Anda di halaman 1dari 305

JABATAN MUFTI NEGERI PERLIS

MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH


BERDASARKAN MANHAJ SALAF

© 2022 oleh Jabatan Mufti Perlis Cetakan Pertama 2022

Hak penerbitan oleh Jabatan Mufti Negeri Perlis.

Tidak dibenarkan mengulang cetak mana-mana bahagian artikel, ilustrasi


dan isi kandungan buku ini dalam apa-apa jua bentuk sama ada secara
elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain, sebelum mendapat
izin secara bertulis daripada SS Mufti, Jabatan Mufti Negeri Perlis.

Atur Huruf dan Reka Letak oleh :


RUMAH REKA
No.1 PT 3776-1, Jalan Padang Siding,
Kampung Kuala Tunggang,
02600 Arau, Perlis
Tel: 017 555 2914 | 013 447 5815
E-mel: rumahrekadesain@gmail.com

Diterbitkan Oleh:
JABATAN MUFTI NEGERI PERLIS
Tingkat 1, Blok A, Bangunan Dato’ Mahmud Mat, 01000 Kangar Perlis.
Tel : 04-979 4428 | Fax : 04-976 3844
Emel : muftiper1is.gov.my

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan


Basri Ibrahim Al-Hasani Al-Azhari, Prof. Dr.
AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL JAMAAH BERDASARKAN
MANHAJ SALAF /
PROF DR BASRI BIN IBRAHIM AL-HASANI AL-AZHARI.
ISBN 978-967-16744-9-9 (hardback)
1. Islamic sects.
2. Islam--Doctrines.
3. Pillars of Islam.
4. Islam--Customs and practices.
5. Government publications--Malaysia.
I. Judul.
297.2041

ii
KANDUNGAN
Prakata 1
Pendahuluan 6

BAB 1 :
LATAR BELAKANG
Pendahuluan 18
Pengertian Akidah 18
Pengertian Salaf 18
Pengertian Ahli Sunah Waljamaah 23
Berdasarkan Manhaj Salaf
Kelebihan Golongan Ahli Sunah 26
Waljamaah Berdasarkan Manhaj Salaf
Keistimewaan Akidah Ahli Sunah 29
Waljamaah Berdasarkan Manhaj Salaf
Asas-Asas Akidah Ahli Sunah 33
Waljamaah Berdasarkan Manhaj Salaf
Kesimpulan 34

BAB 2 :
IMAN DAN RUKUN-RUKUNNYA

Pendahuluan 36
Rukun Pertama: Beriman Kepada Allah 36
Tauhid Rububiyah 45
Dalil-Dalil Tentang Tauhid Rububiyah 45
Tauhid Rububiyah Adalah Fitrah 48
Tauhid Uluhiyah 52
Dalil-Dalil Tentang Tauhid Uluhiyah 53
Hubungan Tauhid Rububiyah Dengan 54
Tauhid Uluhiyah
Tauhid Asma’ Dan Sifat 56

iii
Rukun Kedua: Beriman Kepada Para Malaikat 71
Hukum Menolak Atau Mengingkari 72
Kewujudan Para Malaikat
Bentuk Keimanan Dengan Para Malaikat 73
Hakikat Malaikat 73
Tugas-Tugas Para Malaikat 76
Rukun Ketiga: Beriman Dengan 87
Kitab
Kitab-Kitab Yang Diturunkan Daripada Langit 88
Bentuk Beriman Dengan Kitab-Kitab 88
Kitab Al-Quranul Karim Dan Ciri-cirinya 89
Sikap Ahli Sunah Waljamaah 93
Terhadap Al-Quran
Rukun Keempat: Beriman Dengan 96
Para Rasul
Hikmah Perutusan Para Rasul 98
Hala Tuju Dakwah Para Rasul 98
Bilangan Para Rasul 99
Sikap Ahli Sunah Waljamaah Terhadap 100
Beriman Dengan Para Rasul
Nabi Muhammad SAW 101
Mukjizat Yang Dianugerahkan Kepada Nabi 104
Muhammad SAW
Kesimpulan 109
Rukun Kelima: Beriman Dengan Hari Akhirat 109
Waktu Berlaku Kiamat 110
Tanda-Tanda Kiamat 111
Tanda-Tanda Kiamat Kecil 111
Tanda-Tanda Kiamat Besar 114
Sikap Ahli Sunah Waljamaah 117
Terhadap Hari Akhirat
Kesimpulan 124
Rukun Keenam: Beriman Dengan Qadar 124
Maksud Qadar 124
Tahap-Tahap Beriman Dengan Qadar 125
Tahap Pertama: Ilmu 126
Tahap Kedua: Penulisan 126
Tahap Ketiga: Iradah Dan Masyi‘ah 127

iv
Tahap Keempat: Penciptaan 128
Sikap Ahli Sunah Waljamaah Terhadap 129
Beriman Dengan Qadar
Kesimpulan 135

BAB 3 :
INTIPATI IMAN
Pendahuluan 137
Konsep Iktikad Dalam Hati, Perakuan 137
Dengan Lisan Dan Amalan Dengan Anggota
Sikap Ahli Sunah Waljamaah Terhadap 139
Iman
Kesimpulan 143

BAB 4 :
PERSOALAN TAKFIR
Pendahuluan 146
Sikap Ahli Sunah Waljamaah 147
Terhadap Persoalan Takfir
Pembahagian Orang-Orang Kafir 150
Maksud Kufur Menurut Syarak 151
Kufur Yang Mengeluarkan Seseorang 151
Daripada Islam
Kufur Yang Tidak Mengeluarkan Seseorang 156
Daripada Islam
Halangan-Halangan Yang Tidak Boleh 158
Menghukumkan Seseorang Sebagai Kufur
Syarat-Syarat Paksaan 163
Perkara-Perkara Yang Membatalkan Iman 164
Dan Tauhid
Perkara-Perkara Yang Membatalkan Tauhid 165
Rububiyah
Perkara-Perkara Yang Membatalkan Tauhid 166
Uluhiyah
Perkara-Perkara Yang Membatalkan Tauhid 168

v
Asma Dan Sifat
Perkara-Perkara Yang Membatalkan Agama 169
Secara Umum
Contoh-Contoh Perkara Yang Membatalkan 170
Iman Menerusi Iktikad, Perkataan Dan Juga Amalan
Perkara Yang Membatalkan Iman 170
Menerusi Iktikad
Perkara Yang Membatalkan Iman 172
Menerusi Perkataan
Contoh Perkara Membatalkan Iman 175
Menerusi Amalan
Kesimpulan 178

BAB 5 :
BERIMAN DENGAN NAS-NAS TENTANG
JANJI BAIK DAN JANJI BURUK
Pendahuluan 180
Sikap Ahli Sunah Waljamaah 182
Terhadap Janji Baik Dan Janji Buruk
Kesimpulan 187

BAB 6 :
MENDUKUNG DAN MEMUSUHI
MANUSIA
Pendahuluan 189
Sikap Ahli Sunah Waljamaah 189
Terhadap Konsep Mendukung Dan
Memusuhi Manusia
Kesimpulan 200

vi
BAB 7 :
MEMPERCAYAI KERAMAT PARA WALI,
FIRASAT, MIMPI, SIHIR, HASAD, PENYAKIT
AIN DAN JIN
Pendahuluan 202
Keramat 202
Garis Panduan Berkaitan Dengan Keramat 203
Firasat 205
Mimpi Yang Benar 205
Sihir Dan Ahli-Ahli Sihir 207
Hasad Dan Ain 210
Jin 211
Kesimpulan 213

BAB 8 :
MANHAJ PENERIMAAN DAN
PENDALILAN AHLI SUNAH WALJAMAAH
Pendahuluan 215
Sikap Ahli Sunah Waljamaah 215
Dalam Manhaj Penerimaan Dan Pendalilan
Kesimpulan 228

BAB 9 :
KEWAJIPAN MENTAATI PEMERINTAH
ORANG-ORANG ISLAM DALAM PERKARA
YANG BAIK
Pendahuluan 230
Sikap Ahli Sunah Waljamaah 231
Dalam Mentaati Pemerintah
Kesimpulan 235

vii
BAB 10 :
SIKAP TERHADAP SAHABAT, KHILAFAH
DAN AHLI BAIT
Pendahuluan 238
Status Para Sahabat 239
Sikap Ahli Sunah Waljamaah 240
Terhadap Para Sahabat
Kesimpulan 248

BAB 11 :
SIKAP AHLI SUNAH WALJAMAAH
TERHADAP AHLI BIDAAH DAN PENGIKUT
HAWA NAFSU
Pendahuluan 250
Tanda-Tanda Ahli Bidaah 251
Sikap Ahli Sunah Waljamaah 252
Terhadap Golongan Ahli Bidaah Dan Pengikut
Hawa Nafsu
Pesanan Ahli Sunah Waljamaah 259
Tentang Bahaya Golongan Ahli Bidaah Dan
Pengikut Hawa Nafsu
Pesanan Imam-Imam Ahli Sunah 261
Waljamaah Tentang Keperluan Mengikut
Sunnah Dan Menjauhi Ahli Bidaah
Kesimpulan 264

BAB 12 :
MANHAJ AHLI SUNAH WALJAMAAH
DALAM MENYURUH YANG MAKRUF DAN
MENCEGAH YANG MUNGKAR
Pendahuluan 266
Sikap Ahli Sunah Waljamaah 267

viii
Terhadap Menyuruh Yang Makruf Dan
Mencegah Yang Mungkar
Akhlak Salafus Salih Dalam Kalangan Ahli 276
Sunah Waljamaah
Kesimpulan 286

RUJUKAN 287

ix
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

TITAH PERUTUSAN
DYTM TUANKU RAJA MUDA PERLIS
MERANGKAP YANG DIPERTUA
MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

TAJUK: AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH


BERDASARKAN MANHAJ SALAF

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad
SAW, ahli keluarga dan para sahabat baginda sekalian.

Alhamdulillah, pertamanya Beta ucapkan puji dan syukur yang


tidak terhingga ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin,
limpah dan kurnia rahmat-Nya jua Beta diberi kesempatan
untuk menyampaikan perutusan ringkas di dalam buku bertajuk:
Akidah Ahli Al-Sunnah Wa Al-Jamaah Berdasarkan Manhaj
Salaf tulisan YBhg. Prof. Dr. Basri bin Ibrahim Al-Hasani Al-
Azhari.

Beta mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Jabatan


Mufti Negeri Perlis di atas usaha menerbitkan buku ini. Tahniah
juga kepada penulis yang merupakan Ahli Jawatankuasa Fatwa
Negeri Perlis dan kini bertugas sebagai pensyarah di Jabatan
Syaria, Fakulti Pengajian Islam, Kolej Islam Perlis (KUIPs).

Penghargaan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat


Melayu Perlis (MAIPs) di atas inisiatif untuk memberikan dana
tajaan bagi penerbitan bahan-bahan ilmiah termasuk buku ini.

Beta mengharapkan buku ini boleh menjadi sumbangan yang


besar kepada seluruh masyarakat terutamanya rakyat Perlis.
Ia boleh dijadikan rujukan kepada seluruh umat Islam kerana
isu akidah ini adalah isu yang sangat penting dalam kehidupan.

Dewasa ini, ramai yang terpengaruh dengan perkara-perkara


ang dianggap mempunyai keramat seperti pokok, kubur dan
batu. Amalan memuja jin dan memohon pertolongan darinya
seperti yang selalu dilakukan oleh sesetengah bomoh dan

x
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

dukun juga semakin mempengaruhi sesetengah masyarakat


kini. Kepercayaan karut ini dibimbangi akan membawa kepada
syirik dan seterusnya akan merosakkan akidah umat Islam.

Justeru, diharapkan dengan penghasilan dan penerbitan


buku ini akan menjadi pencerahan yang jelas terhadap isu-
isu berkaitan yang boleh menganggu akidah umat Islam di
Malaysia terutamanya negeri Perlis.

Akhir titah, Beta mendoakan semoga buku ini dapat memberi


manfaat kepada semua lapisan masyarakat dan mendapat
keberkatan daripada Allah S.W.T., InsyaAllah.

Amin Ya Rabbal Alamin.

Sekian,
Wabillahittaufik Walhidayah
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

DYTM TUANKU SYED FAIZUDDIN PUTRA


IBNU TUANKU SYED SIRAJUDDIN JAMALULLAIL,
D.K.,S.P.M,P.A.T.
RAJA MUDA PERLIS

Termaktub di Istana Arau,


Arau, Perlis.
Malaysia.

Tarikh : 09hb Ogos 2022

xi
xii
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

PRAKATA

Persoalan akidah merupakan persoalan yang sangat penting dalam


kehidupan umat Islam kerana ia merupakan asas kehidupan mereka.
Dengan akidah yang betul ia akan menatijahkan ibadah yang
diterima Allah SWT. Dalam berakidah, umat Islam bertitik tolak
daripada dua perkara iaitu tidak ada tuhan yang berhak disembah
melainkan Allah SWT dan Allah SWT tidak boleh disembah
melainkan berdasarkan apa yang Dia sendiri syariatkan. Inilah
akidah dipegang oleh generasi umat Islam pada zaman sahabat, tabiin
dan orang-orang yang mengikut jejak langkah mereka dengan baik.

Namun dewasa ini banyak berlaku perbezaan pendapat


dalam persoalan akidah ini dalam kalangan orang ramai dan
ada antaranya yang menyelisihi yang dipegang oleh para sahabat
Rasulullah SAW dan tokoh- tokoh Ahli Sunah Waljamaah yang
muncul selepas daripada mereka. Dalam konteks negara kita
ada dua golongan yang membawa pendekatan akidah Ahli al-
Sunah Waljamaah yang berbeza iaitu yang bermanhaj Salaf dan
Asya’irah, tetapi kesemuanya masih dalam lingkungan golongan
Ahli Sunah Waljamaah.

Penulisan tentang akidah berdasarkan kedua-dua manhaj


yang disebutkan di atas berlaku secara bersilih ganti dalam sejarah
daripada zaman dahulu sehinggalah ke zaman sekarang dan setiap
golongan ada tokoh-tokoh yang mempertahankan akidah yang
dipegang oleh masing-masing dan membantah serta menolak
akidah yang dipegang oleh golongan yang tidak sealiran dengan
mereka.

Suasana sebegini rupa juga berlaku di negara kita Malaysia.


Di Malaysia umat Islam sudah berpegang dengan akidah Ahli
Sunah Waljamaah semenjak zaman- berzaman lagi. Setakat
yang sempat diikuti oleh penulis dalam pengajian berkaitan
dengan akidah sewaktu menuntut di Kolej Ugama Sultan
Zainal Abidin, Kuala Terengganu, Universiti al-Azhar, Mesir,
Universiti Malaya dan juga Universiti Kebangsaan Malaysia,
pada peringkat awal ia disebutkan sebagai pengajian akidah Islam

1
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

sahaja, kemudian diikuti dengan pengajian akidah berdasarkan


Manhaj Ahli Sunah Waljamaah berikutan penyebaran akidah
Syiah dalam masyarakat oleh segelintir umat Islam negara
ini yang terpengaruh dengan fahaman tersebut. Manhaj Ahli
Sunah Wal jamaah tidak ditekankan sangat kerana tidak timbul
pertembungan antara golongan Ahli Sunah Waljamaah yang
bermanhaj salaf dengan yang bermanhaj Asya’irah. Kemudian
akhir-akhir ini wujud desakan daripada sesetengah pihak supaya
umat Islam di negara ini mempelajari akidah Ahli al-Sunnah Wa
al-Jamaah berdasarkan Manhaj Asya’irah dan Maturidiyah sahaja
dan mengenepikan manhaj salaf atas dasar orang-orang Islam
di Malaysia sudah mempelajari akidah Ahli Sunah Waljamaah
berdasarkan Manhaj Asya’irah dan Maturidiyah sejak zaman-
berzaman lagi. Desakan ini dikatakan muncul berikutan sikap
yang ditunjukkan oleh sesetengah orang Islam yang terpengaruh
dengan fahaman Ahbasy yang menular di Lubnan, yang dikaitkan
dengan golongan Asya’irah yang agak taasub sehingga menafikan
golongan yang beraliran salaf sebagai termasuk dalam golongan
Ahli Sunah Waljamaah dan sikap keras yang ditunjukkan oleh
segelintir orang- orang Islam yang mengikut akidah Ahli Sunah
Waljamaah berdasarkan manhaj salaf, yang menafikan golongan
Asya’irah dan Maturidiyah sebagai termasuk ke dalam kategori
golongan Ahli Sunah Waljamaah. Di sesetengah negeri di Malaysia
seruan supaya berpegang dengan akidah Ahli Sunah Waljamaah
berdasarkan manhaj Asya’irah dan Maturidiyah dilakukan secara
terang-terangan di atas mimbar masjid dalam teks khutbah yang
dibacakan kepada hadirin, meskipun ada dalam kalangan hadirin
tidak memahami apa itu aliran akidah bermanhaj Asya’irah.

Tujuan buku ini dihasilkan adalah untuk menjelaskan


tentang kedudukan akidah Ahli Sunah Waljamaah berdasarkan
manhaj salaf, yang merujuk kepada golongan yang berpegang
teguh dengan Sunnah Nabi SAW dan Sunnah orang yang mengikut
baginda SAW daripada kalangan para sahabat dan juga tabiin
dan orang-orang yang mengikut jejak langkah mereka dengan
baik dari segi iktikad, perkataan dan juga amalan. Orang-orang
yang istiqamah di atas ikutan terhadap Sunnah Rasulullah SAW
dan menjauhkan diri daripada bidaah, adalah golongan yang

2
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

kekal menang sehingga ke hari kiamat. Mengikut mereka bererti


berada di atas dasar petunjuk dan menyelisihi mereka bererti
berada di atas landasan kesesatan. Golongan ini adalah golongan
yang pertengahan dan sederhana antara yang cuai dengan yang
keterlaluan, antara yang ekstrimis dengan yang terlalu lembab,
baik dalam bab akidah, hukum- hakam mahupun akhlak. Mereka
adalah golongan yang pertengahan antara puak-puak yang ada
dalam kalangan umat Islam. Golongan ini mengguna pakai nas
al-Kitab dan al-Sunnah dan berpada menerima sumber daripada
kedua-duanya dan juga memahami kedua-duanya berdasarkan
kepada manhaj salaf dan jalan-jalan yang ditempuhi mereka.

Golongan ini tidak wajar sama sekali ditolak daripada


dimasukkan ke dalam kategori golongan Ahli Sunah Waljamaah
kerana mereka juga mengamalkan Islam berdasarkan nas al-Quran,
al-Hadis dan fahaman para sahabat Nabi SAW. Imam Ibn al-
Jawzi, seorang tokoh ulama beraliran Asya`irah menyebut dalam
Talbis Iblis, yang dinamakan sebagai Ahli Sunnah adalah mereka
yang mengikuti kebenaran dan ahli bidaah pula yang mengikuti
kesesatan. Ali al-Madini mengakui golongan Ahli Hadis sebagai
Ahli Sunnah. Syeikh Yusuf al-Qaradawi, sebagai contoh, seorang
yang mendukung dan berpegang dengan mazhab Asya`irah juga
mengakui mazhab Salaf sebagai Ahli al-Sunnah dan berpegang
bahawa pendapat mereka dalam soal ayat-ayat mutasyabihat
lebih selamat. Seorang ulama al-Azhar kontemporari, Syeikh
Muhammad bin Abdul Malik al- Zughbi turut menjelaskan
bahawa tiada masalah atau pertikaian antara umat Islam terdahulu
di kurun-kurun yang pertama Islam mengenai sifat-sifat Allah.
Tercetusnya masalah dalam lingkungan Ahli al-Sunnah pada awal
kurun ketiga hijrah dan ia berkisar hanya pada perkara-perkara
ijtihad dalam pentakwilan sifat-sifat Allah. Kesimpulannya di
sisi semua ulama pegangan Ahli al-Sunnah ialah fahaman yang
kembali kepada sumber asal iaitu al-Quran dan Sunnah serta
amalan para sahabat dan tabiin dan mereka juga tidak berselisih
mengenai fakta bahawa akidah yang dipegang dan diamalkan umat
Islam pada kurun pertama Islam adalah benar kerana bersumber
pada al-Quran dan Sunnah.

3
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Walaupun istilah Ahli al-Sunnah belum diguna pakai pada


ketika itu secara sistematik, tetapi tidak ada khilaf dari kalangan
ulama yang datang kemudian untuk menerima pendapat yang
dipegang oleh mereka di zaman itu mengenai tidak perlu
mentakwilkan sifat-sifat Allah sebagai pendapat yang sah Ahli
al-Sunnah. Bahkan pendapat ini mendahului pendapat golongan
Asya`irah dalam Ahli al-Sunnah seperti yang dinyatakan sebelum
ini. Aliran-aliran kefahaman atau mazhab boleh dianggap seperti
madrasah atau sekolah. Masing-masing mempunyai kekuatan
kurikulum yang tersendiri. Pasti juga ada sudut-sudut kelemahan
yang perlu diperbaiki. Matlamat utama bagi semua adalah
melahirkan anak- anak murid yang baik akhlak, cerdas pemikiran
dan bersikap profesional dalam menguruskan diri dan persekitaran
apabila melangkah ke medan kehidupan. Adalah satu perkara
yang biasa bagi pelajar-pelajar dari setiap institusi pengajian untuk
merasa bangga dengan tempat pengajiannya, tetapi bukanlah satu
kewajaran, malah ia satu keaiban untuk menuduh institusi lain
dengan tuduhan kesat dan sesat.

Teknik penulisan buku ini adalah teknik tahzib iaitu


meringkaskan isi kandungan kitab dengan menggunakan gaya
bahasa sendiri dengan tidak mengetepikan isi dan maksud yang
hendak dijelaskan oleh pengarang buku asal, di samping membuat
penambahan pada mana-mana tempat dan mengulas isu yang
difikirkan perlu daripada beberapa sumber ulama masa kini. Ia
dibuat ke atas tulisan yang dilakukan oleh seorang tokoh ulama
semasa tentang akidah iaitu berdasarkan buku al-Wajiz Fi ‘Aqidah
al-Salaf al-Salih, Ahli al-Sunnah Wa al-Jamaah yang dihasilkan
oleh Syeikh Abdullah bin Abd al-Hamid al-Athari, seorang tokoh
yang bermanhaj salaf di Jordan dan juga seorang pendakwah
salaf yang gigih di sana. Tokoh ini beraliran sederhana dan
wasati. Dengan menggunakan teknik tahzib ini, penulis berharap
para pembaca dapat memahami aliran Ahli Sunah Waljamaah
berdasarkan manhaj salaf dan pandangan-pandangan mereka
dan perbezaan pandangan tersebut dengan manhaj Asya’irah.
Apalagi yang menjadi musuh sebenar kepada umat Islam dewasa
ini ialah akidah yang menyeleweng dan bukannya pendekatan
dalam memahami akidah yang benar tetapi berbeza segi manhaj.

4
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Hadis-hadis yang dikemukakan ditakhrijkan statusnya dengan


merujuk kepada penilaian yang dibuat oleh Syeikh Nasir al-Din
al-Albani. Ini tidak bermakna pengarang taasub kepada penilaian
yang dibuat Syeikh Nasir al-Din al-Albani, sebaliknya tidak lebih
untuk menyatakan dalam dunia moden hari ini tokoh yang berjaya
menghasilkan karya-karya yang melibatkan penilaian status hadis
yang agak lengkap dan mudah untuk dirujuk adalah hasil karya
beliau, berbanding dengan tokoh lain. Apalagi beliau sendiri
mempunyai karya yang berbentuk penarikan balik terhadap
beberapa penilaian yang beliau lakukan pada peringkat awal
penglibatan beliau dalam bidang hadis.

Penulis mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan


jutaan terima kasih kepada semua guru- guru penulis yang
memberi sokongan padu bagi menyiapkan penulisan ini. Begitu
juga penulis tidak lupa dengan galakan yang diberikan oleh
para sahabat seperjuangan di Universiti Sultan Zainal Abidin
Terengganu daripada pelbagai bidang pengajian Islam, terutama
sekali Dekan Fakulti Pengajian Kontemporari Islam. Begitu
juga penulis tidak lupa mengucapkan jutaan terima kasih di atas
galakan yang diberikan oleh isteri tercinta Puan Norhayati binti
Abdul Razak dan juga anak-anak, mudah-mudahan Allah SWT
membalas mereka dengan kebaikan yang banyak di dunia dan
juga akhirat.

Dalam pada itu penulis bersedia menerima teguran yang


membina daripada mana-mana pihak, seandainya terdapat
kesalahan dan kekurangan dalam penulisan ini untuk memastikan
karya ini menjadi karya terbaik berkaitan dengan persoalan akidah
salaf.

Sekian

Al-Raji Ila Afwi Rabbihi


Prof Dr. Basri bin Ibrahim al-Hasani al-Azhari
Universiti Islam Malaysia,
Blok 1, Bangunan MKN Embassy Techzone, Jalan Teknokrat 2,
63000 Cyberjaya, Selangor, Darul Ehsan,
Jumaat | 17 Rabi’ul Awwal 1439H | 16 Jan 2018

5
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

PENDAHULUAN

Di nusantara dan juga di negara kita Malaysia pengajian akidah


atau tauhid adalah berdasarkan antaranya kepada kitab-kitab
jawi yang diajar oleh tuan-tuan guru yang mendapat pendidikan
dalam bidang pengajian Islam daripada Timur Tengah dan juga
di tanah air sendiri. Mereka membuka pondok-pondok Pengajian
Islam, sekolah pondok moden, pesantren, kolej dan juga universiti
swasta. Ia juga dilakukan di masjid-masjid dan juga surau-surau
menerusi program Talaqqi Kitab. Kitab- kitab tauhid yang diajar
adalah berdasarkan kepada kitab tauhid aliran Asya’irah dan
juga Maturidi, kerana aliran inilah yang sampai ke tanah air kita
dan mempunyai ramai pendokong sehingga kini. Ada juga yang
mengajar kitab Syarah Jawharah Tauhid, yang juga berdasarkan
kepada aliran Asya’irah. Ini tidak hairan kerana rantau nusantara
adalah merupakan rantau Ahli al-Sunnah yang beraliran Asya’irah
dan Maturidiyah semenjak dahulu lagi. Penulis sempat menuntut
dan mempelajari akidah Ahli Sunah Waljamaah bermanhaj
Asya’irah ini dengan beberapa orang guru baik di Malaysia
mahupun semasa berada di Mesir. Penulis juga mempelajari
akidah berdasarkan manhaj salaf dengan beberapa orang guru
baik di Malaysia mahupun ketika berada di Mesir.

Pengajian tauhid berdasarkan konsep sifat 20 sangat masyhur


dipelajari di nusantara termasuk di negara kita. Masyarakat Melayu
jarang berusaha mengetahui dari manakah asal usul pengajian
tauhid tersebut, sebaliknya apa yang penting ialah kefahaman
terhadap sifat 20 itu sendiri yang lebih penting dalam menghadapi
berbagai karenah dalam kehidupan dan berbagai-bagai fahaman
moden yang cuba mengganggu gugat akidah umat Islam. Mereka
juga tidak memahami secara mendalam kenapa tauhid tersebut
digubalkan oleh para ulama terdahulu. Namun pengajian tauhid
sifat 20 mula memasuki era baru di negara kita terutama sekali
pada zaman penjajahan dan di ambang kemerdekaan, apabila
punca dan sebab kenapa ia muncul turut dibahaskan oleh tuan-
tuan guru yang mengajar sifat 20 itu sendiri dan dikaitkan
dengan isu-isu semasa dan nas-nas al-Quran dan al-Sunnah yang
berkaitan. Para ulama yang mengajar tauhid berteraskan sifat 20

6
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

berusaha memudahkannya dengan menyertakannya dengan nas-


nas daripada al-Quran dan juga al-Sunnah. Fenomena ini berjalan
dengan penuh harmoni dan tidak ada yang cuba menuduhnya
sebagai sesat apalagi sebagai bidaah jauh sekali.

Satu hakikat yang perlu difahami, tuan-tuan guru yang


mengajar tauhid sifat 20 tidak pernah mengiktikadkan bahawasanya
itulah merupakan tauhid yang diajar oleh Rasulullah pada masa
hayatnya, yang diamalkan oleh baginda, para sahabat dan juga
tabiin. Sebaliknya mereka mengajar kepada orang-orang Islam
yang tauhid sifat 20 merupakan salah satu daripada pendekatan
untuk mengenal Allah dan mempelajari ilmu akidah, kerana
memenuhi slogan yang sering disebut oleh para ulama: Langkah
pertama mempelajari agama ialah belajar mengenal Allah terlebih
dahulu. Para tuan guru dan ulama di nusantara juga tidak pernah
mengiktikadkan dan mengajar kepada orang-orang Islam yang
sifat kesempurnaan bagi Allah hanya 20 sahaja, bahkan sifat-sifat
kesempurnaan bagi Allah S.W.T cukup banyak, melebihi daripada
20 sifat.

Kemunculan pendekatan sifat 20 adalah kerana meraikan


keadaan pada zamannya yang banyak berdepan dengan
golongan Muktazilah, Falsafah, Jahmiyyah, Muatillah, Mujasimah,
Musyabbihah dan lain- lain. Sifat-sifat 20 yang dipelajari itu pula
adalah merupakan sifat zat dan tidak melibatkan sifat-sifat Af ’al,
kerana itulah yang menonjol pada zaman pendekatan tauhid sifat
20 tersebut muncul. Pendekatan tauhid sifat 20 tidak dinyatakan
secara terang oleh nabi dalam hadis- hadis baginda, yang
mewajibkan kepada umat Islam berpegang teguh dengannya dan
menolak segala pendekatan tauhid yang lain daripada itu. Namun
begitu kandungannya juga diambil daripada nas-nas al-Quran
dan juga hadis dan juga tidak bercanggah dengan kedua sumber
tersebut. Ia muncul hasil daripada kefahaman ulama terhadap nas
dalam kerangka menentang aliran pemikiran yang wujud pada
zamannya yang banyak dipelopori oleh golongan Muktazilah
dan seumpamanya. Meskipun sebahagian daripada para pengikut
Imam Abu Hasan al-Asy’ari menegaskan yang imam tersebut
telah kembali menempuh jalan salaf pada akhir hayat beliau

7
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

dalam berakidah dan bertauhid sebagaimana yang dimuatkan


dalam karya beliau al-Ibanah dan juga Maqalat al-Islamiyyin.

Selain daripada pendekatan tauhid sifat 20 atau tauhid


Asya’irah dan al-Maturidiyyah, muncul juga pendekatan tauhid
tiga serangkai yang dikenali sebagai tauhid Rububiyah, Uluhiyah
dan Asma’ Dan Sifat dan pendekatan tauhid seperti ini juga diajar
oleh sebahagian ulama di negara kita. Dato’ Seri Tuan Guru Haji
Abd Hadi Awang dan Tuan Guru Datuk Nik Aziz bin Nik Mat
misalnya antara tokoh yang mengambil pendekatan mengajar
tauhid tiga serangkai sejak awal tahun 1980-an lagi, kerana beliau
melihat pendekatan tauhid tersebut lebih memudahkan masyarakat
Islam di negara ini kerana ia lebih hampir kepada nas al-Quran,
bersih daripada unsur falsafah dan lebih mampu menghadapi
cabaran semasa. Bahkan beliau telah menghasilkan buku-buku
akidah yang membicarakan tentang akidah tiga serangkai itu.

Pendekatan tauhid tiga serangkai juga tidak dinyatakan


secara langsung oleh Rasulullah SAW dalam mana-mana hadis
sahih, meskipun isyarat-isyarat tentangnya jelas terdapat dalam
nas-nas al-Quran dan juga al-Sunnah. Meskipun demikian
Tuan Guru tidak pula menolak pendekatan pengajaran tauhid
berteraskan sifat 20. Dengan itu, hubungan di antara ulama yang
mengajar kedua pendekatan tauhid di atas berjalan dengan baik
dan mesra tanpa ada perasaan curiga-mencurigai antara satu
sama lain. Apa yang penting ialah kefahaman tentang akidah itu
mesti jelas dan umat Islam mesti melakukan ibadah kepada Allah
dengan penuh keikhlasan dan juga memahami matlamat mereka
diciptakan adalah untuk tujuan beribadah kepada Allah S.W.T.

Adalah tidak benar kalau dikatakan tauhid tiga serangkai itu


adalah tauhid yang digubalkan oleh Ibn Taimiyyah dan Wahabi.
Mufti negeri Kelantan pernah menjelaskan:

“Sesiapa yang mengatakan Tauhid Tiga Serangkai adalah


Tauhid Wahabi dan sesat, maka dialah yang tersilap! Komponen-
komponen Tauhid Tiga Serangkai memang banyak disebut di

8
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

dalam tulisan-tulisan ulama silam, sebelum Syeikh Muhammad


Abdul Wahhab (yang dikatakan pengasas Wahabi) dan Syeikh al-
Islam Ibn Taimiyyah.”

Tauhid Tiga Serangkai ialah:

Tauhid Rububiyah - Mengesakan Tuhan yang mencipta,


mentadbir dan memberi rezeki kepada sekalian alam
semesta. Oleh itu, sesiapa yang mengatakan ada sesuatu
selain Allah yang mencipta (sepertimana Allah mencipta),
atau mentadbir alam ini, atau lain-lain daripada perbuatan
yang berunsur ketuhanan, maka dia telah melakukan Syirik
dalam Rububiyah.

Tauhid Uluhiyah atau Ilahiyah - Mengesakan ibadat hanya


untuk Tuhan yang mencipta, mentadbir dan memberi rezeki
kepada sekalian alam semesta. Oleh itu, sesiapa mengalihkan
tumpuan apa-apa bentuk ibadat kepada selain Allah, maka
dia telah melakukan Syirik dalam Uluhiyah.

Tauhid Asma wa al-Sifat - Mengesakan nama-nama dan


sifat-sifat ketuhanan yang sempurna, kamil dan mutlak
hanya untuk Tuhan yang mencipta, mentadbir dan memberi
rezeki kepada sekalian semesta alam. Oleh itu, sesiapa yang
memberikan walaupun satu sahaja daripada nama atau sifat
Allah yang sempurna kepada selain Allah, maka dia telah
melakukan Syirik dalam Asma’ wa al-Sifat.

Namun akhir-akhir ini suasana yang agak tidak harmoni


dalam kalangan sesetengah ulama yang mengajar kedua
pendekatan di atas mula tercetus di negara kita dan ia kadang-
kadang bertukar kepada penggunaan kata-kata yang keras, kasar,
tuduhan sesat, bidaah dan juga menyerupai triniti. Suasana
tidak harmoni ini muncul disebabkan oleh sifat taasub dan kasar
sesetengah pendukung kedua pendekatan tauhid tersebut. Muncul
segelintir golongan yang mendakwa dirinya sebagai golongan
beraliran salaf namun mengambil pendekatan yang agak melampau
lalu menuduh orang yang belajar sifat 20 sebagai mempelajari

9
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

sesuatu yang bidaah (rekaan baru dalam perkara agama) dan


juga sesat. Pendukung sifat 20 pula membalas tuduhan tersebut
dengan mengatakan pengamal tauhid tiga serangkai juga telah
mengamalkan sesuatu yang bidaah dan sesat bahkan lebih teruk
daripada itu menyerupai konsep triniti dalam agama Kristian.
Perbalahan yang berterusan ini sebenarnya tidak menguntungkan
kedua belah dan juga tidak menguntungkan umat Islam di negara
kita, sebaliknya menguntungkan musuh-musuh Islam belaka.
Perpecahan yang berlaku dalam kalangan umat Islam memberi
ruang kepada musuh untuk memporak- perandakan lagi barisan
umat Islam dan sistem pemikiran mereka.

Dalam pada itu suka dinyatakan Syeikh al-Islam Ibn


Taimiyyah bukanlah individu pertama yang bertanggungjawab
mereka pembahagian tauhid kepada tiga bahagian. Sebaliknya
pembahagian ini telah wujud lebih awal lagi. Perkara ini dapat
ditelaah dari kitab-kitab karangan ulama yang awal. Pembahagian
tauhid kepada tiga bahagian iaitu Tauhid Rububiyah, Uluhiyah
dan juga Asma’ dan Sifat adalah berdasarkan istiqra’i (kajian
dan pemerhatian) yang dibuat oleh tokoh-tokoh salaf generasi
awal seperti Ibn Mandah dalam Kitab Tauhid, Ibn Battah dalam
al-Ibanah Syariah al-Firqah al-Najiah, Ibn Jarir al-Tabari dalam
tafsirnya, Abu Yusuf sebagaimana yang dinukilkan oleh Ibn
Mandah dalam Kitab Tauhid dan lain-lain. Ia diperakui oleh
Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah dan Ibn Qayyim al-Jawziyyah
dalam kebanyakan karya masing-masing, al-Zabidi dalam Taj
al-Arus dan al-Syankiti dalam Adwa’ al-Bayan. Kewujudannya
memang tidak terdapat dalam kitab, al- Sunnah, ijmak dan juga
qiyas, sebaliknya berdasarkan istiqra’i. Kedudukannya sama juga
dengan sistem pembelajaran bahasa Arab yang dibahagi kepada
tiga kategori iaitu kata nama, kata kerja dan sendi kata (isim, fi’lun
dan harfun). Ia muncul hasil daripada pemerhatian para ulama
yang pakar dalam bahasa Arab terhadap penggunaan bahasa Arab
yang sering digunakan oleh orang-orang Arab generasi terdahulu
dan mereka menyimpulkannya dasar besarnya kepada tiga aspek
di atas (Ibn Uthaimin, 2007:12-13). Ibn Taimiyyah bukanlah
orang yang pertama memperkenalkan tauhid tiga ini sebaliknya
merupakan tokoh yang mempopularkannya dalam kalangan

10
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

umat Islam dan melihat ia lebih dekat dengan roh al-Quran dan
al-Sunnah yang sahih. Tambahan pula pada zamannya beliau
berdepan dengan banyak golongan yang taasub kepada akidah
dan pegangan puak masing-masing.

Persoalannya apakah yang dikatakan Ahli Sunah


Waljamaah yang bermanhaj salaf ? Inilah yang menjadi tujuan
buku ini dihasilkan bagi menjelaskan tentang akidah Ahli Sunah
Waljamaah berdasarkan manhaj salaf.

Istilah salaf menimbulkan perbezaan pendapat dalam


kalangan ulama. Pendapat tersebut dapat dibahagikan kepada
empat bentuk iaitu:

Salaf hanya para Sahabat Nabi SAW sahaja.


Salaf adalah para Sahabat Nabi dan Tabiin (orang yang
berguru kepada Sahabat).
Salaf adalah para Sahabat Nabi, Tabiin, dan Tabi
Tabiin. Pendapat yang benar dan masyhur, yang mana
sebahagian besar ulama Ahli al-Sunnah berpegang
dengannya ialah adalah pendapat ketiga ini.
Salaf adalah masa utama selama tiga kurun atau period
yang telah diberi kesaksian oleh Rasulullah SAW dalam
hadis baginda. Mereka adalah umat Islam yang hidup pada
tiga kurun yang pertama iaitu para sahabat, Tabiin dan Tabi
Tabiin (https://muslim.or.id,2018).

Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-


Bukhari (2652) dan Muslim (2533) daripada Ibn Mas‘ud RA:

ُ َ‫ ثُ َّ� َّال ِذ ي نَ� َي ُل ن‬،‫و� ْم‬


ْ‫و�م‬ ُ َ‫ ثُ َّ� َّال ِذ ي نَ� َي ُل ن‬،�‫الناس َق ْر ِ ن‬
َّ �ُ ْ ‫َخ‬
‫ي‬
‫ي‬ ِ
Maksudnya: Sebaik-baik manusia adalah yang hidup pada
masaku, kemudian yang hidup pada masa berikutnya, kemudian
pada masa berikutnya.

11
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Kerana itu, setiap orang yang mengikuti jalan dan manhaj


mereka, termasuk salafi, kerana menisbahkan diri mereka kepada
golongan tersebut.

Mengikut manhaj salaf dalam kehidupan adalah sesuatu


yang mesti dilakukan. Banyak dalil yang menjelaskan demikian.

Antaranya firman Allah SWT:


َ َّ ْ َ َ َ َّ َ
‫ٱلر ُسول ِم ۢن َب ْع ِد َما ت َب َّ ي نَ� ُل ُٱل َد ٰى َو َيت ِب ْع غ ْي َ� َس ِب ِيل‬ ‫َو َمن ُيش ِاق ِق‬
‫۝‬
ٓ ۖ ََ
١١٥ ‫� نَّ َ� َو َسا َء ْت َم ِص ي ً�ا‬
ُ َّ َ ّ ُ ُْ
‫ٱل ْؤ ِم ِن ي نَ� ن َوِ ِلۦ َما ت َو ٰل َون ْص ِ ِلۦ ج‬
Maksudnya: Dan barangsiapa yang menentang Rasul sesudah jelas
kebenaran baginya dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-
orang mukmin. Kami biarkan ia leluasa terhadap kesesatan yang
telah dikuasainya itu dan Kami masukkan ia ke dalam Jahanam,
dan Jahanam itu seburuk-buruk tempat kembali.
(al-Nisa’4: 115)

Dalam ayat yang lain, Allah SWT berfirman:


ٰ َ ْ ُ ُ َ َّ َ‫َ َّ ٰ ُ َ ْ أَ َّ ُ َ َ ْ ُ َ ٰ نَ َ ْ أَ َ َ َّ ن‬
‫وٱلسـ ِبقون ٱلولون ِمن ٱلهـ ِج ِر ي� وٱلنص ِار وٱل ِذ ي� ٱتبعوه ِب ِإ�حسـ ٍن‬
َ‫ُ ۟ َ ْ ُ َ َ َّ َ َ َّ تَ ْ تَ ْ َ ْ أ‬ ُ َّ �
ُ‫ٱل نْ َ� ٰـر‬ ‫ٱلل َع نْ ُ� ْم َو َرضوا عنه َوأعد ُل ْم جن ٰـ ٍت ج� ِرى � ت َ�ا‬ َ ‫َّر ِ ض‬
ُ َ ْ ُ ْ َ ْ َ َٰ ۚ ً َ َ ٓ َ َ ‫َ ٰ ن‬
‫۝‬١٠٠ �‫خـ ِل ِد ي� ِف ي�ا أبدا ذ ِلك ٱلفوز ٱلع ِظ ي‬
Maksudnya: Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-
tama (masuk Islam) di antara orang-orang Muhajirin dan Ansar
dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah reda
kepada mereka dan mereka pun reda kepada Allah dan Allah
menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir sungai-
sungai di dalamnya; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya.
Itulah kemenangan yang besar.
(al-Tawbah 9: 100)

12
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Allah SWT mengancam akan mengenakan seksaan neraka


Jahanam bagi sesiapa yang mengikuti jalan selain daripada jalan
Salafus Salih dan menjanjikan syurga dan keredaan-Nya bagi
sesiapa yang mengikuti jalan mereka.

Antara dalil daripada al-Sunnah yang menjelaskan keperluan


mengikut manhaj salaf ialah hadis yang diriwayatkan oleh al-
Bukhari (3650), Muslim (2533) daripada Abdullah bin Mas‘ud,
beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda:
ُ َّ ُ ُ َّ ُ ُ َّ ُ َ ُ َ
‫ ث َّ� ِإن َب ْع َد ْك‬،‫ ث َّ� ال ِذ ي نَ� َيلو نَ ُ� ْم‬،‫ ث َّ� ال ِذ ي نَ� َيلو نَ ُ� ْم‬،�‫خ ي ُ� أ َّم ِ ت ي� ق ْر ِ ن ي‬
َ َ ُ َ َ َ ُ َ َ َ ْ‫َ ْ ً َ شْ َ ُ َ َ َ ُ ْ َ ش‬
‫ َو َي ْنذ ُرون َوال‬،‫ َ يو خُ�ونون َوال ُي ْؤ تَ َ� ُنون‬،‫� ُدون‬ ‫قوما ي�دون وال يست‬
ِّ ‫ َو َي ْظ َه ُر ِف ي� ُم‬،‫ون‬
‫الس َم ُن‬
َ َُ
‫يف‬
ِ
Maksudnya: Sebaik-baik manusia adalah yang hidup pada
masaku, kemudian yang hidup pada masa berikutnya, kemudian
yang berikutnya, kemudian akan datang suatu kaum kesaksian
salah seorang dari mereka mendahului sumpahnya, dan sumpahnya
mendahului kesaksiannya.

Antaranya juga adalah hadis yang menjelaskan tentang


perpecahan umat kepada 73 golongan, yang diriwayatkan secara
sahih, oleh Abu Dawud (no. 4597), Ahmad (4:102), al-Hakim
(I:128), al-Darimi (2:241), al- Lalikai dalam al-Sunnah (I:113 no.
150). Ia juga disahihkan oleh al-Hakim dan disepakati oleh Imam
al- Zahabi daripada Mu’awiyah bin Abi Sufyan. Syeikhul Islam
Ibnu Taimiyyah mengatakan hadis ini sahih lagi masyhur. Ia juga
disahihkan oleh al-Albani dalam Silsilah al-Ahadis al-Sahihah
(no. 203-204) di mana baginda SAW bersabda:
ً َّ َ ُ ْ
‫اب اف تَ َ�قوا َعل ِث ْن َت ْ ي ِن� َو َس ْب ِع ي نَ� ِم ةل‬ َ ‫ك م ْن َأ ْهل ْالك‬
‫ت‬ ْ ُ َ ْ َ ْ َ َّ َ َ
ِ ِ ِ ِ ‫أل ِإن من قبل‬
َّ �‫ون ف‬ َ ُ ْ َ َ َ ْ َ‫َ َّ َ ْ َّ ةَ َ َ ْ تَ ُ َ َ َ َ َ َ ْ ن‬
‫الن ِار‬ ‫و ِإن ه ِذ ِه ِالل ستف ِ�ق عل ثل ٍث وسب ِع ي� ِثنت ِان وسبع ِ ي‬
ُ َ ْ َ َ َّ َ ْ ‫َ َ َ ٌ ف‬
‫ال َم َاعة‬ ‫احدة ِ ي� ج‬
‫الن ِة و ِ يه ج‬ ِ ‫وو‬

13
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Maksudnya: Ketahuilah, sesungguhnya orang-orang sebelum anda


dalam kalangan ahli Kitab telah berpecah menjadi tujuh puluh dua
golongan. Sesungguhnya (umat) agama ini (Islam) akan berpecah
menjadi tujuh puluh tiga golongan. Tujuh puluh dua golongan
tempatnya di dalam Neraka dan hanya satu golongan di dalam
Syurga, iaitu al-Jamaah.

Dalam sebuah riwayat lain yang dinilai sebagai Hasan, oleh


al-Tirmidhi (no. 2641) dan al-Hakim (I/129) dari Abdullah bin
‘Amr. Ia juga dinilai sebagai hasan oleh Syeikh al-Albani dalam
Sahih al-Jami’ (no. 5343) menyebut:
َ ْ َ َ َ َ َ‫َ َ ن‬
�‫ا‬ ْ
‫ما أ� علي ِه وأص ِب ي‬
Maksudnya: Semua golongan tersebut tempatnya di Neraka,
kecuali satu (iaitu) yang aku dan para Sahabatku berjalan di
atasnya.

Hadis tentang perpecahan umat Islam menjadi 73 golongan,


semua binasa kecuali satu golongan, iaitu yang mengikuti apa
yang telah dilaksanakan oleh Rasulullah SAW dan para Sahabat
RHM. Oleh itu, jalan selamat hanya satu sahaja iaitu mengikut
al-Quran dan Al-Sunnah menurut pemahaman Salafus Salih (para
Sahabat).

Dalam kalangan tokoh ulama terdahulu pula, Imam al Awza’i


pernah menegaskan:
ْ َ ْ َ َ َ َ ُ ْ َ َ َ َ َ‫ُ َ َّ ف‬ َ ْ َ ْ َ َ َ ْ ْ
َ
ِ ‫ال ِع ُل ما جاء عن أص‬
‫اب مم ٍد �ا كن غ ي� ذ ِلك فليس ِب ِع ٍل‬
Maksudnya: Ilmu yang sebenar adalah yang diperolehi daripada
sahabat Muhammad SAW dan yang lain daripada itu, tidak layak
dikatakan sebagai ilmu (Ibn Abd al-Bar, Jami’ul Bayan alIlmi Wa
Fadhlihi, 2:29).

Setakat pengamatan penulis sudah ada buku- buku yang


menghurai dan mengupas tentang Ahli Sunah Waljamaah yang
bermanhaj Salaf. Namun kebanyakannya masih dalam bahasa

14
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Arab dan keberadaannya di pasaran masih belum mencukupi


untuk memahamkan masyarakat tentang apa itu akidah Ahli
Sunah Waljamaah berdasarkan manhaj salaf, terutama sekali
di negeri Perlis, yang masih belum mempunyai teks pengajaran
akidah Ahli Sunah Waljamaah bermanhaj salaf yang khusus dan
tersendiri bagi memantapkan kefahaman umat Islam tentang
akidah yang murni itu di negeri tersebut. Antara buku akidah
yang bermanhaj Salaf dalam bahasa Arab ialah Tahzib Syarah
Aqidah al-Sunnah Wa al-Jamaah (2007), yang dihasilkan oleh al-
Syeikh Muhammad Uthaimin, al- Wajiz Fi al-Iman oleh Syeikh
Abdullah bin Abd al-Hamid al-Athari (2013) dan lain-lain. Antara
buku terjemahan akidah Ahli Sunah Waljamaah beraliran salaf ke
dalam bahasa Melayu pula ialah buku akidah yang dihasilkan oleh
Syeikh Sulaiman al-Asyqar dan lain-lain.

Golongan yang berakidah Ahli Sunah Waljamaah menurut


al-Baghdadi sebenarnya tidak terbatas kepada golongan Asya’irah
dan Maturidiyah sahaja, bahkan lebih daripada itu iaitu:

Golongan ahli kalam yang bersih daripada tasybih


(penyerupaan), ta’til (penafian) dan bidaah golongan Rafidah,
Khawarij, Jahmiyyah dan al-Najjariyah dan seluruh golongan
yang mengikut nafsu. Termasuk yang bersih daripada
mengikut nafsu ialah Imam Abu Hasan al-Asy’ari dan Abu
Mansur al-Maturidi.

Golongan ahli fiqh termasuk tokoh-tokoh mereka imam fiqh


baik yang beraliran al-Ra’yi mahupun al-Hadis yang bersih
daripada tasybih dan ta’til termasuk para sahabat terkemuka,
Imam Malik, al-Syafi’i, Ahmad bin Hanbal, al- Awza’i, al-
Thawri, Ibn Abi Laila, dan murid-murid mereka, ahli zahir
dan seluruh fuqaha’ yang mengisbatkan sifat dan bersih
daripada golongan yang mengikut hawa nafsu.

Golongan ahli hadis, yang bersih daripada golongan yang


mengikut hawa nafsu seperti al-Bukhari, Muslim, al-
Tirmidhi, Abu Dawud, Ibn Majah dan lain-lain.

15
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Golongan ahli bahasa Arab yang bersih daripada golongan


yang mengikut hawa nafsu seperti Khalil al- Farahidi, al-
Ala’, Sibawaih, al-Akhfasy dan lain-lain.

Golongan yang pakar dalam lapangan pembacaan al- Quran,


yang menjauhi golongan mengikut hawa nafsu seperti Hafs,
Asim dan lain-lain.

Golongan Zuhud dan ahli-ahli sufi, yang berpegang kuat


dengan al-Quran dan al-Sunnah seperti al-Junaid, Rabiah al-
Adawiyah, al-Fudail bin Iyad, Hasan al-Basri dan lain-lain.

Golongan yang berjaga di sempadan negara daripada


diceroboh oleh musuh.

Golongan rakyat jelata yang mengikut Ahli Sunah Waljamaah


dan di negara mereka berjalan syiar Ahli al- Sunnah Wa al-
Jamaah (al-Baghdadi, 2008:253-255).

16
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Pendahuluan
Golongan Ahli Sunah Waljamaah melibatkan banyak golongan
sebagaimana yang disenaraikan oleh al-Baghdadi (2008:253-255),
antaranya ialah golongan yang mengikut aliran atau mengikut
manhaj salaf dalam memahami akidah. Golongan ini juga disebut
sebagai golongan yang berjaya dan golongan yang memperoleh
kemenangan, golongan ahli hadis, ahli athar dan golongan yang
mengikut jejak langkah Nabi SAW dan para sahabat. Mereka
adalah orang yang berada di atas landasan yang dibawa oleh Nabi
SAW dan juga para sahabat RHM.

Pengertian Akidah
Akidah dari segi bahasa membawa maksud hukum yang tidak
dicelah oleh sebarang keraguan bagi orang yang mempercayainya.
Apabila disebut akidah dalam agama, ia membawa maksud perkara
yang menjadi kepercayaan di dalam hati dan tidak melibatkan
perbuatan, seperti akidah tentang kewujudan Allah SWT dan
perutusan para Rasul.

Dari segi istilah, akidah membawa maksud perkara-perkara


yang wajib dipercayai oleh hati dan disenangi oleh jiwa sehingga
menjadi satu keyakinan yang sabit (kukuh dan tetap), yang tidak
dicelah oleh sebarang keraguan dan tidak bercampur dengan
sebarang syak. Ia melibatkan keimanan atau kepercayaan yang
jelas yang tidak dicelah oleh sebarang syak kepada orang yang
mempercayainya dan selaras pula dengan realiti. Jika kepercayaan
tersebut tidak mencapai ke tahap yang meyakinkan, ia tidak
dinamakan sebagai akidah. Ia juga dinamakan sebagai akidah,
kerana manusia mengikat kukuh sesuatu kepercayaan di dalam
hati.

Pengertian Salaf
Salaf dari segi bahasa, membawa maksud perkara yang telah
berlalu dan telah lepas. Dari segi istilah, membawa maksud umat

18
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Islam yang berada atau hidup di tiga kurun yang pertama, yang
terdiri daripada para sahabat, tabiin dan juga tabi tabiin, yang telah
disaksikan Rasulullah SAW sebagai manusia yang berada pada
kurun yang terbaik. Mereka ini merupakan sebaik-baik manusia
secara mutlak. Dalam kalangan mereka, ada orang- orang yang
siddiqun (orang-orang yang benar), syuhada’ (orang-orang yang
mati syahid), orang-orang yang soleh dan tokoh-tokoh agamawan
yang dipilih oleh Allah SWT untuk menjadi sahabat Nabi SAW
dan menyampaikan risalah yang dibawa baginda SAW. Mereka
adalah orang yang mantap dalam penguasaan ilmu pengetahuan,
sentiasa berpandukan petunjuk Rasulullah SAW dan menjaga
Sunnah baginda SAW.

Firman Allah SWT:


َ َّ ْ َ َ َ َّ َ
‫ٱلر ُسول ِم ۢن َب ْع ِد َما ت َب َّ ي نَ� ُل ُٱل َد ٰى َو َيت ِب ْع غ ْي َ� َس ِب ِيل‬ ‫َو َمن ُيش ِاق ِق‬
ٓ ۖ ََ
۱۱٥ ‫� نَّ َ� َو َسا َء ْت َم ِص ي ً�ا‬
‫۝‬
ُ َّ َ ّ ُ ُْ
‫ٱل ْؤ ِم ِن ي نَ� ن َوِ ِلۦ َما ت َو ٰل َون ْص ِ ِلۦ ج‬
Maksudnya: Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah
sesudah terang nyata kepadanya kebenaran petunjuk (yang
dibawanya), dan ia pula mengikut jalan yang lain dari jalan orang-
orang yang beriman, Kami akan memberikannya kuasa untuk
melakukan (kesesatan) yang dipilihnya, dan (pada hari akhirat
kelak) Kami akan memasukkannya ke dalam neraka jahanam; dan
neraka Jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.
(al-Nisa’ 4: 115)

Firman Allah SWT:


ُ َّ َّ َ َ‫َ َّ ٰ ُ َ ْ أَ َّ ُ َ َ ْ ُ َ ٰ نَ َ ْ أ‬
‫نص ِار َوٱل ِذ ي نَ� ٱت َب ُعوه ِب ِإ� ْح َس ٰـ ٍن‬ ‫وٱلسـ ِبقون ٱلولون ِمن ٱلهـجر� وٱل‬
َْ ‫ُ ۟ َ ْ ُ ِ ِ َ ي َ َّ َ َ َّ تَ ْ تَ ْ َ ْ أ‬ ُ َّ �
‫ٱلل َع نْ ُ� ْم َو َرضوا عنه َوأعد ُل ْم جن ٰـ ٍت ج� ِرى � ت َ�ا ٱل ن َ� ٰـ ُر‬ َ ‫َّر ِ ض‬
ُ َ ْ ُ ْ َ ْ َ َٰ ۚ ً َ َ ٓ َ َ ‫َ ٰ ن‬
‫۝‬ ١٠٠ �‫خـ ِل ِد ي� ِف ي�ا أبدا ذ ِلك ٱلفوز ٱلع ِظ ي‬
Maksudnya: Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula
(berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang “Muhajirin”
dan “Ansar”, dan orang-orang yang menurut (jejak langkah)

19
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka
dan mereka pula reda akan Dia, serta ia menyediakan untuk mereka
Syurga- syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai,
mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan
yang besar.
(al-Tawbah 9: 100)

Rasulullah SAW, para sahabat dan tabiin dan orang-orang


yang mengikut jejak langkah mereka dengan baik, adalah golongan
salaf umat ini. Setiap orang yang menyeru kepada apa yang diseru
oleh Rasulullah SAW, para sahabat dan juga tabiin, sebenarnya
adalah orang-orang yang berada di atas landasan salaf.

Penetapan zaman atau masa bukan syarat untuk dikaitkan


dengan salaf, bahkan syarat yang utama ialah bertepatan dengan
al-Kitab dan al-Sunnah dalam akidah, hukum-hakam dan juga
akhlak, menurut kefahaman salaf. Setiap orang yang bertepatan
akidah pegangannya dengan al-Kitab dan al-Sunnah, adalah
pengikut salaf, meskipun jarak masa dan tempat di antaranya
dengan generasi salaf dahulu, begitu jauh sekali. Sebaliknya orang
yang menyelisihi mereka, adalah bukan dalam kalangan mereka,
meskipun hidup pada zaman mereka.

Imam salaf yang pertama sekali ialah Rasulullah SAW.

Firman Allah SWT:


َ
ْ‫ح ٓا ُء َب ْي نَ ُ� ْم ۖ تَ َ� ٰ ُىم‬َ َ ‫ٱلل ۚ َو َّٱل ِذ ي نَ� َم َع ُه ٓۥ أ ِش َّد ٓا ُء َع َل ْٱل ُك َّفار ُر‬
ِ
َّ ُ ُ َّ ٌ َّ َ ُّ
‫ممد رسول‬
ِ
‫ٱلل َور ْض َٰو نً ۖ س� َم ُ ْ ف‬ َّ َ
ً ْ َ ُ َ ً َّ ُ ً َّ ُ
‫اه ِ� ُو ُج ِوه ِهم ِّم ْن‬ ‫سدا َي ْبتغون فضل ِّم َن ِ ِ � ِ ي‬ ‫ر كعا ج‬
َ
َ‫ٱل ن ج�يل َك َز ْرع أ ْخ َرج‬ ْ ‫َ ثَ ُّ ُ ۚ َ َ َ َ ُ ُ ْ ف َّ ْ َ ٰ ۚ َ َ َ ُ ُ ْ ف‬ ٰ
ٍ ِ ِ ‫أ ِ� ٱلسج ِود ذ ِلك مثلهم ِ� ٱلتورى ِة ومثلهم ِ� ِإ‬
َ
‫ٱلز َّر َاع ِل َي ِغيظ‬ ُّ ‫َش ْط َٔـ ُهۥ َف َٔـ َاز َر ُهۥ َف ْٱس َت ْغ َل َظ َف ْٱس َت َو ٰى َع َ ٰل ُس ِوق ِهۦ ُي ْعج ُب‬
ِ
ً َ ْ َّ ُ ْ‫ن‬
‫ٱلص ٰـ ِل َح ٰـ ِت ِم�م مغ ِفرة‬ ُ َّ ‫ب� ُم ْٱل ُك َّف َار ۗ َو َع َد‬
َّ ‫ٱلل َّٱل ِذ ي نَ� َء َام ُن ۟وا َو َ ِع ُل ۟وا‬
ِِ
ًۢ َ ً ْ َ َ
‫۝‬
۲٦ ‫وأجرا ع ِظ ي�ما‬

20
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Maksudnya: Nabi Muhammad (SAW) ialah Rasul Allah; dan


orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas
terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya
bersikap kasih sayang serta belas kasihan sesama sendiri (umat
Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud,
dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka
serta mengharapkan keredaan-Nya. Tanda yang menunjukkan
mereka (sebagai orang-orang yang soleh) terdapat muka mereka -
dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas). Demikianlah
sifat mereka yang tersebut di dalam Kitab Taurat dan sifat mereka
di dalam Kitab Injil pula ialah: (bahawa mereka diibaratkan)
sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya,
lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi
kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya dengan
keadaan yang mengagumkan orang-orang yang menanamnya.
(Allah menjadikan sahabat-sahabat Nabi Muhammad, SAW dan
pengikut- pengikutnya kembang biak serta kuat gagah sedemikian
itu) kerana ia hendak menjadikan orang- orang kafir merana dengan
perasaan marah dan hasad dengki - dengan kembang biaknya umat
Islam itu. (dan selain itu) Allah telah menjanjikan orang-orang
yang beriman dan beramal soleh dari mereka, keampunan dan
pahala yang besar.
(al-Fath 48: 29)

Sedangkan dalam masa yang sama Allah SWT


memerintahkan kita mentaati Rasulullah SAW dan menjauhi
daripada mencanggahi perintah baginda SAW.

Firman Allah SWT:


َّ ‫ٱلل َع َل ْ�م ّم َن‬ ُ َّ َ َ ْ َ َ‫َّ َ َ َّ ُ َ َ ُ ۟ َ ٰٓ َ َ َ َّ ن‬
‫ٱلن ِب ِّي ۧـ َن‬ ِ ِ‫ي‬ ‫َو َمن ُي ِط ِع ٱلل وٱلرسول فأولـ ِئك مع ٱل ِذ ي� أنعم‬
ً َ َ ُ ۚ َّ ‫ٱل� َد ٓا ِء َو‬
َ ُّ‫ٱلص ِّد ِيق ي نَ� َو ش‬
٦٩ ‫ٱلص ٰـ ِل ِح ي نَ� َو َح ُس َن أ ۟ول ٰٓـ ِئك َر ِفيقا‬
‫۝‬ ّ ِ ‫َو‬
Maksudnya: Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya,
maka mereka akan (ditempatkan di Syurga) bersama-sama orang-
orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka,
iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqin, dan orang-orang yang

21
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka


itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat).
(al-Nisa’4: 69)

Firman Allah SWT:


َ َ ُ ۖ ُ ٰ َ ُ ُ َّ َ ُ ْ َ َ َّ َ ْ َ ْ َّ ْ ُ
‫يك ث َّ� تُ َ� ُّدون ِإ ٰل َع ٰـ ِ ِل‬
ْ ‫قل ِإن ٱلوت ٱل ِذى ت ِف ُّرون ِمنه ف ِإنهۥ ملـ ِق‬
َ ُ َ ْ ُ‫ْ َ ْ َ شَّ َ ٰ َ َ ُ َ ّ ُ ُ َ ُ ت‬
‫۝‬٨ ‫ن� ت ْع َملون‬ ‫ٱلغي ِب وٱل�ـد ِة فين ِبئك ِب�ا ك‬
Maksudnya: Katakanlah (Wahai Muhammad): “Sebenarnya
maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan
menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada
Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu ia
memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta
membalasnya)”.
(al-Jumu’ah 62: 8)

Allah SWT menjelaskan nabi-Nya merupakan ikutan dan


pedoman yang baik. Baginda merupakan contoh paling unggul
yang wajib diikuti jejak langkahnya.

Firman Allah SWT:


ۗ ْ ُ َ ُ ُ ْ ُ َ ْ ْ َ َ ُ َّ ُ ُ ْ ْ ُ ‫ُ تُ ْ ُت ُّ َ َّ َ َ َّ ُ ن‬ ُْ
‫ك‬ ‫قل ِإن كن� ِ�بون ٱلل فٱت ِبع ِو� ي� ِببك ٱلل ويغ ِفر لك ذنوب‬
َ َ َّ َّ َ ۟ ْ َّ َ َ َ ۖ َ ُ َّ َ َ َّ ۟ ُ َ ْ ُ ٌ َّ ٌ ُ َ ُ َّ َ
‫۝ قل أ ِطيعوا ٱلل وٱلرسول ف ِإن تولوا ف ِإن ٱلل ل‬ ٣١ �‫وٱلل غفور ر ِح ي‬
َْ ُ
‫۝‬٣۲ �َ‫ي ِ� ُّب ٱلك ٰـ ِف ِر ي ن‬
Maksudnya: Katakanlah (Wahai Muhammad): “Jika benar kamu
mengasihi Allah maka ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi
kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan (ingatlah), Allah
Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Katakanlah (Wahai
Muhammad): “Taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya. Oleh
itu, jika kamu berpaling (menderhaka), maka sesungguhnya Allah
tidak suka kepada orang-orang yang kafir.
(Ali-Imran 3: 31-32)

22
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Lafaz salafiyah menjadi tanda kepada jalan salafus salih,


dalam menerima Islam yang sebenar yang dibawa oleh Nabi
SAW, memahaminya mengikut yang dikehendaki oleh Nabi
SAW dan melaksanakannya dalam bentuk iktikad, perkataan dan
juga amalan. Dengan itu kefahaman tentang salafiyah ditujukan
kepada orang-orang yang beriltizam dengan kitab Allah SWT
dan Sunnah Rasulullah SAW, dalam bentuk pengiltizaman yang
sempurna, benar, jelas, zahir dan batin dan beriltizam dengan apa
yang dipegang oleh generasi tiga kurun pertama umat Islam, yang
tidak melakukan bidaah dalam agama dan tidak dihanyutkan
oleh hawa nafsu sehingga Allah menguasai bumi ini dan orang-
orang yang berada di atasnya. Rasulullah SAW bersabda dalam
hadis yang diriwayatkan oleh al-Tirmidhi (no hadis: 2641) yang
merupakan hadis mufassar gharib dan al-Hafiz menjelaskan
dalam Takhrij Usul al-I’tiqad hadis ini adalah hasan berdasarkan
sokongan (syawahid), daripada Abdullah bin Amru RA:
ً َ َ ً‫َ َ ْ تَ ُ ُ َّ ت َ َ َ َ َ َ ْ نَ َّ ةً ُ ُّ ُ ْ ف َّ َّ َّ ة‬
ِ ‫وتف ِ�ق أم ِ ي� عل ثال ٍث وسب ِع ي� ِمل كهم ِ ي� الن ِار ِإال ِمل و‬
‫احدة‬
�‫ا‬ َ ْ ‫الل؟ َق َال َما َأ نَ� َع َل ْي ِه َوَأ‬
‫ص‬
ّ َ َ ‫َق ُالوا َو َم ْن ِ ي‬
ِ ‫ه َ ي� َر ُسول‬
‫ِ يب‬
Maksud: Umatku akan berpecah kepada tujuh puluh tiga
golongan. Kesemua mereka di dalam neraka kecuali satu golongan
sahaja. Mereka(sahabat) bertanya: Siapakah dia wahai Rasulullah
SAW? Sabda baginda: Yang aku dan para sahabatku berada di
atas landasannya.

Pengertian Ahli Sunah Waljamaah Berdasarkan


Manhaj Salaf
Sunnah dari segi bahasa ialah jalan yang terpuji mahupun yang
keji, manakala dari segi istilah ialah petunjuk yang dibawa oleh
Nabi SAW dan para sahabat baginda RHM, baik dalam bentuk
ilmu, iktikad, perkataan, amalan dan juga perakuan. Sunnah juga
dikaitkan dengan Sunnah ibadat dan iktikad. Lawannya ialah
bidaah (rekaan yang bercanggah dengan al-Quran dan al-Sunnah
dan jalan para sahabat). Rasulullah SAW bersabda dalam hadis
yang diriwayatkan oleh Abu Dawud (no hadis: 4607) daripada al-

23
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Irbad bin Sariyah RA:


َّ ُ َ َ ً َ ً َ ْ َ ُ ْ َّ َ
‫ف ِإن ُه َم ْن َي ِعش ِم ْنك َب ْع ِد ْي ف َس َي َ�ى اخ ِتالفا ك ِث ي�ا ف َعل ْيك ِب ُسن ِ ت ي� َو ُس َّن ِة‬
ُ
‫الر ِاش ِد ي نَ� تَ َ� َّسك َوا ِب َ�ا‬ َ ،‫ال َل َف ِاء‬
َّ �َ‫امل ْه ِد ِّي ي ن‬ ُ‫خ‬

Maksudnya: Sesungguhnya orang yang hidup dalam kalangan


kalian yang mempunyai umur yang panjang, akan melihat banyak
berlaku perselisihan. Ketika itu hendaklah kalian semua berpegang
teguh dengan Sunnahku dan sunnah Khulafa' yang mendapat
petunjuk. Peganglah Sunnah itu sekukuh- kukuhnya.

Al-Jamaah dari segi bahasa membawa maksud mengumpul


atau menggabungkan sesuatu dengan cara meletakkannya berada
berdekatan antara satu sama lain. Al-Jamaah juga membawa
maksud bilangan yang ramai dalam kalangan manusia. Ia juga
melibatkan sekumpulan manusia yang dikumpulkan oleh satu
tujuan. Al-Jamaah dari segi istilah membawa maksud golongan
salaf umat Islam yang dirahmati dan diberkati Allah SWT yang
terdiri daripada kalangan para sahabat, tabiin dan imam-imam
yang mengikut jejak langkah mereka dengan baik, ikhlas dan jujur
sehingga ke hari kiamat. Mereka berkumpul di atas landasan al-
Quran dan al-Sunnah dan berjalan di atas landasan yang dibawa
oleh Rasulullah SAW dari segi iktikad, ilmu, amalan baik yang
zahir mahupun batin. Allah SWT memerintahkan hamba- hamba-
Nya yang beriman supaya bersama dengan al- Jamaah, perpaduan
dan saling bekerjasama antara satu sama lain dan menegah mereka
berpecah, berselisih dan pulau-memulau.

Firman Allah SWT:


ْ ْ ُ ْ َ َ َّ َ َ ْ ۟ ُ ُ ْ َ ۟ ُ َّ َ َ َ َ ً َ َّ ْ َ ۟ ُ َ ْ َ
‫ك ِإذ‬ ‫ٱلل علي‬ ِ ‫ٱلل ج ِ�يعا ول تفرقوا ۚ وٱذ كروا ِنعمت‬ ِ ‫وٱعت ِصموا ِب�ب ِل‬
َ َ َ ُ ُ
ٰ‫ن� َع َل‬ ْ ُ‫ك َفأ ْص َب ْح تُ� ِب ِن ْع َم ِت ِه ٓۦ ِإ ْخ َٰو نً� َو ُك ت‬
ْ ُ ‫ن� أ ْع َد ٓا ًء َفأ َّل َف َب ْ ي نَ� ُق ُل ِوب‬
ْ‫ك ت‬
ٰ
ْ‫ك َء َاي ٰـ ِت ِهۦ َل َع َّل ُك‬ ُ َّ �ُ‫ٱلنار َف َأ َنق َذ ُك ِّم نْ َ�اۗ َك َذ ِل َك ُي َب ّ ي ن‬
ْ ُ ‫ٱلل َل‬ َّ ‫َش َفا ُح ْف َرة ّم َن‬
ِ ٍ
ِ ِ
َ
۱٠٣ ‫تَ ْ� َت ُدون‬
‫۝‬

24
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Maksudnya: Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali


Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan
kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-
musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di
antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat
Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-
orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di
tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah),
lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat
Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-
ayat keterangan- Nya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-
Nya.
(Ali Imran 3:103)

Firman Allah SWT:


ۚ ُ ٰ َ ّ َ ْ ُ ُ َ ٓ َ َ ْ َ ۢ ۟ ُ َ َ ْ َ ۟ ُ َّ َ َ َ‫َ َ َ ُ ُ ۟ َ ٱ َّ ن‬
‫ول تكونوا كل ِذ ي� تفرقوا وٱختلفوا ِمن بع ِد ما جاءه ٱلب ِينـت‬
َ ٌ َ َ ْ ُ َ َ ٰٓ َ ۟ ُ َ
ٌ
۱٠٥ �‫وأولـ ِئك لم عذاب ع ِظ ي‬
‫۝‬
Maksud: Dan janganlah kamu menjadi seperti orang- orang
(Yahudi dan Nasrani) yang telah bercerai-berai dan berselisihan
(dalam ugama mereka) sesudah datang kepada mereka keterangan-
keterangan yang jelas nyata (yang dibawa oleh Nabi-nabi Allah),
dan mereka yang bersifat demikian, akan beroleh azab seksa yang
besar.
(Ali Imran 3:105)

Firman Allah SWT:


ْ ُ ‫ٱلس ُب َل َف َت َف َّر َق ِب‬ ۖ ُ ُ َّ َ ً َ ْ ُ َٰ َ ٰ َ َّ َ َ
ُّ ‫وه َ َول َت َّتب ُع ۟وا‬
‫ك َعن‬ ِ ‫وأن هـذا ِص ِط مست ِق ي�ما فٱت ِبع‬
‫۝‬
۱٥٣ ‫يلۦ‬ ِ ِ ‫َس ِب‬
Maksudnya: Sesungguhnya ini adalah jalan-Ku yang lurus, maka
ikutilah ia. Janganlah anda mengikuti jalan- jalan yang lain,
kerana itu akan memecah-belahkan anda dari jalan-Nya.”
(al-An’am 6:153)

25
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-


Tirmidhi (no hadis: 2165) dan dinilai oleh beliau sebagai Hasan
Sahih Gharib daripada Ibn Umar, daripada bapanya Umar bin al-
Khattab RA:
َّ َّ َ َ َ ْ ُ َ ْ ُ َّ َ َ َ َ ْ ُ ْ َ َ
َ ‫الش ْي َط َان َم َع‬
‫اح ِد َو ُه َو ِم َن‬
ِ ‫الو‬ ‫عليك ِب� جلماع ِة و ِإ ي� ك والفرقة ف ِإن‬
َ َ ْ َ ْ َ ْ َ َّ َ ْ َ َ ُ ْ ُ َ َ َ ْ َ ُ َ ْ َ ‫ْ َ ْ ن‬
‫ال َم َاعة‬
‫الن ِة فليلزم ج‬ ‫ من أراد ب�بوحة ج‬،‫ِالثن ي ِ� أبعد‬
Maksudnya: Hendaklah anda sekalian bersama dengan al-Jamaah
dan jauhilah daripada perpecahan. Sesungguhnya syaitan itu
bersama dengan orang berada seorang diri, tetapi jauh daripada
dua orang. Sesiapa yang ingin tempat yang berada di tengah-tengah
Syurga, hendaklah bersama dengan al-Jamaah.

Dengan itu yang dimaksudkan sebagai Ahli al- Sunnah Wa


al-Jamaah ialah golongan yang berpegang teguh dengan Sunnah
Nabi SAW dan Sunnah orang yang mengikut baginda SAW
daripada kalangan para sahabat dan juga tabiin dan orang-orang
yang mengikut jejak langkah mereka dengan baik dari segi iktikad,
perkataan dan juga amalan. Orang-orang yang istiqamah di atas
ikutan terhadap Sunnah Rasulullah SAW dan menjauhkan diri
daripada bidaah, mereka ini adalah golongan yang kekal menang
sehingga ke hari kiamat. Mengikut mereka bererti berada di atas
dasar petunjuk dan menyelisihi mereka bererti berada di atas
landasan kesesatan.

Kelebihan Golongan Ahli Sunah Waljamaah


Berdasarkan Manhaj Salaf
Kelebihan golongan Ahli Sunah Waljamaah berbanding dengan
puak-puak yang lain dapat dilihat dalam aspek-aspek berikut:

Golongan ini adalah golongan yang pertengahan dan


sederhana antara yang cuai dengan yang keterlaluan, antara
yang ekstrimis dengan yang terlalu lembab, baik dalam bab
akidah, hukum-hakam mahupun akhlak. Mereka adalah
golongan yang pertengahan antara puak- puak yang ada

26
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

dalam kalangan umat Islam.

Golongan ini mengguna pakai nas al-Kitab dan al- Sunnah


dan berpada menerima sumber daripada kedua- duanya dan
juga memahami kedua-duanya berdasarkan kepada manhaj
salaf dan jalan-jalan yang ditempuhi mereka.

Golongan ini tidak meletakkan pemimpin adalah orang


yang wajib diterima segala perkataannya secara mutlak dan
ditinggalkan perkataan orang yang menyelisihinya kecuali
Rasulullah SAW sahaja. Golongan ini lebih tahu tentang
hak ehwal Rasulullah, perkataan dan juga perbuatan yang
diketengahkan baginda SAW. Mereka adalah manusia yang
sangat kuat kecintaan dan keinginan untuk mengikut Sunnah
dan sangat teguh dalam mendukung Ahli Sunnah.

Golongan ini meninggalkan permusuhan dengan sebab


agama dan menjauhkan diri daripada orang-orang yang suka
bermusuh dalam agama. Mereka meninggal perdebatan dan
perbahasan dalam persoalan-persoalan halal dan haram dan
menerima keseluruhan ajaran agama Islam.

Golongan ini sangat mengagungkan golongan salafus salih


dan tokoh-tokoh mereka dan meyakini jalan yang ditempuhi
generasi salaf dan manhaj mereka lebih selamat, lebih
mengetahui dan juga lebih kukuh.

Golongan ini menolak takwil yang banyak digunakan


oleh ahli kalam, sebaliknya menyerah kepada syarak
dalam keadaan mendahulukan naqal daripada akal dan
menundukkan akal kepada naqal.

Golongan ini tidak meletakkan hukuman yang umum,


bahkan mereka mengumpulkan sekaligus antara nas- nas
syarak dalam sesuatu masalah, mengaitkan mutasyabihah
(ayat yang hanya mengandungi satu tafsiran saja) dengan
muhkamah (ayat-ayat yang tidak diketahui makna yang
sebenarnya oleh siapapun kecuali Allah sahaja atau ayat

27
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

yang memiliki banyak tafsiran), mujmal (ayat berbentuk


umum yang bergantung pada ayat lain bagi menjelaskannya)
dengan mubayyan (ayat yang dapat difahami maksudnya
berdasarkan asal peletakannya atau setelah adanya
penjelasan) dan mutlak (lafaz yang menunjukkan makna
atau pengertian tertentu tanpa dibatasi oleh lafaz lain)
dengan muqayyad (lafaz yang menunjukkan suatu hakikat
berdasarkan qayid (batasan tertentu). Dengan cara tersebut
mereka selamat daripada pertentangan dan berjaya sampai
kepada kebenaran.

Golongan ini menjadi ikutan orang-orang soleh, yang


berjalan di atas landasan kebenaran. Mereka tetap di atas
landasan kebenaran dan tidak berbolak-balik. Mereka
bersepakat dalam perkara akidah dan mengumpulkan sekali
gus antara ilmu dengan ibadat, tawakal kepada Allah SWT
dengan pengambilan sebab- sebab, urusan dunia dengan
bersikap warak terhadapnya, harap, kasih dan benci dengan
belas kasihan dan bersikap lembut terhadap orang-orang
yang beriman dengan keras dan tegas ke atas orang-orang
kafir dan tidak berpecah-belah meskipun berlaku perbezaan
masa dan juga tempat.

Golongan ini tidak mempunyai nama lain selain daripada


Islam, al-Sunnah dan juga al-Jamaah.

Golongan ini begitu bersungguh dalam menyebarkan akidah


yang benar dan agama yang lurus, mengajar, membimbing,
mengemukakan nasihat dan mengambil berat tentang segala
urusan ummah.

Golongan ini sentiasa bersama dengan al-Jamaah dan


menjaga perpaduan. Mereka menjauhkan diri daripada
perselisihan dan juga perpecahan dan memberi amaran
kepada masyarakat agar tidak terlibat dengan perpecahan.

Golongan ini dijaga oleh Allah SWT daripada mengkafirkan


antara satu sama lain. Begitu juga dengan membidaah dan

28
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

memfasikkan antara satu sama lain. Mereka adalah golongan


yang paling faqih tentang hukum-hakam syarak. Apabila
menghukum ke atas orang lain, mereka menghukumkan
berdasarkan ilmu, keadilan dan juga kebijaksanaan.

Golongan ini tunduk kepada Allah SWT dengan cara


mengasihi, menunjukkan belas kasihan, mendoa,
mempertahan, menahan diri daripada memburukkan
antara satu sama lain. Mereka tidak menyokong mahupun
memusuhi melainkan berasaskan asas agama.

Kesimpulannya golongan Ahli Sunah Waljamaah adalah


golongan yang paling baik akhlak dan paling berusaha untuk
membersihkan jiwa dengan cara mentaati Allah, paling luas
minda, paling jauh pandangan dan paling berlapang dada dalam
menghadapi perselisihan, malah paling mengetahui tentang adab-
adab dan asas-asasnya.

Dengan ini pengertian Ahli Sunah Waljamaah tidak


lari daripada pengertian salaf, kerana yang dikatakan sebagai
golongan salaf itu ialah golongan yang beramal dengan al-Kitab
dan berpegang teguh dengan al-Sunnah. Salaf adalah golongan
Ahli al-Sunnah yang dimaksudkan oleh Nabi SAW dalam hadis
baginda, manakala Ahli al-Sunnah pula ialah golongan salafus
salih dan orang-orang yang berjalan di atas landasan mereka.
Dengan itu juga golongan-golongan seperti Khawarij, Jahmiyyah,
Qadariyyah, Muktazilah, Murji’ah, Rafidah dan lain-lain bukan
termasuk ke dalam golongan Ahli Sunah Waljamaah, bahkan
termasuk ke dalam golongan ahli bidaah. Begitu juga golongan
yang mengikut jejak langkah golongan-golongan yang disebutkan
di atas.

Keistimewaan Ahli Sunah Waljamaah Berdasarkan


Manhaj Salaf
Akidah salafus salih mempunyai keistimewaan dan kelebihan
yang unggul, antara yang terpenting sekali ialah:

29
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Merupakan Akidah Orang-orang Islam Yang Hidup Pada


Kurun Yang Terbaik

Akidah salaf merupakan akidah yang dianuti oleh umat Islam


yang hidup pada tiga kurun yang pertama yang telah disifatkan
oleh Rasulullah SAW sebagai kurun yang paling baik. Rasulullah
SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari (no
hadis: 2457) menerusi Imran bin Husain RA:
ُ َ‫و� ْم ثُ َّ� َّال ِذ ي نَ� َي ُل ن‬
ْ‫و�م‬ ُ َ‫َخ ْي ُ� ُ ْك َق ْر ِ ن� ثُ َّ� َّال ِذ ي نَ� َي ُل ن‬
‫ي‬
Maksudnya: Sebaik-baik anda adalah yang hidup pada kurunku,
kemudian yang mengikuti mereka, kemudian yang mengikuti
mereka….

Sumber Perolehannya Adalah Selamat

Akidah salaf diambil daripada sumber yang suci iaitu daripada


al-Kitab, al-Sunnah dan ijmak salafus salih dan para ulama
mujtahidin yang terkemuka yang mengikut jejak langkah mereka
dengan baik. Para ulama itu adalah orang-orang yang mengikut
jalan, manhaj dan kefahaman salafus salih dalam urusan agama.

Sanadnya Berhubung Terus Dengan Allah SWT Dan Rasul-


Nya.

Akidah salaf mengikat orang Islam secara langsung dengan Allah


SWT dan Rasul-Nya dan juga dengan kecintaan dan penghormatan
kepada kedua-duanya dan sama sekali tidak meminggirkan
kedua-duanya, kerana sumbernya ialah firman Allah dan sabda
Rasulullah dan dalam masa yang sama jauh daripada permainan
hawa nafsu, syubhah dan bersih daripada pengaruh-pengaruh
asing seperti falsafah, mantiq dan fahaman rasionalis. Sumbernya
tidak lain tidak bukan ialah kitab Allah, Sunnah Rasulullah dan
juga ijmak ummah.

Syiarnya Ialah Penyerahan Diri Kepada Allah SWT Dan Rasul-


Nya

30
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Akidah salaf tegak di atas prinsip penyerahan yang sempurna


kepada Allah dan Rasul-Nya baik yang melibatkan perkara yang
kecil mahupun yang besar dan juga berdasarkan kepercayaan yang
tegas dan perakuan yang lengkap terhadap hukum-hakam yang
terdapat dalam kedua-duanya, kerana beriman dengan perkara
ghaib, merupakan asas penyerahan kepada Allah SWT dan
Rasul-Nya, dalam berdepan dengan perintah dan larangan kedua-
duanya.

Keterangannya Jelas, Terang, Mudah Dan Senang Difahami

Akidah salaf tidak mengandungi kesamaran, sesuatu yang sukar


difahami dan tidak ada pertentangan. Ia jauh daripada perkara
yang sukar dan penyelewengan nas. Lafaz-lafaznya jelas dan
disenangi oleh jiwa-jiwa manusia yang sihat. Orang yang berpegang
dengannya memiliki hati yang lapang dan jiwa yang tenang, yang
jauh daripada berbagai-bagai syak, waham dan was-was syaitan,
malah menyejukkan hati, kerana ia berjalan di atas petunjuk Nabi
SAW, para sahabat baginda dan juga imam-imam yang mengikut
jejak langkah mereka dengan baik.

Mengutamakan Tauhid, Jamaah, Perpaduan Dan Juga


Kemenangan

Akidah salaf adalah tali Allah SWT yang kukuh, manhaj- Nya
yang lurus dan jalan-Nya yang betul, kerana ia merupakan akidah
tauhid yang bersih, murni dan suci daripada syirik dan bidaah
dan segala jenisnya. Dengan akidah seumpama ini, beramal dan
juga menyeru masyarakat ke arahnya, barisan umat Islam akan
bersatu dan menjadi kuat. Suara mereka akan berada di atas
landasan kebenaran seterusnya membolehkan mereka meraih
kemenangan dan penguasaan dan akhir sekali menghukum dalam
urusan manusia berdasarkan syariat Allah SWT. Sejarah Islam
merupakan sebaik-baik saksi terhadap akidah salaf tersebut,
kerana ia merupakan sahutan yang jujur terhadap firman Allah
SWT:

31
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

ْ ْ ُ ْ َ َ َّ َ َ ْ ۟ ُ ُ ْ َ ۚ ۟ ُ َّ َ َ َ َ ً َ َّ ْ َ ۟ ُ َ ْ َ
‫ك ِإذ‬ ‫ٱلل علي‬ ِ ‫ٱلل ج ِ�يعا ول تفرقوا وٱذ كروا ِنعمت‬ ِ ‫وٱعت ِصموا ِب�ب ِل‬
َ َ َ ُ ُ
ٰ‫ن� َع َل‬ ْ ُ‫ك َفأ ْص َب ْح تُ� ِب ِن ْع َم ِت ِه ٓۦ ِإ ْخ َٰو نً� َو ُك ت‬ْ ُ ‫ن� أ ْع َد ٓا ًء َفأ َّل َف َب ْ ي نَ� ُق ُل ِوب‬
ْ‫ك ت‬
ٰ
ْ‫ك َء َاي ٰـ ِت ِهۦ َل َع َّل ُك‬ ُ َّ �ُ‫ٱلنار َف َأ َنق َذ ُك ِّم نْ َ�ا ۗ َك َذ ِل َك ُي َب ّ ي ن‬
ْ ُ ‫ٱلل َل‬ َّ ‫َش َفا ُح ْف َرة ّم َن‬
ِ ٍ
ِ ِ
َ
۱٠٣ ‫تَ ْ� َت ُدون‬
‫۝‬
Maksudnya: Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali
Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan
kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-
musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di
antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat
Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-
orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di
tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah),
lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat
Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-
ayat keterangan- Nya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-
Nya.
(Ali Imran 3:103)

Mana-mana perpaduan dan perhimpunan yang tidak


berdasarkan akidah salaf yang disebutkan di atas, hala tujunya
akan berakhir dengan perpecahan, persengketaan, pergaduhan
dan kegagalan.

Bersifat Kekal, Teguh, Stabil Dan Syumul

Antara ciri dan kriteria akidah salaf yang terpenting ialah


bersifat kekal, teguh, stabil, syumul dan terjaga. Dengan kata
lain ia merupakan akidah yang utuh, stabil, terjaga dari segi
riwayah dan dirayah, bersifat umum dan holistik, istimewa,
baik dan mendatangkan kebaikan untuk setiap zaman, tempat,
umat dan keadaan. Ia merupakan akidah yang kekal abadi dan
sentiasa menang sehingga ke hari kiamat. Ia dijaga oleh Allah
dan dipindahkan daripada satu generasi ke satu generasi yang

32
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

lain, tanpa berlaku penambahan, pengurangan, penukaran,


penyelewengan atau kesamaran.

Firman Allah SWT:


َ ُ َ َ ْ ّ َ ْ َّ‫نَّ نَ ْ ُ نَ ز‬
‫۝‬٩ ‫ٱلذك َر َو ِإ نَّ� ُلۥ َل ٰـ ِفظون‬
ِ ‫ِإ� �ن �لنا‬
Maksudnya: Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran,
dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.
(al-Hijr 15:9)

Mendekatkan Diri Kepada Allah SWT

Berpegang teguh dan beramal dengan akidah salaf merupakan


antara sebab yang terbesar yang boleh mendekatkan diri seseorang
kepada Allah SWT, kejayaan memperoleh keredhaan dan Syurga-
Nya dan keselamatan daripada azab yang sangat pedih.

Merupakan Akidah Yang Dipegang Oleh Imam-imam Yang


Berada Di Atas Landasan Kebenaran

Akidah salaf adalah akidah yang dipegang oleh imam- imam


yang berada di atas landasan kebenaran. Mereka berpegang teguh
dengan al-Kitab dan al-Sunnah dan mengikut athar salafus salih
dengan baik.

Asas-Asas Ahli Sunah Waljamaah Berdasarkan


Manhaj Salaf
Asas-asas agama atau usuluddin telah dijelaskan oleh Nabi SAW
dengan satu penjelasan yang lengkap dan sempurna. Tidak ada
seorang pun yang boleh membuat penambahan di dalamnya
dan menganggap ia merupakan sebahagian daripada agama.
Golongan yang berakidah salaf adalah golongan yang berpegang
teguh dengan asas-asas akidah yang besar ini dan menjauhkan diri
daripada lafaz-lafaz yang bidaah. Mereka beriltizam dengan lafaz-
lafaz yang syar’i. Oleh sebab itu mereka adalah kesinambungan
tabiin dan hakiki kepada generasi salafus salih terdahulu.

33
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Kesimpulan
Golongan Ahli al-Sunnah Wa al-Jamaah adalah merupakan
golongan yang mengikut jejak langkah Rasulullah SAW, para
sahabat dan juga tabiin, dalam berakidah, beribadah dan juga
berakhlak. Tiga generasi yang menjadi ikutan di atas merupakan
generasi yang paling baik dan paling memahami tentang nas-nas
al-Quran dan juga al-Sunnah. Hidup mereka sederhana tetapi jiwa
mereka besar. Mereka sentiasa mengutamakan keikhlasan dalam
melakukan sesuatu amalan dan tidak ingin amalan mereka dilihat
oleh orang lain kecuali yang melibatkan amalan dan ibadah yang
berbentuk kemasyarakatan. Akidah mereka murni. Ibadah mereka
mantap dan akhlak mereka memukau kawan mahupun lawan.
Dua buah kuasa besar dunia yang sangat disegani dan ditakuti
musuh, jatuh ke tangan mereka. Golongan Ahli Sunah Waljamaah
tidak terhad dan terikat dengan masa dan tempat tertentu, bahkan
kewujudan mereka berlaku sepanjang masa termasuk di zaman
kita ini, asalkan ikutan terhadap tiga generasi terkemuka di atas
berlaku.

34
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

35
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Pendahuluan
Iman tertumpu kepada kepercayaan yang tegas, pengiktirafan yang
lengkap dan perakuan yang sempurna terhadap keseluruhan apa
yang diperintahkan Allah SWT dan Rasul-Nya dan juga ketundukan
kepada- Nya zahir dan batin. Ia merupakan kepercayaan dalam
hati dan iktikad tersebut mengandungi amalan-amalan hati dan
anggota. Golongan yang berakidah salaf mempercayai rukun-
rukun iman yang enam, sebagaimana yang diberitahu oleh Nabi
SAW dalam hadis yang panjang. Sabda baginda dalam hadis yang
diriwayatkan oleh Muslim (no hadis: 1) daripada Abdullah bin
Umar bin al-Khattab RA:
ْ َ ْ َ ْ ُ َ ‫َ ْ ُ ْ َ َّ َ َ َ َ َ ُ ُ َ ُ ُ َ ْ َ ْ ْ آ‬
‫لل ومل ِئك ِت ِه وكت ِب ِه ورس ِ ِل واليو ِم ال ِخ ِر وتؤ ِمن ِب�لقد ِر‬
ِ �‫أن تؤ ِمن ِب‬
‫� ِه‬ِّ َ‫َخ ْي ِ� ِه َو ش‬
Maksudnya: Hendaklah anda beriman dengan Allah, para
malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, para rasul-Nya, hari akhirat dan
anda beriman dengan al-Qadar yang baik dan juga yang buruk.

Iman seseorang hamba tidak sah melainkan setelah betul-


betul mempercayai keenam-enam rukun iman dengan lengkap.
Jika satu rukun sahaja gugur atau tidak dipercayai, iman akan
rosak dan batal dan individu yang terlibat tidak lagi dipanggil
sebagai orang yang beriman. Iman tidak akan sempurna kecuali
dengan rukun-rukunnya yang enam dalam bentuk yang benar,
yang ditunjukkan oleh al-Kitab dan al-Sunnah. Sesiapa yang
menolak atau mengingkari satu sahaja daripadanya, bukan lagi
dinamakan orang yang beriman, meskipun mendakwa dirinya
masih beriman dan melaksanakan sebahagian daripada rukun-
rukun iman itu sendiri.

Rukun Pertama: Beriman Kepada Allah


Beriman kepada Allah SWT membawa maksud kepercayaan
yang tegas, perakuan yang sempurna dan pengiktirafan yang
lengkap tentang kewujudan Allah Azza Wajalla, Rububiyah-

36
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Nya, Uluhiyah-Nya dan Asma’ dan Sifat-Nya. Ia melibatkan


kewajipan mentauhidkan Allah SWT dari segi Rububiyah,
Uluhiyah dan Asma’ dan Sifat dari segi iktikad dan juga amalan.
Tauhid membawa maksud mengesakan sesuatu. Apabila disebut
mentauhidkan Allah, ia membawa maksud mengesakan Allah
SWT. Tauhid tidak akan terealisasi melainkan dalam bentuk
menafi dan mengisbatkan iaitu menafikan hukum selain daripada
Tuhan yang ditauhidkan dan mengisbatkan hanya Tuhan yang
ditauhidkan itu sahaja. Misalnya kita menyatakan tauhid tidak
akan sempurna sehingga seseorang mengucap tidak ada Tuhan
yang berhak disembah melainkan Allah. Ia membawa maksud
keperluan menafikan Uluhiyah selain daripada Allah dan
mengisbatkan Uluhiyah itu hanya kepada Allah semata- mata.

Dengan itu semata-mata menafikan sahaja tidak mencukupi,


sebagaimana semata-mata mengisbatkan sahaja juga tidak
mencukupi. Jika seseorang menyatakan: Muhammad berdiri,
bermakna orang itu telah mengisbatkan Muhammad berdiri,
tetapi tidak boleh dikatakan Muhammad sahaja yang berdiri dan
orang lain yang bersama dengan beliau, tidak berdiri, bahkan
harus berlaku orang lain juga turut berdiri bersama-sama dengan
beliau. Jika seseorang menyebut “tidak ada seorang pun yang
berdiri” membawa maksud tidak ada seorang pun yang berdiri
dan orang lain juga tidak berdiri bersama dengan beliau. Apabila
seseorang mengeluarkan ucapan: “Tidak ada yang berdiri
melainkan Muhammad”, barulah ucapan di atas membawa
maksud mengesakan Muhammad dari segi berdiri dan tidak ada
orang lain yang turut berdiri bersama-sama dengan Muhammad.
Inilah yang disebut sebagai tauhid yang sebenar dari segi realiti.

Pembahagian tauhid kepada tiga bahagian iaitu Tauhid


Rububiyah, Uluhiyah dan juga Asma’ dan Sifat adalah berdasarkan
istiqra’i (kajian dan pemerhatian) yang dibuat oleh tokoh-tokoh
salaf generasi awal seperti Ibn Mundah dalam Kitab Tauhid, Ibn
Battah dalam al- Ibanah Syariah al-Firqah al-Najiah, Ibn Jarir al-
Tabari dalam tafsirnya, Abu Yusuf sebagaimana yang dinukilkan
oleh Ibn Mundah dalam Kitab Tauhid dan lain- lain. Ia diperakui
oleh Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah dan Ibn Qayyim al-Jawziyyah

37
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

dalam kebanyakan karya masing-masing, al-Zabidi dalam Taj


al-Arus dan al- Syankiti dalam Adwa’ al-Bayan. Kewujudannya
memang tidak terdapat dalam kitab, al-Sunnah, ijmak dan juga
qiyas, sebaliknya berdasarkan istiqra’i. Kedudukannya sama juga
dengan sistem pembelajaran bahasa Arab yang dibahagi kepada
tiga kategori iaitu kata nama, kata kerja dan kata sendi (isim, fi’lun
dan harfun). Ia muncul hasil daripada pemerhatian para ulama
yang pakar dalam bahasa Arab terhadap penggunaan bahasa Arab
yang sering digunakan oleh orang-orang Arab generasi terdahulu
dan mereka menyimpulkannya dasar besarnya kepada tiga aspek
di atas (Ibn Uthaimin, 2007:12-13). Ibn Taimiyyah bukanlah orang
pertama memperkenalkan tauhid tiga ini sebaliknya merupakan
tokoh yang mempopularkannya dalam kalangan umat Islam dan
melihat ia lebih dekat dengan roh al-Quran dan al- Sunnah yang
sahih. Tambahan pula pada zamannya beliau berdepan dengan
banyak golongan yang taasub kepada akidah dan pegangan puak
masing-masing.

Al-Syeikh Muhammad al-Syankiti Rahimahullah pernah


menjelaskan (Abd al-Muhsin al-‘Abbad,1414:25- 30), berdasarkan
renungan dan pemerhatian terhadap ayat-ayat al-Quran didapati
tauhid kepada Allah SWT dapat dibahagikan kepada tiga bahagian
iaitu:

Pertama: Tauhid dari segi Rububiyah. Tauhid seumpama ini


merupakan tauhid yang melibatkan fitrah orang-orang yang
berakal.

Firman Allah SWT:


َ ُ َ َّ َ َ ۖ ُ َّ َّ ُ ُ َ َ ْ ُ َ‫َ َ ئ ن َ َ ْ تَ ُ َّ ْ َ َ ق‬
٨٧ ‫ٱلل فأ ن ٰ� ُي ْؤفكون‬
‫۝‬ ‫ول ِ� سأل�م من خل�م ليقولن‬
Maksudnya: Dan sesungguhnya jika kamu bertanya kepada mereka:
“Siapakah yang menciptakan mereka, nescaya mereka menjawab:
“Allah”, Maka bagaimanakah mereka dapat dipalingkan (dari
menyembah Allah )?
(al-Zukhruf 43: 87)

38
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Firman Allah SWT:


َ‫ْ أ‬ ُ ْ َ َّ َ ْ َ‫ُ ْ َ َ ْ ُ ُ ُ ّ َ َّ َ ٓ َ ْ أ‬
َ َ َ ٰ َ ْ َ َ ْ َّ
‫قل من ي�زقك ِمن ٱلسما ِء وٱلر ِض أمن ي� ِلك ٱلسمع وٱلبصـر ومن‬
ۚ َ ْ َ‫ُ خْ ُ ْ َ َّ َ ْ َ ّ َ ُ خْ ُ ْ َ ّ َ َ ْ َ ّ َ َ ُ َ ّ ُ ْ أ‬
‫ٱل ومن يد ِب� ٱلمر‬ ِ ‫ي� ِرج ٱل ِمن َٱل ِي ِت يو� ِرج َ ٱل ِي َ َت ِمن‬
َ ُ َ َ ْ ُ ۚ ُ َّ َ ُ ُ َ َ
‫۝‬ ٣١ ‫ٱلل فقل أفل ت َّتقون‬ ‫فسيقولون‬
Maksudnya: Katakanlah: “Siapakah yang memberi rezeki
kepadamu dari langit dan bumi, atau siapakah yang kuasa
(menciptakan) pendengaran dan penglihatan, dan siapakah yang
mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang
mati dari yang hidup dan siapakah yang mengatur segala urusan?”
Maka mereka akan menjawab: “Allah”. Maka katakanlah
“Mengapa kamu tidak bertakwa kepada-Nya)?”
(Yunus 10: 31)

Fir’aun pernah menolak tauhid jenis di atas, sebagaimana yang


terdapat dalam firman Allah SWT:
َ ْ ُ َ َ
۲٣ �َ‫قال ِف ْر َع ْون َو َما َر ُّب ٱل َع ٰـ ِل ي ن‬
‫۝‬
Maksud: Fir’aun bertanya: “Siapa Tuhan semesta alam itu?”
(al-Syu’arak 26: 23)

Beliau berpura-pura jahil yang beliau sebenarnya merupakan


seorang hamba Allah yang telah diangkat menjadi tuhan yang
disembah oleh para pengikutnya.

Firman Allah SWT:


َ‫ْ أ‬ َ
َ�ِ ‫ٱل ْر ِض َب َص ٓا ئ‬ َّ ‫َق َال َل َق ْد َع ِ ْل َت َم ٓا أ ن زَ� َل َه ٰٓـ ُ َؤ ٓل ِء إ َّل َر ُّب‬
‫ٱلس َم ٰـ َٰو ِت َو‬ ِ
ً ُ ْ َ ُ ْ َ ْ ٰ َ َ ُّ ُ َ‫َ نّ َ أ‬
‫۝‬۱٠۲ ‫و ِإ ِ� لظنك يـ ِفرعون مثبورا‬
Maksudnya: Musa menjawab: “Sesungguhnya kamu telah
mengetahui, bahawa tiada yang menurunkan mukjizat-mukjizat
itu kecuali Tuhan yang memelihara langit dan bumi sebagai bukti-
bukti yang nyata; dan Sesungguhnya aku mengira kamu, Hai

39
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Fir’aun, seorang yang akan binasa”.


(al-Israk 17: 102)

Firman Allah SWT:


ُ َ َ َ َ ُ َ ُ ْ ُ ُ ُ ُ َ ٓ َ ْ‫َ َ َ ُ ۟ َ َ ْ َ ْ َ َ ت‬
‫س ْم ظ ًلا َو ُعل ًّوا ۚ فٱنظ ْر ك ْيف كن َع ٰـ ِق َبة‬ ‫و ج�دوا ِب�ا وٱستيقن�ا أنف‬
ْ ُْ
‫۝‬ ١٤ �َ‫ٱلف ِس ِد ي ن‬
Maksudnya: Dan mereka mengingkarinya kerana kezaliman dan
kesombongan (mereka) padahal hati mereka meyakini (kebenaran)
nya. Maka perhatikanlah betapa kesudahan orang-orang yang
berbuat kebinasaan.
(al-Naml 27: 14)

Tauhid di atas tidak bermanfaat melainkan dengan mengikhlaskan


ibadah hanya kepada Allah SWT semata- mata, sebagaimana
firman Allah SWT:
َ ُ ْ‫َ َ ُ ْ ُ َ ْ ثَ ُ ُ ٱ َّ َّ َ ُ ُّ ش‬
‫۝‬
١٠٦ ‫�كون‬ ِ ‫لل ِإل وه م‬ِ �‫وما يؤ ِمن أ ك�ه ِب‬
Maksudnya: Dan sebahagian besar daripada mereka tidak beriman
kepada Allah, melainkan dalam keadaan mempersekutukan Allah
(dengan sembahan-sembahan lain).
(Yusuf 12: 106)

Ayat-ayat yang lain yang menjelaskan tentang jenis tauhid di


atas begitu banyak sekali.

Kedua: Tauhid dari segi Ibadah. Batasan tauhid ini ialah


mengukuhkan makna tidak ada tuhan yang berhak disembah
melainkan Allah. Ia terdiri daripada nafi dan juga isbat. Makna
nafi ialah membuang segala jenis yang disembah selain daripada
Allah, tanpa mengira apa bentuknya sekalipun dalam segala
bentuk ibadah. Makna isbat ialah mengesakan Allah Azza Wajalla
semata-mata dengan segala jenis ibadat dengan penuh keikhlasan,
dalam bentuk yang disyariatkan menerusi lisan para Rasul Allah
SWT. Kebanyakan ayat al-Quran membicarakan tentang tauhid

40
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

jenis ini dan ia merupakan jenis tauhid yang telah mencetuskan


pertembungan demi pertembungan di antara para rasul dan umat-
umat mereka.

Firman Allah SWT:


ٌ َ ُ ٌ ْ َ‫َ َ َ َ ْ َٔ َ َ َ ٰ ً َٰ ً ۖ َّ َ ٰ َ َ ش‬
‫۝‬٥ ‫أجعل ٱلـ ِالة ِإلـها و ِحدا ِإن هـذا ل�ء جعاب‬
Maksudnya: Mengapa ia menjadikan tuhan-tuhan itu Tuhan
yang satu saja? Sesungguhnya ini benar-benar suatu hal yang
sangat menghairankan.
(Sad 38: 5)

Antara ayat yang menjelaskan tentang tauhid yang


dibincangkan di atas ialah firman Allah SWT:
ۗ ٰ َ ْ ُ ْ َ َ‫َ ْ َ ْ َ َّ ُ َ ٓ َ ٰ َ َّ َّ ُ َ ْ َ ْ ْ َ ۢ َ َ ْ ُ ْ ن‬
‫فٱعل أنهۥ ل ِإلـه ِإل ٱلل وٱستغ ِفر ِلذن ِبك و ِللؤ ِم ِن ي� وٱلؤ ِمنـ ِت‬
‫۝‬
١٩ ‫ك‬ ْ ُ ‫ٱلل َي ْع َ ُل ُم َت َق َّل َب‬
ْ ُ ‫ك َو َم ْث َو ٰى‬ ُ َّ ‫َو‬

Maksudnya: Maka ketahuilah, bahawa sesungguhnya tidak ada


Ilah (sembahan Tuhan) selain Allah dan mohonlah keampunan
bagi dosamu dan bagi (dosa) orang- orang Mukmin, laki-laki dan
perempuan. Dan Allah mengetahui tempat kamu berusaha dan
tempat kamu tinggal.
(Muhammad 47: 19)

Firman Allah SWT:


ۖ َ ُ ٰ َّ ۟ ُ َ ْ َ َ َّ ۟ ُ ُ ْ َ ً ُ َّ َّ ُ ّ ُ ‫َ َ َ ْ َ َ ْ َ ف‬
‫ولقد بعثنا ِ� ِك أم ٍة رسول أ ِن ٱعبدوا ٱلل وٱجت ِنبوا ٱلطـغوت‬
‫َّ َ َ ُ ۚ َ ۟ ف‬
�ِ ‫ٱلضل ٰـ ةل ف ِس ي ُ�وا‬
َ َّ ُ َّ ‫فَ ِ� نْ ُ�م َّم ْن َه َدى‬
‫ٱلل َو ِم نْ ُ�م َّم ْن َحق ْت َعل ْي ِه‬
َ ‫ن‬ ّ َ ُ ْ ُ َ ٰ َ َ َ َ ْ َ ۟ ُ ُ َ ْ َ‫ْ أ‬
٣٦ �‫ٱلر ِض فٱنظروا كيف كن عـ ِقبة ٱلك ِذ ِب ي‬
‫۝‬
Maksudnya: Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Rasul pada
tiap-tiap umat (untuk menyerukan): “Sembahlah Allah (saja), dan
jauhilah thaghut”, Maka di antara umat itu ada orang-orang yang

41
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

diberi petunjuk oleh Allah dan ada pula di antaranya orang-orang


yang telah pasti kesesatan baginya. Maka berjalanlah kamu di
muka bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang
yang mendustakan (rasul-rasul).
(an-Nahl 16: 36)

Firman Allah SWT:


۠ َ ٓ َّ َ ٓ َ َّ َ َ ٓ ُ َّ َ َ ْ َ ٓ
�َ‫وح ِإل ْي ِه أن ُهۥ ل ِإل ٰـ َه ِإل أ ن‬
ِ ‫َو َما أ ْر َسل َنا ِمن ق ْب ِلك ِمن َّر ُس ٍول ِإل ن‬
َ
‫۝‬۲٥ ‫ف ْٱع ُب ُد ِون‬
Maksudnya: Dan Kami tidak mengutus seorang Rasul pun sebelum
kamu melainkan Kami wahyukan kepadanya: “Bahawasanya
tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Aku, Maka
sembahlah olehmu sekalian akan Aku”.
(al-Anbiya’ 21: 25)

Firman Allah SWT:


ً َ َ ٰ َ ْ َّ ُ َ ْ َ َ َ ٓ َ ُ ُّ َ َْ َ ْ َ ْ َ ْ َ ْ َٔ ْ َ
‫وسـل من أرسلنا ِمن قب ِلك ِمن رس ِلنا أجعلنا ِمن د ِون ٱلرحـ ِن ء ِالة‬
َ
‫۝‬٤٥ ‫ُي ْع َب ُدون‬
Maksudnya: Dan tanyakanlah kepada Rasul-rasul Kami yang
telah Kami utus sebelum kamu: “Adakah Kami menentukan
tuhan-tuhan untuk disembah selain Allah yang Maha Pemurah?”
(al-Zukhruf 43: 45)

Firman Allah SWT:


َ ُ ْ ُّ ُ‫ُ ْ نَّ َ ُ َ ٰٓ َ َّ َ نَّ َ ٓ َ ٰ ُ ُ ْ َ ٰ ٌ َٰ ٌ ۖ فَ َ ْ َ ت‬
‫۝‬
١٠٨ ‫قل ِإ�ا يوح ِإل أ�ا ِإلـهك ِإلـه و ِحد �ل أن� مس ِلون‬
Maksudnya: Katakanlah: “Sesungguhnya yang diwahyukan
kepadaku adalah: “Bahawasanya Tuhanmu adalah Tuhan yang
Esa. Maka hendaklah kamu berserah diri (kepada-Nya)”.
(al-Anbiya’ 21: 108)

42
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Dalam ayat terakhir di atas Allah SWT memerintahkan


para nabi menyatakan secara terang- terangan: “Sesunggguhnya
yang diwahyukan kepadaku”. Ayat ini terfokus kepada tauhid
ibadah, disebabkan rangkuman kalimah tauhid “tidak ada
tuhan yang berhak disembah melainkan Allah” terhadap segala
yang terkandung dalam segala kitab, kerana ia membuktikan
tuntutan melakukan ketaatan hanya kepada Allah SWT sahaja.
Ia merangkumi seluruh bentuk akidah, perintah dan juga larangan
dan kesan-kesan yang timbul daripadanya seperti pahala dan
juga balasan. Ayat-ayat al-Quran yang menyentuh tentang tauhid
ibadah begitu banyak sekali.

Ketiga: Tauhid dari segi Asma’ dan Sifat ( nama-nama dan sifat-
sifat). Tauhid jenis ini melibatkan dua jenis iaitu:

Membersihkan Allah SWT daripada penyerupaan dengan


makhluk dari segi sifat, sebagaimana yang terdapat dalam firman
Allah SWT:
َ
ْ ْ َ‫َل ْي َس ِك ْث ِ ِلۦ ش‬
َّ ‫� ٌءۖ َو ُه َو‬
١١ �ُ ‫ٱلس ِم ُيع ٱل َب ِص ي‬
‫۝‬
Maksudnya: Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan Dia, dan
Dia-lah yang Maha Mendengar dan Melihat.
(al-Syura 42: 11)

Beriman dengan apa yang disifatkan oleh Allah SWT atau


Rasul-Nya untuk diri-Nya sendiri dalam bentuk yang layak dengan
kesempurnaan dan kebesaran-Nya, sebagaimana yang terdapat
dalam firman Allah SWT di atas iaitu:
َ
ْ ْ َ‫َل ْي َس ِك ْث ِ ِلۦ ش‬
َّ ‫� ٌءۖ َو ُه َو‬
١١ �ُ ‫ٱلس ِم ُيع ٱل َب ِص ي‬
‫۝‬
Maksudnya: Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan Dia, dan
Dia-lah yang Maha Mendengar dan Melihat.
(al-Syura 42: 11)

Dalam keadaan menjauhi daripada mengemukakan cara


atau bentuk kepada sifat Allah SWT itu.

43
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Firman Allah SWT:


ً ْ َ ُ ُ َ َ ْ ُ َ‫َ ْ َ ُ َ َ ْ نَ َ ْ ْ َ َ َ ْ ف‬
١١٠ ‫يعل ما ب ي� أي ِد ي ِ�م وما خل�م ول ي ِ�يطون ِب ِهۦ ِعلا‬
‫۝‬
Maksudnya: Dia mengetahui apa yang ada di hadapan mereka
dan apa yang ada di belakang mereka, sedang ilmu mereka tidak
dapat meliputi ilmu-Nya.
(Taha 20: 110)

Begitulah penjelasan panjang lebar syeikh Muhammad al-


Syankiti.

Tauhid Rububiyah, Tauhid Uluhiyah Dan Tauhid Asma’


dan Sifat juga bukan akidah triniti yang terdapat dalam agama
Kristian, sebagaimana yang cuba disabitkan oleh sesetengah
penulis beragama Islam akhir-akhir ini, dalam usaha menjauhkan
orang-orang Islam daripada ketiga-tiga jenis tauhid tersebut. Ia
juga bukan akidah yang menggalakkan keganasan dan dipegang
oleh pengganas. Hal ini kerana akidah triniti merupakan akidah
keji anutan golongan Kristian yang tegak di atas asas menjadikan
tuhan terdiri daripada tiga bentuk iaitu tuhan bapa, tuhan anak
dan Ruhul Quddus. Allah SWT menghukumkan kufur kepada
mereka dalam firman-Nya:
ۚ َ ٓ َّ َ ۢ َ َ َ ُ َ َ َّ َّ ۟ ٓ ُ َ َ‫َّ َ ْ َ َ َ َّ ن‬
‫ٱلل ث� ِلث ثل ٰـث ٍة ۘ َو َما ِم ْن ِإل ٰـ ٍه ِإل ِإل ٰـ ٌۭه َٰو ِح ٌۭد‬ ‫لقد كفر ٱل ِذ ي� قالوا إن‬
َ ٌ َ َ ْ ۟ َ َ َ َّ َّ َ َ ُ ِ ُ َ َ ۟ َ َ َّ َ
‫۝‬ ٧٣ �ٌ ‫ن�وا َّعا يقولون ل َي َم َّسن ٱل ِذ ي ن� كف ُروا ِم ن ُ� ْم عذاب أ ِل ي‬ ُ ‫و ِإن ْل ي ت‬
ٌ َّ ٌ ُ َ ُ َّ َ ۚ ُ َ ُ ْ َ ْ َ َ َّ َ َ ُ ُ َ َ َ َ
‫۝‬ ٧٤ �ۭ ‫ٱلل ويستغ ِفرونهۥ وٱلل غف ۭور ر ِح ي‬ ِ ‫أفل يتوبون ِإل‬
Maksudnya: Sesungguhnya kafirlah orang-orang yang
mengatakan: “Bahawasanya Allah salah seorang dari yang tiga”,
Padahal sekali-kali tidak ada Tuhan selain dari Tuhan yang Esa.
Jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, pasti
orang-orang yang kafir di antara mereka akan ditimpa seksaan
yang pedih. Maka mengapa mereka tidak bertaubat kepada Allah
dan memohon ampun kepada-Nya?. Dan Allah Maha Pengampun
lagi Maha Penyayang.
(al-Ma’idah: 73-74)
44
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Sebaliknya pembahagian tauhid kepada tiga bahagian iaitu


Tauhid Rububiyah, Tauhid Uluhiyah dan Tauhid Asma’ dan Sifat
atau kepada dua bahagian iaitu kepada Tauhid Ma’rifah dan Isbat
iaitu Tauhid Rububiyah dan Tauhid Asma’ dan Sifat dan Tauhid
Iradah dan Talab iaitu tauhid Uluhiyah, adalah merupakan akidah
anutan keseluruhan orang-orang Islam, yang beriman dengan al-
Kitab dan Sunnah Rasul-Nya dan bukan ahli-ahli bidaah yang
sesat (Abd Muhsin al-Badr, 1414H: 19-20).

Tauhid Rububiyah
Tauhid Rububiyah membawa maksud iktikad atau kepercayaan
yang tegas, perakuan yang lengkap dan perakuan yang sempurna,
yang Allah SWT adalah satu- satunya Tuhan, Pemilik, Pencipta
dan Pemberi Rezeki kepada sesuatu. Tidak ada sekutu, tidak ada
yang serupa dan tidak ada yang sama namanya dengan nama
Allah. Dia Tuhan yang Maha Hidup yang tidak mati, Maha
Berdiri dengan sendiri dan sekali-kali tidak tidur, bersih daripada
kekurangan, kelemahan dan kecacatan, Pencipta langit dan bumi,
Pentadbir, Pengurus dan Penguasa alam maya. Segala perkara
terserah kepada- Nya. Di tangan-Nya terdapat segala kebaikan.
Perintah- Nya tidak boleh ditolak dan hukum-Nya tidak boleh
dipinggirkan. Apa yang Dia kehendaki, akan berlaku dan apa
yang Dia tidak kehendaki, tidak akan berlaku, segala yang ada di
langit dan bumi adalah hamba-Nya, dalam genggaman-Nya dan
di bawah kekuasaan-Nya.

Kesimpulannya yang dikatakan tauhid Rububiyah ialah


mengesakan Allah SWT dengan perbuatan- perbuatan-Nya.

Dalil-Dalil Tentang Tauhid Rububiyah


Banyak dalil syarak yang menjelaskan tentang kewajipan beriman
dengan Rububiyah Allah SWT. Boleh dikatakan tidak ada satu
surah yang tidak menyebut tentang tauhid Rububiyah atau
mengisyaratkan tentangnya. Ia merupakan asas kepada tauhid-
tauhid yang lain.

45
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Firman Allah SWT:


َ ْ َّ َ ْ
‫۝‬۲ �َ‫ٱل ْم ُد ِل ِل َر ِّب ٱل َع ٰـ ِل ي ن‬
Maksudnya: Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang
memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
(al-Fatihah 1: 2)

Firman Allah SWT:


َ‫ْ أ‬
ٰ‫ٱل ْر َض ِ ف� ِس َّت ِة َأ َّ ي� ٍم ثُ َّ� ْٱس َت َوى‬ ‫ٱلس َم ٰـ َٰو ِت َو‬ َّ ‫ٱلل َّٱل ِذى َخ َل َق‬
ُ َّ ‫ك‬
ُ ُ ‫ِإ َّن َر َّب‬
َْ َّ ً ُْ َ َّ‫َع َل ْٱل َع ْر ِش ُي ْغ ِش� َّٱل ْي َل ن‬
‫ٱل� َار َيطل ُب ُهۥ َح ِثيثا َوٱلش ْم َس َوٱلق َم َر‬
ُ َّ ‫ٱل ْم ُ ۗر َت َب َار َك‬ َ‫أَ ۗ َ َ َ ُ ْ َ ْ ُ ْ أ‬
‫ٱلل َر ُّب‬ ‫ٱللق َو‬ ‫ٱلن ُج َوم ُم َس َّخ َٰر ٍت ب� ْمر ِه ٓۦ أل ل خ‬ ُّ ‫َو‬
ِ ِ ۭ
َ َ ْ
‫۝‬٥٤ �‫ٱل َع ٰـ ِل ي ن‬
Maksudnya: Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang
menciptakan langit dan bumi dalam masa enam hari lalu ia
bersemayam di atas Arasy; ia melindungi malam dengan siang
yang mengiringinya dengan deras (silih berganti) dan (ia pula
yang menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang,
(semuanya) tunduk kepada perintah-Nya. Ingatlah, kepada Allah
jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan
pemerintahan. Maha Suci Allah yang mencipta dan mentadbirkan
sekalian alam.
(al-A’raf 7: 54)

Tauhid jenis ini diperakui oleh orang-orang kafir Quraisy


dan kebanyakan penganut agama dan aliran- aliran yang lain.
Begitu juga dengan orang-orang Musyrik yang terdapat dalam
masyarakat umat-umat terdahulu yang pernah diutuskan para
Rasul. Kesemua mereka mengiktikad dan memperakui, pencipta
alam maya ini dan segala yang ada di dalamnya, malah yang
memberi rezeki kepada seluruh para makhluk ialah Allah SWT
sahaja.

46
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Firman Allah SWT:


ۚ َ َّ ُ ْ َ ْ ُ ۚ ُ َّ َّ ُ ُ َ َ َ ْ َ‫َ َ ئ ن َ َ ْ تَ ُ َّ ْ َ َ َ َّ َ ٰ َٰ َ ْ أ‬
‫ول ِ� سأل�م من خلق ٱلسمـو ِت وٱلرض ليقولن ٱلل ق ِل ٱلمد ِلل‬
َ َ َ ُ َْ َ ْ
‫۝‬۲٥ ‫َبل أ ك ث ُ� ْه ل َي ْع ُلون‬
Maksudnya: Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad)
bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “Siapakah yang
menciptakan langit dan bumi?” sudah tentu mereka akan menjawab:
“Allah”. Ucapkanlah (Wahai Muhammad): “Alhamdulillah”
(sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian
- tidak mengingkari Allah), bahkan kebanyakan mereka tidak
mengetahui (hakikat Tauhid dan pengertian syirik).
(Luqman 31: 25)

Firman Allah SWT:


َ‫ْ أ‬ ُ ْ َ َّ َ ْ َ‫ُ ْ َ َ ْ ُ ُ ُ ّ َ َّ َ ٓ َ ْ أ‬
َ َ َ ٰ َ ْ َ َ ْ َّ
‫قل من ي�زقك ِمن ٱلسما ِء وٱلر ِض أمن ي� ِلك ٱلسمع وٱلبصـر ومن‬
ۚ َ‫ْ أ‬ ْ َ ْ ‫ٱل ّي ِت َ يو ُ خْ�ر ُج‬
َ ْ ‫ٱل ِم َن‬ َ ْ ‫ي ُ خْ�ر ُج‬
‫ٱل َو َمن ُي َد ّ ِب ُ� ٱل ْم َر‬ ّ ِ َ ‫ٱل ِّي َت ِم َن‬ ِ ِ َّ ِ
َ ُ َّ َ َ َ َ ْ ُ َ ۚ ُ َّ َ ُ ُ َ َ َ
‫۝‬ ٣١ ‫فسيقولون ٱلل فقل أفل تتقون‬
Maksudnya: Bertanyalah kepada mereka (yang Musyrik itu):
“Siapakah yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi?
atau siapakah yang menguasai pendengaran dan penglihatan? dan
siapakah yang mengeluarkan makhluk yang hidup dari benda
yang mati, dan mengeluarkan benda yang mati dari makhluk yang
hidup? dan siapakah pula yang mentadbirkan urusan sekalian
alam? “(dengan pertanyaan-pertanyaan itu) maka mereka (yang
Musyrik) tetap akan menjawab (mengakui) dengan berkata: “Allah
jualah yang Menguasai segala-galanya! “Oleh itu, katakanlah:
“(Jika kamu mengakui yang demikian), maka mengapa kamu
tidak mahu bertakwa?
(Yunus 10: 31)

47
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Tauhid Rububiyah Adalah Fitrah


Sebenarnya hati-hati manusia diciptakan dalam bentuk
memperakui tentang Rububiyah Allah SWT. Tauhid ini tidak
ditolak melainkan oleh orang yang berfahaman atheis pada zaman
dahulu dan yang berfahaman komunis pada zaman ini sahaja.
Orang yang mempercayai dan mengiktikadkannya tidak menjadi
ahli tauhid dalam erti kata yang sebenar dan tidak akan masuk
ke dalam lingkungan Islam, malah darah dan harta bendanya
tetap tidak selamat. Di akhirat kelak dia tidak selamat daripada
azab neraka dan kekal di dalamnya, melainkan setelah beriltizam
dengan tauhid jenis yang kedua iaitu Tauhid Uluhiyah.

Tauhid di atas tidak bermanfaat melainkan dengan


mengikhlaskan ibadah hanya kepada Allah SWT semata-mata,
sebagaimana firman Allah SWT:
َ ُ ْ‫َ َ ُ ْ ُ َ ْ ثَ ُ ُ ٱ َّ َّ َ ُ ُّ ش‬
‫۝‬
١٠٦ ‫�كون‬ ِ ‫لل ِإل وه م‬ِ �‫وما يؤ ِمن أ ك�ه ِب‬
Maksudnya: Dan sebahagian besar dari mereka tidak beriman
kepada Allah, melainkan dalam keadaan mempersekutukan Allah
(dengan sembahan-sembahan lain).
(Yusuf 12: 106)

Banyak terdapat nas dalam al-Quran tentang pendalilan yang


menjelaskan orang-orang kafir mengiktiraf Rububiyah Allah Azza
Wajalla, yang mengaitkannya dengan kewajipan mentauhidkan-
Nya dari segi ibadah. Kerana itu al-Quran berbicara tentang mereka
dengan menggunakan uslub Istifham al-Taqriri (mengambil
kefahaman berdasarkan perakuan). Setelah mereka memperakui
Rububiyah Allah Azza Wajalla, al- Quran berhujah menggunakan
ayat yang sama bagi mengaitkannya dengan kelayakan Allah
SWT untuk disembah dan al-Quran mencela perbuatan mereka
mensyirikkan Allah SWT dengan sesuatu yang lain daripada-Nya,
padahal mereka telah mengiktiraf tuhan itu satu sahaja. Sesiapa
sahaja yang mengiktiraf tuhan itu satu, bererti wajib mengiktiraf
bahawasanya tuhan yang satu itu berhak disembah dan tidak ada
yang lain daripada-Nya.

48
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Antara contohnya ialah firman Allah SWT:


َ‫ْ أ‬ ُ ْ َ َّ َ ْ َ‫ُ ْ َ َ ْ ُ ُ ُ ّ َ َّ َ ٓ َ ْ أ‬
َ َ َ ٰ َ ْ َ َ ْ َّ
‫قل من ي�زقك ِمن ٱلسما ِء وٱلر ِض أمن ي� ِلك ٱلسمع وٱلبصـر ومن‬
ۚ َ ْ َ‫ُ خْ ُ ْ َ َّ َ ْ َ ّ َ ُ خْ ُ ْ َ ّ َ َ ْ َ ّ َ َ ُ َ ّ ُ ْ أ‬
‫ٱل ومن يد ِب� ٱلمر‬ ِ ‫ي� ِرج ٱل ِمن ٱل ِي ِت َ يو� ِرج ٱل ِيت ِمن‬
َ ُ َُ َ
ُ َّ ‫ون‬
‫۝‬
٣١ ...‫ٱلل‬ ‫فسيقول‬
Maksudnya: Katakanlah: “Siapakah yang memberi rezeki
kepadamu dari langit dan bumi, atau siapakah yang Kuasa
(menciptakan) pendengaran dan penglihatan, dan siapakah yang
mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang
mati dari yang hidup dan siapakah yang mengatur segala urusan?”
Maka mereka akan menjawab: “Allah”…
(Yunus 10: 31)

Apabila mereka telah memperakui Rububiyah- Nya, Allah


SWT mencela mereka kerana menyekutukan Allah dengan
sesuatu, sebagaimana yang terdapat dalam firman-Nya:
َ ُ َّ َ َ َ َ ْ ُ َ
‫۝‬
٣١ ‫فقل أفل تتقون‬
Maksud: ….. Maka katakanlah “Mengapa kamu tidak bertakwa
kepada-Nya)?”
(Yunus 10: 31)

Antaranya firman Allah SWT:


َّ َ ُ ُ َ َ َ ْ ُ‫ُ ّ َ ْ أَ ْ ُ َ َ َ ٓ ُ ت‬
‫۝‬ ٨٤ ‫ن� ت ْع ُلون‬
٨٥ ‫۝ َس َيقولون ِل ِل‬ ‫قل ِل ِن ٱلرض ومن ِف ي�ا ِإن ك‬
Maksudnya: Katakanlah: “Kepunyaan siapakah bumi ini, dan
semua yang ada padanya, jika kamu mengetahui?”. Mereka akan
menjawab: “Kepunyaan Allah.”
(al-Mukminun 23: 84-85)

Setelah mereka mengiktiraf Allah SWT merupakan tuhan


yang mempunyai dan memiliki bumi dan segala apa yang ada
di dalamnya, Allah SWT mencela mereka kerana mensyirikkan
Allah SWT dengan sesuatu lain pada akhir ayat di atas, dengan

49
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

firman-Nya:
َ ُ َّ َ َ َ َ َ ْ ُ
‫۝‬
٨٥ ‫قل أفل تذكرون‬...
Maksudnya: …. Katakanlah: “Maka apakah kamu tidak ingat?”
(al-Mukminun 23: 85)
Firman Allah SWT:
َّ َ ُ ُ ْ ْ َّ ‫ُق ْل َمن َّر ُّب‬
َّ ‫ٱلس َم ٰـ َٰو ِت‬
٨٦ �ِ ‫ٱلس ْب ِع َو َر ُّب ٱل َع ْر ِش ٱل َع ِظ ي‬
‫۝ َس َيقولون ِل ِل‬
‫۝‬٨٧ ...
Maksudnya: Katakanlah: “Siapakah yang Empunya langit
yang tujuh dan yang Empunya ‘Arsy yang besar?” Mereka akan
menjawab: “Kepunyaan Allah.”
(al-Mukminun 23: 86-87)

Apabila mereka semua memperakuinya, Allah SWT mencela


mereka dengan firman-Nya:
َ ُ َّ َ َ َ َ ْ ُ
‫۝‬
٨٧ ‫قل أفل تتقون‬...
Maksudnya: ….Katakanlah: “Maka apakah kamu tidak
bertakwa?”
(al-Mukminun 23: 86-87)
Firman Allah SWT:

ْ َ‫وت ُ ِّك ش‬
ْ ُ‫� ٍء َو ُه َو ي ُ ِج� ي ُ� َ َول ي ُ ج َ� ُار َع َل ْي ِه ِإن ُك ت‬
�‫ن‬ ُ ‫ُق ْل َم ۢن ب َيدهۦ َم َل ُك‬
ِِ ِ
َّ َ ُ ُ َ َ َ
٨٩ ‫۝ َس َيقولون ِل ِل‬
‫۝‬ ٨٨ ‫ت ْع ُلون‬
Maksudnya: Katakanlah: “Siapakah yang di tangan-Nya berada
kekuasaan atas segala sesuatu sedang Dia melindungi, tetapi
tidak ada yang dapat dilindungi dari (azab)-Nya, jika kamu
mengetahui?”. Mereka akan menjawab: “Kepunyaan Allah.”
(al-Mukminun 23: 88-89)

Setelah mereka memperakuinya, Allah SWT mencela


mereka kerana mensyirikkan Allah dengan sesuatu.

50
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Firman-Nya:
َ ُ َ ْ ُ ٰ َّ‫ُ ْ َ َ ن‬
‫۝‬
٨٩ ‫قل فأ� تسحرون‬...
Maksudnya: Katakanlah: “(Kalau demikian), Maka daripada
jalan manakah kamu ditipu?”
(al-Mukminun 23: 88-89)

Isu di atas telah diulas oleh ramai ulama. Misalnya Imam Abu
Muzaffar al-Sam’ani. Ketika mengulas hadis yang menjelaskan
setiap bayi dilahirkan dalam keadaan fitrah, beliau berpendapat
setiap manusia dilahirkan dalam bentuk apabila disoal, siapakah
tuhan yang menciptakan anda?. Dia akan menjawab: Allah SWT
yang menciptakan aku. Ia merupakan pengenalan yang wujud
semenjak awal manusia diciptakan lagi. Abu Ubaid al-Harawi
menjelaskan pengenalan tersebut merupakan pengenalan fitrah
dan semula jadi. Ia merupakan perkara yang dikaitkan dengan
ayat-ayat yang menjelaskan apabila orang-orang kafir musyrikin
ditanya siapakah yang menciptakan mereka, sudah pasti mereka
akan menjawab: Allah (Ibn al-Salah, 1992,1:402; al-Subki, t.th,
4:84-85).

Imam al-Baghawi menjelaskan setiap orang memperakui


dia mempunyai tuhan yang menciptakan dirinya dan mentadbir
alam maya ini, meskipun dia sendiri menyembah sesuatu
yang lain daripada Allah SWT, kerana beranggapan benda itu
boleh mendekatkan dirinya kepada Allah SWT (1983,1:158),
sebagaimana yang terdapat dalam firman Allah SWT:
َّ ُ َ ٓ َ ۟ ُ َ‫َ َ َّ ّ نُ ْ خَ ُ ۚ َ َّ نَ تَّ خ‬
‫ٱ�ذوا ِمن ُدوِن ِه ٓۦ أ ْوِل َيا َء َما ن ْع ُب ُد ْه ِإل‬ �‫ٱلد ي� ٱلا ِلص وٱل ِذ ي‬
ِ ‫أل ِل ِل‬
َ ْ ُ َّ َ ٓ َ‫ُ َ ّ ُ ن‬
‫۝‬٣ �ٰٓ ‫ٱلل زل ف‬ِ ‫ِليق ِر بو� ِإل‬
Maksudnya: Ingatlah! (hak yang wajib dipersembahkan) kepada
Allah ialah segala ibadat dan bawaan yang suci bersih (dari
segala rupa syirik). Dan orang-orang musyrik yang mengambil
selain dari Allah untuk menjadi Pelindung dan Penolong (sambil
berkata): “Kami tidak menyembah atau memujanya melainkan

51
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

supaya mereka mendampingkan Kami kepada Allah sehampir-


hampirnya….
(al-Zumar 39: 3)

Menurut Imam al-Syahrustani tidak ada seorang pun yang


menafikan kewujudan tuhan yang menciptakan alam maya ini
kecuali daripada golongan Atheis atau Dahriyah sahaja. Itupun
bagi beliau golongan Dahriyah itu berpendapat alam maya ini
sudah wujud pada azali lagi tetapi dalam bentuk yang berjuzuk-
juzuk dan bertebaran dan ia bergerak dalam bentuk yang tidak
stabil dan akhirnya bergabung, lalu membentuk alam maya ini.
Golongan ini pun menurut beliau tidak menafikan pencipta alam
maya ini, bahkan mereka juga mengiktiraf kewujudan alam maya
ini. Cuma mereka mengaitkan punca kewujudan alam maya ini
secara sedikit demi sedikit sehingga berlaku gabungan. (2009:123-
124).

Tauhid Uluhiyah
Tauhid Uluhiyah membawa maksud kepercayaan yang tegas,
perakuan yang lengkap dan pengiktirafan yang sempurna,
yang Allah SWT sahaja merupakan Tuhan (Ilah) yang Esa dan
tidak ada Tuhan melainkan Dia. Tidak ada tuhan yang berhak
disembah selain daripada- Nya. Dialah satu-satunya Tuhan yang
berhak disembah dan dilakukan ibadah, diberikan ketundukan
dan ketaatan yang mutlak. Setiap yang disembah selain daripada-
Nya adalah batil.

Dengan lain perkataan ia membawa maksud mengesakan Allah


SWT semata-mata, yang tidak ada sekutu bagi-Nya, dengan
segala jenis ibadah yang zahir dan batin, baik dari segi perkataan
mahupun perbuatan, mengikhlaskan agama hanya kerana-Nya
dan tidak melakukan ibadah kepada yang selain daripada-Nya
seperti solat, puasa, zakat, haji, berdoa, memohon pertolongan,
istighathah, istiazah, nazar, sembelihan, tawakal, takut, harap,
kasih, menyerah diri, khasyyah, rendah diri dan lain-lain jenis
ibadah. Selain itu Allah SWT disembah dengan penuh rasa kasih,
takut dan juga harap sekali gus. Ibadah yang dilakukan sesama

52
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

makhluk adalah batil. Kesimpulannya yang dikatakan sebagai


Tauhid Uluhiyah ialah mentauhidkan Allah dan mengesakan-Nya
menerusi perbuatan-perbuatan para hamba.

Dalil-Dalil Tentang Tauhid Uluhiyah


Banyak dalil yang membuktikan tentang tauhid Uluhiyah
antaranya ialah firman Allah SWT:
َ َ َ َ
‫۝‬٥ �ُ‫ِإ َّ ي�ك ن ْع ُب ُد َو ِإ َّ ي�ك ن ْس َت ِع ي ن‬
Maksudnya: Engkaulah sahaja (Ya Allah) yang kami sembah,
dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
(al-Fatihah 1: 5)
Firman Allah SWT:
َ َ َ َ َ َّ َ َ ُ ْ َ َ َ
‫ٱلل ِإل ٰـ ًها َءاخ َر ل ُ ب ْ� َه ٰـ َن ُلۥ ِب ِهۦ ف ِإ نَّ َ�ا ِح َس ُاب ُهۥ ِع َند‬ ِ ‫ومن يدع مع‬
َ َ ْ ْ َ َّ ۚ
١١٧ ‫َر ِّب ِه ٓۦ ِإن ُهۥ ل ُيف ِل ُح ٱلك ٰـ ِف ُرون‬
‫۝‬
Maksudnya: Dan sesiapa yang menyembah Tuhan yang
lain bersama-sama Allah, dengan tidak berdasarkan sebarang
keterangan mengenainya, maka sesungguhnya hitungannya (dan
balasan amalnya yang jahat itu) disediakan di sisi Tuhannya.
Sesungguhnya orang-orang yang kafir tidak akan berjaya.
(al-Mukminun 23: 117)

Untuk menegakkan tauhid ibadah inilah, Allah SWT


menciptakan jin dan manusia.

Firman-Nya:
َّ َ ْ َ َّ ْ ُ ْ َ َ َ َ
٥٦ ‫نس ِإل ِل َي ْع ُب ُد ِون‬
‫۝‬ ‫ٱل‬
‫ٱلن و ِإ‬
‫وما خلقت ِج‬
Maksudnya: Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan
manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat
kepada-Ku.
(al-Zariyat 51: 56)

53
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Ia merupakan awal agama, akhirnya, zahirnya, batinnya


dan juga merupakan dakwah para rasul yang paling awal dan
juga paling akhir. Kerananya para rasul diutuskan, kitab-kitab
diturunkan, pedang-pedang dihunus pada jalan Allah, orang-orang
yang beriman dibezakan dengan orang-orang yang tidak beriman
dan ahli syurga dibezakan dengan ahli neraka. Ia merupakan
makna “tidak ada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah”.
Ia diseru oleh seluruh para rasul. Kerana menolaknya, umat-umat
terdahulu terjerumus ke lembah kebinasaan.

Hubungan Tauhid Rububiyah Dengan Tauhid


Uluhiyah
Tauhid Rububiyah berkait rapat dengan Tauhid Uluhiyah, kerana
orang yang memperakui Rububiyah Allah SWT, wajib menyembah
Allah SWT sahaja dan tidak boleh menyekutukannya dengan
sesuatu. Ini kerana orang- orang musyrikin, tidak menyembah
satu tuhan, sebaliknya berbagai-bagai tuhan. Mereka berkeyakinan
tuhan-tuhan mereka boleh mendekatkan mereka kepada Allah,
dalam keadaan mereka sendiri mengiktiraf yang tuhan-tuhan itu
tidak dapat memudaratkan mahupun memanfaatkan mereka.
Namun begitu Allah SWT tetap tidak menamakan mereka sebagai
orang-orang yang beriman, sebaliknya meletakkan mereka ke
dalam golongan orang-orang yang tidak beriman, dengan sebab
syirik yang mereka lakukan dalam persoalan ibadah.

Apabila sesuatu dikira sebagai pencipta, pemberi rezeki,


pengurus, penghidup, pemati, pemilik segala sifat kesempurnaan
dan bersih daripada segala sifat kekurangan dan pada tangan-Nya
segala sesuatu, wajib Dia menjadi ilah yang satu yang berhak
disembah yang tidak ada sekutu bagi-Nya. Ibadah sama sekali
tidak boleh dilakukan melainkan kepada Allah SWT semata-
mata.

Daripada sini letaknya perbezaan antara iktikad Ahli al-


Sunnah Wa al-Jamaah dengan golongan- golongan lain dalam
tauhid Uluhiyah. Sesetengah golongan menyatakan maksud
“tidak ada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah” ialah
54
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

tidak ada pencipta dan pemberi rezeki melainkan Allah SWT


sahaja, sebaliknya di sisi golongan salaf, Tauhid Uluhiyah tidak
akan terealisasi melainkan dengan merealisasikan makna “tidak
ada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah”. Ini bermakna
yang dikatakan Tauhid Uluhiyah ialah mengesakan Allah semata-
mata dengan ibadah. Ibadah ialah segala amalan ketaatan
yang diakui oleh syarak yang dilakukan oleh seseorang Islam
dengan tujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT bagi
mendapatkan keredaan daripada-Nya dan merealisasikan ibadah
menerusi kata-kata hati dan lidah dan amalan hati dan anggota.

Ibadah tidak sah dilakukan melainkan setelah menepati dua


syarat iaitu pertama dilakukan dengan penuh keikhlasan semata-
mata kerana Allah, sebagaimana firman Allah SWT:
َّ ْ ُ ۗ ْ ۟ َ َّ ُ َ َ َّ ُ
‫۝ ف ْٱع ُب ُدوا َما ِشئ تُ� ِّمن ُدوِن ِهۦ قل ِإن‬ ١٤ �‫ٱلل أ ْع ُب ُد خْم ِل ًصا ُلۥ ِد ِ ني‬ ‫ق ِل‬
ٰ
َ َ ََ ۗ ْ َ َ
‫س ْم َوأ ْه ِل ي ِ� ْم َي ْو َم ٱل ِق َي ٰـ َم ِة أل ذ ِلك ُه َو‬ ُ ِ ‫س ي نَ� َّٱل ِذ ي نَ� َخ‬
ُ َ ‫س ٓو۟ا أ ُنف‬ َ‫ْ خ‬
ِِ ‫ٱل ٰـ‬
‫۝‬ ١٥ �ُ‫ٱل ِب ي ن‬ ُ ْ ‫س ُان‬ َ ْ ‫ٱل‬ُ‫ْ خ‬

Maksudnya: Katakanlah lagi: “Allah jualah yang aku sembah


dengan mengikhlaskan amalan agamaku kepada-Nya.”(Setelah
kamu mengetahui pendirianku ini wahai kaum musyrik, dan
kamu masih juga berdegil) maka sembahlah kamu apa yang
kamu kehendaki, yang lain dari Allah, (kamu akan mengetahui
akibatnya)”. Katakanlah lagi: “Sesungguhnya orang-orang yang
rugi (dengan sebenar-benarnya) ialah orang-orang yang merugikan
dirinya sendiri dan pengikut-pengikutnya pada hari kiamat (dengan
sebab perbuatan mereka memilih kekufuran atau kederhakaan).
Ingatlah, yang demikian itulah kerugian yang jelas nyata.”
(al-Zumar 39: 14-15)

Kedua: Dilakukan mengikut cara yang diajar oleh Rasulullah


SAW atau dengan lain perkataan hendaklah Allah SWT disembah
berdasarkan apa yang Dia syariatkan, mentaati-Nya pada perkara
yang Dia berhak ditaati dan membenarkan apa yang Rasulullah
SAW beritahu dalam perkara tersebut. Ibadah yang dilakukan

55
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

itu pula hendaklah selaras dengan apa yang diperintahkan oleh


Rasulullah SAW dan hendaklah menjauhi apa yang ditegah dan
dilarang oleh baginda SAW.

Firman Allah SWT:


َ َ َ ُ َّ َ ٓ َ َ ٓ َّ
ٰ�َ ‫ولۦ ِم ْن أ ْه ِل ْٱل ُق َر ٰى َف ِل َّ ِل َو ِل َّلر ُس ِول َوِل ِذى ْٱل ُق ْر ب‬ ُ َ ٰ
ِ ِ ‫ما أفاء ٱلل عل رس‬
َ ۢ
ٓ ْ ‫ْأ‬
‫ول َب ْ ي نَ� ٱلغ ِن َيا ِء‬
ً‫ٱلسبيل َ ْك َ َ ُ َ ُ َ ة‬
‫ل يكون د‬ َّ �‫ٱ‬ ‫ن‬ َ‫ٱل َس ٰـ ِك ي ن� ب‬
ْ ‫و‬ َ ْ ‫م َو‬
ٰ َ ‫ـ‬ٰ ‫َو ْٱل َي َت‬
ِ ِ ِ ِ
ۖ َ َّ ۟ ُ َّ َ ۚ ۟ ُ َ‫ُ ْ ۚ َ َ ٓ َ َ ٰ ُ ُ َّ ُ ُ فَ خُ ُ ُ َ َ نَ َ ٰ ُ ْ َ ْ ُ َ ت‬
‫ِمنك وما ءاتىك ٱلرسول �ذوه وما �ىك عنه فٱن�وا وٱتقوا ٱلل‬
َ ْ ُ َ َ َّ َّ
‫۝‬٧ ‫اب‬ ِ ‫ِإن ٱلل ش ِديد ٱل ِع‬
‫ق‬
Maksudnya:…dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah
(SAW) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua
yang dilarang-Nya kamu melakukannya maka patuhilah larangan-
Nya. Dan bertakwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah
amatlah berat azab seksa-Nya (bagi orang-orang yang melanggar
perintah-Nya).
(al-Hasyr 59: 7)

Dengan lain perkataan, mentauhidkan Allah SWT adalah


dengan melakukan ibadah, memberikan ketundukan, ketaatan
dan kecintaan kepada-Nya. Itulah yang merealisasikan maksud
“tidak ada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah”,
manakala mengikut Sunnah Rasulullah dan tunduk kepada apa
yang baginda SAW perintah dan tegah, itulah yang merealisasikan
maksud kalimah “Muhammad adalah pesuruh Allah SWT”.

Tauhid Asma’ Dan Sifat


Tauhid Asma’ dan Sifat membawa maksud kepercayaan tegas
dan jitu yang Allah SWT mempunyai nama-nama yang baik
dan sifat-sifat yang maha tinggi. Dia adalah tuhan yang bersifat
dengan segala sifat kesempurnaan dan bersih daripada segala sifat
kekurangan. Dia berbeza sama sekali dengan segala makhluk yang
dicipta-Nya.

56
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Ahli Sunah Waljamaah mengenal tuhan mereka menerusi


sifat-sifat-Nya yang terdapat dalam al-Quranul Karim. Mereka
menyifatkan Tuhan berdasarkan apa yang disifatkan tuhan untuk
dirinya sendiri dan berdasarkan apa yang disifatkan Rasulullah
SAW untuk- Nya. Mereka tidak menyelewengkan kalam Allah
daripada tempatnya dan juga tidak menolak nama-nama dan ayat-
ayat Allah. Mereka mengisbatkan apa yang diisbatkan Allah untuk
diri-Nya tanpa ada sebarang contoh, cara, penolakan mahupun
penyelewengan. Kaedah yang mereka pakai ialah firman Allah
SWT:
َ
ْ ْ َ‫َل ْي َس ِك ْث ِ ِلۦ ش‬
َّ ‫� ٌء ۖ َو ُه َو‬
١١ �ُ ‫ٱلس ِم ُيع ٱل َب ِص ي‬
‫۝‬
Maksudnya: ….tiada sesuatupun yang sebanding dengan (Zat-
Nya, sifat-sifat-Nya, dan pentadbiran-Nya) dan Dia lah yang
Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.
(al-Syura 42: 11)

Firman Allah SWT:


ۚ ٰٓ َ ْ َ ٓ ‫َ َّ ْ أَ ْ َ ٓ ُ ْ ُ ْ نَ ٰ َ ْ ُ ُ َ ۖ َ َ ُ ۟ َّ نَ ُ ْ ُ َ ف‬
‫و ِل ِل ٱلساء ٱلس� فٱدعوه ِب�ا وذروا ٱل ِذ ي� يل ِحدون ِ� أسـ ِئ ِهۦ‬
َ ُ ۟ َُ َ
‫۝‬١١ ‫َس ُي ْج َز ْون َما كنوا َي ْع َملون‬
Maksudnya: Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang
mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadanya dengan menyebut
nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari
kebenaran dalam masa menggunakan nama-nama-Nya. Mereka
akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan.
(al-A’raf 7: 180)

Ahli Sunah Waljamaah tidak menetapkan cara tertentu


kepada sifat-sifat Allah SWT, kerana Allah SWT sendiri tidak
pernah memberitahu cara berkaitan dengan sifat-sifat-Nya itu,
sedangkan yang makruf diketahui, tidak ada yang lebih mengetahui
tentang Allah SWT melainkan Allah SWT sendiri.

57
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Firman Allah SWT:


َ ُ َ ْ َ َ ْ ُ‫َ َ َ ضْ ُ ۟ َّ ْ أَ ْ َ َ ۚ َّ َّ َ َ ْ َ ُ َ َ ت‬
‫۝‬
٧٤ ‫� بوا ِل ِل ٱلمثال ِإن ٱلل يعل وأن� ل تعلون‬ ِ ‫فل ت‬
Maksudnya: Oleh itu, janganlah kamu mengadakan sesuatu yang
sebanding dengan Allah, kerana sesungguhnya Allah mengetahui
(setakat mana buruknya perbuatan syirik kamu) sedang kamu
tidak mengetahuinya.
(al-Nahl 16: 74)

Tidak ada seorang pun yang lebih mengetahui tentang Allah


selepas daripada Allah SWT selain daripada Rasulullah SAW.

Firman Allah SWT:

‫۝‬٤ ‫وح‬ ٌ ْ ‫۝ ِإ ْن ُه َو ِإ َّل َو‬٣ ‫نط ُق َع ِن ْ َٱل َو ٰٓى‬


ٰ َ ‫ح ُي‬ ِ ‫َو َما َي‬
Maksud: Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung
dengan ugama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya
sendiri. Segala yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau
hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepada-Nya.
(al-Najm 53: 3-4)

Ahli Sunnah Waljamaah beriman bahawasanya Allah


SWT adalah Tuhan yang Maha Awal, tidak ada sesuatu sebelum
daripada-Nya, Tuhan yang Maha Akhir, tidak ada sesuatu selepas-
Nya. Tuhan yang Maha Zahir, tidak ada sesuatu di atas-Nya dan
Tuhan yang Maha Batin, tidak ada sesuatu di hadapannya.

ٌ َ ْ َ‫ُ َ ْ أَ َّ ُ َ ْ َٔ ُ َ َّ ٰ ُ َ ْ َ ُ ۖ َ ُ َ ُ ّ ش‬
‫۝‬٣ �‫ك � ٍء ع ِل ي‬ ِ ‫هو ٱلول وٱلـ ِاخر وٱلظـ ِهر وٱلب ِاطن وهو ِب‬
Maksudnya: Dialah yang Awal dan yang Akhir; dan yang Zahir
serta yang Batin; dan Dialah yang Maha Mengetahui akan tiap-
tiap sesuatu.
(al-Hadid 57: 3)

Ahli Sunah Waljamaah menjelaskan, zat Allah SWT sama


sekali tidak sama dengan zat-zat makhluk. Begitu juga dengan

58
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

sifat-sifat-Nya sama sekali tidak sama dengan sifat-sifat makhluk,


kerana Allah SWT itu tidak ada yang serupa, sebanding dan sama
dengannya, malah sama sekali tidak boleh diqiyaskan dengan
para makhluk. Ahli al-Sunnah mengisbatkan bagi Allah apa yang
Allah SWT sendiri isbatkan untuk diri-Nya dalam bentuk isbat
yang tidak berbentuk atau bercontoh tertentu dan bersih daripada
sebarang penyelewengan dan penolakan.

Ahli Sunah Waljamaah beriman yang Allah SWT beristiwa’


di atas Arasy, di atas daripada langit yang tujuh, sebagaimana
mereka beriman tinggi Allah SWT di atas para makhluk, dalam
bentuk yang layak dengan kebesaran-Nya. Dia berpisah daripada
makhluk-Nya dan ilmu-Nya meliputi segala sesuatu, sebagaimana
yang Dia beritahu.
Firman Allah SWT:
ْ َ َ ْ َّ
‫۝‬٥ ‫ح ٰـ ُن َعل ٱل َع ْر ِش ْٱس َت َو ٰى‬‫ٱلر‬
Maksudnya: Iaitu (Allah) al-Rahman, yang bersemayam di atas
Arasy.
(Taha 20: 5)
Firman Allah SWT:
ْ‫۝ َأم‬ ُ ُ َ ‫ت‬ َ َ َ َ ْ َ‫َ َ تُ َّ ف َّ َ ٓ َ َ خْ َ ُ ُ ْ أ‬
١٦ ‫ءأ ِمن� من ِ� ٱلسما ِء أن ي� ِسف ِبك ٱلرض ف ِإذا ِه �ور‬
َ َ َ َ َ ۖ َ ْ ُ ْ َ َ َ ْ ُ َ ٓ َ َّ ‫َ تُ َّ ف‬
‫اص ًبا ف َس َت ْع ُلون ك ْيف‬
ِ ‫أ ِمن� من ِ� ٱلسما ِء أن ي� ِسل عليك ح‬
َ
١٧ِ �‫ن ِذ ي‬
‫۝‬
Maksudnya: Patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada
Tuhan yang pusat pemerintahan-Nya di langit itu: menunggang-
balikkan bumi menimbus kamu, lalu bergegarlah bumi itu dengan
serta-merta (melenyapkan kamu di bawahnya)? atau patutkah
kamu merasa aman (tidak takut) kepada Allah yang pusat
pemerintahan-Nya di langit itu: menghantarkan kepada kamu
angin ribut yang menghujani kamu dengan batu; maka dengan itu,
kamu akan mengetahui kelak bagaimana buruknya kesan amaran-
Ku?
(al-Mulk 67: 16-17)
59
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Firman Allah SWT:


ُ ْ َّ ُ َ ْ ُ َ ْ َ ْ َ ۚ ً َ ُ َّ ْ َّ َ َ َّ ْ ُ ُ َ َ َ
‫ك ٱلط ِّي ُب َوٱل َع َمل‬ِ ‫من كن ي ِ� يد ٱل ِعزة ف ِل ِل ٱل ِعزة ج ِ�يعا ِإلي ِه يصعد ٱل‬
ْ ۖ َ ٌ َ َ ْ ُ َ َٔ ّ َّ َ ُ ُ ْ َ َ‫َّ ٰ ُ َ ْ َ ُ ُ ۚ َ َّ ن‬
‫اب ش ِد ٌيد َو َمك ُر‬ ‫ات لم عذ‬ ِ ‫ٱلصـ ِلح ي�فعهۥ وٱل ِذ ي� ي�كرون ٱلس ِيـ‬
ُ ُ َ َ ُ َ ٰٓ َ ۟ ُ
‫۝‬١٠ ‫أولـ ِئك هو يبور‬
Maksudnya: Sesiapa yang mahukan kemuliaan (maka hendaklah
ia berusaha mencarinya dengan jalan mematuhi perintah Allah),
kerana bagi Allah jualah segala kemuliaan. Kepada Allahlah
naiknya segala perkataan yang baik (yang menegaskan iman dan
tauhid, untuk dimasukkan ke dalam kira-kira balasan), dan amal
yang soleh pula di angkatnya naik (sebagai amal yang makbul-
yang memberi kemuliaan kepada yang melakukannya). Dan
sebaliknya: orang-orang yang merancangkan kejahatan (untuk
mendapat kemuliaan), adalah bagi mereka azab seksa yang berat;
dan rancangan jahat mereka (kalau berkesan) akan rosak binasa.
(Fatir 35: 10)

Berhubung dengan Allah SWT beristiwa’ di atas Arasy, kalimah


istiwa’ sebenarnya dari segi bahasa merujuk kepada empat bentuk
iaitu:

Mutlak dan tidak terikat dengan apa-apa perkataan. Ia


membawa makna sempurna.

Firman Allah SWT:


ْ َ‫َ َ َّ َ َ َ َ ُ َّ ُ َ ْ َ َ ٰٓ َ َ ْ َ ٰ ُ ُ ْ ً َ ْ ً ۚ َ َ َٰ َ ن‬
‫ولا بلغ أشدهۥ وٱستوى ءاتينـه حكا و ِعلا وكذ ِلك ج� ِزى‬
‫۝‬ ُْ
١٤ �‫ٱل ْح ِس ِن نَي‬
Maksudnya: Dan ketika Musa sampai ke peringkat umurnya
yang cukup kekuatannya dan sempurna, Kami beri kepadanya
kebijaksanaan serta ilmu pengetahuan; dan demikian Kami
membalas orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.
(al-Qasas 28: 14)

60
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Kalimah istiwa’ yang terdapat dalam ayat di atas membawa


maksud kejadian dan akal Nabi Musa As sempurna.

Terikat dengan partikel jar ‘ala’ yang membawa maksud tinggi.


Misalnya firman Allah SWT:
ٰ‫ٱل ْر َض ِ ف� ِس َّت ِة َأ َّ ي� ٍم ثُ َّ� ْٱس َت َوى‬َ‫ْ أ‬
َّ ‫ٱلل َّٱل ِذى َخ َل َق‬
‫ٱلس َم ٰـ َٰو ِت َو‬ ُ َّ ‫ك‬
ُ ُ ‫ِإ َّن َر َّب‬
َ‫َ َ ْ َ ۖ َ ْ أ‬
‫۝‬٣ ‫عل ٱلع ْر ِش ُيد ّ ِب ُ� ٱلمر‬
َ ْ
Maksudnya: Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang
menjadikan langit dan bumi dalam masa enam hari kemudian ia
bersemayam di atas Arasy mentadbirkan segala urusan….
(Yunus 10: 3)

Terikat dengan partikel jar ‘Ila’ yang membawa maksud menuju.


Firman Allah SWT:
َ َ ْ َ‫َ ٌ َ َ َ َ ْ أ‬
‫ه ُدخان فقال َلا َوِلل ْر ِض ٱئ ِت َيا ط ْو ًعا أ ْو‬ َّ ‫ثُ َّ� ْٱس َت َو ٰٓى إ َل‬
َ ِ ‫ٱلس َم ٓا ِء َو‬
َ ِ
ٓ َ َ ٓ َ َ َ
١١ �َ‫ك ْر ًها قال َتا أت ْي َنا طا ِئ ِع ي ن‬
‫۝‬
Maksudnya: Kemudian ia menunjukkan kehendak-Nya ke arah
(bahan-bahan) langit sedang langit itu masih berupa asap; lalu ia
berfirman kepadanya dan kepada bumi: “Turutlah kamu berdua
akan perintah-Ku, sama ada dengan sukarela atau dengan paksa!”
Keduanya menjawab: “Kami berdua sedia menurut - patuh dengan
sukarela”.
(Fussilat 41: 11)

Disertai dengan huruf wau, yang membawa makna persamaan.


Misalnya kata-kata yang pernah diungkapkan oleh pakar-
pakar tatabahasa Arab: istawa al-Ma’u Wa al-Khasyabatu yang
membawa maksud air dengan kayu yang berada di atas telaga itu,
sama (Ibn Uthaimin,2007:82-83).

Tinggi atau uluww pula melibatkan dua jenis iaitu pertama


tinggi yang berbentuk umum iaitu tinggi Allah SWT di atas
segala makhluk, seperti langit, bumi, bukit bukau, gunung-
61
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

ganang, manusia dan lain-lain. Kedua tinggi yang berbentuk


khusus iaitu tinggi Allah SWT di atas Arasy. Kerana itu kita tidak
halal menyatakan “Allah SWT beristiwa’ di atas para makhluk”,
sebaliknya kita hendaklah menyatakan: Allah SWT beristiwa’ di
atas Arasy secara khusus.

Tentang Istiwa’ di atas Arasy, Imam Malik menyatakan:

“Istiwa’ itu tidak dijahili oleh orang ramai, caranya tidak dapat
ditangkap oleh akal, beriman dengannya adalah wajib dan menyoal
tentangnya adalah bidaah”.

Maksud “istiwa’” tidak dijahili ialah setiap insan dapat menangkap


erti istiwa’ berdasarkan fitrah semula jadi ciptaan tuhan kepada
mereka dan mengetahui Allah beristiwa’ berdasarkan bentuk yang
layak dengan kebesaran-Nya.

Maksud “caranya tidak dapat ditangkap oleh akal fikiran”


ialah akal tidak dapat memahami dan menangkap bagaimana
cara Allah SWT beristiwa’. Apabila akal gagal mengesan
bagaimana cara Allah SWT beristiwa’ di atas Arasy, ia terserah
kepada maklumat berdasarkan wahyu. Jika wahyu sendiri tidak
menjelaskan bentuk cara tersebut, akal akan berhenti memikirkan
cara istiwa’ itu. Maksud “beriman dengannya itu wajib” ialah
istiwa’ tidak dijahili, manakala tinggi dan beriman dengannya
adalah wajib, kerana itu yang terdapat dalam al-Kitab dan al-
Sunnah.

Maksud “menyoal tentang istiwa’ itu bidaah” ialah menyoal


tentang cara istiwa itu berlaku. Ia menjadi bidaah dilihat dari
dua sudut iaitu pertama menyoal tentangnya merupakan perkara
agama dan akidah. Tidak ada seorang pun dalam kalangan sahabat
yang bertanya Nabi SAW tentang cara istiwa’ itu, sedangkan
mereka merupakan golongan yang sangat kuat keinginan untuk
mengetahui perkara yang bersangkutan dengan urusan agama dan
dalam masa yang sama, orang yang boleh menjawab persoalan
tersebut ada di hadapan mereka iaitu Rasulullah SAW. Jika
sebab ada dan halangan tidak ada, sudah tentu ketika itu akan

62
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

wujud sesuatu, tetapi para sahabat tidak pula bertanya Rasulullah


SAW tentang perkara tersebut. Ini kerana adab mereka dengan
Allah SWT dan Rasul-Nya begitu tinggi sekali dan mereka pula
mengetahui isu yang hendak ditanya itu tidak mungkin dapat
dicapai dengan akal fikiran mereka. Kedua menyoal tentangnya
adalah tanda-tanda orang- orang suka melakukan amalan bidaah.
Dengan kata lain, tidak ada seorang pun yang bertanya tentang
cara istiwa’ itu berlaku melainkan jelas dia seorang ahli bidaah
(Ibn Uthaimin, 2007: 83-84).

Berhubung dengan takwilan sesetengah golongan dalam


kalangan umat Islam yang menyatakan istiwa’ membawa maksud
memiliki dan menguasai. Dengan lain perkataan bagi golongan
ini Allah SWT itu memiliki dan menguasai Arasy dan bukan
berada tinggi di atas Arasy. Takwilan sebegini boleh dijawab dari
beberapa sudut iaitu:

Takwilan beristiwa’ dengan makna memiliki dan menguasai


Arasy, bertentangan dengan zahir lafaz nas tentang beristiwa’ di
atas Arasy. Ini kerana sesuatu lafaz yang zahir sama sekali tidak
boleh ditinggalkan kemudian dikaitkan dengan perkara lain
melainkan dengan adanya dalil yang khusus, lebih-lebih lagi yang
melibatkan perkara-perkara ghaib.

Takwilan istiwa’ dengan makna memiliki dan menguasai Arasy,


bertentangan ijmak salafus salih. Tidak ada seorang pun dalam
kalangan tokoh salafus salih yang mentakwilkan istiwa’ dengan
makna memiliki dan menguasai Arasy.

Takwilan istiwa’ dengan makna memiliki dan menguasai


akan mengundang banyak kebatilan, antaranya pertama Arasy itu
kelihatan dimiliki oleh sesuatu yang lain daripada Allah SWT dan
kemudian Allah SWT memilikinya dengan cara menguasainya
semula. Penguasaan ini tidak akan berlaku melainkan selepas
penciptaan langit dan bumi. Kedua, jika diharuskan, bermakna
harus juga kepada kita menyatakan: Allah beristiwa’ di atas bumi,
kerana Dia menguasai bumi. Ke tiga, ia bercanggah dengan
penggunaan bahasa Arab, sebagaimana ia juga bertentangan

63
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

dengan zahir nas. Istawa bukan bermakna memiliki dan menguasai


(Ibn Uthaimin, 2007: 85-86).

Ahli al-Sunnah Wa al-Jamaah beriman, Arasy dan Kursi adalah


benar dan tidak diragui lagi.

Firman Allah SWT:


‫َّ ُ َ ٓ َ ٰ َ َّ ُ َ ْ َ ُّ ْ َ ُّ ُ ۚ َ تَ أْ ُ ُ ُ َ ٌ َ َ َ ْ ٌ ۚ َّ ُ َ ف‬
�ِ ‫ٱلل ل ِإلـه ِإل هو ٱل ٱلقيوم ل �خذهۥ ِسنة ول نوم لۥ ما‬
َ‫ف ْ أ‬
ُ‫ٱل ْر ِضۗ َمن َذا َّٱل ِذى َي ْش َف ُع ِع َند ُه ٓۥ ِإ َّل ِب إ� ْذ ِن ِهۦ ۚ َي ْع َل‬ �ِ ‫ٱلس َم ٰـ َٰو ِت َو َما‬
َّ
ِ
َ‫� ٍء ِّم ْن ِع ْ ِل ِه ٓۦ إ َّل ب َ�ا َش ٓاء‬ ْ َ ‫َ َ ْ نَ َ ْ ْ َ َ َ ْ فَ ُ ْ ۖ َ َ ُ ُ َ ش‬
ِ ِ ‫ما ب ي� أي ِد ي ِ�م وما خل�م ول ي ِ�يطون ِب‬
ْ ۚ ُْ َ ۖ َ‫ْ أ‬ َّ ‫ۚ َو ِس َع ُك ْر ِس ُّي ُه‬
‫ٱلس َم ٰـ َٰو ِت َوٱل ْر َض َول َي ُٔـ ُود ُهۥ ِحفظ ُه َما َو ُه َو ٱل َع ِ ُّل‬
ْ
۲٥٥ �ُ ‫ٱل َع ِظ ي‬
‫۝‬
Maksudnya: Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan
Dia, yang tetap hidup, yang kekal selama- lamanya mentadbirkan
(sekalian makhluk-Nya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur.
Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi.
Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisi-
Nya melainkan dengan izin-Nya. Yang mengetahui apa yang ada
di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang
mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah
melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya).
Luasnya Kursi Allah (ilmu-Nya dan kekuasaan-Nya) meliputi
langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah
menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia-lah yang Maha
Tinggi (darjat kemuliaan-Nya), lagi Maha Besar (kekuasaan-Nya).
(al-Baqarah 2: 255)

Arasy adalah makhluk yang paling tinggi, paling besar dan


paling agung. Ia merupakan atap yang melindungi para makhluk,
tidak ubah bagaikan kubah kepada dunia. Tidak ada yang tahu
kadarnya yang sebenar selain daripada Allah SWT sahaja. Ia
mempunyai tiang-tiang yang dipikul oleh para malaikat. Kursi
berada di hadapan Arasy. Kursi bila dinisbahkan kepada Arasy

64
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

tidak ubah bagaikan satu bulatan kecil yang berada di laman


yang seluas langit dan bumi. Allah SWT Maha Kaya daripada
berhajat kepada Arasy dan Kursi, bahkan Allah SWT Maha Besar
daripada itu semua. Arasy dan Kursi ditanggung dengan qudrat
dan kekuasaan Allah SWT.

Ahli Sunah Waljamaah beriman, Allah SWT telah


menciptakan Nabi Adam AS dengan kedua- dua tangan-Nya.
Kedua-dua tangan-Nya adalah kanan. Kedua-dua tangan-Nya
terbentang untuk membelanjakan apa yang dikehendaki-Nya,
sebagaimana yang Allah SWT sifatkan sendiri untuk diri- Nya.
Firman Allah SWT:
َ ْ َۖ َْ َ َ َ َ ُ ‫َق َال َي ٰٓـإ ْب ِل‬
‫يس َما َم َن َعك أن ت ْس ُج َد ِ َلا خلق ُت ِب َي َد َّى أ ْس َتك َب ْ� َت أ ْم‬ ِ
ْ ُ
َ ‫ك‬
‫۝‬٧٥ َ �‫نت ِم َن ٱل َعا ِل ي ن‬
Maksudnya: Allah berfirman: “Hai lblis! apa yang menghalangmu
daripada turut sujud kepada (Adam) yang Aku telah ciptakan
dengan kekuasaan-Ku? Adakah engkau berlaku sombong takbur,
ataupun engkau dari golongan yang tertinggi? “
(Sad 38: 75)

Firman Allah SWT:


ُ‫ول ۚ ُغ َّل ْت َأ ْي ِد ي� ْم َوُل ِع ُن ۟وا ب َ�ا َق ُال ۟وا ۘ َب ْل َي َداه‬
ٌ‫َ َ َ ْ َ ُ ُ َ ُ َّ َ ْ ُ َ ة‬
‫ٱلل مغل‬
ِ ‫وقال ِت ٱل ي�ود يد‬
ُ ِ ِ
َ َ َ ٓ َ َّ َ ۚ َٓ َ َ َ
‫َم ْب ُسوط َت ِان ُي ِنف ُق ك ْيف َيشا ُء َول َي زِ� َيدن ك ِث ي ً�ا ِّم نْ ُ�م َّما أ ن ز ِ�ل ِإل ْيك ِمن‬
َ ٰ َ ْ ْ َ ٰ َ َ ٓ َ ْ َ ْ َ َ َ َٰ َ ْ ُ ُ َ‫َّ ّ َ ُ ْ َ ٰ ً َ ُ ْ ً ۚ َ َ ْ َ ْ َ َ ْ ن‬
ۚ ‫ر ِبك طغيـنا وكفرا وألقينا بي�م ٱلعدوة وٱلبغضاء ِإل يو ِم ٱل ِقيـم ِة‬
َّ َ ۚ ً َ َ ْ َ‫ُ َّ َ ٓ َ ْ َ ُ ۟ نَ ً ّ ْ َ ْ َ ْ َ َ َ َّ ُ ۚ َ َ ْ َ ْ َ ف ْ أ‬
ُ‫ٱلل‬ ‫كا أوقدوا �را ِللحر ِب أطفأها ٱلل ويسعون ِ� ٱلر ِض فسادا و‬
ْ ُ ْ ُّ ُ َ
‫۝‬ ٦٤ �َ‫ٱلف ِس ِد ي ن‬ ‫ل ي ِ�ب‬
Maksudnya: Dan orang-orang Yahudi itu berkata: “Tangan Allah
terbelenggu (bakhil - kikir)”, tangan merekalah yang terbelenggu dan
mereka pula dilaknat dengan sebab apa yang mereka telah katakan

65
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

itu, bahkan kedua tangan Allah sentiasa terbuka (nikmat dan


kurnia-Nya luas melimpah-limpah). Dia belanjakan (limpahkan)
sebagaimana yang Dia kehendaki; dan demi sesungguhnya,
apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu akan
menjadikan kebanyakan daripada mereka bertambah derhaka dan
kufur; dan Kami tanamkan perasaan permusuhan dan kebencian
di antara mereka hingga hari kiamat. Tiap-tiap kali mereka
menyalakan api peperangan, Allah memadamkannya; dan mereka
pula terus-menerus melakukan kerosakan di muka bumi, sedang
Allah tidak suka kepada orang-orang yang melakukan kerosakan.
(al-Ma’idah 5: 64)

Ahli Sunah Waljamaah mengisbatkan Allah SWT


mempunyai ilmu, qudrat, kekuatan, kemuliaan, berkata-kata,
hidup, cinta, rahmat, diri, marah, murka, benci, reda, ketawa,
bersama, kaki, betis, tangan, pendengaran, penglihatan, wajah,
mata dan lain- lain sifat yang layak dengan kebesaran, keagungan
dan kesempurnaan Allah SWT, yang Allah SWT sifatkan sendiri
untuk diri-Nya dalam al-Kitab dan yang disifatkan oleh Nabi
SAW dalam Sunnah baginda dengan cara yang hanya diketahui
oleh Allah SWT sahaja dan kita sama sekali tidak mengetahuinya,
kerana Allah SWT sama sekali tidak memberitahu kepada kita
cara bagaimana sifat-sifat-Nya itu. Antaranya firman Allah SWT:
ٰ َ َ ُ َ ْ َ ٓ ُ َ َ َّ ۖ ٓ َ َ‫َ َ َ تَ خ‬
‫۝‬ َ
٤٦ ‫كا أسع وأرى‬ َ ‫قال ل �افا ِإن ِ ن� مع‬
Maksudnya: Allah berfirman: “Janganlah kamu takut,
sesungguhnya Aku ada bersama-sama kamu; Aku mendengar dan
melihat segala-galanya.
(Taha 20: 46)

Firman Allah SWT:


َّ َ ۚ َ َ ُ ْ ُ ْ َ ْ َّ ً ُ ُ َ ُ ْ َ َ َ َ َ ً
‫ص ْم َعل ْيك َو َك‬ ‫َو ُر ُسل ق ْد ق َص ْص َن ٰـ ُه ْم َعل ْيك ِمن قبل ورسل ل نقص‬
ْ َ ٰ َ ُ ُ َّ
‫۝‬ ١٦٤ ‫وس ت ِك ي� ًما‬ ‫ٱلل م‬
Maksudnya: Dan (Kami telah mengutuskan) beberapa orang

66
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Rasul yang telah Kami ceritakan kepadamu dahulu sebelum ini,


dan Rasul-rasul yang tidak Kami ceritakan hal mereka kepadamu.
Dan Allah telah berkata-kata kepada Nabi Musa dengan kata-kata
(secara langsung, tidak ada perantaraan).
(al-Nisa’ 4: 164)

Firman Allah SWT:


ْ ْ َ ٰ َ َ ْ ُ َ ّ َ ُ ْ َ ٰ َ‫َ َ ْ ق‬
۲٧ ‫ٱل ك َر ِام‬
‫۝‬ ‫ٱللـ ِل و ِإ‬
‫ويب� وجه ر ِبك ذو ج‬
Maksud: Dan akan kekallah zat Tuhanmu yang mempunyai
kebesaran dan kemuliaan.
(al-Rahman 55: 27)

Ahli Sunah Waljamaah beriman, seafdal- afdal dan nikmat


yang paling menyeronokkan yang diperoleh oleh ahli Syurga ialah
melihat Allah SWT di akhirat dengan mata-mata mereka. Mereka
menziarahi Allah, Allah berbicara dengan mereka dan mereka
pula berbicara dengan Allah.
Firman Allah SWT:
ٌ َ ٌ
۲٣ ‫۝ ِإ ٰل َر ِبّ َ�ا نَ� ِظ َرة‬
‫۝‬ ۲۲ ‫ُو ُج ٌوه َي ْو َم ِئ ٍذ نَّ� ِ�ض َ ة‬
Maksudnya: Pada hari akhirat itu, muka (orang-orang yang
beriman) berseri-seri;. melihat kepada Tuhannya.
(al-Qiyamah 75: 22-23)

Ahli Sunah Waljamaah beriman Allah SWT turun ke langit


dunia pada satu pertiga malam yang terakhir dalam bentuk turun
yang sesuai dengan kebesaran dan keagungan-Nya tanpa terikat
dengan cara tertentu. Nabi SAW bersabda dalam hadis yang
diriwayatkan oleh Muslim (no hadis: 168) daripada Abu Hurairah
RA:
ُ ُُ َ ْ ُّ َ َّ َ ‫َ نْ ز ُ َ ُّ َ َ َ َ َ َ َ َ َ ُ َّ َ ْ َ ة‬
‫الدن َيا ِح ْ ي ِن� َي ْب ق ي� ثلث‬ ‫ي ِ�ل ر بنا تبارك وتعال ك لي ٍل ِإل السم ِاء‬
ُ َ
ُ،‫ َو َم ْن َي ْسأ ُل ن� َفأ ْعط َيه‬،‫يب َ ُل‬ َ َ ْ َ َ ‫َّ ْ آ َ ُ ُ َ ْ َ ْ ُ ن‬
ِ ‫ِي‬ ‫و� فأست ِج‬ ‫ي‬ ِ ‫ من يدع‬:‫ ف َيقول‬،‫الل ْي ِل ال ِخ ُر‬
َ ْ ََ ْ
‫َو َم ْن َي ْس َتغ ِف ُر ِ ن ي� فأغ ِف َر ُل‬
67
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Maksudnya: Tuhan kita Tabaraka Wata’ala turun setiap malam


ke langit dunia sehingga ke waktu satu pertiga malam yang
terakhir. Dia berfirman: Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, Aku
akan perkenankan doanya. Sesiapa yang meminta daripada-Ku,
Aku akan penuhi permintaannya. Sesiapa yang memohon ampun
daripada-Ku, Aku akan ampunkan dosanya.

Ahli Sunah Waljamaah beriman, Allah SWT datang pada


hari kiamat untuk melakukan perbicaraan dan menjatuhkan
hukuman dalam kalangan manusia. Datang Allah SWT itu adalah
dalam bentuk yang layak dengan keagungan dan kebesaran-Nya,
tanpa terikat dengan cara tertentu, sebagaimana yang Dia sendiri
jelaskan dalam al-Kitab.

Firman Allah SWT:

َ�‫ٱل َل ٰٓـ ِئ َك ُة َو ُق ِ ض‬ ُ َّ ‫ون إ َّ ٓل َأن َ ي أْ� ِت يَ ُ� ُم‬


َ ْ ‫ٱلل ِ ف� ُظ َلل ِّم َن ْٱل َغ َم ِام َو‬ َ ُُ َ َْ
‫هل ينظر‬
ُ‫ِ ْ أَ ۚ َ َّ ُ َ ٍ ْ أ‬
‫۝‬ ۲١٠ ‫ٱلل ت ْ�ج ُع ٱل ُم ُور‬
ِ ‫ٱل ْم ُر َو ِإل‬
Maksudnya: (Orang-orang yang ingkar itu) tidak menunggu
melainkan kedatangan (azab) Allah kepada mereka dalam
lindungan-lindungan awan, bersama- sama dengan malaikat
(yang menjalankannya), padahal telah pun diputuskan perkara
itu (balasan azab yang menimpa mereka); dan kepada Allah jua
kembalinya segala urusan.
(al-Baqarah 2:210)

Firman Allah SWT:


ْ‫َ َ أ‬ ْ‫ْ َ َ ُ َ أ‬ ْ َ َ ُُ َ َْ
َ ‫ون إ َّ ٓل أن تَ أ� ِت يَ ُ� ُم‬
‫ٱلل ٰٓـ ِئكة أ ْو َ ي� ِ ت َ� َر ُّبك أ ْو َ ي� ِ ت َ� َب ْع ُض‬
ْ ِ ‫هل ينظر‬
َ َْ َ َ َ ‫أ‬ َۗ
‫َء َاي ٰـ ِت َر ِّبك َي ْو َم َ ي� ِ ت� َب ْع ُض َء َاي ٰـ ِت َر ِّبك ل َينف ُع نف ًسا ِإ ي َ� ٰـ نُ َ�ا ْل‬
َّ�‫ٱنتظ ُر ٓو۟ا إ ن‬ َ ‫َت ُك ْن َء َام َن ْت من َق ْب ُل َأ ْو َك َس َب ْت ف ٓ� إ َ� ٰـ ن َ�ا َخ ْ ً�اۗ ُقل‬
ِ ِ ِ ‫ِ ِي ِ ي‬ ِ
َ
١٥٨ ‫ُم َنت ِظ ُرون‬
‫۝‬

68
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Maksudnya: Apakah (yang ditunggu-tunggu oleh mereka


yang tidak beriman itu?) mereka tidak menunggu melainkan
kedatangan malaikat (yang mencabut nyawa mereka), atau
kedatangan (azab) Tuhanmu, atau kedatangan sebahagian dari
tanda-tanda Tuhanmu (yang menjadi alamat hari kiamat). Pada
hari datangnya sebahagian dari tanda-tanda Tuhanmu itu, tidak
berfaedah lagi iman seseorang yang tidak beriman sebelum itu, atau
yang tidak berusaha mengerjakan kebaikan mengenai imannya.
Katakanlah: “Tunggulah kamu (akan apa yang kamu berhak
mendapatnya), dan Kami pun sebenarnya menunggu (akan apa
yang telah dijanjikan oleh Tuhan kepada kami)”.
(al-An’am 6: 158)

Selain daripada teks-teks daripada al-Quran dan hadis di


atas, terdapat juga penegasan daripada tokoh- tokoh salafus salih
terdahulu. Misalnya al-Imam Muhammad bin Muslim al-Zuhri
menyebut, sebagaimana yang dinukilkan oleh Imam al-Baghawi
dalam Syarah al- Sunnah:

“Risalah datang daripada Allah, Rasulullah yang menyampaikan


dan kita wajib beriman”.

Al-Imam al-Hafiz al-Hujjah Sufyan bin Uyainah menegaskan,


sebagaimana yang dinukilkan oleh Imam al-Lalika’i dalam Syarah
Usul I’tiqad Ahli al-Sunnah Wa al-Jamaah.

“Setiap yang Allah sifatkan untuk diri-Nya dalam al- Quran,


membacanya adalah tafsirnya dan bukan dengan cara dan contoh
tertentu”.

Al-Imam al-Syafi’i menjelaskan, sebagaimana yang terdapat


dalam Lum’ah al-I’tiqad al-Hadi Ila Sabil al- Rasyad oleh Ibn
Qudamah al-Maqdisi:

“Aku beriman dengan Allah dan dengan apa yang dibawa oleh
Rasulullah mengikut yang dikehendaki Allah. Aku beriman dengan
Rasulullah dan dengan apa yang dibawa oleh Rasulullah mengikut
yang dikehendaki Rasulullah”.

69
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Imam Malik bin Anas pernah menegaskan,sebagaimana yang


dikeluarkan oleh Imam al-Baghawi dalam Syarah al-Sunnah:

“Jauhilah daripada melakukan bidaah. Beliau ditanya: Apakah


bidaah itu? Jawab beliau: Ahli bidaah ialah orang-orang yang
membicarakan tentang nama-nama Allah, sifat-sifat-Nya, kalam-
Nya, ilmu-Nya dan qudrat- Nya. Mereka tidak mendiamkan diri
daripada apa yang didiamkan oleh para sahabat dan para tabiin
yang mengikut jejak langkah mereka dengan baik”.

Seorang lelaki pernah bertanya Imam Malik tentang firman


Allah “Tuhan al-Rahman beristiwa’ di atas Arasy” sebagaimana
yang disebutkan oleh Imam al- Baghawi dalam Syarah al-Sunnah,
bagaimana Dia beristiwa’. Jawab beliau:

“Istiwa’ itu tidak dijahili. Caranya tidak boleh ditangkapi dengan


akal. Beriman dengannya adalah wajib dan bertanya tentangnya
adalah bidaah. Aku tidak melihat anda melainkan seorang yang
sesat”.

Imam Abu Hanifah menjelaskan, sebagaimana yang terdapat


dalam Syarah al-Aqidah al-Tahawiyah:

“Tidak sewajarnya kepada seseorang membicarakan tentang


zat Allah dengan sesuatu perbicaraan, bahkan hendaklah dia
menyifatkan Allah berdasarkan apa yang Allah sifatkan sendiri
untuk diri-Nya dan jangan mengulasnya berdasarkan pendapat
sendiri. Maha Berkat Allah, Tuhan sekalian alam”.

Imam Abu Hanifah juga pernah menegaskan, sebagaimana


yang dikemukakan oleh Imam al-Zahabi dalam al-Uluww Li al-
Aliyyi al-Ghaffar:

“Sesiapa yang menafikan Allah Azza Wajalla berada di langit,


sesungguhnya dia telah kafir”.

Al-Walid bin Muslim al-Qurasyi menjelaskan, sebagaimana


yang terdapat dalam Syarah al-Sunnah oleh Imam al-Baghawi dan

70
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Usul al-I’tiqad oleh al-Lalika’i:

“Aku pernah bertanya al-Awza’i, Sufyan bin Uyainah dan Malik


bin Anas tentang hadis-hadis yang membicarakan sifat-sifat tuhan
dan melihat tuhan. Mereka semua menjawab: Berinteraksilah
dengannya sebagaimana ia datang tanpa mengaitkan dengan cara
tertentu”.

Imam Nu’aim bin Hammad al-Khuza’i pernah menegaskan,


sebagaimana yang disebutkan oleh Imam al-Zahabi dalam al-
Uluww Li al-Aliyy al-Ghaffar.

“Sesiapa yang menyerupakan Allah dengan para makhluk-Nya,


sesungguhnya dia telah kafir. Sesiapa yang menolak apa yang
disifatkan oleh Allah untuk diri- Nya, sesungguhnya dia telah
kafir. Menyifatkan Allah sebagaimana yang Dia sifatkan sendiri
dan yang disifatkan oleh Rasul-Nya, bukan penyerupaan dengan
makhluk”.

Ibn Qudamah menulis antara lain sebagaimana yang


dikemukakan dalam Lum’ah al-I’tiqad al-Hadi Ila Sabil al-Rasyad:

“Berdasarkan cara inilah (mengisbatkan makna, mentafwid cara


dan tidak mentakwil), ia telah ditempuhi oleh golongan salaf
dan imam-imam khalaf RHM. Kesemua mereka bersepakat
memperakui dan mengisbatkan sifat-sifat yang terdapat dalam
kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya tanpa melakukan takwilan.
Kita diperintahkan untuk mengikut jejak langkah dan berpandukan
obor yang dibawa oleh mereka”.

Rukun Kedua: Beriman Kepada Para Malaikat


Beriman kepada para malaikat ialah beriman dengan kewujudan
mereka dan mempercayai tugas-tugas yang mereka laksanakan di
alam maya ini. Mereka adalah makhluk yang berada di alam ghaib,
yang kita tidak dapat melihat mereka, tetapi kita tetap beriman
dengan kewujudan mereka dalam bentuk yang pasti dan jelas dan
tidak dicelah oleh sebarang syak wasangka dan ragu-ragu.

71
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Firman Allah SWT:


َّ ‫َّ ّ َ ْ ُ ْ ُ َ ۚ ُ ٌّ َ َ َ ٱ‬ ْ َ َ ‫َ َ َ َّ ُ ُ َ ٓ ُ ن ز‬
‫لل‬
ِ �‫ءامن ٱلرسول ِب�ا أ ِ�ل ِإلي ِه ِمن ر ِب ِهۦ وٱلؤ ِمنون ك ءامن ِب‬
۟ َُ ۚ َ ُ َُ َ ُ َ َ
‫َو َمل ٰٓـ ِئك ِت ِهۦ َوك ُت ِب ِهۦ َو ُر ُس ِ ِلۦ ل نف ّ ِرق َب ْ ي نَ� أ َح ٍد ِّمن ُّر ُس ِ ِلۦ َوقالوا َ ِس ْع َنا‬
ُ َ ْ َ ْ َ َ َ َّ َ َ َ َ ْ ُ ۖ َ ْ َ َ َ
‫۝‬۲٨٥ �‫وأطعنا غفرانك ر بنا و ِإليك ٱل ِص ي‬
Maksudnya: Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan
kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang- orang yang beriman;
semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikat-Nya,
dan Kitab-kitab-Nya, dan Rasul-rasul-Nya. (Mereka berkata):
“Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-
rasul-Nya”. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami
pohonkan) keampunan-Mu wahai Tuhan kami, dan kepada-Mu
jualah tempat kembali”.
(al-Baqarah 2: 285)

Hukum Menolak Atau Mengingkari Kewujudan


Para Malaikat
Sesiapa sahaja yang menolak kewujudan para malaikat,
sesungguhnya dia telah kafir.

Firman Allah SWT:


َ َ َّ ْ َّ ‫َ ٰٓ َ ُّ َ َّ نَ َ َ ُ ٓ ۟ َ ُ ۟ ٱ‬
‫ولۦ َوٱل ِك َت ٰـ ِب ٱل ِذى نَ زَّ�ل َع ٰل‬ ِِ ‫س‬ُ ‫ر‬َ ‫و‬َ ‫لل‬
ِ �‫يـأ ي�ا ٱل ِذ ي� ءامنوا ء ِامنوا ِب‬
َ َ َّ ‫َ ْ ُ ۚ َ َ َ ْ ُ ْ ٱ‬ َ َ َّ ْ
‫لل َو َمل ٰٓـ ِئك ِت ِهۦ‬ِ �‫ولۦ َوٱل ِك َت ٰـ ِب ٱل ِذ ٓى أ ن زَ�ل ِمن قبل ومن يكفر ِب‬ ِ ِ ‫َر ُس‬
ً ًۢ َ َ َّ َ ْ َ َ ْ ْ ُ
‫۝‬ ١٣٦ ‫َوك ُت ِب ِهۦ َو ُر ُس ِ ِلۦ َوٱل َي ْو ِم ٱل َٔـ ِاخ ِر فقد ضل ضل ٰـل ب ِعيدا‬
َ
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! tetapkanlah iman
kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, dan kepada Kitab al-Quran
yang telah diturunkan kepada Rasul-Nya (Muhammad SAW),
dan juga kepada kitab- kitab suci yang telah diturunkan dahulu
daripada itu. Dan sesiapa yang kufur ingkar kepada Allah, dan
Malaikat- malaikat-Nya, dan Kitab-kitab-Nya, dan Rasul-rasul-

72
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Nya dan juga hari akhirat, maka sesungguhnya ia telah sesat


dengan kesesatan yang amat jauh.
(al-Nisa’4: 136)

Bentuk Beriman Dengan Para Malaikat


Ahli Sunah Waljamaah beriman dengan kewujudan para
malaikat secara umum dan terperinci. Secara umum termasuk
para malaikat yang tidak disebutkan namanya. Adapun secara
khusus, berdasarkan kepada dalil yang sahih, yang namanya
telah disebutkan Allah SWT dan Rasul-Nya seperti Jibril yang
diwakilkan untuk membawa dan menurunkan wahyu, Mikail
yang diwakilkan untuk menurunkan hujan, Israfil yang diwakilkan
untuk meniupkan sangkakala, Malaikat Maut yang diwakilkan
untuk mengambil nyawa dan Malik yang diwakilkan untuk
menjaga Neraka.

Hakikat Malaikat
Malaikat tinggal di langit. Mereka juga merupakan hamba-hamba
Allah yang diciptakan Allah SWT. Allah SWT menciptakan
mereka daripada cahaya. Mereka mempunyai zat secara hakiki
dan bukan kekuatan- kekuatan yang tersembunyi. Mereka
diciptakan sebelum daripada penciptaan Nabi Adam AS lagi.
Kejadian dan bentuk para malaikat adalah besar sekali. Dalam
kalangan mereka, ada yang mempunyai dua sayap, ada yang tiga
sayap, ada yang empat sayap dan ada juga yang lebih daripada
itu. Malaikat Jibril AS mempunyai enam ratus sayap. Setiap sayap
lebarnya memenuhi ufuk.

Malaikat merupakan salah satu daripada tentera Allah,


bahkan mereka adalah tentera Allah yang paling besar dan boleh
menjelma dalam berbagai-bagai bentuk dan perkara, mengikut
situasi-situasi yang diizinkan Allah SWT. Mereka bergerak, naik
ke langit dan juga turun ke bumi. Jumlah mereka begitu banyak
sekali. Tidak ada yang mengetahui bilangan mereka dalam erti
kata yang sebenar melainkan Allah SWT jua.

73
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Firman Allah SWT:


َ‫َ َ َ ْ َ ُ ُ ُ َ َ ّ َ َّ ُ َ ۚ َ َ َ َّ ْ َ ٰ ْ َ ش‬
‫۝‬ ِ ‫وما يعل جنود ر ِبك ِإل هو وما ِه ِإل ِذ كرى ِللب‬
٣١ �
Maksudnya: …dan tiada yang mengetahui tentera Tuhanmu
melainkan Dia sahaja. Dan (ingatlah, segala yang diterangkan
berkenaan dengan) neraka itu tidak lain hanyalah menjadi
peringatan bagi manusia.
(al-Muddathir 74: 31)

Malaikat adalah hamba-hamba Allah yang dekat dengan


Allah dan dimuliakan di sisi Allah. Mereka tidak lelaki dan tidak
juga wanita. Mereka tidak berkahwin dan beranak pinak, tidak
makan dan tidak minum, malah tidak pernah jemu beribadah
kepada Allah SWT. Mereka mempunyai sifat-sifat yang baik,
cantik, malu, bersistem, melakukan amalan secara konsisten dan
memiliki sifat- sifat yang terpuji.

Mereka sangat takut kepada Allah dan sentiasa bertasbih


kepada-Nya siang dan malam. Mereka juga melakukan tawaf di
Baitul Ma’mur yang berada di langit yang ketujuh.

Malaikat berbeza dengan manusia, kerana mereka diciptakan


hanya untuk melakukan ketaatan dan tidak melakukan maksiat
kepada Allah SWT. Allah SWT menciptakan mereka untuk
beribadah kepada-Nya dan melaksanakan segala perintah dan
arahan-Nya.

Firman Allah SWT:


َ ُ َ َ ُ َ ْ ُّ ٌ َ ْ َ ۚ ُ َ ٰ َ ْ ُ ۗ ً َ َ ُ ٰ َ ْ َّ َ َ‫َ َ ُ ۟ تَّ خ‬
‫۝ ل َي ْس ِبقون ُهۥ‬ ۲٦ ‫وقالوا ٱ�ذ ٱلرحـن ولدا سبحـنهۥ بل ِعباد مكرمون‬
َ َ ْ ُ َ‫َ ْ َ ُ َ َ ْ َ ُ َ َ ْ نَ َ ْ ْ َ َ َ ْ ف‬ َ‫ُ أ‬ َْ‫ٱ‬
‫۝ يعل ما ب ي� أي ِد ي ِ�م وما خل�م ول‬ ْ
۲٧ ‫ِب�لق ْو ِل َوه ِب�م ِر ِهۦ يعملون‬
َ ُ ْ ْ َ ُ ٰ َ‫َ ْ َ ُ َ َّ َ ْ َ ض‬
‫۝‬۲٨ ‫� َوه ِّم ْن خش َي ِت ِهۦ ُمش ِفقون‬ ‫يشفعون ِإل ِل ِن ٱرت‬
Maksudnya: Dan mereka (yang Musyrik) berkata: “(Allah) al-
Rahman mempunyai anak”. Maha Sucilah Dia. Bahkan (mereka
yang dikatakan menjadi anak Allah itu) ialah hamba-hamba-
74
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Nya yang dimuliakan. Mereka tidak mendahului-Nya dengan


perkataan dan mereka pula mengerjakan apa yang diperintahkan-
Nya.Allah mengetahui apa yang di hadapan mereka (yang telah
mereka lakukan), dan apa yang di belakang mereka (yang akan
mereka lakukan); dan mereka tidak memohon syafaat melainkan
bagi sesiapa yang diredhai Allah; dan mereka pula sentiasa cemas
takut daripada ditimpa azab-Nya.
(al-Anbiya’ 21: 26-28)

Para malaikat meskipun makhluk yang dekat dengan Allah


SWT tetapi mereka juga tidak mengetahui perkara ghaib melainkan
yang diberitahu kepada mereka oleh Allah SWT sahaja.

Firman Allah SWT:

٣۲ �ُ ‫ٱل ِك ي‬
‫۝‬ َ ‫َق ُال ۟وا ُس ْب َح ٰـ َن َك َل ِع ْ َل َل َن ٓا إ َّل َما َع َّ ْل َت َن ٓا ۖ إ َّن َك َأ‬
َ ْ �ُ ‫نت ْٱل َع ِل ي‬
ِ ِ
Maksudnya: Malaikat itu menjawab: “Maha Suci Engkau (Ya
Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang
Engkau ajarkan kepada kami; Sesungguhnya Engkau jualah yang
Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana”.
(al-Baqarah 2: 32)

Malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang terdapat anjing


dan patung. Mereka juga tidak akan mengiringi gerombolan yang
membawa loceng. Mereka terganggu dengan sesuatu yang boleh
mengganggu manusia. Rasulullah SAW bersabda dalam hadis
yang diriwayatkan oleh Muslim (no hadis: 83) daripada Abu
Talhah:
ٌ َ َْ ُ َ َ َْ ُ ُ َْ َ
‫الل ِئكة َب ْي ًتا ِف ِيه ك ٌب َول ُص َورة‬ ‫ل تدخل‬
Maksudnya: Malaikat tidak akan masuk ke dalam rumah yang
ada anjing dan patung.

Sabda Rasulullah SAW dalam hadis yang diriwayatkan Muslim


(no hadis: 103) daripada Abu Hurairah RA:

75
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

َ َْ ً َْ ُ َ َ َْ ُ َ ْ َ َ
‫الل ِئكة ُرفقة ِف ي َ�ا ك ٌب َول َج َر ٌس‬ ‫ل تص حب‬
Maksudnya: Malaikat tidak akan mengiringi sekumpulan yang
ada anjing dan loceng.

Para malaikat tidak dapat dilihat oleh manusia. Manusia


tidak dapat melihat malaikat dalam bentuk asal mereka diciptakan.
Tetapi Allah SWT mendedahkan mereka kepada sebahagian
daripada hamba-Nya, sebagaimana Nabi SAW pernah melihat
Malaikat Jibril dalam bentuk asal Allah menciptakannya sebanyak
dua kali.

Firman Allah SWT:


ُ ْ ‫۝ ِع َند ِس ْد َر ِة‬ ْ ُ ًَ ََ
‫۝‬ ٰ َ َ‫ٱل ت‬
١٤ �‫ن‬ ١٣ ‫َولق ْد َر َء ُاه نَ زْ� ةل أخ َر ٰى‬
Maksudnya: Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah
melihat (Malaikat Jibril, dalam bentuk rupanya yang asal) sekali
lagi, di sisi “Sidratul-Muntaha”.
(al-Najm 53: 13-14)

Tugas-Tugas Para Malaikat


Dari segi tugas, malaikat bertugas antaranya:

Menyampaikan wahyu kepada para Rasul. Tugas ini


dilaksanakan oleh Malaikat Jibril AS.

Firman Allah SWT:


ّ ً َّ ْ َ ْ َ َ َ َّ َ َ ّ ُ َ َ ُْ
‫ٱلل ُم َص ِّدقا ِ َلا‬
ِ ‫قل َمن كن َعد ًّوا ِ ِجل ْب ِ� يل ف ِإن ُهۥ نَ زَّ� ُلۥ َع ٰل قل ِبك ِب ِإ�ذ ِن‬
ْ َ ْ ‫َ ْ نَ َ َ ْ َ ُ ً َ ُ ش‬
٩٧ �َ‫� ٰى ِل ُل ْؤ ِم ِن ي ن‬
‫۝‬ ‫ب ي� يدي ِه وهدى وب‬
Maksudnya: Katakanlah barangsiapa yang menjadi musuh
Jibril, maka sesungguhnya Jibrillah yang menurunkan wahyu ke
dalam hatimu dengan izin Allah yang membenarkan kitab-kitab
sebelumnya, sebagai petunjuk dan khabar gembira bagi orang-

76
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

orang yang beriman.


(al-Baqarah 2: 97)

Setelah wafat nabi kita Muhammad SAW, wahyu terputus


dan tugas Malaikat Jibril AS dikira sudah selesai. Jika ada
seorang yang mengaku bertemu dengan Malaikat Jibril, maka dia
jelas berdusta. Dia hanya bertemu dengan syaitan atau jin yang
mengaku sebagai malaikat.

Menurunkan hujan dan memberikan kehidupan di muka bumi.


Tugas ini dilakukan oleh Malaikat Mika’il atau Mikaal.

Firman Allah SWT:


َ َّ ‫يك ٰى َل َفإ َّن‬
‫ٱلل َع ُد ٌّو‬
َ َ َ ْ َ ُ ُ َ َ ٰٓ َ َ َ َّ ّ ًّ ُ َ َ َ َ
‫من كن عدوا ِل ِل وملـ ِئك ِت ِهۦ ورس ِ ِلۦ و ِج ب ِ� يل و ِم‬
ِ
َ ّْ
‫۝‬ ٩٨ �َ‫ِللك ٰـ ِف ِر ي ن‬
Maksudnya: Barangsiapa yang menjadi musuh Allah, para
malaikat-Nya, para rasul-Nya, Jibril dan Mikaal, maka
sesungguhnya Allah menjadi musuh bagi orang- orang yang kafir.
(al-Baqarah 2: 98)

Nabi SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim


(no hadis:5299) menerusi Abu Hurairah RA:
َ ُ َ َ َ ْ َ َ َ ‫َ ْ َ َ ُ ٌ َ َ ْ ْ أَ ْ َ َ َ َ ْ تً ف‬
‫ اس ِق ح ِديقة فل ٍن‬:‫بينا رجل ِبفل ٍة ِمن الر ِض فس ِمع صو� ِ ي� ساب ٍة‬
َ ْ ْ ٌ َ ْ َ‫َ َ َ َّ َ َ َّ َ ُ َ َ ْ َ َ َ َ ُ ف َ َّ َ َ ش‬
‫فتنح ذ ِلك السحاب فأفرغ ماءه ِ ي� حر ٍة ف ِإذا �جة ِمن ِتلك‬
َ ْ ‫ال�اج َق ْد ْاس َت ْو َع َب ْت َذ ِل َك‬
ُ َّ ُ َ ‫ال‬
... ‫اء كه‬ َ ِّ ‫ش‬
ِ
Maksudnya: Ketika seorang lelaki berada di tengah lapang (gurun)
dia mendengar suara di awan, ‘Siramilah kebun fulan’, maka
menjauhlah awan tersebut kemudian menumpahkan air di suatu
tanah yang berbatu hitam, maka saluran air di situ – dari saluran-
saluran yang ada- telah memuatkan air seluruhnya….

77
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Meniupkan tiupan sangkakala yang menandakan hari kiamat


telah tiba. Tugas ini kebiasaannya dikaitkan dengan Malaikat
Israfil (al-Jaza’iri, 1978:193).

Firman Allah SWT:


َ ‫ٱلصور فَ ج‬
‫� َم ْع َن ٰـ ُه ْم‬
ۖ ْ َ ‫َ تَ َ ْ َ َ ْ �ضَ ُ ْ َ ْ َ َ ُ ُ ف‬
ُّ �‫ض َو ُن ِف َخ ِ ف‬
ِ ٍ ‫و�كنا بع م يوم ِئ ٍذ ي�وج ِ� بع‬
‫۝‬ ْ َ‫ج‬
٩٩ ‫� ًعا‬
Maksudnya: Kami biarkan sebahagian mereka pada hari itu
terumbang-ambing bersama sebahagian yang lain. Kemudian
ditiuplah ashsur, lalu Kami kumpulkan mereka seluruhnya.
(al-Kahfi 18: 99)

Mencabut nyawa manusia. Ia merupakan tugas Malaikat Maut.

Firman Allah SWT:


َ ُ ُ َ ّ ُ َّ ْ َ ْ ُ َ َّ ُ ٰ َّ َ َ َ ْ ُ
‫۝‬ ْ ُ ‫ك ث َّ� ِإ َ ٰل َر ِّب‬
١١ ‫ك تُ ْ� َج ُعون‬ ْ ‫قل يتوفىك ملك ٱلو ِت ٱل ِذى و ِك ِب‬
Maksudnya: Katakanlah: Malakul Mautlah yang diberikan tugas
untuk mewafatkan kamu sekalian, kemudian hanya pada Tuhan,
kamu akan dikembalikan.
(al-Sajdah 32: 11)

Nama Malaikat Izrail tidak terdapat dalam al- Quran dan al-
Sunnah, sebaliknya berasal daripada berita-berita Isra‘iliyyat.

Menjaga pintu syurga. Tugas ini dilakukan oleh Malaikat


Ridwan.

Firman Allah SWT:


ُ َ ُ ٓ َ َ َّ‫َ َ َّ نَ َّ َ ْ ۟ َ َّ ُ ْ َ ْ َ َّ ُ َ ً ۖ َ ت‬
‫وها َوف ِت َح ْت‬ ‫ٱلن ِة زمرا ح ٰٓ� ِإذا جاء‬ ‫و ِسيق ٱل ِذ ي� ٱتقوا ر ب�م ِإل ج‬
َ َ ُ ُ ْ َ ْ ُ‫َ ْ َٰ ُ َ َ َ َ َ ُ ْ َ َ َ تُ َ َ َ ٰ ٌ َ َ ْ ُ ْ ْ ت‬
‫۝‬٧٣ �َ‫وها خ ٰـ ِل ِد ي ن‬ ‫أبو ب�ا وقال لم خزن�ا سلـم عليك ِطب� فٱدخل‬
Maksudnya: Orang-orang yang bertakwa kepada Tuhan mereka,

78
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

akan dibawa ke dalam Syurga berombongan (pula). Hingga apabila


mereka mendatangi Syurga itu dalam keadaan pintu-pintunya
telah terbuka, berkatalah kepada mereka penjaga-penjaganya:
“Kesejahteraan (dilimpahkan) atas kalian. Kalian telah suci!
Masuklah ke dalam Syurga ini, kalian kekal di dalamnya.
(al-Zumar 39: 73)

Menurut Ibn Kathir RH penjaga Syurga adalah malaikat


bernama Ridwan sebagaimana disebutkan secara jelas dalam
beberapa buah hadis (t.th.1:53).

Menjaga Neraka. Tugas ini dilakukan oleh Malaikat Malik.

Firman Allah SWT:


َ ُ ُ َّ َ َ ۖ َ َ ْ َ ُ ٰ َ ٰ َ ۟ ْ َ َ‫َ ن‬
٧٧ ‫ض َعل ْي َنا َر ُّبك قال ِإنك َّم ٰـ ِكثون‬
‫۝‬ ِ ‫و�دوا يـمـ ِلك ِليق‬
Maksudnya: Mereka (penduduk neraka) memanggil: “Wahai
Malik, biarkanlah Tuhanmu mematikan kami’. Malik menjawab:
“Kamu semua akan tetap tinggal di neraka”.
(al-Zukhruf 43: 77)

Mengazab dan menyeksa penghuni neraka. Tugas ini dilakukan


oleh Malaikat al-Zabaniyah.

Firman Allah SWT:


َ َّ ُ ْ َ َ
١٨ ‫ٱلز َ ب� ِن َية‬
‫۝‬ ‫سندع‬
Maksudnya: Kelak Kami akan memanggil al-Zabaniyah.
(al-‘Alaq 96: 18)

Al-Zabaniyah terdiri daripada 19 malaikat.

Firman Allah SWT:


ٌ َ َّ َ ُ َ َ َ َ ‫َ ُ ْ َ َ َ َ َ ٓ َ ْ َ ٰ َ َ َ َ ُ َ ُ ْ ق‬
‫۝ لواحة‬ ۲٨ ‫۝ ل تب ِ� ول تذر‬ ۲٧ ‫۝ وما أدرىك ما سقر‬ ۲٦ ‫سأص ِل ِيه سقر‬
‫۝‬
٣٠ � َ َ‫۝ َع َل يْ َ�ا ِت ْس َع َة َع ش‬
۲٩ �
َ‫ّ ْ َ ش‬
ِ ‫ِللب‬
79
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Maksudnya: Kelak Aku akan memasukkannya dalam Saqar.


Tahukan engkau apa itu saqar? (neraka) yang tidak membiarkan
dan tidak pula meninggalkan (para penghuninya) lagi membakar
kulit-kulit manusia. Di atasnya terdapat sembilan belas (malaikat).
(al-Muddaththir 74: 26-30)

Memikul Arasy. Malaikat ini dikenali sebagai Hamalah al-


Arsyi.

Firman Allah SWT:


َ َ َ َ ْ َ ُ َ َّ
‫ٱل ِذ ي نَ� ي ْ� ِملون ٱل َع ْرش َو َم ْن َح ْو ُلۥ ُي َس ِ ّب ُحون ِب َ� ْم ِد َر ِبّ ِ� ْم َو ُي ْؤ ِم ُنون ِب ِهۦ‬
ْ َ ْ ً َ ْ َّ ْ َ‫َ َ ْ َ ْ ُ َ َّ نَ َ َ ُ ۟ َ َّ َ َ ْ َ ُ َّ ش‬
‫حة َو ِع ًلا فٱغ ِف ْر‬ ‫ويستغ ِفرون ِلل ِذ ي� ءامنوا ر بنا و ِسعت ك � ٍء ر‬
‫۝‬٧ �ِ ‫ٱل ِح ي‬ َ ‫اب ْ ج‬ َ ‫ِل َّل ِذ نَ� تَ� ُب ۟وا َو َّٱت َب ُع ۟وا َسب َيل َك َو ِق� ْم َع َذ‬
ِ ِ ‫ي‬
Maksudnya: (Para malaikat) yang memikul al-Arsy dan malaikat-
malaikat yang berada di sekelilingnya, mereka senantiasa bertasbih
memuji Tuhan-Nya dan beriman kepada-Nya dan memintakan
keampunan bagi orang- orang yang beriman (seraya mengucapkan):
“Wahai Tuhan kami, rahmat dan ilmu-Mu meliputi segala sesuatu,
maka berilah keampunan kepada orang-orang yang bertaubat dan
mengikuti jalan-Mu. Hindarkanlah mereka daripada azab neraka
Jahim.
(Ghafir 40: 7)

Hamalah al-Arsy berjumlah 4 malaikat. Apabila tiba hari


kiamat Allah tambahkan jumlah mereka menjadi lapan malaikat.
ٌ َ ِ َ‫ٱلس َم ٓا ُء ف‬
١٦ ‫� َي ْو َم ِئ ٍذ َو ِاه َية‬
‫۝‬
َ َ
َّ ‫ٱنش َّق ِت‬‫۝و‬
ُ ْ َ َ
١٥ ‫ف َي ْو َم ِئ ٍذ َوق َع ِت ٱل َو ِاق َعة‬
ٌ َ ٰ َ َ‫َ ْ َ َ ُ َ َ ٰٓ َ ْ َ ٓ ئ َ ۚ َ َ ْ ُ َ ْ َ َ ّ َ َ ْ قَ ُ ْ َ ْ َ ث‬
‫۝‬١٧ ‫وٱللك عل أرجا ِ�ا يو� ِمل عرش ر ِبك فو�م يوم ِئ ٍذ �ـ ِنية‬
Maksudnya: Pada hari itu terjadilah hari kiamat. Maka
terbelahlah langit, kerana langit pada hari itu menjadi lemah. Para
malaikat berada di berbagai-bagai penjuru langit. Pada hari itu,
lapan malaikat memikul Arsy Tuhanmu di atas mereka.
(al-Haqqah 69: 15-17)

80
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Mencatat amalan seseorang hamba. Tugas ini dilakukan oleh


Malaikat al-Kiram al-Katibun.

Firman Allah SWT:


َ ُ َْ َ َ َ
١١ �َ‫ِك َر ًاما ك ٰـ ِت ِب ي ن‬
١۲ ‫۝ َي ْع ُلون َما تف َعلون‬
‫۝‬
Maksudnya: (Para malaikat) mulia yang mencatat (amalan).
Mereka mengetahui apa yang kamu kerjakan.
(al-Infitar 82: 11-12)

Malaikat pencatat amalan baik berada di sebelah kanan


seseorang hamba, manakala malaikat pencatat amalan buruk
berada di sebelah kiri hamba itu.

Firman Allah SWT:


ُ ْ َ ّ ْ ّ َ ُ ْ َّ‫ْ َ َ َ ق‬
١٧ ‫ٱل َتل ِق َي ِان َع ِن ٱل َي ِم ي ِن� َو َع ِن ٱل ِ�ش َم ِال ق ِع ٌيد‬
‫۝ َّما َيل ِفظ ِمن‬ �‫ِإذ يتل‬
١٨ ‫يب َع ِت ٌيد‬
‫۝‬ ٌ ‫َق ْول إ َّل َل َد ْي ِه َر ِق‬
ِ ٍ
Maksudnya: Ketika dua orang malaikat mencatat amal
perbuatannya, yang satu duduk di sebelah kanan dan yang satu
lagi duduk di sebelah kiri. Tiada suatu perkataan pun yang dia
ucapkan melainkan ada dekatnya Malaikat Pengawas yang selalu
hadir.
(Qaf 50: 17-18)

Mengemukakan pertanyaan ujian (fitnah) kepada para ahli


kubur. Malaikat ini dikenali dengan nama Malaikat al- Munkar
dan al-Nakir.

Nabi SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-


Tirmidhi (no Hadis:991) menerusi Abu Hurairah RA dan dinilai
sebagai hasan oleh al-Albani dalam Misykah al-Masabih ( 1:131).
ُ َ ُ َ َ ْ َ َ َ ْ َ َ َ َ ُ َ‫َ ُ َ ْ َ ّ ُ َ ْ َ َ َ َ ُ ُ َ ت‬
‫ أ�ه ملك ِن أسود ِان أزرق ِان يقال‬- ‫ أو قال أحدك‬- ‫ِإذا ق ِب� ال ِيت‬
َ ‫َُ ُ ف‬ ُ َ ُ َ ‫أَ َ ِ َ ْ ُ ْ َ ُ َ ْ آ‬
َّ ‫ال َخ ُر‬
‫ َما ك ْن َت تقول ِ ي ْ� َهذا‬:‫ ف َيقول ِن‬،�ُ ‫الن ِك ْي‬ ‫ِلح ِدها النكر و‬
81
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

َ َ ْ َ َ ْ‫َّ ُ َ َ ُ ُ َ َ َ َ ُ ُ ُ َ َ ْ ُ ّ َ َ ُ ُ ُ َ ش‬
‫� ُد أن ل ِإ َل‬ ‫ أ‬،‫الل ورسول‬ ِ ‫ هو عبد‬:‫الرج ِل؟ فيقول ما كن يقول‬
ُ ُ َ َ َّ ُ َ ْ َ َّ ُ ْ َ َ ُ َ َ ُ ُ ْ ُ َ َ ُ ُ ْ َ ً َّ َ ُ َّ َ َ ُ ّ َّ‫ال‬
َ
‫ قد كنا نعل أنك تقول‬:‫ فيقول ِن‬.‫ِإ الل وأن ممدا عبده ورسول‬
َ ُ ْ َ ْ َ ‫َ َ ثُ َّ ُ ْ َ ُ َ ُ ف‬
َّ�ُ‫ ثُ َّ� ُي َن َّو ُر َ ُل ِف ْي ِه ث‬،�َ‫ون ِذ َار ًعا ِ ف� َس ْب ِع ي ن‬
‫ُي‬ ‫ � يفسح ل ِ ي� ق ب ِ� ِه سبع‬.‫هذا‬
َ ْ َ َ ْ َ‫ُ َ ُ َ ُ نَ ْ َ َ ُ ُ َ ْ ُ َ ْ َ ْ ُ ُ ْ َ َ ُ َ ن‬
َ
‫ � كنوم ِة‬:‫ فيقول ِن‬.‫ أر ِجع ِإل أه ِ يل فأخ ِب�ه‬:‫ فيقول‬.� :‫يقال ل‬
‫الل ِم ْن‬ ُ ّ ‫ َح تَّ� َي ْب َع َث ُه‬.‫ْال َع ُروس َّال ِذي َال ُي ِوق ُظ ُه إالَّ َأ َح ُّب َأ ْه ِ ِل إ َل ْي ِه‬
ِ ِ ِ
ُْ ُ َ َ ُ ُ َ َ َّ ُ ْ َ َ َ ً َ ُ َ َ ْ َ َ َ َ ْ َ
‫ ِسعت الناس يقولون فقلت‬:‫مضج ِع ِه ذ ِلك؛ و ِإن كن من ِافقا قال‬
َ‫ْ َ ُ َ َ ْ َ ُ َ َ ْ ُ َّ َ ْ َ َ َّ َ َ ُ ُ َ َ َ َ ُ ْ أ‬
ْ
:‫ ف ُيقال ِللر ِض‬.‫ قد كنا نع ُل أنك تقول ذ ِلك‬:‫ ف َيقوال ِن‬.‫ ال أد ِري‬،‫ِمثل‬
ً�‫ َف َت ْل َت ئِ ُ� َع َل ْي ِه َف َت ْخ َت ِل ُف ِف يْ َ�ا َأ ْض َل ُع ُه َف َل َ زَ� ُال ِف يْ َ�ا ُم َع َّذ ب‬.‫ْال َت ِئ ِم َع َل ْي ِه‬
‫ي‬ ‫ي‬
َ َ َ ْ َ ْ ُ ّ ُ َ َ ْ َ َّ‫َ ت‬
‫ح� يبعثه الل ِمن مضج ِع ِه ذ ِلك‬
Maksudnya: Jika mayat atau salah seorang daripada anda telah
dikubur, datanglah dua malaikat, hitam (tubuhnya), biru (kedua
matanya), satu daripadanya bernama al-Munkar dan yang satu lagi
al-Nakir. Kedua malaikat bertanya kepada mayat: “Apa yang anda
katakan tentang lelaki ini (iaitu Rasulullah)?” Dia pun menyatakan
apa yang dulu dia katakan: “Lelaki itu adalah hamba Allah dan
Rasul-Nya, aku bersaksi tidak ada tuhan yang berhak disembah
melainkan Allah dan Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Kedua malaikat berkata: Sungguh kami telah mengetahui bahawa
anda mengatakan demikian.” Lalu diluaskan kubur untuknya
70 hasta kali 70 hasta lagi dan diterangi, kemudian dikatakan
padanya: Tidurlah anda.” Ketika itu mayat itu berkata: “Agar aku
dapat kembali kepada ahli keluargaku dan aku khabarkan kepada
mereka.” Kedua-duanya berkata: “Tidurlah anda sebagaimana
tidurnya pengantin, tidak ada yang membangunkan kecuali orang
yang paling dicintainya.” Hingga nanti Allah bangkitkan daripada
pembaringannya. Jika mayat adalah seorang munafik, dia akan
menjawab: “Dahulu aku mendengar manusia mengatakan
sesuatu, aku pun mengatakannya… aku tidak tahu.” Kedua-
duanya berkata: “Sesungguhnya kami telah mengetahui bahawa
engkau akan berkata demikian.” Ketika itu dikatakan kepada

82
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

bumi: “Himpitlah dia!” Bumi pun menghimpit mayat itu sehingga


tulang-tulang rusuknya remuk. Azab terus-menerus ditimpakan
kepadannya sehingga Allah membangkitkannya daripada
kuburnya.”

Mencari majlis ilmu.

Nabi SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim


(no Hadis:4854) menerusi Abu Hurairah RA:
َ َ ْ َ َ َ ُ َّ َ َ َ ً ُ ُ ً َ َّ َ ً َ َ َ َ َ َ َ َ َ َ َ َّ َّ
‫الذك ِر ف ِإذا‬ ِ ‫ِإن ِل ِل تبارك وتعال مل ِئكة سيارة فضل يتتبعون جما ِلس‬
َ
ْ‫َو َج ُدوا َ ج ْم ِل ًسا ِف ِيه ِذ ٍك ٌر َق َع ُدوا َم َ ُع ْم َو َح َّف َب ْع�ضُ ُ ْم َب ْع ًضا ِب أ� ْج ِن َح ِت ِ�م‬
ُ َ َ َ َ ْ ُّ َ َّ َ‫َ تَّ َ ْ َ ُ َ َ ْ نَ ُ ْ َ َ ْ ن‬
‫الدن َيا ف ِإذا تف َّرقوا َع َر ُجوا َو َص ِع ُدوا‬ ‫ح� ي�لئوا ما بي�م وب ي� السم ِاء‬
َ َ ُ َّ ‫الس َم ِاء َق َال َف َي ْس َأ ُ ُل ْم‬
ْ�ُ‫الل َع َّز َو َج َّل َو ُه َو أ ْع َ ُل ِب ِ� ْم ِم ْن أ ْي نَ� ِج ْئ ت‬ َّ ‫إ َل‬
ِ
َ َ ُ ّ َ ُ َ َ َ ُ ّ َ ُ ْ َ‫َ َ ُ ُ َ ْ َ ْ ْ َ َ َ ف ْ أ‬
‫فيقولون ِجئنا ِمن ِعن ِد ِعب ٍاد لك ِ ي� الر ِض يس ِبحونك ويك ِب�ونك‬
َ َ َُ ُ َ ‫َ َُ ُّ َ َ َ َ ْ َ ُ َ َ َ َ ْ َُ َ َ َ َ َ َ َ َ ْ َُ ن‬
‫و� قالوا َي ْسألونك‬ ‫و ي� ِللونك يو�مدونك ويسألونك قال وماذا يسأل‬
َْ َ َ َ َ ‫َ َّ َ َ َ َ َ ُ ْ َ ْ َ َّ َ ُ َ َ ْ ّ َ َ ِ ي‬
‫جنتك قال وهل َرأوا جن ِ ت ي� قالوا ل أي َر ِب قال فك ْيف ل ْو َرأوا‬
َ َُ َ َ َ َ َ َُ
‫َج َّن ِ ت ي� قالوا َو َي ْس َت ِج ي ُ�و نك قال َ ِو َّم َي ْس َت ِج ي ُ�ون ِ ن ي� قالوا ِم ْن نَ� ِرك َ ي� َر ِّب‬
َُ َ َ َ ََ َ َ َ َُ َ ْ َ َ
‫قال َو َهل َرأ ْوا نَ� ِري قالوا ل قال فك ْيف ل ْو َرأ ْوا نَ� ِري قالوا‬
َ َُ َ ََ َ َ َ َ ُ ُ َ َ َ َ َ ْ
‫َو َي ْس َتغ ِف ُرونك قال ف َيقول ق ْد غف ْر ُت ُل ْم فأ ْعط ْي تُ ُ� ْم َما َسألوا َوأ َج ْر تُ ُ� ْم‬
َ َ َ‫ِ َّ ْ َ َ ُ َ َ َ َ ُ ُ َ َ ّ ْ ُ َ ٌ َ ْ ٌ َ َّ ٌ نَّ َ َ َّ ف‬
‫�ل َس‬ ‫ما استجاروا قال فيقولون ر ِب ِف ي ِ�م فلن عبد خطاء ِإ�ا مر ج‬
ُ ُ ‫َم َ ُع ْم َق َال َف َي ُق ُول َو َ ُل َغ َف ْر ُت ُ ْه ْال َق ْو ُم َل َي ْش قَ� ِب� ْم َج ِل‬
‫يس ْم‬ ِ
Maksudnya: Sesungguhnya Allah SWT memiliki para malaikat
khusus yang senantiasa berkeliling mencari majlis-majlis ilmu.
Apabila mereka menemukan sebuah majlis yang terdapat padanya
ilmu, mereka duduk bersama golongan tersebut dan meliputi satu
sama lain dengan sayap-sayapnya sehingga mereka memenuhi
ruang antara golongan tersebut dengan langit terendah, kemudian
83
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

apabila golongan tersebut telah bersurai, mereka pun naik menuju


ke atas langit. Nabi bersabda: Allah SWT pun bertanya mereka
padahal Dia adalah yang Maha Mengetahui keadaan mereka: Dari
mana anda semua datang?’. Para malaikat itu menjawab: ‘Kami
datang dari sisi hamba-hamba-Mu yang ada di bumi. Mereka
mensucikan-Mu (bertasbih), mengagungkan-Mu (bertakbir),
mengucapkan tahlil dan memuji-Mu (bertahmid), serta meminta
(berdoa) kepada- Mu. Lalu Allah bertanya: Apa yang mereka minta
daripada-Ku?’. Para malaikat itu menjawab: Mereka meminta
Syurga-Mu. Allah bertanya: Apakah mereka telah melihat Syurga-
Ku?. Mereka menjawab: ‘Belum wahai Tuhanku. Allah berfirman:
Bagaimana jika mereka benar-benar melihat Syurga-Ku?. Para
malaikat itu berkata: ‘Mereka juga meminta perlindungan kepada-
Mu. Allah bertanya: Dari apakah mereka meminta perlindungan-
Ku?’.Mereka menjawab: ‘Mereka berlindung dari neraka-Mu,
wahai Tuhanku’. Allah berfirman: ‘Apakah mereka pernah melihat
neraka-Ku?’. Mereka menjawab: Belum pernah wahai Tuhanku.
Allah berfirman: Bagaimanakah jika mereka melihat neraka- Ku.
Mereka mengatakan: ‘Mereka meminta keampunan kepada-Mu.
Allah berfirman: Sesungguhnya Aku telah mengampuni mereka.
Aku telah memberikan apa yang mereka minta dan Aku lindungi
mereka daripada apa yang mereka minta untuk berlindung
daripadanya. Nabi SAW bersabda: Para malaikat itu berkata:
Wahai Tuhanku, di antara mereka ada seorang hamba yang telah
banyak melakukan dosa, sesungguhnya dia hanya melalui majlis
tersebut kemudian duduk bersama mereka. Nabi SAW bersabda:
Allah berfirman: Dan dia juga Aku akan ampunkan. Mereka itu
adalah suatu kaum, sesiapa yang duduk dalam majlis mereka tidak
akan binasa.

Menjaga seseorang hamba ketika dia bangun, tidur dan di


setiap keadaannya.

Firman Allah SWT:


َّ َ َ َُ َ َْ َ ّ َ
‫۝‬ ِ ‫ُلۥ ُم َع ِق َب ٰـ ٌت ِّم ۢن َب ْ ي ِن� َيد ْي ِه َو ِم ْن خل ِف ِهۦ ي ْ�فظون ُهۥ ِم ْن أ ْم ِر‬
١١ ‫ٱلل‬
Maksudnya: Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu

84
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

mengikutinya secara bergilir, di depan dan di belakangnya. Mereka


menjaganya atas perintah Allah….
(al-Ra’d 13: 11)

Menguruskan janin di dalam rahim. Jika seorang hamba telah


sempurna empat bulan dalam perut ibu, Allah SWT mengutuskan
seorang malaikat yang meniupkan roh dan memerintahkannya
untuk menulis rezeki, ajal, amal dan nasibnya kelak apakah
bahagia atau celaka.

Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-


Bukhari (no hadis:4781) menerusi Abdullah:

َ ْ ً َ َ َ ُ ُ َ َّ ُ‫َّ َ َ َ ُ ْ ُ ْ َ ُ َ ْ ُ ُ ف َ ْ ُ ّ َ ْ َ نَ َ ْ ً ث‬
‫ِإن أحدك ي ج�مع خلقه ِ ي� بط ِن أ ِم ِه أر ب ِع ي� يوما � يكون علقة ِمثل‬
َ‫الل َم َل ًك َف ُي ْؤ َم ُر ب أَ� ْر بع‬
ُ َّ ‫ون ُم ْض َغ ًة ِم ْث َل َذ ِل َك ثُ َّ� َي ْب َع ُث‬ ُ ُ َ َّ ُ‫َ َ ث‬
‫ذ ِلك � يك‬
ِ ِ َ َ َ
‫ش� أ ْو َس ِع ٌيد‬ ٌَ ‫ات َو ُي َق ُال َ ُل ْاك ُت ْب َ َع َ ُل َور ْزق ُه َوأ َج َ ُل َو ِق‬
ٍ ‫ك‬ََِ
‫ي‬ ِ
Maksudnya: Sesungguhnya salah seorang daripada anda
dikumpulkan penciptaannya dalam perut ibunya selama empat
puluh hari dalam bentuk mani, kemudian berubah menjadi
segumpal darah dalam waktu yang sama pula, kemudian
berubah menjadi segumpal daging dalam waktu yang sama pula.
Kemudian diutuskan malaikat kepadanya untuk ditiupkan roh
dan diperintahkan untuk menulis empat hal: Tulislah rezeki, ajal,
amal dan apakah kelak ia akan bahagia atau celaka.

Menjaga bukit bukau dan gunung-ganang.

Dalam sebuah hadis yang menceritakan tentang kesukaran yang


dihadapi oleh Rasulullah SAW ketika berdakwah di Taif dan
kecederaan yang dialami baginda. Rasulullah SAW kemudian
mengadu kepada Allah SWT. Pengaduan baginda itu telah
didengar oleh Allah SWT. Malaikat Jibril telah diutuskan bersama
dengan seorang malaikat yang menjaga bukit di kawasan tersebut
untuk bertindak ke atas masyarakat yang menzalimi baginda SAW.

85
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-


Bukhari (no hadis:2992) menerusi Urwah RA:
ُ َ َ َ َ َّ َ َ َ َ َ َ ْ ُ َْ َ
‫س ف ِإذا أ نَ� ِب َس َح َاب ٍة ق ْد أظل ْت ِ ن ي� ف َنظ ْر ُت ف ِإذا ِف ي َ�ا ِج ْب ِ� يل‬ َ
‫فرفعت رأ ِ ي‬
َ
َ َ َ َ َ َ َ َ َ َ َ َّ َّ َ َ َ ‫َ َ َ ن‬
‫الل ق ْد َ ِس َع ق ْول ق ْو ِمك لك َو َما َر ُّدوا َعل ْيك َوق ْد‬ ‫ا� فقال ِإن‬ ‫فناد ِ ي‬
ْ ُ َ ‫َ َ َ َْ َ َ َ َ ْ َ َ ُ َ ُ َ ْ َ ْ ََ َ ن‬ ْ
‫ال َب ِال‬‫ا� َملك ِج‬ ‫الب ِال ِلتأمره ِب�ا ِشئت ِف ي ِ�م فناد ِ ي‬ ‫بعث ِإليك ملك ِج‬
ُ
ْ ْ ْ ْ َ ْ َ َ َ َ َ ُ َ َ ُ َ َّ َ
‫ف َس َل َع َّيل ث َّ� قال َ ي� َم َّم ُد فقال ذ ِلك ِف يْ� َما ِشئ َت ِإن ِشئ َت أن أط ِب َق‬
َ‫َ َ ْ أ‬
َ‫الل َع َل ْي ِه َو َس َّ َل َب ْل َأ ْر ُجو َأ ْن ي ُ خْ�رج‬
ُ َّ ‫الن ُّ� َص َّل‬ َّ ‫ال ْخ َش َب ْ ن� َف َق َال‬ ‫عل يْ ِ� ْم‬
ِ ‫ِب ي‬ َِ ‫ي‬
ً َ ُ ْ‫َّ ُ ْ ْ َ ْ َ ْ َ ْ ُ ُ َّ َ َ ْ َ ُ َ ُ ش‬
‫�ك ِب ِه ش ْيئا‬ ِ ‫الل ِمن أصل ِب ِ�م من يعبد الل وحده ل ي‬
Maksudnya: Aku mengangkat kepalaku, tiba-tiba aku melihat satu
gumpalan awan melingkungiku dan aku melihat di dalamnya ada
Malaikat Jibril. Dia telah memanggil aku dengan menyatakan;
Sesungguhnya Allah SWT telah mendengar ungkapan yang
dikeluarkan oleh kaummu dan tindak balas yang dilakukan
mereka terhadapmu. Dia telah mengutuskan malaikat penjaga
bukit supaya engkau boleh menyuruhnya apa sahaja yang engkau
kehendaki untuk bertindak ke atas mereka. Malaikat penjaga
bukit itu menyeruku dan memberi salam kepadaku. Kemudian
dia menyatakan: Wahai Muhammad. Katanya: Arahan itu
menurut kehendakmu, jika engkau kehendaki aku lingkupkan
bukit Akhsyabain ke atas mereka, aku akan bertindak demikian.
Nabi SAW bersabda: Bahkan aku mengharapkan Allah akan
mengeluarkan daripada tulang sulbi mereka, orang yang akan
menyembah Allah yang Esa, yang tidak menyekutukan-Nya
dengan sesuatu.

Mendoakan kebaikan kepada orang yang berbelanja pada jalan


dan kemusnahan buat orang yang bakhil untuk berbelanja pada
jalan Allah SWT.

Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-


Bukhari (no hadis:1351) menerusi Abu Hurairah RA:

86
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

َّ ُ َ ُ ُ َ َ َ َ َّ ْ
‫َما ِم ْن َي ْو ٍم ُي ْص ِب ُح ال ِع َب ُاد ِف ِيه ِإل َملك ِن َي نْ زِ�ل ِن ف َيقول أ َح ُد َها الل ُه َّم‬
ً َ َ ً ْ ُ ْ َ َّ ُ َّ ُ َ ‫َ ْ ُ ْ ً َ َ ً َ َ ُ ُ ْ آ‬
‫أع ِط من ِفقا خلفا ويقول الخر اللهم أع ِط م ِسك تلفا‬
Maksudnya: Tidak ada satu hari yang mana para hamba bangun
pada waktu pagi melainkan dua orang malaikat turun ke bumi. Salah
satu daripadanya menyatakan; Ya Allah kurniakanlah gantian
yang baik kepada orang yang membelanjakan hartanya pada jalan
Allah. Manakala satu lagi menyatakan: Ya Allah, kurniakanlah
kemusnahan kepada orang yang enggan membelanjakan hartanya
pada jalan Allah.

Rukun Ketiga: Beriman Dengan Kitab


Ahli Sunah Waljamaah beriman dan meyakini dengan tegas dan
jelas, Allah SWT telah menurunkan kitab-kitab kepada para Rasul-
Nya yang mengandungi perintah, larangan, janji baik dan janji
buruk dan apa yang diinginkan Allah SWT kepada para makhluk-
Nya. Bilangannya tidak diketahui melainkan Allah SWT semata-
mata.

Firman Allah SWT:


ُ
َّ ‫ٱ‬ ٌّ ُ ۚ َ
ِ �‫ٱل ْؤ ِم ُنون ك َء َام َن ِب‬
‫لل‬ ُ ْ ‫ٱلر ُس ُول ب َ� ٓا أ ن ز� َل إ َل ْي ِه ِمن َّر ِّب ِهۦ َو‬
َّ ‫َء َام َن‬
ِ ِ ِ
َ‫َو َم َل ٰٓـئ َكتهۦ َو ُك ُتبهۦ َو ُر ُس ِ ِلۦ َل ُن َف ّر ُق َب ْ نَ� َأ َحد ّمن ُّر ُس ِ ِلۦۚ َو َق ُال ۟وا َ ِس ْعنا‬
ِ ٍ ‫ِ ي‬ ِِ ِِ ِ
َ
‫۝‬ َ ْ ‫َوأ َط ْع َنا ۖ ُغ ْف َر َان َك َر َّب َنا َوإ َل ْي َك‬
۲٨٥ �ُ ‫ٱل ِص ي‬ ِ
Maksudnya: Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan
kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang- orang yang beriman;
semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikat-Nya, dan
Kitab-kitab-Nya, dan Rasul-rasul-Nya. (Mereka berkata): “Kami
tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul- Rasul-
Nya”. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami
pohonkan) keampunan-Mu wahai Tuhan kami, dan kepada-Mu
jualah tempat kembali”.
(al-Baqarah 2: 285)

87
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Kitab-kitab yang diturunkan itu mengandungi petunjuk dan


cahaya, malah penawar kepada penyakit yang ada dalam hati.
Allah SWT menurunkan kitab-kitab kepada para rasul untuk
memberikan hidayah kepada manusia seluruhnya.

Firman Allah SWT:


ْ ُّ َ ٰ َ ُ ُّ َ َ َّ َ ْ ُ َ ْ َ ُ ٰ َ ْ َ‫ٓ ۚ َ ٰ ٌ َ ن ز‬
‫الر ِكتـب أ�لنـه ِإليك ِلتخ ِرج ٱلناس ِمن ٱلظلـ ِت ِإل ٱلن ِور ِب ِإ�ذ ِن‬
َ ْ �‫ص ِط ْٱل َعز ي ز‬
‫۝‬١ ‫ٱل ِم ِيد‬ َٰ ِ ‫َر بّ� ْم إ َ ٰل‬
ِ ِ ِ ِِ
Maksudnya: Alif, Laam, Raa’. Ini ialah Kitab (al-Quran) Kami
turunkan dia kepadamu (Wahai Muhammad), supaya engkau
mengeluarkan umat manusia seluruhnya dari gelap-gelita kufur
kepada cahaya iman - dengan izin Tuhan mereka - ke jalan Allah
yang Maha Kuasa lagi Maha Terpuji.
(Ibrahim 14: 1)

Kitab-Kitab Yang Diturunkan Daripada Langit


Antara kitab yang diturunkan ialah al-Quran, Taurat, Injil, Zabur,
Suhuf Ibrahim dan Musa. Yang paling besar ialah Taurat, Injil
dan al-Quran. Yang paling besar sekali antara tiga kitab ini,
bahkan menasakhkan kitab-kitab yang selain daripadanya ialah
al-Quran. Ia adalah kitab yang paling afdal secara mutlak. Allah
SWT tidak menjaga kitab-kitab tersebut selain daripada al-Quran
sahaja. Para pendeta dan rahib agama Yahudi dan Kristian
diminta bertanggungjawab menjaga kitab-kitab mereka, tetapi
malangnya mereka gagal menjaga kitab- kitab tersebut, malah
mereka langsung tidak menjaganya dalam erti kata yang sebenar.
Akibatnya berlaku perubahan dan penukaran. Asas-asasnya
hilang dan hukum-hakamnya diubah. Kitab yang pertama sekali
diselewengkan ialah Taurat.

Bentuk Beriman Dengan Kitab-Kitab


Bentuk beriman dengan kitab-kitab yang diturunkan daripada
sisi Allah SWT adalah secara mujmal atau umum, dengan cara

88
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

melakukan ikrar dengan hati dan lisan terhadap kitab-kitab


tersebut, sebaliknya beriman dengan al-Quran dilakukan dalam
bentuk terperinci, dengan cara melakukan ikrar dengan hati dan
lisan, mengikut apa yang dibawanya dan berhukum dengannya
dalam setiap perkara yang kecil mahupun besar.

Kitab Al-Quranul Karim Dan Ciri-cirinya


Banyak ciri-ciri yang terdapat pada al-Quranul Karim, antaranya
ialah:

Al-Quran Adalah Kalam Allah Tuhan Sekalian Alam

Al-Quran adalah kalam Allah, Tuhan sekalian alam, kitab- Nya


yang jelas dan tali-Nya kukuh. Membacanya menjadi ibadah.
Ia diturunkan Allah SWT kepada Rasul-Nya Muhammad bin
Abdullah sebagai penutup kepada kitab- kitab yang diturunkan
sebelum daripadanya. Nabi Muhammad SAW dilantik sebagai
penutup segala nabi dan rasul. Manhaj yang dibawa baginda
SAW menjadi panduan ummah, mengeluarkan manusia daripada
kegelapan kepada cahaya dan menunjuki jalan yang lurus dan
landasan yang betul.

Dalam al-Quran, Allah SWT menjelaskan tentang kisah-


kisah umat-umat terdahulu dan yang kemudian, sirah para nabi
dan orang-orang soleh, penciptaan langit dan bumi, penjelasan
tentang perkara halal dan haram, asas-asas adab dan akhlak,
hukum-hakam ibadat dan muamalat, pembalasan ke atas orang-
orang yang beriman dan golongan kafir dan penjelasan suasana
dalam Syurga untuk orang-orang yang beriman dan suasana
dalam neraka untuk orang-orang kafir. al-Quran merupakan
penawar kepada penyakit di dalam hati, penjelasan segala perkara,
petunjuk dan rahmat kepada orang-orang yang beriman.
Firman Allah SWT:
َ‫َ َ ْ َ َ ْ َ ُ ف ُ ّ ُ َّ شَ ً َ َ ْ ّ ْ َ ُ ْ ۖ َ ْ َ َ ش‬
‫� ًيدا‬ ِ ‫سم و ِجئنا ِبك‬ ِ ِ ‫�يدا عل ي ِ�م ِمن أنف‬
ِ ‫ويوم نبعث ِ� ِك أم ٍة‬
ً َ ْ َ َ ً ُ َ ْ َ‫َ َ ٰ َ ٰٓ ُ َ ٓ ۚ َ نَ زَّ ْ َ َ َ ْ َ ْ َ ٰ َ ْ َ ٰ ً ّ ُ ّ ش‬
‫حة‬ ‫ك � ٍء وهدى ور‬ ِ ‫عل هـؤل ِء و�لنا عليك ٱل ِكتـب ِتبيـنا ِل‬
89
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

ْ َ ْ‫َ ُ ش‬
٨٩ �َ‫� ٰى ِل ُل ْس ِ ِل ي ن‬
‫۝‬ ‫وب‬
Maksudnya: Dan (ingatkanlah tentang) hari Kami bangkitkan
dalam kalangan tiap-tiap umat, seorang saksi terhadap mereka,
dari golongan mereka sendiri; dan Kami datangkanmu (Wahai
Muhammad) untuk menjadi saksi terhadap mereka ini (umatmu);
dan Kami turunkan kepadamu al-Quran yang menjelaskan tiap-
tiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk, serta membawa
rahmat dan berita yang mengembirakan, bagi orang-orang Islam.
(al-Nahl 16: 89)

Umat Islam wajib mengikut dan berhukum dengan al- Quranul


Karim dan Sunnah-sunnah Rasulullah yang sabit secara sahih
daripada baginda, kerana Allah SWT mengutuskan Rasul-Nya
kepada manusia dan juga jin untuk menjelaskan isi kandungan
kitab yang diturunkan kepada mereka.

Firman Allah SWT:


َّ َ َ َ ّ َ ْ َ ٓ َ ْ َ‫ٱ ْ َ ّ َ ٰ َ ُّ ُ ۗ َ َ ن ز‬
َّ ‫ٱلذ ْك َر ل ُت َب ّ نَ� ل‬
‫اس َما نُ زّ ِ�ل ِإل يْ ِ� ْم َول َعل ُه ْم‬
ِ ِ ‫ِب�لب ِينـ ِت وٱلز ب ِ� وأ�لنا ِإليك ِ ِ ِي‬
‫لن‬
َ َّ َ
‫۝‬ ٤٤ ‫َي َتفك ُرون‬
Maksudnya: (Kami utuskan Rasul-rasul itu) membawa keterangan-
keterangan yang jelas nyata (yang membuktikan kebenaran
mereka) dan Kitab-kitab suci (yang menjadi panduan); dan Kami
pula turunkan kepadamu (Wahai Muhammad) al-Quran yang
memberi peringatan, supaya engkau menerangkan kepada umat
manusia akan apa yang telah diturunkan kepada mereka, dan
supaya mereka memikirkannya.
(al-Nahl 16: 44)

Al-Quran Adalah Kalam Allah Secara Hakiki

Al-Quran merupakan kalam Allah secara hakiki – huruf- huruf


dan makna-maknanya – daripada Allah ia datang dan kepada
Allah ia akan kembali dan ia diturunkan daripada sisi Allah SWT
dan bukan makhluk. Allah SWT bercakap dalam bentuk yang

90
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

sebenar dengan suara yang didengar yang layak dengan kebesaran,


keagungan dan kesempurnaan Allah SWT itu sendiri. Malaikat
Jibril menerima al-Quran daripada Allah SWT setelah mendengar
daripada-Nya, kemudian menyampaikannya kepada Nabi
Muhammad SAW. Nabi Muhammad SAW menerima al-Quran
dengan cara mendengarnya daripada Jibril kemudian menghafaz
dalam hati dan seterusnya menyampaikannya kepada para sahabat
baginda. Daripada sahabat baginda, ia tersebar kepada umatnya.
Al-Quran memberi amaran kepada bangsa-bangsa yang ada di
dunia. Allah SWT yang menurunkannya dalam bahasa Arab yang
jelas dan dipindahkan kepada kita secara mutawatir, yang sedikit
pun tidak dicelah oleh keraguan.

Firman Allah SWT:


َ َْ َ َ‫ْ أ‬ َ ْ ُ َ َّ
‫۝ َع ٰل قل ِبك‬ ١٩٣ �ُ‫وح ٱل ِم ي ن‬ ُ ‫ٱلر‬ ُّ ‫۝ نَ زَ� َل ِب ِه‬ ١٩۲ �َ‫َو ِإن ُهۥ ل َت ن زِ� يل َر ِّب ٱل َع ٰـ ِل ي ن‬
َ‫َّ ُ َ ف ُ ْ أ‬
‫ٱل َّوِل ي�ن‬ �ِ ‫۝ َو ِإنهۥ ل ِ� ز ُ ب‬ ١٩٥ �‫۝ ِب ِل َس ٍان َع َر ِب ّ ٍ� ُّم ِب ي ٍن‬ ُ ْ ‫ون ِم َن‬
١٩٤ �َ‫ٱل ِنذ ِر ي ن‬
َ ُ َ
‫ِلتك‬
‫۝‬
١٩٦َ
Maksudnya: Dan sesungguhnya al-Quran (yang di antara
isinya kisah-kisah yang tersebut) adalah diturunkan oleh Allah
Tuhan sekalian alam.. ia dibawa turun oleh Malaikat Jibril yang
amanah.. ke dalam hatimu, supaya engkau (Wahai Muhammad)
menjadi seorang dari pemberi-pemberi ajaran dan amaran (kepada
umat manusia).. (ia diturunkan) dengan bahasa Arab yang fasih
serta terang nyata. Dan sesungguhnya al-Quran (tersebut juga
perihalnya dan sebahagian dari pengajaran-pengajarannya) di
dalam Kitab-kitab agama orang-orang yang telah lalu.
(al-Syu’arak 26: 192-196)

Al-Quran Tidak Diturunkan Dalam Keadaan Sudah Tertulis

Al-Quran tidak diturunkan dalam keadaan sudah ditulis seperti


mana Taurat. Ia juga tidak diturunkan secara sekali gus kepada
Rasulullah SAW, bahkan diturunkan secara beransur-ansur agar
mudah Rasulullah SAW menghafaznya mengikut peristiwa-

91
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

peristiwa yang berlaku atau sebagai menjawab sesuatu masalah


atau mengikut tuntutan keadaan dan situasi dan dalam tempoh
23 tahun.

Al-Quran Ditulis Di Luh Mahfuz

Al-Quran tertulis di Luh Mahfuz, dihafaz oleh dada-dada, dibaca


oleh lisan-lisan dan ditulis di atas mushaf. Ia mengandungi
surah-surah yang muhkamah, ayat-ayat yang jelas, huruf-huruf
dan kalimat-kalimat. Di dalamnya terdapat ayat muhkam dan
mutasyabih, nasikh dan mansukh, khas dan am, suruhan dan juga
larangan. Firman Allah SWT:
َ َ ُ ْ َّ ٓ ُ ُّ َ َ َّ ْ ‫ف‬ َ ٌ ُ َ َّ
‫ٱلط َّه ُرون‬ ‫۝ ل ي�سهۥ ِإل‬ ٧٨ ‫۝ ِ� ِك َت ٰـ ٍب َّمك ُن ٍون‬ ٧٧ �ٌ ‫ِإن ُهۥ لق ْر َءان ك ِر ي‬
َ ْ ٌ َ
٨٠ �َ‫۝ ت ن زِ� يل ِّمن َّر ِّب ٱل َع ٰـ ِل ي ن‬
‫۝‬ ٧٩
Maksudnya: Bahawa sesungguhnya (yang dibacakan kepada
kamu) itu ialah al-Quran yang mulia, (yang sentiasa memberi
ajaran dan pimpinan), yang tersimpan dalam Kitab yang cukup
terpelihara, yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk
yang diakui bersih Suci; al-Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan
sekalian alam.
(al-Waqi’ah 56: 77-80)

Al-Quran Adalah Mukjizat Yang Kekal Abadi

Al-Quran adalah mukjizat yang kekal abadi yang diturunkan


kepada Nabi Muhammad SAW, yang tidak mampu dicabar oleh
manusia dari segi uslub, susunan, ilmu, hukum, perundangan,
cerita-cerita, janji baik dan janji buruk. Ia merupakan kitab terakhir
yang diturunkan daripada langit. Tidak dinasakh mahupun diubah.
Allah SWT menjamin untuk menjaganya daripada sebarang
penyelewengan, perubahan, penambahan mahupun pengurangan
sehingga ke hari Allah SWT mengangkat semula ke sisi-Nya iaitu
sebelum berlaku hari kiamat.

Firman Allah SWT:

92
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

َ ُ َ َ ْ ّ َ ْ َّ‫نَّ نَ ْ ُ نَ ز‬
‫۝‬٩ ‫ٱلذك َر َو ِإ نَّ� ُلۥ َل ٰـ ِفظون‬
ِ ‫ِإ� �ن �لنا‬
Maksudnya: Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran,
dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.
(al-Hijr 15: 9)

Al-Quran Ditulis Pada Zaman Nabi SAW Lagi

Al-Quran al-Karim ditulis pada zaman Nabi SAW lagi dan


dengan pemerhatian dan pemantauan ketat daripada baginda.
Baginda mempunyai penulis-penulis wahyu dalam kalangan para
sahabat yang terpilih. Mereka tidak berpisah dengan Nabi SAW
dan menulis setiap ayat yang diturunkan kepada Nabi SAW. Nabi
SAW sendiri menunjukkan kepada mereka tempat diletakkan
setiap ayat yang terdapat dalam surah. Setelah itu, al-Quran
dikumpulkan pada zaman Abu Bakar al-Siddiq dalam mushaf.
Pada zaman Uthman, al-Quran ditulis dalam satu mushaf dengan
satu jenis bacaan sahaja. Penulisannya dipantau dengan ketat oleh
para sahabat dan penulis-penulis wahyu yang jujur.

Al-Quran Mengandungi 114 Surah

Al-Quran mengandungi 114 surah. Sebanyak 86 daripadanya


diturunkan di Mekah, manakala bakinya sebanyak 28 lagi
diturunkan di Madinah. Surah-surah yang diturunkan sebelum
hijrah ke Madinah dikenali sebagai surah-surah Makkiyah.
Manakala surah-surah yang diturunkan di Madinah dikenali
dengan surah-surah Madaniyah. Terdapat 29 surah yang dimulai
dengan huruf-huruf ringkas.

Sikap Ahli Sunah Waljamaah Terhadap Al-Quran


Antara sikap Ahli Sunah Waljamaah ialah :

Bersepakat Bahawasanya Al-Quran Menasakhkan Kitab- kitab


Sebelumnya.

93
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Al-Quran menasakhkan kitab-kitab sebelumnya. Hal ini


berdasarkan firman Allah SWT:
ْ ّ ً ْ ‫ٱ‬ ْ َ َ ٓ ْ َ
‫َوأ ن زَ�ل َنا ِإل ْيك ٱل ِك َت ٰـ َب ِب� َل ِّق ُم َص ِّدقا ِ َلا َب ْ ي نَ� َي َد ْي ِه ِم َن ٱل ِك َت ٰـ ِب َو ُ َم ْي ِم ًنا‬
َ
‫۝‬٤٨ ‫َعل ْي ِه‬
Maksudnya: Dan Kami turunkan kepadamu (Wahai Muhammad)
Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan
benarnya Kitab-kitab suci yang telah diturunkan sebelumnya dan
untuk memelihara serta mengawasinya….
(al-Ma’idah 5: 48)

Bersepakat Tentang Bilangan Surah Yang Terdapat Dalam Al-


Quran

Ahli Sunah Waljamaah bersepakat tentang bilangan surah yang


terdapat dalam al-Quran. Begitu juga dengan ayat-ayat, kalimat
dan juga huruf-hurufnya. Mereka menghukumkan kufur kepada
orang yang menolak satu surah, ayat, kalimah atau satu huruf
sahaja atau menambah, mengurang, beranggapan al-Quran
mengandungi ayat-ayat yang saling bertentangan antara satu sama
lain atau mengandungi sebahagian cerita- cerita khurafat. Mereka
beriman yang setiap ayat al- Quran diturunkan daripada sisi Allah
SWT dan dipindahkan kepada umat Islam secara mutawatir, yang
tidak dicelah oleh sebarang keraguan atau syak.

Mengambil Berat Tentang Pengajaran, Pembelajaran,


Penghafalan Dan Pembacaan Al-Quran

Ahli Sunah Waljamaah mengambil berat tentang pengajaran,


pembelajaran, penghafalan dan pembacaan al-Quran dengan suara
yang baik. Mereka mendiamkan diri apabila al-Quran dibacakan
kepada mereka. Mereka mentafsir al-Quran berdasarkan manhaj
salaf dan beramal dengan hukum-hakamnya baik yang kecil
mahupun yang besar.

Firman Allah SWT:

94
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

ٰ َ ْ َ‫َ ٰ ٌ َ ن زَ ْ َ ٰ ُ َ ْ َ ُ َ ٰ َ ٌ ّ َ َّ َّ ُ ٓ ۟ َ َ ٰ َ َ َ َ َّ َ ُ ۟ ُ ۟ ْ أ‬
‫۝‬
۲٩ ‫ِكتـب أ�لنـه ِإليك مبـرك ِليد ب�وا ءايـ ِت ِهۦ وِليتذكر أولوا ٱللبـ ِب‬
Maksudnya: (al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan
kepadamu (dan umatmu Wahai Muhammad), - Kitab yang banyak
faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti
kandungan ayat-ayat-Nya dan untuk orang-orang yang berakal
sempurna beringat mengambil iktibar.
(Sad 38: 29)

Beribadah Kepada Allah Dengan Cara Membaca al- Quran

Mereka beribadah kepada Allah dengan cara membaca al-Quran,


kerana dengan membaca satu huruf akan meraih satu kebaikan.
Satu kebaikan itu pula digandakan kepada sepuluh kebaikan,
sebagaimana yang diberitahu oleh Nabi SAW dalam hadis yang
diriwayatkan oleh al- Tirmidhi (no hadis;2910) dan dinilai oleh
beliau sebagai hadis Hasan Sahih Gharib daripada Ibn Mas’ud
RA:
َ َ َ ْ‫َّ َ َ ُ َ َ َ ٌ َ َ َ َ ُ َ ش‬ َ ْ ً ْ َ َ ََ ْ َ
‫ ل‬،‫� أ ْمث ِ َالا‬ ‫ع‬
ِ ِ ‫ب‬ ‫ة‬ ‫ن‬ ‫س‬ ‫احل‬‫و‬ ، ‫ة‬ ‫ن‬ ‫س‬‫ح‬ ‫ه‬ ‫ب‬
ِِ ‫ل‬ ‫ف‬ ‫الل‬
ِ ‫اب‬ِ ِ ِ ‫من ق َرأ حر‬
‫ت‬ ‫ك‬ ‫ن‬ ‫م‬ ‫ا‬ ‫ف‬
ٌ ٌ َ ٌ ٌ َ َ ٌ ُ ُ
‫ َول ِك ْن أ ِلف َح ْرف َول ٌم َح ْرف َو ِم ي ٌ� َح ْرف‬،‫أقول امل َح ْرف‬
Maksudnya: Sesiapa yang membaca satu huruf daripada
kitab Allah, ia mendapat satu kebaikan. Satu kebaikan itu pula
digandakan kepada sepuluh kebaikan. Aku tidak mengatakan:
Membaca Alif Lam Mim itu dikira satu huruf, sebaliknya alif satu
huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf.

Tidak Mengharuskan Mentafsir Al-Quran Dengan


Menggunakan Logik Akal

Ahli Sunah Waljamaah tidak mengharuskan mentafsir al-Quran


dengan menggunakan logik akal semata-mata dan memperkatakan
tentang Allah SWT tanpa berdasarkan kepada ilmu, kerana
perbuatan tersebut merupakan perbuatan syaitan.

Firman Allah SWT:

95
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

ٰ ُ ُ ۟ ُ َّ َ َ َ ً ّ َ ً ٰ َ َ َ‫ف ْ أ‬ ۟ ُ ُ ُ َّ َ ُّ َ ٰٓ َ
‫اس كوا ِ َّما ِ� ٱلر ِض حلـل ط ِيبا ول تت ِبعوا خطو ِت‬
َ ْ ‫يـأ ي�ا ٱلن‬
ََ ٓ َ ْ َْ َ ْ
‫أ ُ ٱ‬ ْ ُ ‫ٱلش ْي َط ٰـنۚ ِإ َّن ُهۥ َل‬
١٦٨ �ٌ‫ك َع ُد ٌّو ُّم ِب ي ن‬
‫۝ ِإ نَّ َ�ا َ ي� ُم ُرك ِب� ُّلس ٓو ِء وٱلفحشا ِء وأن‬
َّ
ِ
َ ُ َ ْ َ َ َ َّ َ َ ۟ ُ ُ َ
‫۝‬١٦٩ ‫ٱلل ما ل تعلون‬ ِ ‫تقولوا عل‬
Maksudnya: Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa yang
ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak
langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh
yang terang nyata bagi kamu. Ia hanya menyuruh kamu melakukan
kejahatan dan perkara-perkara yang keji, dan (menyuruh) supaya
kamu berkata (dusta) terhadap Allah apa yang kamu tidak ketahui
(salah benarnya).
(al-Baqarah 2: 168-169)

Mentafsir al-Quran Dengan al-Quran Dan al-Quran Dengan al-


Sunnah

Ahli Sunah Waljamaah mentafsir al-Quran dengan al-Quran.


Mereka menghubungkan ayat yang mujmal (umum) dengan yang
mubayyan (khusus), mutlak dengan muqayyad, am dengan khas
dan mutasyabih dengan muhkam. Mereka juga mentafsir al-
Quran dengan Sunnah Nabi SAW yang sahih, kemudian dengan
kata-kata para sahabat, kemudian dengan kata- kata para tabiin
yang agung kemudian dengan menggunakan bahasa Arab yang
merupakan bahasa yang diturunkan al-Quran. Kemudian mereka
berijtihad dalam lingkungan sumber-sumber yang disebutkan di
atas dan terikat dengan batasan-batasan syarak dan mereka tidak
keluar daripada kaedah-kaedahnya. Mereka mengumpulkan sekali
gus antara athar dengan nazar.

Rukun Keempat: Beriman Dengan Para Rasul

Allah SWT mengutuskan kepada para hamba-Nya, manusia yang


terpilih daripada sisi-Nya sebagai rasul- rasul yang membawa
berita gembira dan berita yang menakutkan. Mereka menyeru
ke arah agama yang benar bagi menunjuki manusia jalan yang
lurus dan mengeluarkan mereka daripada kegelapan kepada

96
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

cahaya. Dakwah mereka bertujuan menyelamatkan manusia


daripada syirik dan penyembahan berhala dan membersihkan
masyarakat daripada kerosakan dan kemusnahan. Mereka telah
menyampaikan risalah, menunaikan amanah, menasihati ummah
dan berjihad pada jalan Allah dengan sebenar-benar jihad. Mereka
maksum daripada melakukan kesalahan dalam menyampaikan
risalah dan mereka juga membawa bukti- bukti yang jelas dan
terang yang membuktikan kebenaran dakwaan mereka.

Ahli Sunah Waljamaah tidak membezakan mana-mana


Rasul dari sudut keperluan beriman kepadanya. Bagi mereka,
orang-orang yang menolak untuk beriman dengan mana-mana
Rasul, dia telah kufur dengan Allah SWT dan dengan seluruh
para Rasul.

Firman Allah SWT:


ُ ُ َ َّ َ‫َّ َّ نَ َ ْ ُ ُ َ ٱ َّ َ ُ ُ َ ُ ُ َ َ ُ َ ّ ُ ۟ َ ْ ن‬
‫ٱلل ورس ِ ِلۦ‬ ِ �‫لل ورس ِ ِلۦ و ي ِ� يدون أن يف ِرقوا ب ي‬ ِ �‫ِإن ٱل ِذ ي� يكفرون ِب‬
َ َ ٰ ۟ ُ َ َ ُْ َ ُ َ ُ ُ
‫ض َوُ ي ِ� ُيدون أن َي َّت ِخذوا َب ْ ي نَ� ذ ِلك‬ ٍ ‫ض َونكف ُر ِب َب ْع‬ٍ ‫َو َيقولون ن ْؤ ِم ُن ِب َب ْع‬
ً ُّ ً َ َ َ‫ُ ۟ َ ٰٓ َ ُ ُ ْ َ ٰ ُ َ َ ًّ ۚ َ َ ْ َ ْ نَ ْ َ ٰ ن‬ ً
١٥١ ‫۝ أولـ ِئك ه ٱلكـ ِفرون حقا وأعتد� ِللكـ ِف ِر ي� عذ با� ِمينا‬
‫۝‬ ١٥٠ ‫َس ِبيل‬
َ ْ َ َ ٰٓ َ ۟ ُ ْ ُ ْ‫َ َّ نَ َ َ ُ ۟ ٱ َّ َ ُ ُ َ َ ْ ُ َ ّ ُ ۟ َ ْ نَ َ َ ّ ن‬
‫لل ورس ِ ِلۦ ول يف ِرقوا ب ي� أح ٍد ِم�م أولـ ِئك سوف‬ ِ �‫وٱل ِذ ي� ءامنوا ِب‬
ُ َ ُ َّ َ َ َ ۗ ْ ُ َ ُ ْ ْ ُ ُ
‫۝‬ ١٥۲ ‫ٱلل غف ًورا َّر ِح ي� ًما‬ ‫يؤ ِت ي ِ�م أجوره وكن‬
Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada
Allah dan Rasul-rasul-Nya, dan (orang- orang yang) hendak
membeza-bezakan iman mereka di antara Allah dan Rasul-rasul-
Nya, dan (orang-orang yang) berkata: “Kami beriman kepada
setengah Rasul- rasul itu dan kufur ingkar kepada setengahnya
yang lain”, serta bertujuan hendak mengambil jalan lain antara
iman dan kufur itu: Mereka itulah orang-orang yang kafir dengan
sebenar-benarnya. Dan Kami telah menyediakan bagi orang-
orang kafir itu azab seksa yang menghina. Dan orang-orang yang
beriman kepada Allah dan Rasul- rasul-Nya dan mereka pula
tidak membeza-bezakan (imannya terhadap) seseorang pun di
antara Rasul-rasul itu, (maka) mereka yang demikian, Allah akan

97
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

memberi mereka pahala mereka dan (ingatlah) Allah adalah Tuhan


Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(al-Nisa’ 4: 150-152)

Hikmah Perutusan Para Rasul


Hikmah perutusan para rasul adalah untuk menyampaikan berita
gembira bagi orang-orang yang beriman dan berita-berita yang
buruk bagi orang-orang yang tidak beriman.

Firman Allah SWT:


ۚ ُ ُّ َ ْ َ ٌۢ َّ ُ َّ َ َ َّ ‫ون ل‬ َ ُ َ َّ َ َ‫ُّ ُ ً ُّ َ شّ نَ َ ُ ن‬
‫ٱلل جحة بعد ٱلرس ِل‬ ِ ‫اس عل‬ ِ ‫لن‬ ِ ‫� ي� وم ِنذ ِر ي� ِلئل يك‬
ِ ِ ‫رسل مب‬
‫۝‬ ُ َّ ‫َو َك َن‬
١٦٥ ‫ٱلل َع ِز ي زً�ا َح ِك ي� ًما‬
Maksudnya: Rasul-rasul (yang Kami telah utuskan itu semuanya)
pembawa khabar gembira (kepada orang- orang yang beriman), dan
pembawa amaran (kepada orang-orang yang kafir dan yang berbuat
maksiat), supaya tidak ada bagi manusia sesuatu hujah (atau
sebarang alasan untuk berdalih pada hari kiamat kelak) terhadap
Allah sesudah mengutuskan Rasul-rasul itu. dan (ingatlah) Allah
Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(al-Nisa’ 4: 165)

Hala Tuju Dakwah Para Rasul


Seluruh para rasul menyeru ke arah asas yang sama iaitu
mentauhidkan Allah SWT dalam ibadah dan menegah melakukan
syirik. Islam adalah agama seluruh para nabi meskipun syariat
mereka berbeza, sesuai dengan suasana dan keadaan. Allah SWT
sama sekali tidak akan menerima agama daripada hamba-Nya
selain daripada agama Islam.

Firman Allah SWT:


ۖ َ ُ ٰ َّ ۟ ُ َ ْ َ َ َّ ۟ ُ ُ ْ َ ً ُ َّ َّ ُ ّ ُ ‫َ َ َ ْ َ َ ْ َ ف‬
‫ولقد بعثنا ِ� ِك أم ٍة رسول أ ِن ٱعبدوا ٱلل وٱجت ِنبوا ٱلطـغوت‬

98
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

َ‫َّ َ َ ةُ ۚ َ ۟ ف ْ أ‬ َ َّ ُ َّ ‫فَ ِ� نْ ُ�م َّم ْن َه َدى‬


‫ٱلل َو ِم نْ ُ�م َّم ْن َحق ْت َعل ْي ِه ٱلضل ٰـل ف ِس ي ُ�وا ِ� ٱلر ِض‬
ْ
َّ ُْ ُ َ َٰ َ َ َ َْ ۟ ُ ُ َ
‫۝‬٣٦ �َ‫ٱلك ِذ ِب ي ن‬ ‫فٱنظروا كيف كن عـ ِقبة‬
Maksudnya: Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam
kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya
menyeru mereka): “Hendaklah kamu menyembah Allah dan
jauhilah Taghut”. Maka diantara mereka (yang menerima seruan
Rasul itu), ada yang diberi hidayah petunjuk oIeh Allah dan ada
pula yang berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu mengembaralah
kamu di bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan
umat-umat yang mendustakan Rasul-rasul- Nya.
(al-Nahl 16: 36)

Bilangan Para Rasul


Allah SWT mengutuskan ramai para rasul dan nabi. Antara
mereka ada yang Allah SWT sendiri memperkenalkannya kepada
manusia dalam kitab-Nya dan menerusi lisan para nabi-Nya
dan dalam kalangan mereka ada juga yang Allah SWT tidak
memperkenalkannya kepada manusia.

Firman Allah SWT:


َ
ْ‫َوَل َق ْد أ ْر َس ْل َنا ُر ُس ًل ِّمن َق ْب ِل َك ِم نْ ُ�م َّمن َق َص ْص َنا َع َل ْي َك َو ِم نْ ُ�م َّمن َّل‬
ٓ َ َ ۚ َّ ْ َّ َ َٔ َ ‫َ ْ ُ ْ َ َ ْ َ ۗ َ َ َ َ َ ُ َ َ أْ ت‬
‫ٱلل ف ِإذا َجا َء‬ِ ‫نقصص عليك وما كن ِلرس ٍول أن ي� ِ� ِبـاي ٍة ِإل ِب ِإ�ذ ِن‬
َ ُ ُ ْ َ َ ُ َ َ َ ّ َ ْ ‫َ ْ ُ َّ ُ ض َ ٱ‬
‫۝‬٧٨ ‫ٱل ْب ِطلون‬ ‫ٱلل ق ِ� ِب�ل ِق وخ ِس هنا ِلك‬ ِ ‫أمر‬
Maksudnya: Dan demi sesungguhnya! Kami telah mengutus
beberapa Rasul sebelummu; di antara mereka ada yang Kami
ceritakan perihalnya kepadamu, dan ada pula di antaranya yang
tidak Kami ceritakan kepada kamu. Dan tidaklah harus bagi
seseorang Rasul membawa sesuatu keterangan atau menunjukkan
sesuatu mukjizat melainkan dengan izin Allah; (maka janganlah
diingkari apa yang dibawa oleh Rasul) kerana apabila datang
perintah Allah (menimpakan azab) diputuskan hukum dengan

99
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

adil; pada saat itu rugilah orang-orang yang berpegang kepada


perkara yang salah.
(Ghafir 40: 78)

Nama-nama mereka yang terdapat dalam al- Quran ialah


25 orang Rasul dan nabi. Mereka ialah Adam, Idris, Nuh, Hud,
Salih, Ibrahim, Lut, Ismail, Ishak, Ya’qub, Yusuf, Syu’aib, Ayyub,
Zulkifli, Musa, Harun, Dawud, Sulaiman, Ilyas, Ilyasa’, Yunus,
Zakaria, Yahya, Isa dan Muhammad SAW yang merupakan
penutup segala Rasul dan nabi1.

Sikap Ahli Sunah Waljamaah Terhadap Beriman


Dengan Para Rasul
Ahli Sunah Waljamaah beriman yang Allah SWT telah melebihkan
sebahagian daripada nabi mengatasi sebahagian yang lain. Begitu
juga dengan para Rasul. Umat Islam telah berijmak, para Rasul
lebih utama berbanding dengan para nabi. Dalam kalangan para
Rasul itu pula, terdapat perbezaan dari sudut kelebihan antara satu
sama lain. Rasul dan nabi yang paling afdal sekali ialah Rasul-
rasul Ulul Azmi. Mereka terdiri daripada lima orang iaitu Nabi
Muhammad SAW, Nuh, Ibrahim, Musa dan Isa.

Firman Allah SWT:


َ َ ْ ُ َ‫َ ْ َ َ ْ نَ َ َّ ّ ۧ َ َ ٰ ق‬
ٰ َ ‫نك َو ِمن ُّنوح َو ِإ ْ ب َٰ� ِه ي َ� َو ُم‬
‫وس‬ ٍ ‫و ِإذ أخذ� ِمن ٱلن ِب ِيـن ِميثـ�م و ِم‬
ً َ ً ٰ َ ّ ُ ْ‫َ َ ْ ن َ ْ َ َ ۖ َ َ َ ْ نَ ن‬
‫۝‬٧ ‫ٱ� مر ي� وأخذ� ِم�م ِميثـقا غ ِليظا‬ ِ ‫و ِعيس ب‬
Maksudnya: (Teruslah bertakwa kepada kami) dan (ingatlah)
ketika Kami mengambil dari Nabi-nabi (umumnya): perjanjian
setia mereka, dan (khasnya) dari engkau sendiri (Wahai
Muhammad), dan dari Nabi Nuh, dan Nabi Ibrahim, dan Nabi
Musa, serta Nabi Isa anak Maryam; dan Kami telah mengambil
dari mereka: perjanjian setia yang teguh (bagi menyempurnakan
1 Susunan di atas adalah yang dibuat oleh Syeikh Ali al-Halabi, pengarang kitab al-Wajiz Fi Aqidah al-
Salaf. Terdapat sesetengah ulama yang menjelaskan Adam AS bukan Rasul sebaliknya seorang nabi.
Begitu juga Idris AS. Nabi Idris pula tidak berada selepas daripada Nabi Adam AS sebaliknya selepas Nabi
Nuh AS. Rasul yang pertama adalah Nabi Nuh AS.

100
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

apa yang ditugaskan kepada mereka).


(al-Ahzab 33: 7)

Dalam kalangan Rasul bertaraf Ulul Azmi, yang paling afdal


pula ialah Nabi Muhammad SAW, yang merupakan penutup para
nabi dan Rasul. Baginda SAW merupakan Rasul yang diutuskan
ke seluruh alam dan penghulu segala anak Adam, berdasarkan
firman Allah SWT:
ۗ َ ۧ ّ َّ َ َ‫َّ َ َ ُ َ َّ ٌ َ َ ٓ َ َ ّ ّ َ ُ ْ َ َ ٰ َّ ُ َ َّ َ َ ت‬
‫ٱلل وخا� ٱلن ِب ِيـن‬ِ ‫ما كن ممد أ ب� أح ٍد ِمن ِرجا ِلك ولـ ِكن رسول‬
ْ َ‫ك ش‬
٤٠ ‫� ٍء َع ِل ي� ًما‬
‫۝‬
ّ ُ ُ َّ َ َ َ
ِ ‫وكن ٱلل ِب‬
Maksudnya: Bukanlah Nabi Muhammad itu (dengan sebab
ada anak angkatnya) menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang
daripada orang lelaki kamu, tetapi ia adalah Rasul Allah dan
kesudahan segala Nabi-nabi. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha
Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
(al-Ahzab 33: 40)

Ahli Sunah Waljamaah beriman dengan seluruh para nabi


dan rasul, baik yang disebutkan nama mereka dalam al-Quran
mahupun yang tidak disebutkan, daripada awal mereka, Nabi
Adam AS sehinggalah kepada nabi dan Rasul yang terakhir sekali
dalam kalangan mereka.

Beriman kepada para Rasul dilakukan secara umum dan


berlaku dengan iktikad dan juga perkataan, sebaliknya beriman
dengan Nabi Muhammad SAW perlu dilakukan secara terperinci
dan dilakukan menerusi iktikad, perkataan dan juga amalan. Ia
memerlukan umat Islam mengikut apa yang dibawa oleh baginda
SAW daripada tuhannya secara terperinci.

Nabi Muhammad SAW


Nama sebenar Nabi Muhammad SAW ialah Abu al- Qasim
Muhammad bin Abdullah bin Abd Muttalib bin Hasyim bin Abd
Manaf bin Qusai bin Kilab bin Murrah bin Ka‘ab bin Lu’ai bin

101
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Ghalib bin Fihr bin Malik bin al-Nadar bin Kinanah bin Khuzaimah
bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudar bin Nizar bin Ma’an bin Adnan
daripada anak Nabi Ismail bin Ibrahim AS.

Nabi Muhammad SAW merupakan penutup para nabi


dan rasul dan diutuskan kepada seluruh manusia. Baginda
juga diutuskan kepada manusia dan juga jin, untuk membawa
kebenaran dan petunjuk. Allah SWT mengutuskan baginda sebagai
rahmat kepada sekalian alam. Baginda SAW adalah seorang rasul
yang tidak boleh disembah dan tidak boleh ditolak dakwahnya.
Baginda adalah sebaik-baik makhluk, bahkan yang paling afdal
dan paling mulia di sisi Allah, malah yang paling tinggi darjatnya.
Wasilahnya paling hampir dengan Allah SWT. Syariat baginda
SAW merupakan syariat yang menguasai seluruh syariat yang
lain, sesuai dan memenuhi maslahah setiap zaman dan tempat. Ia
kekal sehingga ke hari kiamat.

Firman Allah SWT:


َ ‫ن‬ َ ٰ َ ْ ّ ً َ ْ َ َّ َ ٰ َ ْ َ ْ َ ٓ َ َ
١٠٧ �‫وما أرسلنـك ِإل رحة ِللعـ ِل ي‬
‫۝‬
Maksudnya: Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (Wahai
Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian
alam.
(al-Anbiya’ 21: 107)

Keimanan seorang hamba tidak sah melainkan setelah


beriman dengan risalah dan memperaku saksi kenabian baginda.
Sesiapa yang mentaatinya, akan memasuki syurga dan sesiapa
yang menderhaka kepadanya, akan memasuki neraka.

Firman Allah SWT:


ُ َ َ ُ ّ َ ُ ٰ َّ‫َ َ َ َ ّ َ َ ُ ْ ُ َ َ ت‬
ٓ�‫وك ِف ي� َما �ش جَ َر َب ْي نَ ُ� ْم ث َّ� َل ي َ ِج� ُد ۟وا ِ ف‬ ‫فل ور ِبك ل يؤ ِمنون ح� ي� ِك‬
َ ۟ ّ َ ُ َ
‫۝‬ ٦٥ ‫س ْم َح َر ًجا ِّ َّما ق َض ْي َت َو ُي َس ِ ُلوا ت ْس ِل ي� ًما‬
ِِ ‫أ‬
‫نف‬

102
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Maksudnya: Maka demi Tuhanmu (Wahai Muhammad)! mereka


tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau
hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara
mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu
keberatan terhadap apa yang telah engkau hukumkan dan mereka
menerima keputusan itu dengan sepenuhnya.
(al-Nisa’ 4: 65)
Firman Allah SWT:
ُ‫ون َ ُلم‬َ ُ َ َ ً ْ َ ٓ ُ ُ ُ َ َ ُ َّ َ‫َ َ َ َ ُ ْ َ َ ُ ْ َ َ َ ض‬
‫وما كن ِلؤ ِم ٍن ول مؤ ِمن ٍة ِإذا ق� ٱلل ورسولۥ أمرا أن يك‬
ً ُّ ً ٰ َ َ َّ َ ْ َ َ ُ َ ُ َ َ َ َّ ْ َ َ َ ْۗ ِ ْ َ ْ ُ َ َ ‫ْ خ‬
‫۝‬ ٣٦ ‫ص ٱلل ورسولۥ فقد ضل ضلـل م ِبينا‬ ِ ‫ٱل ي�ة ِمن أم ِره ومن يع‬ ِ
Maksudnya: Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman,
lelaki dan perempuan - apabila Allah dan Rasul- Nya menetapkan
keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka)
mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan
mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan
Rasul-Nya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan
yang jelas nyata.
(al-Ahzab 33: 36)

Setiap nabi diutuskan kepada kaumnya secara khusus, tetapi Nabi


Muhammad SAW diutuskan kepada seluruh manusia.

Firman Allah SWT:


َ َّ َ َ‫َ َ ٓ َ ْ َ ْ َ ٰ َ َّ َ ٓ َّ ً ّ َّ َ ً َ َ ً َ َ ٰ َّ َ ْ ث‬
ِ ‫اس ب ِش ي�ا ون ِذ ي�ا ولـ ِكن أ ك� ٱلن‬
‫اس ل‬ ِ ‫وما أرسلنـك ِإل كفة ِللن‬
َ َ
‫۝‬۲٨ ‫َي ْع ُلون‬
Maksudnya: Dan tiadalah Kami mengutusmu (Wahai
Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya,
sebagai Rasul pembawa berita gembira (kepada orang- orang yang
beriman), dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar);
akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu).
(Saba’ 34: 28)

103
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh


Muslim ( no hadis:812) menerusi Abu Hurairah RA:
ْ ُّ ُ ْ َُ َْ َ َ َ ُ ْ ُ ّ َ ْ َ‫ُ ّ ْ ُ َ َ ْ أ‬
‫ك ون ِصت ِب�لرع ِب‬ ِ ِ ‫ف ُ ِضلت عل الن ِبي ِاء ِب ِس ٍت أع ِط َيت جو ِامع ال‬
ُ ُ ‫َوأ ِح َّل ْت ل ْال َغ َن ِئ‬
َ ْ ُ َ ‫ال ْر ُض‬
‫ط ًورا َو َم ْس ِج ًدا َوأ ْر ِسل ُت ِإل‬
‫ْأ‬ َ
‫ا� َو ُج ِعل ْت ِ يل‬ ‫ِي‬
َ ُّ َّ ُ ً َّ َ ْ َ‫خ‬ ْ
‫الل ِق كفة َوخ تِ َ� ِب ي� الن ِبيون‬
Maksudnya: Aku dilebihkan ke atas para nabi dengan enam perkara
iaitu aku dianugerahkan dengan Jawami’ al-Kalim (ucapan yang
mengandungi makna yang banyak dengan hanya mengemukakan
lafaz yang ringkas), aku diberikan pertolongan dengan rasa gentar
(perasaan takut dicampakkan dalam hati musuh) aku dihalalkan
harta rampasan perang, bumi dijadikan untukku sebagai alat
bersuci dan masjid, aku diutuskan kepada seluruh makhluk dan
aku dijadikan sebagai penutup para nabi.

Mukjizat Yang Dianugerahkan Kepada Nabi


Muhammad SAW
Mukjizat yang dianugerahkan Allah kepada nabi Muhammad
SAW begitu banyak sekali, antaranya ialah:

Al-Quranul Karim. Al-Quran merupakan mukjizat yang paling


besar dan paling agung sekali, yang Allah SWT anugerahkan
kepada Nabi Muhammad SAW, yang mencabar bangsa yang dikira
paling fasih dalam menggunakan tatabahasa Arab, supaya mereka
membawa ayat seumpama al-Quran. Walau bagaimanapun
mereka gagal membawa satu surah yang sama dengan al-Quran.
Hikmah Allah SWT menghendaki al-Quran menjadi mukjizat
Nabi Muhammad SAW yang paling besar sekali. Jika mukjizat
Rasulullah SAW hanyalah mukjizat yang berbentuk mukjizat
hissiyyah (mukjizat yang boleh dilihat dengan mata kasar ) semata-
mata, sudah tentu ia akan berakhir, sebagaimana mukjizat para
rasul terdahulu berakhir.

104
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Mukjizat Israk dan Mikraj. Nabi SAW telah dimi’rajkan dalam


keadaan jaga dengan roh dan jasad ke langit pada malam Israk.
Baginda diisrakkan pada satu malam daripada al-Masjid al-Haram
ke Masjid al-Aqsa berdasarkan nas al-Quran.

Firman Allah SWT:


ْ َ ْ َ ََْ ْ َ ْ َ ّ ً ْ َ ْ َ ٰ َ ْ َ ٓ َّ َ ٰ َ ْ ُ
‫سبحـن ٱل ِذى أسى ِبعب ِد ِهۦ ليل ِمن ٱلس ِج ِد ٱلر ِام ِإل ٱلس ِج ِد‬
َ‫ْ أ‬
َّ ‫ٱل ْق َصا َّٱل ِذى َب ٰـ َر ْك َنا َح ْو َ ُلۥ ِل نُ� َي ُهۥ ِم ْن َء َاي ٰـ ِت َن ٓا ۚ إ َّن ُهۥ ُه َو‬
ُ‫ٱلس ِميع‬
ِ ِ
ْ
‫۝‬١ �ُ ‫ٱل َب ِص ي‬
Maksudnya: Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-
Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid al- Haram (di
Makkah) ke Masjid al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati
sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda
(kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah yang
Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
(al-Israk 17:1)

Baginda SAW dimi’rajkan ke langit dan baginda naik ke


langit sehingga ke langit yang ketujuh, kemudian yang lebih
atas lagi daripada itu, mengikut yang dikehendaki Allah SWT,
sehingga ke Sidrah al-Muntaha. Di situlah terletaknya Syurga
al-Ma’wa. Allah SWT telah memuliakan baginda SAW dengan
apa yang dikehendaki-Nya dan mewahyukan kepada baginda apa
yang hendak diwahyukan kepadanya. Allah SWT berkata-kata
dengan baginda dan mensyariatkan kepadanya solat lima waktu
sehari semalam. Baginda SAW juga diberi peluang menziarahi
syurga dan melihat isi kandungannya dan juga menziarahi neraka.
Baginda melihat para malaikat dan melihat Malaikat Jibril dalam
rupanya yang sebenar yang diciptakan Allah SWT. Hati Nabi SAW
tidak menolak apa yang baginda lihat itu, bahkan segala apa yang
baginda lihat itu berlaku dengan mata kepala baginda, sebagai
memulia dan mengagungkan baginda mengatasi nabi-nabi yang
lain, malah menzahirkan ketinggian kedudukan baginda mengatasi
nabi-nabi lain. Kemudian baginda turun ke Baitulmuqaddis dan

105
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

menunaikan solat dengan para nabi, seterusnya kembali ke Kota


Mekah sebelum Subuh.

Firman Allah SWT:


َ ْ ُ ‫۝ َما َض َّل َص ِاح ُب‬١ ‫ٱلن ْج ِم ِإ َذا َه َو ٰى‬
‫نط ُق َع ِن‬ ِ ‫۝ َو َما َي‬۲ ‫ك َو َما غ َو ٰى‬
َّ ‫َو‬
ۢ ُ ُْ َ َّ ٌۭ ْ ‫۝ ِإ ْن ُه َو ِإ َّل َو‬٣ ‫ْ َٱل َو ٰٓى‬
‫۝ ذو ِم َّر ٍة‬٥ ‫۝ َع َل ُهۥ ش ِد ُيد ٱلق َو ٰى‬٤ ‫وح‬ ٰ َ ‫ح ُي‬
َ ‫۝ َف َك َن َق‬٨ ‫۝ ثُ َّ� َد نَ� َف َت َد َّ ٰل‬٧ ‫ٱل ْع َ ٰل‬ َ‫ُ ٱ ْ أُ ُ ْ أ‬ َ
‫اب‬ ‫۝ َوه َو ِب�لف ِق‬٦ ‫ف ْٱس َت َو ٰى‬
ََ َ َ َ َ
ُْ
‫۝ َما كذ َب ٱلف َؤ ُاد‬ ١٠ ‫ح‬ ٰ َ ‫ح ِإ َ ٰل َع ْب ِد ِهۦ َم ٓا أ ْو‬ ٰٓ َ ‫۝ َفأ ْو‬٩ �ٰ َ‫َق ْو َس ْ ي ِن� أ ْو أ ْد ن‬
َ‫۝ عند‬ ٰ ْ ُ ً‫َ َ ُ َ ٰ ُ َ ُ َ َ ٰ َ َ َ ٰ َ َ َ ْ َ َ ُ نَ زْ َ ة‬ ٰٓ َ َ
َ
ِ ١٣ ‫۝ ولقد رءاه �ل أخرى‬ ١۲ ‫۝ أفتمـرونهۥ عل ما ي�ى‬ ١١ ‫ما َرأى‬
ْ ْ ُ َّ َ َ َ
َ‫ٱلس ْد َر َة ما‬ِّ �َ‫۝ إ ْذ َي ْغ ش‬ ١٥ ‫ى‬ ٰٓ ‫و‬ َ ‫أ‬ َ ‫۝ ِعندها جنة‬
‫ٱل‬ ١٤ ٰ
�‫ن‬ َ ‫ٱل َت‬ُ ْ ‫ِس ْد َر ِة‬
َ ِ
‫۝ لق ْد َرأ ٰى ِم ْن َء َاي ٰـ ِت َر ِّب ِه‬
ََ َ
١٧ �ٰ َ‫ص َو َما ط غ‬ ُ َ ‫۝ َما َز َاغ ْٱل َب‬ ١٦ � ٰ َ‫َي ْغ ش‬
ُْ
‫۝‬١٨ ‫ٱلك ْب َ� ٰٓى‬
Maksudnya: Demi bintang semasa ia menjunam, - rakan kamu
(Nabi Muhammad yang kamu tuduh dengan berbagai tuduhan
itu), tidaklah dia menyeleweng (dari jalan yang benar), dan
ia pula tidak sesat (dengan kepercayaan yang salah). Dan ia
tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama
Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala
yang diperkatakannya itu (sama ada al-Quran atau hadis) tidak
lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya. Wahyu itu
(disampaikan dan) diajarkan kepadanya oleh (Malaikat Jibril)
yang amat kuat gagah, - lagi yang mempunyai kebijaksanaan;
kemudian ia memperlihatkan dirinya (kepada Nabi Muhammad)
dengan rupanya asal, sedang ia berada di arah yang tinggi (di langit);
kemudian ia mendekatkan dirinya (kepada Nabi Muhammad),
lalu ia berjuntai sedikit demi sedikit, sehingga menjadilah jarak
(di antaranya dengan Nabi Muhammad) sekadar dua hujung
busaran panah, atau lebih dekat lagi; lalu Allah wahyukan kepada
hamba-Nya (Muhammad, dengan perantaraan Malaikat Jibril)
apa yang telah diwahyukan-Nya. Hati (Nabi Muhammad) tidak

106
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

mendustakan apa yang dilihatnya. Jika demikian, patutkah


kamu hendak membantahnya mengenai apa yang telah dilihatnya
itu? Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat
(Malaikat Jibril, dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi,
di sisi “Sidratul- Muntaha”;15. Yang di sisinya terletak Syurga
“Jannatul- Makwa”.. (Nabi Muhammad melihat Jibril dalam
bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa “ Sidratul
Muntaha” itu diliputi oleh makhluk-makhluk daripada alam-alam
ghaib, yang tidak terhingga. Penglihatan (Nabi Muhammad) tidak
berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan
yang indah di situ yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula
melampaui batas. Demi sesungguhnya, ia telah melihat sebahagian
dari sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya
pemerintahan dan kekuasaan) Tuhannya.
(al-Najm 53: 1-18)

Bulan terbelah dua. Ia merupakan satu tanda yang besar


yang dianugerahkan Allah SWT kepada nabi-Nya, sebagai bukti
kenabian baginda. Peristiwa tersebut berlaku di Mekah, ketika
orang-orang Quraisy mencabar baginda menunjukkan bukti
kebenaran risalah yang dibawa baginda SAW.

Memperbanyakkan makanan yang sedikit. Ia berlaku kepada


baginda beberapa kali.

Memperbanyakkan air dan memancarkannya daripada jari-


jemari Rasulullah SAW, makanan bertasbih di tangan baginda,
ketika ia dimakan. Ia banyak kali berlaku kepada Rasulullah SAW.

Menyembuhkan orang sakit dan menyembuhkan penyakit


beberapa orang sahabat tanpa menggunakan ubat fizikal.

Binatang menunjukkan adab dengan baginda, pokok tunduk


kepada baginda, malah pokok-pokok memberi salam kepada
baginda sebelum baginda diutuskan menjadi nabi lagi.

Nabi SAW boleh melihat orang yang berada di belakangnya


ketika menunaikan solat, sebagaimana baginda SAW boleh

107
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

melihat orang yang berada di hadapannya.

Lengan kambing bercakap memberitahu Nabi SAW, yang ia


telah dibubuh racun.

Nabi SAW memberitahu beberapa perkara. Baginda


memberitahu perkara-perkara yang berlaku jauh daripada baginda
sebaik sahaja ia berlaku. Baginda SAW juga memberitahu beberapa
perkara ghaib sebelum ia berlaku dan kemudian berlaku setelah
itu.

Doa Nabi SAW diterima secara umum.

Allah SWT membalas segera ke atas sesetengah orang yang


mengkhianati atau memusuhi baginda SAW.

Allah SWT menghukum orang yang tidak menghormati


baginda dan tidak menghormati kata-kata, perintah dan juga
larangan baginda.

Allah SWT menjaga Rasulullah SAW dan menjauhkan musuh


daripada diri baginda.

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim (no hadis: 38)


daripada Abu Hurairah RA, menjelaskan:
َ َ
ْ،‫ َن َعم‬:‫�ر ُ ْك؟ َق َال َف ِق َيل‬ َ ‫ َه ْل ُي َع ِّف ُر ُ َم َّم ٌد َو ْج‬:‫�ل‬
ُ ْ‫� ُه َب ْ ي نَ� أ ظ‬
ٍ
ْ ‫َق َال أ ُبو َج‬
ِ
َْ ََ َ َ َ َّ َ َ َ‫َ َ َ َ ْ َّ َ ْ ُ َّ َ ئ نْ َ َ ْ ُ ُ َ ْ َ ُ َ َ َ أ‬
‫ والل ِت والعزى ل ِ� رأيته يفعل ذ ِلك لطأن عل رقب ِت ِه أو‬:‫فقال‬
َّ َ ُ ّ َّ َ ّ َ ُ َ َ‫َ َ َ َ ت‬ ُّ‫� ُه ف� ت‬ َّ َ ّ َ ُ‫َ أ‬
‫الل َعل ْي ِه َو َس َل‬ ‫الل صل‬ ِ ‫ول‬ ‫س‬ ‫ر‬ � ‫أ‬ ‫ف‬ : ‫ال‬ ‫ق‬ ،‫اب‬ ِ َ ‫ِي‬
َ
�‫ال‬ َ ‫ج‬ ْ ‫و‬َ ‫ن‬ ‫لع ِفر‬
ُ َّ َ َ‫ّ َ َ َ َ َ َ َ َ ف‬
‫ ف َ�ا ِج� ئ ُ� ْم ِم ْن ُه ِإل َو ُه َو َي ْنك ُص‬:‫ قال‬،‫ ز َع ِل َيطأ َعل َرق َب ِت ِه‬،‫َو ُه َو ُي َص ِ يل‬
َّ َ َ َ َ َ َ َ َ َ َ َ
‫ ِإن َب ْي ِ ن ي� َو َب ْي َن ُه‬:‫ َما لك؟ فقال‬:‫ ف ِقيل ُل‬:‫ قال‬،‫َعل َع ِق َب ْي ِه َو َي َّت ِق ي� ِب َي َد ْي ِه‬
ْ‫الل َع َلي ِه‬ ُ ّ ‫الل َص َّل‬ ّ ُ ُ َ َ َ َ ً َ ْ َ َ ً ْ َ َ َ‫َ خَ ْ َ ً ْ ن‬
ِ ‫ فقال رسول‬،‫لندقا ِمن � ٍر وهول وأج ِنحة‬
ُ َ َ َ ْ ُ ْ َ َ َ ْ َ ّ‫َ َ َّ َ َ ْ َ نَ ن‬
‫الل ِئكة ُع ْض ًوا ُع ْض ًوا‬ ‫ لو د� ِم ِ ي� لختطفته‬:‫وسل‬
108
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Maksudnya: Abu Jahal pernah berkata: Adakah Muhammad


meletakkan wajahnya di atas tanah di hadapan anda sekalian?
Kata perawi: Ucapan beliau itu dijawab: Ya. Jawab Abu Jahal:
Demi Latta dan Uzza, jika aku melihatnya melakukan demikian,
aku akan pijak tengkuknya atau aku akan benamkan wajahnya ke
dalam tanah. Kata perawi: Lalu Abu Jahal menemui Rasulullah
SAW dan ketika itu baginda sedang menunaikan solat dan dia
yakin dapat memijak tengkuk Rasulullah SAW. Kata Perawi:
Sebaik sahaja dia menghampiri tempat Nabi SAW menunaikan
solat, tiba-tiba dia mengundur ke belakang dan mengangkat kedua-
dua tangannya. Kata Perawi: Lalu dia ditanya: Apa yang berlaku
kepada anda? Jawab dia: Antara aku dan baginda dihalang oleh
satu parit daripada api, perasaan takut dan juga sayap-sayap
(malaikat). Nabi SAW bersabda: Sekiranya dia (Abu Jahal)
mendekatiku pada waktu itu, pasti dia akan dibinasakan oleh para
malaikat, anggota demi anggota.

Kesimpulan
Beriman dengan para rasul merupakan salah satu daripada rukun
iman dan orang yang tidak mempercayainya akan menyebabkan
dia menjadi kufur. Bilangan para rasul berdasarkan yang
dijelaskan dalam al-Quran ialah 25 orang dan Nabi Muhammad
SAW merupakan penutup segala nabi. Baginda bukan sahaja
diutuskan kepada manusia, bahkan juga kepada makhluk yang
tidak dapat dilihat oleh manusia iaitu jin. Baginda dikurniakan
dengan berbagai-bagai mukjizat baik maknawi mahupun hissi.
Mukjizat baginda yang paling besar adalah al-Quranul Karim
yang mengandungi petunjuk untuk sekalian manusia.

Rukun Kelima: Beriman Dengan Hari Akhirat

Hari kiamat ialah hari di mana Allah SWT menghidupkan


kembali segala makhluk selepas mereka semua meninggal.
Mereka dibangkitkan daripada kubur, seterusnya dihisab segala
amalan yang mereka lakukan. Ia juga melibatkan berbagai-bagai
peristiwa dan suasana huru-hara yang amat dahsyat yang berlaku
pada hari akhirat. Ia juga melibatkan perkara yang berlaku dalam

109
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

kubur seperti fitnah, azab atau nikmat kubur, tiupan sangkakala,


kebangkitan semula, perhimpunan besar- besaran, pemberian
buku catatan amalan, hisab, timbangan amalan, kolam Nabi SAW,
titian sirat mustaqim, syafaat, dan juga pembalasan sehingga ahli
syurga masuk ke dalam syurga dan ahli neraka masuk neraka.

Dalil tentang kewujudan hari akhirat itu terdapat dalam al-


Quran antaranya ialah:
ُ ْ‫َ َ ٱ‬ َ ‫َْ َ َ َ ٓ ُن ز‬ َ ‫ُن ز‬ ٓ َ َّ
‫ِمن ق ْب ِلك َو ِب�ل َٔـ ِاخ َر ِة ْه‬ ‫ِإليك وما أ ِ�ل‬ ‫أ ِ�ل‬ ‫ُي ْؤ ِم ُنون ِب َ�ا‬ �َ‫َوٱل ِذ ي ن‬
َ
‫۝‬٤ ‫ُي ِوق ُنون‬
Maksudnya: Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab
“al-Quran” yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan
Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka
yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).
(al-Baqarah 2: 4)

Waktu Berlaku Kiamat


Waktu berlaku kiamat merupakan rahsia yang hanya diketahui
oleh Allah SWT sahaja.

Firman-Nya:
ۖ َ ْ َ‫َّ َّ َ َ ُ ْ ُ َّ َ َ ُ نَ زّ ُ ْ َ ْ َ َ َ ْ َ ُ َ ف ْ أ‬
َ‫ام َوما‬
ِ ‫ِإن ٱلل ِعندهۥ ِعل ٱلساع ِة وي ِ�ل ٱلغيث ويعل ما ِ� ٱلرح‬
َّ ۚ ُ ُ َ‫َ ْ َ ْ ٌ َّ َ َ ْ ُ َ ً ۖ َ َ َ ْ َ ْ ٌۢ أَ ّ َ ْ ت‬
‫تد ِرى نفس ماذا تك ِسب غدا وما تد ِرى نفس ِب� ِى أر ٍض �وت ِإن‬
ۢ َ َ َّ
٣٤ �ٌ ‫ٱلل َع ِل ي ٌ� خ ِب ي‬
‫۝‬
Maksudnya: Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat
tentang hari kiamat. Dan Dialah jua yang menurunkan hujan dan
yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada
dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seseorang pun
yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama
ada baik atau jahat); dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui

110
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha


Mengetahui, lagi amat meliputi pengetahuan-Nya.
(Luqman 31: 34)

Tanda-Tanda Kiamat
Walaupun Allah SWT tidak memberitahu secara tepat bila berlaku
kiamat, namun Dia menjelaskan tanda-tanda dan syarat-syarat
sebelum berlaku kiamat dan sekali gus merupakan tanda-tanda
hampir berlaku kiamat itu sendiri. Tanda-tanda kiamat terdiri
daripada dua jenis iaitu pertama tanda-tanda kiamat kecil dan
kedua tanda- tanda kiamat besar.

Tanda-Tanda Kiamat Kecil


Antaranya ialah:

Perutusan Nabi Muhammad SAW sebagai penutup segala


nabi dan juga Rasul. Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang
diriwayatkan oleh al-Bukhari (no hadis:6023) menerusi Anas RA:
‫بعثت نأ� والساعة ي ن‬
�‫هكات‬
Maksudnya: Aku diutuskan menjadi Nabi dalam keadaan masa
untuk berlaku kiamat seperti dua jari ini (jari telunjuk dan jari
tengah).

Pembukaan Baitulmuqaddis, muncul fitnah daripada Timur


dan sesetengah kalangan umat Islam mengikut Sunnah-Sunnah
umat-umat terdahulu dalam kalangan golongan Yahudi dan juga
Kristian, keluar Dajjal kecil dan golongan yang mendakwa sebagai
nabi.

Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-


Bukhari (no hadis: 2940) menerusi Auf bin Malik RA:
َْ َ ُ َّ ‫ْاع ُد ْد ِس ًّتا َب ْ ي نَ� َي َدي‬
‫املق ِد ِس‬ ‫ ث َّ� ف ْت ُح َب ْي ِت‬،�‫ َم ْو ِ ت ي‬:‫الس َاع ِة‬ ِ
111
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Maksudnya: Hitunglah enam perkara yang termasuk ke dalam


tanda kiamat iaitu kematianku, kemudian pembebasan kota
Baitulmuqaddas…

Muncul penciptaan hadis-hadis palsu yang dikaitkan dengan


Nabi SAW, penolakan terhadap hadis baginda, banyak berlaku
pembohongan, tidak memeriksa berita yang disampaikan,
terangkat ilmu, pencarian ilmu bukan daripada ahli, kemunculan
penyakit jahil dan kerosakan dalam masyarakat, kematian ramai
orang-orang soleh, keruntuhan tali ikatan Islam ikatan demi
ikatan, umat- umat bukan Islam merebut-rebut tanah air orang-
orang Islam seolah-olah bagaikan orang yang sedang menghadapi
hidangan makanan dan Islam dan penganutnya menjadi asing
pada pandangan orang ramai.

Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh


Ahmad (21363) menerusi Thawban RA dan ia dinilai sebagai
sahih oleh al-Albani dalam Sahih al- Jami‘ (no hadis :8183):

َ ََ َ َ ُ َ َ َ‫ْ أ‬ َ َ ْ ُ ْ َ َ َ َ َ ْ َ ُ َ ُ‫ُ ُ أ‬
‫ َكا ت َد َاع ال ك�ة ِإل ق ْص َع ِت َ�ا فقال‬،‫ك‬ ‫ي ِوشك الم أن تداع علي‬
َ ُ َ َ ُ ْ ُ َّ َ َ ٌ َ ْ ُ‫َ ٌ ْ َّة نَ ْ ُ َ ْ َ َ َ َ ْ َ ْ ت‬
‫ك غث ٌاء كغث ِاء‬ ‫ ول ِكن‬،�‫ بل أن� ك ِث ي‬:‫ ِمن ِق ٍل �ن يوم ِئ ٍذ قال‬:‫قا ِئل‬
ُ َّ ‫ َوَل َي ْق ِذ َف َّن‬،‫ك‬
‫الل‬ ْ ُ ‫ال َه َاب َة ِم ْن‬
َ ْ ‫الل ِم ْن ُص ُدور َع ُد ّو ُ ْك‬ ُ َّ ‫ َوَل َي نْ ز� َع َّن‬،‫الس ْيل‬َّ
ِ ِ ِ ِ
َ َ ْ َّ َ ٌ َ َ ََ َْ ْ ُ ُُ ‫ف‬
‫ ُح ُّب‬:‫ َو َما ال َو ْه ُن؟ قال‬،‫الل‬ ِ ‫ َ ي� َر ُسول‬:‫ فقال قا ِئل‬،‫ك ال َو ْه َن‬ ‫ِ ي� قل ِوب‬
‫ال ْو ِت‬ َ ْ ‫الد ْن َيا َو َك َر ِاه َي ُة‬
ُّ

Maksudnya: Hampir-hampir anda semua akan diterkam oleh


berbagai-bagai bangsa di dunia dari segenap ufuk sebagaimana
orang yang sedang berhadapan dengan makanan yang telah
dihidangkan. Kata Thawban: Kami berkata: Wahai Rasulullah
SAW adakah jumlah kita sedikit ketika itu. Baginda bersabda:
Jumlah anda ketika itu banyak. Tetapi jumlah anda yang banyak
itu tidak lebih bagaikan buih di laut. Allah SWT mencabut rasa
hebat kepada anda daripada hati-hati musuh anda dan meletakkan
dalam hati-hati anda penyakit wahan. Kami berkata: apakah itu

112
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

penyakit wahan?. Baginda bersabda: Penyakit cintakan dunia dan


bencikan mati.

Banyak berlaku pembunuhan, muncul hasrat untuk mati, timbul


kecemburuan kepada orang yang hidup terhadap orang yang telah
mati, kerana banyak bala bencana yang menimpa, banyak berlaku
mati mengejut, kematian kerana gempa bumi dan penyakit, kurang
bilangan orang-orang lelaki, ramai bilangan kaum wanita, muncul
wanita-wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang, tersebar zina
di jalan-jalan raya, muncul penggunaan alat-alat muzik secara
meluas, peminuman arak, amalan zina, riba, pemakaian sutera
dan penghalalan pemakaian sutera tersebut, berlaku tanah runtuh,
tanah mendap dan seumpamanya.

Hilang amanah, pemberian jawatan bukan kepada ahli, muncul


kepimpinan orang-orang yang hina dalam kalangan masyarakat,
orang-orang yang bodoh menjadi pemimpin mengatasi orang-
orang yang terpilih, hamba melahirkan tuan sendiri, muncul
pendukung-pendukung dan pembantu-pembantu orang-orang
yang zalim yang merotan orang ramai sewenang-wenangnya dan
berlaku fitnah dalam kalangan masyarakat, tidak ubah bagaikan
kepingan malam yang gelap-gelita.

Berlaku perlumbaan dalam membina bangunan- bangunan


yang tinggi, orang ramai berbangga dengan perhiasan yang ada
dalam masjid, banyak berlaku perdagangan, pasar-pasar berada di
lokasi yang tidak jauh antara satu sama lain, pemegangan harta
yang banyak di tangan orang ramai, tetapi tidak bersyukur, sifat
kedekut berleluasa, banyak muncul persaksian palsu, muncul
berbagai-bagai kerosakan, permusuhan, pemulauan, dengki-
mendengki, pemutusan hubungan silaturahim, wujud jiran yang
jahat, pemberian salam hanya kepada orang yang dikenal sahaja,
berlaku penafian dalam kalangan orang ramai, penyerupaan
orang-orang tua dengan anak-anak muda dan perlekehan Sunnah
yang digalakkan oleh Islam.

Berlaku perubahan zaman sehingga berhala disembah orang,


muncul banyak perkara syirik dalam kalangan masyarakat, banyak

113
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

turun hujan tetapi tumbuh-tumbuhan kurang, masa menjadi


singkat dan kurang berkat, anak bulan menjadi kecil, binatang
buas dan benda-benda beku bercakap dengan manusia dan mimpi
orang yang beriman menjadi mimpi yang benar.

Pengumpulan air Sungai Furat daripada sebuah bukit daripada


emas, peristiwa yang berlaku di Madinah yang membersihkan
kotoran dan tidak ada yang tinggal di situ melainkan orang-orang
soleh yang bertakwa sahaja, semenanjung Tanah Arab kembali
menjadi mewah dan menghijau dan muncul seorang lelaki
daripada Qahtan yang ditunduki oleh manusia.

Ramai jumlah bangsa Rom dan banyak peperangan yang


dilancarkan mereka terhadap orang-orang Islam. Muncul
peperangan yang dilancarkan oleh orang-orang Islam ke atas
Yahudi sehingga batu dan pokok mengucapkan: Wahai orang
Islam, ini dia Yahudi, datang dan bunuhlah Yahudi itu.

Berlaku pembukaan Kota Roma, sebagaimana kota


Qastantiniyah dibuka dan lain-lain tanda kiamat kecil yang sabit
dengan hadis-hadis yang sahih

Tanda-Tanda Kiamat Besar


Tanda-tanda kiamat besar merupakan, tanda-tanda luar biasa yang
berlaku menjelang berlaku kiamat. Apabila satu sahaja tandanya
muncul, akan muncul tanda-tanda seterusnya, tidak ubah bagaikan
benang yang dijahit di pakaian, yang mengikut antara satu sama
lain. Ia berakhir dengan berlakunya kiamat, antaranya ialah:

Muncul al-Mahdi iaitu Muhammad bin Abdullah dalam


kalangan ahli keluarga Nabi SAW dan beliau keluar daripada
arah Timur. Beliau telah dibaiah di Kaabah. Pemerintahannya
berdasarkan kepada manhaj kenabian dan memerintah selama
tujuh tahun. Sepanjang pemerintahannya beliau memenuhi bumi
dengan keadilan, setelah sebelum itu dipenuhi dengan kezaliman
dan penindasan. Beliau memberikan harta kepada orang yang
meminta tanpa terhad kepada bilangan tertentu. Umat Islam pada

114
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

zamannya menikmati kehidupan yang penuh dengan berbagai-


bagai nikmat. Bumi mengeluarkan pepohon, manakala langit
menurunkan hujan.

Muncul al-Masih Dajjal, yang bermata buta sebelah lagi


pendusta. Dia keluar daripada arah Timur daripada arah Khurasan
dan bersamanya 70,000 orang Yahudi. Antara dua matanya tertulis
kalimah kafir. Beliau muncul dalam kalangan orang-orang Islam
di antara Syam dengan Iraq. Setelah itu beliau tidak meninggalkan
sebuah pun negara melainkan memasukinya kecuali Mekah dan
Madinah. Kedua-dua negeri ini sahaja yang tidak berjaya dimasuki
oleh beliau, kerana ia dijaga oleh para malaikat. Dajjal berada di
muka bumi selama 40 hari. Satu hari tidak ubah bagaikan setahun.
Satu hari seterusnya tidak ubah bagaikan sebulan. Satu hari
seterusnya tidak ubah bagaikan satu minggu dan hari- hari yang
lain sama dengan hari-hari biasa.

Turun Nabi Isa AS berhampiran menara putih di bahagian


Timur Damsyik, di negara Syam. Beliau turun kepada golongan
yang mendapat kemenangan yang berperang di atas landasan
kebenaran. Seterusnya beliau membentuk satu angkatan umat
Islam yang besar bagi memerangi Dajjal. Beliau turun pada
waktu hampir hendak didirikan solat. Beliau menunaikan solat
di belakang amir golongan yang menang itu iaitu al-Mahdi.
Beliau memerangi Dajjal dengan tombaknya di Timur Bab Lud
di Baitulmuqaddis. Beliau memerintah bumi dengan berdasarkan
syariat Islam, mematahkan salib, membunuh khinzir dan
menghapuskan cukai. Beliau tidak menerima selain daripada
Islam. Keamanan, kestabilan dan kemewahan wujud dalam
pemerintahannya. Perasaan dengki dan hasad sesama umat Islam
tidak ada. Keberkatan meratai segenap rakyat, manakala kebaikan
banyak dilakukan. Tidak ada orang yang hendak menyimpan harta
kerana terlalu banyak ketika itu. Keamanan tersebar di seluruh
negara dan peperangan-peperangan berakhir.

Keluar Yakjuj Makjuj. Mereka turun daripada tempat yang


tinggi dan memusnahkan segala tanaman dan manusia. Mereka
juga melakukan kerosakan besar di muka bumi. Allah SWT

115
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

membinasakan mereka dengan ulat-ulat kecil yang masuk ke


dalam otak-otak mereka lalu mereka semua mati bergelimpangan
sebagaimana belalang mati. Bumi dipenuhi dengan bangkai-
bangkai mereka. Setelah itu Allah SWT mengutuskan burung-
burung yang membawa bangkai mereka ke satu tempat yang
dikehendaki Allah dan kemudian Dia menurunkan hujan bagi
membersihkan bumi daripada kesan-kesan Yakjuj Makjuj itu.

Berlaku tiga gempa bumi berskala besar di beberapa tempat di


muka bumi. Satu gempa bumi berlaku di Timur. Satu di Barat dan
satu lagi di semenanjung Tanah Arab.

Muncul asap tebal lalu memenuhi ruang antara langit dan bumi
dan antara Timur dan Barat, malah meliputi seluruh dunia. Asap
itu menimpa orang-orang Islam tidak ubah bagaikan selsema. Ia
masuk ke dalam lubang hidung orang-orang kafir dan munafikin,
lalu mereka bertempik sehingga didengar oleh setiap orang
daripada kalangan mereka.

Naik matahari daripada sebelah Barat. Tidak ada seorang pun


yang melihatnya melainkan beriman kepada Allah SWT tetapi
iman mereka ketika itu sudah terlambat kerana ia tidak bermanfaat
lagi, kerana mereka tidak beriman sebelum itu. Taubat yang
dilakukan oleh orang yang melakukan maksiat tidak diterima lagi
selepas itu.

Keluar seekor binatang daripada bumi. Binatang ini begitu


besar sekali dan sangat berbeza dengan binatang-binatang yang
biasa dilihat manusia dari segi bentuk kejadian dan aktiviti.
Binatang ini bercakap dengan manusia dan berbicara dengan
mereka. Ia memisahkan antara orang yang beriman dengan orang
kafir. Bagi orang yang beriman, wajah mereka bersinar sehingga
keluar cahaya dan itu menunjukkan imannya. Bagi orang kafir,
ia menampar pada bahagian hidungnya, sebagai tanda kekufuran.

Keluar api daripada Teluk Aden dan Laut Hadramaut. Api


itu melingkungi manusia daripada belakang mereka. Api itu
mengumpulkan mereka ke tempat perhimpunan iaitu negara

116
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Syam.

Sikap Ahli Sunah Waljamaah Terhadap Hari


Akhirat
Antara sikap Ahli Sunah Waljamaah terhadap hari akhirat adalah
sebagaimana berikut:

Beriman dengan segala perkara ghaib yang akan berlaku


selepas kematian, yang diberitahu oleh Allah dan Rasul-Nya
seperti kewujudan Sakaratul Maut, kehadiran Malaikat Maut,
kegembiraan orang yang beriman untuk bertemu dengan Allah
Azza Wajalla, kehadiran syaitan ketika hampir mati, iman
orang kafir tidak diterima, kepercayaan tentang kewujudan alam
Barzakh, nikmat di dalam kubur, azab dan fitnah kepada roh dan
jasad, soal dua orang malaikat, orang-orang yang mati syahid
hidup di sisi tuhan mereka dan diberikan rezeki, roh-roh orang-
orang yang bahagia diberi nikmat, manakala roh-roh orang yang
celaka dikenakan azab.

Beriman dengan kewujudan hari kiamat besar yang mana pada


hari itu Allah SWT akan hidupkan kembali orang-orang yang
telah mati daripada kubur-kubur mereka dan kemudian menghisab
mereka.

Beriman dengan kewujudan tiupan sangkakala. Malaikat Israfil


sedang meletak trompet pada mulutnya sambil menunggu arahan
daripada Allah SWT untuk meniupnya. Ia melibatkan dua kali
tiupan, berdasarkan pendapat yang sahih dan tidak kurang juga
ada sesetengah ulama berpendapat tiga kali. Tiupan pertama
menyebabkan berlaku kejutan yang amat dahsyat kepada manusia.
Tiupan kedua menyebabkan kemusnahan secara total terhadap
alam dunia yang wujud hari ini, di mana segala sistemnya rosak.
Ia akan melibatkan kehancuran orang-orang yang telah ditetapkan
sebagai hancur. Tiupan ketiga adalah tiupan kebangkitan semula
dan berdiri di hadapan Tuhan sekalian alam.

117
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Beriman dengan kebangkitan semula dan hari perhimpunan


yang maha hebat. Manusia bangkit daripada kubur masing-masing
dalam keadaan telanjang dan tidak berkhitan. Matahari berada
dekat dengan kepala. Manusia berpeluh mengikut kadar amalan
masing-masing. Ada yang ditenggelamkan oleh peluhnya. Orang
yang pertama dibangkitkan dan pecah kuburnya ialah nabi kita
Muhammad SAW. Pada hari yang maha menggerunkan dan hebat
itu, manusia akan keluar daripada kubur masing-masing seolah-
olah bagaikan belalang yang terbang bertebaran dengan cepat
menuju kepada pihak yang menyeru. Pergerakan menjadi cepat
manakala suasana diam yang dahsyat menyelubungi manusia
pada hari itu. Buku-buku catatan amalan dibahagikan. Segala yang
disembunyikan akan terbongkar. Segala yang disimpan di dalam
dada juga akan didedahkan. Allah SWT akan berbicara dengan para
hamba-Nya pada hari kiamat, tanpa ada sebarang penterjemah.
Manusia pada hari itu akan diseru dengan menggunakan nama-
nama mereka dan nama-nama ibu bapa mereka.

Beriman dengan kewujudan neraca timbangan para hamba


yang mempunyai dua penimbang, yang berfungsi menimbang
amalan-amalan para hamba.

Beriman tentang pembahagian buku-buku amalan manusia.


Ada yang mengambil buku tersebut dengan tangan kanan. Ada
yang mengambil dengan tangan kiri dan tidak kurang juga yang
mengambilnya daripada arah belakang.

Beriman yang titian pada hari itu lebih tajam daripada mata
pedang dan lebih halus daripada rambut. Ia dibentangkan di atas
neraka Jahanam. Orang-orang yang baik dapat melaluinya dengan
baik, manakala orang-orang yang zalim dan fasik akan tergelincir
dan jatuh ke dalam neraka jahanam.

Beriman syurga dan neraka adalah dua makhluk yang diciptakan


Allah SWT. Ia sudah pun wujud buat masa sekarang ini. Kedua-
duanya tidak akan binasa dan juga tidak akan musnah. Syurga
adalah tempat menerima pembalasan yang baik dan menikmati
nikmat yang berkekalan yang disediakan Allah SWT buat orang-

118
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

orang Islam, orang-orang yang beriman, ahli tauhid, orang- orang


yang bertakwa, orang-orang yang berjihad dan juga orang-orang
yang soleh. Neraka adalah tempat menerima pembalasan buruk
yang disediakan Allah SWT kepada orang yang melakukan jenayah
dan orang-orang kafir dalam kalangan orang-orang Musyrikin,
Yahudi, Nasara, Munafikin, Atheis, penyembah berhala, ahli-ahli
maksiat dan juga orang-orang yang melakukan kejahatan.

Beriman orang-orang yang melakukan maksiat dalam kalangan


orang-orang yang beriman, tidak akan kekal dalam neraka,
bahkan mereka akan diazab mengikut kadar dosa-dosa yang
mereka lakukan. Seterusnya masa depan mereka adalah ke syurga.
Mereka adalah orang-orang yang masuk neraka dengan berbagai-
bagai maksiat yang mereka lakukan, yang tidak melibatkan syirik
kepada Allah SWT, kerana orang-orang yang mensyirikkan Allah
akan kekal dalam neraka dan tidak akan keluar daripadanya sama
sekali. Mudah-mudahan dilindungi Allah SWT.

Beriman umat Muhammad, adalah umat yang pertama akan


dihisab pada hari kiamat kelak dan umat yang pertama dipersilakan
masuk ke dalam syurga. Mereka mewakili satu pertiga daripada
penghuni syurga. Dalam kalangan mereka ada 70,000 orang yang
masuk syurga tanpa hisab.

Beriman dengan kewujudan telaga Kauthar Nabi Muhammad


SAW pada hari kiamat. Ia merupakan destinasi yang pertama
ditujui oleh para makhluk selepas dibangkitkan daripada kubur-
kubur masing-masing. Airnya lebih putih daripada susu dan lebih
manis daripada madu. Baunya lebih harum daripada Kasturi.
Bekas pencedok airnya sebanyak bintang di langit. Panjangnya
sebulan perjalanan, manakala lebarnya juga sebulan perjalanan.
Sesiapa yang meminum airnya, tidak akan merasa dahaga buat
selama-lamanya. Ada beberapa kaum daripada umat Muhammad
SAW yang akan diusir daripada mendekati telaga tersebut, kerana
mereka mengubah dan menukar ganti syariat baginda SAW
setelah kewafatan baginda SAW, sebagaimana yang dijelaskan
dalam hadis yang sahih.

119
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh


Muslim (no hadis: 27) menerusi Amru bin al-as RA:
ْ َ َ ْ َ‫َ ْ ض َ َ ُ ش‬
‫ َو ِر ي ُ� ُه‬،‫ َو َم ُاؤ ُه أ ْب َي ُض ِم َن ال َو ِر ِق‬،‫ َوز َو َ يا� ُه َس َو ٌاء‬،‫� ٍر‬ ‫� م ِس ي�ة‬ ‫َحو ِ ي‬
ََ َ‫َّ َ فَ َ ْ ش‬ ُ ‫ َو ِك ي زَ� ُان ُه َك ُن‬،‫أ ْط َي ُب ِم َن ِْال ْس ِك‬
‫� َب ِم ْن ُه فل‬ ِ ‫ن‬ � ، ‫اء‬
ِ ‫م‬‫الس‬ ‫وم‬
ِ ‫ج‬
ً‫َي ْظ َم ُأ َب ْع َد ُه َأ َبدا‬

Maksudnya: Telagaku panjangnya jarak perjalanan sebulan,


sudut telaga tersebut adalah sama, airnya lebih putih daripada
susu dan baunya lebih harum daripada kasturi. Bekas pencedok
airnya banyak sebanyak bintang-bintang di langit. Sesiapa yang
meminumnya tidak akan dahaga buat selama-lamanya.

Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadis yang


diriwayatkan oleh al-Bukhari (no hadis: 7050) daripada Sahl bin
Sa’ad:
َ َ ‫فَ َ ْ َ َ َ ُ ش َ َ ْ ُ َ َ ْ ش‬ َ َ ْ ُ ُ َ َ َ‫َ ن‬
‫� َب ِم ْن ُه ْل‬ ِ ‫ن‬ ‫م‬ ‫و‬ ، ‫ه‬ ‫ن‬ ‫م‬ِ ِ‫ب‬ � ‫ه‬ ‫د‬ ‫ر‬ ‫و‬ ‫ن‬ � ، ‫ض‬
ِ ‫و‬ْ َ
‫احل‬ ‫ل‬ ‫أ� فرطك ع‬
ُ ُ ُ ‫َ ْ َ ْ َ ْ َ ُ َ َ ً َ َ ُ َ َ َّ َ ْ َ ٌ َ ْ فُ ُ ْ َ َ ْ ُ ن‬
�‫ ث َّ� ي َ�ال َب ْي ِ ن ي‬،�‫و‬ ‫ ل ي ِ�د ع يل أقوام أع ِر�م َويع ِرف ِ ي‬،‫يظمأ بعده َأبدا‬
ُ ُ َ ُّ �‫ َف َسم َع ن‬:‫َو َب ْي نَ ُ� ْم َق َال أ ُبو َحاز ٍم‬
‫ َوأ نَ� أ َح ِّد ث ُ� ْم‬- ،‫اش‬ ‫ي‬َّ ‫الن ْع َم ُان ْب نُ� أ� َع‬
َ َ ٍ ‫ِب ي‬ ‫ِ ِي‬ ِ
َ َ ُ َ ْ ‫َ َ َ َ َ َ َ َ َ ْ َ َ ْ ً َ ُ ْ ُ َ َ ْ َ َ َ نَ ش‬
‫ أ�د عل‬- �‫ وأ‬:‫ قال‬،‫ نعم‬:‫ فقلت‬،‫ هكذا ِسعت سل‬:‫ فقال‬،‫هذا‬
َ َّ ُ َ َ َ َ َ
‫ ِإنك‬:‫ ف ُيقال‬،�‫ ِ“إ نَّ ُ� ْم ِم ِ نّ ي‬:‫ ل َس ِم ْع ُت ُه َ ي ز ِ� ُيد ِف ِيه قال‬،‫ال ْد ِر ِّي‬ ُ‫َأ� َسعيد خ‬
ٍ ِ ‫ِب ي‬
َ ًُْ ًُْ ُ ُ َ َ َ ُ َ َ
‫سقا ِ َل ْن َب َّدل َب ْع ِدي‬ ‫ سقا‬:‫ فأقول‬،‫ال ت ْد ِري َما َب َّدلوا َب ْع َدك‬
Maksudnya: Sesungguhnya aku mendahului anda sekalian di
telagaku. Sesiapa yang lalu di hadapanku akan meminum air
itu dan sesiapa yang minum, tidak akan merasa dahaga buat
selama-lamanya. Akan lalu di hadapanku beberapa kaum yang
aku mengenali mereka dan mereka mengenaliku, tetapi mereka
dihalang daripada mendekati telagaku. Kata Abu Hazim. Al-
Nu’man bin Iyas memperdengarkan kepadaku dan ketika itu aku
sedang menceritakan kepada mereka hal itu. Katanya: Begitukah

120
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

anda mendengar Sahl berkata demikian? Aku berkata; Ya. Aku


bersaksi ke atas Abu Sa’id al-Khudri, aku mendengar beliau
menambah: Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya mereka adalah
daripada umatku. Lalu dikatakan: Sesungguhnya tuan tidak tahu
apakah yang mereka ubah selepas kewafatan tuan. Maka aku (Nabi
SAW) berkata: Binasalah, binasalah untuk orang yang merubah
syariatku selepas daripada kewafatanku.

Beriman dengan kewujudan syafaat dan maqam yang terpuji


untuk Nabi Muhammad SAW pada hari kiamat.

Beriman dengan kewujudan syafaat Nabi SAW untuk orang-


orang yang berada di padang Mahsyar bagi menyegerakan
perbicaraan dalam kalangan mereka dan ia dikenali dengan nama
maqam yang terpuji.

Beriman dengan kewujudan syafaat Nabi SAW untuk ahli


syurga bagi membolehkan mereka masuk syurga. Rasulullah SAW
adalah orang yang pertama sekali memasukinya.

Beriman dengan kewujudan syafaat Nabi SAW kepada bapa


saudaranya Abu Talib agar diringankan azab. Tiga syafaat di atas
adalah khusus untuk Nabi SAW sahaja dan tidak ada seorang pun
nabi yang diberikan kemuliaan syafaat tersebut.

Beriman dengan kewujudan syafaat baginda SAW untuk


mengangkat darjat sebahagian umatnya, yang akan masuk ke
dalam syurga ke darjat yang lebih tinggi dan syafaatnya kepada
segolongan umat Islam, yang akan masuk syurga tanpa hisab.

Beriman dengan kewujudan syafaat baginda SAW dalam


mengeluarkan ahli-ahli maksiat dalam kalangan umatnya daripada
neraka dan memasukkan mereka ke dalam syurga. Syafaat
ini turut dikongsi bukan sahaja oleh Nabi SAW, bahkan juga
oleh para malaikat, para nabi yang lain, orang-orang yang mati
syahid, orang- orang yang benar (al-Siddiqun), orang-orang soleh
dan orang-orang yang beriman. Setelah itu Allah SWT sendiri
yang akan mengeluarkan beberapa kaum daripada neraka tanpa

121
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

sebarang syafaat, bahkan dengan kelebihan, anugerah, kemuliaan


dan rahmat-Nya jua.

Selain itu amalan soleh yang dilakukan oleh seseorang, juga


berfungsi memberi syafaat kepada orang yang melakukannya.
Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh
al-Tabrani dalam al- Mu’jam al-Kabir (no hadis: 88) dan dinilai
sebagai sahih oleh al-Albani dalam Misykah al-Masabih (no hadis:
1963), daripada Abdullah bin Amru RA:
ّ ِ ‫آن َي ْو ُم ْال ِق َي َام ِة َي ْش َف َع ِان ِل ْل َع ْب ِد َي ُق ْو ُل‬
‫الص َي ُام َر ِّب َم َن ْع ُت ُه‬
ُ ْ ُْ َ ُ َ ّ
‫الصيام والقر‬ ِ
ُ ُ ُ ُ ّ َ َ َّ‫ش‬ َّ
‫ل� ِار فش ِف ْع ِ ن ي� ِف ْي ِه َو َيق ْول الق ْرآن َر ِّب َم َن ْع ُت ُه‬ َ َّ‫اب ِب� ن‬ َ ‫الط َع َام َو‬
َ �‫ال‬
َّ َ َ ّ َ َ َّ َّ
‫الن ْو َم ِب�لل ْي ِل فش ِف ْع ِ ن ي� ِف ْي ِه ف ُيشف َع ِان‬
Maksudnya: Puasa dan al-Quran akan memberi syafaat kepada
hamba (orang yang membaca dan berpuasa) pada hari kiamat.
Puasa berkata: Wahai Tuhanku, aku telah menghalangnya
daripada makan dan minum pada siang hari, benarkan aku
mensyafaatkannya. Al-Quran berkata: Wahai Tuhanku, aku
menghalangnya daripada tidur pada waktu malam, benarkan aku
mensyafaatkannya, lalu kedua-duanya dibenarkan mensyafaatkan
orang yang melakukannya itu.

Orang-orang kafir dan Musyrik, tidak memperoleh sebarang


syafaat.

Firman Allah SWT:


َ�‫ٱل َناجر َك ٰـ ِظم نَ�ۚ َما ِل َّلظ ٰـ ِ ِل ن‬َ ْ َ َ ُ ُُْ َ َٔ ْ َ ْ َ ْ ُ ْ َ َ
‫ي‬ ‫ِي‬ ِ ِ ‫وأ ِنذره يوم ٱلـ ِازف ِة ِإ ِذ ٱلقلوب لدى‬
َ َ َ
‫۝‬١٨ ‫ِم ْن َ ِح ي ٍ� َول ش ِف ٍيع ُيط ُاع‬
Maksudnya: Dan berilah amaran (Wahai Muhammad) kepada
mereka tentang (hari kiamat) yang dekat (masa datangnya), iaitu
ketika hati seseorang merasa resah gelisah, kerana cemas takut,
sambil masing-masing menahan perasaannya itu. (pada saat itu)
orang-orang yang zalim tidak akan mendapat seorang sahabat pun

122
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

yang boleh membelanya, dan tidak akan mendapat pemberi syafaat


yang diterima pertolongannya.
(Ghafir 40: 18)

Beriman yang maut akan dibawa pada hari kiamat lalu


disembelih, sebagaimana yang diberitahu oleh Nabi SAW.

Antara nikmat yang paling besar yang dikurniakan Allah


SWT kepada para hamba-Nya dalam kalangan ahli syurga dan
yang mendukacitakan ahli-ahli neraka ialah kekal abadi dan
tidak hilang kehidupan di akhirat. Maut adalah perkara maknawi
yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar, tetapi Allah SWT
jadikannya sebagai satu perkara yang boleh dilihat pada hari itu
dan juga berjisim. Ia disembelih antara syurga dengan neraka.
Nabi SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim
(no hadis: 43) daripada Abdullah bin Umar RA:
ُ َّ َ َّ ُ ْ َ َ َ َّ َ ْ َ َّ َ ْ ُ ْ َ َ َ
َ�‫ أ ِ ت ي‬،‫الن ِار‬ ‫ وص َار أهل الن ِار ِإل‬،‫الن ِة‬ ‫الن ِة ِإل ج‬ ‫ِإذا ص َار أهل ج‬
ُ ُ َ ْ ُ َّ ُ‫َ تَّ ُ ْ َ َ َ ْ نَ ْ َ َّ َ َّ ث‬ ْ
�‫ َ ي‬:‫ ث َّ� ُي َن ِادي ُم َن ٍاد‬،� ‫ � يذ ب‬،‫الن ِة والن ِار‬ ‫ِب� َل ْو ِت ح� ي ج�عل ب ي� ج‬
ً‫ال َّن ِة َف َرحا‬ َّ ‫ َو َ� َأ ْه َل‬،‫ال َّن ِة َل َم ْو َت‬
َ ‫ َف َي زْ� َد ُاد َأ ْه ُل ْ ج‬،‫النار َل َم ْو َت‬ َ ْ ََْ
‫أهل ج‬
ِ َ ‫ي‬
َ
‫الن ِار ُح ْز نً� ِإل ُح ْز ِن ِ� ْم‬َّ ‫ َوَ زْ� َد ُاد أ ْه ُل‬،‫إ َل َف َر ِح ْم‬
‫ِ ي‬ ِ
Maksudnya: Apabila ahli syurga masuk ke dalam syurga dan ahli
neraka masuk ke dalam neraka, maut dibawa sehingga diletakkan
antara syurga dengan neraka kemudian disembelih, kemudian
penyeru menyeru: Wahai ahli syurga, tidak ada kematian selepas
ini dan wahai ahli neraka tidak ada lagi kematian selepas ini.
Ketika itu ahli syurga bertambah gembira di samping kegembiraan
mereka kerana memperoleh berbagai-bagai nikmat di dalam syurga
dan ahli neraka berdukacita di samping dukacita kerana diazab di
dalam neraka.

123
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Kesimpulan
Ahli Sunah Waljamaah beriman dengan kewujudan hari Akhirat
yang juga merupakan hari pembalasan dan pengadilan yang bukan
sahaja untuk manusia dan jin, bahkan juga untuk binatang sesama
mereka. Pada hari kiamat Allah SWT akan menghidupkan kembali
orang-orang yang telah mati daripada kubur-kubur mereka dan
kemudian menghisab mereka. Segala perkara ghaib yang akan
berlaku selepas kematian, yang diberitahu oleh Allah dan Rasul-
Nya seperti kewujudan Sakaratul Maut, kehadiran Malaikat Maut
dan lain-lain diimani oleh golongan Ahli Sunah Waljamaah.

Rukun Keenam: Beriman Dengan Qadar

Segala kebaikan dan keburukan yang berlaku di alam wujud ini


adalah berlaku dengan qada’ dan qadar Allah SWT. Allah SWT
adalah Tuhan yang berkuasa di atas segala sesuatu. Apa sahaja
yang dikehendaki-Nya tidak akan terhalang. Dia adalah Tuhan
yang maha melakukan sesuatu yang dikehendaki-Nya. Segala yang
berlaku adalah berlaku dengan iradat, pentadbiran dan qudrat-
Nya dan sama sekali tidak keluar daripada masyi‘ah (kehendak)
dan taqdir-Nya.

Allah SWT adalah Tuhan yang Maha Mengetahui apa


yang telah berlaku dan apa yang akan berlaku, sebelum perkara
itu wujud diazali lagi. Dia Maha Mengetahui, perkara-perkara
yang ditentukan-Nya akan berlaku pada waktu-waktu yang telah
ditentukan dan dalam sifat-sifat yang telah ditentukan. Ia berlaku
mengikut yang telah ditakdirkan Allah SWT.

Maksud Qadar
Maksud qadar ialah sesuatu yang diketahui pada ilmu Allah, yang
ditulis oleh al-Qalam dan akan berlaku sehingga ke hari kesudahan.
Orang Islam wajib menyerah dengan sempurna kepada qadar
Allah, kerana qadar melibatkan perkara ghaib, manakala perkara
ghaib berdasarkan penyerahan kepada Allah SWT semata- mata.

124
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Firman Allah SWT:


َّ ‫َ َ َ َ َّ ُ َ ُ ۖ ُ َّ َ َّ ف‬ َّ ‫َّما َك َن َع َل‬
ِ ‫ٱلن ِب ِّ� ِم ْن َح َر ٍج ِف ي�ما فرض ٱلل لۥ سنة‬
�َ‫ٱلل ِ� ٱل ِذ ي ن‬
ْ َ َّ ُ ْ َ َ َ َ ۚ ُ ْ َ ۟ ْ َ َ
٣٨ ‫ٱلل ق َد ًرا َّمق ُد ًورا‬
‫۝‬ ِ ‫خلوا ِمن قبل وكن أمر‬
Maksudnya: Tidaklah ada sebarang keberatan yang ditanggung
oleh Nabi dalam melaksanakan perkara yang telah ditetapkan
Allah baginya. (yang demikian itu) adalah menurut peraturan
Allah yang tetap, yang berlaku juga kepada Nabi-nabi yang telah
lalu. Dan (ingatlah) perintah Allah itu adalah satu ketetapan yang
ditentukan berlakunya.
(al-Ahzab 33: 38)

Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan


oleh al-Tirmidhi (no hadis: 2144) dan dinilai sebagai Sahih oleh
al-Albani dalam Jami’ al-Sahih, (no hadis:7585) daripada Jabir bin
Abdillah RA:
ُ‫ َح تَّ� َي ْع َ َل َأ َّن َما َأ َص َابه‬،‫�ه‬ َ َ ََ ْ ٌ ْ َ
ِ ِّ ‫ال ُيؤ ِم ُن َع ْبد َح تَّ� ُيؤ ِم َن ِب�لقد ِر خ ْي ِ� ِه َو ش‬
ُ‫ َوَأ َّن َما َأ ْخ َط َأ ُه َ ْل َي ُك ْن ل ُيص ْي َبه‬،‫َ ْل َي ُك ْن ل ُي ْخط َئ ُه‬
ِ ِ ِ ِ
Maksudnya: Seseorang hamba itu tidak beriman sehingga dia
beriman dengan al-Qadar, yang baik dan yang buruk, sehingga dia
mengetahui apa yang patut menimpa dirinya, pasti berlaku, dan
dan apa yang tidak patut menimpanya, pasti tidak berlaku.

Tahap-Tahap Beriman Dengan Qadar


Beriman dengan qadar tidak akan sempurna melainkan disertai
empat perkara yang juga dinamakan sebagai Maratib al-Qadar atau
rukun-rukun qadar. Ia merupakan pengantar yang sebenar dalam
memahami qadar. Keimanan dengan qadar tidak akan sempurna
melainkan dengan merealisasikan seluruh rukun-rukunnya dan
difahami dalam bentuk yang betul, kerana ia saling lengkap
melengkapi dan saling terikat antara satu sama lain. Sesiapa yang
memperakui kesemuanya, keimanannya kepada qadar dikira

125
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

sempurna. Sesiapa yang mengurangi atau menolak satu sahaja,


bererti dia telah mencacatkan konsep beriman dengan qadar.

Tahap Pertama: Ilmu

Beriman bahawasanya Allah SWT Maha Mengetahui tentang


segala sesuatu. Ilmu-Nya merangkumi apa yang telah berlaku,
apa yang akan berlaku dan apa yang tidak berlaku. Bagi apa yang
berlaku itu pula, Dia Maha Mengetahui bagaimana ia berlaku,
baik dalam bentuk umum mahupun terperinci. Tidak ada sesuatu
yang tersembunyi daripada ilmu-Nya meskipun seberat atom
yang ada di langit mahupun di bumi. Dia adalah Tuhan yang
Maha Mengetahui apa yang akan dilakukan oleh para makhluk
sebelum dia menciptakan mereka lagi. Dia juga Tuhan yang Maha
Mengetahui rezeki, ajal, perkataan, amalan, pergerakan dan juga
diam mereka. Dia juga mengetahui siapakah orang yang celaka
dan siapakah orang yang bahagia. Itu semua berdasarkan ilmu-
Nya yang qadim, yang mana Dia bersifat dengannya semenjak
azali dan selama-lamanya.

Firman Allah SWT:

ْ َ‫ك ش‬
١١٥ �ٌ ‫� ٍء َع ِل ي‬
‫۝‬
ّ ُ َ َّ َّ
ِ ‫ِإن ٱلل ِب‬
Maksudnya: ….Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan
tiap-tiap sesuatu.
(al-Tawbah 9: 115)

Tahap Kedua: Penulisan

Allah SWT menulis dalam Luh Mahfuz apa yang terdapat lebih
dahulu dalam ilmu-Nya tentang qadar para makhluk sehingga ke
hari kiamat. Ia merupakan buku yang tidak mengabaikan sesuatu
apa pun. Setiap yang telah berlaku dan apa yang akan berlaku,
malah yang berlaku sehingga ke hari kiamat, adalah tertulis di sisi
Allah SWT dalam Ummu al-Kitab. Ia juga disebut sebagai al-Zikr,
al- Imam dan al-Kitab al-Mubin.

126
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Firman Allah SWT:


ُ‫�ء َأ ْح َص ْي َن ٰـه‬ َ َ ْ �ْ ُ‫إ نَّ� نَ ْ� ُن ن‬
ٍْ َ‫ٱل ْو تَ ٰ� َو َن ْك ُت ُب َما َق َّد ُم ۟وا َو َءاث ٰـ َر ُ ْه ۚ َو ُ َّك ش‬
ِ ِ
‫ف‬
‫۝‬ ١۲ �‫ِ ٓ� ِإ َم ٍام ُّم ِب ي ٍن‬
Maksudnya: Sesungguhnya Kami menghidupkan orang- orang
yang mati, dan Kami tuliskan segala yang mereka telah kerjakan
serta segala kesan perkataan dan perbuatan yang mereka tinggalkan.
Dan (ingatlah) tiap- tiap sesuatu Kami catatkan satu persatu dalam
Kitab (ibu suratan) yang jelas nyata.
(Yasin 36: 12)

Nabi SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu


Dawud (no hadis: 578) dan dinilai sebagai sahih oleh al-Albani
dalam Sahih al-Jami’ al-Saghir ( no hadis: 2017) menerusi Ubadah
bin al-Samit RA:
َْ َ ََ ْ َ َ َ َ َ ْ ُ َّ َ َ َ َ َ َّ َ َّ
‫ َ ي� َر ِّب َما أ ك ُت ُب؟‬:‫ اك ُت ْب فقال‬:‫الل الق َل فقال‬ ‫ِإن أول ما خلق‬
َ‫ُ َ ٌ َ ْ أ‬
َ ‫ ْاك ُت ْب ْال َق َد َر َما َك َن َو َما ه َو ك ئ ن� إل‬:‫َق َال‬
‫الب ِد‬ ِ ِ
Maksudnya: Sesungguhnya makhluk pertama yang Allah cipta
ialah qalam. Dia berfirman: Tulislah. Jawab al- Qalam: Apakah
yang aku perlu tuliskan? Firman Allah SWT: Tulislah takdir
yang telah berlaku dan takdir yang akan berlaku sehingga akhir
kehidupan.

Tahap Ketiga: Iradah Dan Masyi‘ah

Setiap apa yang berlaku di alam maya ini, adalah berlaku dengan
iradah dan masyi‘ah Allah SWT, yang berlegar di antara rahmat
dan hikmah. Dia memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia
kehendaki dengan rahmat-Nya dan menyesatkan sesiapa yang
Dia kehendaki dengan hikmah-Nya. Apa yang dilakukannya
tidak boleh ditanya kerana kesempurnaan hikmah dan kekuasaan-
Nya. Sebaliknya yang akan ditanya ialah apa yang dilakukanm
oleh manusia. Apa yang berlaku adalah selaras dengan ilmu Allah
SWT yang terdahulu dan tertulis dalam Luh Mahfuz. Masyi‘ah
127
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Allah adalah telus dan terlaksana, manakala qudrat-Nya adalah


menyeluruh. Apa yang dikehendaki Allah akan berlaku dan apa
saja yang tidak dikehendaki-Nya tidak akan berlaku. Tidak ada
suatu pun yang boleh keluar daripada iradah dan masyi‘ah-Nya.

Firman Allah SWT:


َ ‫ن‬ َ ٰ َ ْ ُّ َ ُ َّ َ ٓ َ َ َ ٓ َّ َ ُ ٓ َ َ َ َ
۲٩ �‫وما تشاءون ِإل أن يشاء ٱلل رب ٱلعـ ِل ي‬
‫۝‬
Maksudnya: Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu
(mengenai sesuatupun), kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah,
Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.
(al-Takwir 81: 29)

Tahap Keempat: Penciptaan

Allah SWT menciptakan segala sesuatu. Tidak ada pencipta dan


tidak ada tuhan yang sebenar selain daripada-Nya. Segala sesuatu
selain daripada Allah adalah makhluk yang diciptakan yang
sebelum itu tidak ada. Dialah Tuhan yang menciptakan setiap
orang yang beramal dan amalan yang dilakukannya dan setiap
yang bergerak dan gerakannya. Tidak berlaku di alam maya dan
wujud ini sesuatu melainkan Dia adalah Tuhan penciptanya.

Firman Allah SWT:


ُ‫ٱل ْرض َو َ ْل َي َّت ِخ ْذ َوَل ًدا َو َ ْل َي ُكن َّلۥ‬َ‫ْ أ‬
‫و‬ َّ ‫َّٱل ِذى َ ُلۥ ُم ْل ُك‬
َ ‫ٱلس َم ٰـ َٰو ِت‬
ِ
ْ َ َّ َ َ َ
ْ ‫ٱل ْل ِك َو َخ َل َق ُك ش‬
َّ ٌ َ‫ش‬
ُ ْ �‫يك ِ ف‬
‫۝‬۲ ‫� ٍء فقد َر ُهۥ تق ِد ي ً�ا‬ �ِ
Maksudnya: Tuhan yang Menguasai pemerintahan langit dan
bumi, dan yang tidak mempunyai anak, serta tidak mempunyai
sebarang sekutu dalam pemerintahan-Nya; dan Dialah yang
menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-
makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna.
(al-Furqan 25: 2)

128
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Allah SWT adalah Tuhan yang Maha Pencipta dan mencipta


dan menjadikan sesuatu secara bersendirian. Dia adalah Tuhan
yang Maha Pencipta segala sesuatu tanpa ada pengecualian.
Tidak ada pencipta yang sebenar selain-Nya. Dia juga merupakan
Tuhan yang menciptakan para hamba dan segala perbuatan yang
dilakukan oleh hamba itu, malah segala perkara yang berlaku baik
kebaikan mahupun keburukan, kekufuran mahupun keimanan,
ketaatan mahupun kemaksiatan, yang diinginkan Allah, adalah
ditentukan dan diciptakan-Nya.

Firman Allah SWT:


َ ُ َ ْ ُ َ َ َ ُ َّ َ
٩٦ ‫ك َو َما ت ْع َملون‬
‫۝‬ ‫وٱلل خلق‬
Maksudnya: “Padahal Allah yang mencipta kamu dan benda-
benda yang kamu buat itu!”
(al-Safat 37: 96)

Sikap Ahli Sunah Waljamaah Terhadap Beriman


Dengan Qadar
Antara sikap yang ditunjukkan oleh golongan Ahli Sunah
Waljamaah terhadap beriman dengan hari Akhirat ialah:

Mereka beriman yang Allah SWT sukakan ketaatan dan


menyuruh melakukan ketaatan itu dan seterusnya membalasnya
dengan kebaikan. Allah SWT benci kepada kemaksiatan, menegah
melakukannya dan mengenakan hukuman ke atas pelakunya. Dia
memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dengan
kelebihan dan anugerah-Nya dan menyesatkan sesiapa sahaja
dengan keadilan dan hikmah-Nya.

Firman Allah SWT:


۟ ُ َْ ۖ ُْْ ٰ َ‫نك ۖ َ َول َ ي ْ� ض‬
‫� ِل ِع َب ِاد ِه ٱلكف َر َو ِإن تشك ُروا‬ َ َّ ‫إن َت ْك ُف ُر ۟وا َفإ َّن‬
ْ ُ ‫ٱلل َغ ِ ن ٌّ� َع‬ ِ ِ
ُ ُ ّ َ ُ َ ْ ُ ُ ْ َّ ُ ّ َ ٰ َ َّ ُ‫َ ْ َ ُ َ ُ ْ ۗ َ َ تَ ز ُ َ َ ٌ ْ َ ُ ْ َ ٰ ۗ ث‬
‫ي�ضه لك ول ِ�ر و ِازرة ِوزر أخرى � ِإل ر ِبك مر ِجعك فين ِبئك‬

129
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

َ ۢ َ ُ َّ ۚ َ ُ َ ْ َ ُ‫َ ُ ت‬
‫۝‬٧ ‫ٱلص ُد ِور‬
ُّ ‫ات‬ ْ ‫ِب�ا ك‬
ِ ‫ن� تعملون ِإنهۥ ع ِل ي ٌ� ِب‬
‫ذ‬
Maksudnya: Kalaulah kamu kufur ingkar (tidak bersyukur) akan
nikmat-nikmat-Nya itu, maka ketahuilah bahawa sesungguhnya
Allah tidak berhajatkan (iman dan kesyukuran) kamu (untuk
kesempurnaan-Nya); dan ia tidak redakan hamba-hamba-Nya
berkeadaan kufur; dan jika kamu bersyukur, ia meredainya
menjadi sifat dan amalan kamu. Dan (ingatlah) seseorang yang
memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan
dosa usahanya sahaja). Kemudian kepada Tuhan kamulah tempat
kembalinya kamu, maka ia akan memberitahu kepada kamu
tentang apa yang kamu telah kerjakan. Sesungguhnya Dia Maha
mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada.
(al-Zumar 39: 7)

Tidak ada hujah bagi orang yang disesatkan Allah SWT dan
tidak ada keuzuran buatnya, kerana Allah SWT telah mengutuskan
para rasul untuk menegakkan hujah dan menyandarkan amalan
kepada hamba itu sendiri dan menjadikannya sebagai usaha hamba
tersebut. Allah SWT tidak mentaklifkan hamba itu melainkan
berdasarkan yang mampu dilakukan oleh hamba tersebut.

Firman Allah SWT:

‫س ُيع‬ َ َّ ‫ْٱل َي ْو َم تُ ج ْ� َز ٰى ُ ُّك َن ْفس ب َ�ا َك َس َب ْتۚ َل ُظ ْ َل ْٱل َي ْو َ ۚم إ َّن‬


َ ‫ٱلل‬
ِ ِ ِ ٍۭ
َْ
‫۝‬١٧ ‫اب‬ِ ‫ٱلس‬ ِ
Maksudnya: “Pada hari ini, tiap-tiap diri dibalas dengan apa yang
telah diusahakannya; tidak ada hukuman yang tidak adil pada
hari ini. Sesungguhnya Allah amat cepat hitungan hisab-Nya.
(Ghafir 40: 17)

Mereka beriman, yang kejahatan tidak boleh disandarkan


kepada Allah SWT dalam apa bentuk sekalipun, baik pada zat-Nya,
nama-nama-Nya, sifat- sifat-Nya dan juga perbuatan-perbuatan-
Nya, kerana kesempurnaan sifat-sifat, rahmat dan keadilan-Nya.
Apalagi Allah SWT menyuruh bersama dengan petunjuk, ihsan

130
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

dan juga kebaikan dan menegah melakukan kejahatan, kekufuran,


kesesatan dan juga kemaksiatan. Keburukan dilihat dari sudut
hikmah-Nya yang mantap dan iradah-Nya yang telus.

Firman Allah SWT:


َْ ْ َ‫ك َعن ش‬
‫� ٍء ِّم ْن ُه نف ًسا‬ ْ ُ ‫ٱلن َس ٓا َء َص ُد َق ٰـ ِت ِ� َّن ِ ن ْ� َ ةًل ۚ َف ِإن ِط ْ ب نَ� َل‬
ّ ۟ ُ ََ
ِ ‫وءاتوا‬
ُُ َ
‫۝‬٤ ‫فك ُوه َه ِن ٓي ًٔـا َّم ِر ٓي ًٔـا‬
Maksudnya: Dan berikanlah kepada perempuan- perempuan itu
mas kahwin-mas kahwin mereka sebagai pemberian yang wajib.
Kemudian jika mereka dengan suka hati memberikan kepada kamu
sebahagian dari mas kahwinnya maka makanlah (gunakanlah)
pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik
kesudahannya.
(al-Nisa’ 4: 4)

Allah SWT bersih daripada melakukan kezaliman,


sebaliknya bersifat dengan keadilan yang mutlak. Dia tidak
pernah menzalimi mana-mana orang dalam kalangan makhluk-
Nya meskipun seberat atom. Setiap perbuatan-Nya mengandungi
keadilan dan hikmah belaka.

Firman Allah SWT:


ْ َّ ْ ً ُ َ ۖ َ َ َ ْ ْ َ َ َّ َّ
‫ٱلل ل َيظ ِ ُل ِمثقال ذ َّر ٍة َو ِإن تك َح َس َنة ُي َض ٰـ ِع ف َ�ا َو ُي ْؤ ِت ِمن ل ُدن ُه‬ ‫ِإن‬
َ
‫۝‬ ٤٠ ‫أ ْج ًرا َع ِظ ي� ًما‬
Maksudnya: Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menganiaya
(seseorang) sekalipun seberat zarah (debu). Dan kalaulah (amal yang
seberat zarah) itu amal kebajikan, nescaya akan menggandakannya
dan akan memberi dari sisi-Nya pahala yang amat besar.
(al-Nisa’ 4: 40)

Mereka beriman yang Allah SWT menciptakan manusia dan


segala perbuatannya. Allah SWT juga mengurniakan kehendak,
kudrat, pilihan dan masyi‘ah kepada manusia, agar segala
131
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

perbuatan mereka merupakan perbuatan mereka yang sebenar dan


bukan sebagai majazi (simbolik). Allah SWT menganugerahkan
kepada mereka akal yang membezakan antara baik dengan yang
buruk dan tidak akan menghisab manusia melainkan berdasarkan
amalan-amalan yang dilakukan oleh manusia itu sendiri, yang
dilakukan berdasarkan kehendak dan pilihan sendiri. Manusia yang
memilih untuk melakukan sesuatu perbuatan dan menentukan
akidah pegangan. Cuma kehendak mereka ada hubungan dengan
masyi‘ah Allah SWT, kerana setiap perkara yang dikehendaki
Allah, pasti akan berlaku dan yang tidak dikehendaki oleh-Nya,
tidak akan berlaku. Allah SWT yang menciptakan segala perbuatan
manusia. Manusia itu yang melakukan perbuatannya secara hakiki,
baik berbentuk kebaikan mahupun keburukan. Perbuatan tersebut
daripada Allah SWT dalam bentuk penciptaan, penwujudan dan
penentuan, manakala daripada manusia dalam bentuk perbuatan
dan usaha.

Firman Allah SWT:


َ ُٓ ََ ََ َ َ َْ َ ُْ َٓ َ َ
ُ َّ ‫ون إ َّ ٓل َأن َي َش ٓا َء‬
ُّ‫ٱلل َرب‬
ِ ‫۝ وما تشاء‬ ۲٨ �‫ِلن شاء ِمنك أن يست ِق ي‬
َ ْ
‫۝‬۲٩ �َ‫ٱل َع ٰـ ِل ي ن‬
Maksudnya: Iaitu bagi sesiapa dari kamu yang mahu tetap teguh
di atas jalan (Islam) yang betul. Dan kamu tidak dapat menentukan
kemahuan kamu (mengenai sesuatu pun), kecuali dengan cara yang
diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan
seluruh alam.
(al-Takwir 81: 28-29)

Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-


Bukhari (no hadis: 4949) daripada Ali RA:
ْ َّ ‫أحد إ َّل َو َق ْد ُكت َب َم ْق َع ُد ُه م َن‬
‫ َومق َع ُد ُه ِم َن‬،‫الن ِار‬ ْ ُ ‫َما ِم‬
ِ ِ ِ ٍ َ ‫نك ِم ْن‬
َ َ َ َ ُ َ َ َ َ َ َ َ ُ َّ َ َ َ َ َّ َ ُ َ َ ُ َ َّ َ
:‫ وندع العمل؟ قال‬،‫ أفل نت ِك عل ِكت ِابنا‬،‫الل‬ ِ ‫ ي� رسول‬:‫الن ِة قالوا‬ ‫ج‬
َْ ْ َ َ ْ َ َّ َ ُ َ َ ُ ٌّ ُ َ ُ َ ْ
‫ أما من كن ِمن أه ِل‬، ‫س ِ َلا خ ِلق ل‬ ٌ َّ ‫ك ُم َي‬ ‫اعلوا ف‬

132
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

َ َ َ
َ َ
‫ َوأ َّما َم ْن كن ِم ْن أ ْه ِل‬،‫الس َع َاد ِة‬
َّ ‫س ِل َع َمل أ ْهل‬
ُ َّ ‫الس َع َاد ِة َف ُي َي‬
َّ
ِ ِ
َ ْ ْ َ َّ َ َ َ َ َ َّ ُ‫َّ َ َ ُ َ َّ ُ َ َ َ ْ َّ َ َ ث‬
‫ {فأما من أعط‬:‫ � قرأ‬،‫الشق ِاء فييس ِلعم ِل أه ِل الشقاو ِة‬
ْ َ َ َ‫َ َّ ق‬
5-6 : ‫وص َّدق ِب� ُل ْس نَ�} الليل‬ �‫وات‬
Maksudnya: Tidak ada seorang pun dalam kalangan anda
melainkan ditulis tempat duduknya di dalam neraka atau tempat
duduknya di dalam syurga. Para sahabat bertanya: Wahai
Rasulullah, apakah tidak boleh kita berserah sahaja kepada apa
yang telah ditulis untuk kita dan meninggalkan amalan? Sabda
baginda: Beramallah, setiap orang akan dimudahkan Allah untuk
melakukan apa yang telah diciptakan untuknya. dan orang yang
ditulis sebagai orang yang celaka, dimudahkan baginya melakukan
amalan orang yang celaka. Seterusnya Nabi SAW membaca ayat:
Adapun orang yang memberi dan bertakwa dan membenarkan
perkara yang baik.
(al- Lail: 5-6)
semak
Allah SWT menolak orang-orang Musyrikin yang berhujah
dengan qadar, sebagaimana yang terdapat dalam firman Allah
SWT:
َ‫� ْك َنا َ َو ٓل َء َ ٓا� ُؤ نَ� َ َول َح َّر ْمنا‬
َ ْ‫َ َ ُ ُ َّ نَ َ شْ َ ُ ۟ َ ْ َ ٓ َ َّ ُ َ ٓ َ ش‬
‫ب‬ ‫سيقول ٱل ِذ ي� أ�كوا لو شاء ٱلل ما أ‬
ْ
ْ َ ْ ُ ۗ َ َ ‫َ ْ ْ َ تَّ ٰ َ ُ ۟ َ أ‬ َ ‫ن‬ َّ َ َّ َ َ َٰ َ ۚ ْ َ‫ش‬
‫ِمن � ٍء كذ ِلك كذب ٱل ِذ ي� ِمن قب ِل ِهم ح� ذاقوا ب�سنا قل هل‬
َّ ْ ُ‫َ ُ ّ ْ ْ َ ُ ْ ُ ُ َ َ ٓ ۖ َ َّ ُ َ َّ َّ َّ َ ْ َ ت‬
‫ن� ِإل‬ ‫ِعندك ِمن ِع ٍل فتخ ِرجوه لنا ِإن تت ِبعون ِإل ٱلظن و ِإن أ‬
َ َ‫ت‬
‫۝‬ ١٤٨ ‫خْ� ُر ُصون‬
Maksudnya: Orang-orang Musyrik akan mengatakan: “Kalau
Allah menghendaki tentulah kami dan datuk nenek Kami tidak
mempersekutukan-Nya (dengan sesuatu yang lain), dan tidak pula
kami haramkan sesuatu apa pun”. Demikianlah juga orang-orang
yang dahulu sebelum mereka telah mendustakan (Rasul-rasul)
sehingga mereka merasai azab seksa kami. Katakanlah: Adakah
kamu mempunyai (sesuatu keterangan yang berdasarkan) ilmu
supaya dapat kamu tunjukkan kepada Kami? Tiadalah kamu

133
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

menurut melainkan sangkaan semata-mata, dan kamu pula tidak


lain hanyalah berdusta”.
(al-An’am 6: 148)

Beriman yang qadar Allah adalah rahsia Allah terhadap para


makhluk-Nya. Tidak ada seorang pun dalam kalangan malaikat
yang dekat dengan Allah SWT mahupun para nabi yang diutuskan
kepada manusia yang mengetahuinya. Tidak ada seorang pun
dalam kalangan makhluk yang mengetahuinya melainkan setelah
ia berlaku. Meneliti dan mendalaminya merupakan satu kesesatan,
kerana Allah SWT tidak pernah memberitahu tentang qadar-Nya
kepada mana- mana makhluk-Nya. Ahli Sunnah hanya beriman
sahaja dengan perkara ini.

Firman Allah SWT:


َ
ْ‫ن� ِ ف� ُ ب ُ�وج ُّم َش َّي َد ٍةۗ َو ِإن ُت ِص بْ ُ�م‬ْ ُ‫ٱل ْو ُت َوَل ْو ُك ت‬ ُ ُّ ‫أ ْي نَ� َما َت ُك ُون ۟وا ُي ْد ِر‬
َ ْ ‫كك‬
َ ۟ ُ ُ َ ٌ َ ّ َ ْ ُ ٍ ْ ُ َ ۖ َّ ۟ ُ ُ ٌ
ٰ
‫ٱلل و ِإن ت ِص ب�م س ِيئة يقولوا هـ ِذ ِهۦ‬ ِ ‫َح َس َنة َيقولوا َه ٰـ ِذ ِهۦ ِم ْن ِع ِند‬
َ َ َ َْ ٓ َ َ ۖ َّ ٌّ ُ ْ ُ ۚ َ
‫ٱلل ف َ� ِال َه ٰٓـ ُؤل ِء ٱلق ْو ِم ل َيك ُدون‬ ِ ‫ِم ْن ِع ِندك قل ك ِّم ْن ِع ِند‬
ً َ َْ
‫۝‬ ٧٨ ‫َيف ق ُ�ون َح ِديثا‬
Maksudnya: Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan
kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-
benteng yang tinggi lagi kukuh. Dan kalau mereka beroleh
kebaikan (kemewahan hidup), mereka berkata: “Ini adalah dari
sisi Allah”, dan kalau pula mereka ditimpa bencana, mereka
berkata:” ini adalah dari (sesuatu nahas) yang ada padamu”.
Katakanlah (Wahai Muhammad): “Semuanya itu (kebaikan
dan bencana) adalah (berpunca) dari sisi Allah”. Maka apakah
yang menyebabkan kaum itu hampir-hampir tidak memahami
perkataan (nasihat dan pengajaran)?.
(al-Nisa’4: 78)

Dengan beriman dengan Qadar Allah sebagaimana yang


diimani oleh salafus salih terdahulu yang terdiri daripada kalangan
sahabat, tabiin dan juga tabi tabiin, seseorang itu akan menjadi
134
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

hamba kepada tuhannya yang sebenar. Beliau bersama dengan


orang- orang yang telah diberi nikmat oleh Allah SWT yang terdiri
daripada para nabi, orang-orang yang benar, orang-orang yang
mati syahid dan juga orang-orang soleh.

Kesimpulan
Segala kebaikan dan keburukan yang berlaku di alam wujud ini
adalah berlaku dengan qada’ dan qadar Allah SWT. Allah SWT
adalah Tuhan yang berkuasa di atas segala sesuatu. Apa sahaja
yang dikehendaki-Nya tidak akan terhalang. Dia adalah Tuhan
yang maha melakukan sesuatu yang dikehendaki-Nya. Kita
sebagai orang Islam perlu sentiasa berdoa kepada Allah SWT agar
menjadikan kita orang-orang yang istiqamah dalam melakukan
berbagai-bagai amalan soleh dan meninggalkan apa saja yang
dilarang oleh syarak, baik yang zahir mahupun batin. Apalagi hati-
hati manusia terlalu mudah berbolak-balik. Orang-orang Islam
perlu melakukan amalan soleh seperti bersedekah, menziarahi
para sahabat, orang sakit dan menghubungkan tali silaturahim.
Mereka sama sekali tidak boleh berhujah dengan qadar Allah
apabila tergelincir dalam melakukan sesuatu perkara maksiat
dalam rangka menghalalkan perbuatan keji tersebut, kerana Allah
SWT tidak pernah meredai para hamba-Nya melakukan perkara
maksiat mahupun kekufuran.

135
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

136
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Pendahuluan
Antara asas akidah Ahli Sunah Waljamaah berdasarkan manhaj
salafus salih, ialah iman terdiri daripada kata-kata dan amalan.
Ia boleh bertambah dan boleh berkurang. Ia melibatkan iktikad di
dalam hati, perakuan dengan lidah dan amalan dengan anggota.
Iman bertambah dengan amalan ketaatan dan berkurang dengan
amalan maksiat.

Konsep Iktikad Dalam Hati, Perakuan Dengan


Lisan Dan Amalan Dengan Anggota
Konsep iktikad dalam hati membawa maksud mengiktikad,
membenar, memperakui dan meyakini. Konsep perakuan dengan
lisan ialah mengucapkan dua kalimah syahadah dan memperakui
kedua-dua kalimah tersebut. Konsep amalan dengan hati pula ialah
berniat, menyerah diri, mengejar keikhlasan, menyerah, tunduk,
mencintai dan menginginkannya. Konsep amalan dengan anggota
ialah melakukan segala perkara yang disuruh dan meninggalkan
segala perkara yang dilarang oleh Allah SWT. Dengan itu difahami
yang dikatakan iman itu melibatkan iktikad, perkataan dan juga
amalan. Ia bertambah dengan melakukan amalan ketaatan dan
berkurang dengan melakukan amalan kemaksiatan. Sesiapa yang
melaksanakan keseluruhan, imannya akan sempurna. Sesiapa yang
hanya melaksanakan dua perkara sahaja dan tidak melaksanakan
yang ketiga, imannya tidak sah, kerana segala amalan bagi mereka
merupakan sebahagian daripada amalan dan termasuk ke dalam
intipatinya. Iman tanpa amalan tidak sah dan tidak mencukupi.
Imam-imam salafus salih yang terkemuka telah berijmak, iman
tidak wujud tanpa amalan. Tidak ada perkataan mahupun amalan
melainkan dengan niat. Tidak ada perkataan, amalan mahupun
niat melainkan hendaklah selaras dan bertepatan dengan sunnah.
Perkara ini ditegaskan oleh imam-imam seperti al-Awza’i,
Sufyan al-Thawri, al- Humaidi dan lain-lain sebagaimana yang
diriwayatkan oleh al-Lalikai’, Ibn Battah dan lain-lain.

Allah SWT menyebut sifat-sifat orang-orang yang beriman

137
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

yang sebenar dalam al-Quran dengan orang- orang yang beriman


dan beramal dengan apa yang mereka beriman, yang melibatkan
perkara-perkara asas agama, cabang-cabang, zahir dan batinnya.
Iman itu pula zahir dengan jelas pada iktikad, perkataan dan
amalan yang zahir dan juga batin.

Firman Allah SWT:


َ ُ َ
‫و� ْم َو ِإذا ت ِل َي ْت َعل يْ ِ� ْم‬ ُ َّ ‫ون َّٱل ِذ نَ� إ َذا ُذ ِك َر‬
ُ ُ‫ٱلل َو ِج َل ْت ُق ُل ب‬ َ ُ ْ ُ ْ َ َّ‫ن‬
‫ِإ�ا ٱلؤ ِمن‬
ِ ‫ي‬
َ َ َّ َ ُ ُ َ‫َّ ن‬ َ ُ َّ َ َ
‫ٱلصل ٰوة‬ ‫۝ ٱل ِذ ي� ي ِقيمون‬۲ ‫َء َاي ٰـ ُت ُهۥ ز َاد تْ ُ� ْم ِإ ي َ� ٰـ ًنا َو َع ٰل َر ِبّ ِ� ْم َي َت َوكون‬
َ‫ون َح ًّقا ۚ َّ ُل ْم َد َر َج ٰـ ٌت عند‬ َ ُ ْ ُ ْ ُ ُ َ ٰٓ َ ۟ ُ َ ُ ُ ْ ُ ٰ َ ْ َ َ َّ ِ َ
ِ ‫۝ أولـ ِئك ه ٱلؤ ِمن‬٣ ‫وما رزقنـهم ي ِنفقون‬
َ ٌْ ٌ ْ
‫۝‬٤ �ٌ ‫َر ِبّ ِ� ْم َو َمغ ِف َرة َو ِرزق ك ِر ي‬
Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang
sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama
Allah (dan sifat-sifat-Nya) gementarlah hati mereka; dan apabila
dibacakan kepada mereka ayat- ayat-Nya, menjadikan mereka
bertambah iman dan kepada Tuhan mereka jualah mereka
berserah. Iaitu orang-orang yang mendirikan sembahyang dan
yang mendermakan sebahagian dari apa yang Kami kurniakan
kepada mereka. Merekalah orang-orang yang beriman dengan
sebenar-benarnya. Mereka akan mendapat pangkat-pangkat yang
tinggi di sisi Tuhan mereka dan keampunan serta limpah kurnia
yang mulia (di Syurga).
(al-Anfal 8: 2-4)

Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh


al-Nasa’i (no hadis: 5005) dan dinilai sebagai Sahih oleh al-Albani
dalam Sahih Jami’ al-Saghir, (no hadis: 2800) daripada Abu
Hurairah RA :
ُ َ َ َ ُ َ ْ َ َ ُ َّ َّ َ َ َ َ ُ َ ْ َ ً َ ْ ُ َ ُ ْ َ َ ٌ ْ ُ َ ْ
‫ وأوضعا ِإماطة‬،‫ أفضلها ل ِإل ِإل الل‬،‫ِإال ي�ان ِبضع وسبعون شعبة‬
َ ْ ْ َ ٌ َ ْ ُ ُ ََْ َ َّ َ َ َ‫ْ أ‬
‫ والياء شعبة ِمن ِإال ي� ِان‬،‫الذى ع ِن الط ِر ِيق‬
Maksudnya: Iman itu lebih daripada 70 cabang. Yang paling

138
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

afdal ialah mengucap tidak ada tuhan yang berhak disembah


melainkan Allah, dan yang paling kurang sekali ialah membuang
sesuatu yang mengganggu jalan. Dan malu itu adalah satu cabang
daripada iman.

Iman dan amalan dua perkara yang saling berkaitan antara


satu sama lain dan sama sekali tidak bercerai tanggal. Amalan
adalah rupa iman dan intipatinya, malah termasuk ke dalam
tuntutan iman dan separuh daripada maknanya.

Sikap Ahli Sunah Waljamaah Terhadap Iman


Antara sikap Ahli al-Sunnah Wa al-Jamaah dalam persoalan iman
ialah:

Mengiktikadkan bahawasanya iman itu terdiri daripada


perkataan dan amalan. Ia mempunyai darjat-darjat dan cabang-
cabang. Ia bertambah dengan melakukan amalan ketaatan
sehingga menjadi tidak ubah bagaikan gunung dan berkurang
dengan melakukan amalan kemaksiatan sehingga tidak ada
apa lagi yang kekal. Orang yang beriman berbeza kedudukan
mereka dari segi iman mengikut tahap ilmu dan amalan mereka.
Sebahagian daripada mereka memiliki iman yang lebih sempurna
berbanding dengan sebahagian yang lain.

Firman Allah SWT:


ََ ۚ ْ َ ْ ُ ُّ َ ُ ُ َ َّ ُ ْ‫َ َ َ ٓ ُ ن ز َ ْ ُ َ ٌ فَ ن‬
‫ك ز َادت ُه َه ٰـ ِذ ِه ٓۦ ِإ ي َ� ٰـ ًنا فأ َّما‬ ‫و ِإذا ما أ ِ�لت سورة ِ��م من يقول أي‬
َ ُ ‫َّ نَ َ َ ُ ۟ َ َ َ تْ ُ ْ َ ٰ ً َ ُ ْ َ ْ َ ْ ش‬
‫۝‬
١۲٤ ‫�ون‬ ِ ‫ٱل ِذ ي� ءامنوا فزاد�م ِإ ي�ـنا وه يستب‬
Maksudnya: Dan apabila diturunkan sesuatu surah (daripada al-
Quran) maka di antara mereka (yang munafik) ada yang bertanya
(secara mengejek): “Siapakah di antara kamu yang imannya
bertambah disebabkan oleh surah ini?” . Adapun orang-orang yang
beriman, maka surah itu menambahkan iman mereka, sedang
mereka bergembira (dengan turunnya).
(al-Tawbah 9: 124)

139
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Firman Allah SWT:


َ ُ َ
‫و� ْم َو ِإذا ت ِل َي ْت َعل يْ ِ� ْم‬ ُ َّ ‫ون َّٱل ِذ نَ� إ َذا ُذ ِك َر‬
ُ ُ‫ٱلل َو ِج َل ْت ُق ُل ب‬ َ ُ ْ ُ ْ َ َّ‫ن‬
‫ِإ�ا ٱلؤ ِمن‬
ِ ‫ي‬
َ ُ َّ َ َ
‫۝‬۲ ‫َء َاي ٰـ ُت ُهۥ ز َاد تْ ُ� ْم ِإ ي َ� ٰـ ًنا َو َع ٰل َر ِبّ ِ� ْم َي َت َوكون‬
Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang
sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama
Allah (dan sifat-sifat-Nya) gementarlah hati mereka; dan apabila
dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, menjadikan mereka
bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka
berserah.
(al-Anfal 8: 2)

Al-Hafiz Abu Umar bin Abd al-Bar menjelaskan, ulama fiqh


dan hadis bersepakat, iman melibatkan ucapan dan juga amalan.
Tidak ada amalan tanpa niat. Iman bagi mereka bertambah dengan
melakukan amalan ketaatan dan berkurang dengan melakukan
amalan kemaksiatan. Amalan ketaatan bagi mereka semuanya
adalah iman (al-Tamhid,jil. 9, hlm. 23).

Iktikad di atas merupakan iktikad yang dipegang oleh seluruh


para sahabat, tabiin dan orang-orang yang mengikut jejak langkah
mereka dengan baik yang terdiri daripada ulama hadis, fiqah,
tokoh-tokoh agama dan orang-orang yang menurut jejak langkah
mereka dan tidak ada seorang pun yang menyelisihi mereka,
baik dalam kalangan salaf mahupun khalaf, kecuali mereka yang
menyeleweng sahaja.

b. Mempercayai sifat beriman tidak boleh ditarik balik dengan


begitu mudah daripada seseorang hamba, apabila hamba itu
melakukan sesuatu amalan yang diharamkan atau meninggalkan
amalan wajib yang mana orang yang meninggalkannya tidak
boleh dihukumkan sebagai kafir. Mereka juga tidak begitu mudah
mengeluarkan seseorang Islam daripada landasan iman melainkan
jika dia benar-benar melakukan salah satu daripada perkara yang
membatalkan iman.

140
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Orang yang melakukan dosa-dosa besar dalam kalangan


orang-orang Islam, tidak keluar daripada landasan iman, selagi
dia tidak menghalalkan dosa yang dilakukannya itu. Di dunia
dia tetap dikira sebagai orang beriman tetapi imannya mengalami
kekurangan. Dari segi kewujudan iman, ia dikira orang yang
beriman dan dari segi amalan dan perbuatannya dia dikira sebagai
orang yang melakukan dosa besar.

Di Akhirat kelak dia berada dalam masyi‘ah atau kehendak


Allah SWT. Jika Allah SWT kehendaki, Dia mengampuninya
dengan rahmat dan kelebihan-Nya dan jika Dia kehendaki, Dia
akan mengazabkannya dengan keadilan dan hikmah-Nya, kerana
iman bagi mereka boleh berlaku pecahan dan pembahagian dari
segi amal dan pelaksanaan kewajipan-kewajipannya. Dengan
kewujudan sedikit iman pada diri seseorang, Allah SWT akan
mengeluarkannya daripada neraka dengan kelebihan, rahmat,
anugerah dan kemuliaan daripada- Nya. Nabi SAW bersabda
dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Dawud (no hadis:4091)
dan dinilai oleh al- Albani sebagai sahih dalam Ghayah al-Muram
(no hadis: 114 ) daripada Abdullah bin Mas’ud RA:
َ َ ُ َْ َْ ‫َ َ ف‬ َّ ‫َ َول َي ْد ُخ ُل‬
‫الن َار َم ْن كن ِ ي ْ� قل ِب ِه ِمثقال خ ْر َد ةٍل ِم ْن ِإ ْي َ� ٍان‬
Maksudnya: Tidak akan masuk ke dalam neraka, orang yang
terdapat di dalam hatinya iman meskipun seberat biji sawi.

Nabi SAW juga bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh


Muslim (no hadis: 153) daripada Abu Zar RA:
ُ ْ‫َ تَ ن ْ ْ ُ َ َ ْ َّ َ ُ َ َ شَّ َ ن ْ َ َّ ُ َ ْ َ َ ْ ُ َّ َ َ ُ ش‬
‫�ك‬ ِ ‫أ� ِ ي� ِج ب ِ� يل علي ِه السلم فب� ِ ي� أنه من مات ِمن أم ِتك ل ي‬
ََ ْ َ َ َ َ َ ْ َ َ‫ّ َ ْ ً َ َ َ ْ َ َّ َ ُ ْ ُ َ ْ َ ن‬
�‫ َو ِإن ز ن‬:‫سق؟ قال‬ ‫ و ِإن ز� و ِإن‬:‫ قلت‬،‫النة‬ ‫لل شيئا دخل ج‬
ِ �‫ِب‬
َََ ْ َ
‫سق‬ ‫و ِإن‬
Maksudnya: Jibril mendatangi aku dan menyampaikan berita
gembira kepadaku iaitu sesiapa dalam kalangan umatmu yang
meninggal, dalam keadaan tidak mensyirikkan Allah dengan
sesuatu, pasti akan masuk Syurga. Aku berkata: Meskipun dia
141
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

berzina dan mencuri? Jawab Jibril: Meskipun dia berzina dan


mencuri.

Membolehkan menggunakan pengecualian dalam persoalan


iman dan hukum berbuat demikian adalah sunat dan bukan
wajib iaitu seseorang mengucapkan “Saya orang yang beriman
In Sya Allah”. Menggunakan pengecualian di atas adalah lebih
utama bagi mereka berbanding tidak menggunakannya, kerana
mereka tidak dapat memastikan diri mereka benar-benar beriman,
lantaran kerana takut kepada Allah SWT. Mereka mengelak
untuk mengangkat diri sendiri dan bukan kerana syak dengan
iman yang dimiliki mereka. Mereka bimbang kalau-kalau mereka
belum dapat memenuhi hakikat-hakikat iman dalam erti kata yang
sebenar. Mereka mengharapkan agar mereka dapat memenuhi
segala kewajipan dan kesempurnaan iman, kerana iman yang
mutlak merangkumi melakukan seluruh amalan ketaatan dan
meninggalkan segala apa yang ditegah.

Mereka menegah melakukan pengecualian, jika dilakukan dalam


bentuk ragu-ragu terhadap iman, kerana seseorang yang ragu-ragu
terhadap iman adalah kufur. Bahkan apa yang mereka maksudkan
ialah menafikan ragu-ragu terhadap iman mereka dari satu
sudut dan tidak menegaskan tentang pemilikan terhadap iman
yang sempurna dari sudut yang lain. Mereka membenci untuk
menyoal persoalan yang berkaitan di atas dan melihatnya sebagai
satu bidaah. Dalil-dalil yang menjelaskan golongan salafus salih
terdahulu mengharuskan penggunaan pengecualian begitu
banyak sekali dalam al-Kitab dan al-Sunnah, athar salaf dan juga
ungkapan- ungkapan para imam dan juga tokoh ulama. Antaranya
firman Allah SWT:
ُ ْ َ ۚ ُ َّ َ ٓ َ َ َ ٓ َّ ً َ َ َٰ ٌ َ ّ‫َ َ َ ُ َ َّ َ ۟ ْ ن‬
‫۝ ِإل أن يشاء ٱلل وٱذ كر‬ ۲٣ ‫ول تقولن ِلشاى ٍء ِإ ِ� ف ِاعل ذ ِلك غدا‬
ً َ
َ َ َ ٰ َ ْ َ َ ْ ‫َّ َّ َ َ َ َ َ ُ ْ َ َ ٰٓ َ َ ْ َ ن َ ّ أ‬
‫۝‬۲٤ ‫ر بك ِإذا ن ِسيت وقل عس أن ي� ِد ي ِ� ر ِب� ِلقرب ِمن هـذا رشدا‬
Maksudnya: Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu
(yang hendak dikerjakan): “Bahawa aku akan lakukan yang
demikian itu, kemudian nanti”. Melainkan (hendaklah disertakan

142
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

dengan berkata): “In Sya Allah”. dan ingatlah serta sebutlah akan
Tuhanmu jika engkau lupa; dan katakanlah: “Mudah-mudahan
Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan
lebih terang dari ini”.
(al-Kahfi 18:23-24)

Firman Allah SWT:


َ َّ َ َ ۖ ْ ُ َ ُ َ ۟ ٓ ُّ َ‫َ َ تُ ز‬
٣۲ �ٰٓ ‫ك ُه َو أ ْع ُل ِب َ� ِن ٱت ق‬
‫۝‬ ‫فل �كوا أنفس‬
Maksudnya: ...maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu
(bahawa kamu suci bersih dari dosa). Dialah sahaja yang lebih
mengetahui akan orang-orang yang bertakwa.
(al-Najm 53: 32)

Imam Ahmad bin Hanbal pernah ditanya tentang iman? Jawab


beliau:

“Ucapan, amalan dan niat. Beliau ditanya lagi: Apabila seseorang


lelaki berkata; Adakah anda seorang yang beriman? Jawab beliau:
Pertanyaan ini adalah bidaah. Beliau ditanya apakah yang hendak
dijawab: Beliau berkata: Orang yang beriman In Sya’ Allah SWT”.

Kesimpulan

Dengan itu dapat disimpulkan yang dikatakan intipati sebenar iman


ialah perkara yang terdapat dalam hati seseorang dan dibenarkan
oleh lidah dan amalan. Hasilnya jelas kelihatan pada anggota
dengan cara mentaati segala perintah Allah SWT dan menjauhkan
diri daripada segala yang ditegah, kerana nama iman akan berlaku
dalam erti kata yang sebenar kepada orang yang membenarkan
segala apa yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW, yang datang
daripada tuhannya baik dari segi iktikad, perakuan mahupun
amalan. Kerana itu orang yang mempercayai dan membenarkan
dalam hati dan memperakui dengan lisan tetapi dalam masa
yang sama tidak beramal dengan amalan-amalan ketaatan dan
kewajipan yang diperintahkan, dengan anggota badan, tidak berhak
menikmati nama iman. Orang yang memperakui dengan lisan dan

143
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

beramal dengan anggota badan sahaja, tetapi tidak percaya dalam


hati, juga tidak berhak menikmati nama iman. Orang yang tidak
memasukkan amalan sebagai sebahagian daripada iman, adalah
orang yang berfahaman Murji’ah, yang melakukan bidaah lagi
sesat.

144
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

145
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Pendahuluan
Ahli Sunah Waljamaah tidak mengkafirkan (takfir) mana-
mana orang Islam yang melakukan perkara yang mengkafirkan
melainkan setelah ditegakkan hujah terlebih dahulu, barulah
boleh dihukumkan menjadi kafir. Kerana ketika itu baru cukup
syarat dan tidak ada lagi halangan untuk mengkafirkan yang
terlibat. Malah hilang syubhah daripada orang yang jahil dan
orang yang melakukan takwilan. Sebagaimana yang dimaklumi, ia
melibatkan perkara-perkara yang tersembunyi yang memerlukan
kepada pembongkaran dan penjelasan, berbeza sama sekali
dengan perkara-perkara yang zahir seperti menolak kewujudan
Allah SWT, menolak kebenaran para rasul, menolak keumuman
risalah Rasulullah SAW, kedudukan Rasulullah sebagai penutup
para nabi dan rasul dan lain-lain perkara yang termasuk ke dalam
perkara yang diketahui umum dalam Islam.

Mereka juga tidak mengkafirkan orang yang terpaksa


melakukan sesuatu perbuatan yang mengkufurkan, yang hatinya
tetap tenang dengan iman dan sama sekali tidak meredai kekufuran
itu. Bahkan mereka tidak mengkafirkan sesiapapun dalam kalangan
orang-orang Islam yang melakukan dosa, meskipun melibatkan
dosa-dosa besar selagi tidak melibatkan syirik. Sebaliknya mereka
hanya menghukumkan orang- orang seperti itu sebagai orang
yang fasik dan kurang iman sahaja, selagi dia tidak menghalalkan
dosa yang dilakukannya itu. Apabila seseorang meninggal
dalam keadaan melakukan sesuatu dosa yang bukan dosa syirik
dan dia sendiri tidak menghalalkan melakukan dosa tersebut,
urusannya terserah kepada Allah SWT. Jika Dia kehendaki,
Dia boleh mengazabkannya dan jika Dia kehendaki, Dia boleh
mengampunkannya. Ini berbeza dengan pandangan puak-puak
yang menyeleweng yang menghukumkan orang yang melakukan
dosa besar sebagai kafir atau berada di antara dua persimpangan.

Firman Allah SWT:


ۚ َٓ َ َٰ َ ْ َ َ ْ‫َّ َّ َ َ َ ْ ُ َ ُ ش‬
‫�ك ِب ِهۦ َو َيغ ِف ُر َما ُدون ذ ِلك ِ َلن َيشا ُء َو َمن‬ ‫ِإن ٱلل ل يغ ِفر أن ي‬

146
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

ْ ْ َ َ َّ ‫ُ شْ ْ ٱ‬
٤٨ ‫لل فق ِد ٱف تَ َ� ٰٓى ِإ ث ً�ا َع ِظ ي� ًما‬
‫۝‬ ِ �‫�ك ِب‬
ِ ‫ي‬
Maksudnya: Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan
dosa syirik mempersekutukan-Nya (dengan sesuatu apa jua) dan
akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang
dikehendaki-Nya (menurut aturan syariat-Nya). Dan sesiapa
yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka
sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.
(al-Nisa’4: 48)

Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh


al-Bukhari ( no hadis: 6045) daripada Abu Zar RA:
ْ َ َ َّ ْ ُ َ ُ ً ٌ ْ َْ َ
‫ ِإن‬،‫ ِإل ْارت َّد ْت َعل ْي ِه‬،‫ َوال َ ي ْ� ِم ْي ِه ِب�لكف ِر‬،‫م َر ُجل َر ُجل ِب�لف ُس ِوق‬
‫ال ي� ِ ي‬
َ ََ ُ َ
‫ْل َيك ْن َص ِاح ُب ُه كذ ِلك‬
Maksudnya: Seseorang tidak boleh menuduh seseorang yang lain
sebagai fasik dan juga tidak boleh menuduhnya sebagai kufur,
melainkan tuduhan tersebut akan kembali kepadanya, jika yang
dituduh tidak sebagaimana tuduhan yang ditujukan kepadanya.

Sikap Ahli Al-Sunnah Terhadap Persoalan Takfir


Antara sikap Ahli Sunah Waljamaah terhadap persoalan takfir
ialah:

Membezakan antara hukum yang bersifat mutlak ke atas


orang-orang yang melakukan bidaah dalam bentuk maksiat atau
kekufuran dengan hukuman yang dijatuhkan ke atas individu
tertentu, yang sabit Islamnya secara yakin tetapi melakukan
perkara-perkara bidaah. Hukuman ke atas individu berkenaan
tidak dijatuhkan melainkan apabila perkara yang sebenar terserlah,
dengan cara membentangkan hujah dan menghapuskan segala
menegakkan syubhah. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan
oleh Abu Dawud (no hadis: 4901) dan dinilai sebagai Sahih oleh
al-Albani dalam Sahih al-Jami’ al- Saghir (no hadis: 1552) daripada
Abu Hurairah r.a, katanya:

147
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

َ َ ْ ْ‫َ ْ ُ َ ُ َ ّ َُ َ َ َ َ ُ َ فْ َن‬
،�‫سا ِئيل ُم َت َو ِاخ َي ْ ي ِن‬ ‫ “ كن رجل ِن ِ ي� ب ِ ي� ِإ‬:‫الل يقول‬ ِ ‫ِسعت رسول‬
ُ‫ َف َك َن َل َ ي زَ� ُال ج‬،‫الع َب َاد ِة‬
ُ‫امل ْ� تَ�د‬ ْ ‫َ َ َ َ َ ُ َُ ُْ ُ َ ْآ‬
‫ال َخ ُر ُ ْم تَ� ٌ ف‬
ِ ِ �‫ج ِ د ِ ي‬ ‫فكن أحدها يذ ِنب و‬
َ ََ َْ َ َ
َ ْ ْ َ ُ َ َ ْ َّ َ َ َ َ ‫َ َ ْ آ‬
‫ فقال‬،‫ ف َو َج َد ُه َي ْو ًما َعل ذن ٍب‬،‫ص‬ ِ ‫ أق‬:‫ فيقول‬،‫ي�ى الخر عل الذن ِب‬
ُ‫الل َل َي ْغ ِفر‬ َّ َ َ َ َ ً ْ َ َّ َ َ َ ْ ُ َ ْ ّ َ َ ْ ‫َ ُ َ ْ ْ َ َ َ َ ّ ن‬
ِ ‫ و‬:‫ أب ِعثت ع يل ر ِقيبا؟ فقال‬،�‫ خ ِل ِ ي� ور ِب ي‬:‫ فقال‬،‫ أق ِص‬:‫ل‬
َ ُ َ َ ْ َ َ َ َ َ َ َّ َ ْ ُ َّ َ ُ ْ ُ َ ْ َ َ َ ُ َّ
‫ ف ْاج َت َم َعا ِع ْن َد‬،‫اح َما‬ ‫ فقبض أرو‬- ‫النة‬ ‫ أو ل يد ِخلك الل ج‬- ‫الل لك‬
َ َ
َ
‫الا؟ أ ْو ك ْن َت َعل َما‬
ُ ً ِ ‫ أ ُك ْن َت ْ� َع‬:‫ال جْ� تَ� ِد‬ ُ ْ ‫ َف َق َال ِ َل َذا‬،�‫َر ِّب ْال َع َِال ْ ي ن‬
‫ِب ي‬ ِ
َ َ َ ْ ‫ْ َ َّ َ َ ْ َ ت‬ ُ َ ْ ْ ْ َ َ َ ‫ف‬
‫ وقال‬،�‫النة ِب�ح ِ ي‬ ‫ِ ي� َي ِد ْي ق ِاد ًرا؟ َوقال ِل ُلذ ِن ِب اذ َه ْب ف ْادخ ِل ج‬
َ
َ‫س ِب َي ِد ِه َل َت َ َّك‬ْ ‫ َو َّال ِذ ْي َن ْف ِ ي‬:‫الن ِار” َق َال أ ُب ْو ُه َر ْ ي َ� َة‬
َّ ‫ ْاذ َه ُبوا به إ َل‬:‫ل ْ آل َخر‬
ِ ِِ ِ ِ
َ َ َُْ ْ ََ ْ َ َ َ
‫آخ َرت ُه‬ ِ ‫ِب ِك ٍة أوبقت دنيا و‬
Maksudnya: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Ada dua
orang lelaki dalam kalangan kaum Bani Israel satu ketika dahulu,
yang bersaudara. Salah seorang daripadanya melakukan dosa dan
yang seorang lagi bersungguh dalam melakukan ibadah. Lelaki
yang bersungguh melakukan ibadah melihat saudara melakukan
dosa lalu berkata: Berhentilah. Satu hari beliau mendapati
saudaranya itu sedang melakukan satu dosa, lalu beliau berkata:
Berhentilah. Saudaranya itu berkata: Biarkan aku dengan apa yang
aku lakukan. Demi Tuhanku, adakah anda dibangkitkan untuk
menjadi pengintip terhadap apa yang aku lakukan? Jawab lelaki
itu: Demi Allah, Allah tidak akan mengampuni dosa anda atau
Allah tidak akan memasukkan anda ke dalam Syurga-Nya. Setelah
itu kedua-duanya meninggal dunia dan kedua-duanya berkumpul
di sisi tuhan sekalian alam. Tuhan berfirman kepada lelaki yang
melakukan ibadah dengan penuh kesungguhan: Adakah anda tahu
tentang- Ku atau anda berkuasa ke atas apa yang ada di tangan- Ku?
Tuhan berfirman kepada lelaki yang melakukan dosa itu: Pergilah
masuk ke dalam syurga dengan rahmat-Ku dan berfirman kepada
yang seorang lagi: Bawalah dia ke neraka. Kata Abu Hurairah RA;
Demi Tuhan yang diriku berada dalam genggaman-Nya, lelaki itu
telah mengeluarkan satu patah perkataan yang membinasakan

148
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

dunia dan akhiratnya sekali gus.

Menjauhkan diri daripada terlalu mudah menghukumkan kafir


kepada orang Islam yang melakukan dosa besar, bahkan mereka
merupakan golongan yang paling jauh daripada mengkafirkan
seseorang, kerana mengkafirkan orang Islam merupakan isu
yang besar dan menimbulkan kesan yang juga besar. Kerana itu
sewajarnya menjauhkan diri daripada terlibat dengan sesuatu
perkara yang tidak ada bukti yang kukuh, apalagi situasi asal bagi
seseorang Islam yang adil dari segi zahirnya, dikira kekal berada
dalam status Islam dan adil sehingga benar-benar diyakini perkara
tersebut hilang daripada diri yang terlibat, berdasarkan dalil
syarak. Antaranya perlu mengelakkan daripada mengkafirkan
saudara seislam sedaya mungkin. Orang yang tidak mengetahui
selok-belok berkaitan dengannya, akan gelincir dan boleh menjadi
sesat. Ramai tokoh ulama besar yang mengambil sikap tawakuf
dalam isu tersebut. Sayangnya ramai dalam kalangan orang-orang
yang masih hingusan berani mengkafirkan saudara seislam dengan
begitu mudah disebabkan sesuatu dosa yang dilakukan oleh orang
itu. Akibatnya mereka tergelincir ke lembah melakukan kesalahan
yang tidak sepatutnya mereka terlibat.

Menghukumkan manusia berdasarkan aspek zahir. Jika


mereka menzahirkan amalan Islam, mereka dihukumkan sebagai
orang Islam zahir dan batin. Jika mereka menzahirkan amalan
kekufuran, mereka dihukumkan sebagai kufur zahir dan batin,
tanpa melihat kepada batin mereka.

Menghukumkan seseorang itu menjadi kafir, apabila dia


teragak-agak untuk mengkafirkan orang yang telah dihukumkan
sebagai kafir oleh Allah SWT sendiri dan Rasul-Nya, kerana nas-
nas syarak membuktikan orang yang melakukan amalan atau
mengeluarkan perkataan yang mengkufurkan, dia menjadi kafir,
bahkan mereka menjadikan, mengkafirkan orang kafir sebagai
asas dalam persoalan iktikad. Mereka menghukumkan menjadi
kafir orang yang tidak menghukumkan kafir kepada orang kafir
atau ragu-ragu tentang kekufurannya.

149
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Pembahagian Orang-Orang Kafir


Orang-orang kafir dapat dibahagikan kepada dua golongan iaitu:

Orang-Orang Kafir Asli

Orang-orang kafir asli ialah orang-orang yang tidak masuk Islam


sama sekali. Mereka adalah golongan Atheis, ahli-ahli falsafah,
orang-orang Musyrik, Majusi, penyembah berhala dan ahli kitab
dalam kalangan orang- orang Yahudi dan Kristian. Kekufuran
mereka yang disebutkan di atas telah disebutkan dengan jelas
dalam al-Quran, al-Sunnah dan ijmak. Orang-orang yang mati
dalam kalangan mereka, kekal dalam neraka dan diharamkan
sama sekali memasuki syurga.

Firman Allah SWT:


َ ُ َ ْ ْ ‫َ ٰ ُ ۟ َّ نَ َ ُ ْ ُ َ ٱ َّ َ ٱ‬
‫لل َول ِب�ل َي ْو ِم ٱل َٔـ ِاخ ِر َول ي َ� ّ ِر ُمون َما َح َّر َم‬ ِ �‫قـ ِتلوا ٱل ِذ ي� ل يؤ ِمنون ِب‬
ْ ۟ ُ ُ َّ َ ْ �َ‫ون ِد ي ن‬ َ ُ َ َ َ ُ ُ ُ َ َ ُ َّ
�ٰ َّ‫ٱل ِّق ِم َن ٱل ِذ ي نَ� أوتوا ٱل ِك َت ٰـ َب َح ت‬ ‫ٱلل ورسولۥ ول ي ِدين‬
َ ُ َ ْ ۟ ُ ُْ
‫۝‬۲٩ ‫ٱل ْز َية َعن َي ٍد َو ْه َص ٰـ ِغ ُرون‬ ‫يعطوا ِج‬
Maksudnya: Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada
Allah dan tidak beriman kepada hari akhirat, dan mereka pula
tidak mengharamkan apa yang telah diharamkan oleh Allah
dan Rasul-Nya, dan tidak berugama dengan ugama yang benar,
iaitu dari orang- orang yang diberikan Kitab (kaum Yahudi dan
Nasrani), sehingga mereka membayar “Jizyah” dengan keadaan
taat dan merendah diri.
(al-Tawbah 9: 29)

Orang-Orang Yang Murtad

Orang-orang yang dikaitkan dengan agama Islam tetapi terlibat


dengan iktikad, perbuatan atau perkataan, yang bertentangan
dengan ajaran Islam. Mereka menjadi kafir dengan sebab tersebut,
meskipun mereka sendiri melakukan sebahagian daripada ajaran

150
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Islam seperti golongan Batiniyah, pelampau Rafidah, Qadyaniyah


dan lain-lain.

Maksud Kufur Menurut Syarak


Kufur menurut syarak terdiri daripada dua jenis iaitu pertama kufur
yang mengeluarkan seseorang daripada agama Islam dan kedua
kufur yang tidak mengeluarkan seseorang daripada agama Islam.
Ini kerana kufur mempunyai cabang-cabangnya, sebagaimana
iman mempunyai cabang-cabangnya. Kufur juga melibatkan
perkataan dan perbuatan, sebagaimana iman melibatkan perkataan
dan perbuatan. Maksiat dan dosa kesemuanya termasuk ke
dalam cabang-cabang kekufuran, sebagaimana amalan ketaatan
kesemuanya termasuk ke dalam cabang-cabang iman. Kekufuran
berlaku dengan iktikad dalam hati, perbuatan, perkataan
keraguan dan meninggalkan amalan dalam Islam dalam keadaan
menghalalkannya.

Antara asas yang menjadi pegangan Ahli Sunah Waljamaah ialah


seseorang mungkin terdapat pada dirinya iman dan sebahagian
cabang kufur atau nifak yang tidak menafikan asas dan hakikat
iman. Kufur mempunyai asas dan cabang yang berbagai-bagai.
Ada di antaranya yang menatijahkan keluar daripada agama dan
ada juga yang tidak menatijahkan keluar daripada agama.

Kufur Yang Mengeluarkan Seseorang Daripada


Islam
Kufur ini juga dikenali sebagai Kufur Akbar atau kufur besar.
Antara bentuk kufur ini ialah:

Kufur Ingkar Dan Dusta

Kufur ini berlaku dari segi zahir dan batin seperti iktikad para rasul
berdusta, berita-berita yang diberitahu oleh mereka menyelisihi
realiti, Rasulullah SAW membawa sesuatu yang bercanggah
dengan kebenaran atau menghalalkan apa yang telah diharamkan

151
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Allah atau mengharamkan apa yang telah dihalalkan Allah.

Firman Allah SWT:


َ َ َّ َ َ ٰ َ َ‫َ َ ْ َ ْ َ ُ ِ َّ ْ ت‬
َ‫ٱلل َك ِذ ً ب� أ ْو َك َّذ َب ِب ٱ� ْ َل ّق َ َّلا َج ٓا َء ُه ٓ ۚۥ أ َل ْيس‬
ِ ِ ‫ومن أظل م ِن ٱف�ى عل‬
َ ّْ ْ َ َ ‫ف‬
‫۝‬٦٨ �َ‫� نَّ َ� َمث ًوى ِللك ٰـ ِف ِر ي ن‬‫ِ� ج‬
Maksudnya: Dan tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang
yang mereka-reka perkara-perkara yang dusta terhadap Allah,
atau mendustakan kebenaran setelah kebenaran itu disampaikan
kepadanya. Bukankah (telah diketahui bahawa) dalam neraka
jahannam disediakan tempat tinggal bagi orang-orang yang kafir?
(al-Ankabut 29: 68)

Kufur Ego Dan Sombong

Kufur ego dan sombong ialah tidak mahu tunduk dan menyerah
diri kepada Rasulullah SAW dari segi zahir, dalam keadaan
mengetahui tentang baginda dan mengenalinya dari segi batin.
Individu ini memperakui apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW
adalah benar dan datang daripada Allah SWT, tetapi menolak
untuk mengikutnya kerana ego, sombong dan memandang hina
kepada kebenaran dan rasul yang membawa kebenaran tersebut
seperti kekufuran Iblis.

Firman Allah SWT:


َ
ْ َ ‫ٱس ُد ۟وا ِل َٔـ َاد َم َف َس َج ُد ٓو۟ا ِإ َّ ٓل ِإ ْب ِل‬
�َ ‫يس أ ب َ ٰ� َو ْٱس َتك َب‬ ُ‫َوإ ْذ ُق ْل َنا ِل ْ َل َل ٰٓـ ِئ َك ِة ْ ج‬
ِ
َ ْ َ َ
‫۝‬ ٣٤ �َ‫َوكن ِم َن ٱلك ٰـ ِف ِر ي ن‬
Maksudnya: Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada
malaikat: “Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam”. lalu
mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia
enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir.
(al-Baqarah 2: 34)

152
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Kufur Tidak Mahu Mendengar Kebenaran

Kufur tidak mahu mendengar ialah kufur dalam bentuk tidak mahu
mendengar dan tidak mahu memahami dengan hati apa yang
dibawa oleh Rasulullah SAW. Yang terlibat tidak mempercayainya
dan juga tidak menolaknya. Tidak mendukung dan juga tidak
memusuhi. Dia membiarkan kebenaran begitu sahaja dan tidak
mempelajari, tidak beramal dan melarikan diri daripada tempat-
tempat yang disebutkan kebenaran itu. Kufur orang yang sebegini
dikenali sebagai kufur ‘irad.

Firman Allah SWT:


َ َ‫ْ أ‬
ّ‫ٱل ْر َض َو َما َب ْي نَ ُ� َم ٓا إ َّل ٱ� ْ َلق‬
ۚ
‫َوأ َج ٍل ُّم َس ًّم‬ ‫ب‬ ‫و‬ َّ ‫َما َخ َل ْق َنا‬
َ ‫ٱلس َم ٰـ َٰو ِت‬
ِ ِ ِ
َ ُ ْ ُ ۟ ُ ُ ٓ َّ َ ۟ ُ َ َ َ‫َ َّ ن‬
‫۝‬٣ ‫وٱل ِذ ي� كفروا عا أ ِنذروا مع ِرضون‬

Maksudnya: (Ingatlah), tidaklah Kami menciptakan langit dan


bumi serta segala yang ada di antara keduanya melainkan dengan
ada gunanya yang benar dan dengan ada masa penghujungnya
yang tertentu (yang padanya dijalankan pembalasan); dan
orang-orang yang kafir berpaling dari menerima peringatan yang
diberikan kepada mereka mengenainya.
(al-Ahqaf 46: 3)

Kufur Syak

Kufur syak ialah kufur orang yang tidak menyatakan dengan


tegas tentang keimanannya dengan Nabi SAW, bahkan dia ragu-
ragu dan syak tentang baginda SAW dan untuk mengikut baginda
SAW. Untuk mengelakkan kufur perlu menyatakan keyakinan
sepenuhnya terhadap apa yang dibawa oleh Nabi SAW daripada
tuhannya sebagai satu perkara yang benar, yang tidak ada ragu-
ragu lagi. Orang yang ragu-ragu dan syak untuk mengikut apa
yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW atau mengharuskan
kebenaran itu berbeza dengan apa yang dibawa oleh baginda SAW,
adalah orang yang kufur.

153
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Firman Allah SWT:


ۢ‫ك َق ْو ِم ُنوح َو َع ٍاد َو ثَ ُ� َود ۛ َو َّٱل ِذ نَ� ِمن‬ ْ ُ َْ َ ‫ن‬ َّ ۟ ُ َ َ ْ ُ ْ‫َ َ ْ َ أ‬
‫ي‬ ٍ ‫أل ي� ِتك نبؤا ٱل ِذ ي� ِمن قب ِل‬
‫ف‬ َ ۟ َ ْ ‫ُ ٱ‬ ٓ ۚ ُ َّ َّ ْ ُ ُ َ ْ َ َ ۛ ْ ْ َ
�ٓ ِ ‫ٱلل َجا َء تْ ُ� ْم ُر ُسل ُهم ِب�ل َب ِ ّي َن ٰـ ِت ف َر ُّد ٓوا أ ْي ِد يَ ُ� ْم‬ ‫بع ِد ِه ل يعلهم ِإل‬
ُ َ
ْ‫أ ْف َٰو ِهه ْم َو َق ُال ٓو۟ا إ نَّ� َك َف ْر نَ� ب َ� ٓا أ ْر ِس ْل تُ� ب ِهۦ َوإ نَّ� َل ِف� َش ٍ ّك ِّ َّما َت ْد ُع َون َن ٓا إ َلي ِه‬
ِ ِ ِ ِ ِ ِ
‫۝‬٩ ‫يب‬ ُ
ٍ ‫م ِر‬
Maksudnya: (Mengapa kamu masih berdegil) Bukankah telah
datang kepada kamu khabar berita orang-orang yang terdahulu
daripada kamu, iaitu kaum Nabi Nuh, dan Aad juga Thamud serta
orang-orang yang kemudian daripada mereka ? Tiada sesiapapun
yang mengetahui bilangan mereka melainkan Allah. Mereka telah
didatangi oleh Rasul-rasul mereka dengan membawa keterangan-
keterangan yang nyata, lalu mereka meletakkan tangan mereka
ke mulut mereka sambil berkata: “Sesungguhnya kami kufur
ingkarkan apa yang - mengikut dakwaan kamu-kamu diutus
membawanya, dan sesungguhnya kami adalah dalam keadaan
yang meragukan terhadap iman dan tauhid yang kamu ajak kami
kepadanya”.
(Ibrahim 14: 9)

Kufur Nifak

Kufur nifak ialah kufur dalam bentuk menzahirkan Islam dan


kebaikan dan dalam masa yang sama menyembunyikan kekufuran
dan kejahatan. Ia melibatkan pertentangan antara batin dengan
zahir dan menzahirkan perkataan dengan lisan atau melakukan
perbuatan yang bercanggah dengan iktikad yang terdapat dalam
hati. Orang munafik ialah orang yang mana ungkapannya
berlainan dengan perbuatannya dan yang sulitnya berlainan
dengan yang zahir. Orang sebegini masuk Islam dari satu pintu
dan dalam masa yang sama keluar daripada Islam daripada pintu
yang lain. Dia masuk ke dalam pangkuan iman dari segi zahir
tetapi keluar daripada iman itu dari segi batin. Nifak ini disebut
juga sebagai nifak besar.
Firman Allah SWT:
154
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

ُ ْ ْ ‫َ َ َّ َ َ ُ ُ َ َ َّ ٱ َّ ٱ‬
‫۝‬٨ �َ‫لل َو ِب�ل َي ْو ِم ٱل َٔـ ِاخ ِر َو َما ه ِب ُ� ْؤ ِم ِن ي ن‬
ِ �‫اس من يقول ءامنا ِب‬
ِ ‫و ِمن ٱلن‬
Maksudnya: Dan di antara manusia ada yang berkata: “Kami
telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat”; padahal
mereka sebenarnya tidak beriman.
(al-Baqarah 2: 8)

Kufur Mencaci Dan Mempersenda

Kufur ini ialah kufur merendah-rendah, mencaci atau


memperlekehkan sesuatu yang terdapat dalam ajaran Islam, yang
sudah makruf diketahui umum, baik yang terlibat melakukannya
dalam keadaan bergurau, bermain atau sebagai mengambil
hati orang-orang kafir atau semasa bertengkar atau marah dan
sebagainya. Umat Islam berijmak dari segi kufur orang yang
melakukannya.

Firman Allah SWT:


َّ ‫َ ْ َ ُ ُ َّ ُ نَ ُ ُ َ ْ ۚ ُ ْ َ ٱ‬ َ
‫لل َو َء َاي ٰـ ِت ِهۦ‬ ِ �‫َول ئ ِ ن� َسأل تَ ُ� ْم ل َيقول َّن ِإ ن َ�ا ك َّنا خ�وض َونل َع ُب قل أ ِب‬
ۚ ْ ُ ٰ َ َ ْ َ ُ‫َ َ ْ َ ُ ۟ َ ْ َ َ ْ ت‬ َ َ ْ ُ‫ُ ت‬
‫ك ِإن‬ ‫۝ ل تعت ِذروا قد كفر� بعد ِإ ي�ـ ِن‬ ٦٥ ‫ن� ت ْس تَ ْ� ِز ُءون‬ ِ ِ ‫َو َر ُس‬
‫ولۦ ك‬
َ ‫ن‬ ْ ُ ۟ ُ َ ْ ُ َّ‫َّ ْ ُ َ َ ٓ َ ّ ُ ْ ُ َ ّ ْ َ ٓ َ ًۢ أَ ن‬
‫۝‬ ٦٦ �‫نعف عن طا ِئف ٍة ِمنك نع ِذب طا ِئفة ِب��م كنوا جم ِر ِم ي‬
Maksudnya: Dan jika engkau bertanya kepada mereka (tentang
ejek-ejekan itu) tentulah mereka akan menjawab: “Sesungguhnya
kami hanyalah berbual dan bermain-main”. Katakanlah:
“Patutkah nama Allah dan ayat-ayat-Nya serta Rasul-Nya kamu
memperolok-olok dan mengejeknya?”. Janganlah kamu berdalih
(dengan alasan-alasan yang dusta), kerana sesungguhnya kamu
telah kufur sesudah kamu (melahirkan) iman. Jika Kami maafkan
sepuak daripada kamu (kerana mereka bertaubat), maka Kami
akan menyeksa puak yang lain, kerana mereka adalah orang-orang
yang terus bersalah.
(al-Tawbah 9: 65-66)

155
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Kufur Benci

Kufur ini berlaku dalam bentuk seseorang membenci agama Islam,


mana-mana hukum atau sesuatu yang berkaitan dengan syariatnya.
Begitu juga membenci Nabi Muhammad SAW, apa yang dibawa
oleh baginda SAW atau apa saja yang berkaitan dengan baginda
SAW. Begitu juga dengan membenci apa yang telah diijmakkan
oleh para ulama sebagai termasuk ke dalam agama.

Firman Allah SWT:


ْ ُ َ ٰ َ ْ َ َ َ ْ َ َ ُ َّ َ َ‫َٰ َ أَ نَّ ُ ْ َ ُ ۟ َ ٓ َ ن ز‬
‫۝‬٩ ‫ذ ِلك ِب��م ك ِرهوا ما أ�ل ٱلل فأحبط أعـلهم‬
Maksudnya: Berlakunya yang demikian, kerana sesungguhnya
mereka tidak menyukai apa yang diturunkan oleh Allah (mengenai
ajaran tauhid dan hukum-hukum Syarak yang diterangkan di
dalam al- Quran), lalu Allah menggugurkan amal-amal mereka.
(Muhammad 47: 9)

Jenis-jenis kufur yang disebutkan di atas menyebabkan yang


terlibat kekal dalam neraka dan membatalkan segala amalan yang
dilakukan.

Firman Allah SWT:


َ�‫� نَّ َ� َخ ٰـ ِل ِد ن‬
َ َ ‫ٱل شْ� ِك ي نَ� ِ ف� نَ�ر‬ُ ْ َ ٰ َ ْ ْ َ ْ ۟ ُ َ َ َ‫َّ َّ ن‬
‫ي‬ ‫ج‬ ِ ِ ‫ِإن ٱل ِذ ي� كفروا ِمن أه ِ ُل ٱل ِكتـ ِب و‬
ْ ُّ َ‫َ ٓ ۚ ۟ َ ٰٓ َ ُ ْ ش‬
‫۝‬٦ ‫� ٱل َب ِ� َّي ِة‬ ‫ِف ي�ا أولـ ِئك ه‬
Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang kafir dari ahli Kitab
dan orang-orang Musyrik itu akan ditempatkan di dalam neraka
Jahanam, kekallah mereka di dalamnya. Mereka itulah sejahat-
jahat makhluk.
(al-Bayyinah 98: 6)

156
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Kufur Yang Tidak Mengeluarkan Seseorang


Daripada Islam
Kufur ini tidak menafikan sama sekali asas iman, sebaliknya
hanya mengurang dan melemahkan iman sahaja. Ia juga tidak
menghapuskan terus sifat Islam daripada diri seseorang yang
terlibat dengannya. Cuma orang yang melakukannya terdedah
kepada ancaman keras, jika tidak bertaubat. Syarak mengaitkannya
dengan sebahagian daripada maksiat dan dosa sebagai satu bentuk
ancaman, kerana ia termasuk ke dalam sifat- sifat kufur, tetapi
tidak mencapai tahap kufur besar.
Antara contohnya ialah:

Mengkufuri nikmat

Mengkufuri ahli keluarga (tidak tahu berterima kasih kepada


ketua keluarga)

Mengkufuri perbuatan baik orang (tidak tahu berterima kasih


kepada orang yang berbuat baik kepada kita)

Membunuh orang Islam

Bersumpah bukan dengan nama Allah SWT

Mencela keturunan seseorang

Meratapi mayat

Mengucapkan kepada orang Islam: Wahai orang kafir.

Antara dalil yang berkaitan dengannya ialah firman Allah SWT:

َ ۢ َ ۖ ََ ۟ ُ ْ
۟ ُ ْ ‫َوإن َط ٓا ِئ َف َت ِان ِم َن‬
‫ٱل ْؤ ِم ِن ي نَ� ٱق َت َتلوا فأ ْص ِل ُحوا َب ْي نَ ُ� َما ف ِإن َبغ ْت‬ ِ
َ ۚ َّ ْ َ َ َ ‫ْ َ ٰ ُ َ َ َ ْ أُ ْ َ ٰ َ َ ٰ ُ ۟ َّ ت َ ْ غ َ تَّ َ ف‬
ِ ‫ِإحدىما عل ٱلخرى فقـ ِتلوا ٱل ِ� تب ِ� ح ٰ� ت ِ ٓ�ء ِإ ٰٓل أم ِر‬
‫ٱلل ف ِإن‬

157
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

ْ ُ ْ ُّ ُ َ َّ َّ ۖ ۟ ٓ ُ ْ َ َ ْ َ ْ ‫َ ٓ َ ْ َ َ ْ ُ ۟ َ ْ نَ ُ َ ٱ‬
‫۝‬٩ �َ‫ٱلق ِس ِط ي ن‬ ‫فاءت فأص ِلحوا بي�ما ِب�لعد ِل وأق ِسطوا ِإن ٱلل ي ِ�ب‬
Maksudnya: Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman
berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah
satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak
yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika
ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan
adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam
segala perkara); Sesungguhnya Allah mengasihi orang- orang yang
berlaku adil.
(al-Hujurat 49: 9)

Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh


Muslim (no hadis: 116) daripada Ibn Mas’ud RA:
ْ ُ ُُ َ َ ٌ ُ ُ ْ ُْ ُ َ
‫ال كف ٌر‬ ‫ِسباب الس ِ ِل فسوق و ِقت‬
Maksudnya: Mencaci orang Islam itu suatu kefasikan dan
membunuhnya suatu kekufuran.

Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadis yang diriwayatkan


oleh Muslim (no hadis: 121) daripada Abu Hurairah RA:
َ ُ َ َ ّ َ َ َّ ‫َّ ف‬ ُْ ُ َّ ‫َْ ف‬
‫احة َعل‬‫الني‬
ِ ‫النس ِب و‬ �ْ ‫ الط ْع ُن ِ ي‬:‫اس َها ِب ِ� ْم كف ٌر‬
ِ ‫الن‬ �ْ ‫اثن َت ِان ِ ي‬
َْ
‫ال ِّي ِت‬
Maksudnya: Dua perkara yang berlaku dalam kalangan manusia,
yang menyebabkan mereka menjadi kufur iaitu mencela keturunan
dan meratapi mayat.

Halangan-Halangan Yang Tidak Boleh


Menghukumkan Seseorang Sebagai Kufur
Antara halangan yang menghalang boleh dihukumkan kafir
kepada seseorang, meskipun dia melakukan perbuatan yang
mengkufurkan ialah:

158
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Wujud ketidakmampuan dalam melaksanakan hukum syarak.


Para ulama bersepakat orang yang tidak mempunyai kemampuan
untuk melaksanakan apa yang diperintahkan Allah SWT atau
melaksanakan sebahagian daripada apa yang disyariatkan Allah,
sebenarnya mewujudkan halangan untuk menghukumkan beliau
sebagai kafir. Ketidakmampuan beliau berbuat demikian hendaklah
disertai dengan tiada pilihan, tidak reda dan tidak mengqasad
untuk tidak ingin melaksanakan hukum tersebut. Yang terlibat pula
bertakwa kepada Allah SWT mengikut yang termampu. Individu
ini merupakan orang yang diberikan keuzuran dan tidak berdosa
kerana meninggalkan berhukum dengan apa yang diturunkan
Allah SWT. Contohnya orang-orang yang berada di negara bukan
Islam dan memeluk agama Islam setelah sampai seruan dakwah
kepada mereka. Orang-orang seperti ini tidak mampu untuk
berhijrah ke negara Islam dan juga tidak mempunyai orang-orang
yang boleh mengajar mereka keseluruhan syariat dan ajaran Islam
(al-Athari, 2013:292-293).

Wujud kejahilan. Kejahilan di sini ialah kejahilan yang


diberikan keuzuran, baik yang melibatkan perkara asas agama
atau cabang-cabangnya. Orang yang menolak sesuatu perintah
syarak, kerana jahil dan tidak sampai pengetahuan tentang
perkara tersebut kepadanya, tidak boleh dihukumkan sebagai
kafir, meskipun terjebak ke dalam salah satu fenomena syirik
atau kufur. Misalnya orang yang baru saja memeluk Islam atau
tidak mempunyai ilmu tentangnya atau hidup di kawasan jauh
daripada orang ramai atau tempat orang-orang menuntut ilmu
dan ahli-ahli ilmu dan tidak sampai berita tentang perintah
tersebut kepada beliau. Kemungkinan juga yang terlibat hidup di
sebuah negara yang telah lenyap sama sekali kesan-kesan risalah
Islam dan tauhid, penyakit jahil pula tersebar secara meluas dalam
kalangan masyarakat, neraca syariat tidak dihiraukan lagi, syirik
menjadi tauhid, amalan bidaah menjadi Sunnah, banyak berlaku
penyelewengan, kebatilan dan kekufuran diperjuangkan secara
habis-habisan, ulama banyak menimbulkan kekeliruan dan dalam
masa yang sama tidak didapati pula orang yang mengajar Islam
yang sebenar. Begitu juga bagi orang yang terjebak ke lembah
kekufuran tanpa mengqasadkannya seperti orang yang terjebak ke

159
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

dalam kesalahan, terlupa atau berlaku dengan sebab ijtihad yang


diharuskan oleh syarak.

Walau bagaimanapun kejahilan mempunyai beberapa


darjat. Kejahilan terhadap perkara yang diketahui umum dalam
Islam yang melibatkan perkara- perkara yang zahir dengan jelas
kepada orang Islam seperti tauhid, syirik, perkara-perkara yang
diharamkan, perkara-perkara yang diijmakkan oleh ulama yang
melibatkan ilmu fara’id atau perkara-perkara wajib, tidak sama
dengan kejahilan dalam perkara-perkara yang tersembunyi yang
hanya diketahui oleh pakar-pakarnya sahaja seperti persoalan
yang berkaitan dengan Asma’ dan sifat, iktikad-iktikad kumpulan-
kumpulan yang ada dalam kalangan umat Islam yang bercanggah
dengan iktikad Ahli Sunah Waljamaah dan ungkapan- ungkapan
yang bercanggah dengan pendapat Ahli Sunah Waljamaah. Begitu
juga mengetahui persoalan-persoalan cabang yang tidak terkenal
dalam kalangan orang-orang awam Islam dan lain-lain persoalan
(al-Athari, 2013: 293).

Orang yang jahil kerana tidak dapat bertanya dan mencari


ilmu atau tidak ada orang yang sanggup mengajar, tidak sama
dengan kejahilan orang-orang yang kukuh dan mantap, yang
sengaja tidak mencari ilmu, enggan menuntut ilmu syarak,
sombong terhadap ilmu-ilmu syarak, lalai atau sibuk dengan
benda-benda yang melekakan atau mengikut jejak langkah nenek
moyang terdahulu. Orang-orang seumpama ini tidak ada keuzuran
bagi mereka. Hal ini kerana kejahilan merupakan keuzuran yang
hanya bersifat sementara waktu dan terikat dengan kegagalan
memenuhi sesetengah syarat. Jika syarat-syarat tersebut wujud,
kejahilan yang dinyatakan di atas tidak lagi dinamakan sebagai
kejahilan, bahkan menjadi sesuatu yang tercela dan hujah yang
menentang kepada yang terlibat itu sendiri.

Wujud kesalahan yang tidak disengajakan, termasuk ke dalam


perkara yang menghalang seseorang boleh dihukumkan sebagai
kafir. Begitu juga dengan orang yang melakukan kesalahan hasil
daripada berijtihad dalam mencari kebenaran dan mengikut Nabi
SAW dan tidak pernah bermaksud melakukan kesalahan, yang

160
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

bercanggah dengan syarak, adalah orang yang diberikan keuzuran.


Hukum orang ini sama juga dengan hukum orang yang jahil dan
orang yang melakukan takwil dari segi tidak boleh dijatuhkan
hukuman kufur ke atas mereka. Hukuman kufur tidak boleh
dijatuhkan melainkan setelah ditegakkan hujah. Jika yang terlibat
seorang ulama yang harus melakukan ijtihad, dia mendapat
pahala ijtihad, meskipun dia tersalah. Sebaliknya bagi yang
tidak mempunyai kelayakan dan tidak harus melakukan ijtihad,
kemudian salah melakukan ijtihad, dia dikira berdosa (al-Athari,
2013: 295). Nabi SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan
oleh Ibn Majah (no hadis: 2033) dan disahihkan oleh al-Albani
dalam Sahih Abi Dawud (no hadis:1662) daripada Abu Zar al-
Ghifari RA:
ّ َ َ َ َ‫َّ َّ َ تَ َ َ َ َ ْ ُ َّ ت ْ خ‬
ْ‫الن ْس َي َان َو َما ْاس ُت ْكر ُهوا َع َلي ِه‬
ِ ِ ‫ِإن الل ج�اوز عن أم ِ ي� الطأ و‬
Maksudnya: Sesungguhnya Allah memaafkan untuk umatku
kesalahan, lupa dan perkara yang mereka dipaksa melakukannya.

Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-


Bukhari (no hadis: 6805) daripada Amru bin al-As:
ُ َ َ َ َ َ َ َ ْ َ ُ َ َ َ َ َ َّ ُ‫َ َ َ َ ْ َ ُ َ ْ تَ َ َ ث‬
�َّ ‫ك ف ْاج تَ َ� َد ث‬ ‫ِإذا حك ال ِاك فاج�د � أصاب فل أجر ِان و ِإذا ح‬
َ َ َ
ٌ‫أ ْخ َطأ َف َ ُل أ ْجر‬
Maksudnya: Apabila hakim berijtihad, kemudian betul, dia
mendapat dua ganjaran pahala dan apabila hakim berijtihad dan
tersalah dalam ijtihadnya, dia mendapat satu ganjaran pahala.

Wujud Takwilan. Takwilan membawa maksud meletakkan


lafaz nas syarak tidak pada tempatnya dan bertentangan dengan
lafaz zahir itu sendiri, berdasarkan ijtihad yang diharuskan atau
menerusi taklid. Dengan lain perkataan, seseorang terjebak ke
lembah kekufuran disebabkan melakukan takwilan tanpa ada niat
sengaja untuk melakukan kesalahan, baik yang melibatkan iktikad,
perkataan mahupun amalan. Ulama Ahli Sunah Waljamaah
bersepakat takwilan yang diharuskan, yang mempunyai sokongan

161
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

daripada ilmu dan bahasa Arab dan tidak melibatkan asas-asas


penting agama, merupakan ruang yang paling besar yang boleh
mengelakkan seseorang daripada boleh dijatuhkan hukuman kufur.
Hukum orang yang melakukan takwilan sebegini sama dengan
hukum orang yang jahil dari segi tidak boleh dihukumkan kufur
dengan begitu mudah. Orang yang melakukan takwilan tetapi
tersalah namun dalam masa yang sama mempunyai iktikad dan
niat yang selaras dengan syariat dan juga termasuk ke dalam orang
yang beriman dan soleh, diberikan kemaafan sehingga ditegakkan
hujah dan syubhah yang dialaminya dihilangkan terlebih dahulu.

Ahli Sunah Waljamaah bersepakat, terdapat beberapa jenis


takwilan yang tidak boleh diberikan keuzuran dan juga bukan
penghalang untuk menjatuhkan hukuman ke atas seseorang.
Misalnya takwilan yang dilakukan oleh golongan Batiniyah, ahli
falsafah dan lain-lain golongan pelampau, kerana hakikat sebenar
golongan yang disebutkan di atas adalah mendusta dan menolak
agama, baik secara umum mahupun secara khusus atau menolak
asas yang menjadi tonggak kepada tegaknya agama Islam atau
menghalalkan perkara yang diharamkan secara zahir berdasarkan
nas yang mutawatir atau enggan beribadah kepada Allah SWT
seperti penolakan yang dilakukan oleh golongan ahli falsafah
terhadap kebangkitan semula jasad manusia pada hari kiamat,
kepercayaan orang yang berada kubur boleh memberikan manfaat
dan mudarat kepada orang yang hidup dan lain-lain.

Wujud paksaan untuk melakukan kekufuran sama ada dengan


perkataan mahupun perbuatan berdasarkan syarat-syarat yang
telah ditetapkan oleh syarak (al- Athari, 2013: 299).

Firman Allah SWT:


ٰ َ ْ ‫َ َ َ َ ٱ َّ ۢ َ ْ َ ٰ ٓ َّ َ ْ ُ ْ َ َ َ ْ ُ ُ ُ ْ َ ئ نٌّۢ ٱ‬
‫لل ِمن بع ِد ِإ ي�ـ ِن ِهۦ ِإل من أ ك ِره وقلبهۥ مطم ِ� ِب� ِإل ي�ـ ِن‬ ِ �‫من كفر ِب‬
َ
ٌ ‫ٱلل َوَ ُل ْم َعذ‬ َّ َ َ َ ْ ْ ُ ْ ‫َوَل ٰـكن َّمن شَ َ ٱ‬
‫اب‬ ِ ‫� َح ِب�لكف ِر َصد ًرا ف َعل يْ ِ� ْم غ َض ٌب ِّم َن‬ ِ
١٠٦ �ٌ ‫َع ِظ ي‬
‫۝‬

162
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Maksudnya: Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah ia beriman


(maka baginya kemurkaan dan azab dari Allah), kecuali orang
yang dipaksa (melakukan kufur) sedang hatinya tenang tenteram
dengan iman; akan tetapi sesiapa yang terbuka hatinya menerima
kufur maka atas mereka tertimpa kemurkaan dari Allah, dan
mereka pula beroleh azab yang besar.
(al-Nahl 16: 106)

Syarat-Syarat Paksaan
Tidak semua orang yang mendakwa berada dalam situasi terpaksa
atau dipaksa boleh diterima dakwaannya itu, sebaliknya perlu
melengkapkan syarat-syarat pihak yang dipaksa supaya syarat-
syarat paksaan benar-benar boleh dikaitkan berlaku ke atas dirinya.
Syarat-syarat tersebut ialah:

Pihak yang memaksa mampu merealisasikan apa yang diancam


sama ada dengan kekuasaan yang dimiliki, pengontrolan atau
serangan yang luar biasa.

Pihak yang dipaksa tidak dapat mempertahankan diri dan juga


tidak dapat melawan sama ada dengan cara sendiri atau meminta
pertolongan daripada orang lain atau melarikan diri. Jika yang
terlibat mampu melakukan kesemua perkara yang disebutkan di
atas, dia tidak dinamakan sebagai orang yang dipaksa.

Perkara yang diancam dalam paksaan itu, termasuk ke dalam


perkara yang tidak mampu dihadapi oleh pihak yang dipaksa,
seperti melibatkan pukulan yang kuat yang boleh mengundang
kepada kematian atau penyeksaan yang dahsyat yang melibatkan
pemotongan anggota badan, penyeksaan dengan api atau
pembunuhan secara terang-terangan. Walau bagaimanapun
cacian, makian dan pukulan yang masih mampu ditanggung oleh
seseorang, tidak termasuk ke dalam erti kata paksaan.

Ancaman itu benar-benar akan dilakukan dan bukan hanya


berbentuk lafaz sahaja. Pihak yang dipaksa meyakini jika dia
enggan melakukan perkara yang dipaksa itu, dia akan terkena

163
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

ancaman serta merta. Dengan itu jika pihak yang memaksa berkata
kepada pihak yang dipaksa: Jika anda tidak melakukan demikian,
aku akan bunuh anda esok atau selepasnya, situasi sebegini tidak
termasuk ke dalam situasi terpaksa.

Ancaman paksaan itu melibatkan tubuh badan pihak yang


dipaksa dan bukan harta benda miliknya atau tubuh badan kaum
kerabatnya. Kerana itu jika seseorang dipaksa oleh seseorang
dengan mengatakan kepadanya: “Jika anda tidak kufur, kami akan
bunuh bapa atau saudara anda atau kami akan seksa anda berdua
atau kami akan ambil harta benda anda berdua”, yang terlibat tidak
boleh kufur dan yang terlibat juga tidak dikira sebagai orang yang
terpaksa, kerana hukuman tidak terkena pada tubuh badannya.

Pihak yang dipaksa tidak melakukan perkara yang dipaksa itu


secara sukarela, kerana perkara yang diharuskan kerana darurat
perlu dilakukan berdasarkan kadarnya dan tidak boleh lebih
daripada itu (Abd al- Hamid al-Athari, 2013: 300-301)

Perkara-Perkara Yang Membatalkan Iman Dan


Tauhid
Iman terbatal berikutan batal salah satu daripada unsurnya. Orang
yang mempertikaikan salah satu sahaja daripada persoalan iman
atau menghalalkan melakukan maksiat atau membantah mana-
mana syiar Islam, seolah-olah dia telah mempertikaikan seluruh
bahagian iman. Ini kerana iman bukan terdiri daripada berbagai-
bagai juzuk yang berasingan dan jauh antara satu sama lain, yang
mana boleh diambil mana rukun dan unsur yang disukai dan
meninggalkan rukun dan unsur yang tidak disukai. Sesiapa yang
mengeluarkan sesuatu perkataan, melakukan sesuatu perbuatan
atau mengiktikadkan sesuatu perkara, yang menunjukkan dia
menolak salah satu daripada unsur iman atau bahagian- bahagian
atau rukun-rukunnya, bererti dia sebenarnya telah membatalkan
imannya dan tindakannya itu menyebabkan dirinya terkeluar
daripada landasan Islam. Akibatnya segala hukum-hakam yang
berkaitan dengan orang yang murtad, akan dilaksanakan ke atas
dirinya. Jika dia tidak bertaubat, dia akan kekal di dalam neraka.
164
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Ahli Sunah Waljamaah mengambil pendekatan yang


sederhana dan pertengahan dalam menetapkan perkara-perkara
yang membatalkan iman antara golongan yang melampau dan
keterlaluan sehingga memasukkan perkara yang tidak sepatutnya
membatalkan iman, dengan golongan yang terlalu longgar sehingga
mengambil sikap acuh tidak acuh sahaja dalam berdepan dengan
perkara-perkara yang membatalkan iman, dengan menjadikannya
sebagai termasuk ke dalam perkara haram dan berdosa besar
sahaja dan tidak mengeluarkan seseorang daripada landasan
Islam. Perkara-perkara yang membatalkan iman dan tauhid dapat
dibahagikan kepada empat perkara iaitu pertama perkara-perkara
yang membatalkan tauhid Rububiyah, kedua perkara-perkara
yang membatalkan tauhid Uluhiyah, ketiga perkara- perkara
yang membatalkan tauhid Asma’ dan Sifat dan keempat perkara-
perkara yang membatalkan agama secara umum (Abd al-Hamid
al-Athari, 2013: 307).

Perkara-Perkara Yang Membatalkan Tauhid


Rububiyah
Antaranya ialah:

Mengiktikadkan bahawasanya Allah SWT mempunyai rakan


kongsi atau sekutu yang lain dalam mencipta, memberi rezeki,
menghidup, mematikan para makhluk atau mengurus alam maya
ini.

Mengiktikadkan bintang-bintang, planet dan orbit- orbitnya


boleh memberi kesan dan boleh menguruskan kehidupan manusia.

Mengiktikadkan makhluk boleh memberi rezeki kepada


makhluk lain atau menghalang rezeki daripada makhluk lain
atau boleh memudarat atau memanfaatkan makhluk lain selain
daripada Allah SWT.

Mengiktikadkan seseorang manusia boleh mengetahui perkara


ghaib.
165
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Mengiktikadkan Allah SWT menjelma ke dalam diri para


makhluk atau Allah berada di semua tempat.

Mengiktikadkan kesembuhan penyakit datang daripada pakar


perubatan atau ubat-ubatan yang diambil atau mengiktikadkan
taufik dalam hidup manusia berpunca daripada kecerdikan,
kepintaran dan hasil usahanya sendiri dan bukan daripada Allah
SWT.

Mengiktikadkan para makhluk mempunyai hak dalam


menggubal undang-undang iaitu undang-undang yang mengawal
harta dan juga kehormatan manusia (al- Athari, 2013: 309).

Perkara-Perkara Yang Membatalkan Tauhid


Uluhiyah
Antaranya ialah:

Tidak mengesakan Allah SWT dalam ibadah dan syiar iaitu


melakukan ibadah bukan kerana Allah SWT seperti solat,
rukuk, sujud, puasa, tawaf, sembelihan, nazar, khusyuk dan
juga merendahkan diri kepada yang lain daripada Allah SWT.
Begitu juga dengan berdoa, berdoa kepada yang lain bersama-
sama dengan berdoa kepada Allah dan memohon pertolongan
(istighathah) dengan yang lain daripada Allah, bagi mendapatkan
kebaikan atau membendung kemudaratan. Begitu juga dengan
bertawakal, meminta perlindungan, meletakkan rasa takut,
menunjukkan ketundukan atau mendekatkan diri kepada yang
lain daripada Allah SWT dengan apa-apa bentuk amalan ibadah
atau mentaati yang lain daripada Allah SWT dengan ketaatan
yang bersifat mutlak.

Tidak mengesakan Allah SWT dalam wala’ dan kasih sayang.


Dengan lain perkataan mencintai sesuatu selain daripada Allah
SWT sama dengan mencintai Allah SWT atau mengagungkan
yang lain daripada Allah SWT sama dengan mengagungkan
Allah SWT, tanpa mengira benda yang diagungkan itu merupakan
malaikat, nabi, wali, kubur, batu mahupun pokok-pokok.
166
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Tidak mengesakan Allah SWT dalam hukuman dan


perundangan. Misalnya mentaati dan tunduk kepada yang lain
daripada Allah SWT dalam berdepan dengan segala perintah-Nya
dan menjauhi segala larangan-Nya atau mengiktikadkan seseorang
mempunyai hak memperundangkan sesuatu yang tidak diizinkan
Allah SWT, seperti menghalal, mengharam, menggubal undang-
undang atau mengiktikadkan syariat Allah SWT tidak sesuai lagi
pada zaman ini atau tempat tertentu (al- Athari, 2013: 310-313).

Firman Allah SWT:


ُ َ َ َ ْ َ َ ۚ ُ َّ ۢ َ ْ‫َ ْ َ ُ ْ شُ َ َ ٰٓ ُ ۟ شَ َ ُ ۟ َ ُ ّ َ ّ ن َ َ ْ َ أ‬
‫ٱلد ي ِ� ما ل ي�ذن ِب ِه ٱلل ولول ِكة‬ ِ ‫أم لم �كـؤا �عوا لم ِمن‬
َ ٌ َ َ ُ َ َ ٰ َّ َّ َ ۗ َ ْ َ ُ َ ْ َ ْ
‫۝‬ ۲١ �ٌ ‫� بي ن ُ� ْم و ِإن ٱلظـ ِ ِل ي ن� ل ْم عذاب أ ِل ي‬
َ ‫ٱلفص ِل لق ِ ض‬
Maksudnya: Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang
menentukan - mana-mana bahagian dari agama mereka - sebarang
undang-undang yang tidak diizinkan oleh Allah? Dan kalaulah
tidak kerana kalimah ketetapan yang menjadi pemutus (dari
Allah, untuk menangguhkan hukuman hingga ke suatu masa yang
tertentu), tentulah dijatuhkan azab dengan serta-merta kepada
mereka (yang berbuat demikian). Dan sesungguhnya orang- orang
yang zalim itu akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
(al-Syura 42: 21)

Begitu juga dengan orang yang membantah dan tidak meredai


perundangan Allah, dikira sebagai kufur dan murtad, kerana
penentangan dan bantahan ini akan menyebabkan bantahan dan
penolakan terhadap Rasulullah SAW atau menolak apa yang
dibawa oleh baginda SAW.

Begitu juga dengan perbuatan mempersendakan orang yang


berusaha melaksanakan perundangan ilahi dalam kalangan
orang-orang Islam atau mempersendakan orang-orang yang
beriman dengan sebab pegangan mereka terhadap mana-mana
syiar agama, kerana ia termasuk ke dalam erti kata memerangi
agama Allah dan menentang agama tersebut, malah menghalang
manusia daripada menempuh jalan Allah SWT. Persendaan ini

167
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

pada hakikat persendaan kepada perundangan ilahi itu sendiri dan


kemudian kepada pembawa risalah dan akhir sekali kepada Allah
SWT yang menurunkan perundangan itu (al-Athari, 2013: 310-
313).

Firman Allah SWT:


۟ ُّ َ َ َ َ ُ َ ْ َ ۟ ُ َ َ َ‫َّ َّ نَ َ ْ َ ُ ۟ َ ُ ۟ َ َّ ن‬
‫۝ و ِإذا مروا‬ ۲٩ ‫ِإن ٱل ِذ ي� أجرموا كنوا ِمن ٱل ِذ ي� ءامنوا يضحكون‬
َ َ ۟ ََ َ َ ۟ ََ َ َ َ
‫۝ َو ِإذا‬ ٣١ َ �‫۝ َو ِإذا ٱنقل ُب ٓوا ِإ ٰٓل أ ْه ِل ِه ُم ٱنقل ُبوا ف ِ ِك ي ن‬ ٣٠ ‫ِب ِ� ْم َي َتغ َام ُزون‬
َ ‫ن‬ ٰ َ ْ ْ ََ ۟ ُ ُْ ٓ َ َ َ ُّ ٓ َ َ ٓ َ ُ ٰٓ َ َّ ۟ ٓ ُ َ ْ ُ ْ َ َ
‫۝‬ ٣٣ �‫۝ وما أر ِسلوا عل ي ِ�م حـ ِف ِظ ي‬ ٣۲ ‫رأوه قالوا ِإن هـؤل ِء لضالون‬
َ ُ َ
ٓ ‫َ ْأ‬ َ ُ َّ ُ ْ ۟ َّ ْ َ
‫۝ َعل ٱل َرا ِئ ِك َينظ ُرون‬ ٣٤ ‫فٱل َي ْو َم ٱل ِذ ي نَ� َء َام ُنوا ِم َن ٱلكف ِار َي ْض َحكون‬
‫۝‬٣٥
Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang derhaka, mereka
selalu tertawakan orang-orang yang beriman. Dan apabila orang-
orang yang beriman lalu dekat mereka, mereka mengerling dan
memejam celikkan mata sesama sendiri (mencemuhnya). Dan
apabila mereka kembali kepada kaum keluarganya, mereka kembali
dengan riang gembira; dan apabila mereka melihat orang-orang
yang beriman, mereka berkata: “Sesungguhnya orang-orang itu
adalah golongan yang sesat!” Pada hal mereka tidak diutus untuk
menjaga sesat atau tidaknya orang-orang yang beriman itu! Maka
pada hari ini, orang-orang yang beriman pula tertawakan orang
yang kafir itu. Sambil mereka berehat di atas pelamin- pelamin
(yang berhias), serta melihat (hal yang berlaku kepada musuhnya).
(al-Mutaffifin 83: 29-35)

Perkara-Perkara Yang Membatalkan Tauhid Asma’


Dan Sifat
Antaranya ialah:

Mengingkari atau menolak nama-nama Allah, sifat-Nya,


sebahagian nama-Nya, sebahagian sifat-Nya atau mengisbatkan

168
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

sifat-sifat bagi Allah SWT yang Allah SWT nafikan daripada diri-
Nya.

Menafikan nama-nama dan sifat-sifat Allah atau menolak


makna-maknanya atau menyelewengkannya daripada maksudnya
yang betul atau menafikan sifat- sifat kesempurnaan bagi Allah
atau sifat-sifat kebesaran- Nya dalam al-Kitab dan al-Sunnah,
sebagaimana yang dinyatakan oleh golongan Jahmiyyah, nama-
nama dan sifat-sifat Allah SWT itu tidak lebih daripada lafaz-lafaz
kosong yang tidak mengandungi apa-apa sifat mahupun makna.

Menamakan Allah SWT dengan sesuatu yang tidak layak dengan


kebesaran-Nya. Misalnya orang-orang Kristian menamakan Allah
SWT sebagai bapa, manakala golongan falsafah pula menamakan-
Nya sebagai tuhan yang mewajibkan kewujudan dengan zat-Nya
atau illah fa’ilah (sumber utama).

Menyifatkan Allah SWT dengan sifat-sifat yang mustahil bagi-


Nya seperti ungkapan yang dikeluarkan oleh golongan Yahudi:
Allah SWT itu fakir, Allah SWT beristirahat pada hari Sabtu atau
tangan Allah terbelenggu.

Menyerupakan sifat-sifat Allah dengan sifat-sifat makhluk.

Menyifatkan Allah dengan sifat-sifat yang wajib dibersihkan


Allah SWT daripadanya seperti mempunyai rakan kongsi, anak,
tidur, mengantuk, lalai dan lain-lain (al-Athari, 2013: 314-315).

Perkara-Perkara Yang Membatalkan Agama Secara


Umum
Antaranya ialah:

Membantah dan tidak meredai perundangan yang diturunkan


Allah SWT, kerana bantahan ini bermakna bantahan terhadap
pembawa risalah atau menolak apa yang dibawa olehnya.

169
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Mempersendakan orang-orang Islam yang beramal dengan


perundangan ilahi atau mempersendakan mereka kerana berpegang
dengan salah satu syiar Islam atau memusuhi mereka kerana
berpegang teguh dengan syiar tersebut, kerana ia mengandungi erti
kata memerangi dan menolak agama Allah SWT dan menghalang
manusia daripada agama Allah SWT (al- Athari, 2013: 315-316).

Contoh-Contoh Perkara Yang Membatalkan Iman


Menerusi Iktikad, Perkataan Dan Juga Amalan
Di sini akan disentuh tentang perbicaraan tentang perkara-perkara
yang membatalkan iman menerusi iktikad terlebih dahulu.

Perkara Yang Membatalkan Iman Menerusi Iktikad


Antaranya ialah:

Menolak atau syak terhadap kewujudan Allah SWT atau


mengiktikadkan Allah SWT mempunyai sekutu dalam Rububiyah-
Nya atau mengiktikadkan alam maya ini bersifat qadim.

Menolak atau syak terhadap risalah yang dibawa oleh Nabi


Muhammad SAW dan keumumam risalahnya, kedudukannya
sebagai penutup para nabi atau menolak sebahagian daripada
apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW atau mempertikaikannya
selepas ia sabit.

Mengiktikadkan Rasulullah SAW merahsiakan sesuatu wahyu


yang diwahyukan kepada baginda SAW, sedangkan baginda
diperintahkan menyampaikan apa yang diwahyukan kepada
baginda SAW itu.

Menolak atau syak terhadap mana-mana rukun Islam yang


lima, rukun iman yang enam, syurga, neraka, pahala, hukuman,
kebangkitan semula, jin, malaikat atau menyatakan Allah SWT
tidak boleh dilihat di hari Akhirat kelak atau menolak mana-
mana sifat-sifat Allah SWT atau salah satu daripada sifat-Nya

170
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

atau mengiktikadkan zat Allah SWT berjisim dan bercontoh atau


menolak apa-apa yang telah diijmakkan oleh para ulama seperti
peristiwa Israk dan Mikraj atau syak terhadap perkara-perkara
ghaib yang diberitahu oleh Allah SWT dan Rasul-Nya.

Menolak mana-mana ayat al-Quran atau mengiktikadkan


boleh melakukan penambahan atau mengiktikadkan al-Quran
mempunyai zahir dan batin. Batinnya bercanggah dengan zahirnya
atau batinnya dikhususkan kepada sesetengah orang sahaja dan
tidak kepada sesetengah orang lain.

Meyakini syariat bukan Islam dan ia lebih sesuai untuk menjadi


panduan hidup manusia, diamal dan dipraktikkan untuk mereka.

Mengiktikadkan orang-orang kafir Atheis, Musyrikin, orang-


orang murtad, orang yang zindiq, tidak kufur atau syak tentang
kekufuran mereka atau membenarkan mazhab pegangan mereka
atau mendukung mereka dengan mengorbankan agama Islam itu
sendiri (al- Athari, 2013: 317-318).

Mengiktikadkan gereja dan rumah-rumah ibadat agama lain


selain daripada Islam adalah juga rumah Allah dan Allah SWT
disembah dan diabdikan diri di situ. Begitu juga mengiktikadkan
apa yang dilakukan oleh orang- orang Yahudi dan Kristian di
tempat-tempat tersebut merupakan ibadah kepada Allah SWT,
ketaatan kepada- Nya dan juga kepada para Rasul-Nya.

Menolak sesuatu perkara yang diketahui umum oleh orang


Islam sebagai wajib seperti kewajipan menunaikan solat lima
waktu,mengeluarkan zakat, berpuasa, menunaikan ibadah haji
dan lain-lain.

Mengiktikadkan haram sesuatu perkara yang diketahui umum


oleh orang Islam sebagai harus seperti jual beli, perkahwinan
atau mengiktikadkan harus melakukan perkara haram yang telah
diketahui umum oleh orang- orang Islam seperti pembunuhan,
perzinaan, riba atau memberikan kepada yang lain daripada Allah
SWT hak atau kuasa menyuruh atau melarang, hak menghalal

171
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

atau mengharam atau mengiktikadkan keharusan berhukum


kepada sesuatu yang lain daripada Allah SWT.

Menolak salah seorang daripada Rasul Allah SWT, dalam


mana-mana perkara yang sabit daripada mereka.

Mendakwa sebagai nabi atau mempercayai orang yang


mendakwa sebagai nabi.

Mengiktikadkan sesetengah orang tertentu boleh tidak mengikut


syariat Islam atau tidak wajib mengikut Nabi Muhammad atau
harus kepada individu tertentu beriltizam dengan agama yang
bukan agama Islam.

Mengiktikadkan, majoriti para sahabat, telah murtad atau fasik


setelah kewafatan Rasulullah SAW.

Menafikan persahabatan Abu Bakar al-Siddiq dengan


Rasulullah SAW atau menafikan mana-mana nas al- Quran.

Meredai kekufuran, berazam untuk menjadi kufur atau


menggantung hasrat untuk menjadi kufur pada masa akan datang.

Mendukung dan meredai orang yang menuturkan kalimah


kufur.

Meragui kekufuran mana-mana amalan yang mengkufurkan,


yang telah jelas dan telah disepakati oleh imam-imam Ahli Sunah
Waljamaah (al-Athari, 2013: 319).

Perkara Yang Membatalkan Iman Menerusi


Perkataan
Antaranya ialah:

Mencaci Allah SWT atau menisbahkan kecacatan kepada-Nya


atau mencaci Rasulullah SAW, salah seorang rasul, malaikat atau
agama Islam.
172
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Mempersendakan Allah SWT dan Rasul-Nya atau


memperlekehkan kedua-duanya atau mempersendakan kalam
Allah, seluruh kitab-kitab-Nya, mana-mana ayat- Nya, Rasul-
rasul-Nya, atau Nabi Muhammad. Misalnya mempertikaikan
kebenaran Rasul Allah, sifat amanah, penjagaan kehormatan
diri seperti mengatakan Nabi SAW seorang yang mengutamakan
kepentingan syahwat, kerana berkahwin dengan ramai wanita,
mempersenda dan memperlekehkan peribadi Nabi SAW
seperti mengatakan: Baginda seorang yang berkulit hitam, atau
mempersendakan Sunnah baginda atau menolak Sunnah tersebut
atas alasan dan hujah, ia tidak selaras dan tidak sesuai dengan
logik akal.

Mempersenda atau memperlekehkan nama-nama Allah atau


menguranginya atau dengan janji baik tentang syurga atau janji
buruk tentang neraka seperti ungkapan sesetengah orang: “Kalau
Allah SWT mengurniakan syurga kepada saya, saya tetap tidak
akan memasukinya”. Jika para nabi dan Rasul sekalipun yang
bersaksi di hadapan saya, saya tidak akan menerima persaksian
mereka, saya tidak pernah memperoleh kebaikan semenjak
menunaikan solat” dan lain-lain.

Mempersenda atau memperlekeh syiar-syiar Islam yang sabit


seperti menjaga janggut, hijab wanita, syiar-syiar ibadat atau lain-
lain.

Mempersenda atau memperlekehkan hukum-hukum Islam


yang mulia dan menyifatkannya dengan sifat-sifat yang buruk.
Misalnya seseorang menyatakan: “Memotong tangan pencuri
adalah satu jenayah yang keji atau merejam penzina muhsan
adalah satu bentuk kezaliman”.

Menentang perintah-perintah Allah secara menyeluruh atau


salah satu daripadanya (al-Athari, 2013: 320-321)

Berdoa kepada para nabi, para wali atau orang soleh dan
memohon pertolongan daripada mereka ketika menghadapi
kesusahan dan kesukaran, malah meminta pertolongan dalam

173
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

perkara yang mereka tidak mampu melakukannya melainkan


Allah SWT sahaja.

Mengucapkan : “Saya tidak takut kepada Allah atau saya tidak


mencintai Allah SWT”.

Mengatakan: “Rasulullah SAW tidak pernah mewajibkan kita


menunaikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa, haji” atau lain-
lain.

Mengatakan: “Agama tidak ada hubungan dengan negara dan


seluruh urusan kehidupan manusia atau ajaran Islam tidak lagi
sesuai dengan tuntutan zaman moden”.

Mengucapkan kepada orang Islam yang beriltizam dengan


agama Islam: “Anda seorang yang mundur”.

Mengatakan: “Agama Islam dan ajaran-ajarannya merupakan


punca umat Islam atau negara-negara Islam menjadi mundur”.
m. Mengatakan: “Kalau benar Allah SWT itu Tuhanku, aku tetap
tidak akan menyembah-Nya atau kalau benar Nabi Muhammad
SAW itu adalah seorang nabi, aku tetap tidak akan beriman
dengannya”.

Mengucapkan ketika mendengar seseorang mengatakan:


“Tidak ada daya dan tidak ada kekuatan melainkan dengan Allah
SWT, “kata-kata ini tidak menguntungkan dan tidak mengundang
sebarang manfaat”.

Mengucapkan: “Anak atau isteri saya lebih saya cintai


berbanding dengan Allah SWT atau Rasul-Nya”.

Mendakwa menerima wahyu, meskipun tidak mendakwa


sebagai nabi.

Mendakwa mengetahui perkara ghaib atau perkara yang akan


berlaku pada masa akan datang.

174
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Mengucapkan: “Oleh kerana Allah SWT telah mengurangkan


hartaku, aku akan mengurangkan hak- Nya dan aku tidak akan
menunaikan solat”.

Mengucapkan kepada seseorang yang dikasihi: “Jika Allah SWT


mengurniakan syurga kepadaku, aku tidak akan memasukinya
tanpamu”.

Mengucapkan kepada seseorang yang menyuruh seseorang


menunaikan solat agar merasai kemanisan solat tersebut: “Aku
tidak akan menunaikan solat sehingga aku menemui kemanisan
dalam meninggalkan solat itu”.

Membaca al-Quran mengikut irama gendang yang dipalu atau


mengikut alunan muzik (al-Athari, 2013: 321).

Mengaibkan mana-mana ayat al-Quran atau membacanya


dalam bentuk mempersenda atau mentertawakannya.

Mempertikaikan keadilan para sahabat atau majoriti dalam


kalangan mereka seperti mengatakan: “Mereka adalah orang-
orang yang fasik atau sesat”.

Mengatakan Ali adalah tuhan atau seorang nabi.

Mendakwa Malaikat Jibril mengkhianati amanah, kerana


menurunkan wahyu kepada Nabi Muhammad SAW dan bukan
kepada Ali.

Menuduh Ummu al-Mukminin A’isyah RA melakukan perkara


sumbang yang telah Allah SWT bersihkan dirinya daripada
tuduhan tersebut daripada tujuh lapis langit.

175
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Perkara Yang Membatalkan Iman Menerusi


Amalan
Antaranya ialah:

Sujud, bernazar atau menyembelih untuk yang lain selain


daripada Allah SWT.

Mempersendakan salah satu nama Allah, janji baik, janji


buruk atau menyebut nama Allah SWT ketika mengambil arak,
melakukan zina dan menghisap rokok dengan tujuan memandang
ringan dan rendah kepada nama Allah SWT itu.

Menghina Mushaf al-Syarif, mencampakkannya ke dalam


sampah sarap, menginjak dengan kaki, mengisyaratkan dengan
tangan, kaki atau bibir dalam bentuk yang menghina. Begitu juga
melakukan perkara yang sama terhadap hadis-hadis Nabi SAW
dan kitab- kitab syariat secara umum.

Melakukan tawaf di makam-makam, kubur-kubur para wali


dan orang-orang soleh dengan tujuan mendekatkan diri kepada
mereka. Begitu juga dengan berdoa dan memohon pertolongan
daripada mereka.

Menunjukkan rasa kebencian dan kemarahan ketika disebut


nama Allah, Rasul-Nya, Islam atau ketika diajak kepada Islam.

Memakai sesuatu yang berupa syiar orang-orang bukan Islam


seperti salib, songkok majusi dan lain-lain yang hanya khusus untuk
upacara agama mereka, dalam keadaan mengetahui, sengaja dan
reda dengan syiar dan agama tersebut (al-Athari, 2013: 321-322).

Menyertai orang-orang bukan Islam dalam upacara ibadat


mereka seperti sembahyang dan lain-lain.

Meruntuhkan tempat-tempat ibadah orang Islam seperti masjid


untuk dibina tempat ibadah agama lain.

176
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Membina rumah-rumah ibadah bukan Islam atau membantu


untuk membina rumah ibadah mereka seperti membina gereja dan
sebagainya. Begitu juga dengan membina bangunan di atas kubur
yang bertujuan menggalakkan orang ramai melakukan tawaf di
bangunan tersebut dan berdoa dan bernazar di situ.

Melakukan sesuatu perbuatan yang diijmakkan oleh ulama


sebagai kufur.

Mempelajari, mengamal dan mengajar sihir kepada masyarakat.

Meninggalkan sepenuhnya ajaran Islam, tidak mahu


mempelajari dan beramal dengannya lagi.

Mendukung dan menyokong musuh-musuh Islam dalam


kalangan orang-orang bukan Islam dan Musyrikin dan membantu
mereka dalam menentang atau memerangi orang-orang Islam.

Membantu orang-orang bukan Islam dan Musyrikin dalam


upacara keagamaan mereka yang kufur dan mengucapkan tahniah
kepada mereka.

Membenci agama Islam dan orang-orang Islam atau apa saja


yang dibawa oleh Islam atau yang dibawa oleh Nabi Muhammad
SAW.

Menegah orang-orang Islam yang ingin beriltizam dengan


syariat Islam yang maha mulia tanpa sebab yang munasabah.

Tidak mengesakan Allah SWT dari segi hukuman dan


perundangan seperti berhukum bukan dengan apa yang
diturunkan oleh Allah SWT atau perundangan yang bertentangan
dengan syariat Allah, melaksanakan dan beriltizam dengannya.
Sesiapa yang mensyariatkan sesuatu hukum yang bukan hukum
Allah dan menguatkuasakannya dalam kalangan rakyat atau
mengganti syariat Allah dengan syariat yang lain atau membantut
pelaksanaannya, ia dikira telah melakukan perkara yang
mengkufurkan. Dalam kes di atas tidak disyaratkan yang terlibat

177
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

perlu menghalalkan perbuatan dan tindakannya itu terlebih


dahulu untuk menghukumnya sebagai kufur, kerana tindakan
yang ditunjukkannya itu jelas menunjukkan keingkarannya dalam
beriltizam dengan syariat Allah SWT (al-Athari, 2013: 323).

Kesimpulan

Ahli Sunah Waljamaah merupakan golongan yang mengambil


jalan tengah dalam persoalan takfir atau menjatuhkan hukuman
kafir atau tidak, kepada amalan tertentu yang dilakukan oleh
sesetengah orang Islam, meskipun dari segi zahirnya kelihatan
kufur. Mereka tidak terlalu mudah menjatuhkan hukum tersebut
dan tidak juga terlalu longgar dalam berbuat demikian, kerana
kufur besar akan mengakibatkan seseorang kekal dalam neraka.
Apalagi terdapat halangan-halangan tertentu yang perlu dilihat
dan diambil kira sebelum menjatuhkan hukuman kufur terhadap
amalan-amalan tertentu yang dilakukan oleh sesetengah umat
Islam seperti jahil, tidak mampu melaksanakan syariat Allah,
wujud suasana terpaksa, wujud takwilan dan lain-lain. Kufur
itu sendiri pula terbahagi kepada dua bahagian iaitu kufur besar
atau kufur iktikad dan kufur kecil atau kufur nikmat. Kufur besar
menyebabkan seseorang terkeluar daripada landasan agama,
manakala kufur kecil tidak menyebabkan seseorang terkeluar
daripada landasan agama.

178
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

179
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Pendahuluan
Antara asas yang menjadi pegangan golongan Ahli Sunah
Waljamaah ialah beriman dengan nas-nas yang membicarakan
tentang janji baik dan janji buruk dalam bentuk keimanan yang
tegas dan berinteraksi dengannya, sebagaimana ia datang daripada
sisi Allah SWT. Mereka tidak mentakwilkannya.

Firman Allah SWT:


َ َ ۚ ُ ٓ َ َ َ َ َٰ َ ُ َ ُ ْ َ َ َ َ ْ‫َّ َّ َ َ َ ْ ُ َ ُ ش‬
‫ِإن ٱلل ل يغ ِفر أن ي�ك ِب ِهۦ ويغ ِفر ما دون ذ ِلك ِلن يشاء ومن‬
ً َ ًۢ َ َ َّ َ ْ َ َ َّ ‫ُ ْ ْ ٱ‬
١١٦ ‫لل فقد ضل ضل ٰـل ب ِعيدا‬
‫۝‬ ِ �‫�ك ِب‬ ‫ش‬
ِ ‫ي‬
Maksudnya: Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan
dosa orang yang mempersekutukan-Nya dengan sesuatu (apa
jua), dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan
(syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut peraturan
hukum- hukum-Nya); dan sesiapa yang mempersekutukan Allah
dengan sesuatu (apa jua), maka sesungguhnya ia telah sesat dengan
kesesatan yang amat jauh.
(al-Nisa’ 4: 116)

Ahli al-Sunnah mengiktikadkan, akibat-akibat yang bakal


dialami oleh para hamba masih samar-samar dan tidak ada
seorang pun yang mengetahui bagaimana pengakhiran hidupnya.
Orang yang beriman tidak dapat menjamin dirinya tidak terkena
perancangan daripada Allah SWT, dalam bentuk yang dia sendiri
tidak mengetahuinya atau mengazabkannya dengan dosa- dosa
yang dilakukannya. Walau bagaimanapun orang- orang mukmin
tidak boleh berputus asa, selagi mana dia berada di atas landasan
iman, tauhid dan juga Sunnah. Rasulullah SAW bersabda dalam
hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari (7454) daripada Abdullah
bin Mas’ud RA:
َّ ُ َ ْ َ َ َ َ‫َ َّ َ تَّ َ َ ُ ُ َ ْ ن‬ ْ َ َ ُ َ ْ َ َ ْ ُ َ َ َ َّ َ
‫الن ِة ح� ال يكون بي�ا وبينه ِإل‬ َ
‫ف ِإن أحدك ليعمل ِبعم ِل أه ِل ج‬
َّ ‫النار َف َي ْد ُخ ُل‬ َ
َّ ‫ َف َي ْع َم ُل ب َع َمل أ ْهل‬،‫اب‬
،‫الن َار‬ ُ ‫الك َت‬
ِ ‫ه‬
ِ ‫ي‬ْ ‫ َف َي ْسب ُق َع َل‬،‫ِذ َر ٌاع‬
ِ ِ ِ ِ ِ
180
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

َّ ُ ُ َّ ‫َوإ َّن َأ َح َد ُ ْك َل َي ْع َم ُل ب َع َمل َأ ْهل‬


‫ َح تَّ� َما َيكون َب ْي نَ َ�ا َو َب ْي َن ُه ِإل‬،‫الن ِار‬
َُ ُ ْ َ َ َّ َ َْ َ َ ُ ْ َ ِ ُ َ ِ ِ َ َ ُ َ َ ٌ ِ
‫الن ِة فيدخلها‬ ‫ ف َيع َمل َعل أه ِل ج‬،‫الكتاب‬ ِ ‫ في ْس ِبق عل ْي ِه‬،‫ِذ َراع‬
Maksudnya: Sesungguhnya salah seorang daripada anda
melakukan amalan ahli syurga sehingga jarak di antaranya dengan
syurga itu sehasta, akan tetapi dia didahului oleh al-Kitab, lalu dia
melakukan amalan ahli neraka. Akibatnya dia masuk ke dalam
neraka. Sesungguhnya salah seorang daripada anda melakukan
amalan ahli neraka sehingga jarak di antaranya dengan neraka
hanyalah sehasta, akan tetapi dia didahului oleh al-Kitab, lalu dia
beramal dengan amalan ahli syurga. Maka dia masuk syurga.

Jalan untuk mendapat kejayaan dan memperoleh keredaan


Allah SWT menurut Ahli Sunah Waljamaah ialah jalan
pertengahan di antara merasa aman daripada perancangan Allah
dengan berputus asa daripada rahmat Allah dan di antara rasa
takut dan juga harap.

Firman Allah SWT:


َ ُ ٰ َ ُ ۟ ُ َ ْ ُ َّ‫َ ْ َ َ ْ َ َ ُ َ َ َ ْ َ َ ُ َ ْ َ ٰ َ َ ْ َ ْ َ َ ُ َ ْ َ ُ ٓ ۚ ن‬
‫فٱستجبنا لۥ ووهبنا لۥ ي� ي� وأصلحنا لۥ زوجهۥ ِإ�م كنوا يسـ ِرعون‬
َ َ ۟ َُ ۖ َ َ َ‫ف� ْ خ‬
‫۝‬٩٠ �َ‫ٱل ْي َٰ� ِت َو َي ْد ُعون َنا َرغ ًبا َو َر َه ًبا َوكنوا ل َنا خ ٰـ ِش ِع ي ن‬ ِ
Maksudnya: Maka Kami perkenankan doanya, dan Kami
kurniakan kepadanya (anaknya) Yahya, dan Kami perelokkan
keadaan isterinya yang mandul, (untuk melahirkan anak) baginya.
(Kami limpahkan berbagai ihsan kepada Rasul-rasul itu ialah
kerana) Sesungguhnya mereka sentiasa berlumba-lumba dalam
mengerjakan kebaikan, dan sentiasa berdoa kepada Kami dengan
penuh harapan serta gerun takut; dan mereka pula sentiasa khusyuk
(dan taat) kepada Kami.
(al-Anbiya’ 21: 90)

Tetapi mereka bersaksi bagi orang yang meninggal di dalam


Islam, tauhid dan melakukan ibadah hanya kepada Allah SWT
semata-mata, pada zahirnya mereka adalah orang Islam dan

181
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

termasuk ke dalam golongan ahli syurga – jika dikehendaki Allah.

Firman Allah SWT:


َ‫ت‬ َ‫ت‬ ُ َّ ‫َو َّٱل ِذ ي نَ� َء َام ُن ۟وا َو َ ِع ُل ۟وا‬
‫ٱلص ٰـ ِل َح ٰـ ِت َس ُن ْد ِخل ُه ْم َج َّن ٰـ ٍت ج ْ� ِرى ِمن ْ� ِت َ�ا‬
ً َّ َ ُ َ ْ َ ْ َ َ ۚ ًّ َ َّ َ ْ َ ۖ ً َ َ ٓ َ َ‫ْ أَ نْ َ ٰ ُ َ ٰ ن‬
‫۝‬١۲۲ ‫ٱلل ِقيل‬ ِ ‫ٱلل حقا ومن أصدق ِمن‬ ِ ‫ٱل�ـر خـ ِل ِد ي� ِف ي�ا أبدا وعد‬
Maksudnya: Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh,
Kami akan masukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir di
bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-
lamanya, sebagai janji Allah yang benar. Dan siapakah yang lebih
benar perkataannya daripada Allah?
(al-Nisa’4: 122)

Sikap Ahli Sunah Waljamaah Terhadap Janji Baik


Dan Janji Buruk
Antara sikap Ahli Sunah Waljamaah dalam isu ini ialah:

Tidak menetapkan mana-mana ahli kiblat sebagai masuk


ke dalam syurga atau ke dalam neraka, tanpa mengira siapa
dia kecuali orang yang telah ditegaskan oleh Allah SWT dan
Rasul-Nya tentang hal tersebut. Mereka menyerahkan persoalan
masuk syurga atau neraka kepada Allah SWT jua. Mereka
mengharapkan orang yang baik diberikan pahala dan bimbang
orang yang melakukan keburukan dikenakan hukuman. Mereka
bersaksi tentang orang-orang yang telah disaksikan oleh Nabi
SAW sebagai memasuki syurga, antaranya sepuluh orang sahabat
yang dijanjikan syurga oleh Rasulullah SAW dalam satu majlis.
Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-
Tirmidhi (no hadis:3747) dan dinilai sahih oleh beliau daripada
Abd Rahman bin Auf RA:
َّ َ ْ ‫ َو ُع ثْ� َم ُان ف ْ� َ َّ َ َ ٌَ ف‬،‫ال َّنة‬ َ ْ ‫َ ُ َ ْ ف ْ َ َّ ُ َ ُ ف‬
،‫الن ِة‬ ‫ وع ِ يل ِ ي� ج‬،‫الن ِة‬‫ِي ج‬ ِ ‫ ِوعر ِ ي� ج‬،‫الن ِة‬ ‫أبو بك ٍر ِ ي� ج‬
،‫ال َّن ِة‬ َ ‫حن ْب نُ� َع ْو ٍف ِ ف ْ� ج‬ َ ْ ‫الر‬
َّ ‫د‬ ِ َ ‫الز َب ْي ُ� ِ ف ْ� ج‬
ُ ‫ َو َع ْب‬،‫ال َّنة‬ َ ‫َو َط ْل َح ُة ِ ف ْ� ج‬
ُّ ‫ َو‬،‫ال َّن ِة‬
‫ي‬ ِ ‫ي‬ ‫ي‬

182
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

َ ‫ َوَأ ُبو ُع َب ْي َد َة ْب نُ� ج‬،‫ال َّن ِة‬


َ ‫ال َّراح ِ ف ْ� ج‬
‫ال َّن ِة‬ َ ‫َو َس ْع ٌد ِ ف ْ� ج‬
َ ‫ َو َس ِع ٌيد ِ ف ْ� ج‬،‫ال َّن ِة‬
‫ِ ي‬ ‫ي‬ ‫ي‬
Maksudnya: Abu Bakar di dalam syurga, Umar di dalam syurga,
Uthman di dalam syurga, Ali di dalam syurga, Talhah di dalam
syurga, al-Zubir di dalam syurga, Abd al- Rahman bin Auf di
dalam syurga, Saad bin Abi Waqqas di dalam syurga, Said bin
Zaid di dalam syurga dan Abu Ubaidah bin al-Jarrah di dalam
syurga.

Ramai sahabat Rasulullah SAW yang disaksikan sebagai


mewarisi syurga, seperti ‘Ukasyah bin Mihsan al- Asadi, Abdullah
bin Salam, keluarga Yasir, Bilal bin Rabah, Jaafar bin Abi Talib,
Amru bin Sabit, Zaid bin Harithah, Abdullah bin Rawahah,
Asma’ binti Abu Bakar, Fatimah binti Asad, Ummu Ammarah,
Ummu Aiman, Fatimah anak perempuan Rasulullah SAW,
Khadijah binti Khuwailid, A’isyah, Sufiyyah, Hafsah dan seluruh
isteri Rasulullah SAW yang lain dan ramai lagi para sahabat yang
diperakui oleh Rasulullah SAW sebagai masuk syurga.

Mereka menyaksikan orang-orang yang masuk neraka


berdasarkan apa yang disebutkan oleh nas-nas al-Quran. Antara
mereka ialah Abu Lahab Abd al-Uzza bin Abd al-Muttalib,
Isterinya Ummu Jamil Arwa binti Harb, Abu Jahal, Umayyah bin
Khalaf, Ubai bin Khalaf, Abdullah bin Ubai bin Salul dan lain-lain
lagi.

Tidak mewajibkan seseorang dibalas syurga tanpa mengira


siapa dia, meskipun amalan yang dilakukannya soleh dan baik,
kecuali orang yang dilingkungi dengan kelebihan, anugerah dan
kemuliaan daripada Allah SWT, orang ini akan masuk syurga
dengan rahmat dan ihsan daripada Allah SWT.

Firman Allah SWT:


ُ ُ َّ ۚ َ َّ ُ ُ ۟ َّ َ َ ۟ َّ َ
‫َي ٰٓـأ يُّ َ�ا ٱل ِذ ي نَ� َء َام ُنوا ل تت ِب ُعوا خط َٰو ِت ٱلش ْيط ٰـ ِن َو َمن َيت ِب ْع خط َٰو ِت‬
ْ‫ٱلل َع َل ْي ُك‬َّ ُ ْ َ َ ْ َ َ ۚ َ ُ ْ َ ٓ َ ْ َ ْ ‫َّ ْ َ ٰ َ َّ ُ َ أْ ُ ُ ٱ‬
ِ ‫ٱلشيطـ ِن ف ِإنهۥ ي�مر ِب�لفحشا ِء وٱلنك ِر ولول فضل‬

183
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

‫ٱلل‬ َ َّ ‫نك ِّم ْن َأ َح ٍد َأ َب ًدا َوَل ٰـ ِك َّن‬


ُ َّ ‫ٱلل ُ زَ� ّك َمن َي َش ٓا ُء ۗ َو‬ ُ َٰ َ َ ُ َُ ْ َ َ
‫ورحتهۥ ما زك ِم‬
ِ ‫ي‬
‫۝‬ ۲١ �ٌ ‫َ ِس ٌيع َع ِل ي‬
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, janganlah
kamu menurut jejak langkah syaitan; dan sesiapa yang menurut
jejak langkah syaitan, maka sesungguhnya syaitan itu sentiasa
menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji
dan perbuatan yang mungkar. Dan kalaulah tidak kerana limpah
kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu, nescaya tidak
ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya
selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang
dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya); dan
(ingatlah Allah Maha Mendengar) lagi Maha Mengetahui.
(al-Nur 24: 21)

Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh


Muslim (no hadis:72) daripada Abu Hurairah RA:
َ َ ّ َ ُ َ َ َ ْ َ َ َ َ ْ َ َ َّ َ ْ ُ ُ َ َ ُ ُ ْ ُ َ َ ْ َ
:‫الل؟ قال‬
ِ ‫ ول أنت ي� رسول‬:‫النة ف ِقيل‬ ‫ما ِمن أح ٍد يد ِخل عل ج‬
َ َ
َ‫ إ َّل أ ْن َي َت َغ َّم َد ن ْ� َر ّ ْ� ب َ� ْح ٍة‬،�َ‫َ َول أ ن‬
ِ ‫ِ ي ِب ي‬ ِ
Maksudnya: Tidak ada seorang pun yang amalannya
membuatkannya dapat masuk ke dalam syurga. Ketika itu
Rasulullah SAW ditanya: Tuan juga? Sabda baginda: Saya juga,
tetapi Tuhanku telah meliputiku dengan rahmat-Nya.

Tidak mewajibkan terkena azab kepada orang yang diberi


ancaman dalam kalangan orang-orang Islam dalam perkara yang
tidak melibatkan kekufuran atau orang yang tidak menghalalkan
kesalahan atau dosa yang dilakukannya. Kadang-kadang Allah
SWT mengampuninya disebabkan oleh amalan-amalan ketaatan
yang dilakukan, syafaat, taubat, ditimpa musibah atau sakit yang
menghapuskan dosa-dosanya.

Firman Allah SWT:

184
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

َّ ۚ َّ َ ْ َّ ۟ ُ َ ْ َ َ ْ ُ َ ٰٓ َ َ ۟ ُ َ ْ َ َ‫ُ ْ َ ٰ َ َ َّ ن‬
‫ٱلل ِإن‬
ِ ‫سم ل تقنطوا ِمن رح ِة‬ ِ ِ ‫قل يـ ِعب ِادى ٱل ِذ ي� أسفوا عل أنف‬
َّ ‫وب جَ ِ� ًيعا ۚ ِإ َّن ُهۥ ُه َو ْٱل َغ ُف ُور‬ ُّ ُ ْ َ َ َّ
َ ‫ٱلذ ُن‬
٥٣ �ُ ‫ٱلر ِح ي‬
‫۝‬ ‫ٱلل يغ ِفر‬
Maksudnya: Katakanlah (Wahai Muhammad): “Wahai hamba-
hamba-Ku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka
sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu
berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah
mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua yang Maha
Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(al-Zumar 39: 53)

Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh


Muslim (no hadis:164) daripada Abu Hurairah RA:
َّ َ َ َّ َ َ ُ َ ‫َ ْ نَ َ َ ُ ٌ َ ْ ش‬
،‫ َو َج َد غ ْص َن ش ْو ٍك َعل الط ِر ِيق فأخ َر ُه‬،‫� ِبط ِر ٍيق‬
‫بي�ما رجل ي� ِ ي‬
َ َ َ َ َ ُ َّ َ َ َ َ
‫ فغف َر ُل‬،‫الل ُل‬ ‫فشكر‬
Maksudnya: Ketika seorang lelaki berjalan di suatu jalan, tiba-tiba
beliau mendapati satu dahan pokok yang berduri di jalan itu lalu
beliau mengalihkannya. Allah SWT berterima kasih kepadanya,
lalu mengampuninya.

Tidak menghukumkan individu tertentu sebagai ahli neraka


dan jika dihukumkan sebagai ahli neraka, tidak diputuskan kekal
dalam neraka kerana kemungkinan dia bertaubat atau mengakhiri
hidupnya dengan amalan yang soleh. Jika perlu juga diputuskan
hukuman, mereka mengikatkan hukuman tersebut dengan mati
dalam keadaan kufur, kerana perkiraan yang diambil kira ialah
saat akhir seseorang itu meninggal dunia. Jika berakhir dengan
iman, dia dihukumkan sebagai orang yang beriman meskipun
sebelum itu dia melakukan amalan yang tidak soleh. Jika berakhir
dengan kekufuran, dia termasuk ke dalam ahli neraka dan kekal
di dalamnya, meskipun sebelum itu dia melakukan berbagai-bagai
amalan soleh.

Seseorang yang sudah diketahui sebagai kufur dan tidak ada

185
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

tanda-tanda bertaubat atau beriman sebelum meninggal, orang


itu dihukumkan sebagai seorang yang kufur dan kekal dalam
neraka – mudah- mudahan dilindungi Allah SWT – kaedah
ini dilaksanakan ke atas orang yang telah sabit kekufuran dan
kemurtadannya dalam kalangan orang-orang Islam. Bagi orang-
orang kafir semenjak asal, mereka kekal dalam neraka.

Setiap makhluk ada ajalnya dan sesuatu jiwa itu tidak akan
mati melainkan dengan izin Allah SWT sebagaimana yang
telah ditetapkan untuknya. Apabila ajal tiba, ia tidak akan dapat
dilewatkan mahupun didahulukan meskipun sesaat. Jika seseorang
meninggal atau terbunuh, dia meninggal atau terbunuh kerana
ajalnya sudah pun berakhir berdasarkan tempoh yang ditetapkan
Allah SWT.

Firman Allah SWT:


َ‫ٱلل ِك َت ٰـ ًبا ُّم َؤ َّج ًل ۗ َو َمن ُ� ْد َث َواب‬َّ ْ َّ َ ُ َ‫َ َ َ َ َ ْ َ ت‬
ِ‫ي‬ ِ ‫وما كن ِلنف ٍس أن �وت ِإل ِب ِإ�ذ ِن‬
ۚ ُ ْ َ َ َ ْ ُ َ َ َ ْ‫ن‬ ُ ْ ُّ
‫اب ٱل َٔـ ِاخ َر ِة ن ْؤ ِت ِهۦ ِم نْ َ�ا َو َس َن ْج ِزى‬ ‫ٱلدن َيا ن ْؤ ِت ِهۦ ِم�ا ومن ي ِ�د ثو‬
َّ
‫۝‬١٤٥ �َ‫ٱلش ٰـ ِك ِر ي ن‬
Maksudnya: Dan (tiap-tiap) makhluk yang bernyawa tidak akan
mati melainkan dengan izin Allah, iaitu ketetapan (ajal) yang
tertentu masanya (yang telah ditetapkan oleh Allah). Dan (dengan
yang demikian) sesiapa yang menghendaki balasan dunia, Kami
berikan bahagiannya dari balasan dunia itu, dan sesiapa yang
menghendaki balasan akhirat, Kami berikan bahagiannya dari
balasan akhirat itu; dan Kami pula akan beri balasan pahala
kepada orang-orang yang bersyukur.
(Ali Imran 3: 145)

Janji baik Allah SWT kepada orang-orang yang beriman yang


bertakwa untuk memasukkannya ke dalam syurga, adalah benar
dan janji buruk Allah SWT untuk mengazabkan dengan neraka
orang-orang yang melakukan maksiat dalam kalangan ahli tauhid
dan melakukan dosa, adalah benar. Janji buruk Allah SWT kepada

186
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

orang-orang kafir dan munafik dan memasukkan mereka di dalam


neraka, adalah benar. Allah SWT tidak akan memungkiri janji-
Nya.
Firman Allah SWT:
َ‫ت‬ َ‫ت‬ ُ َّ ‫َو َّٱل ِذ ي نَ� َء َام ُن ۟وا َو َ ِع ُل ۟وا‬
‫ٱلص ٰـ ِل َح ٰـ ِت َس ُن ْد ِخل ُه ْم َج َّن ٰـ ٍت ج ْ� ِرى ِمن ْ� ِت َ�ا‬
ً َّ َ ُ َ ْ َ ْ َ َ ۚ ًّ َ َّ َ ْ َ ۖ ً َ َ ٓ َ َ‫ْ أَ نْ َ ٰ ُ َ ٰ ن‬
‫۝‬١۲۲ ‫ٱلل ِقيل‬ ِ ‫ٱلل حقا ومن أصدق ِمن‬ ِ ‫ٱل�ـر خـ ِل ِد ي� ِف ي�ا أبدا وعد‬
Maksudnya: Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh,
Kami akan masukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir di
bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-
lamanya, sebagai janji Allah yang benar. Dan siapakah yang lebih
benar perkataannya daripada Allah?
(al-Nisa’4: 122)

Walau bagaimanapun Allah SWT menjanjikan untuk


memaafkan orang-orang yang beriman dalam kalangan ahli tauhid
dengan kelebihan, kemuliaan dan rahmat-Nya dan juga dengan
syafaat daripada orang- orang yang memberikan syafaat.

Kesimpulan
Ahli Sunah Waljamaah mempercayai konsep janji baik dan janji
buruk oleh Allah SWT kepada manusia. Kerana itu mereka tidak
berani untuk menetapkan mana-mana ahli kiblat sebagai masuk
ke dalam syurga atau ke dalam neraka, tanpa mengira siapa dia
kecuali orang yang telah ditegaskan oleh Allah SWT dan Rasul-
Nya tentang hal tersebut. Mereka menyerahkan persoalan masuk
syurga atau neraka kepada Allah SWT jua. Mereka mengharapkan
orang yang baik diberikan pahala dan bimbang orang yang
melakukan keburukan dikenakan hukuman. Bagi orang-orang
yang beriman mereka yakin Allah SWT sama sekali tidak akan
memungkiri janji baik yang dijanjikan kepada para hamba-Nya
yang soleh sebagaimana yang terdapat dalam al-Quran seperti
janji untuk memasukkan ke dalam syurga, menikmati kehidupan
yang baik di dunia dan akhirat dan lain-lain.

187
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

188
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Pendahuluan
Antara perkara yang menjadi asas kepada akidah Ahli Sunnah
Waljamaah ialah cinta kerana Allah SWT dan benci juga kerana
Allah SWT. Cinta kerana Allah SWT membawa maksud kasih,
memberikan ketuanan dan mendukung orang-orang yang beriman
secara khusus dan orang-orang Islam secara umum. Benci kerana
Allah SWT membawa maksud benci kepada orang-orang Musyrikin
dan orang-orang kafir dan orang-orang yang mendukung mereka.
Begitu juga dengan membebaskan diri daripada undang-undang
dan juga perundangan- perundangan yang dibuat mereka.

Firman Allah SWT:


ُ ْ َ ْ ‫َ ْ ُ ْ ُ َ َ ْ ُ ْ َ ٰ ُ َ ْ �ضُ ُ ْ َ ْ َ ٓ ُ َ ْ ۚ َ أْ ُ ُ َ ٱ‬
‫وف‬ ِ ‫ر‬ ‫ع‬ ‫ل‬ �‫ض ي�مرون ِب‬ ٍ ‫وٱلؤ ِمنون وٱلؤ ِمنـت بع م أوِلياء بع‬
َ َّ ‫ون‬ َ ُ ُ َ َ ٰ َ َّ َ ُ ْ ُ َ َ ٰ َ َّ َ ُ ُ َ َ ُ ْ َ َ ْ َ ْ‫َ َ ن‬
‫ٱلل‬ ‫وي�ون ع ِن ٱلنك ِر وي ِقيمون ٱلصلوة ويؤتون ٱلز كوة وي ِطيع‬
ٌ َ ٌ ‫ز‬ َ َ َّ َّ ۗ ُ َّ ُ ُ ُ َ ْ َ َ َ ٰٓ َ ۟ ُ ۚ ٓ ُ َ ُ َ َ
٧١ �‫ورسولۥ أولـ ِئك س ي�حهم ٱلل ِإن ٱلل ع ِز ي� ح ِك ي‬
‫۝‬
Maksudnya: Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan
perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang
lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada
berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan
memberi zakat, serta taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu
akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa,
lagi Maha Bijaksana.
(al-Tawbah 9: 71)

Cinta kerana Allah dan juga benci kerana Allah SWT di


atas melibatkan akidah muwalah (mendukung) dan mua’adah
(memusuhi) dalam Islam.

Sikap Ahli Sunah Waljamaah Terhadap Konsep


Mendukung Dan Memusuhi Manusia
Antara sikap Ahli Sunah Waljamaah dalam isu di atas ialah:

189
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Menyakini doktrin mendukung dan memusuhi manusia di atas


termasuk ke dalam asas yang penting dalam agama dan salah satu
rukun akidah. Ia mempunyai kedudukan yang tinggi dan agung
dalam syariat, kerana disebabkan faktor-faktor berikut:

Ia merupakan sebahagian daripada kesaksian tidak ada


tuhan yang berhak disembah melainkan Allah. Kesaksian ini
membawa maksud keperluan membebaskan diri daripada
setiap perkara yang disembah selain Allah SWT.

Firman Allah SWT:


َ ُ ٰ َّ ۟ ُ َ ْ َ َ َّ ۟ ُ ُ ْ َ ً ُ َّ َّ ُ ّ ُ ‫َ َ َ ْ َ َ ْ َ ف‬
٣٦ ‫ولقد بعثنا ِ� ِك أم ٍة رسول أ ِن ٱعبدوا ٱلل وٱجت ِنبوا ٱلطـغوت‬
‫۝‬
Maksudnya: Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam
kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya
menyeru mereka): “Hendaklah kamu menyembah Allah dan
jauhilah Taghut”…..
(al-Nahl 16: 36)

Ia merupakan ikatan iman yang paling utuh dan merupakan


syarat yang wajib dipenuhi bagi mengesahkan iman. Rasulullah
SAW bersabda kepada Abu Zar RA, dalam hadis yang
diriwayatkan oleh al- Tabrani dalam al-Mu’jam al-Kabir (no
hadis:11537) dan dinilai sebagai sahih oleh al-Albani dalam
Sahih al-Jami’ al-Saghir (no hadis:2539) daripada Ibn Abbas
RA:
ُ ْ ‫ َو‬،‫الل‬
ْ�‫ال ُّب ِ ف ي‬ َّ ْ ‫ْ ُ َ َ ُ ف ْ َّ َ ْ ُ َ َ ُ ف‬ َ ْ َُ ََُْ
ِ �‫ والعاداة ِ ي‬،‫الل‬ ِ �‫ الوالة ِ ي‬:‫أوثق عرى ِإال ي� ِان‬
َّ ‫َّ ْ ْ ف‬
ِ �ْ ‫ َوال ُبغ ُض ِ ي‬،‫الل‬
‫الل‬ ِ
Maksudnya: Sekukuh-kukuh tali ikatan Iman ialah mendukung
kerana Allah dan memusuhi kerana Allah. Begitu juga cinta kerana
Allah dan benci kerana Allah.

Ia menjadi punca kepada kebolehan hati untuk menikmati


kemanisan iman dan kelazatan keyakinan.

190
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh


al-Bukhari (no hadis: 16) daripada Anas bin Malik RA:
َ ُ ُ ُ َ ُ َّ َ ُ َ ْ َ َ َ ُ ٌَ َ
‫ول أ َح َّب‬ ‫ أن يكون الل و َرس‬:‫ثالث َم ْن ك َّن ِف ِيه َو َج َد َحال َوة ِإال ي َ� ِان‬
َ‫ َوَأ ْن َي ْك َر َه َأ ْن َي ُعود‬،‫امل ْر َء َال ي ُ ِ� ُّب ُه إ َّل ِل َّ ِل‬ َ ُ
َ ‫إ َل ْي ِه ِ َّما ِس َو‬
َ ‫ َوأ ْن ي ُ ِ� َّب‬،‫اها‬
ِ َ ِ
‫ف‬ َ َ ْ ْ
َّ �ْ ‫� الكفر َكا َيك َر ُه أن ُيقذف‬ ْ َ ْ ُ ‫ف‬
‫الن ِار‬ ‫ِي‬ ِ ‫ِي‬
Maksudnya: Tiga perkara, sesiapa yang memperolehnya, akan
memperoleh kemanisan iman iaitu orang yang mana Allah dan
rasul-Nya lebih dia kasih berbanding dengan yang lain daripada
kedua-duanya. Orang yang kasihkan seseorang hamba, di mana
dia tidak kasihkan hamba itu melainkan kerana Allah dan orang
yang membenci untuk kembali kepada kekufuran setelah Allah
SWT menyelamatkannya daripada kekufuran itu, sebagaimana
dia benci untuk dicampakkan ke dalam neraka.

Ia akan menyempurnakan iman dan menolaknya akan


menatijahkan kekufuran. Nabi SAW bersabda dalam hadis
yang diriwayatkan oleh Abu Dawud (no hadis: 4681) dan
dinilai sebagai sahih oleh al-Albani dalam Silsilah al-Ahadith
al-Sahihah (no hadis:380) menerusi Abu Umamah RA:
َ َ ْ َ ْ َ َ َّ َ َ َ َ َّ َ ْ َ َ َّ َ َ ْ َ َ َّ َّ َ َ ْ َ
‫كل‬ ‫ ومنع ِل ِل فق ِد است‬،‫ وأعط ِل ِل‬،‫ وأبغض ِل ِل‬،‫من أحب ِل ِل‬
َ ْ
‫ِإال ي َ�ان‬
Maksudnya: Sesiapa yang kasih kerana Allah, benci kerana Allah,
memberi kerana Allah dan menegah kerana Allah, sesungguhnya
dia telah menyempurnakan iman.

Firman Allah SWT:


َ‫ْ أ‬ َ َّ ْ َ َ ْ ُ
ُ‫ٱل ْر ِض َو ُه َو ُي ْط ِع ُم َ َول ُي ْط َعم‬ َّ ‫ٱلل أ تَّ ِ خ� ُذ َوِل ًّيا َف ِاطر‬
َ‫ٱلس َم ٰـ َٰو ِت و‬ ِ �َ ‫قل أغ ي‬
ِ
ْ‫ُ ْ نّ ٓ ُ ْ ُ َ ْ َ ُ َ َ َّ َ َ ْ َ ْ َ َ ۖ َ َ َ ُ نَ نَّ َ ْ ُ ش‬
‫۝‬١٤ �َ‫� ِك ي ن‬ِ ‫ۗ قل ِإ ِ� أ ِمرت أن أ كون أول من أسل ول تكو� ِمن ٱل‬
Maksudnya: Katakanlah (Wahai Muhammad): “Patutkah

191
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

aku mengambil (memilih) pelindung yang lain dari Allah yang


menciptakan langit dan bumi, dan ia pula yang memberi makan
dan bukan ia yang diberi makan?” Katakanlah: “Sesungguhnya
aku diperintahkan supaya menjadi orang yang pertama sekali
menyerah diri kepada Allah (Islam), dan (aku diperintahkan
dengan firman- Nya): `Jangan sekali-kali engkau menjadi dari
golongan orang-orang Musyrik itu.
(al-An’am 6: 14)

Ia merupakan hubungan yang mana daripada asasnya tegak


masyarakat Islam Rabbani dan binaannya menjadi sempurna.
Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh
al-Bukhari (no hadis:13) daripada Anas RA:
ْ َ ُّ ُ َ َ‫َ ُ ْ ُ َ َ ُ ُ ْ َ تَّ ُ َّ أ‬
‫ ح� ي ِ�ب ِل ِخ ِيه ما ي ِ�ب ِلنف ِس ِه‬،‫ال يؤ ِمن أحدك‬
Maksudnya: Tidak sempurna iman seseorang dalam kalangan
anda, sehingga dia sukakan untuk saudaranya seperti apa yang dia
sukakan untuk dirinya.

Menyakini doktrin mendukung dan memusuhi adalah doktrin


yang wajib dipegang menurut syarak, bahkan termasuk ke
dalam tuntutan kalimah ‘tidak ada tuhan yang berhak disembah
melainkan Allah dan salah satu daripada syaratnya. Ia juga
merupakan asas besar akidah dan iman, yang wajib ke atas orang
Islam menjaganya. Banyak nas al-Quran yang menegaskan asas
ini. Antaranya firman Allah SWT:
ْ َ َ ُ ْ ُ َ ٓ َ ْ َ ْ ُ َّ ُ َ َ ّ ُ َ ۟ ُ َّ َ َ ۟ ُ َ َ َ‫َ ٰٓ َ ُّ َ َّ ن‬
‫يـأ ي�ا ٱل ِذ ي� ءامنوا ل تت ِخذوا عد ِوى وعدوك أوِلياء تلقون ِإل ي ِ�م‬
َۙ ُ َ َّ َ ُ ْ‫ٱ ْ َ َ َّ َ َ ْ َ َ ُ ۟ َ َ ٓ َ ُ ّ َ ْ َ ّ ُ خ‬
‫ٱلر ُسول َو ِإ َّ ي� ْك أن‬ ‫ِب�لود ِة وقد كفروا ِب�ا جاءك ِمن ٱل ِق ي� ِرجون‬
ۚ ‫َ ْ ََٓ َْ َ ت‬ ‫ُ ْ ُ ۟ ٱ َّ َ ّ ُ ْ ُ تُ ْ َ َ ْ تُ ْ ج َ ف‬
�‫� ٰـ ًدا ِ� َس ِب ِيل وٱب ِتغاء مرض ِا‬ ِ �‫لل ر ِبك ِإن كن� خرج‬ ِ �‫تؤ ِمنوا ِب‬
ْ ْ َ َ َ َ
ۚ ْ ُ‫ُ ُّ َ َ ْ ٱ ْ َ َ َّ َ نَ ۠ ْ َ ُ َ ٓ ْ َ ْ تُ ْ َ َ ٓ ْ َ ت‬
‫ن� َو َمن َيف َع ُل‬ ‫ت ِسون ِإل ي ِ�م ِب�لود ِة وأ� أعل ِب�ا أخفي� وما أعل‬
َّ ‫نك َف َق ْد َض َّل َس َوٓا َء‬
‫۝‬١ ‫ٱلس ِب ِيل‬ ْ ُ ‫ِم‬
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu

192
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

mengambil musuh-Ku dan musuh kamu menjadi teman rapat,


dengan cara kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita rahsia
orang-orang Mukmin) dengan sebab hubungan baik dan kasih
mesra yang ada di antara kamu dengan mereka, sedang mereka
telah kufur ingkar terhadap kebenaran (Islam) yang sampai kepada
kamu; mereka pula telah mengeluarkan Rasulullah (SAW) dan
juga mengeluarkan kamu (dari tanah suci Mekah) disebabkan
kamu beriman kepada Allah Tuhan kamu. (Janganlah kamu
berbuat demikian) jika betul kamu keluar untuk berjihad pada
jalan-Ku dan untuk mencari keredaan-Ku. (Tidak ada sebarang
faedahnya) kamu mengadakan hubungan kasih mesra dengan
mereka secara rahsia, sedang Aku amat mengetahui akan apa yang
kamu rahsiakan dan apa yang kamu zahirkan. Dan (ingatlah),
sesiapa di antara kamu yang melakukan perkara yang demikian,
maka sesungguhnya telah sesatlah ia dari jalan yang betul.
(al-Mumtahanah 60: 1)

Membahagikan manusia dari segi dukungan dan permusuhan


kepada tiga bahagian iaitu:

Orang yang berhak diberikan dukungan dan kasih secara


mutlak. Mereka adalah orang-orang yang beriman yang ikhlas
yang beriman kepada Allah SWT sebagai tuhan dan Rasulullah
sebagai nabi. Mereka melaksanakan segala syiar baik berbentuk
ilmu, amalan mahupun iktikad, dalam keadaan mengikhlaskan
diri hanya kepada Allah SWT.

Firman Allah SWT:


َ ُ َ َ َّ َ ُ ُ َ‫نَّ َ َ ُّ ُ ُ َّ ُ َ َ ُ ُ ُ َ َّ نَ َ َ ُ ۟ َّ ن‬
‫ٱلصل ٰوة َو ُي ْؤتون‬ ‫ِإ�ا وِليك ٱلل ورسولۥ وٱل ِذ ي� ءامنوا ٱل ِذ ي� ي ِقيمون‬
َّ َ ۟ َّ ُ َ ُ َ َ َ َّ َّ َ َ َ َ َ َ ُ َ َ َّ
‫ولۥ َوٱل ِذ ي نَ� َء َام ُنوا ف ِإن‬ ‫۝ ومن يتول ٱلل ورس‬ ٥٥ ‫ٱلز ك ٰوة َو ْه َٰر ِك ُعون‬
َ َ ْ ُ َّ َ ْ
‫۝‬٥٦ ‫ٱلل ُه ٱلغ ٰـ ِل ُبون‬
ِ ‫ِحزب‬
Maksudnya: Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah,
Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman, yang mendirikan solat
dan menunaikan zakat, seraya mereka tunduk (kepada Allah).

193
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Dan barang siapa mengambil Allah, Rasul-Nya dan orang-orang


yang beriman menjadi penolongnya, maka sesungguhnya pengikut
(agama) Allah itulah yang pasti menang. iaitu: orang-orang yang
menjadikan Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman
sebagai penolongnya.
(al-Ma’idah 5: 55-56)

Orang yang berhak diberikan dukungan daripada satu pihak


tetapi di pihak yang lain berhak diletakkan permusuhan.
Mereka terdiri daripada orang-orang yang beriman yang
melakukan maksiat. Pada diri mereka berkumpul sekali gus
antara keberhakan untuk dicintai dan juga keberhakan untuk
dimusuhi. Mereka dikasihi kerana keimanan, ketaatan dan
ketakwaan yang dimiliki dan dibenci kerana kemaksiatan dan
kezaliman yang tidak mencecah tahap kufur dan syirik yang
dilakukan. Kedudukannya sama juga dengan orang Islam
yang melakukan maksiat yang mencampuradukkan antara
amalan soleh dengan amalan yang buruk, yang mencuaikan
sebahagian amalan yang wajib dan melakukan sebahagian
perkara yang diharamkan, yang tidak mencapai tahap kufur.
Bagi orang-orang yang seumpama di atas berhak diberikan
dukungan dan sokongan mengikut kadar kebaikan yang
dilakukan dan ditunjukkan permusuhan berdasarkan kadar
kejahatan dan keburukan yang dilakukan. Dalam masa yang
sama wajib menasihati mereka dan tidak boleh mendiamkan
diri di atas kemaksiatan yang dilakukan, bahkan hendaklah
disuruh melakukan yang makruf dan meninggalkan yang
mungkar dan juga dilaksanakan hukuman hudud dan juga
takzir supaya mereka berhenti daripada melakukan maksiat
dan meninggalkan maksiat tersebut. Ini sebagaimana yang
dilakukan oleh Rasulullah SAW ke atas seorang lelaki yang
bernama Abdullah, yang juga digelar sebagai keldai, ketika
beliau dibawa ke hadapan Nabi SAW kerana meminum arak
dan sesetengah sahabat Nabi SAW telah melaknat beliau tetapi
Nabi SAW melarang mereka berbuat demikian. Baginda SAW
bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari (no
hadis:6282) daripada Umar bin al-Khattab RA:

194
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

ُ َ ‫الل َو َر ُس‬ َّ َ
َ َّ ‫الل َما َع ِ ْل ُت َّإنه ي ُ ِ� ُّب‬ َْ َ
‫ول‬ ِ ‫ ف َو‬،‫ل تل َع ُن ُوه‬
Maksudnya: Jangan anda semua melaknatnya. Demi Allah, aku
tidak mengetahui melainkan beliau seorang yang cintakan Allah
dan Rasul-Nya.

Orang yang berhak ditunjukkan kebencian secara mutlak.


Mereka terdiri dalam kalangan orang-orang kafir yang
menzahirkan kekufuran, kesyirikan dan juga kezindikan.
Mereka melibatkan bangsa yang berbeza- beza antaranya ialah
orang-orang Yahudi, Kristian, Musyrikin, Atheis, penyembah
berhala, Majusi, golongan munafikin, golongan yang takabbur
terhadap Allah SWT, golongan yang berpegang dengan aliran-
aliran yang merosakkan dan juga parti-parti sekular yang
menolak Islam dan menyatakan agama tidak ada kena mengena
dengan siasah atau politik.

Hukum ini terkena kepada orang-orang yang melakukan


perkara-perkara yang mengkufurkan, dalam kalangan orang-
orang murtad yang disandar dan dikaitkan dengan ajaran Islam.
Misalnya orang yang melakukan salah satu daripada perkara yang
membatalkan Islam, mempersekutukan Allah dengan makhluk
dalam ibadat, menumpukan jenis ibadah tertentu kepada makhluk
seperti berdoa bukan kepada Allah, memohon pertolongan bukan
daripada Allah, bertawakal, menyembelih dan bernazar kepada
yang lain daripada Allah SWT, mencaci Allah, Rasul dan agama-
Nya, meninggalkan solat lima waktu tanpa sebarang keuzuran,
memisahkan agama daripada kehidupan dengan mengiktikadkan
agama Islam sudah tidak lagi sesuai dengan situasi zaman ini dan
lain-lain. Para pemerintah umat Islam dan pihak berkuasa perlu
berjihad menentang orang murtad jenis ini dan menyempitkan
jalan yang membolehkan mereka menyebarluaskan kemurtadan
tersebut dalam kalangan masyarakat dan tidak membiarkan
mereka melakukan berbagai-bagai kerosakan di muka bumi.

195
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Firman Allah SWT:


۟ َُ ٓ ۚ ۟ ُّ َ ً َ َ َّ ۟ َْ
ِ ِ ‫ٱلل ث َ� ًنا ق ِليل ف َصدوا َعن َس ِب‬
‫يل ٓۦ ِإ نَّ ُ� ْم َسا َء َما كنوا‬ ِ ‫ٱش ت َ� ْوا ِب َٔـ َاي ٰـ ِت‬
َ ُ
‫۝‬٩ ‫َي ْع َملون‬
Maksudnya: Mereka menukarkan ayat-ayat Allah dengan harga
yang sedikit, lalu mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah.
Sesungguhnya amat buruklah apa yang mereka kerjakan itu.
(al-Tawbah 9: 9)

Meyakini permusuhan kerana Allah SWT, mempunyai


tuntutan-tuntutan dan hak-hak, yang wajib ditunaikan oleh orang
Islam sehingga Islam dan iman menjadi sempurna dan selamat
daripada terjerumus ke lembah kekufuran. Antaranya ialah:

Melakukan hijrah daripada negara kufur ke negara orang-orang


Islam dan yang hanya dikecualikan adalah orang-orang yang
lemah sahaja dan orang-orang yang tidak mampu melakukan
hijrah di atas sebab-sebab yang dibenarkan oleh syarak.

Bergabung dengan Jamaah orang-orang Islam dan tidak


berpisah daripada mereka. Begitu juga dengan bekerjasama
dengan mereka dalam melakukan kebaikan dan takwa dan
menyuruh yang makruf dan mencegah yang mungkar.

Kewajipan melakukan kebaikan dan membendung keburukan


kepada orang-orang Islam yang lain, sebagaimana ia suka
dilakukan kepada diri orang-orang Islam itu sendiri. Begitu
juga dengan usaha-usaha untuk mengasihi, duduk dalam majlis
dan bermesyuarat dengan mereka.

Kewajipan menjauhkan diri daripada mengintip apa yang


dilakukan oleh orang-orang Islam, menyebar berita atau
rahsia tentang mereka kepada pihak musuh dan membendung
segala perkara yang boleh menyakitkan mereka di samping
mendamaikan antara mereka, jika berlaku perbalahan dan
peperangan.

196
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Kewajipan membantu orang-orang Islam dalam menentang


musuh-musuh mereka dan tidak menjauhkan diri daripada
mereka, baik dalam keadaan senang mahupun susah, di setiap
zaman dan juga tempat. Begitu juga menolong mereka dengan
jiwa, harta dan lisan dan berkongsi rasa kegembiraan dan
kedukacitaan dengan mereka.

Kewajipan melaksanakan hak-hak orang-orang Islam seperti


menziarahi orang sakit, mengikuti jenazah, berlembut dan
bertawaduk sesama umat Islam, berdoa, beristighfar, memberi
salam, berlembut dengan orang- orang yang lemah, tidak
menipu semasa melakukan muamalat, tidak memakan harta
orang Islam secara batil, tidak menjual di atas jualan yang
telah dipersetujui mereka, tidak meminang perempuan yang
telah dipinang oleh mereka yang telah menyatakan persetujuan
dengan terang dan akhir sekali tidak memulaukan orang Islam
melebihi tiga hari.

Kewajipan menjauhkan diri daripada menceroboh kehormatan


orang-orang Islam seperti mengkafir, menghalalkan darah,
kehormatan atau harta benda, atau menzalimi, mencaci,
melaknat, menaruh perasaan buruk sangka, mempersenda,
mengumpat, menista atau melakukan kerosakan dalam
kalangan mereka.

Meyakini yang permusuhan kerana Allah SWT melibatkan


beberapa perkara dalam kehidupan orang Islam, yang wajib dirai
dan dipegang sehingga selamat daripada terjerumus ke lembah
kekufuran dan menyetujui orang-orang yang kufur, antaranya
ialah:

Membenci kesyirikan, kekufuran, orang kafir dan aliran-


aliran yang menjadi pegangan mereka dengan segala jenis
dan bentuknya serta menyembunyikan permusuhan terhadap
mereka, mengisytiharkan pembebasan diri daripada mereka,
daripada tuhan-tuhan mereka, kekufuran dan kesyirikan
mereka dan daripada seluruh kepercayaan, undang-undang,
perundangan dan apa saja yang mereka sembah selain Allah

197
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

SWT dan juga tidak meredai mereka.

Menjauhi daripada menjadikan orang-orang kafir sebagai


penolong dan pembantu dan menunjukkan kecenderungan
kepada mereka dengan cara berkawan dan menjadikan
sandaran atau bergantung harapan kepada mereka. Selain itu
tidak mengasihi mereka atau tidak mengagung, memulia atau
menunjukkan muka yang manis di hadapan mereka, seterusnya
memisahkan diri daripada mereka dengan pemisahan yang
sempurna, meskipun mereka terdiri daripada kaum kerabat dan
golongan yang khusus.

Memulaukan negara-negara kafir secara umum, tidak


menetap di negara mereka, tidak memperbanyakkan jumlah
penduduk mereka, tidak bermusafir ke negara mereka kecuali
kerana darurat, di samping mempunyai kemampuan untuk
menunjukkan syiar-syiar agama, tidak menyeru dan tidak juga
berbangga dengannya.

Menjauhi daripada menyerupai orang-orang kafir, dalam


amalan-amalan yang khusus mereka baik yang melibatkan
urusan agama mahupun dunia. Antara yang termasuk ke
dalam erti kata menyerupai orang-orang kafir dalam urusan
agama ialah menyerupai mereka dalam syiar-syiar agama,
cara-cara melakukan ibadah, menterjemah buku-buku dan
mempermudahkan urusan pembacaan buku-buku mereka
atau mengambil ilmu- ilmu mereka secara menyeluruh tanpa
membuat tapisan dan pemilihan dan tanpa meraikan batasan
syarak. Begitu juga dengan meminjam undang-undang dan
manhaj mereka yang berbentuk hukum, pendidikan dan juga
pengajaran, beramal dan memaksa orang ramai beriltizam
dengannya. Dalam urusan dunia pula ialah dalam bentuk
menyerupai mereka dari segi akhlak, adab dan adat-adat yang
khusus yang berkaitan dengan mereka seperti cara makan,
minum, berpakaian, menggunakan nama-nama dan mengikut
adat dan tradisi yang tidak pernah dikenali dalam kalangan
orang-orang Islam.

198
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Menjauhi daripada membantu orang-orang kafir, memuji,


menyanjung, menyebarkan kelebihan, membantu kekufuran
atau berkonspirasi dengan mereka bagi menentang orang-
orang Islam. Begitu juga dengan memindahkan rahsia orang-
orang Islam kepada mereka, menunjukkan kecenderungan atau
meminta pertolongan daripada mereka kecuali di saat darurat.
Bahkan wajib memulaukan persahabatan dengan mereka dan
tidak duduk dalam majlis mereka. Mereka juga tidak dijadikan
sebagai penjaga rahsia orang-orang Islam atau diberikan
kesempatan untuk melakukan kerja-kerja penting orang- orang
Islam.

Menjauhi daripada berkongsi dengan orang-orang kafir


dalam perayaan, upacara agama dan mengucapkan tahniah
bersempena dengan perayaan tersebut. Begitu juga tidak
mengagungkan mereka dengan perkataan mahupun perbuatan
seperti menggelar mereka dengan istilah tuan, kerana Allah
SWT telah menghina mereka.

Menjauhi daripada menunjukkan rasa belas kasihan kepada


orang-orang kafir atau memohon ampun untuk mereka, kerana
amalan tersebut mengandungi maksud kecintaan kepada
mereka dan membenarkan kerosakan dan kebatilan yang
mereka lakukan.

Menjauhi daripada mengampu orang-orang kafir sehingga


mengetepikan kepentingan agama atau mendiamkan diri
terhadap kemungkaran dan kebatilan yang mereka lakukan.

Menjauhi daripada berhukum, meredai hukuman atau


sebahagian daripada hukuman yang dijatuhkan mereka atau
meninggalkan mengikut hawa nafsu mereka dalam apa-apa
urusan, kerana dengan mengikut mereka bererti meninggalkan
hukum Allah dan hukum yang dibawa oleh Rasul-Nya.

Menjauhi daripada mengikut orang-orang kafir dan Musyrikin


atau mentaati mereka dalam perkara yang mereka suruh atau
isyaratkan, yang bercanggah dengan Islam.

199
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Menjauhi daripada memulakan mereka dengan ucapan salam.

Suka dijelaskan permusuhan orang-orang Islam terhadap


orang-orang kafir yang diibaratkan dengan istilah al-bara’, tidak
membawa maksud boleh menyakiti dan mengganggu orang-orang
kafir itu dengan menggunakan perkataan dan juga perbuatan dan
tidak juga membawa maksud tidak perlu menoleh kepada syarat-
syarat dan garis panduan yang ditetapkan oleh syarak dalam
berinteraksi dengan mereka, kerana syarat-syarat dan garis panduan
berinteraksi dengan orang-orang kafir berdasarkan kepada konsep
keadilan dan ihsan dan tidak melibatkan kecenderungan dan rasa
kasih sayang dalam hati.

Sebenarnya Islam mengharuskan pertukaran kepentingan dan


maslahat dengan orang-orang bukan Islam dalam perkara yang
boleh mengundang kemanfaatan kepada orang-orang Islam. Islam
juga mengamalkan sikap toleransi dengan beberapa kumpulan
orang-orang bukan Islam yang berdamai dan yang ada perjanjian
dengan kerajaan Islam dan tidak memerangi kerajaan, yang tidak
membawa kepada meminggir dan mengorbankan agama Islam itu
sendiri.

Kesimpulan
Dalam persoalan memberikan dukungan dan menunjukkan
permusuhan, kepada orang-orang bukan Islam, Islam mengambil
jalan tengah. Islam tidak memerangi orang-orang bukan Islam
semata-mata kerana nama mereka orang-orang bukan Islam,
sebaliknya memerangi dan memusuhi mereka yang memerangi
dan menzalimi orang-orang Islam sahaja. Walaupun begitu dari
segi akidah, umat Islam sama sekali tidak boleh menyetujui,
meredai atau mendukung akidah kufur yang dipegang oleh
orang bukan Islam itu meskipun tidak boleh mengganggu dan
menyakiti mereka terutama sekali yang menjadi warganegara
Islam. Kerjasama dengan orang-orang bukan Islam hanya boleh
dilakukan dalam perkara yang boleh mendatangkan manfaat
kepada umat Islam dan membendung kemudaratan daripada
menimpa mereka sahaja.

200
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

201
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Pendahuluan
Antara asas yang menjadi pegangan Ahli Sunah Waljamaah ialah
mempercayai kewujudan keramat para wali. Keramat para wali
merupakan istilah yang tidak asing lagi kepada orang-orang Islam,
namun dalam kalangan generasi sahabat satu ketika dahulu para
wali dan isu keramat bukan sesuatu yang dipuja, dipuji dan dikejar
oleh setiap orang yang beriman. Sahabat yang dikurniakan Allah
SWT dengan keramat itu pula tidak didukung dan ditaati sehingga
melibatkan perkara maksiat dan penderhakaan kepada Allah
SWT. Pada zaman tersebut istilah yang popular dalam kalangan
orang-orang Islam ialah orang-orang soleh. Para sahabat Nabi
SAW sangat takut diri mereka dihinggapi dengan penyakit riyak.
Kerana itu mereka bersungguh-sungguh dalam melakukan ibadah
dengan berusaha mengikhlaskan diri kepada Allah SWT. Mereka
tidak memberikan tumpuan yang besar kepada persoalan keramat,
meskipun keramat itu berlaku dalam kalangan mereka, tidak
sebagaimana segelintir umat Islam pada zaman ini. Keramat yang
berlaku dalam kalangan para sahabat itu pula, kebiasaan berlaku
ketika mereka melakukan berbagai-bagai amalan soleh seperti
berjihad, berdakwah, berperang menentang musuh, membaca
al-Quran dan lain-lain. Apabila berlaku keramat itu pula mereka
tidak mencanangkan kepada masyarakat umum termasuk kepada
para sahabat yang lain, yang diri mereka telah dikurniakan dengan
keramat dan berhak diberikan layanan istimewa yang tertentu.
Mereka memahami keramat yang paling besar adalah seseorang
dikurniakan dengan sifat istiqamah dalam melaksanakan ajaran
Islam terutama sekali dalam menghidupkan Sunnah Rasulullah
SAW, meskipun sedikit sahaja orang yang berbuat demikian.

Keramat
Keramat dikurniakan Allah SWT kepada sesetengah orang yang
beriman, yang soleh yang mengikut petunjuk Nabi SAW dan
Sunnah baginda SAW. Ia merujuk kepada perkara luar biasa
yang dikurniakan Allah SWT kepada yang terlibat dengan tujuan
memulia dan menzahirkan kelebihan mereka, sebagaimana yang
dijelaskan dalam al-Kitab, al-Sunnah dan juga ijmak.

202
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Firman Allah SWT:


۟ ُ َ َ َ‫َّ ن‬ َ ُ َ ْ َ ْ ُ َ َ ْ ْ َ َ ٌ ْ َ َ َّ َ ٓ َ ْ َ َّ ٓ َ َ
‫۝ ٱل ِذ ي� ءامنوا‬ ٦۲ ‫ٱلل ل خوف عل ي ِ�م ول ه ي�زنون‬ ِ ‫أل ِإن أوِلياء‬
َ َ َ ۚ ْ
ْ ‫َ َ ُ ۟ َ َّ ُ َ َ ُ ُ ُ شْ َ ٰ ف ْ َ َ ٰ ُّ ْ ف‬
‫ٱلدن َيا َو ِ� ٱل َٔـ ِاخ َر ِة ل ت ْب ِديل‬ ‫۝ لم ٱلب�ى ِ� ٱليو ِة‬ ٦٣ ‫وكنوا يتقون‬
ْ ُ َْ ٰ
َ َ ۚ َّ
‫۝‬٦٤ �ُ ‫ٱلل ذ ِلك ُه َو ٱلف ْوز ٱل َع ِظ ي‬ َ ِ َ ‫ِل‬
ِ ‫ك ٰـ ِت‬
Maksudnya: Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak
ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka
bersedih hati. (Iaitu) orang-orang yang beriman dan mereka selalu
bertakwa. Bagi mereka berita gembira di dalam kehidupan di
dunia dan (dalam kehidupan} di akhirat. Tidak ada perubahan
bagi kalimat-kalimat (janji- janji) Allah. Yang demikian itu adalah
kemenangan yang besar.
(Yunus 10: 62-64)

Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-


Bukhari (no hadis: 6021) daripada Abu Hurairah RA;
ْ َْ ََ
‫َم ْن َع َادى ِ ْيل َوِل ًيا فق ْد آذن ُت ُه ِب� َل ْر ِب‬
Maksudnya: Sesiapa yang memusuhi waliku, sesungguhnya aku
isytiharkan perang ke atasnya.

Garis Panduan Berkaitan Dengan Keramat


Ahli Sunah Waljamaah mempunyai garis panduan dalam
mempercayai dan membenarkan keramat para wali. Bagi Ahli
Sunah Waljamaah tidak semua perkara yang luar biasa dan
menyelisihi adat dikira sebagai keramat. Bahkan kadang-kadang
perkara yang luar biasa itu merupakan istidraj (perkara luar biasa
yang dianugerahkan kepada orang-orang fasik dan kafir dengan
tujuan menambahkan lagi kefasikan dan kezalimannya), black
magic, amalan-amalan sihir, penipuan dan permainan syaitan jin.
Perbezaan begitu ketara di antara keramat dengan silap mata.

203
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Keramat muncul daripada sisi Allah SWT. Puncanya adalah


kerana ketakwaan dan ketaatan kepada Allah SWT, mengikut
petunjuk dan Sunnah Nabi SAW dan juga melakukan amalan
soleh.

Firman Allah SWT:


۟ ٓ ُ َ َ َ ََْ ْ َ ْ َ َ ُّ ُ َ ْ ُ َ ُ َّ ُ ُ َ ّ َ ُ َّ َ ْ ُ َ َ َ
‫وما لم أل يع ِذ ب�م ٱلل وه يصدون ع ِن ٱلس ِج ِد ٱلر ِام وما كنوا‬
َ َ َ ُ َ ْ َ َ َ ُ ُ ْ َّ ٓ ُ ُ ٓ َ ْ َ ْ ۚ ٓ ُ َ ٓ َ ْ َ
‫۝‬٣٤ ‫ٱل َّتقون َول ٰـ ِك َّن أ ك ث َ� ْه ل َي ْع ُلون‬ ‫أوِلياءهۥ ِإن أوِلياؤهۥ ِإل‬
Maksudnya: Kenapa Allah tidak mengazab mereka padahal
mereka menghalangi orang untuk (mendatangi) Masjid al-Haram,
dan mereka bukanlah orang-orang yang berhak menguasainya?
Orang-orang yang berhak menguasai(nya) hanyalah orang-orang
yang bertakwa. Tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.
(al-Anfal 8: 34)

‘Black Magic’ berpunca daripada syaitan. Ia muncul


hasil daripada melakukan amalan yang mengkufurkan, syirik,
maksiat, fasik, zalim dan mengikut hawa nafsu dan pendukung-
pendukungnya. Black Magic dikhususkan untuk wali-wali syaitan
yang sesat dalam kalangan orang-orang yang kufur, syirik, sesat,
melakukan bidaah, mengikut hawa nafsu dan juga bersikap
munafik.

Firman Allah SWT:


َّ َّ َ ۗ ٌ ْ َ ُ َّ َ ْ َ َ َّ ُ ْ َ ْ ُ ْ َ َّ ِ ۟ ُ ُ ْ‫َ َ تَ أ‬
َ�‫ٱلش َي ٰـ ِط ن‬
‫ي‬ ‫ٱلل علي ِه و ِإنهۥ ل ِفسق و ِإن‬
ِ ‫ول � كوا ما ل يذك ِر ٱس‬
َ
َ ُ ْ‫َ ُ ُ َ َ ٰٓ َ ْ َ ٓ ئ ْ ُ َ ٰ ُ ُ ْ ۖ َ ْ َ ْ ُ ُ ُ ْ َّ ُ ْ َ ُ ش‬
‫۝‬ ١۲١ ‫�كون‬ ِ ‫ليوحون ِإل أوِليا ِ ِ�م ِليجـ ِدلوك و ِإن أطعتموه ِإنك ل‬
Maksudnya: Dan janganlah kamu memakan binatang-
binatang yang tidak disebut nama Allah ketika menyembelihnya.
Sesungguhnya perbuatan yang semacam itu adalah suatu kefasikan.
Sesungguhnya syaitan itu membisikkan kepada kawan-kawannya
agar mereka membantah kamu; dan jika kamu menuruti mereka,
sesungguhnya kamu tentulah menjadi orang- orang yang musyrik.
(al-An’am 6; 121)
204
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Ahli Sunah Waljamaah tidak pernah mengutamakan


para wali mengatasi para nabi. Bagi mereka seorang nabi lebih
baik daripada seluruh para wali dan orang-orang soleh. Mereka
juga tidak melampau terhadap mana-mana wali dan tidak
mengiktikadkan mereka boleh mendatangkan kemudaratan atau
membawa kemanfaatan kepada orang lain. Para wali bukan orang
yang maksum dan bukan tuan punya syariat dalam erti kata yang
sebenar.

Firman Allah SWT:


ۢ َ َّ َّ ۚ َّ َ َ ً ُ ُ َ ٰٓ َ َ ْ َ ‫َّ ُ َ ْ َ ف‬
٧٥ �ٌ ‫ٱلل َ ِس ٌيع َب ِص ي‬
‫۝‬ ‫اس ِإن‬
ِ ‫ٱلل يصط ِ� ِمن ٱللـ ِئك ِة رسل و ِمن ٱلن‬
Maksudnya: Allah memilih utusan-utusan-Nya daripada Malaikat
dan daripada manusia; sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi
Maha Melihat.
(al-Hajji 22: 75)

Firasat
Antara asas penting Ahli Sunah Waljamaah ialah mempercayai
firasat yang benar yang datang daripada orang-orang soleh dan
orang-orang yang bertakwa dalam kalangan orang yang beriman
dan ahli tauhid. Ia merupakan cahaya yang dicampakkan Allah
SWT ke dalam hati seseorang hamba, yang membolehkannya
membezakan antara yang benar dengan yang batil dan yang benar
dengan yang dusta. Orang yang paling kuat keimanannya, adalah
orang yang berpotensi untuk memiliki firasat yang lebih tajam.

Mimpi Yang Benar


Ahli Sunah Waljamaah mempercayai mimpi yang benar dan ia
merupakan satu bahagian daripada kenabian. Ia merupakan
berita gembira daripada Allah SWT untuk hamba-Nya yang
beriman dan pembuka pintu kebaikan kepadanya di dunia dan
juga akhirat. Apabila hampir berlaku kiamat, mimpi orang yang
beriman hampir-hampir tidak meleset.

205
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Firman Allah SWT:


َّ َ ً َ ْ َ َ َ‫نّ َ َ ْ ُ َ َ َ َ ش‬ َ َ ٰٓ َ َ‫ْ َ َ ُ ُ ُ أ‬
َ‫ٱلش ْمس‬ ‫ِإذ قال يوسف ِ ِلب ِيه يـأب ِت ِإ ِ� رأيت أحد ع� كوكبا و‬
َ َ َْ َ َ َ َ َْ
‫۝ قال َي ٰـ ُب نَ َّ� ل تق ُص ْص ُر ْء َ ي�ك َع ٰٓل‬٤ �َ‫َوٱلق َم َر َرأ ْي تُ ُ� ْم ِل َس ٰـ ِج ِد ي ن‬
ْ َ َّ َّ ۖ َ َ َ ۟ َ َ ْ
‫۝‬٥ �ٌ‫ِإخ َو ِتك ف َي ِك ُيدوا لك ك ْي ًدا ِإن ٱلش ْيط ٰـ َن ِل ِإل َنس ٰـ ِن َع ُد ٌّو ُّم ِب ي ن‬
ُ‫ٱل َحاديث َو ُي ت ُّ� ن ْع َم َتهۥ‬ َ‫ْ أ‬ ْ‫تَ أ‬ َ ُ ّ َ ُ َ َ ُّ َ َ َ ْ َ َ َٰ َ َ
ِ ِ ِ ِ ‫وكذ ِلك ي ج�ت ِبيك ر بك ويع ِلك ِمن � ِو ِيل‬
َ َ
َ�‫وب َ َك ٓا أ تَ َّ� َها َع َ ٰٓل أ َب َو ْي َك ِمن َق ْب ُل ِإ ْ ب َٰ� ِه ي‬ َ ‫َع َل ْي َك َو َع َ ٰٓل َءال َي ْع ُق‬
ِ
َ َّ ۚ َ ْ َ
‫۝‬٦ �ٌ ‫س ٰـ َق ِإن َر َّبك َع ِل ي ٌ� َح ِك ي‬ ‫و ِإ‬
Maksudnya: (Ingatlah), ketika Yusuf berkata kepada ayahnya:
“Wahai ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas
bintang, matahari dan bulan; kulihat semuanya sujud kepadaku.”
Ayahnya berkata: “Wahai anakku, janganlah kamu ceritakan
mimpimu itu kepada saudara-saudaramu, maka mereka membuat
makar (untuk membinasakan)mu. Sesungguhnya syaitan itu adalah
musuh yang nyata bagi manusia. “Dan demikianlah Tuhanmu,
memilih kamu (untuk menjadi Nabi) dan diajarkan-Nya kepadamu
sebahagian dari ta’bir mimpi-mimpi dan disempurnakan nikmat-
Nya kepadamu dan kepada keluarga Ya’qub, sebagaimana Dia
telah menyempurnakan nikmat-Nya kepada dua orang bapamu
sebelum itu, (iaitu) Ibrahim dan Ishak. Sesungguhnya Tuhanmu
Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
(Yusuf 12: 4-6)

Nabi SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-


Bukhari (no hadis: 6475) daripada Abu Hurairah RA:
ُّ ‫ات َق َال‬
�‫الر ْؤ َ ي‬ ُ � ُ ْ ‫ات َق ُالوا َو َما‬
َ ِّ‫ال َب ش‬ ُ � َ ِّ‫ال َب ش‬ ُ ‫َ ْل َي ْب َق م ْن‬
ُ ْ ‫الن ُب َّو ِة إ َّل‬ ِ
ِ
ُ َ َّ
‫الة‬ ِ ‫الص‬
Maksudnya: Tidak kekal lagi daripada kenabian selain daripada
mubasysyirat. Para sahabat bertanya: Apakah itu mubasysyirat?.
Sabda baginda: Mimpi yang benar.

206
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Tirmidhi (no hadis: 2201)


dan dinilai sebagai Hasan oleh beliau, daripada Abu Salamah,
menjelaskan, Abu Salamah berkata: Aku pernah diberitahu oleh
Ubadah bin al-Samit katanya: Aku pernah bertanya Rasulullah
SAW tentang firman Allah SWT:
َ َٰ ۚ َّ َ ِ َ ‫ٱلد ْن َيا َو ِ ف� ْٱل َٔـ ِاخ َر ِةۚ َل َت ْب ِد َيل ِل‬ ْ ‫َ ُ ُ ْ ُ شْ َ ف‬
ُّ ‫ٱل َي ٰوة‬
ِ ‫ك ٰـ ِت‬
‫ٱلل ذ ِلك‬ ِ َ �ِ ‫� ٰى‬ ‫لم ٱلب‬
ْ ُ َْ
‫۝‬٦٤ �ُ ‫ُه َو ٱلف ْوز ٱل َع ِظ ي‬
Maksudnya: Bagi mereka berita gembira di dalam kehidupan di
dunia dan (dalam kehidupan) di akhirat. Tidak ada perubahan
bagi kalimat-kalimat (janji-janji) Allah. Yang demikian itu adalah
kemenangan yang besar.
(Yunus 10: 64)

Sihir Dan Ahli-Ahli Sihir


Ahli Sunah Waljamaah memperakui di dunia wujud sihir dan
ahli-ahli sihir. Ada di antaranya yang boleh memberi kesan kepada
alam maya dengan izin Allah SWT dan ada juga yang tidak dapat
memberi kesan secara hakiki, sebaliknya tidak lebih daripada
khayalan belaka.

Syaitan-syaitan jin merupakan pendukung utama amalan


sihir dan ahli sihir, berdasarkan berbagai-bagai kemampuan yang
Allah SWT kurniakan kepadanya yang tidak dikurniakan kepada
anak cucu Nabi Adam AS, yang lain. Cuma mereka tidak dapat
memudaratkan melainkan dengan keizinan, masyi‘ah dan takdir
daripada Allah SWT jua. Setiap kali ahli sihir semakin kufur
kepada Allah SWT, syaitan semakin kuat mentaatinya.

Firman Allah SWT:


َ ُ ُ َ َ َ ْ ّ ۟ ُ َ َّ َ ْ ِ ٰ َ ْ َ‫َ َ َ ُ َّ نَ َ َ ُ ۟ َ ُ زْ ُ َ َ أ‬
‫ٱلذكر ويقولون‬ ِ ‫و ِإن يكد ٱل ِذ ي� كفروا ل ي�ِلقونك ِب�بصـ ِره لا ِسعوا‬
ٌ َ َّ
‫۝‬٥١ ‫ِإن ُهۥ َل جْ� ُنون‬

207
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Maksudnya: Dan sesungguhnya orang-orang kafir itu benar-benar


hampir menggelincirkan kamu dengan pandangan mereka, tatkala
mereka mendengar al-Quran dan mereka berkata: “Sesungguhnya
ia (Muhammad) benar-benar orang yang gila”.
(al-Qalam 68: 51)

Firman Allah SWT:


َ َ ََ ۖ َ ْ َ َّ ۟ ُ َ ۟ َّ
‫َوٱت َب ُعوا َما ت ْتلوا ٱلش َي ٰـ ِط ي نُ� َع ٰل ُمل ِك ُسل ْي َم ٰـ َن َو َما كف َر ُسل ْي َم ٰـ ُن َول ٰـ ِك َّن‬
َ َ ‫َّ َ ٰ نَ َ َ ُ ۟ ُ َ ّ ُ َ َّ َ ّ ْ َ َ َ ٓ ُ ن ز َ َ َ ْ َ َ َ ْ ن‬
‫ٱلسحر وما أ ِ�ل عل ٱللك ي ِ� ِبب ِابل‬ ِ ‫ٱلشيـ ِط ي� كفروا يع ِلون ٱلناس‬
ََ ٌ َ‫ن‬ َٓ ُ َ ّ ۚ َ َُٰ َ َ َُٰ
‫وت َو َما ُي َع ِ َل ِان ِم ْن أ َح ٍد َح تَّ ٰ� َيقول ِإ نَّ َ�ا ْ� ُن ِف ْت َنة فل‬ ‫هـروت ومـر‬
ُ ۚ َ َ ْ َ‫َ ْ ن‬ َ ُ َ َ َّ َ ۖ ُ ْ َ
‫ٱل ْر ِء َوز ْو ِج ِهۦ َو َما ه‬ �‫تكف ْر ف َي َت َع ُلون ِم نْ ُ� َما َما ُيف ّ ِرقون ِب ِهۦ ب ي‬
ۚ َ َ ُ ُّ ُ‫ْ َ َ َّ ْ َّ ۚ َ َ َ َ َّ ُ َ َ َ ض‬ ٓ
‫� ْه َول َينف ُ ُع ْم‬ ‫ٱلل ويتعلون ما ي‬ ِ ‫ِب َضا ِّر ي نَ� ِب ِهۦ ِمن أح ٍد ِإل ِب ِإ�ذ ِن‬
۟ َ َ‫َ َ َ ْ َ ُ ۟ َ َ ْ تَ َ ٰ ُ َ َ ُ ف ْ َٔ َ ْ َ َ ٰ ۚ َ َ ْ َ َ ش‬
‫� ْوا‬ ‫ولقد ع ِلوا ل ِن ٱش�ىه ما لۥ ِ� ٱلـ ِاخر ِة ِمن خلـ ٍق ول ِبئس ما‬
َ َُ ْ َ ۟ ُ َ َْ ْۚ ُ َ ُ َ ٓ
١٠۲ ‫ِب ِهۦ أنفسم لو كنوا يعلون‬
‫۝‬
Maksudnya: Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-
syaitan pada masa kerajaan Sulaiman (dan mereka mengatakan
bahawa Sulaiman itu mengerjakan sihir), padahal Sulaiman
tidak kafir (tidak mengerjakan sihir), hanya syaitan-syaitanlah
yang kafir (mengerjakan sihir). Mereka mengajarkan sihir kepada
manusia dan apa yang diturunkan kepada dua orang malaikat di
negeri Babil iaitu Harut dan Marut, sedang kedua-duanya tidak
mengajarkan (sesuatu) kepada seorang pun sebelum mengatakan:
“Sesungguhnya Kami hanya cubaan (bagimu), sebab itu janganlah
kamu kafir”. Maka mereka mempelajari dari kedua Malaikat
itu apa yang dengan sihir itu, mereka dapat menceraikan antara
seorang (suami) dengan isterinya. Dan mereka itu (ahli sihir) tidak
memberi mudarat dengan sihirnya kepada seorang pun, kecuali
dengan izin Allah. Dan mereka mempelajari sesuatu yang tidak
memberi mudarat kepadanya dan tidak memberi manfaat. Demi,
sesungguhnya mereka telah meyakini bahawa barang siapa yang
menukarnya (kitab Allah) dengan sihir itu, tiadalah baginya

208
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

keuntungan di akhirat, dan amat jahatlah perbuatan mereka


menjual dirinya dengan sihir, kalau mereka mengetahui.
(al-Baqarah 2: 102)

Nabi SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-


Bukhari (no hadis: 2560) dan Muslim (no hadis: 129) daripada
Abu Hurairah RA:
َّ ُ ْ ّ‫ْ َ ُ َّ ْ َ ْ ُ َ َ ُ َ َ ُ َ َّ َ َ ُ َّ َ َ ش‬
‫لل‬
ِ �‫ال�ك ِب‬
ِ ‫الل وما هن قال‬ِ ‫ات قالوا ي� رسول‬
ِ ‫اجت ِنبوا السبع ال ِوبق‬
ُ ْ ِّ ‫َو‬
... ‫السحر‬

Maksudnya: Jauhilah anda daripada melakukan tujuh dosa besar.


Mereka berkata: Wahai Rasulullah, apakah tujuh dosa besar
tersebut?. Baginda bersabda: Syirik kepada Allah, mengamalkan
sihir...

Sesiapa yang mengiktikadkan sihir boleh memberi mudarat


atau manfaat dengan sendiri tanpa keizinan daripada Allah SWT,
sesungguhnya dia telah kafir. Sesiapa yang mengiktikadkan sihir
itu harus dilakukan, dia wajib dibunuh, kerana orang-orang
Islam telah berijmak tentang pengharamannya. Orang yang
mengamalkan ilmu sihir sebenarnya telah melakukan sebahagian
daripada amalan kufur dan dia perlu diminta bertaubat. Jika
bertaubat, dirinya akan selamat, sebaliknya jika tidak bertaubat,
tengkuknya hendaklah dipotong.

Ahli Sunah Waljamaah beriman, penyembuhan dan penawar


daripada sihir adalah dengan doa dan jampi yang dibenarkan
syarak, yang bersumberkan al-Kitab dan al-Sunnah, kerana Allah
SWT menjelaskan;
َّ َ ْ ّ ٌ َ ْ َ َ ٌ ٓ َ َ ُ َ َ ْ ُ ْ َ ُ ّ‫َ ُ نَ ز‬
�َ‫حة ِل ُل ْؤ ِم ِن ي نَ� ۙ َول َ ي ز ِ� ُيد ٱلظ ٰـ ِ ِل ي ن‬ ‫ون ِ�ل ِمن ٱلقرء ِان ما هو ِشفاء ور‬
َ َّ
‫ِإل خ َس ًارا‬
Maksudnya: Dan Kami turunkan dari al-Quran suatu yang
menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan
al-Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim
209
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

selain kerugian.
(al-Israk 17: 82)

Hasad Dan Ain


Penyakit hasad dan ain adalah benar. Ia menimpa seseorang
hamba apabila dikehendaki Allah SWT, bahkan kadang-kadang ia
membunuh mangsa yang dihasad dan juga yang terkena penyakit
ain. Hasad lebih umum daripada ain, kerana setiap orang yang
membawa penyakit ain, adalah orang yang hasad tetapi tidak semua
orang yang terkena penyakit hasad adalah pembawa penyakit
ain. Hasad berlaku akibat daripada tabiat keji yang terdapat pada
diri orang yang dengki dan muncul hasil daripada kedengkian,
kebencian dan keinginan agar nikmat yang diperoleh oleh orang
lain akan hilang. Sebaliknya penyakit ain, kadang-kadang berlaku
daripada seseorang yang soleh atau dengan lain perkataan, kadang-
kadang seseorang terkena penyakit ain disebabkan oleh diri dan
hartanya sendiri. Puncanya adalah kerana merasa taajub, besar
diri dan memandang baik apa yang ada pada diri sendiri. Walau
bagaimanapun dilihat dari segi kesan, kedua-duanya berkongsi
kesan iaitu ia mengundang mudarat kepada mangsa penyakit ain
dan hasad.

Ahli Sunah Waljamaah beriman kepada kewajipan


berlindung dengan Allah daripada kejahatan penyakit hasad dan
ain dengan menggunakan doa dan zikir-zikir yang syarii.

Firman Allah SWT:


َ ُ ُ َ َ َ ْ ّ ۟ ُ َ َّ َ ْ ِ ٰ َ ْ َ‫َ َ َ ُ َّ نَ َ َ ُ ۟ َ ُ زْ ُ َ َ أ‬
‫ٱلذكر ويقولون‬ ِ ‫و ِإن يكد ٱل ِذ ي� كفروا ل ي�ِلقونك ِب�بصـ ِره لا ِسعوا‬
ٌ َ َّ
‫۝‬٥١ ‫ِإن ُهۥ َل جْ� ُنون‬
Maksudnya: Dan sesungguhnya orang-orang kafir itu benar-benar
hampir menggelincirkan kamu dengan pandangan mereka, tatkala
mereka mendengar al-Quran dan mereka berkata: “Sesungguhnya
dia (Muhammad) benar-benar orang yang gila”.
(al-Qalam 68: 51)

210
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Nabi SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim


(no hadis: 4058) daripada Ibn Abbas RA:
ْ ْ َ ْ َ َْ ْ‫ْال َع ْ ي نُ� َح ٌّق َوَل ْو َك َن شَ ي‬
�ْ ُ‫� ٌء َس َاب َق الق َد َر َس َبق ْت ُه ال َع ْ ي نُ� َو ِإذا ْاس ُتغ ِسل ت‬
ُ ْ َ
‫فاغ ِسلوا‬
Maksudnya: Ain itu benar. Jika ada sesuatu yang boleh mendahului
qadar, sudah tentu ia didahului oleh Ain. Apabila anda diminta
mandi, hendaklah mandi.

Jin
Ahli Sunah Waljamaah mempercayai Allah SWT menciptakan jin
daripada api sebelum menciptakan manusia. Mereka memakan
makanan, berkahwin dan beranak pinak. Mereka mempunyai
berbagai-bagai puak dan golongan. Mereka boleh melihat manusia
tetapi manusia tidak dapat melihat mereka. Mereka mempunyai
kemampuan untuk menjelma dalam berbagai-bagai bentuk yang
boleh dilihat oleh manusia. Selain itu mereka juga mempunyai
tenaga yang kuat dan kemahiran- kemahiran yang tinggi dalam
lapangan industri. Mereka merupakan makhluk yang ditaklifkan
beriman dan akan dihisab oleh Allah SWT. Dalam kalangan
mereka, ada yang beriman dan ada yang kafir. Allah SWT
mengutuskan Nabi Muhammad SAW kepada mereka. Sesiapa
dalam kalangan mereka yang mentaati baginda akan memasuki
syurga dan sesiapa yang menderhaka, akan memasuki neraka.
Mereka dinamakan sebagai jin kerana tersembunyi daripada
penglihatan manusia.

Ahli Sunah Waljamaah mempercayai Allah SWT


menciptakan syaitan-syaitan jin, yang berusaha mewas-waskan
anak cucu Nabi Adam As dan sentiasa menunggu kesempatan
dan ruang keemasan untuk memperdaya dan menghasut mereka.

Firman Allah SWT:


َّ َّ َ ۗ ٌ ْ َ ُ َّ َ ْ َ َ َّ ُ ْ َ ْ ُ ْ َ َّ ِ ۟ ُ ُ ْ‫َ َ تَ أ‬
َ�‫ٱلش َي ٰـ ِط ن‬
‫ي‬ ‫ٱلل علي ِه و ِإنهۥ ل ِفسق و ِإن‬
ِ ‫ول � كوا ما ل يذك ِر ٱس‬
211
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

َ ُ ْ‫َ ُ ُ َ َ ٰٓ َ ْ َ ٓ ئ ْ ُ َ ٰ ُ ُ ْ ۖ َ ْ َ َ ْ ُ ُ ُ ْ َّ ُ ْ َ ُ ش‬
‫۝‬
١۲١ ‫�كون‬ ِ ‫ليوحون ِإل أوِليا ِ ِ�م ِليجـ ِدلوك و ِإن أطعتموه ِإنك ل‬
Maksudnya: Dan janganlah kamu memakan binatang-
binatang yang tidak disebut nama Allah ketika menyembelihnya.
Sesungguhnya perbuatan yang semacam itu adalah suatu kefasikan.
Sesungguhnya syaitan itu membisikkan kepada kawan-kawannya
agar mereka membantah kamu; dan jika kamu menuruti mereka,
sesungguhnya kamu tentulah menjadi orang- orang yang Musyrik.
(al-An’am 6: 121)

Allah SWT menjadikan mereka dapat menguasai orang- orang


tertentu dalam kalangan hamba-Nya kerana hikmah tertentu.

Firman Allah SWT:


َ َ َ َ ْ َ‫َ ْ َ ْ ْ َ ْ َ َ ْ َ نْ ُ َ ْ َ َ َ ْ ْ َ َ ْ خ‬
‫وٱستف ِزز م ِن ٱستطعت ِم�م ِبصو ِتك وأج ِلب عل ي ِ�م ِب�ي ِلك ور ِج ِلك‬
ً ُ ُ َّ ُ ٰ َ ْ َّ ُ ُ ُ َ َ َ ۚ ْ ُ ْ َ ٰ َ ْ َ‫َ َ ْ ُ ْ ف ْ أَ ْ َٰ َ ْ أ‬
٦٤‫وش ِاركم ِ� ٱلمو ِل وٱلولـ ِد و ِعده وما ي ِعده ٱلشيطـن ِإل غرورا‬
‫۝‬
Maksudnya: Dan desak serta pujuklah sesiapa yang engkau
dapat memujuknya dengan suaramu; dan kerahlah penyokong-
penyokongmu yang berkuda serta yang berjalan kaki untuk
mengalahkan mereka; dan turut campurlah dengan mereka
dalam menguruskan harta- benda dan anak-anak (mereka); dan
janjikanlah mereka (dengan janji-janjimu)”. Padahal tidak ada
yang dijanjikan oleh Syaitan itu melainkan tipu daya semata-mata.
(al-Israk 17: 64)

Allah SWT menjaga sesiapa sahaja dalam kalangan hamba-Nya


daripada tipu daya syaitan.

Firman Allah SWT:


َ ُ َّ َ ۟ َّ َ َ ْ َ َ َّ
‫۝ ِإ نَّ َ�ا‬
٩٩ ‫ِإن ُهۥ ل ْي َس ُلۥ ُسلط ٰـ ٌن َعل ٱل ِذ ي نَ� َء َام ُنوا َو َع ٰل َر ِبّ ِ� ْم َي َت َوكون‬
َ ُ ْ‫ُ ش‬ ُ َ‫ُ ْ َ ٰ ُ ُ َ َ َّ نَ َ َ َ َّ ْ َ ُ َ َّ ن‬
‫۝‬١٠٠ ‫�كون‬ ِ ‫م‬ ‫ۦ‬ ‫ه‬ِ ‫ب‬ِ �‫سلطـنهۥ عل ٱل ِذ ي� يتولونهۥ وٱل ِذ ي‬
‫ه‬
Maksudnya: Sesungguhnya syaitan itu tidak ada kekuasaannya

212
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

atas orang-orang yang beriman dan bertawakal kepada Tuhannya.


Sesungguhnya kekuasaannya (syaitan) hanyalah atas orang-orang
yang mengambilnya menjadi pemimpin dan atas orang-orang yang
mempersekutukannya dengan Allah.
(al-Nahl 16:99-100)

Kesimpulan
Ahli Sunah Waljamaah tidak menolak keramat yang dikurniakan
Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya yang soleh, tetapi keramat
tersebut tidak dijadikan agenda utama dalam hidup mereka
sehingga tidak ada apa yang hendak dicakap dan dikejar selain
daripada keramat yang berlaku kepada pulan bin pulan dan
sebagainya. Keramat yang paling besar ialah istiqamah dalam
melaksanakan perintah Allah SWT dan meninggalkan larangan-
Nya. Para wali memang wujud tetapi sama sekali tidak dapat
mengatasi darjat para nabi.

Wali dalam kalangan umat Muhammad mengikut jejak


langkah Nabi Muhammad SAW dan Sunnah-Sunnah yang
ditinggalkan baginda SAW. Wali yang paling tinggi sekali
darjatnya ialah Abu Bakar, Umar, Uthman dan juga Ali. Firasat
sesuatu yang benar. Kekuatannya bergantung kepada kekuatan
iman seseorang. Mimpi adalah sesuatu yang benar dan ia hampir-
hampir tidak meleset apabila hampir tiba hari kiamat. Namun ia
tidak boleh menjadi hujah syarak sebaliknya tidak lebih daripada
sekadar berita gembira sahaja kepada orang yang mengalaminya.
Amalan sihir dan ahli-ahli sihir adalah ditolak oleh Islam. Orang-
orang Islam tidak perlu mempelajari sihir dalam berdepan
dengan musuh-musuh mereka, kerana Nabi SAW tidak pernah
menggunakan teknik sihir dalam berdepan dengan musuh-musuh
Islam baik di peringkat Mekah mahupun Madinah. Penyakit ain
adalah benar dan orang yang terkena penyakit ini perlu segera
dirawat dengan rawatan al-Quran. Jin adalah makhluk yang sama-
sama ditaklifkan supaya beriman kepada risalah yang dibawa oleh
Rasulullah SAW seperti juga manusia dan kedua-dua makhluk ini
bakal dihisab pada hari kiamat kelak. Kedua-dua makhluk ini juga
bakal merasai syurga atau neraka.

213
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

214
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Pendahuluan
Antara asas penting akidah Ahli Sunah Waljamaah ialah yang
berkaitan dengan manhaj penerimaan dan pendalilan. Manhaj
mereka mengikut apa yang terdapat dalam kitab Allah SWT dan
Sunnah Rasulullah SAW yang sahih, zahir dan batin, menyerah,
tunduk dan beramal dengan yang terdapat dalam kedua- dua
sumber tersebut.

Firman Allah SWT:


َ َ ُ َ َ ُ ُ ُ َ َ ُ َّ َ‫َ َ َ َ ُ ْ َ َ ُ ْ َ َ َ ض‬
‫ول ٓۥ أ ْم ًرا أن َيكون ُل ُم‬ ‫وما كن ِلؤ ِم ٍن ول مؤ ِمن ٍة ِإذا ق� ٱلل ورس‬
‫۝‬
ً َ َّ َ َ ُ َ ُ َ َ َ َّ
٣٦ ‫ولۥ فق ْد َضل َضل ٰـل ُّم ِب ًينا‬ ‫ص ٱلل ورس‬ ‫ع‬ْ ‫ٱل َي َ� ُة ِم ْن َأ ْمر ِ ْهۗ َو َمن َي‬
‫ِْ خ‬
ِ ِ
Maksudnya: Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman,
lelaki dan perempuan - apabila Allah dan Rasul- Nya menetapkan
keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka)
mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan
mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan
Rasul-Nya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan
yang jelas nyata.
(al-Ahzab 33: 36)

Nabi SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Malik


bin Anas RA (no hadis: 1594), yang dinilai sebagai Hasan oleh al-
Albani dalam Misykah al-Masabih ( no hadis; 186):
َّ َ َ َ ْ ُ‫تَ َ ْ ُ ْ ُ ْ َ ْ َ ْ ن َ ْ َ ُّ ْ َ تَ َ َّ ْ ت‬
ّ‫الل َو ُس َّن َة َنبي ِه‬
ِِ ِ ‫�كت ِفيك أمر ي ِ� لن ت ِضلوا ما �سك� ِب ِ�ما ِكتاب‬
Maksudnya: Aku tinggalkan kepada anda dua perkara, anda
sekali-kali tidak akan sesat selagi mana anda berpegang teguh
dengan kedua-duanya iaitu kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Sikap Ahli Sunah Waljamaah Terhadap Manhaj


Penerimaan Dan Pendalilan

215
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Antara sikap golongan Ahli Sunah Waljamaah terhadap manhaj


penerimaan dan pendalilan ialah antaranya:

Ahli Sunah Waljamaah tidak menyatakan kitab Allah dahulu


kemudian baru Sunnah Rasulullah SAW, bahkan mereka
menyatakan kitab Allah SWT dan Sunnah Rasul-Nya secara
serentak. Ini kerana Allah SWT menggandingkan sekali Sunnah
Rasul-Nya dengan Kitab Allah SWT dalam kebanyakan dalil dan
memfardukan para hamba mentaati-Nya dan mentaati Rasul-Nya.

Sunnah Rasulullah SAW bertindak sebagai penjelas kepada


makna yang diinginkan Allah SWT dalam kitab-Nya yang mulia
dan syariat-Nya yang maha bijaksana. Tidak ada seorang pun
yang boleh mencanggahi Sunnah setelah Sunnah tersebut sampai
kepadanya.

Firman Allah SWT:


َّ َ َ َ َّ ‫ٱلذ ْك َر ل ُت َب ّ نَ� ل‬ّ َ ْ َ ٓ َ ْ َ‫ٱ ْ َ ّ َ ٰ َ ُّ ُ ۗ َ َ ن ز‬
‫اس َما نُ زّ ِ�ل ِإل يْ ِ� ْم َول َعل ُه ْم‬
ِ ‫لن‬ ِ ‫ِي‬ ِ ِ ‫ِب�لب ِينـ ِت وٱلز ب ِ� وأ�لنا ِإليك‬
َ َّ َ
‫۝‬٤٤ ‫َي َتفك ُرون‬
Maksudnya: (Kami utuskan Rasul-rasul itu) membawa keterangan-
keterangan yang jelas nyata (yang membuktikan kebenaran
mereka) dan Kitab-kitab suci (yang menjadi panduan); dan Kami
pula turunkan kepadamu (Wahai Muhammad) al-Quran yang
memberi peringatan, supaya engkau menerangkan kepada umat
manusia akan apa yang telah diturunkan kepada mereka, dan
supaya mereka memikirkannya.
(al-Nahl 16: 44)

Ahli Sunah Waljamaah berpendapat perlu mengikut Sunnah


Nabi SAW dalam setiap perkara yang kecil dan besar dan menyerah
kepada kedua-duanya dan ia merupakan jalan rahmat, selamat,
berjaya dan mendapat keredaan Allah SWT.

216
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Firman Allah SWT:


َ َ َۚ َ ٓ ْ ‫ً ف‬ ْ ُّ ٰ َ ‫َ ْ ُ ْ َ َ ف‬
‫ٱلدن َيا َح َس َنة َو ِ� ٱل َٔـ ِاخ َر ِة ِإ نَّ� ُه ْد نَ� ِإل ْيك قال‬ ‫وٱكتب لنا ِ� هـ ِذ ِه‬
َ َ ُ ‫ا� ُأ ِص‬
َ َ
ْ ۚ ْ ‫َ ْ َ ٓ ُ ۖ َ َ ْ َ ت َ َ ْ ُ َّ ش‬
‫� ٍء ف َسأ ك ُت بُ َ�ا‬ ‫يب ِب ِهۦ من أشاء ورح ِ� و ِسعت ك‬ ٓ ‫َع َذ ب‬
ِ
َ�‫۝ َّٱل ِذ ن‬ َ ُ ْ ُ َ ٰ َ َٔ ُ َ‫َّ نَ َ َّ ُ َ َ ُ ْ ُ َ َّ َ ٰ َ َ َّ ن‬
‫ ي‬١٥٦ ‫ِلل ِذ ي� يتقون ويؤتون ُٱلز كوة وٱل ِذ ي� ه ِبـايـ ِتنا يؤ ِمنون‬
‫ٱلت ْو َر ٰى ِة‬ َّ �‫م َّٱلذى ي َ ج� ُد َون ُهۥ َم ْك ُت ًو� ع َند ُ ْه ف‬
َّ ‫َ َّ ُ َ َّ ُ َ َّ َّ ْ أ‬
ِّ‫ٱل‬ �‫يت ِبعون ٱلرسول ٱلن ِب‬
ِ ِ ‫ب‬ ِ ِ
ٰ َ ّ َّ ُ ُ َ ُّ ُ َ َ ُ ْ َ ْ ُ ٰ َ ْ‫َ َ ن‬ ُ ْ َ ْ ‫َ ْ ن َ أْ ُ ُ ُ ٱ‬
‫وف وي�ىم ع ِن ٱلنك ِر و ِ�ل لم ٱلط ِيبـ ِت‬ ‫ي‬ ِ ‫ٱل ِج� ِيل ي�مره ِب�لعر‬ ‫و ِإ‬
َ َ
َ َ َّ َ َ ْ ‫َ ُ َ ّ ُ َ َ ْ ُ ْ خَ َ ٰٓ َ َ َ َ ُ َ نْ ُ ْ ْ َ ُ ْ أ‬
‫ص ْه َوٱلغل ٰـل ٱل ِ ت� كن ْت َعل يْ ِ� ْم‬ ‫يو� ِرم عل ي ِ�م ٱلبـ ِئث ويضع ع�م ِإ‬
ۙ َ ُ َّ ُّ ۟ ُ َ َّ َ ُ ُ َ َ َ ُ ُ َّ َ َ ۟ َّ َ ۚ
‫ٱلن َور ٱل ِذ ٓى أ ن ز ِ�ل َم َع ُه ٓۥ‬ ‫فٱل ِذ ي نَ� َء َام ُنوا ِب ِهۦ وعزروه ونصوه وٱتبعوا‬
َ ُ ْ ُ ْ ُ ُ َ ٰٓ َ ۟ ُ
١٥٧ ‫أولـ ِئك ه ٱلف ِلحون‬
‫۝‬
Maksudnya: “Dan tetapkanlah untuk kami kebaikan dalam dunia
ini dan juga di akhirat, sesungguhnya kami kembali (bertaubat)
kepadamu”. Allah berfirman: “Azab-Ku akan Aku timpakan
kepada sesiapa yang Aku kehendaki, dan rahmat-Ku meliputi
tiap-tiap sesuatu; maka Aku akan menentukannya bagi orang-
orang yang bertakwa dan yang memberi zakat, serta orang-orang
yang beriman kepada ayat-ayat Kami. “Iaitu orang-orang yang
mengikut Rasulullah (Muhammad SAW) Nabi yang ummi, yang
mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di dalam
Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka. ia menyuruh mereka
dengan perkara-perkara yang baik, dan melarang mereka daripada
melakukan perkara- perkara yang keji; dan ia menghalalkan bagi
mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka
segala benda yang buruk; dan ia juga menghapuskan dari mereka
beban-beban dan belenggu- belenggu yang ada pada mereka. Maka
orang-orang yang beriman kepadanya, dan memuliakannya, juga
menolongnya, serta mengikut Nur (cahaya) yang diturunkan
kepadanya (al-Quran), mereka itulah orang- orang yang berjaya.
(al-A’raf 7: 156-157)

217
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Ahli Sunah Waljamaah mengikut landasan yang ditempuhi


oleh para sahabat Nabi SAW selepas daripada Sunnah Rasulullah
SAW, yang telah mengambil agama mereka daripada Nabi SAW
dengan penuh kejujuran, keikhlasan, ilmu dan juga amalan, dalam
kalangan golongan Muhajirin dan Ansar secara umumnya dan
Khulafa ar-Rasyidin secara khusus, kerana Nabi SAW berwasiat
dan berpesan supaya mengikut Khulafa ar- Rasyidin secara
khusus. Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan
oleh Abu Dawud (no hadis: 3991) dan dinilai sebagai Sahih oleh
al-Albani dalam Jami’ al-Sahih ( no hadis: 2549) daripada al-Irbad
bin Sariyah:
ُ ُ‫ك ب ُس َّن ت� َو ُس َّن ِة ْ خ‬
َ ْ ‫ال َل َف ِاء‬ ُ َْ َ َ
‫الر ِاش ِد ي نَ� تَ َ� َّسكوا ِب َ�ا َو َع ُّضوا‬
َّ �َ‫ال ْه ِد ِّي ي ن‬
‫ِي‬ ِ ْ ‫فعلي‬
َّ ُ ٌ َ ُ َّ ُ َّ َ ُ ‫ْأ‬ َ ُ ُ َ
‫َعل يْ َ�ا ِب� َّلن َو ِاج ِذ َو ِإ َّ ي� ْك َو ْم َد ث� ِت ال ُم ِور ف ِإن ك ْم َدث ٍة ِب ْد َعة َوك‬
ٌَ َ
‫ِب ْد َع ٍة َضل ةل‬
Maksudnya: Hendaklah anda semua berpegang teguh dengan
Sunnahku dan Sunnah Khulafa ar-Rasyidin yang mendapat
petunjuk, peganglah ia dan gigitlah dengan gigi geraham. Jauhilah
daripada melakukan perkara- perkara yang baru dan diada-adakan
(dalam agama). Kerana sesungguhnya setiap perkara yang diada-
adakan itu adalah bidaah dan setiap perkara bidaah itu adalah
sesat.

Kemudian mereka mengikut tabiin yang mengikut generasi


sahabat dan orang-orang yang mengikut generasi tabiin dengan
baik. Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan
oleh al-Tirmidhi (no hadis: 2641) dan dinilai sebagai Hasan oleh
al-Albani dalam Sahih al-Jami’ ( no hadis: 5343) Abdulah bin
Amru RA:
ً َ َ ً‫َ َ ْ تَ ُ ُ َّ ت َ َ َ َ َ َ ْ نَ َّةً ُ ُّ ُ ْ ف َّ َّ َّة‬
ِ ‫ كهم ِ ي� الن ِار ِإل ِمل و‬،‫وتف ِ�ق أم ِ ي� عل ثل ٍث وسب ِع ي� ِمل‬
،‫احدة‬
َ ْ َ َ َ َ َ‫َ ُ َ َ ْ َ ُ َ َّ َ َ َ َ ن‬
�‫ا‬ ْ ِ ‫ه ي� َرسول‬
‫ ما أ� علي ِه وأص ِب ي‬:‫الل؟ قال‬ َ ‫ ومن ِ ي‬:‫قالوا‬
Maksudnya: Umatku akan berpecah kepada 73 golongan. Kesemua
mereka dalam neraka kecuali satu golongan sahaja. Kata Abdullah:

218
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Apakah golongan yang satu itu wahai Rasulullah? Sabda baginda:


Golongan yang berada di atas landasanku dan landasan para
sahabatku.

Daripada sini jelas, rujukan utama bagi golongan Ahli Sunah


Waljamaah ketika berhadapan dengan perselisihan dan perbezaan
pendapat adalah kitab Allah SWT dan Sunnah Rasul-Nya.

Firman Allah SWT:


َ‫ْ أ‬ ُ َ َ َ َّ ۟ ُ َ ۟ ُ َ َ َّ َ ٰٓ َ
ْۖ ُ
‫نك‬ ‫ٱلر ُسول َوأ ۟و ِل ٱل ْم ِر ِم‬َّ ‫ٱلل َوأ ِط ُيع ۟وا‬ ‫يـأ يُّ َ�ا ٱل ِذ ي ن� َءامن ٓوا أ ِطيعوا‬
َّ ‫ُ تُ ْ ُ َ ٱ‬ َّ َ َ ْ َ‫َ َ َ ٰ َ ْ تُ ْ ف ش‬
ِ �‫ن� ت ْؤ ِم ُنون ِب‬
‫لل‬ ‫ٱلر ُس ِول ِإن ك‬ ِ ‫� ٍء ف ُر ُّد ُوه ِإل‬
َّ ‫ٱلل َو‬ �ِ �‫ف ِإن تنـزع‬
ً ‫أ‬ْ َ ٰ
َ َ َ ۚ ْ ْ
٥٩ ‫َوٱل َي ْو ِم ٱل َٔـ ِاخ ِر ذ ِلك خ ْي ٌ� َوأ ْح َس ُن تَ� ِويل‬
‫۝‬
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu
kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada
“Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu.
Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam
sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada
(Kitab) Allah (Al- Quran) dan (Sunnah) Rasul-Nya - jika kamu
benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian
adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.
(al-Nisa’4:59)

Para sahabat Rasulullah SAW pula merupakan rujukan


Ahli Sunah Waljamaah dalam memahami al-Kitab dan al-
Sunnah, kerana merupakan generasi yang pernah menyaksikan
penurunan al-Kitab, hidup bersama dengan Nabi SAW dan
perbezaan pandangan dalam perkara usul tidak berlaku dalam
kalangan mereka. Malah mereka merupakan manusia yang paling
mengetahui kehendak Allah SWT dan kehendak Rasul- Nya.
Allah SWT menetapkan kegagalan seseorang mengikut mereka,
akan mengundang kepada azab, kesesatan dan juga perpecahan.
Firman Allah SWT:
َ َّ ْ َ َ َ َّ َ
‫ٱلر ُسول ِم ۢن َب ْع ِد َما ت َب َّ ي نَ� ُل ُٱل َد ٰى َو َيت ِب ْع غ ْي َ� َس ِب ِيل‬ ‫َو َمن ُيش ِاق ِق‬

219
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

ٓ ۖ ََ
١١٥ ‫� نَّ َ� َو َسا َء ْت َم ِص ي ً�ا‬
‫۝‬
ُ َّ َ ّ ُ ُْ
‫ٱل ْؤ ِم ِن ي نَ� ن َوِ ِلۦ َما ت َو ٰل َون ْص ِ ِلۦ ج‬
Maksudnya: Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah
sesudah terang nyata kepadanya kebenaran petunjuk (yang
dibawanya), dan ia pula mengikut jalan yang lain dari jalan orang-
orang yang beriman, Kami akan memberikannya kuasa untuk
melakukan (kesesatan) yang dipilihnya, dan (pada hari akhirat
kelak) Kami akan memasukkannya ke dalam neraka jahanam; dan
neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.
(al-Nisa’ 4: 115)

Mereka tidak lari daripada nas yang sahih dan juga tidak
juga mendahului Allah SWT dan Rasul-Nya. Mereka juga tidak
menolak apa-apa yang terdapat dalam al-Kitab dan al-Sunnah
yang sahih, baik dengan menggunakan logik akal, qiyas, rasaan
rohani, kasyaf ahli sufi, kata-kata syeikh, imam dan juga pendapat
majoriti, kerana agama telah pun lengkap dan sempurna pada
masa hayat Rasulullah SAW.

Firman Allah SWT:


ُ ُ ‫يت َل‬
ُ ‫ك ن ْع َم ت� َو َرض‬ ْ ُ ْ َ َ ُ ْ َ ْ‫ْ َ ْ َ َ ْ َ ْ ُ َ ُ ْ َ ُ ْ َ َ ت‬
‫ك‬ ِ ِ ِ ‫ٱليوم أ كلت لك ِدينك وأ�مت علي‬
َ َّ ‫ٱض ُط َّر ف� َ خْم َم َص ٍة َغ ْي َ� ُم َت َجا ِن ٍف ّ ِ إل ثْ ۙ� َفإ َّن‬
‫ٱلل‬ ْ ‫ٱل ْس َل ٰـ َم د ًيناۚ فَ َ�ن‬
ِ ‫إ‬
ْ
ِ ٍ ِ ِ ِ ِ
ُ َ
‫۝‬٣ �ٌ ‫غف ٌور َّر ِح ي‬
Maksudnya:….pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa
(daripada memesongkan kamu) dari ugama kamu (setelah mereka
melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah
kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah
kamu takut dan gentar kepada-Ku. Pada hari ini, Aku telah
sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan
nikmat- Ku kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu
menjadi ugama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana
kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang
ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia
memakannya), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun,

220
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

lagi Maha Mengasihani.


(al-Mai’dah 5: 3)

Mereka meyakini tindakan mendahului Allah SWT dan Rasul-


Nya merupakan punca kepada kesesatan, kerana termasuk ke
dalam erti kata mengikut hawa nafsu dan berbicara tentang Allah
SWT tanpa berdasarkan ilmu. Ia merupakan perhiasan syaitan
bagi menghalang manusia daripada jalan Allah Azza Wajalla.

Ahli Sunah Waljamaah berpendapat akal yang sarih bertepatan


dengan naqal yang sahih. Ketika berlaku permasalahan, mereka
mendahulukan naqal, kerana naqal tidak membawa melainkan
sesuatu yang mustahil kepada akal yang sihat untuk menerimanya,
sebaliknya ia membawa sesuatu yang boleh menimbulkan
kebingungan kepada akal. Akal yang sihat membenarkan naqal
yang sahih pada setiap perkara yang diberitahunya, kerana ia
datang daripada sisi Allah SWT dan bukan sebaliknya. Walau
bagaimanapun Ahli Sunah Waljamaah juga tidak pernah
memperkecilkan akal dan kedudukan akal dalam kehidupan
manusia, kerana akal di sisi mereka adalah sumber taklif.
Peranannya ialah reda, tenang, berfikir dan mentadabbur alam
maya yang luas ini dan juga tentang isi kandungan syariat yang
maha bijaksana. Cuma bagi mereka akal tidak boleh mendahului
syarak kerana jika demikian bererti manusia tidak memerlukan
para rasul. Akal hanya berfungsi dalam skop dan ruang lingkup
yang dibenarkan syariat dan hukum-hakamnya sahaja, kerana
Allah SWT menetapkan batasan tertentu kepada akal, yang mana
ia tidak mampu melampaui batasan tersebut.

Firman Allah SWT:


َ‫ون َأ ْه َوٓا َء ُ ْهۚ َو َم ْن َأ َض ُّل ِ َّمن َّٱت َبع‬
َ ُ َّ َ َ َّ‫َ َّ ْ َ ْ َ ُ ۟ َ َ َ ْ َ ْ َ ن‬
‫ف ِإن ل يست ِجيبوا لك فٱعل أ�ا يت ِبع‬
ِ
َّ َْ َ َ َّ َّ ۚ َّ َ ّ ً ُ ْ َ ُ ٰ َ َ
‫۝‬٥٠ �َ‫ٱلل ل يَ ْ� ِدى ٱلق ْو َم ٱلظ ٰـ ِ ِل ي ن‬ ‫ٱلل ِإن‬ِ ‫هوىه ِبغ ي ِ� هدى ِمن‬
Maksudnya: Kemudian, kalau mereka tidak dapat menerima
cabaranmu (Wahai Muhammad), maka ketahuilah, sesungguhnya
mereka hanyalah menurut hawa nafsu mereka; dan tidak ada yang

221
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

lebih sesat daripada orang yang menurut hawa nafsunya dengan


tidak berdasarkan hidayah petunjuk dari Allah. Sesungguhnya
Allah tidak memberi pimpinan kepada kaum yang zalim (yang
berdegil dalam keingkarannya).
(al-Qasas 28: 50)

Ahli Sunah Waljamaah berpegang dengan ijmak pemimpin-


pemimpin agama dan ulama Islam yang adil, yang terdiri daripada
dalam kalangan tokoh-tokoh yang disaksikan oleh umat Islam
sebagai mempunyai kelebihan dan ikutan yang kuat terhadap
Sunnah Rasulullah SAW, di samping menjauhi amalan bidaah
dan memberi amaran keras terhadapnya. Tokoh-tokoh tersebut
adalah tokoh-tokoh yang telah disepakati oleh umat Islam dari
aspek kepimpinan dalam urusan agama dan besarnya kedudukan
mereka terhadap agama itu sendiri. Rasulullah SAW bersabda
dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Tirmidhi (no hadis:2093)
dan dinilai sebahagian besar lafaznya sebagai sahih oleh al-
Albani dalam Sahih Wa Da’if Sunan al-Tirmidhi (no hadis: 2167)
daripada Ibn Umar:
َ َّ َ ُ َّ َّ َ َّ َ ُ َ َّ ُ َ َ ْ َ ‫َّ َّ َ َ َ ْ َ ُ ُ َّ ت‬
‫الل َعل ْي ِه َو َس َل َعل‬ ‫ِإن الل ل ي ج�مع أم ِ ي� أو قال أمة مم ٍد صل‬
َّ ‫ال َم َاع ِة َو َم ْن َش َّذ َش َّذ إ َل‬
‫الن ِار‬ َ ‫الل َم َع ْ ج‬
ِ
َّ ُ َ َ ‫َ َ َ ة‬
‫ضل ٍل ويد‬
ِ
Maksudnya: Sesungguhnya Allah tidak mengumpulkan umatku
atau baginda bersabda: Umat Muhammad SAW di atas landasan
kesesatan. Tangan Allah itu di atas Jamaah. Sesiapa yang berpisah
daripada Jamaah, dia akan berseorangan di dalam neraka.

Umat Islam maksum daripada berkumpul untuk melakukan


kebatilan dan kesesatan dan tidak mungkin sama sekali mereka
akan berkumpul untuk meninggalkan kebenaran yang jelas.

Ahli Sunah Waljamaah tidak mengiktikadkan seseorang


maksum daripada salah dan silap selain daripada Rasulullah
SAW sahaja, tanpa mengira tinggi mana kedudukan orang itu
dalam agama dan pencapaian ilmu yang dikuasainya. Mereka
juga berpendapat ijtihad sama sekali tidak boleh dilakukan

222
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

dalam perkara yang sudah ada nas yang jelas. Mereka meyakini
ulama yang mencukupi syarat-syarat melakukan ijtihad seperti
mengetahui tentang nasikh dan mansukh, khas dan am, mutlak
dan muqayyad dan juga menguasai sejumlah ilmu tentang dalil-
dalil yang terperinci daripada al-Kitab, al-Sunnah, ijmak, qiyas,
kata-kata para sahabat dan selok-belok bahasa Arab kemudian
berijtihad dalam batasan-batasan tersebut, boleh terdedah kepada
salah dan betul dalam ijtihad yang dilakukannya itu. Jika betul, dia
mendapat dua pahala iaitu pahala betul dan juga pahala kerana
berusaha untuk melakukan ijtihad dan jika salah, hanya mendapat
satu pahala iaitu pahala kerana melakukan ijtihad sahaja.

Firman Allah SWT:

َ َ ۖ ۟ َ َ َ‫َ َ َ ٓ َ ُ ْ َ ْ ٌ ّ َ ْ أَ ْ َ ْ خ‬
‫ٱل ْو ِف أذ ُاعوا ِب ِهۦ َول ْو َر ُّد ُوه ِإل‬ ‫و ِإذا جاءه أمر ِمن ٱلم ِن أ ِو‬
َ ْ َ َ ۗ ْ ُ ْ‫َّ ُ َ َ ٰٓ ُ ۟ ْ أَ ْ نْ ُ ْ َ َ َ ُ َّ نَ َ ْ َ ۢ ُ َ ُ ن‬
‫ٱلرس ِول و ِإل أو ِل ٱلم ِر ِم�م لع ِله ٱل ِذ ي� يستن ِبطونهۥ ِم�م ولول‬
ً َ َّ َ َّ َّ ‫َ ْ ُ َّ َ َ ْ ُ ْ َ َ ْ َ َ ٱ‬
‫۝‬٨٣ ‫ح ُت ُهۥ لت َب ْع تُ ُ� ٱلش ْيط ٰـ َن ِإل ق ِليل‬ ‫ٱلل عليك ور‬ِ ‫فضل‬
Maksudnya: Dan apabila datang kepada mereka sesuatu
berita mengenai keamanan atau kecemasan, mereka terus
menghebahkannya; padahal kalau mereka kembalikan sahaja
hal itu kepada Rasulullah dan kepada- “Ulil-Amri” (orang-orang
yang berkuasa) di antara mereka, tentulah hal itu dapat diketahui
oleh orang-orang yang layak mengambil keputusan mengenainya
di antara mereka; dan jika tidaklah kerana limpah kurnia Allah
dan belas kasihan-Nya kepada kamu, tentulah kamu (terbabas)
menurut Syaitan kecuali sedikit sahaja (iaitu orang-orang yang
teguh imannya dan luas ilmunya di antara kamu).
(al-Nisa’4: 83)

Perselisihan dalam persoalan ijtihad tidak menyebabkan


berlaku permusuhan, kebencian dan pulau-memulau, bahkan
saling mengasihi dan mendukung antara satu sama lain. Begitu
juga saling menunaikan solat di belakang antara satu sama lain.

223
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Firman Allah SWT:


ۚ ۟ ٓ ُ ْ َ ۖ ْ ُ ُ َ َ ْ َ َ ۟ ُ َ ْ َ َ ۟ ُ َ ٰ َ َ َ َ ُ َ ُ َ َ َ َّ ۟ ُ َ َ
‫وأ ِطيعوا ٱلل ورسولۥ ول تنـزعوا فتفشلوا وتذهب ِر ي�ك وٱص ِب�وا‬
‫۝‬٤٦ �َ‫ٱلص ٰـ ِب ِ� ي ن‬ َ َّ ‫إ َّن‬
َّ ‫ٱلل َم َع‬
ِ
Maksudnya: Dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul- Nya, dan
janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu
menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah
(menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); Sesungguhnya
Allah beserta orang-orang yang sabar.
(al-Anfal 8: 46)

Ahli Sunah Waljamaah juga tidak mewajibkan seseorang


terikat dengan mazhab faqih tertentu, meskipun mereka
berpendapat tidak ada masalah jika ada individu yang hendak
berbuat demikian, asalkan berbentuk ittiba (ikutan dengan
memahami dalil) dan bukan tanpa mengetahui dalil. Seseorang
yang berusaha mencari keredaan Allah SWT dan mengikut
Sunnah Rasulullah SAW boleh berpindah daripada satu mazhab
ke satu mazhab yang lain, kerana mengutamakan kekuatan dalil
yang kuat yang dipegang oleh mazhab tersebut dan memilih
pendapat itu.

Bagi penuntut ilmu yang mempunyai kelayakan dan segala


peralatannya dan dalam masa yang sama pula mengetahui dalil-
dalil yang dipegang oleh imam- imam mujtahidin, boleh beramal
dengan dalil-dalil tersebut. Dia boleh berpindah daripada seseorang
imam kepada imam lain dalam sesuatu masalah, jika dilihat
imam tersebut mempunyai dalil yang lebih kuat dan penguasaan
fiqh yang lebih matang. Tidak harus mengikuti seseorang tanpa
mengetahui dalil, kerana dengan berbuat demikian, dia menjadi
seorang yang bertaklid. Dia berkewajipan mengorbankan segala
usaha dan tenaga untuk meneliti perbezaan pendapat yang berlaku
dalam kalangan ulama dan dalil-dalil yang dikemukakan mereka,
sehingga jelas kepada beliau dalil yang kuat. Jika beliau tidak
mampu membuat pemilihan pendapat yang kuat, statusnya dikira
sama sahaja dengan status orang awam dan orang awam boleh

224
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

bertanya kepada sesiapa sahaja dalam kalangan orang alim yang


dikehendakinya.

Bagi orang awam yang tidak mempunyai kemahiran dalam


menganalisis dalil, dikira tidak bermazhab dengan mazhab mana-
mana imam muktabar, bahkan mazhabnya adalah mazhab ulama
yang dia bertanya itu sendiri. Dia berkewajipan mengambil sikap
yang teliti dalam persoalan yang ditanya dan bertanya kepada
orang yang dia percayai ilmu, agama dan sifat amanah. Dia
hendaklah bertanya kepada ulama yang rabbani, bertakwa, soleh,
alim dan beramal dengan kitab Allah SWT dan Sunnah Rasul-
Nya.

Firman Allah SWT:


ْ ّ َ ْ َ ۟ ٓ ُ َٔ ْ َ ۚ ْ ْ َ ٓ ُّ ً َ َّ َ ْ َ َ ‫َو َم ٓا َأ ْر َس ْل‬
‫ٱلذك ِر ِإن‬
ِ ‫ل‬‫ه‬ ‫أ‬ ‫ا‬‫و‬ ‫ل‬ ‫ـ‬ ‫س‬ ‫ف‬ ‫م‬ � ‫ل‬
ِ‫ِ ي‬‫إ‬ ‫وح‬
ِ ‫ن‬ ‫ال‬ ‫ج‬‫ر‬ ‫ل‬ ‫إ‬
ِ ِ ِ ‫ك‬ ‫ل‬‫ب‬ ‫ق‬ ‫ن‬ ‫م‬ِ ‫ا‬ ‫ن‬
َ َ
َ َ ْ ُ‫ُ ت‬
‫۝‬٤٣ ‫ن� ل ت ْع ُلون‬ ‫ك‬
Maksudnya: Dan tidaklah Kami mengutus Rasul-rasul sebelummu
(Wahai Muhammad), melainkan dari kalangan orang-orang
lelaki, yang Kami wahyukan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah
kamu (Wahai golongan Musyrik) kepada orang-orang yang
berpengetahuan ugama jika kamu tidak mengetahui.
(al-Nahl 16: 43)

Ahli Sunah Waljamaah tidak mengharuskan berpegang


dengan pendapat-pendapat yang mudah (al- Rukhas) tanpa
berdasarkan dalil syarak yang jelas dan kuat dan juga bertaklid
kepada seseorang alim yang muktabar. Mereka juga menegah
melakukan talfiq (mencampuradukkan antara mazhab dalam
sesuatu isu) tanpa tujuan untuk mencari kebenaran, kerana dengan
mengikut pendapat-pendapat yang mudah tanpa dalil yang kukuh
akan menyebabkan seseorang mudah terlepas daripada ikatan
taklif syarak, bahkan lebih berbentuk mengutamakan amalan
berdasarkan hawa nafsu tanpa berdasarkan dalil.

225
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Ahli Sunah Waljamaah mengiktikadkan pendalaman ilmu


agama tidak akan berlaku dan tidak akan stabil kecuali berdasarkan
ilmu dan amalan sekali gus. Sesiapa yang memperoleh ilmu yang
banyak tetapi tidak beramal dengan ilmu itu atau tidak mengikut
petunjuk Rasulullah SAW dan juga tidak mengikut Sunnah
baginda SAW, bukanlah seorang yang faqih dalam erti kata yang
sebenar, kerana teks-teks al-Kitab dan al-Sunnah menjelaskan
tentang kewajipan menggabungkan sekali antara ilmu dengan
amalan dan memberi amaran keras agar tidak memisahkannya.

Firman Allah SWT:


َ َ‫ف ْ أ‬
َ ْ �ُ‫ٱل ْرضۖ َو ُه َو ْٱل َعز ي ز‬
َ‫۝ َي ٰٓـأ يُّ�ا‬١ �ُ ‫ٱل ِك ي‬ � ِ ‫ا‬‫م‬ َّ �‫َس َّب َح ِل َّ ِل َما ِ ف‬
َ ‫ٱلس َم ٰـ َٰو ِت َو‬
ِ ِ
َ ُ َ ْ َ َ َ َ ُ ُ َ َ ۟ ُ َ َ َ‫َّ ن‬
‫۝‬۲ ‫ٱل ِذ ي� ءامنوا ِل تقولون ما ل تفعلون‬
Maksudnya: Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, tetap
mengucap tasbih kepada Allah; dan Dialah yang Maha Kuasa, lagi
Maha Bijaksana. Wahai orang- orang yang beriman! Mengapa
kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!.
(al-Saf 61: 1-2)

Ahli Sunah Waljamaah berpendapat menuntut ilmu yang


bermanfaat wajib ke atas setiap orang Islam, mengikut kemampuan
yang ada. Ilmu yang dimaksudkan itu adalah ilmu yang
membolehkannya mengenal tuhan, agama yang benar dan nabinya
yang amanah. Ilmu yang membolehkannya melakukan ibadah
kepada Allah SWT, mencari keredaan dan Syurga-Nya dan juga
bagaimana cara mengelakkan perkara yang boleh menyebabkan
kemurkaan, kemarahan dan azab Allah SWT yang amat pedih.
Ini kerana ilmu yang bermanfaat merupakan pemimpin kepada
amalan yang benar. Amalan yang dilakukan tidak sah melainkan
berdasarkan ilmu yang benar.

226
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Firman Allah SWT:


َ َ ْ َ ۟ ُ ْ َ َ َ َ َٔ ْ ُ َ ْ َ ً ‫َ َّ ْ ُ َ َ ٰ ٌ َ نَ ٓ َ َّ ْ َ ً َ َ ٓ ئ‬
‫أمن هو قـ ِنت ءا�ء ٱلي ِل س ِاجدا وقا ِ�ا ي�ذر ٱلـ ِاخرة و ي�جوا رحة‬
َّ َ ۗ َ َ َ َّ َ َ َّ ْ ُْ ۗ
‫َر ِّب ِهۦ قل َهل َي ْس َت ِوى ٱل ِذ ي نَ� َي ْع ُلون َوٱل ِذ ي نَ� ل َي ْع ُلون ِإ نَّ َ�ا َي َتذك ُر‬
ٰ َ ْ َ‫ُ ۟ ُ ۟ ْ أ‬
‫۝‬٩ ‫أولوا ٱللبـ ِب‬
Maksudnya: “(Engkaukah yang lebih baik) atau orang yang
taat mengerjakan ibadat pada waktu malam dengan sujud dan
berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan
rahmat Tuhannya? “Katakanlah lagi (kepadanya): “Adakah sama
orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak
mengetahui?” Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil
pelajaran dan peringatan hanyalah orang- orang yang berakal
sempurna.
(al-Zumar 39: 9)

Setelah mempelajari ilmu yang bermanfaat, wajib


menyebarkannya kepada manusia dengan cara-cara yang
dibenarkan oleh syarak dan mengajarkannya kepada orang-orang
yang tidak mengetahuinya. Tidak halal menyembunyikan ilmu
tersebut, lebih-lebih lagi apabila ditanya oleh seseorang.

Firman Allah SWT:


ُ‫ون َم ٓا َأ ن زَ� ْل َنا م َن ْٱل َب ّي َن ٰـت َو ْ ُٱل َد ٰى م ۢن َب ْعد َما َب َّي َّن ٰـه‬
َ ُ ُ ْ َ َ‫َّ َّ ن‬
‫ِإن ٱل ِذ ي� يكتم‬
ِ ِ ِ ِ ِ
َّ َّ َ َّ ُ
ْ ُ َّ ُ ُ ُ‫َّ ف ْ َ ٰ ۙ ۟ َ ٰٓ َ َ ْ َ ن‬
�َ‫۝ ِإل ٱل ِذ ي ن‬ ١٥٩ ‫ٱلل َو َيل َع نُ ُ� ُم ٱلل ٰـ ِع ُنون‬ ‫اس ِ� ٱل ِكتـ ِب أولـ ِئك يلع�م‬ ِ ‫ِللن‬
‫۝‬١٦٠ �ُ ‫ٱلر ِح ي‬ َّ ‫اب‬ َّ �َ‫وب َع َل ْ� ْم ۚ َوَأ ن‬
ُ ‫ٱلت َّو‬ ُ ‫ت‬
ُ َ َ ٰٓ َ ۟ ُ َ ۟ ُ َّ َ َ ۟ ُ َ ْ َ َ ۟ ُ َ‫ت‬
‫�بوا وأصلحوا وبينوا فأولـ ِئك أ‬
ِ‫ي‬
Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan
apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan
petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia
di dalam Kitab suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat
oleh sekalian makhluk. Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan
memperbaiki (amal buruk mereka) serta menerangkan (apa yang
mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat

227
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

mereka, dan Akulah yang Maha Penerima Taubat, lagi Maha


Mengasihani.
(al-Baqarah 2:159-160)

Kesimpulan

Dalam soal penerimaan dan pendalilan, Ahli Sunah Waljamaah


merujuk kepada dua sumber asas yang mana jika seseorang Islam
berpegang teguh dengan kedua-duanya, dia sama sekali tidak
akan sesat. Dalil- dalil yang lain adalah cabang daripada kedua-
duanya. Kedua-dua sumber asas tersebut ialah al-Quran dan
al- Sunnah yang sahih. Kedua-dua sumber inilah yang dipegang
oleh generasi sahabat dan tabiin satu ketika dahulu dan hasilnya
mereka telah muncul sebagai bangsa yang hebat, kuat dan sangat
kuat menyerah diri kepada Allah SWT. Kefahaman tentang nas
yang terbaik adalah yang difahami oleh generasi salafus salih
yang terdiri daripada generasi sahabat, tabi dan juga tabiin dan
ketiga-tiga generasi ini telah diperakui oleh Rasulullah SAW
sendiri sebagai generasi yang paling baik dan manusia yang hidup
di kurun yang paling baik. Kerana itu umat Islam hari ini wajib
memahami dalil-dalil mengikut sebagaimana yang difahami oleh
generasi salafus salih satu ketika dahulu, jika mereka inginkan
keselamatan hidup di dunia dan juga akhirat. Golongan Ahli
Sunah Waljamaah tidak menolak sama sekali penggunaan dalil
akli, sebaliknya menggunakan dalil tersebut di bawah kerangka
yang diizinkan oleh syarak dan batasan-batasannya.

228
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

229
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Pendahuluan
Antara asas akidah Ahli Sunah Waljamaah ialah mereka
mengiktikadkan wajib melantik pemimpin orang- orang Islam
bagi menjaga agama Islam, menegakkan agama, melaksanakan
hudud, menguruskan urusan orang-orang Islam, melaksanakan
hak-hak, menghukum berdasarkan apa yang diturunkan Allah
SWT, melaksanakan amar makruf dan menegah yang mungkar
dan menyeru manusia kepada agama Allah SWT. Mereka
berpendapat wajib mentaati dan mematuhi pemerintah yang
dilantik bagi mengetuai urusan orang- orang Islam, selagi mana
mereka tidak menyuruh melakukan maksiat. Apabila mereka
menyuruh melakukan maksiat, ketika itu mentaati mereka sama
sekali tidak harus. Kewajipan mentaati mereka dalam perkara
yang baik, kekal secara umum, sebagai beramal dengan firman
Allah SWT:
ْۖ ُ َ‫ْ أ‬ ُ َ َ ُ ۟ ُ َ َ َ َّ ۟ ُ َ ۟ ُ َ َ َّ َ ٰٓ َ
ْ ۟
‫ٱلرسول وأو ِل ٱلم ِر ِمنك‬ َّ ‫يـأ يُّ َ�ا ٱل ِذ ي ن� َءامن ٓوا أ ِطيعوا ٱلل وأ ِطيعوا‬
َّ ‫ُ تُ ْ ُ َ ٱ‬ َّ َ َ ْ َ‫َ َ َ ٰ َ ْ تُ ْ ف ش‬
ِ �‫ن� ت ْؤ ِم ُنون ِب‬
‫لل‬ ‫ٱلر ُس ِول ِإن ك‬ ِ ‫� ٍء ف ُر ُّد ُوه ِإل‬
َّ ‫ٱلل َو‬ �ِ �‫ف ِإن تنـزع‬
ً ‫أ‬ْ َ ٰ
َ َ َ ۚ ْ ْ
‫۝‬٥٩ ‫َوٱل َي ْو ِم ٱل َٔـ ِاخ ِر ذ ِلك خ ْي ٌ� َوأ ْح َس ُن تَ� ِويل‬
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu
kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada
“Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu.
Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam
sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada
(Kitab) Allah (al- Quran) dan (Sunnah) Rasul-Nya - jika kamu
benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian
adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.
(al-Nisa’4: 59)

Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-


Bukhari (no hadis:6604) daripada Abu Hurairah RA:
َ َ َ َّ ‫َم ْن َأ َط َاع ن� َف َق ْد َأ َط َاع‬
َ َّ ‫الل َو َم ْن َع َص نا� َف َق ْد َع َص‬
‫الل َو َم ْن أط َاع‬ ‫ِي‬ ‫ِي‬

230
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

‫َأ ِم ي�ي َف َق ْد َأ َط َاع ن� َو َم ْن َع َص َأ ِم ي�ي َف َق ْد َع َص ن‬


�‫ا‬
‫ِي‬ ِ ‫ِي‬ ِ
Maksudnya: Sesiapa yang mentaatiku, sesungguhnya dia telah
mentaati Allah dan sesiapa yang menderhaka kepadaku bererti
dia telah menderhaka kepada Allah. Sesiapa yang mentaati
pemerintahku, sesungguhnya dia mentaatiku dan sesiapa yang
menderhaka kepada pemerintahku, sesungguhnya dia telah
menderhaka kepadaku.

Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadis yang diriwayatkan


oleh Muslim (no hadis: 3439) daripada Ibn Abbas. RA:
َ‫الناس َخ َرج‬ َّ ‫َم ْن َكر َه م ْن َأم�ه َش ْي ًئا َف ْل َي ْص ْ� َع َل ْيه َفإ َّن ُه َل ْي َس َأ َح ٌد م ْن‬
ِ ِ ِ ِ ‫ِب‬ ِِ‫ِ ِ ِي‬
ً َ ‫ات َع َل ْيه إ َّل َم‬
‫ات ِم َيت ًه َج ِاه ِل َّية‬ َ �َ َ‫الس ْل َطان ش ْ ً�ا ف‬
ِِ ‫ِم ْن ُّ ِ ِ ب‬
Maksudnya: Sesiapa yang membenci sesuatu perkara yang
dilakukan oleh pemerintahnya, hendaklah bersabar, kerana tidak
ada seorang pun yang keluar daripada mentaati pemerintah
meskipun untuk sekadar sejengkal melainkan dia mati dalam
keadaan jahiliah.

Sikap Ahli Sunah Waljamaah Dalam Mentaati


Pemerintah
Ahli Sunah Waljamaah mempunyai sikap yang tersendiri dalam
mentaati pemerintah iaitu:

Ahli Sunah Waljamaah mengiktikadkan mentaati pemerintah


atau Ulil Amri dalam perkara yang baik adalah amalan ketaatan
yang paling besar dan boleh mendekatkan diri kepada Allah
SWT. Ia merupakan antara kewajipan yang paling besar yang
wajib dilakukan oleh rakyat jelata. Ia merupakan asas yang
agung dan besar, yang melibatkan asas akidah dan iman. Kerana
itu tokoh-tokoh imam salafus salih memasukkannya ke dalam
kategori akidah. Boleh dikatakan hampir semua buku-buku yang
membicarakan persoalan akidah mengandungi perkara-perkara
asas, perakuan, ulasan dan juga keterangan tentang akidah. Ia

231
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

merupakan satu kewajipan syarak yang wajib dilakukan oleh setiap


orang Islam, kerana ia merupakan salah satu daripada tonggak
hukum dan salah satu daripada kaedah yang berkaitan dengan
sistemnya. Nabi SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan
oleh al-Bukhari (no hadis: 6611) daripada Abdullah:
َ
ْ َ ‫ال ْس ِ ِل ِف ي� َما أ َح َّب َو َك ِر َه َم‬
ْ‫ال ُي ْؤ َمر‬ ُ ْ ‫ال ْر ِء‬َ ْ ‫الط َاع ُة َع َل‬
َّ َ ُ ْ َّ
‫السمع و‬
َ َ َ ََ ُ َ َ
‫ِب َ� ْع ِص َي ٍة ف ِإذا أ ِم َر ِب َ� ْع ِص َي ٍة فل َ ْس َع َول ط َاعة‬
Maksudnya: Ketaatan dan kepatuhan wajib dilakukan oleh
seseorang Islam, dalam perkara yang dia suka dan benci, selagi tidak
diperintahkan melakukan sesuatu maksiat. Apabila diperintahkan
melakukan sesuatu maksiat, ketika itu tidak ada ketaatan dan juga
kepatuhan.

Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh


Muslim (no hadis: 3424) daripada Ali RA:
َّ َ َّ‫َ َ َ َ ف َ ْ َ َّ ن‬
َ ْ �‫الط َاع ُة ِ ف ي‬
ِ ‫ال ْع ُر‬
‫وف‬ ِ ‫ل طاعة ِ ي� مع ِصي ِة‬
‫الل ِإ�ا‬
Maksudnya: Tidak ada ketaatan dalam melakukan penderhakaan
kepada Allah, sebaliknya ketaatan hanya kepada perkara yang
baik sahaja.

Ahli Sunah Waljamaah mengiktikadkan perlu menunaikan


solat, solat Jumaat dan hari raya di belakang para pemerintah,
melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar, melakukan jihad
bersama-sama dengan pemerintah, baik pemerintah yang baik
mahupun yang fasik, berdoa dengan kebaikan, istiqamah dan
juga hidayah untuk mereka, menasihati dan membimbing ke jalan
yang lurus, memperingatkan mereka secara lembut dan harmoni
dan mengajak masyarakat mentaati mereka, selagi mereka tidak
mengubah asas-asas Islam dan asas-asas agama.

Ahli Sunah Waljamaah mengharamkan kepada rakyat jelata


keluar menentang pemerintah dengan menggunakan senjata,
jika pemerintah melakukan perkara yang bercanggah dengan

232
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

syariat yang tidak mencecah tahap kufur. Mereka menyuruh


rakyat bersabar dalam berdepan dengan fenomena tersebut,
asalkan pemerintah tidak melakukan perkara yang mengkufurkan
secara terang-terangan. Ini kerana Nabi SAW memerintahkan
mereka mentaati pemerintah dalam perkara yang tidak berbentuk
maksiat, sebagaimana baginda SAW juga memerintahkan mereka
tidak terlibat dalam peperangan yang melibatkan fitnah sesama
umat Islam dan juga memerangi orang-orang yang berusaha
memecahbelahkan umat Islam. Rasulullah SAW bersabda dalam
hadis yang diriwayatkan oleh Muslim (no hadis: 3447) daripada
Auf bin Malik RA:
َ ُّ َ ُ َ ْ ُ ْ َ َ َ ُّ َ ُ َ ْ ُ َ ُّ ُ َ ْ ُ َ‫َ ُ َ ئ َّ ُ ْ َّ نَ ُت ُّ ن‬
‫ِخيار أ ِ� ِتك ال ِذ ي� ِ�بو�م يو ِ�بونك ويصلون عليك وتصلون‬
َ
‫و� ْم‬ُ َ‫ك َو َت ْل َع ُن ن‬
ْ ُ ‫و� ْم َو ُي ْب ِغ ُض َون‬ ُ َ‫ك َّال ِذ ي نَ� ُت ْب ِغ ُض ن‬ َ ِ‫َع َل يْ ِ� ْم َو ش‬
ْ ُ ‫� ُار أ ئِ َّ� ِت‬
ُ َ َ َ َ َ َ َ ْ َّ ْ ُ ُ َ ُ َ َ َ َّ َ ُ َ َ َ ْ ُ َ ُ َ ْ َ َ
‫الل أفل نن ِابذه ِب�لسي ِف فقال ل ما أقاموا‬ ِ ‫ويلعنونك ِقيل ي� رسول‬
َ َ ُ َ َ َ ُ َ ْ َ ُ َ ُ َ ْ َ ً ْ َ ْ ُ َ ُ ْ ْ ُ‫ُ ْ َّ َ َ َ َ َ َ ْ ت‬
‫ِفيك الصلة و ِإذا رأي� ِمن ول ِتك شيئا تكرهونه فاكرهوا عل ول‬
َ َ
‫ت نْ زِ� ُعوا َي ًدا ِم ْن ط َاع ٍة‬
Maksudnya: Pemimpin anda yang paling baik sekali ialah yang
anda suka kepada mereka dan mereka pula suka kepada anda.
Mereka mendoakan anda dan anda pula mendoakan untuk
mereka. Pemimpin anda yang paling keji ialah yang anda benci dan
mereka pula membenci anda. Anda melaknat mereka dan mereka
pula melaknat anda. Ketika itu Rasulullah SAW ditanya: Wahai
Rasulullah bolehkah kita memerangi mereka dengan mata pedang?
Baginda bersabda: Tidak, selagi mereka menegakkan solat dalam
kalangan anda. Apabila anda melihat sesuatu yang anda benci
yang dilakukan oleh pemerintah dalam kalangan anda, bencilah
amalan tersebut tetapi jangan mencabut ketaatan daripadanya.

Ahli Sunah Waljamaah berpendapat imam atau ketua negara


mempunyai tanggungjawab yang berat, kewajipan-kewajipan yang
besar dan amanah yang berbagai-bagai. Allah SWT mewajibkan
pemerintah melaksanakannya antaranya ialah:

233
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Melaksanakan syariat Islam, sebagaimana yang diinginkan


Allah SWT di seluruh aspek kehidupan. Syariat bersifat
menyeluruh dan sama sekali tidak boleh dipecah-pecahkan.

Berdakwah menyebarkan Islam, ilmu dan pengetahuan yang


sebenar, dengan segala cara yang ada, disamping membendung
dan memerangi berbagai-bagai syubhah dan kebatilan.

Melancarkan jihad pada jalan Allah SWT agar kalimah Allah


menjadi kalimah yang tertinggi.

Menjaga benteng dan sempadan negara dengan kelengkapan


yang kuat dan utuh, sehingga orang-orang Islam merasa aman
dalam mengamalkan agama dan aman terhadap nyawa, harta dan
juga kehormatan.

Menegakkan hudud dan melaksanakan hukum-hakam bagi


mengelakkan perkara-perkara yang diharamkan dilanggar dan
menjaga hak-hak hambanya daripada rosak dan musnah.

Memungut cukai al-Fai’ dan zakat daripada orang-orang


yang diwajibkan berbuat demikian oleh syarak berdasarkan nas
dan ijtihad.

Menunjukkan rasa takut kepada Allah dalam melaksanakan


hak terhadap rakyat, bersikap lembut terhadap mereka dan
menasihati mereka dengan cara yang baik dan tidak mencari-cari
keaiban mereka untuk disebarkan kepada umum. Pemerintah
hendaklah menyedari, dia adalah penjaga yang diamanahkan
Allah untuk menjaga umat Islam, berkhidmat kepada agama dan
syariatnya dan juga melaksanakan hukum-hukum hudud, baik
yang umum mahupun khusus.

Menunjukkan teladan dan ikutan yang baik kepada rakyat


jelata, mempunyai semangat yang kuat dan tidak mudah cair
oleh cacian orang-orang yang suka mencaci. Pemerintah juga
merupakan pemegang amanah umat dan amanah agama, darah,
harta, kehormatan, kepentingan, keamanan dan juga tingkah laku

234
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

mereka.

Bertindak bukan untuk kepentingan diri sendiri sebaliknya


untuk kepentingan umat.

Firman Allah SWT:


۟ ُ َ َ َ َ ٰ َ َّ ۟ ُ َ َ َ َ ٰ َ َّ ۟ ُ َ َ ْ َ‫َّ َّ َّ ٰ ُ ْ ف ْ أ‬ َّ
‫ٱلصلوة وءاتوا ٱلز كوة وأمروا‬ ‫ٱل ِذ ي نَ� ِإن مكنـهم ِ� ٱلر ِض أقاموا‬
ُ‫َّ َ ُ ْ أ‬ ۗ َ ُ ْ َ ۟ ْ َ َ‫َ ن‬ ْ‫ٱ‬
‫۝‬ ُ
٤١ ‫َو ِل ِل ع ٰـ ِق َبة ٱلم ِور‬ ‫وف و�وا ع ِن ٱلنك ِر‬ِ ‫ِب� َل ْع ُر‬
Maksudnya: Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan
mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan
sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat
kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara
yang mungkar. dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala
urusan.
(al-Haj 22: 41)

Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh


Muslim (no hadis:203) daripada Ma’qil bin Yasar RA:
ٌّ َ ُ �ُ َ ‫الل َرع َّي ًة‬
ُ �ُ َ ‫وت َي ْو َم‬ َّ َ
‫وت َو ُه َو غاش ِل َر ِع َّي ِت ِه‬ ‫ي‬ ‫َما ِم ْن َع ْب ٍد َي ْس ت ْ� ِع ِيه ُ ِ ي‬
َ َ ْ ْ َ َ ُ َّ َ َّ َ َّ
‫ال َّنة‬‫ِإل حرم الل علي ِه ج‬
Maksudnya: Tidak ada seorang hamba yang Allah lantiknya
memimpin satu golongan rakyat kemudian meninggal dalam
keadaan menipu rakyat jelatanya itu melainkan Allah SWT akan
haramkan ke atasnya untuk memasuki syurga.

Kesimpulan
Ahli Sunah Waljamaah mengiktikadkan wajib mentaati pemerintah
yang dilantik dalam kalangan umat Islam dan orang Islam yang
meninggal dalam keadaan tidak membaiah pemerintah umat
Islam yang dilantik itu dikira meninggal dalam keadaan sama
taraf dengan orang yang meninggal pada zaman jahiliah. Walau

235
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

bagaimanapun ketaatan yang dilakukan itu hanya melibatkan


arahan, perintah dan perkara yang baik sahaja dan bukan yang
buruk. Pemerintah itu pula hendaklah melaksanakan tugas dan
fungsinya yang telah ditetapkan untuk benar-benar layak dikatakan
sebagai pemerintah umat Islam. Jika tidak, ia tidak lebih daripada
sekadar pemerintah umat Islam pada nama sahaja.

236
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

237
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Pendahuluan
Ahli Sunah Waljamaah mempunyai sikap yang tersendiri dalam
berdepan dengan isu sahabat, khilafah dan juga ahli bait. Mereka
sangat mencintai para sahabat, Khulafa ar-Rasyidin dan juga
keluarga Rasulullah SAW. Antara asas akidah salafus salih, Ahli
Sunah Waljamaah ialah mencintai para sahabat dengan sepenuh
hati dan memuji mereka dengan lisan. Begitu juga dengan berdoa,
memohon ampun dan mencari keredaan untuk mereka. Hati-
hati, lidah dan tangan-tangan mereka dijaga daripada melakukan
sesuatu yang tidak baik kepada para sahabat.

Mereka juga membenci dan memusuhi orang- orang yang


membenci dan memusuhi para sahabat atau bersikap lancang
terhadap mereka, kerana Allah SWT telah pun meredai mereka,
menjelaskan tentang taubat, keampunan, keredaan dan syurga
untuk mereka. Mereka adalah golongan yang pertama beriman
dengan Allah yang Maha Agung dan Rasul-Nya yang amanah.
Allah SWT telah memandu mereka kepada Islam, agama
yang benar dan tauhid yang murni. Mereka menerima agama
Islam daripada acuan kenabian dan sumber risalah. Mereka
mengikhlaskan diri dalam mengamalkan agama, baik secara sulit
mahupun secara terang. Mereka telah mengorbankan segala yang
bernilai dan berharga untuk meninggikan agama. Mereka beriman
kepada agama Islam pada masa Islam berada di saat dagang.
Mereka berjihad di waktu susah dan menyeru manusia kepada
agama Allah dengan penuh hikmah dan pengajaran yang baik dan
bersabar menghadapi permusuhan yang dilancarkan oleh kaum
kerabat terdekat dan juga yang jauh.

Mereka adalah golongan yang paling sempurna Islam, iman


dan juga ihsan dan golongan yang paling besar sekali ketundukan,
kepercayaan, kepatuhan, keikhlasan, keilmuan, amalan, ketaatan
dan juga jihad, malah merupakan golongan yang sentiasa
mendahului golongan lain dalam menunjukkan sifat yang mulia
dan terpuji. Mereka mengemukakan pemimpin-pemimpin agama
dan sandaran syariat dalam ilmu dan amalan. Mereka adalah umat
yang hidup dalam sebaik-baik kurun. Allah SWT telah memilih

238
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

mereka untuk menjadi sahabat Rasul-Nya dan memilih mereka


untuk memikul risalah Rasul-Nya untuk disebarkan kepada
manusia seluruhnya.

Orang yang bahagia adalah orang yang mengikut jejak


langkah mereka, berhujah dengan ijmak yang dibuat oleh mereka,
mempelajari ilmu mereka dan beramal dengan amalan yang
dilakukan mereka, disamping mengenali tahap kedudukan dan
kemuliaan mereka.

Para sahabat mempunyai keistimewaan yang besar yang


tersendiri yang tidak dimiliki oleh generasi selepas daripada
mereka, meskipun generasi selepas mereka menikmati ketinggian
kedudukan dan status istimewa dalam masyarakat. Keistimewaan
tersebut ialah mereka melihat, bertemu, bersahabat, bergaul dan
mendengar sendiri hadis yang disampaikan oleh baginda SAW.
Mereka juga mengambil agama daripada baginda secara langsung
dan menyampaikannya kepada orang- orang yang datang selepas
daripada mereka, dalam bentuk yang mereka terima daripada
Rasulullah SAW. Mereka menikmati pahala dan ganjaran orang
yang beramal dengannya dan pahala mereka dalam hal tersebut
sedikit pun tidak berkurangan.

Status Para Sahabat


Kesemua para sahabat adalah adil dan dipercayai, kerana Allah
SWT dan Rasul-Nya yang menilai mereka sebagai adil dan memuji
mereka. Tidak ada makhluk yang lebih adil, selain daripada orang
yang Allah SWT reda mereka menjadi sahabat kepada Rasul-
Nya dan menerima syariat daripada baginda SAW. Tidak ada
satu bentuk pengangkatan darjat yang lebih tinggi daripada yang
dinikmati mereka dan tidak ada penilaian keadilan yang lebih
sempurna selain daripada yang diberikan kepada mereka. Mereka
adalah wali-wali Allah dan orang-orang pilihan Allah dalam
kalangan makhluk-Nya. Mereka adalah orang-orang yang paling
afdal sekali dalam kalangan umat Islam selepas daripada Nabi
Muhammad SAW, bahkan merupakan golongan umat Islam yang
paling baik sekali. Mengiktiraf mereka mempunyai ketinggian

239
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

dari segi iman, ihsan, kelebihan, keadilan, ketinggian darjat dan


kesempurnaan sifat, merupakan asas yang qat’i dan termasuk ke
dalam perkara yang diketahui umum dalam agama. Kerana itu
mencintai dan mengikut jejak langkah mereka adalah agama dan
iman dan membenci dan gagal menjaga hak- hak mereka, adalah
satu bentuk kekufuran dan kemunafikan.

Firman Allah SWT:


ٰ َ ْ ُ ُ َ َّ َ‫َ َّ ٰ ُ َ ْ أَ َّ ُ َ َ ْ ُ َ ٰ نَ َ ْ أَ َ َ َّ ن‬
‫وٱلسـ ِبقون ٱلولون ِمن ٱلهـ ِج ِر ي� وٱلنص ِار وٱل ِذ ي� ٱتبعوه ِب ِإ�حسـ ٍن‬
َ‫ُ ۟ َ ْ ُ َ َ َّ َ َ َّ تَ ْ تَ ْ َ ْ أ‬ ُ َّ �
ُ‫ٱل نْ َ� ٰـر‬ ‫ٱلل َع نْ ُ� ْم َو َرضوا عنه َوأعد ُل ْم جن ٰـ ٍت ج� ِرى � ت َ�ا‬ َ ‫َّر ِ ض‬
ْ ُ َ ْ َ َٰ ۚ َ ٓ َ
‫۝‬١٠٠ �ُ ‫خ ٰـ ِل ِد ي نَ� ِف ي َ�ا أ َب ًدا ذ ِلك ٱلف ْوز ٱل َع ِظ ي‬
Maksudnya: Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula
(berhijrah dan memberi bantuan) dari orang- orang “Muhajirin”
dan “Ansar”, dan orang-orang yang menurut (jejak langkah)
mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka
dan mereka pula reda akan Dia, serta ia menyediakan untuk
mereka syurga- syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai,
mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan
yang besar.
(al-Taubah 9: 100)

Sikap Ahli Sunah Waljamaah Terhadap Para


Sahabat
Antaranya ialah:

Ahli Sunah Waljamaah tidak suka menyebut sesuatu yang


kurang baik tentang para sahabat. Apa yang disebutkan mereka
tentang para sahabat semuanya yang baik-baik, malah mereka
memuji para sahabat dengan pujian yang baik. Ini kerana
Rasulullah SAW mengasihi mereka dan berpesan agar umat
Islam turut mengasihi mereka. Orang yang melihat Nabi SAW,
dihukumkan sebagai sahabat. Setiap orang yang melihat Nabi
SAW dan beriman dengan baginda SAW dan mati dalam beriman,

240
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

termasuk ke dalam sahabat. Tahap persahabatannya mengikut


lama masa bersahabat dengan Nabi SAW. Ini tidak mengira sama
ada persahabatan dan pertemuan itu berlaku selama sebulan, satu
hari atau satu ketika masa pada siang hari sahaja.

Tidak ada seorang pun dalam kalangan sahabat yang masuk


ke dalam neraka baik dalam kalangan Muhajirin mahupun Ansar,
yang melakukan Baiah al-Ridwan di bawah sepohon pokok di
lembah Hudaibiyah untuk tidak lari daripada medan peperangan
atau mati demi baiah itu. Mereka tetap berpegang dengan janji
yang mereka meterai dengan Allah dan Rasul-Nya, kerana itu
Allah SWT meredai mereka dan mereka juga meredai Allah
SWT. Jumlah mereka pada hari itu lebih daripada 1400 orang.
Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-
Tirmidhi (no hadis:3795) dan dinilai oleh beliau sebagai Hasan
Sahih daripada Jabir RA:
َّ َ ْ َ‫َ َ ْ ُ ُ َّ َ َ َ ٌ ِ َّ ْ َ َ َ ت‬
َ‫الش َجر ِة‬ ‫ل يدخل النار أحد من ب�يع �ت‬
Maksudnya: Tidak ada seorang pun yang melakukan baiah di
bawah pohon di Hudaibiyah yang masuk neraka.

Ahli Sunah Waljamaah mengiktikadkan para sahabat meskipun


mempunyai kelebihan dan kedudukan yang tinggi, tetapi darjat
mereka antara satu sama lain tidak sama, bahkan sebahagian
daripada mereka lebih afdal berbanding dengan sebahagian
yang lain, mengikut mana dahulu yang masuk Islam, berhijrah,
membantu, mendukung, melakukan jihad dan membantu
perjuangan Nabi SAW. Yang paling afdal sekali dalam kalangan
mereka ialah golongan Muhajirin dan Ansar, kemudian diikuti
dengan ahli Badar, Uhud, Ahzab, orang-orang Islam yang terlibat
dalam baiah yang dilakukan di bawah sepohon pokok untuk
membela kematian Sayyiduna Uthman di lembah Hudaibiah,
orang-orang Islam yang terlibat dalam Baiah Aqabah yang pertama
dan Baiah Aqabah Kedua, yang membantu Allah SWT dan Rasul-
Nya, kemudian diikuti dengan kesemua sahabat Nabi SAW yang
membelanjakan harta demi kepentingan Islam sebelum hijrah dan
diikuti dengan orang-orang Islam yang memeluk Islam selepas

241
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

pembukaan kota Mekah dan berperang bersama dengan baginda


selepas itu.

Ahli Sunah Waljamaah juga mengiktikadkan sebahagian


daripada sahabat telah disampaikan berita gembira tentang bakal
memperoleh syurga oleh Rasulullah SAW, termasuk 10 orang
sahabat yang diberitahu oleh baginda secara serentak dalam satu
majlis. Mereka yang disebutkan namanya secara terang oleh
Rasulullah SAW ialah Abu Bakar al-Siddiq, Umar al- Faruq,
Uthman Zu al-Nurain, Ali al-Murtada, Talhah bin Ubaidillah,
al-Zubir bin al-Awwam, Sa’ad bin Abi Waqqas, Sa’id bin Zaid,
Abd al-Rahman bin Auf dan Abu Ubaidah Amir bin al-Jarrah,
pemegang amanah umat ini.

Ahli Sunah Waljamaah mengiktikadkan secara jelas dan pasti,


manusia yang paling berhak sekali menjawat jawatan khalifah
selepas daripada kewafatan Rasulullah SAW ialah sahabat empat
yang bermula daripada Abu Bakar, kemudian diikuti dengan
Umar, Uthman dan akhir sekali Ali. Mereka merupakan golongan
Muhajirin dan orang Islam yang paling afdal sekali. Empat
orang yang disebutkan di atas adalah umat Islam yang terbaik
berdasarkan kesepakatan ulama. Mereka adalah menteri-menteri,
pendukung dan penolong Nabi SAW. Mereka juga adalah Khulafa
ar-Rasyidin dan imam-imam yang mendapat petunjuk. Nabi SAW
pernah berpesan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Dawud
(no hadis:4607) dan dinilai sebagai Sahih oleh al-Albani dalam
Sahih al-Jami’, (no hadis:4314) daripada al-Irbad bin Sariyah RA:
َّ َ ْ َّ َّ ْ ُْ ُ
‫ ف ِإن ُه َم ْن‬،‫ َو ِإن َع ْب ًدا َح َب ِش ًّيا‬،‫الس ْم ِع َوالط َاع ِة‬ َّ ‫الل َو‬ ِ ‫يك ِب َتق َوى‬ ‫وص‬ ِ ‫أ‬
َّ ْ ُ ْ َ َ َ ً َ ً َ ْ َ ْ ُ ‫َي ِع ْش ِم ْن‬
‫ك ِب ُسن ِ ت ي� َو ُس َّن ِة‬ ‫ فعلي‬،‫ك َب ْع ِدي ف َس َي َ�ى اخ ِتلفا ك ِث ي�ا‬
َ ُ
،‫ تَ َ� َّسكوا ِب َ�ا َو َع ُّضوا َعل يْ َ�ا ِب� َّلن ُو ِاج ِذ‬،�َ‫الر ِاش ِد ي ن‬ َّ �َ‫ال ْه ِد ِّي ي ن‬ ُ‫ْ خ‬
َ ْ ‫ال َل َف ِاء‬
ٌَ َ َّ ُ ٌ َ ُ َّ ُ َّ َ ُ‫ُ ُ َ ْ أ‬
‫ َوك ِب ْد َع ٍة َضل ةل‬،‫ ف ِإن ك ْم َدث ٍة ِب ْد َعة‬،‫َو ِإ َّ ي� ْك َو ْم َد ث� ِت ال ُم ِور‬
Maksudnya: Aku berpesan kepada anda sekalian agar sentiasa
bertakwa kepada Allah, mentaati dan mematuhi meskipun
diperintah oleh seorang hamba berbangsa Habsyah. Sesiapa
242
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

sahaja yang hidup selepasku nanti, akan melihat banyak berlaku


perselisihan, ketika itu anda semua hendaklah berpegang teguh
dengan Sunnahku dan Sunnah Khulafa ar-Rasyidin yang mendapat
petunjuk. Peganglah Sunnah itu dengan penuh kesungguhan
dan gigitlah dengan gigi geraham. Jauhilah daripada melakukan
perkara-perkara baru, kerana setiap perkara yang baru itu adalah
bidaah dan setiap yang bidaah itu adalah sesat.

Khilafah Nubuwwah atau khilafah kenabian melibatkan


masa selama 30 tahun termasuk khilafah al- Hasan bin Ali. Ini
berdasarkan sabda Rasulullah SAW dalam hadis yang diriwayatkan
oleh al-Tirmidhi (no hadis: 2152) dan dinilai sebagai Sahih oleh
al-Albani dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah (no hadis: 2226)
daripada Safinah:
َ َ ٌ ْ ُ ً َ ُ َ َ ُ ُ َ َ ‫ْخ‬
‫اللفة ِ ف ي� أ َّم ِ ت ي� ثلثون َس َنة ث َّ� ُملك َب ْع َد ذ ِلك‬
ِ
Maksudnya: Khilafah dalam kalangan umatku berlaku selama 30
tahun kemudian akan berlaku sistem beraja selepas itu.

Ahli Sunah Waljamaah tidak mengiktikadkan maksum kepada


seorang pun dalam kalangan para sahabat mahupun kerabat
Rasulullah. Begitu juga dengan golongan terdahulu umat Islam
dan juga orang- orang Islam yang datang selepas daripada mereka.
Bahkan harus berlaku mereka terlibat dengan dosa secara umum,
tetapi Allah SWT menjanjikan mereka dengan keampunan dan
juga keredaan dan mengampunkan mereka dengan cara bertaubat
dan melakukan berbagai-bagai amalan kebaikan dan amalan soleh
yang menghapuskan dosa tersebut.

Mereka menyatakan para sahabat adalah maksum pada


umumnya daripada terlibat dengan kesalahan, di mana mereka
tidak mungkin berkumpul untuk melakukan sesuatu yang batil
dan meninggalkan kebenaran. Tetapi individu dalam kalangan
mereka tidak maksum. Kemaksuman adalah datang daripada
Allah SWT bagi rasul-rasul-Nya yang merupakan manusia terpilih
bagi menyampaikan risalah. Allah SWT menjaga himpunan
umat ini daripada melakukan kesalahan dan bukan individunya.

243
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-


Tirmidhi ( no hadis: 2167) dan sebahagian besar lafaznya dinilai
sebagai Sahih oleh al-Albani dalam Sahih Wa Da’if Sunan al-
Tirmidhi ( no hadis: 2167) daripada Ibn Umar RA:
َ َّ َ ُ َّ َّ َ َّ َ ُ َ َّ ُ َ َ ْ َ ‫َّ َّ َ َ َ ْ َ ُ ُ َّ ت‬
‫الل َعل ْي ِه َو َس َل ـ َعل‬ ‫ أمة مم ٍد صل‬:‫ِإن الل ل ي ج�مع أم ِ ي� ـ أو قال‬
َّ ‫ َو َم ْن َش َّذ َش َّذ إ َل‬،‫ال َم َاع ِة‬
‫الن ِار‬ ِ
َّ ُ َ َ ‫َ َ َ ة‬
َ ‫الل َم َع ج‬ ‫ ويد‬،‫ضل ٍل‬
ِ
Maksudnya: Sesungguhnya Allah tidak mengumpulkan umatku
atau baginda bersabda: Umat Muhammad SAW di atas landasan
kesesatan. Tangan Allah di atas Jamaah. Sesiapa yang janggal
(keseorangan), dia akan keseorangan di dalam neraka.

Ahli Sunah Waljamaah berijmak tentang kewajipan


mendiamkan diri daripada membicarakan tentang fitnah-fitnah
yang berlaku dalam kalangan para sahabat RHM dan menahan
dari menyentuh perselisihan yang berlaku dalam kalangan mereka.
Mereka menyerahkan urusan tersebut kepada Allah SWT. Apa
yang dilakukan ialah mereka memperbanyakkan melakukan istirja’
di atas musibah-musibah yang berlaku tersebut dan memohon
keampunan untuk orang-orang Islam yang terkorban dalam
kalangan dua kumpulan dan menunjukkan belas kasihan kepada
mereka. Ahli Sunah Waljamaah tidak menghukumkan mereka
semua maksum dan tidak juga menghukumkan mereka berdosa,
bahkan mengiktikadkan mereka semua melakukan ijtihad,
sedangkan orang-orang yang mencari kebenaran, tidak sengaja
untuk melakukan kesalahan. Mana-mana dalam kalangan mereka
yang betul dalam melakukan ijtihad, mendapat dua pahala dan
mana-mana yang tersalah, mendapat satu pahala. Kesalahannya
diampunkan Allah SWT dengan izin daripadanya. Kesemua
mereka diberikan kemaafan dan tidak berdosa. Ahli Sunah
Waljamaah tidak pernah mencaci mana-mana sahabat, tidak
membebaskan diri daripada mereka dan juga tidak bersikap kasar
terhadap mereka, malah tidak pernah menyebut perkara-perkara
yang kurang baik kepada mereka. Ini kerana Rasulullah SAW
pernah berpesan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim (no
hadis: 4610) dan dinilai sebagai Sahih oleh al-Albani dalam Sahih

244
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

al-Jami’, (no hadis:7310) daripada Abu Hurairah RA:


َ َ َ ْ ‫صا� َل َت ُس ُّبوا َأ‬ َ ْ ‫َل َت ُس ُّبوا َأ‬
ْ‫ص با� َف َو َّال ِذي َن ْف ِس ِب َي ِد ِه َل ْو أ َّن أ َح َد ُك‬
‫ي‬ ‫ِي‬ ‫ِب ي‬
ُ‫َأ ْن َف َق م ْث َل ُأ ُحد َذ َه ًبا َما َأ ْد َر َك ُم َّد َأ َحد ِ ْه َ َول َنص َيفه‬
ِ ِ ٍ ِ
Maksudnya: Jangan mencaci para sahabatku. Jangan mencaci
para sahabatku. Demi zat yang diriku berada dalam genggaman-
Nya, sekiranya salah seorang daripada anda membelanjakan emas
sebesar Bukit Uhud sekalipun, dia tetap tidak dapat mencapai
satu cupak daripada yang dibelanjakan oleh mereka (para sahabat
baginda SAW) mahupun separuh daripadanya.

Ahli Sunah Waljamaah mengiktikadkan wajib mengasihi dan


mencintai keluarga Nabi SAW atau ahli bait Nabi SAW yang
terdiri daripada kalangan para isteri, zuriat dan kaum kerabat
baginda dan tidak membenci, bahkan mendukung, memulia
dan menghormati mereka. Begitu juga Ahli Sunah Waljamaah
mengambil sikap berlaku ihsan, berselawat, menunjukkan belas
kasihan, meredai dan menjaga hak-hak mereka seperti pemberian
satu perlima daripada harta rampasan perang dan harta fai’i
dan mengharamkan menyakiti dan melakukan sesuatu yang
buruk terhadap mereka, bahkan perlu mempertahankan diri dan
kehormatan mereka dan membersihkan mereka daripada tuduhan
yang ditujukan kepada mereka secara bohong dan dusta. Ahli
Sunah Waljamaah juga membebaskan diri daripada orang yang
keterlaluan dalam menyanjung dan membenci mereka, begitu juga
yang mencela atau memusuhi mereka. Ahli Sunah Waljamaah
sentiasa menjaga pesanan dan wasiat Rasulullah SAW yang
bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim (no hadis:
36) daripada Zaid bin al-Arqam:
‫ُ َ ّ ُ ُ ُ َّ َ ف َ ْ َ ْ ت ُ َ ّ ُ ُ ُ َّ َ ف َ ْ َ ْ ت ُ َ ّ ُ ُ ُ َّ َ ف‬
�‫ أذ ِكرك الل ِ ي‬،�‫ أذ ِكرك الل ِ ي� أه ِل بي ِ ي‬،�‫أذ ِكرك الل ِ ي� أه ِل بي ِ ي‬
َ
�‫أ ْه ِل َب ْي ِ ت ي‬
Maksudnya: Aku memperingatkan anda sekalian kepada Allah
tentang ahli keluargaku. Aku memperingatkan anda sekalian
kepada Allah tentang ahli keluargaku. Aku memperingatkan anda
245
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

sekalian kepada Allah tentang ahli keluargaku.

Ahli Sunah Waljamaah mengiktikadkan antara yang termasuk


ke dalam ahli keluarga Rasulullah SAW ialah para isteri baginda
RHM. Mereka adalah ibu-ibu orang-orang Islam, berdasarkan nas
al-Quran.

Firman Allah SWT:


َ ٰ َ َّ َ ْ ‫َ َ ْ َ ف ُ ُ ُ َّ َ َ َ َ َّ ْ َ َ َ ُّ َ ْ َ ٰ َّ ْ أُ َ ٰ ۖ َ َ ق‬
‫ٱلـ ِه ِلي ِة ٱلول وأ ِ�ن ٱلصلوة‬ ‫وقرن ِ� بيو ِتكن ول ت ب�جن ت ب�ج ج‬
ُ‫نك‬ ُ َ َ ُ ُ َّ ُ ُ َ َّ‫َ َ نَ َّ َ ٰ َ َ َ ْ َ َّ َ َ َ ُ َ ُ ٓ ۚ ن‬
ْ
‫وءا ِت ي� ٱلز كوة وأ ِطعن ٱلل ورسولۥ ِإ�ا ي ِ� يد ٱلل ِليذ ِهب ع‬
ْ َ ُ َ ْ َ َ
٣٣ ‫ٱلر ْج َس أ ْهل ٱل َب ْي ِت َو ُيط ِّه َر ْك تط ِه ي ً�ا‬
‫۝‬ ِّ
Maksudnya: Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta
janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh
orang-orang jahiliyah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang
serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-
Nya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya
itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara
yang mencemarkan diri kamu - Wahai “Ahl al-Bait” dan hendak
membersihkan kamu sebersih- bersihnya (dari segala perkara yang
keji).
(al-Ahzab 33: 33)

Dilihat dari segi susunan, mereka terdiri yang pertama ialah


Khadijah binti Khuwailid al-Asadiyah, Saudah binti Zam’ah Ibn
Qais al-Amiriyyah, A’isyah binti Abu Bakar al-Siddiq, Hafsah
binti Umar bin al-Khattab, Zainab binti Khuzaimah al-Hilaliyah,
Ummu Salamah Hind binti Abi Umayyah al-Makhzumiyyah,
Zainab binti Jahsy al-Asadiyyah, Juwairiyyah binti al-Harith
bin Abi Dirar al-Khuza’iyyah, Ummu Habibah Hind binti Abi
Sufyan, Sufiyyah binti Huyai bin Akhtab, Maimunah binti al-
Harith al-Hilaliyah dan Maimunah adalah wanita yang terakhir
sekali dikahwini oleh Rasulullah SAW.

246
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Ahli Sunah Waljamaah mengiktikadkan Allah SWT


menjadikan isteri-isteri Rasulullah SAW sebagai ibu orang-orang
Islam kerana menghormati dan memperkukuhkan kehormatan
mereka, di samping memuliakan kedudukan dan ketinggian
martabat mereka. Ahli Sunah Waljamaah berpendapat perlu
menghormati kedudukan isteri-isteri Rasulullah SAW, berdoa
dan mengenal pasti kedudukan mereka. Mereka adalah wanita-
wanita yang suci yang bersih daripada sebarang kotoran. Mereka
juga merupakan isteri Rasulullah SAW di dunia dan juga akhirat.
Allah SWT telah meredai mereka dan mereka juga meredai Allah
sebagai tuhan mereka. Allah SWT membenci orang-orang yang
mencela mereka.

Yang paling afdal dalam kalangan mereka ialah Khadijah binti


Khuwailid yang merupakan ibu kepada anak-anak baginda dan
merupakan wanita pertama memeluk Islam. Kemudian diikuti
dengan A’isyah binti al-Siddiq RA, yang merupakan isteri
Rasulullah SAW yang paling faqih secara mutlak. Nabi SAW tidak
berkahwin dengan wanita yang masih gadis selain beliau. Baginda
tidak mengasihi isteri lain seumpama yang baginda lakukan
kepada A’isyah. Wahyu pernah turun kepada baginda ketika
baginda sedang berselimut dengan A’isyah dan tidak melibatkan
isteri-isteri lain. Kewafatan Rasulullah SAW adalah di atas riba
beliau. Allah SWT mengumpulkan air liur baginda dengan air liur
A’isyah pada saat akhir kehidupannya di dunia dan saat pertama
akhirat. Baginda SAW dikebumikan di rumah beliau. A’isyah RA
juga merupakan isteri yang telah dibersihkan Allah SWT daripada
tujuh petala langit daripada tuduhan melakukan perkara curang
yang disebarkan oleh golongan munafik.

Firman Allah SWT:


ْ ۖ ُ َّ ًّ َ‫َّ َّ نَ َ ٓ ُ ٱ ْ ْ ُ ْ َ ٌ ّ ُ ْ ۚ َ َت ْ َ ُ ُ ش‬
‫�ا لك َبل ُه َو‬ ‫ِإن ٱل ِذ ي� جاءو ِب� ِإلف ِك عصبة ِمنك ل �سبوه‬
َّ َ َّ ۚ ْ ْ َ َ َ َ ْ َّ ُ ْ‫َ ْ ٌ َّ ُ ْ ۚ ُ ّ ْ ّ ن‬
‫ٱل ث ِ� َوٱل ِذى ت َو ٰل ِك ْب َ� ُهۥ‬
‫ك ٱم ِر ٍئ ِم�م ما ٱكتسب ِمن ِإ‬ ِ ‫خ ي� لك ِل‬
‫۝‬ ٌ ‫ِم نْ ُ� ْم َ ُلۥ َع َذ‬
١١ �ٌ ‫اب َع ِظ ي‬

247
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita


yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu;
janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi
kamu, bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang di antara
mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang
dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar
dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang
besar (di dunia dan di Akhirat).
(al-Nur 24: 11)

Kesimpulan
Ahli Sunah Waljamaah membenci dan memusuhi orang-orang
yang membenci dan memusuhi para sahabat atau bersikap lancang
terhadap mereka, kerana Allah SWT telah pun meredai mereka,
menjelaskan tentang taubat, keampunan, keredaan dan syurga
untuk mereka. Mereka adalah golongan yang pertama beriman
dengan Allah yang Maha Agung dan Rasul-Nya yang amanah.
Allah SWT telah memandu mereka kepada Islam, agama yang
benar dan tauhid yang murni. Ahli Sunah Waljamaah tidak suka
menyebut sesuatu yang kurang baik tentang para sahabat. Apa
yang disebutkan mereka tentang para sahabat semuanya yang
baik-baik, malah mereka memuji para sahabat dengan pujian yang
baik. Ini kerana Rasulullah SAW mengasihi mereka dan berpesan
agar umat Islam turut mengasihi mereka.

248
249
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Pendahuluan
Antara asas akidah Ahli Sunah Waljamaah ialah mereka
membenci ahli bidaah dan pengikut hawa nafsu, yang mereka
cipta sesuatu dalam agama yang bukan termasuk ke dalam urusan
agama. Mereka mencela golongan tersebut dan mendekatkan
diri kepada Allah SWT dengan membenci, memulau, mengeji,
menghina, meninggalkan memberi salam dan menjauhi daripada
menghormati dan membesarkan golongan itu.

Mereka tidak mengasihi, tidak berkawan dan tidak duduk


dalam majlis, tidak bercampur, tidak menerima kesaksian dan
riwayat, tidak mendengar percakapan, tidak berbahas dan berdebat
dalam perkara agama, malah memelihara telinga mereka daripada
mendengar kebatilan-kebatilan yang dijaja oleh golongan tersebut.
Mereka berpendapat kedudukan dan keburukan golongan ahli
bidaah itu perlu dijelaskan kepada masyarakat agar masyarakat
tidak terlibat dengan golongan itu dan amalan bidaah yang mereka
lakukan. Perkara tersebut dilihat oleh mereka sebagai termasuk
ke dalam erti kata kewajipan agama yang paling besar yang perlu
dilakukan dan termasuk ke dalam menyuruh yang makruf dan
mencegah yang mungkar, menasihati untuk Allah SWT, Rasul
dan juga orang-orang yang beriman.

Nabi SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim


(no hadis: 71) daripada Abdullah bin Mas’ud RA;
َ ُ َ َ َ َّ َ ُ ‫َ ْ َ ّ َ َ َ ُ َّ ُ ف‬
‫الل ِ ي� أ َّم ٍة ق ْب ِ يل ِإل كن ُل ِم ْن أ َّم ِت ِه َح َو ِار ُّيون‬ ‫ما ِمن ن ِب ي� بعثه‬
ْ َ ْ ُ ُ ْ ‫خ‬ َ ‫ت‬ َّ َّ ُ ‫ث‬ َ ‫أ‬ َ ُ َ ْ َّ َ ُ ُ ْ‫َ ْ َ ٌ ٍ َ أ‬
ْ َ َ
‫َوأصاب ي�خذون ِب ُسن ِت ِه ويقتدون ِب�م ِر ِه � ِإ ن َ�ا �لف ِمن بع ِد ِ ْه‬
ُ َ َ َ َ ُ ْ َ ُ ْ َ َ ُ ُ ٌ ُُ
‫خلوف َيقولون َما ل َيف َعلون َو َيف َعلون َما ل ُي ْؤ َم ُرون ف َ� ْن َج َاه َد ْه‬
َ ُ ْ َ َ َ َ‫ف‬
‫ِب َي ِد ِه ُ� َو ُم ْؤ ِم ٌن َول ْي َس َو َر َاء ذ ِلك ِم ْن ِإال ي َ� ِان َح َّبة خ ْر َد ٍل‬

Maksudnya: Tidak ada seorang nabi yang diutuskan Allah


kepada sesuatu umat sebelum daripadaku melainkan mempunyai

250
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

pendukung dalam kalangan umatnya dan para sahabat yang


berpegang teguh dengan Sunnah dan mengikut jejak nabi tersebut.
Kemudian selepas itu muncul beberapa golongan yang bercakap
apa yang mereka tidak lakukan dan melakukan apa yang mereka
tidak diperintahkan. Sesiapa yang berjihad menentang mereka
dengan tangannya, dia adalah orang yang beriman. Sesiapa yang
berjihad menentang mereka dengan lisan, dia adalah orang yang
beriman. Sesiapa yang berjihad menentang mereka dengan hati,
dia adalah orang yang beriman. Tidak ada selepas daripada itu
iman lagi meskipun sebesar biji sawi.

Tanda-Tanda Ahli Bidaah


Tanda-tanda ahli bidaah antaranya ialah:

Jahil tentang hukum-hakam agama dan maqasid syariah

Tidak melihat kepada syarak dengan pandangan yang sempurna.

Tidak menyerah dan tidak tunduk kepada nas-nas daripada al-


Quran dan Sunnah yang sahih.

Mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan sesuatu yang


tidak disyariatkan Allah SWT dan Rasul-Nya.

Berpecah belah dan mengasingkan diri daripada Jamaah.

Suka berbahas, bermusuh dan mengikut hawa nafsu.

Mendahulukan akal mengatasi nas.

Jahil tentang sunnah.

Bergantung kepada hadis-hadis yang lemah dan palsu.

Menolak hadis yang tidak secocok dengan amalan bidaah yang


dilakukan.

251
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Suka menyelami perkara-perkara mutasyabihah.

Menolak Sunnah dengan al-Quran.

Melampau dalam menghormati seseorang dan taasub kepada


pendapat yang dikemukakan.

Mengikut adat dan uruf yang bercanggah dengan nas- nas


daripada al-Kitab dan al-Sunnah.

Melampau dalam melakukan ibadah.

Menyerupai orang-orang bukan Islam dalam syiar ibadah


mereka.

Menggelar golongan Ahli Sunah Waljamaah dengan gelaran


yang buruk.

Membenci ahli hadis.

Membenci Sunnah Nabi SAW dan mempersenda- sendakannya.

Mengkafirkan orang yang tidak sealiran tanpa sebarang bukti.

Meminta bantuan dan pertolongan daripada orang-orang bukan


Islam bagi menentang orang-orang Islam sendiri.

Sikap Ahli Sunah Waljamaah Terhadap Golongan


Ahli Bidaah Dan Pengikut Hawa Nafsu
Antaranya ialah:

Ahli Sunah Waljamaah menjelaskan yang dikatakan sebagai


bidaah ialah segala iktikad atau ibadah yang tidak disyariatkan
Allah SWT dan Rasul-Nya dalam agama. Dengan lain perkataan
setiap perkara yang tidak didapati sebarang dalil syarak yang
memerintahkan melakukannya baik daripada al-Kitab mahupun
daripada al-Sunnah, dinamakan sebagai bidaah. Ia merupakan
252
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

segala bentuk amalan dan tindakan berasaskan hawa nafsu yang


dilakukan selepas daripada kewafatan Rasulullah SAW dan para
sahabat baginda. Ia membabitkan rekaan dalam perkara agama
dan tidak melibatkan urusan adat dan tradisi, kerana rekaan dalam
perkara adat adalah harus.

Bidaah adalah lawan kepada Sunnah, di mana Sunnah


adalah petunjuk, kejayaan dan keselamatan. Ia juga merupakan
jalan yang lurus dan jalan yang boleh membawa kepada keredaan
Allah SWT dan syurga yang kekal abadi, sebaliknya bidaah adalah
sesat dengan segala jenisnya. Ia menyumbang kepada neraka,
menjauhkan seseorang daripada Allah dan rahmat-Nya dan juga
daripada syurga yang kekal abadi. Rasulullah SAW bersabda
dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Dawud (no hadis:3991)
dan dinilai sebagai Sahih oleh al- Albani dalam Silsilah al-Ahadith
al-Sahihah (no hadis:2735) daripada Abdullah bin Mas’ud RA:
ُ ُ‫ك ب ُس َّن ت� َو ُس َّن ِة ْ خ‬
َ ْ ‫ال َل َف ِاء‬ ُ َْ َ َ
‫الر ِاش ِد ي نَ� تَ َ� َّسكوا ِب َ�ا َو َع ُّضوا‬
َّ �َ‫ال ْه ِد ِّي ي ن‬
‫ِي‬ ِ ْ ‫فعلي‬
َّ ُ ٌ َ ُ َّ ُ َّ َ ُ ‫ْأ‬ َ ُ ُ َ
‫َعل يْ َ�ا ِب� َّلن َو ِاج ِذ َو ِإ َّ ي� ْك َو ْم َد ث� ِت ال ُم ِور ف ِإن ك ْم َدث ٍة ِب ْد َعة َوك‬
ٌَ َ
‫ِب ْد َع ٍة َضل ةل‬
Maksudnya: Hendaklah anda berpegang teguh dengan Sunnahku
dan Sunnah Khulafa ar-Rasyidin yang mendapat petunjuk.
Berpegang teguhlah dengannya dan gigitlah dengan gigi geraham
anda. Jauhilah daripada terlibat dengan perkara-perkara yang
baharu dalam agama, kerana setiap perkara yang baharu itu
adalah bidaah dan setiap bidaah itu adalah sesat.

Ahli Sunah Waljamaah berpendapat bidaah dalam agama


melibatkan dua jenis iaitu pertama bidaah i’tikadiyyah dan
qawliyyah seperti iktikad dan ungkapan yang dikeluarkan oleh
puak-puak yang sesat yang mencanggahi manhaj Ahli Sunah
Waljamaah seperti golongah Jahmiyyah, Muktazilah, Qadariyyah
dan Rafidah dan orang-orang yang mengikut jejak langkah
mereka. Kedua: bidaah dalam ibadah seperti beribadah kepada
Allah SWT dengan sesuatu yang tidak berdasarkan kepada syariat

253
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Allah SWT, tidak pernah dilakukan oleh Nabi SAW, tidak pernah
diperintahkan, tidak pernah diperakui oleh baginda dan juga tidak
pernah dilakukan oleh para sahabat baginda SAW.

Ahli Sunah Waljamaah berpendapat bidaah dalam perkara


agama adalah haram, sesat dan tertolak dengan segala jenis dan
bentuknya. Sabda Rasulullah SAW dalam hadis yang diriwayatkan
oleh Muslim (no hadis:3242) daripada A’isyah RA:
ٌّ‫َم ْن َأ َح َد َث ف� َأ ْمر نَ� َه َذا َم َال ْي َس ِم ْن ُه فَ ُ� َو َرد‬
ِ ‫ِي‬
Maksudnya: Sesiapa yang mereka-reka perkara baru dalam urusan
agama kita ini, yang bukan daripadanya, ia tertolak.

Baginda SAW juga bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh


Muslim (no hadis: 1435) daripada Jabir bin Abdillah RA:
ُ‫َ ْ أ‬
ُ
‫� الم ِور‬ َّ ‫الل َو َخ ْي َ� ْ ُال َدى ُه َدى ُ َم َّم ٍد َو ش‬
َّ ُ َ
ِ ‫اب‬ ‫يث ِكت‬ َ ْ �َ ‫َفإ َّن َخ ْي‬
ِ ‫ال ِد‬ ِ
ٌَ‫ُ ْ َ ثَ تُ َ َ ُ َّ ْ َ َ َ ة‬
‫مد��ا وك ِبدع ٍة ضلل‬
Maksudnya: Sesungguhnya sebaik-baik perbicaraan itu adalah
kitab Allah, sebaik-baik petunjuk itu adalah petunjuk Muhammad.
Seburuk-buruk perkara itu perkara-perkara yang direka dalam
agama dan setiap perkara yang direka dalam agama itu adalah
sesat.

Walau bagaimanapun bidaah yang haram dari segi jenis, boleh


dibahagikan kepada dua iaitu pertama jenis yang menyebabkan
syirik dan kufur secara terang- terangan. Ia melibatkan perkara
iktikad seperti ungkapan yang dikeluarkan oleh golongan
Jahmiyyah dan Muktazilah. Ia juga melibatkan persoalan ibadat
seperti melakukan tawaf di kubur, kerana mendekatkan diri,
mengemukakan sembelihan, nazar, memohon pertolongan
daripada ahli kubur (istighathah) dan lain- lain. Kedua jenis yang
menafikan kesempurnaan tauhid dan merupakan wasilah yang
boleh menyumbang kepada syirik seperti membuat binaan di atas
kubur, menunaikan solat dan berdoa di sisi kubur dan lain-lain

254
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

bentuk bidaah.

Ahli Sunah Waljamaah berpendapat bidaah dalam perkara agama


merupakan salah satu wasilah kepada syirik kerana ia melibatkan
qasad untuk beribadah kepada Allah SWT dan mendekatkan diri
dengan-Nya dengan sesuatu yang tidak disyariatkan. Sebagaimana
yang maklum diketahui, wasilah menduduki hukum maqasid.
Setiap yang membawa kepada syirik dalam beribadah kepada Allah
SWT atau melakukan bidaah dalam agama, wajib dibendung.
Ini kerana Allah SWT telah menyempurnakan Islam pada
masa hayat Nabi SAW dan Rasulullah SAW telah menjelaskan
segala perkara yang berkaitan dengan agama, sama ada dengan
perkataan, perbuatan ataupun dengan perakuan baginda, sama
ada di peringkat permulaan ataupun sebagai jawapan kepada satu-
satu persoalan yang dikemukakan kepada baginda. Baginda tidak
mengabaikan sesuatu yang diperlukan oleh manusia dalam urusan
ibadat dan muamalat, bahkan menjelaskannya dengan lengkap
dan sempurna, malah baginda SAW meninggalkan umatnya di
atas landasan yang putih bersih. Malamnya sama sahaja dengan
siangnya dan orang yang menyeleweng daripadanya pasti akan
binasa.

Firman Allah SWT:


َّ ْ َ َّ ُ ٓ َ َ ‫ُ ّ َ ْ َ َ ْ ُ ُ ْ َ ْ َ ُ َ َّ ُ َ َ ْ ُ ْ خ ن ز‬
‫ٱلل ِب ِهۦ‬ ِ �ِ ‫ٱل ِ� ي ِ� وما أ ِهل ِلغ ي‬ ِ ‫ح ِرمت عليك ٱليتة وٱلدم ولم‬
َ
َّ َّ َ َ ٓ َ َ ُ َ َّ َ ُ َ ّ َ َ‫َ ْ ُ ْ َ َ ُ َ ْ َ ْ ُ َ ُ َ ْ ُ ت‬
‫ٱلس ُب ُع ِإل َما‬ ‫وٱلنخ ِنقة وٱلوقوذة وٱل� ِدية وٱلن ِطيحة وما أ ك‬
ۗ ٌ ْ ْ ُ ۚ ٰ َ ْ َ‫َ َّ ْ تُ ْ َ َ ُ ب َ َ َ ُّ ُ َ َ َ ْ َ ْ ُ ۟ ٱ ْ أ‬
ٰ َ
‫ذ كي� وما ذ ِ� عل ٱلنص ِب وأن تستق ِسموا ِب�لزلـ ِم ذ ِلك ِفسق‬
ْ ۚ َ ْ ُ َ َ‫ُ ْ َ َ ت‬ ۟ ََ َّ ْ
‫ك فل خْ�ش ْو ْه َوٱخش ْو ِن ٱل َي ْو َم‬ ‫ٱل َي ْو َم َي ِئ َس ٱل ِذ ي نَ� كف ُروا ِمن ِد ِين‬
َ‫ٱل ْس َل ٰـم‬ ْ ُ ُ َ ُ َ َ ‫َ ْ َ ْ ُ َ ُ ْ َ ُ ْ َ َ تْ َ ْ ُ َ َ ْ ُ ْ ْ َ ت‬
‫أ كلت لك ِدينك وأ�مت عليك ِنعم ِ� ور ِضيت لك ِإ‬
ٌ�‫ٱلل َغ ُف ٌور َّر ِح ي‬ َ َّ ‫ٱض ُط َّر ف� َ خْم َم َص ٍة َغ ْي َ� ُم َت َجا ِن ٍف ّ ِ إل ثْ ۙ� َفإ َّن‬ ْ ‫د ًيناۚ فَ َ�ن‬
ِ
ِ ِ ٍ ِ ِ
‫۝‬٣
Maksudnya: Pada hari ini, orang- orang kafir telah putus asa

255
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

(daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka


melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah
kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah
kamu takut dan gentar kepada-Ku. Pada hari ini, Aku telah
sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan
nikmat-Ku kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu
menjadi agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana
kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang
ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia
memakannya), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun,
lagi Maha Mengasihani.
(al-Ma’idah 5: 3)

Ahli Sunah Waljamaah berpendapat asas-asas kepada ahli


bidaah tertumpu kepada lima golongan iaitu Khawarij, Rafidah,
Jahmiyyah, Qadariyyah dan Murji’ah. Kemudian daripada lima
golongan ini muncul berbagai- bagai golongan yang lain sehingga
melengkapi jumlah 72 golongan, yang pernah diberitahu oleh
Rasulullah SAW. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Tabrani
dalam al- Mu’jam al-Aswat (no hadis:4886) dan dinilai sebagai
Sahih oleh al-Albani dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah (no
hadis: 203. 204 dan 1492) dengan sedikit perbezaan lafaz pada
bahagian awalnya daripada Abdullah bin Amru, menjelaskan,
Nabi SAW bersabda:
ً َ َّ َّ ‫َ ْ تَ ُ َ ْ أُ َّ ُ َ َ َ َ َ َ ْ نَ ْ َ ً ُ ُّ ُ ْ ف‬
،‫اح َدة‬
ِ ‫تف ِ�ق ه ِذ ِه المة عل ثل ٍث وسب ِع ي� ِفرقة كهم ِ ي� الن ِار ِإل و‬
�‫ا‬ َ ْ ‫ َما َأ نَ� َع َل ْي ِه ْال َي ْو َم َوَأ‬:‫ه ِت ْل َك ْال ِف ْر َق ُة؟ َق َال‬
‫ص‬ َ ِ ‫ا‬‫م‬َ ‫ َو‬:‫َق ُالوا‬
‫ِب ي‬ ‫ي‬
Maksudnya: Umat ini akan berpecah kepada 73 puak. Kesemua
mereka dalam neraka kecuali satu puak sahaja. Ujar Abdullah:
Siapakah puak yang selamat itu wahai Rasulullah? Baginda
bersabda: Golongan yang berada di atas landasanku dan landasan
para sahabatku.

Ahli Sunah Waljamaah berpendapat bidaah yang tidak


bercanggah dengan al-Kitab, al-Sunnah dan ijmak, bukan bidaah
yang keji, sebaliknya ia disebut sebagai bidaah dari segi bahasa

256
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

sahaja. Kadang-kadang ia adalah baik seperti mencetak al-Quranul


Karim, menggunakan teknik tertentu dalam mengajar dan
menyampaikan ilmu pengetahuan kepada masyarakat, menyusun
angkatan tentera, jabatan kerajaan dan lain- lain. Kadang-kadang
juga ia termasuk ke dalam erti kata masalih mursalah dan perkara
yang wajib dilakukan oleh pemerintah. Ahli Sunah Waljamaah
berpendapat bidaah yang bertentangan dengan al-Kitab, al-Sunnah
dan Ijmak salaf umat Islam yang melibatkan perkara- perkara
iktikad dan ibadat, adalah bidaah dan sesat yang ditolak, meliputi
segala jenis dan bentuknya, berdasarkan kesepakatan orang-orang
Islam.

Walau bagaimanapun Ahli Sunah Waljamaah tidak melihat


bidaah dalam agama itu berada pada satu tahap sahaja, bahkan
memerlukan kepada penjelasan yang terperinci. Ia berbeza dari
segi hukum dan orang yang melakukannya. Ia juga berbeza
menurut keperbezaan jenisnya. Sebahagian daripadanya boleh
menyebabkan seseorang Islam terkeluar daripada landasan agama.
Sebahagian lagi hanya mencecah tahap dosa besar. Sebahagian lagi
hanya mencecah tahap dosa-dosa kecil sahaja. Namun kesemuanya
berkongsi dari sifat sesat dan bercanggah dengan al- Kitab, al-
Sunnah dan juga ijmak umat Islam. Bidaah kuliyyah (bidaah yang
menyeluruh) tidak sama dengan bidaah juz’iyyah (bidaah yang
melibatkan bahagian tertentu sahaja). Bidaah murakkabah (bidaah
yang melibatkan gabungan beberapa amalan bidaah) tidak sama
dengan bidaah basitah (bidaah ringan). Bidaah haqiqiyah (bidaah
hakiki) tidak sama dengan bidaah idafiah (bidaah tambahan), baik
dari segi zat mahupun dari segi hukum. Sebahagian daripadanya
adalah kufur, manakala sebahagian lagi adalah fasik. Ia berbeza
dari segi hukum dan orang yang melakukannya.

Bertitik tolak daripada kaedah di atas, Ahli Sunah Waljamaah


tidak meletakkan satu hukum sahaja kepada ahli bidaah dan
pengikut hawa nafsu. Bahkan hukumnya berbeza daripada seorang
individu dengan seorang individu yang lain dilihat dari segi bidaah
dan situasi yang dialaminya. Orang yang jahil dan orang yang
melakukan takwil tidak sama dengan orang alim, yang menyeru
masyarakat ke arah amalan bidaah yang dilakukannya. Orang

257
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

alim yang boleh melakukan ijtihad tidak sama dengan orang alim
yang menyeru masyarakat ke arah mengamalkan bidaah dan juga
orang yang mengikut hawa nafsu. Dengan lain perkataan Ahli al-
Sunnah menetapkan hukum yang berbeza di antara orang yang
melakukan bidaah secara terang dan menyeru masyarakat ke
arahnya dengan orang yang melakukan bidaah secara senyap dan
tidak pula menyeru masyarakat ke arah bidaah tersebut.

Ahli Sunah Waljamaah menunjukkan rasa belas kasihan


kepada ahli bidaah dan orang-orang yang mengikut hawa nafsu
dan mendoakan agar mereka diberikan taufik dan hidayah oleh
Allah SWT. Mereka mengharapkan agar ahli-ahli bidaah itu
kembali mengikut Sunnah, mendapat petunjuk dan berada di atas
jalan yang lurus dan menjelaskan perkara tersebut dengan penuh
hikmah dan pengajaran yang baik sehingga mereka bertaubat
daripada bidaah yang mereka lakukan dan kembali berada di jalan
yang benar dan jamaah. Mereka menjatuhkan hukum berdasarkan
aspek yang zahir dan menyerahkan rahsia hati ahli-ahli bidaah
itu kepada Allah SWT, jika bidaah yang mereka lakukan tidak
mencecah ke tahap yang mengkufurkan.

Ahli Sunah Waljamaah melakukan usaha yang terpuji dalam


menolak ahli bidaah dan orang-orang yang mengikut hawa nafsu.
Mereka sentiasa bersedia untuk berdepan dengan golongan tersebut
di setiap masa dan juga tempat. Mereka membongkar tembelang
ahli bidaah dan menjelaskan penyelewengan dan pendustaan
mereka. Ucapan dan kata-kata mereka terhadap ahli bidaah dan
pengikut hawa nafsu begitu banyak sekali antaranya ialah:

Imam Ahmad bin Sinan al-Qattan pernah menyatakan:

“Tidak ada ahli bidaah di dalam dunia melainkan dia akan


membenci ahli hadis. Apabila seseorang melakukan bidaah,
kemanisan hadis akan tercabut daripada hatinya”.

Imam Abu Hatim al-Hanzali al-Razi pernah menyatakan:

‘Tanda ahli bidaah ialah mencela ahli hadis dan tanda golongan

258
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

zindiq ialah menamakan ahli hadis sebagai golongan Hasyawiyah.


Tujuan mereka berbuat demikian adalah untuk membatalkan
hadis. Tanda golongan Jahmiyyah ialah menamakan golongan ahli
al-Sunnah sebagai musyabbihah. Tanda golongan Qadariyah ialah
menamakan golongan ahli al-Sunnah sebagai mujabbirah. Tanda
golongan Murji’ah ialah menamakan golongan ahli al-Sunnah
sebagai golongan yang tidak sealiran dan kurang. Tanda golongan
Rafidah ialah menamakan ahli al-Sunnah sebagai golongan
Nasibah. Ahli al-Sunnah tidak boleh dikaitkan melainkan dengan
satu nama sahaja dan mustahil mereka dikaitkan dengan berbagai-
bagai nama di atas”.

Imam Abu Muhammad al-Barbahari pernah menyatakan:

“Apabila anda mendengar seseorang berkata: Si pulan itu


musyabbihah. Si pulan berbicara tentang taysbih atau penyerupaan
dengan makhluk, berhati-hati dengannya, sesungguhnya dia adalah
seorang yang beraliran Jahmiyyah. Jika anda mendengar seseorang
berkata: Si pulan itu adalah golongan Nasibah, ketahuilah dia
adalah seorang yang beraliran Rafidah. Jika anda mendengar
seseorang berkata: Berbicaralah tentang tauhid dan ulaslah tentang
tauhid, ketahuilah dia adalah seorang yang berfahaman Khawarij
dan Muktazilah, atau mengatakan si pulan itu adalah seorang
yang berfahaman Jabariyah atau membicarakan tentang ijbar
(keterpaksaan hamba dalam melakukan perbuatan tanpa sebarang
pilihan) atau bercakap tentang keadilan tuhan, ketahuilah dia
seorang yang berfahaman Qadariyyah, kerana kesemua nama-
nama yang disebutkan di atas adalah nama-nama baru yang
direkacipta oleh golongan ahli bidaah dan pengikut hawa nafsu”.

Pesanan Ahli Sunah Waljamaah Tentang Bahaya


Golongan Ahli Bidaah Dan Pengikut Hawa Nafsu
Banyak dalam kalangan tokoh salaf yang berpesan tentang
marabahaya golongan ahli bidaah dan keperluan menjauhkan
diri daripada mereka. Misalnya Umar bin al-Khattab RA pernah
menyatakan, sebagaimana yang terdapat dalam Syarah Aqidah
Ahli al-Sunnah Wa al-Jamaah dan Ibn Battah dalam al- Ibanah:
259
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

“Beberapa orang manusia akan datang untuk berdebat dengan


anda tentang perkara-perkara yang samar mengenai al-Quran,
berdepanlah dengan mereka dengan al-Sunnah, kerana orang-
orang yang berpegang teguh dengan Sunnah lebih mengetahui
tentang kitab Allah SWT”.

Abdullah bin Umar pula pernah menjawab soalan orang yang


bertanya beliau tentang status orang-orang yang menolak qadar:

“Apabila anda menemui mereka, beritahulah yang Ibn Umar


membebaskan diri daripada mereka dan mereka tidak ada kena
mengena dengan Ibn Umar, sebanyak tiga kali”.

Abdullah bin al-Abbas pula menyatakan:

“Jangan duduk dalam majlis orang yang mengikut hawa nafsu,


kerana duduk dalam majlis mereka akan menyebabkan penyakit
kepada hati”.

Al-Fudail bin Iyad pernah menyatakan:

“Pelaku bidaah tidak boleh anda amanahkan untuk menjaga


agama. Jangan bermesyuarat dengannya dalam urusan anda dan
jangan duduk dalam majlisnya. Sesiapa yang duduk dalam majlis
pelaku bidaah, Allah SWT akan wariskannya dengan kebutaan”.

Al-Hasan al-Basri pernah menyatakan:

“Allah SWT enggan membuka pintu taubat kepada orang- orang


yang melakukan bidaah”.

Imam Ahmad bin Hanbal pernah menegaskan dalam manaqibnya;

“Ahli bidaah dan pengikut hawa nafsu, tidak sewajarnya diminta


pertolongan dalam apa-apa urusan orang-orang Islam kerana ia
menimbulkan kemudaratan yang besar kepada agama”.

Imam Abd al-Rahman bin Mahdi pernah menjelaskan,

260
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

sebagaimana yang terdapat dalam al-Ibanah oleh Ibn Battah:

“Tidak ada dalam kalangan golongan yang mengikut hawa nafsu,


yang lebih jahat daripada para pengikut Jahm. Mereka ingin
mengatakan di langit tidak ada apa- apa. Aku berpendapat mereka
tidak wajar dinikahi dan juga diwarisi harta mereka”.

Pesanan Imam-Imam Ahli Sunah Waljamaah


Tentang Keperluan Mengikut Sunnah Dan
Menjauhi Ahli Bidaah
Banyak pesanan telah dibuat oleh tokoh-tokoh Ahli Sunah
Waljamaah tentang keperluan mengikut al- Sunnah dan
menjauhkan diri daripada melakukan atau terlibat dengan amalan
bidaah, antaranya ialah :

Mu’az bin Jabal RA pernah menyatakan, sebagaimana yang


dinukilkan oleh Ibn Waddah dalam al-Bida’ Wa al- Nahyi Anha:

“Wahai sekalian manusia, hendaklah anda sekalian berpegang


teguh dengan ilmu pengetahuan, sebelum ia diangkat. Pengangkatan
ilmu itu berlaku dalam bentuk pemergian ahli-ahlinya. Jauhilah
daripada bidaah, melakukan bidaah dan juga melampau.
Hendaklah anda berpegang teguh dengan urusan anda yang asal.”

Huzaifah bin al-Yaman pernah menegaskan sebagaimana yang


dinukilkan oleh Ibn Battah dalam al- Ibanah:

“Setiap ibadat yang tidak dilakukan oleh para sahabat Rasulullah


SAW, jangan anda lakukan, kerana orang yang awal tidak
meninggalkan satu perbicaraan kepada golongan yang akhir.
Takutlah kepada Allah, wahai para qurra’. Ambillah jalan orang
yang sebelum daripada anda.”

Ibn Mas’ud RA pernah menyatakan, sebagaimana yang


dinukilkan oleh al-Baghawi dalam Syarah al-Sunnah:

261
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

“Sesiapa yang ingin mengikut Sunnah, ikutlah Sunnah orang


yang telah mati. Mereka adalah para sahabat Muhammad, yang
merupakan sebaik-baik umat ini, yang paling baik hati, yang
paling dalam ilmu dan yang paling kurang membebankan diri
dengan perkara yang bukan- bukan. Mereka adalah satu kaum
yang dipilih oleh Allah untuk bersahabat dengan nabi-Nya dan
memindahkan agama baginda. Ikutlah akhlak dan jalan-jalan
mereka. Mereka berada di atas jalan yang lurus”.

Abdullah bin Umar RA menegaskan, sebagaimana yang


dinukilkan oleh Ibn Battah dalam al-Ibanah.

“Setiap bidaah itu adalah sesat, meskipun dilihat oleh orang ramai
sebagai amalan baik”

Abdullah bin Amru bin al-Asr pernah menegaskan sebagaimana


yang dinukilkan oleh Ibn Battah dalam al- Ibanah.

“Tidak ada satu amalan bidaah yang dilakukan melainkan berlaku


keadaan yang semakin jauh daripada Sunnah dan tidak dicabut
sesuatu amalan Sunnah melainkan menyebabkan orang ramai
semakin lari daripada Sunnah”.

Abu Ayyub al-Sakhtiyani pernah menyatakan, sebagaimana


yang dinukilkan oleh Ibn Waddah dalam al- Bida’ Wa al-Nahyu
Anha.

“Tidak ada seorang ahli bidaah yang bersungguh dalam melakukan


sesuatu amalan bidaah melainkan dia semakin jauh daripada
Allah”.

Hassan bin Atiyyah menyatakan sebagaimana yang dinukilkan


oleh al-Lalaka’i dalam Syarah Usul al-I’tiqad Ahli al-Sunnah Wa
al-Jamaah.

“Tidak ada satu kaum yang melakukan sesuatu amalan bidaah


dalam agama mereka melainkan Sunnah yang seumpama
dengannya akan dicabut daripada mereka”.

262
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Sufyan al-Thawri pernah menegaskan sebagaimana yang


dinukilkan oleh al-Baghawi dalam Syarah al- Sunnah:

“Amalan bidaah lebih disukai oleh Iblis berbanding dengan


maksiat. Taubat orang yang melakukan maksiat diterima Allah,
tetapi taubat orang yang melakukan bidaah tidak diterima Allah”.

Ibn Majisun melaporkan, sebagaimana yang dinukilkan oleh al-


Syatibi dalam al-I’tisam, beliau mendengar Imam Malik berkata:

“Sesiapa yang melakukan suatu amalan bidaah dalam Islam,


yang dilihat sebagai satu amalan kebaikan, sesungguhnya dia
telah beranggapan Muhammad SAW telah mengkhianati risalah
yang dibawa baginda, kerana Allah SWT menyatakan dengan
jelas : Pada hari ini Aku telah sempurnakan untuk kamu agama
kamu”,. Sesuatu yang tidak menjadi agama pada hari itu, juga
tidak menjadi agama pada hari ini”.

Imam Ahmad bin Hanbal menegaskan sebagaimana yang


dinukilkan daripada al-Lalaka’i dalam Syarah Usul I’tiqad Ahli
al-Sunnah Wa al-Jamaah:

“Asas-asas Sunnah bagi kita ialah berpegang teguh dengan apa


yang dipegang oleh para sahabat Rasulullah SAW, mengikut jejak
langkah mereka dan meninggalkan amalan bidaah, kerana setiap
bidaah itu adalah sesat”.

Al-Fudail bin Iyad pernah menyatakan sebagaimana yang


dinukilkan oleh al-Syatibi dalam al-I’tisam:

“Ikutlah jalan petunjuk, anda tidak akan dapat dimudaratkan oleh


kurangnya orang yang menempuhi jalan tersebut. Jauhilah jalan-
jalan kesesatan dan jangan terpedaya dengan sebab ramai orang
yang menempuh jalan itu”.

Al-Fudail bin Iyad juga menegaskan sebagaimana yang


dinukilkan oleh al-Lalika’i dalam Syarah Usul I’tiqad Ahli al-
Sunnah Wa al-Jamaah:

263
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

“Allah SWT mempunyai hamba-hamba, yang dengan mereka Dia


menghidupkan beberapa negara. Mereka adalah golongan yang
mengikut Sunnah”.

Kesimpulan
Orang-orang yang melakukan bidaah ditolak oleh golongan
Ahli Sunah Waljamaah. Kerana itu umat Islam berkewajipan
menjauhkan diri daripada melakukan bidaah dan mengelakkan
daripada mendukung ahli bidaah dalam aktiviti yang dilakukan
mereka. Imam Abd al-Bar pernah menegaskan:
“Para ulama berijmak, seseorang Islam tidak harus memulaukan
saudaranya selama tiga hari, kecuali jika dengan bergaul dan
berinteraksi dengannya akan menyebabkan rosak agama atau
menimbulkan kemudaratan kepada agama dan dunia orang itu
sendiri. Jika begitu keadaannya, kelonggaran diberikan untuk
menjauhkan diri daripadanya”.

264
265
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Pendahuluan
Antara asas akidah Ahli Sunah Waljamaah ialah menyuruh yang
makruf dan mencegah yang mungkar dan melihat kebaikan umat
ini dan keistiqamahannya kekal selagi mana mereka melakukan
kedua-dua tugas di atas, kerana ia merupakan antara syiar Islam
dan agama yang paling besar sekali, malah merupakan punca
kepada penjagaan Jamaah, perpaduan dan negara Ahli Sunah
Waljamaah. Ia merupakan antara perkara yang paling penting,
yang dibawa oleh para nabi dan merupakan perkara penting
untuk kehidupan manusia di mana tanpanya hidup mereka tidak
mungkin akan stabil.

Firman Allah SWT:


َ ُ ْ َ َ ْ َ ْ‫َ َ ن‬ ُ ْ َ ْ ‫ُ تُ ْ َ ْ َ ُ َّ ُ ْ َ ْ َّ تَ أْ ُ ُ َ ٱ‬
‫وف وت�ون ع ِن ٱلنك ِر‬ ِ ‫اس �مرون ِب�لعر‬ ِ ‫كن� خ ي� أم ٍة أخ ِرجت ِل َلن‬
َ ُ ْ ‫للۗ َوَل ْو َء َام َن أ ْه ُل ْٱل ِك َت ٰـب َل َك َن َخ ْي ً�ا َّ ُلمۚ ِّم نْ ُ� ُم‬
‫ٱل ْؤ ِم ُنون‬ ِ
َّ ‫َ ُ ْ ُ َ ٱ‬
�‫وتؤ ِمنون ِب‬
ِ َ
َ ُ َْ ُ ْ َ
‫۝‬١١٠ ‫َوأ ك ث ُ� ُه ٱلف ٰـ ِسقون‬
Maksudnya: Kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-
baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana)
kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang
daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula
beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah
ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang
semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi)
di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka:
orang-orang yang fasik.
(Ali Imran 3: 110)

Ahli Sunah Waljamaah berpendapat, menyuruh yang


makruf dan mencegah yang mungkar termasuk ke dalam perkara
wajib yang paling besar, yang perlu dilakukan oleh umat Islam,
baik dalam bentuk perkataan mahupun amalan. Setiap golongan
perlu melakukannya berdasarkan kemampuan. Mereka menyuruh
yang makruf secara umum dan terperinci dan mencegah perkara

266
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

mungkar, bagi mengelakkan perkara- perkara yang diharamkan


Allah dilanggar. Ia merupakan jihad terhadap orang yang zalim
dan fasik. Orang yang melakukannya diberi pahala dan ganjaran
dan orang yang meninggalkannya dikenakan hukuman.

Firman Allah SWT:


َ َ ْ َ ْ‫َ َ ن‬ ُ ْ َ ْ ‫َ ْ َ ُ ّ ُ ْ ُ َّ ٌ َ ْ ُ َ َ ْ خَ ْ َ َ أْ ُ ُ َ ٱ‬
‫وف وي�ون ع ِن‬ ِ ‫ولتكن ِمنك أمة يدعون ِإل ٱل ي ِ� و ي�مرون ِب�لعر‬
َ ْ ُ ْ ُ ُ َ ٰٓ َ ۟ ُ َ ۚ َ ُ ْ
١٠٤ ‫ٱلف ِل ُحون‬
‫۝‬ ‫ٱلنك ِر وأولـ ِئك ه‬
Maksudnya: Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang
menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam),
dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang
daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang
bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.
(Ali Imran 3: 104)

Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh


Muslim (no hadis:70) daripada Abu Sa’id RA:
َ
ْ‫ك ُم ْن َك ًرا َف ْل ُي َغ ِّي ْ� ُه ِب َي ِد ِه َف ِإ ْن َ ْل َي ْس َت ِط ْع َف ِب ِل َسا ِن ِه َف ِإ ْن َل‬
ْ ُ ‫َم ْن َرأى ِم ْن‬
َ ْ ُ َ ْ َ َ ََ َْ َ ْ َ َْ
‫يست ِطع ف ِبقل ِب ِه وذ ِلك أضعف ِإال ي� ِان‬
Maksudnya: Sesiapa yang melihat sesuatu kemungkaran,
hendaklah mengubah dengan tangannya. Jika dia tidak mampu,
hendaklah mengubah dengan lisannya dan jika tidak mampu juga
hendaklah mengubah dengan hatinya. Itu adalah selemah-lemah
iman.

Sikap Ahli Sunah Waljamaah Terhadap Menyuruh


Yang Makruf Dan Mencegah Yang Mungkar
Antara sikap Ahli Sunah Waljamaah dalam perkara ini ialah:

Mereka berpendapat meninggalkan menyuruh yang makruf


dan menegah yang mungkar menjadi sebab kepada turun azab

267
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

dan hukuman daripada Allah SWT, malah keberhakan sesuatu


bangsa mendapat laknat daripada-Nya. Meninggalkannya juga
merupakan punca tersebar kerosakan dan penyelewengan dalam
kehidupan umat Islam.

Firman Allah SWT:


َ�‫ٱلس ٓو ِء َوَأ َخ ْذ نَ� َّٱل ِذ ن‬
ُّ َ َ ْ َ ْ‫َ َ َّ َ ُ ۟ َ ُ ّ ُ ۟ ٓ َ ن َ ْ َ َّ نَ َ ن‬
‫فلا نسوا ما ذ ِكروا ِب ِهۦ أ ج�ينا ٱل ِذ ي� ي�ون ع ِن‬
‫ي‬
َ ُ ْ ۟ َُ
١٦٥ ‫يس ِب َ�ا كنوا َيف ُسقون‬
‫۝‬ ‫ـ‬ٔ ‫َظ َ ُل ۟وا ب َع َذاب َب‬
ٍۭ ِ ٍۭ ِ
Maksudnya: Maka ketika mereka melupakan (tidak menghiraukan)
apa yang telah diperingatkan kepada mereka, Kami selamatkan
orang-orang yang melarang daripada perbuatan jahat itu, dan
Kami timpakan orang- orang yang zalim dengan azab seksa yang
amat berat, disebabkan mereka berlaku fasik (derhaka).
(al-A’raf 7: 165)

Ahli Sunah Waljamaah berpendapat perlu mengutamakan sifat


lemah lembut dalam melaksanakan tugas menyuruh yang makruf
dan mencegah yang mungkar dan melakukan gerak kerja dakwah
dengan penuh hikmah dan pengajaran yang baik.

Firman Allah SWT:

‫ه‬َ ِ �‫ٱل َس َن ِة ۖ َو َج ٰـ ِد ْ ُلم ِب ٱ� َّل ِ ت‬َ ْ ‫ٱل ْو ِع َظ ِة‬ َ ْ ‫ْٱد ُع ِإ َ ٰل َس ِبيل َر ِّب َك ِب ٱ� ْ ِل‬
َ ْ ‫ك ِة َو‬
ِ
َ ْ ‫ٱ‬ َ ْ َ ُ ۖ َ َّ َ َ ْ َ ُ َ َّ ۚ َ
�َ‫يلۦ َوه َو أع ُل ِب� ُل ْهت ِد ي ن‬ ِ ِ ‫أ ْح َس ُن ِإن َر َّبك ه َو أع ُل ِب َ�ن ضل عن َس ِب‬
‫۝‬
١۲٥
Maksudnya: Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad)
dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik,
dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan
cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang
lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalannya, dan Dia
lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat
hidayah petunjuk.
(al-Nahl 16: 125)

268
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Mereka berpendapat wajib bersabar dalam menghadapi gangguan


para makhluk dalam melaksanakan tugas menyuruh yang makruf
dan menegah yang mungkar, sebagai beramal dengan firman
Allah SWT:
ٓ َ ْ َ َ ُْ َ َْ َ ْ ‫َ ٰ ُ نَ َّ َ ق َّ َ ٰ َ َ ْ ُ ْ ٱ‬
‫ٱص ِب ْ� َع ٰل َما‬‫وف وٱنه ع ِن ٱلنك ِر و‬ ِ ‫ر‬ ُ ‫ع‬ْ َ
‫ل‬ �‫يـب� أ ِ ِ� ٱلصلوة وأمر ب‬
ُ‫َ َ ۖ ِ َّ َٰ َ ْ َ ْ ْ أ‬
‫۝‬١٧ ‫أ َص َابك ِإن ذ ِلك ِمن عز ِم ٱل ُم ِور‬
Maksudnya: “Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang,
dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan
perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana
yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari
perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.
(Luqman 31: 17)

Ahli Sunah Waljamaah sentiasa menjaga perpaduan dan


Jamaah orang-orang Islam dan menjauhi daripada perpecahan
dan perbalahan ketika melakukan tugas menyuruh yang makruf
dan mencegah yang mungkar.

Ahli Sunah Waljamaah berpendapat wajib memberikan nasihat


kepada setiap orang Islam, dengan cara yang terbaik, selaras
dengan sabda Rasulullah SAW dalam hadis yang diriwayatkan
oleh Muslim (no hadis: 82) daripada Tamim al-Dari RA:
َ�‫ال ْس ِ ِل ن‬
ُ ْ َّ ‫ّ نُ َّ َ ُ ُ ْ َ َ ْ َ َ َّ َ َ َ َ ُ َ أَ ئ‬
‫ي‬ ‫ول وِل ِ� ِة‬
ِ ِ ‫الد ي� الن ِصيحة قلنا ِلن قال ِل ِل وِل ِكت ِاب ِه وِلرس‬
ِ
‫َو َع َّام ِت ِ� ْم‬
Maksudnya: Agama itu nasihat. Kami berkata: Untuk siapa?.
Sabda baginda : Untuk Allah, kitab-Nya, Rasul-Nya, pemimpin
orang Islam dan juga orang awam mereka.

Ahli Sunah Waljamaah berpendapat wajib bekerjasama dalam


melakukan kebajikan dan takwa dan menjauhkan diri daripada
bekerjasama dalam melakukan perkara dosa dan maksiat.

269
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Firman Allah SWT:


۟ ُ َّ َ ۚ َٰ ْ ُ ْ َ ْ‫َ َ َ َ ُ ۟ َ َ ْ ّ َ َّ ْ َ ٰ ۖ َ َ َ َ َ ُ ۟ َ َ ْ ث‬
‫ٱل ِ� وٱلعدو ِن وٱتقوا‬ ‫وتعاونوا عل ٱل ِب ِ� وٱلتقوى ول تعاونوا عل ِإ‬
َ ْ ُ َ َ َّ َّ ۖ َ َّ
‫۝‬۲ ‫اب‬ ِ ‫ٱلل ِإن ٱلل ش ِديد ٱل ِعق‬
Maksudnya:…. dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk
membuat kebajikan dan bertakwa, dan janganlah kamu bertolong-
tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan
bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha
Berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya).
(al-Ma’idah 5: 2)

Ahli Sunah Waljamaah berpendapat perlu menjaga syiar Islam


dan agama seperti mendirikan solat Jamaah dan Jumaat, solat
hari raya, solat istisqa’, ibadah haji dan melakukan jihad bersama
dengan ketua-ketua negara umat Islam baik yang baik mahupun
yang fasik dan ini berbeza dengan pendapat golongan ahli bidaah
dan pengikut hawa nafsu. Mereka segera menunaikan solat lima
waktu dan menunaikannya pula pada awal waktu secara berjemaah
di masjid. Awal waktu lebih afdal berbanding dengan akhir waktu
kecuali solat Isyak. Mereka juga berpesan agar menunaikan solat
dalam keadaan khusyuk dan tenang, kerana beramal dengan
firman Allah SWT:
َ
َ َ َ ‫َّ ُ ف‬ َ ُ ْ ‫َق ْد أ ْف َل َح‬
‫۝‬۲ ‫۝ ٱل ِذ ي نَ� ْه ِ� َصل ِت ِ� ْم خ ٰـ ِش ُعون‬١ ‫ٱل ْؤ ِم ُنون‬
Maksudnya: Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,
iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya.
(al-Mukminun 23: 1-2)

Ahli Sunah Waljamaah saling berpesan supaya bersungguh-


sungguh dalam melakukan amalan ketaatan kepada Allah
SWT, beribadah, melakukan qiamullail dan menghidupkan
malam dengan solat dan bacaan al- Quran, kerana ia termasuk
ke dalam petunjuk yang dibawa oleh Nabi SAW dan Allah SWT
memerintahkan nabi-Nya supaya melakukan qiamullail dan
menjaganya dengan penuh kesungguhan. Dalam hadis yang

270
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

diriwayatkan oleh al-Bukhari (no hadis: 4837) daripada A’isyah


RA menjelaskan:
َّ َ َ َّ ُ َ َ َّ َ ُ ّ َّ َ َّ َّ َ َّ َ
‫الل َعل ْي ِه َو َس َل كن َيق ُوم ِم َن الل ْي ِل َح تَّ� ت َتفط َر‬ ‫الل صل‬
ِ �‫أن ن ِب ي‬
َ َ ُ َّ َ َ َ ْ َ َ َّ َ ُ َ َ َ َ ُ َ ْ َ َ ُ َ َ ْ َ َ َ ُ َ َ َ
‫الل لك‬ ‫ وقد غفر‬،‫الل‬ ِ ‫ ِل تصنع هذا ي� رسول‬:‫ فقالت عا ِئشة‬،‫قدماه‬
ً‫ون َع ْبدا‬َ ُ ْ ُّ ُ َ َ َ َ َ َ َّ َ‫َ َ َ َّ َ ْ َ ْ َ َ َ تَ أ‬
َ َ
‫ أفل أ ِحب أن أ ك‬:‫ما تقدم ِمن ذن ِبك وما �خر؟ قال‬
ُ َ
‫شك ًورا‬
Maksudnya: Nabi SAW melakukan qiyam sehingga bengkak
kedua-dua belah kaki baginda. A’isyah r.a berkata: Kenapa tuan
melakukan demikian wahai Rasulullah, bukankah Allah SWT
telah mengampunkan dosa-dosa tuan yang telah lalu dan juga yang
kemudian. Baginda bersabda: Apakah salah aku suka menjadi
hamba yang bersyukur?

Ahli Sunah Waljamaah mempunyai pendirian yang tetap di


saat menerima berbagai-bagai ujian dan cubaan. Mereka bersabar
ketika menghadapi bala, bersyukur ketika menghadapi kesenangan
dan kemewahan dan reda kepada qadak Allah SWT. Ini kerana
mereka meyakini Allah SWT akan memberikan ganjaran kepada
orang-orang yang sabar dengan memasukkan mereka ke dalam
syurga tanpa hisab.

Firman Allah SWT:


‫۟ ف‬ َ َّ ۚ ُ َّ ۟ ُ َّ ۟ ُ َ َ َّ
ْ ُّ
‫ٱلدن َيا‬ ْ ‫ُق ْل َي ٰـ ِع َب ِاد ٱل ِذ ي ن� َءامنوا ٱتقوا َر ب‬
‫ك ِلل ِذ ي نَ� أ ْح َس ُنوا ِ� َه ٰـ ِذ ِه‬
َ َ ٰ َّ َّ‫َ َ ٌ ۗ َ َ ُ َّ َٰ َ ٌ ۗ نَّ ُ ف‬
‫اب‬ ‫س‬َ ‫ون أ ْج َر ُه ب َغ ْي� ِح‬ �ُ ‫ٱلل و ِسعة ِإ َ�ا ي َو� ٱلصـ ِب‬
ِ ‫ح َسنة وأ ْرض‬
ٍ ِ ِ
‫۝‬١٠
Maksudnya: Katakanlah (Wahai Muhammad, akan firman-
Ku ini, kepada orang-orang yang berakal sempurna itu): “Wahai
hamba-hambaKu yang beriman! bertakwalah kepada Tuhan
kamu. (Ingatlah) orang-orang yang berbuat baik di dunia ini
akan beroleh kebaikan (yang sebenar di Akhirat). Dan (ingatlah)

271
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

bumi Allah ini luas (untuk berhijrah sekiranya kamu ditindas).


Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan
disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira”.
(al-Zumar 39: 10)

Mereka tidak memohon kepada Allah agar diturunkan bala


bencana dan tidak pula bercita-cita agar diturunkan bala bencana
itu, kerana mereka sendiri tidak tahu apakah mereka teguh dalam
menghadapinya atau tidak? Tetapi jika mereka diuji, mereka
bersabar. Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan
oleh al- Bukhari ( no hadis:2744) daripada Abdullah bin Aufa RA:
َ
‫اص ِب ُ�وا َو ْاع ُلوا‬ ْ ُ ‫الل ْال َع ِاف َي َة َفإ َذا َل ِق ُيت ُم‬
ْ ‫وه َف‬ َ َّ ‫َل َت َت َم َّن ْوا ِل َق َاء ْال َع ُد ّو َو َس ُلوا‬
ِ َ ِ
َ
ُّ ‫النة ْ�ت ِظل ِل‬ َ َ ‫ت‬ َ َّ ْ َّ
َ ‫أن ج‬
ِ ‫الس ُي‬
‫وف‬
Maksudnya: Jangan bercita-cita untuk bertemu dengan musuh
dan pohonlah kepada Allah kesejahteraan. Apabila anda bertemu
dengan musuh, bersabarlah. Ketahuilah syurga itu berada di bawah
bayangan pedang.

Ahli Sunah Waljamaah tidak pernah berputus asa daripada


rahmat Allah SWT ketika berhadapan dengan berbagai-bagai ujian,
cubaan dan kesukaran hidup, kerana Allah SWT mengharamkan
sikap berputus asa ke atas orang-orang yang beriman. Mereka
hidup pada zaman ujian dengan harapan agar ujian tersebut berlalu
dengan cepat dan diberikan bantuan dan pertolongan oleh Allah
SWT dalam menghadapinya. Ini kerana mereka sangat meyakini
janji dan bantuan dan pertolongan daripada Allah SWT. Mereka
juga meyakini dalam kesukaran itu ada kemudahan dan dalam
kesempitan itu ada jalan keluar. Mereka mengkaji punca- punca
ujian yang mengenai diri mereka terlebih dahulu dan melihat
segala musibah dan ujian tidak menimpa mereka kecuali dengan
sebab hasil daripada kerja tangan mereka sendiri yang melibatkan
maksiat dan juga dosa. Mereka meyakini bantuan dan sokongan
Allah SWT, kadang-kadang terlewat tiba disebabkan oleh berbagai-
bagai maksiat yang dilakukan, kekurangan dalam melakukan
berbagai-bagai amalan ketaatan atau kegagalan mengikut atau

272
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

beramal dengan Sunnah.

Firman Allah SWT:


َ َ ۟ ُ ْ َ َ ْ ُ ْ َ ْ َ َ َ َ َ َ ُّ ّ ُ َ ٰ َ َ ٓ َ َ
٣٠ �ٍ ‫وما أصـبك ِمن م ِصيب ٍة ف ِب�ما كسبت أي ِديك ويعفوا عن ك ِث ي‬
‫۝‬
Maksudnya: Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu
kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa
yang kamu lakukan (dari perbuatan- perbuatan yang salah dan
berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar
dari dosa-dosa kamu.
(al-Syura 42: 30)

Dalam berdepan dengan berbagai-bagai bentuk ujian dan


usaha menolong agama Allah SWT, mereka tidak bergantung
kepada sebab-sebab yang ada di bumi, pujukan-pujukan duniawi
dan juga Sunnah-Sunnah universal, sebagaimana mereka juga
tidak mengabaikan pengambilan sebab-sebab, sebagaimana yang
diperintahkan syarak. Cuma mereka berpendapat bertakwa
kepada Allah SWT dan memohon keampunan daripada dosa dan
maksiat, bergantung kepada Allah SWT dan bersyukur kepada-
Nya ketika senang, antara sebab yang penting dalam menyegerakan
perlepasan daripada kesukaran yang dihadapi itu.

Ahli Sunah Waljamaah mempercayai, mereka diuji dalam


agama dan dunia sekali gus, manakala musibah-musibah yang
berlaku merupakan kafarah kepada dosa dan kesalahan yang
mereka lakukan dan juga sebagai mengangkat darjat dan pahala
yang bakal diperoleh mereka. Mereka adalah orang-orang asing
dalam kehidupan dunia dan menjadi penyeberang jalan menuju
ke akhirat. Kehidupan dunia bagi mereka tidak ubah bagaikan
penjara, bila dinisbahkan kepada nikmat- nikmat di akhirat yang
kekal abadi. Dunia merupakan penjara kepada hati dan anggota-
anggota zahir mereka menerusi perhiasan, fitnah, syahwat dan
maksiat- maksiat yang berlaku di situ. Kecuali yang diharuskan
kepada mereka melakukannya. Nabi SAW bersabda dalam hadis
yang diriwayatkan oleh al-Tirmidhi ( no hadis: 2323) dan dinilai
oleh beliau sebagai Hasan Sahih daripada Abu Hurairah RA:

273
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

َ َّ �َ‫ال َح تَّ� َي ْل ق‬
‫الل‬
َ َْ ‫ف‬ ُ ْ ‫َما َ ي زَ� ُال ْال َب َل ُء ب� ْ ُل ْؤ ِمن َو‬
ِ ِ ‫ال ْؤ ِم َن ِة ِ ي� نف ِس ِه َو َول ِد ِه َو َم‬ ِ ِ
ٌ َ َ َْ َ َ َ
‫وما علي ِه خ ِطيئة‬
Maksudnya: Sentiasalah bala bencana menimpa orang yang
beriman lelaki dan juga wanita terhadap diri, anak dan juga harta
bendanya sehingga dia bertemu dengan Allah SWT dalam keadaan
tidak lagi membawa kesalahan.

Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadis yang diriwayatkan


oleh Muslim (no hadis: 5256) daripada Abu Hurairah RA;
َْ ُ ُ ْ ‫س ُن‬
ْ‫الد ْن َيا ِ ج‬
ُّ
‫ال ْؤ ِم ِن َو َج َّنة الك ِف ِر‬
Maksudnya: Dunia merupakan penjara bagi orang yang beriman
dan syurga bagi orang kafir.

Ahli Sunah Waljamaah sangat takut kepada hukuman akibat


kufur nikmat dan kegagalan menghargai nikmat tersebut dalam
erti kata yang sebenar. Kerana itu mereka adalah orang-orang yang
bersungguh dalam melahirkan kesyukuran dan pujian kepada
Allah SWT, bahkan berterusan dalam melakukannya dalam
setiap nikmat, baik kecil mahupun besar, kerana takut dan malu
merupakan antara sifat mereka yang utama. Hal demikian kerana
kekuatan iman dan muraqabah kepada tuhan mereka. Seolah-olah
mereka berada di hadapan tuhan mereka sendiri, kerana rasa takut
kepada keagungan Allah SWT tidak pernah berpisah daripada diri
dan hati-hati mereka. Mereka beriman yang Allah SWT itu Tuhan
yang Maha Kaya dan selain daripada-Nya memerlukan kepada
rahmat-Nya. Dia Tuhan yang Maha Kuat, sedangkan yang lain
daripada-Nya adalah lemah dan tidak bermaya. Rasulullah SAW
bersabda dalam hadis riwayat al-Tirmidhi (no hadis:2437) dan
dinilai sebagai sahih oleh beliau daripada Abu Hurairah RA:
َّ َ ْ ُ َ ْ َ َ ُ ْ َ َ ُ ُ ْ َ َ َ ْ ُ ْ َ َ ْ َ َ ُ ْ َ َ ُ ُ ْ
‫ك ف ِإن ُه‬ ‫انظروا ِإل من هو أسفل ِمنك ول تنظروا ِإل من هو فوق‬
َّ َ
ْ ُ ‫الل َع َل ْي‬ َ َْ َ َ
‫ك‬ ِ ‫أ ْجد ُر أن ل تَ زْ� َد ُروا ِن ْع َمة‬

274
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Maksudnya: Lihatlah kepada orang yang berada di bawah


daripada anda dan jangan lihat kepada orang yang ada di atas
anda, kerana ia dapat membuatkan anda tidak dapat menghargai
nikmat Allah yang dikurniakan kepada anda.

Ahli Sunah Waljamaah, merasa kecut hati-hati, gelisah jiwa,


gementar kulit-kulit badan dan khusyuk suara-suara mereka,
apabila disebut nama Allah SWT, kerana membesarkan perintah
Allah SWT dan mengagungkan kebesaran dan kehebatan kerajaan-
Nya, malah terlalu takut dengan azab Allah yang sangat pedih.
Apabila mereka menyebut kesempurnaan kasih sayang Allah
dan rahmat-Nya kepada para hamba, begitu juga ganjaran dan
pemberian Allah kepada mereka, hati-hati mereka penuh dengan
harapan, kulit-kulit mereka menjadi lembut, dada-dada mereka
menjadi lapang dan jiwa-jiwa mereka bergembira. Hati-hati
mereka pula gementar apabila menyebut nama Allah dan menjadi
tenang apabila disebut rahmat dan besarnya anugerah Allah SWT.
Inilah keadaan orang-orang yang mengenal Allah dan yang takut
kepada azab-Nya.
Firman Allah SWT:
َ ُ َ
‫و� ْم َو ِإذا ت ِل َي ْت َعل يْ ِ� ْم‬ ُ َّ ‫ون َّٱل ِذ نَ� إ َذا ُذ ِك َر‬
ُ ُ‫ٱلل َو ِج َل ْت ُق ُل ب‬ َ ُ ْ ُ ْ َ َّ‫ن‬
‫ِإ�ا ٱلؤ ِمن‬
ِ ‫ي‬
َ َ َّ َ ُ ُ َ‫َّ ن‬ َ ُ َّ َ َ
‫ٱلصل ٰوة‬ ‫۝ ٱل ِذ ي� ي ِقيمون‬۲ ‫َء َاي ٰـ ُت ُهۥ ز َاد تْ ُ� ْم ِإ ي َ� ٰـ ًنا َو َع ٰل َر ِبّ ِ� ْم َي َت َوكون‬
ُ َ ُ ُ ُ ٰ َ ْ َ َّ َ
َّ ۚ ًّ َ
‫ٱل ْؤ ِم ُنون َحقا ُل ْم َد َر َج ٰـ ٌت ِع َند‬ ُ ْ ‫۝ أ ۟وَل ٰٓـ ِئ َك ُ ُه‬٣ ‫ون‬ ‫و ِما َرزقنـه ْم ي ِنفق‬
َ ٌْ ٌ ْ
‫۝‬٤ �ٌ ‫َر ِبّ ِ� ْم َو َمغ ِف َرة َو ِرزق ك ِر ي‬
Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang
sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama
Allah (dan sifat-sifat-Nya) gementarlah hati mereka; dan apabila
dibacakan kepada mereka ayat- ayat-Nya, menjadikan mereka
bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka
berserah. Iaitu orang-orang yang mendirikan sembahyang dan
yang mendermakan sebahagian dari apa yang Kami kurniakan
kepada mereka. Merekalah orang-orang yang beriman dengan
sebenar-benarnya. Mereka akan mendapat pangkat-pangkat yang
tinggi di sisi Tuhan mereka dan keampunan serta limpah kurnia
275
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

yang mulia (di Syurga).


(al-Anfal 8:2-4)

Ahli Sunah Waljamaah menghiaskan diri dengan akhlak


yang terpuji, amalan, perkataan dan perbuatan- perbuatan yang
baik. Mereka mengasihi dan menunjukkan belas kasihan sesama
manusia. Mereka juga menampung kekurangan antara satu sama
lain. Mereka tidak mendukung mahupun memusuhi melainkan di
atas asas agama. Mereka adalah manusia yang paling baik sekali
akhlak dan paling bersungguh dalam membersihkan diri dengan
melakukan berbagai- bagai amalan ketaatan, malah merupakan
manusia yang paling sempurna akhlak dan tingkah laku. Mereka
tidak berbicara melainkan perkara kebaikan dan perkara yang
boleh memanfaatkan manusia lain. Mereka adalah orang-orang
pilihan Allah, golongan yang terbaik dan para wali selepas
daripada rasul dan nabi. Antara keistimewaan sifat mereka dalam
berakidah dan berakhlak mulia. Mereka tidak berbeza pendapat
meskipun berbeza masa dan tempat. Rasulullah SAW bersabda
dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Tirmidhi (no hadis: 1926)
dan dinilai sebagai Sahih oleh al-Albani dalam Sahih al-Jami’ ( no
hadis: 10664) daripada Abu Darda’ RA:
َ‫ال ُلق َوإ َّن َص ِاحب‬ُ‫وض ُع ف� ْال زَ�ان َأ ْث َق ُل م ْن ُح ْسن ْ خ‬ َ ‫�ء ُي‬ ْ َ‫َ ْ ش‬
ِ ِ ِ ِ ِ ‫ي‬ ِ ‫ي‬ ِ ٍ ‫ما ِمن ي‬
َ َّ َ ْ َّ َ ُ ُ َ ُ ُ‫ْ خ‬
‫الصل ِة‬ ‫الل ِق ل َي ْبلغ ِب ِه َد َر َجة َص ِاح ِب الصو ِم و‬ ‫ُح ْس ِن‬
Maksudnya: Tidak ada sesuatu yang diletakkan di dalam neraca
timbangan pada hari kiamat, yang lebih berat daripada akhlak yang
baik. Orang yang mempunyai akhlak yang baik, pasti mencapai
darjat orang yang berpuasa dan menunaikan solat.

Akhlak Salafus Salih Dalam Kalangan Ahli Sunah


Waljamaah
Antara bentuk akhlak Ahli Sunah Waljamaah dalam kalangan
generasi salafus salih ialah:

276
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Mengikhlaskan diri dalam mencari ilmu dan beramal dan


takut kepada riyak. Mereka mengikhlaskan niat kerana Allah dan
membersihkannya daripada kotoran syirik, riyak, sum’ah dan juga
mengikut hawa nafsu, kerana memahami Allah SWT sahaja tuhan
yang berhak disembah dan diberikan ketaatan dalam erti kata yang
sebenar. Keikhlasan dalam mengamalkan agama berlaku dalam
dua bentuk iaitu beramal kerana Allah SWT dan amalan yang
dilakukan itu selaras dengan apa yang disyariatkan Allah SWT.

Firman Allah SWT:


َ ٰ َ َّ ۟ ُ ُ َ َ ٓ َ َ ُ َ‫َ َ ٓ ُ ُ ٓ ۟ َّ َ ْ ُ ُ ۟ َّ َ ُ خْ نَ َ ُ ّ ن‬
‫ٱلد ي� حنفاء وي ِقيموا ٱلصلوة‬ ِ ‫وما أ ِمروا ِإل ِليعبدوا ٱلل م ِل ِص ي� ل‬
َ ّ َ ْ ُ‫َ ُ ْ ُ ۟ َّ َ ٰ َ ۚ َ َٰ َ ن‬
‫۝‬٥ ‫ويؤتوا ٱلزكوة وذ ِلك ِد ي� ٱلق ِيم ِة‬
Maksudnya: Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan
supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-
Nya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan
sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah
ugama yang benar.
(al-Bayyinah 98:5)

Menghiaskan diri dengan kesabaran ketika menggunakan


nikmat-nikmat Allah SWT baik zahir mahupun batin, bersabar
dalam menghadapi segala musibah dan bala bencana yang
mengganggu kehidupan dunia, bersabar dalam berdepan dengan
runtunan syahwat, melakukan ketaatan kepada Allah SWT dan
melaksanakan kewajipan ubudiyah. Begitu juga dengan bersabar
dalam berdepan dengan berbagai- bagai kesukaran berdakwah
kepada agama Allah SWT dan berjihad pada jalan-Nya, yang
melibatkan berbagai- bagai kesukaran. Mereka menyedari bersabar
pada jalan Allah SWT termasuk ke dalam sifat para rasul dan nabi
dan titik tolak kepada kejayaan dalam menyampaikan risalah-
risalah Allah SWT, syariat, perintah dan hukum- hakam agama
Allah SWT. Mereka menyedari bersabar itu adalah satu keperluan
yang perlu dilakukan oleh seseorang hamba bagi mencapai cita-
cita dan tujuan, kerana mereka bercita-cita untuk mendapat syurga
yang penuh dengan nikmat dan syurga itu merupakan barangan

277
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

perniagaan yang sangat mahal, yang juga perlu dibayar dengan


harga yang mahal. Sesiapa bersabar, dia akan berjaya.

Firman Allah SWT:


ْ ُ ‫ٱلل َل َع َّل‬
‫ك‬ ْ ‫َي ٰٓـ َأ يُّ َ�ا َّٱل ِذ نَ� َء َام ُن ۟وا‬
َ َّ ‫ٱص ب ُ� ۟وا َو َص ُا� ۟وا َو َراب ُط ۟وا َو َّٱت ُق ۟وا‬
ِ ‫ب‬ ِ ‫ي‬
َِ ُ ْ ُ
‫۝‬۲٠٠ ‫تف ِلحون‬
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah
kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-
perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih
daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah
(dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta
bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai
kemenangan).
(Ali Imran 3:200)

Mengagung dan menghormati kehormatan-kehormatan Allah


SWT dan cemburu apabila melihat kehormatan- kehormatan
tersebut dicabul. Mereka juga mengasihi hukum-hakam agama
Allah SWT dan mendukung agama dan syariatnya. Mereka
menyerah sepenuhnya kepada syariat Allah yang Maha Bijaksana
baik dalam perkara yang kecil mahupun besar. Mereka berbuat
demikian kerana takutkan Allah SWT dan tidak takut kepada
yang lain daripadanya. Mereka mengasihi Nabi SAW dengan
rasa kasih yang begitu kuat, yang tidak menyamai kecintaan
kepadanya dengan kecintaan kepada lain. Dia tidak berganjak
dalam melaksanakan hudud-hudud Allah SWT meskipun terdapat
rasa kasihan kepada pesalah.

Firman Allah SWT:


ُُْ َ َْ َ َّ ‫ن‬ َ َّ َ ‫َٰ َ َ َ ُ َ ّ ْ َ َ ٰٓ ئ‬
‫۝‬
٣۲ ‫وب‬
ِ ‫ل‬‫ق‬ ‫ٱل‬ ‫ى‬‫و‬ ‫ق‬ ‫ت‬ ‫ن‬ ‫م‬ِ ِ ‫ٱلل‬
‫ا‬ � ‫إ‬ ‫ف‬ ِ �ِ ‫ذ ِلك ومن يع ِظم شعـ‬
Maksudnya: Demikianlah (ajaran Allah); dan sesiapa yang
menghormati syiar-syiar ugama Allah maka (dialah orang yang
bertakwa) kerana sesungguhnya perbuatan itu satu kesan dari sifat-

278
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

sifat takwa hati orang Mukmin.


(al-Hajj 22:32)

Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh


Muslim (no hadis:63) daripada Anas bin Malik RA:
َّ َ َ َ َ َ ْ ْ َ َّ َ َ َ ُ َ َّ‫َ ُ ْ ُ َ َ ُ ُ ْ َ ت‬
ِ ‫ل يؤ ِمن أحدك ح� أ كون َأحب ِإلي ِه ِمن ول ِد ِه ووا ِل ِد ِه والن‬
‫اس‬
�َ‫� ِع ي ن‬
َ ْ‫أ ج‬
Maksudnya: Tidak beriman salah seorang daripada anda sehingga
aku lebih dikasihi olehnya berbanding dengan anak, bapa dan
seluruh manusia.

Berusaha menjauhi sifat nifak, di mana amalan kebaikan yang


mereka lakukan secara senyap sama dengan amalan yang dilakukan
secara terang, memandang sedikit amalan yang dilakukan dan
mengutamakan amalan akhirat mengatasi amalan di dunia.

Mudah lembut hati dan banyak menangis apabila melihat diri


cuai dalam melakukan hak Allah SWT, agar Allah merahmati,
mengampun dan menghapuskan kesalahan mereka.

Mengambil iktibar dan menangis apabila mengenangkan


kematian, lebih-lebih lagi apabila melihat jenazah dan mengingati
su’u al-khatimah sehingga hati-hati mereka menjadi gementar
ketakutan.

Meningkatkan lagi tahap tawaduk setiap kali kedudukan


mereka dekat dengan Allah SWT.

Memperbanyakkan taubat, penyesalan dan istighfar, baik pada


waktu malam mahupun siang, kerana mereka melihat diri mereka
tidak selamat daripada melakukan dosa, termasuk dalam amalan
ketaatan dan ibadat yang dilakukan. Mereka selalu beristighfar
daripada kekurangan yang mereka alami dalam perkara tersebut,
melakukan muraqabah, tidak taajub dengan amalan dan benci
kepada kemasyhuran, bahkan sentiasa melihat diri masih kurang

279
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

dalam melakukan berbagai-bagai amalan ketaatan.

Sentiasa mengutamakan ketakwaan dan tidak ada seorang pun


dalam kalangan mereka yang mendakwa dirinya sudah berada
pada martabat orang yang bertakwa kepada Allah SWT dalam erti
kata yang sebenar.

Sangat takut kepada pengakhiran hidup yang buruk (Su’u al-


Khatimah).

Sangat takut kepada Allah SWT dan tidak lalai daripada


mengingati-Nya.

Tidak merasa gembira dengan perhiasan hidup duniawi


yang bakal fana, kehinaan dunia dan segala kandungannya,
malah menolak gaya hidup duniawi yang melekakan lantaran
kesempurnaan dan kematangan akal fikiran mereka.

Tidak suka memberikan tumpuan dan menghabiskan masa


membina berbagai-bagai bangunan mewah dan indah-indah tanpa
tujuan yang jelas kecuali yang cukup sekadar untuk hidup dunia
tanpa membazir atau menggunakan perhiasan yang keterlaluan.
Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh
al- Tirmidhi (no hadis:2245) dan dinilai oleh beliau sebagai sahih
daripada Mustaurid:
َ
ْ‫ال ِخ َر ِة ِإ َّل ِم ْث ُل َما ي َ ج ْ� َع ُل أ َح ُد ُ ْك ِإ ْص َب َع ُه ِ ف ي� ْال َي ّ� َف ْل َي ْن ُظر‬
‫َ ُّ ْ َ ف ْ آ‬
�‫ما الدنيا ِ ي‬
ِ َ
‫ِب َ�اذا َ ي ْ� ِج ُع‬
Maksudnya: Bandingan dunia dengan akhirat tidak ubah bagaikan
salah seorang daripada anda memasukkan jarinya ke dalam laut.
Lihatlah apa terlekat di jarinya?

Tidak meredai kesalahan yang berlaku yang membabitkan


perkara agama atau yang melibatkan orang-orang Islam, bahkan
menolak kesalahan tersebut. Walau bagaimanapun mereka
memberikan keuzuran kepada orang yang melakukannya, jika orang

280
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

itu wajar diberikan keuzuran. Ini kerana Ahli Sunah Waljamaah


adalah golongan yang suka menutup keaiban saudaranya dan suka
memuhasabah diri sendiri kerana mengambil sikap warak. Mereka
tidak suka aurat mereka dilihat oleh orang-orang Islam yang lain.
Mereka lebih banyak mencari keaiban diri sendiri berbanding
mencari keaiban orang lain. Malah mereka berusaha bersungguh-
sungguh untuk menutup keaiban dan menyembunyikan rahsia
orang lain dan tidak mudah menyampaikan kepada seseorang
apa yang didengar daripada seseorang. Mereka meninggalkan
bermusuh dengan manusia lain, semata-mata kerana mengikut
hawa nafsu, sebaliknya permusuhan tersebut dilakukan semata-
mata kerana asas agama, malah tidak memusuhi seorang pun
dalam kalangan orang Islam. Rasulullah SAW bersabda dalam
hadis yang diriwayatkan oleh al-Tirmidhi (no hadis: 1949) dan
dinilai sebagai Hasan Sahih oleh beliau daripada Hammam bin
al-Harith:
ٌ ‫ال َّن َة َق َّت‬
‫ات‬ َ ‫َل َي ْد ُخ ُل ْ ج‬
Maksudnya: Tidak akan masuk syurga orang yang menyebarkan
fitnah.

Menutup pintu mengumpat dalam majlis dan menjaga lidah-


lidah daripada mengumpat seseorang, supaya majlis mereka tidak
bertukar menjadi majlis mengumpat dan bukan majlis ilmu. Ini
kerana mereka beramal dengan firman Allah SWT:
َ ۖ ْ َّ َّ َّ َ ۟ ْ ۟ ُ َ َ َ‫َ ٰٓ َ ُّ َ َّ ن‬
‫ٱج َت ِن ُبوا ك ِث ي ً�ا ِّم َن ٱلظ ِّن ِإن َب ْع َض ٱلظ ِّن ِإ ث ٌ� َول‬ ‫يـأ ي�ا ٱل ِذ ي� ءامنوا‬
َ ْ َ َ ُ ْ‫۟ َ َ َ ْ َ َّ ْ ُ ُ َ ْ ً ۚ َ ُ ُّ َ َ ُ ُ َ َ أ‬ َ‫ت‬
‫ج َ� َّس ُسوا ول يغتب بعضك بعضا أ ي ِ�ب أحد ْك أن ي� ك ل َم أ ِخ ِيه‬
َ َّ ‫ٱللۚ إ َّن‬
ٌ ‫ٱلل َت َّو‬ ُۚ ُ ُ ْ َ َ ً ْ َ
َ َّ ‫وه َو َّٱت ُق ۟وا‬
‫۝‬ ١۲ �ٌ ‫اب َّر ِح ي‬ ِ ‫ميتا فك ِرهتم‬
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! jauhilah
kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka
sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari
sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau
mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah
kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari
281
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika


demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik
kepadanya. (oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut)
dan bertakwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah
Penerima Taubat, lagi Maha Mengasihani.
(al-Hujurat 49: 12)

Menunjukkan sikap yang pemalu, menjaga adab, menunjukkan


perasaan kasih sayang, tenang, hebat, berakhlak mulia, kurang
bercakap, kurang ketawa, banyak mendiamkan diri dan bercakap
dengan penuh hikmah bagi meningkatkan kefahaman dalam
kalangan pelajar. Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang
diriwayatkan oleh al-Bukhari (no hadis: 5671) daripada Abu
Hurairah RA:
َ َ ْ ُ ْ َ ‫َ َ ْ َ َ ُ ْ ُ َّ ْ ْ آ‬
‫لل َوال َي ْو ِم ال ِخ ِر فل َيقل خ ْي ً�ا أ ْو ِل َي ْص ُم ْت‬
ِ �‫ومن كن يؤ ِمن ِب‬
Maksudnya: Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat,
hendaklah berkata-kata perkara yang baik atau diam.

Suka memaafkan orang yang menyakiti mereka dalam bentuk


memukul, mengambil harta, menjatuhkan maruah atau lain-lain,
kerana beramal dengan firman Allah SWT:
ْ َ َْ َ ْ ٓ َّ َّ‫َّ نَ ُ ُ َ ف َّ َّ ٓ َ ض‬
‫ٱل�ا ِء َوٱلك ٰـ ِظ ِم ي نَ� ٱلغ ْيظ َوٱل َع ِاف ي نَ� َع ِن‬ ‫ٱل ِذ ي� ي ِنفقون ِ� ٱلسا ِء و‬
‫۝‬ ُ ْ ‫ٱلل ي ُ ِ� ُّب‬
١٣٤ �َ‫ٱل ْح ِس ِن ي ن‬ ُ َّ ‫ٱلناسۗ َو‬
َّ
ِ
Maksudnya: Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya
pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan
kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan
orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat
perkara-perkara yang baik.
(Ali Imran 3: 134)

Tidak pernah lalai dalam memerangi musuh yang paling besar


kepada anak Adam dan pendukungnya iaitu syaitan jin dan
syaitan manusia, malah berusaha untuk mengenal pasti tipu daya

282
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

dan perangkap yang digunakan musuh-musuh tersebut.

Tidak mengalami was-was dan tidak melayani was-was


dalam melaksanakan ibadah seperti ketika mengambil wuduk,
menunaikan solat dan lain-lain, kerana kesemua itu termasuk ke
dalam aktiviti syaitan belaka.

Banyak bertanya tentang para sahabat dan rakan-rakan untuk


mengetahui hal keadaan mereka, sebagai kesediaan untuk
membantu mereka dengan makanan, pakaian dan juga harta.

Banyak bersedekah dengan lebihan keperluan tanpa membazir


mahupun kedekut baik pada waktu malam mahupun siang, baik
dalam keadaan sulit mahupun terang.

Tidak membazir dalam menggunakan harta yang halal, apabila


memperolehnya kerana Allah SWT tidak suka kepada orang-
orang yang membazir.

Mencela sifat bakhil, menunjukkan sifat pemurah, suka


mengorbankan harta, sentiasa senyum dan membantu para
sahabat, baik semasa musafir mahupun ketika berada di kampung
halaman. Kerja-kerja yang mulia di atas merupakan kerja-kerja
memperkukuhkan agama yang menjadi perkara yang dicita-
citakan mereka.

Sangat suka berbuat baik kepada para sahabat dan berusaha


menggembirakan mereka, malah sanggup mendahulukan sahabat
daripada diri sendiri.

Memuliakan tetamu, kerana termasuk ke dalam erti kata


beriman kepada Allah SWT, malah mereka sendiri berkhidmat
kepada tetamu tersebut. Mereka tidak pula melihat apa yang
mereka lakukan terhadap tetamu itu sebagai telah melakukan
yang terbaik buat mereka.

Menerima jemputan saudara mara dan rakan-rakan kecuali


yang melibatkan majlis yang menghidangkan makanan haram

283
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

atau yang mengkhususkan orang kaya dan dalam masa yang sama
meminggirkan orang miskin atau mengandungi berbagai-bagai
bentuk maksiat.

Menunjukkan adab yang baik dengan kanak-kanak kecil,


apalagi kepada orang-orang dewasa. Begitu juga dengan orang
yang jauh, yang dekat, yang jahil dan juga yang alim.

Melakukan kerja mendamaikan sesama orang Islam yang


bersengketa, kerana ia termasuk ke dalam bab melakukan kebaikan
yang terbaik sekali dan kemuncak melakukan perkara makruf,
kerana mendamaikan orang yang bersengketa akan merosakkan
perancangan syaitan dan matlamatnya untuk mencetuskan
permusuhan dan kebencian sesama orang-orang Islam dan
merosakkan hubungan dalam kalangan mereka.

Melarang menunjukkan sikap hasad dengki, kerana sikap hasad


dengki mencetuskan permusuhan, kemarahan, kelemahan iman
dan kecintaan kepada dunia dan segala yang ada di dalamnya
tanpa mengambil kira tujuan syarak, kerana orang yang hasad
sebenarnya tidak beriman kepada qadar Allah SWT, kerana dia
telah menaruh perasaan dengki kepada kelebihan yang dikurniakan
Allah SWT kepada seseorang.

Menyuruh berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa, memulia


dan berusaha untuk mendapatkan keredaan daripada kedua-
duanya. Begitu juga dengan kesanggupan untuk mengeluarkan
belanja, tidak menyakiti mahupun mengherdik, lebih-lebih lagi
ketika kedua-duanya sudah tua, kerana berbuat baik kepada
kedua-dua ibu bapa akan mengundang keredaan Allah SWT.

Firman Allah SWT:


َ َُ ۚ ْ‫ٱ‬ ٓ َّ ۟ َ َّ َ َ ٰ َ‫َ َ ض‬
‫� َر ُّبك أل ت ْع ُب ُد ٓوا ِإل ِإ َّ ي� ُه َو ِب�ل َٰوِل َد ْي ِ ن� ِإ ْح َس ٰـ ًنا ِإ َّما َي ْبلغ َّن ِع َندك‬ ‫وق‬
ً َ َّ ُ ُ َ َ ّ ٓ َّ ُ َ َ َ ُ َ ٓ ُ ُ َ َ ْ
‫ٱل ِك َب َ� أ َح ُد َها أ ْو ِك َها فل تقل ُل َما أ ٍف َول ت نْ َ� ْر َها َوقل ُل َما ق ْول‬
ْ َ ‫ح ِة َو ُقل َّر ّب ْٱر‬ َ ْ ‫ٱلر‬ َ ‫ٱلذ ّل ِم‬ ُّ َ َ َ َ ُ َ ْ ْ َ َ
‫ح ُه َما‬ ِ َّ ‫ن‬ ِ ‫اح‬ ‫ن‬ ‫ج‬ ‫ا‬‫م‬‫ل‬ ‫ض‬ ‫ف‬
ِ ‫ٱخ‬‫و‬ ‫۝‬
۲٣ ‫ا‬�ً ‫ي‬ ‫ر‬ِ ‫ك‬

284
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

َ
۲٤ ‫َكا َر َّب َي ِ نا� َص ِغ ي ً�ا‬
‫۝‬
Maksudnya: Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau
tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan
hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang
dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua
dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata
kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan
“Ha”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi
katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan
santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya
kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk
mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat
kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan
kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”
(al-Israk 17: 23-24)

Menyuruh agar berbuat baik kepada jiran tetangga, berlembut


dengan para hamba Allah SWT, menghubungkan tali silaturahim,
menyebarkan salam, menunjukkan belas kasihan kepada golongan
fakir miskin, anak-anak yatim dan juga orang-orang yang berada
dalam perjalanan.

Menegah menunjukkan sikap bangga diri, sombong, ego, ujub,


zalim dan meninggi diri terhadap orang ramai tanpa sebenar.
Begitu juga menyuruh berlaku adil dalam setiap perkara.

Tidak mempersenda dan memandang mudah perkara- perkara


yang melibatkan kelebihan beramal dan bercakap yang digesa oleh
syarak supaya orang-orang Islam melakukannya. Rasulullah SAW
bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim (no hadis:
4760) daripada Abu Zar RA:
ْ َ ْ َ َ َ َ َ‫َ ْ ً َ َ ْ َ ْ َ ْ ق‬ َ ْ ‫َل َت ْ� ِق َر َّن ِم ْن‬
‫وف شيئا ولو أن تل� أخاك ِبوج ٍه طل ٍق‬ ِ ‫ال ْع ُر‬
Maksudnya: Jangan anda memandang hina sesuatu perkara
makruf meskipun sekadar anda menemui saudara anda dengan
wajah yang manis.

285
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Menegah buruk sangka, melakukan pengintipan dan mencari


keaiban orang Islam, kerana perkara tersebut merosakkan
hubungan kemasyarakatan, memisahkan hubungan antara sahabat
dan juga menanam bibit kerosakan dalam masyarakat.

Tidak marah kerana diri sendiri, kerana mereka amat memahami


hakikat sebenar marah.

Firman Allah SWT:


ْ َ َْ َ ْ ٓ َّ َّ‫َّ نَ ُ ُ َ ف َّ َّ ٓ َ ض‬
‫ٱل�ا ِء َوٱلك ٰـ ِظ ِم ي نَ� ٱلغ ْيظ َوٱل َع ِاف ي نَ� َع ِن‬ ‫ٱل ِذ ي� ي ِنفقون ِ� ٱلسا ِء و‬
‫۝‬ ُ ْ ‫ٱلل ي ُ ِ� ُّب‬
١٣٤ �َ‫ٱل ْح ِس ِن ي ن‬ ُ َّ ‫ٱلناسۗ َو‬
َّ
ِ
Maksudnya: Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya
pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan
kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan
orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat
perkara-perkara yang baik.
(Ali Imran 3: 134)

Kesimpulan
Golongan Ahli Sunah Waljamaah merupakan golongan yang suka
menyuruh melakukan yang makruf dan menegah yang mungkar
dan sentiasa memperkukuhkan keimanan mereka kepada Allah
daripada semasa ke semasa dengan melakukan berbagai-bagai
amalan soleh baik yang wajib mahupun yang sunat. Tiga elemen
tersebut menjadikan umat Islam berada pada status sebaik-baik
umat yang dikeluarkan kepada manusia di muka bumi. Namun
dalam melaksanakan tugas menyuruh melakukan yang makruf dan
menegah melakukan yang mungkar, perlu kepada kebijaksanaan
dan meraikan syarat-syarat yang perlu diambil kira, agar perkara
yang makruf tidak dilihat sebagai mungkar dan perkara mungkar
tidak dilihat sebagai makruf.

286
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

287
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

RUJUKAN

Abu Dawud, Abu Dawud bin Sulaiman, 2009. Sunan Abi Dawud.
Dar al-Risalah al-‘Alamiyyah.

Ahmad bin Hanbal, t.th. Musnad Ahmad. Http://www.alislam.


com.

al-Albani, Muhammad Nasir al-Din, 1423. Da‘if Abi


Dawud. alKuwait: Mu’assasah Ghirasy Li al-Nasyri.

al-Albani, Muhammad Nasir al-Din, 1985. Irwa’ al-Ghalil. Beirut:


al-Maktab al-Islami.

al-Albani, Muhammad Nasir al-Din, 2002. Sahih Abi Dawud. Al-


Kuwait: Mu’asassah Ghirasy li al-Nasyri.

al-Albani, Muhammad Nasir al-Din, t.th. Sahih al-Jami’. Beirut:


al-Maktab al-Islami.

al-Albani, Muhammad Nasir al-Din, t.th. Silsilah al-Ahadis al-


Sahihah. al-Riyad: Maktabah al-Ma’arif.

al-Albani, Muhammad Nasir al-Din,t.th. Sahih al-Targhib Wa al-


Tarhib. al-Riyad: Maktabah al-Ma’arif.

al-Athari, Abdullah bin Abd al-Hamid (2009). al-Wajiz Fi Aqidah


al-Salaf al-Salih, Ahli al-Sunnah Wa al-Jamaah. Iskandariyah:
Dar al-Iman.

al-Athari, Abdullah bin Abd al-Hamid (2013). al-Wajiz Fi alIman.


Beirut: Dar ibn Kathir.

Ayyub, Hasan (2007) Tabsit al-Aqa’id al-Islamiyyah. AlQahirah:


Dar al-Salam.
al-Baghawi, Abu Muhammad al-Husain bin Mas‘ud.1983.
Syarah al-Sunnah. Beirut: al-Maktab al-Islami.

288
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

al-Baghdadi, Abd al-Qahir bin Tahir bin Muhammad (1998), al-


Farq Bayna al-Firaq. Al-Qahirah: Maktabah Ibn Sina.

al-Baihaqi, Abu Bakar Muhammad bin al-Husain, 1344H. al-Sunan


al-Kubra. Haidarab: Majlis Da’irah al-Ma’arif al- Nizamiyyah.

al-Barak, Abd al-Rahman bin Nasir (2013). Syarah al- Aqidah


alTahawiyah.al-Mamlakah al-Arabiyyah al- Su’udiyyah: Dar al-
Tadammuriyyah.

al-Bukhari, Muhammad bin Ismail, 1422H. Sahih al- Bukhari.


Dar Tawq al-Najah.

al-Bukhari, Muhammad bin Ismail, 1989. al-Adab al- Mufrad.


Beirut: Dar al-Basya’ir al-Islamiyyah.

al-Daraqutni, Ali bin Umar, 1966. Sunan al-Daraqutni. Beirut:


Dar al-Ma’rifah.

al-Darimi, Abdullah bin Abd al-Rahman, 1407. Sunan al- Darimi.


Beirut: Dar al-Kitab al-‘Arabi.

al-Dimasyqi, Abd al-Ghani al-Ghanimi al-Maidani (2008) Syarah


al-Aqidah al-Tahawiyah al-Musammah Bayan al- Sunnah wa al-
Jamaah. Al-Qahirah: Dar al-Basa’ir.
al-Duri, Qahtan Abd al-Rahman ( 2012), al-Aqidah al- Islamiyyah
Wa Mazahibuha. Urdun: Books Publisher.
Ibn al-Salah, Taj al-Din Abu Amru Uthman bin Abd al- Rahman.
1992. Tabaqat al-Fuqaha‘ al-Syafi’iyyah.
Dar al-Basya’ir al-Islamiyyah.

Ibn Kathir, ‘Imad al-din Abu al-Fida’ Ismail bin Kathir. (t.th).
alBidayah wa al-Nihayah. Hajr Li al-Tiba ‘ah Wa al- Nasyri wa
altawzi‘.

Ibn Khuzaimah, Muhammad bin Ishaq, 1970. Sahih ibn


Khuzaimah. Beirut: al-Maktab al-Islami.

289
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Ibn Majah, Abu Abdillah Muhammad bin Yazid, 2004.


Sunan Ibn Majah. Dar al-Risalah al-‘Alamiyyah.

al-Jaza‘iri, Abu Bakar (1978). Aqidah al-Mu‘min. Misr: Maktabah


al-Kulliyat al-Azhariyyah.

Mohd Aizam bin Mas’ud (2013) Diskusi Isu aqidah Dan


Pemikiran Semasa Di Malaysia. Putra jaya: Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia.

Muslim bin al-Hajjaj, t.th. Sahih Muslim. Beirut: Dar Ihya’


al-Turath al-‘Arabi.

al-Nasa‘i, Abu Abd al-Rahman bin Syu’aib, 1991. Sunan al-Nasa’i


al-Kubra. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.

al-Qudda, Nuh Ali Salman (2014). al-Mukhtasar al-Mufid Fi


Syarah Jawharah al-Tauhid, terj: Ustaz Nik Muhamad Nasri bin
Malek. Pahang; Sohabah Setia Enterprise.

al-Subki, Taj al-Din Abu Nasr Abd al-Wahhab bin Ali. t.th. Tabaqat
al-Syafi’iyyah al-Kubra. Dar ihya’ al-Kutub al- Arabiyyah.

al-Syahrustani, Abd al-Karim. 2009. Nihayah al-Iqdam Fi Ilmi


alKalam. al-Qahirah: maktabah al-Thaqafah al- Islamiyyah.

al-Tabrani, Sulaiman bin Ahmad bin Ayyub, 1983. al- Mu’jam


alKabir. al-Mausul: Maktabah al-‘Ulum Wa al- Hikam.

al-Tirmidhi, Muhammad bin Isa, t.th. Sunan al-Tirmidhi.


http:www.al-Islam.com.

Uthaimin, Muhammad bin Salih (2007) Tahzib Syarah Aqidah


Ahli al-Sunnah Wa al-Jamaah. al-Qahirah: Dar Adwa’ al-Salaf.

290
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Buku akidah Ahli al-Sunnah Wa al-Jamaah ini merupakan


buku yang membicarakan tentang akidah Ahli al-Sunnah
Wa al-Jamaah berdasarkan manhaj salaf. Ahli al-Sunnah
Wa al-Jamaah berdasarkan manhaj salaf merujuk kepada
golongan yang berpegang teguh dengan Sunnah Nabi SAW
dan Sunnah orang yang mengikut baginda SAW daripada
kalangan para sahabat dan juga tabiin dan orang-orang
yang mengikut jejak langkah mereka dengan baik dari segi
iktikad, perkataan dan juga amalan. Orang-orang yang
istiqamah di atas ikutan terhadap Sunnah Rasulullah SAW
dan menjauhkan diri daripada bidaah, adalah golongan
yang kekal menang sehingga ke hari kiamat. Mengikut
mereka bererti berada di atas dasar petunjuk dan menyelisihi
mereka bererti berada di atas landasan kesesatan. Golongan
ini adalah golongan yang pertengahan dan sederhana antara
yang cuai dengan yang keterlaluan, antara yang ekstrimis
dengan yang terlalu lembap, baik dalam bab akidah, hukum-
hakam mahupun akhlak. Mereka adalah golongan yang
pertengahan antara puak-puak yang ada dalam kalangan
umat Islam. Golongan ini mengguna pakai nas al-Kitab dan
al-Sunnah dan berpada menerima sumber daripada kedua-
duanya dan juga memahami kedua-duanya berdasarkan
kepada manhaj salaf dan jalan-jalan yang ditempuhi mereka.

BASRI BIN IBRAHIM, Ph.D, Profesor di Jabatan Syariah,


Fakulti Pengajian Islam, Kolej Universiti Islam, (KUIPs).
Beliau dipinjamkan daripada Pusat Pengajian Syariah,
Universiti Sultan Zainal Abidin, Kuala Nerus, Terengganu.
Bertugas sebagai pensyarah di Universiti Sultan Zainal
Abidin selama 32 tahun semenjak daripada zaman
KUSZA dan berkelulusan doktor falsafah dalam bidang
Syariah (Fiqah Semasa) daripada Universiti Kebangsaan
Malaysia. Mempunyai kepakaran dalam fiqah semasa, yang
merangkumi fiqah ibadah, muamalat, kekeluargaan, jenayah,
kenegaraan dan perubatan. Selain itu beliau merupakan
Ahli Jawatankuasa Wakaf Universiti Sultan Zainal Abidin,
Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis, Ahli Jawatankuasa
Perundangan dan syariah Myangkasa, Penasihat Akademik

291
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Bagi Program Ijazah Lanjutan Syariah, UniPSAS, Pahang


dan Sarjana Muda Pengurusan Syariah UUM, Kedah. Pernah
menyandang Kursi Jamalullail Universiti Islam Malaysia
Cyberjaya dengan kerjasama Majlis Agama Islam Perlus
(MAIPS), menjadi Ahli Jawatankuasa Zakat Majlis Agama
Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu (MAIDAM),
Ahli Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Negeri
Perlis, Ahli Lembaga Pengarah Kolej Universiti Islam Perlis,
Ahli Senat UIM, Ahli senat UNISZA dan Ahli Panel Akidah
JAKIM. Aktif dalam menghasilkan berbagai-bagai karya dan
sehingga kini lebih daripada 150 buah karya telah diterbitkan.
Terlibat secara aktif dalam berbagai-bagai persidangan dan
seminar di peringkat tempatan dan antarabangsa.

292
MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

293

Anda mungkin juga menyukai