah seri. Untuk makluman para hadirin sekalian, matlamat majlis ini diadakan adalah untuk
memberi pengiktirafan kepada murid-murid Tahun 6 dan Prasekolah yang telah berjaya
menamatkan sesi pembelajaran di SK Taman Johor Jaya 3 bagi tahun 2019.
QUE : BACAAN DOA, (Fadzli) Bunga mawar cantik tersemat, Dipetik gadis di tepi titi; Doa dibaca
memohon Rahmat, Moga Majlis sentiasa diberkati. Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari
yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang
akan dibacakan oleh: Ustaz _________________________________. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan. Amin Amin Ya Rabbal `Alamin Majlis merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz atas bacaan doa itu tadi. QUE: TARIAN PEMBUKAAN
Hadirin sekalian, Bagi menghangatkan suasana ceria kita di dewan yang indah ini, marilah samasama
kita saksikan persembahan pembukaan oleh murid-murid tahun SK Tmn Johor Jaya 3. Mereka akan
mempersembahkan tarian Zapin Johor. Majlis dengan sukacitanya mempersilakan.

(Selesai persembahan) Majlis mengucapkan terima kasih atas persembahan itu tadi. Untuk
makluman hadirin sekalian, persembahan tersebut telah dibimbing oleh Cikgu Faizul Zahin bin
Hirjohari. Beliau merupakan guru ganti yang bertugas semasa PN Rusida bercuti tempoh hari. Terima
kasih cikgu, atas komitmen yang diberikan.

QUE : UCAPAN GB (FADZLI) Marilah mari menyorong papan, Papan disorong ke pohon kuini, Marilah
puan mari ke depan, Melafazkan rasmi majlis ini. Warga dewan yang dimuliakan,

Kelangsungan majlis kita pada pagi ini kita teruskan lagi dengan ucapan Apresiasi. Oleh Yang
Berusaha Cikgu Maslia bt Mohd Yasin, Guru Besar SK Tmn Johor Jaya 3. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan. Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Pn Maslia bt Mohd Yasin,
Guru Besar SK Tmn Johor Jaya 3 atas ucapan perasmian sebentar tadi. Majlis dengan ini diteruskan
lagi dengan penyampaian sijil kepada semua murid. QUE :Penyampaian Skroll Hadirin sekalian,
Kecemerlangan yang dicipta adalah hasil daripada usaha gigih yang berterusan. Usaha yang tidak
mengenal erti jemu pasti membuahkan kejayaan dan kecemerlangan. Oleh itu, murid-murid yang
berjaya sepatutnya diberi penghargaan. Semoga ini akan menjadi pencetus semangat untuk terus
berjaya dalam mengejar ilmu dan cita-cita. Untuk itu, majlis dengan takzimnya menjemput dan
mempersilakan Yang Berusaha Cikgu Maslia bt Mohd Yasin, Guru Besar SK Tmn Johor Jaya 3., di iringi
oleh Cikgu Faridah bt Abd Rahman, Guru Penolong Kanan Pentadbiran SK Taman Johor Jaya 3, untuk
menyampaikan sijil kepada semua murid pada hari ini. Majlis dengan segala hormatnya majlis
mempersilakan. QUE: PERSEMBAHAN PRA SEKOLAH (SYIDA) Hadirin sekalian, mari kita sama-sama
kita menyaksikan persembahan Prasekolah. Mereka akan mempersembahkan nyanyian yang
bertajuk : Bagaikan Langit. Tanpa melengahkan masa, majlis mempersilakan. Majlis mengucapkan
terima kasih atas persembahan itu tadi. Untuk makluman hadirin, persembahan tersebut telah
mendapat sentuhan oleh Puan Norhana. QUE : PENYAMPAIAN TOKOH Hadirin sekalian, majlis
diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah tokoh akademik tahun 6, untuk itu majlis dengan
takzimnya menjemput dan mempersilakan Yang Dihormati, Dr Hajah Yuslina binti Mohd Yusuf, Yang
di Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru, SK Taman Johor Jaya 3, di iringi oleh Yang Berusaha Cikgu
Maslia bt Mohd Yasin, Guru Besar SK Tmn Johor Jaya 3, untuk menyampaikan sijil kepada murid
prasekolah. Majlis dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

QUE : PERSEMBAHAN PENUTUP (FADZLI) Hadirin sekalian, marilah sama-sama kita tumpukan
perhatian kepada persembahan yang akan dilakukan sebentar nanti. Persembahan yang dikhususkan
khas buat tatapan semua rakan dan guru SK Tmn Johor Jaya 3. Marilah sama-sama kita saksikan dan
berikan tepukan yang gemuruh. QUE: TAYANGAN MULTIMEDIA (AIN) Hadirin sekalian, Kelangsungan
majlis kita pada pagi ini kita teruskan lagi dengan pesembahan multimedia.Tayangan multimedia ini
berkisarkan tentang suka duka pelajar tahun 6 berprogram sepanjang tahun ini. Untuk itu, mari kita
sama-sama saksikan. Majlis mengucapkan terima kasih atas tayangan multimedia sebentar tadi.
Untuk makluman hadirin sekalian, tayangan tersebut telah mendapat sentuhan oleh Ustaz Fahmi
Faez dan Cikgu Othman. Tahniah dan syabas di atas video yang sungguh mampan.

QUE : SESI FOTOGRAFI

QUE : BACAAN DOA MAKAN/JAMUAN AKHIR TAHUN 6 DAN PRA (FADZLI) Akhir acara Dengan
berakhirnya acara tadi, maka tibalah masanya untuk kami selaku pengendali majlis untuk
mengundurkan diri. Pihak majlis juga menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya
ada terlanjur kata, terlampau cara sepanjang kami mengendalikan majlis ini. Majlis berakhir penuh
syafaat Menjadi ingatan sepanjang zaman Amalan sepakat membawa berkat Hidup beramal
bertunjang iman. Kalau ada jarum yang patah

Banyak kain tidak berjahit Kalau ada silap dan salah Jangan jadikan kenangan pahit

Anda mungkin juga menyukai