Anda di halaman 1dari 2

TEKS PENGACARA MAJLIS PERPISAHAN IR.

TUAN AFENDEY BIN TUAN MOOD

Ucapan Harum Cempaka Di Sisi Bidara


pembuka Indah redup dihias melati
Salam sembah pembuka bicara
Sulamkan mesra satukan hati

Bismillahirrahmanirrahim ,assalamualaikum wArahmatullahi wabarakatuh

Yang dihormati Ir. Ts. MOHD ASRUL FARIZUL BIN AB ADZI, Jurutera
Jajahan JKR Tumpat.
Yang diraikan IR. TUAN AFENDEY BIN TUAN MOOD, jurutera Bangunan
JKR jajahan Tumpat

Rakan-rakan sekerja yang saya kasihi sekalian.

Selamat Datang ke : Majlis lambaian kasih sesaat bersama, seabad terasa


Jurutera bangunan Ir. Tuan Afendey Bin Tuan Mood

Bersyukur kita kepada Ilahi, pada hari yang tenang penuh ceria ini, kita
bersama dalam Majlis ringkas sempena perpisahan dan perpindahan
pegawai kita Ir. Tuan Afendey bin Tuan Mood atau lebih mesra dengan
panggilan JB

Bacaan doa Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada petang berbahagia ini,


marilah sama-sama kita mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan
oleh . Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan

Ucapan alu- Amin Amin Ya Rabbal `Alamin


aluan
Terima kasih diucapkan kepada En. di atas bacaan doa itu tadi.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan


Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Majlis ringkas yang kita adakan ini merupakan majlis sempena perpisahan
dan perpindahan Ir. Tuan Afendey Bin Tuan Mood. Banyak kenangan yang
terpahat di setiap hati sanubari kita masing-masing. Tidak kira sama ada
yang sudah lama bersama beliau mahupun yang baru mengenali beliau.
Sesungguhnya banyak cerita suka dan duka telah kita cipta sepanjang kita
bersama dengan beliau. Yang pastinya setiap memori itu pasti
meninggalkan kenangan yang sangat mendalam di lubuk jiwa masing-
masing.

Majlis seterusnya mempersilakan Yang dihormati Ir. Ts MOHD ASRUL


FARIZUL untuk menyampaikan ucapan beliau. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih atas kesudian


Yang dihormati Ir. Ts MOHD ASRUL FARIZUL menyampaikan ucapan
sebentar tadi.

TAYANGAN Hadirin, marilah sama-sama kita menyaksikan persembahan montaj yang


MONTAJ telah disediakan.

UCAPAN JB Seterusnya, Majlis menjemput dan mempersilakan yang diraikan Ir. Tuan
Afendey tampil bagi mennyampaikan ucapan beliau. Majlis
mempersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang diraikan Ir. Tuan
Afendey atas ucapan yang disampaikan itu tadi.

PENYAMPAIAN Bagi menghargai jasa beliau majlis menjemput sekali lagi Yang dihormati Ir.
CENDERAMAT Ts MOHD ASRUL FARIZUL untuk menyampaikan cenderamata kenang-
A kenangan kepada Tuan Afendey. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan terimakasih kepada yang Yang dihormati Ir. Ts MOHD


ASRUL FARIZUL atas penyampaian cenderamata itu tadi.

Penutup JB, sy bagi pihak JKR Tumpat ingin memohon maaf jika kami ada tersalah
kata dan kesalahan. Kami mendoakan semoga JB akan sentiasa sihat
sejahtera dan gembira bertugas di tempat baru. Jika ada kelapangan
jengok-jengok lah kami di sini.

Sekian berakhirlah majlis kita pada hari ini, Assalamualaikym w.b.r . Majlis
mempersilakan hadirin sekalian untuk menjamu selera.

Anda mungkin juga menyukai