Anda di halaman 1dari 42

BSK60204 RESEARCH METHODOLOGY

TAJUK TUGASAN

DIMENSI KECERDASAN EMOSI WATAK-WATAK DALAM EPIK VALMIKI


RAMAYANA SEBAGAI PANDUAN PENGURUSAN EMOSI BERDASARKAN TEORI
GOLEMAN

NAMA PELAJAR :

SANTHI A/P MUNIANDY

P20201000048

PENSYARAH

PROF.DR.ABDUL HALIM BIN ALI

TARIKH SERAHAN

29 DECEMBER 2020
KANDUNGAN

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1-3

1.2 Latar belakang kajian 4-5

1.3 Permasalahan Kajian 6-7

1.4 Objektif Kajian 8-8

1.5 Persoalan Kajian 9-9

1.6 Batasan Kajian 10-11

1.7 Definisi Operasional 12-13

1.8 Kepentingan Kajian 14-14

1.9 Kaedah Kajian 15-15

1.10 Rumusan 16-16

BAB 2 KAJIAN LITERATUR

2.1 Pendahuluan 17-17

2.2 Kajian-kajian terdahulu 18-18

2.2.1 Kajian dalam Negara 18-22

2.2.2 Kajian Luar Negara 23-24

2.3 Rumusan 25-2


BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan 26-26

3.2 Rekabentuk Kajian 27-27

3.2.1 Kerangka Kajian 28-28

3.3 Kaedah Kajian 29-29

3.3.1 Kaedah Kajian Perpustakaan 29-30

3.3.2 Kaedah Analisis Teks 30-30

3.4 Kaedah Pengumpulan Data 31-31

3.4.1 Penelitian data 31-31

3.4.2 Menganalisis Data 32-32

3.4.3 Mengenalpasti Data 32-32

3.5 Teori Kajian 33-37

3.5.1 Kerangka Teori 38-38

3.6 Rumusan 39-39

RUJUKAN 40-41
SANTHI MUNIANDY P20201000048

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Sejak kebelakangan ini, terdapat banyak masalah fizikal dan mental semakin bertambah dan

terdapat peningkatan dari tahun ke tahun. Didapati, peningkatan yang ketara dalam kadar bunuh

diri and penyakit mental sejak sedekad lalu berpunca daripada kesihatan mental yang lemah.

Terutamanya dalam menguruskan emosi diri sendiri. Kegagalan dalam pengurusan emosi

membangkitkan tekanan terhadap psikologi seperti perasaan yang berkaitan dengan kesedihan,

kemarahan, ketakutan, kekecewaan, rasa bersalah, putus asa, rasa bersendirian, kerisauan,

kerinduan dan pengabaian dalam kehidupannya. Bagi menangani situasi ini, kecerdasan amat

diperlukan.

Kajian ini menggunakan Teori Kecerdasan Emosi Danial Goleman serta teks sastera Tamil klasik

sebagai sumber utamanya. Dalam teorinya Goleman telah menjelaskan tentang dimensi-dimesi

kecerdasan emosi yang perlu diperolehi oleh seseorang dalam menangani situasinya. Menurut

pengkaji watak-watak dalam teks Valmiki Ramayana mengandungi unsur-unsur emosi dan

kaedah-kaedah menanganinya. Perkara ini dapat dibuktikan oleh watak Sri Rama dalam

kebanyakkan situasinya dalam Ramayana. Perkara ini menjelaskan kepentingan sastera dalam

memperolehi ilmu yang dinamik yang boleh mengubah corak pemikiran sesebuah masyarakat

serta mampu menjana minda dan mengubah manusia daripada bersifat jalil kepada

berpengetahuan.

Page 1 of 42
SANTHI MUNIANDY P20201000048

1.2 Latar Belakang Kajian

Karya sastera merupakan hasil kreatif manusia.Sastera dan kehidupan adalah dua

fenomena sosial yang saling mengisi diantara satu sama lain. Manusia juga dapat memperluas

wawasan dan memperoleh nilai-nilai baik yang terkandung dalam karya sastera sehingga dapat

memperbaiki kehidupannya. Salah satu nilainya ialah tentang aspek-aspek kecerdasan emosi

dalam karya sastera yang dapat membantu masyarakat pembaca untuk memahaminya. Aspek

emosi merupakan suatu perasaan yang terdapat pada manusia sebagai akibat dari perubahan situasi

yang terjadi secara tiba-tiba. Selain itu, emosi juga mendorong seseorang untuk melakukan sesuatu

tanpa berfikir.

Terdapat beberapa kajian terdahulu menggambarkan kaedah-kaedah aspek emosi dalam sastera

klasik. Iaitu dalam hasil penulisan Azhar Hj.Wahid dan Nordiana Bt. Hamzah (2013)

membuktikan kecerdasan emosi terakam dalam karya kesusasteraan. Dalam kajian

beliau,berpendapat para pelajar harus dilatih oleh guru untuk membina kecerdasan emosi. Menurut

Azhar, kesusasteraan Melayu memberikan sumbangan untuk melahirkan pelajar yang sihat dari

segi mental dan jasmani. Selain itu, karya “Tanah Surga Merah” Fina Lailatul Fitria Nur Afifah

mendeskripsikan bentuk kecerdasan emosional dan faktor yang mempengaruhi kecerdasan

emosional tokoh utama dalam novelnya. Diikuti pula Nordiana binti Hamzah, Hasrina binti

Baharum, Farra Humairah binti Mohd dan Azhar bin Wahid juga dari Fakulti Bahasa dan

Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris telah berjaya menghasilkan tesis beliau yang

bertajuk “Bahasa Emosi Marah Wanita Melayu dalam Analisis Novel Zaharah Nawawi”.

Berpandukan analisis tersebut, karya sastera Melayu masih dipandang sebagai kaedah

penyelesaian masalah bagi golongan masyarakat kini. Walaubagaimanapun karya sastera Tamil

Page 2 of 42
SANTHI MUNIANDY P20201000048

tidak diketepikan oleh pengkaji-pengkajinya. Kerana karya sastera Tamil turut menjadi panduan

pengurusan masalah fizikal dan mentalnya dari masa dahulu. Mahabhradha, Ramayana, dan

Purana’s merupakan karya sastera Tamil yang tertua di dunia. Salah satu karya yang tertua dalam

sastera Tamil klasik ialah epik Ramayana. Ramayana merupakan hasil kesusasteraan Tamil dan

dikatogerikan sebagai ithihasa (Jabamoney, Samikkanu 2008). Sehingga kini, banyak kajian telah

melibatkan karya Ramayana sebagai sumber kajian. Ramayana merupakan karya yang

mempengaruhi segala aspek kehidupan seperti ekonomi, politik dan sosial. Selain itu ,Ramayana

juga mempunyai transformasi gaya kepimpinan seperti Sri Rama, Sukriva, Dasaratha dan

Jhanagar.

Kisah Ramayana merupakan kisah perjuangan yang dilalui oleh Rama dalam membebaskan Dewi

Seetha. Hal ini menjadi masalah dalam epik Ramayana ketika Ravana menculik Dewi Seetha dan

ia mengakibatkan peperangan diantara Rama dan Ravana dalam Yutha Kanda. Peperangan

tersebut, mengakibatkan kecederaan dan kematian dari bangsa kera hingga bangsa raksasa. Malah,

pengurusan emosi Sri Rama dalam karya ini sangat menarik sehingga pengkaji memilih epik

Ramayana dan teori kecerdasan emosi sebagai sumber kajiannya.

Terdapat beberapa pengkaji, mengkaji Ramayana dalam pelbagai aspek. Iaitu Balakrishnan

Muniapan dari Curtin Universiti telah menghasilkan sebuah kajian yang bertajuk Transformasi

Gaya Kepimpinan oleh Sri Rama di Valmiki Ramayana. Beliau menjalankan kajian ini pada tahun

2007. Pengkaji menggunakan epik Ramayana sebagai bahan kajian dengan menggunakan teori

kepimpinan transformasi oleh Burn (1978) dan Bass dan Avolio (1994). Selain itu, Kavri

Krishnasamy telah menjalankan sebuah kajian yang bertajuk Nilai Sosiobudaya Ramayana dalam

cerpen-cerpen Tamil di Malaysia. Maka, boleh disimpulkan bahawa, berpandukan kajian-kajian

terdahulu tidak ada sebarang kajian yang memperlihatkan kecerdasan Emosi terhadap watak-

Page 3 of 42
SANTHI MUNIANDY P20201000048

watak dalam epik Valmiki Ramayana. Oleh yang demikian, pengkaji ingin membuka lembaran

baharu dalam penyelidikan kesusasteraan Tamil dengan mengkaji dimensi-dimensi kecerdasan

emosi yang terkandung dalam watak-watak epik Valmiki Ramayana

Justeru itu, dalam epik ini pengkaji akan mengenal pasti dan menganalisis unsur-unsur emosinya

kerana kesusasteraan sering dihubungkan dengan emosi. Dengan adanya hubungan yang erat

antara karya sastera dengan dunia emosi manusia maka wajarlah karya sastera menjadi alat bahan

yang boleh membimbang dan meningkatkan kemahiran kecerdasan emosi. Kecerdasan emosi

(Emotional Intelligence atau EQ) yang telah diperkenalkan oleh Daniel Goleman ini menjadi

begitu penting dalam merealisasikan objektif manusia dalam tugasan seharian. Kerana seseorang

yang mempunyai kecerdasan emosi yang tinggi mampu menjadi individu yang seimbang dan

harmonis.

1.3 Permasalahan Kajian

Pengkaji telah memilih tajuk dimensi kecerdasan emosi terhadap watak Sri Rama dalam

epik Valmiki Ramayana sebagai panduan pengurusan emosi berdasarkan teori Goleman dan akan

menganalisis beberapa masalah kajian dalam penyelidikan ini. Menurut pengkaji setakat ini, tajuk

pilihannya tidak dikaji oleh pengkaji lain. Oleh demikian, pengkaji telah membuat keputusan

untuk mengkaji tentang kecerdasan emosi dalam epik ini. Epik Valmiki Ramayana merupakan

karya yang mempunyai watak-watak yang berkualiti tinggi dan memberi manfaat kepada

masyarakat kini untuk menyelesaikan masalah kehidupannya. Watak Sri Rama memainkan yang

peranan penting dalam mengendalikan emosi sepanjang perjalanan epik ini.

Page 4 of 42
SANTHI MUNIANDY P20201000048

Bagi menghadapi perubahan dan cabaran dalam kehidupan seharian, pengendalian emosi

seseorang amat penting. Justeru, emosi setiap manusia berbeza-beza mengikut faktor umum,

status, jantina, situasi, dan tahap kesihatan. Emosi seseorang boleh diketahui menerusi reaksi dan

bahasa badan ketika berkomunikasi. Tekanan yang berterusan boleh membawa kepada gangguan

emosi di tahap yang berbeza-beza daripada tahap rendah hingga ke tahap serius. Berdasarkan latar

belakang kajian, pengkaji melihat bebanan masyarakat dan faktor persekitaran merupakan antara

beberapa masalah yang menyebabkan emosi mereka terganggu. Ketidak seimbangan emosi bukan

sahaja mendorong masyarakat melakukan jenayah malah mereka juga sanggup mengadaikan

nyawa mereka kerana tidak sanggup berhadapan dengan tekanan hidup yang dihadapi.

Berpandukan masalah di atas, watak Sri Rama dalam karya Valmiki Ramayana akan

menjadi salah satu panduan untuk mengurus atau penyelesai masalah tersebut. Kerana Ramayana

adalah satu karya sastera yang menunjukkan unsur-unsur yang patut diikut dan tidak patut diikut

dalam apa jua situasi dalam kehidupan sehariannya. Melalui kajian ini pengkaji akan mewujudkan

satu garis panduan mengurus emosi berpanduan watak Sri Rama dalam epik Valmiki Ramayana.

Panduan tersebut akan mengandungi kaedah-kaedah mengatasi emosi dengan teliti dan teratur.

Page 5 of 42
SANTHI MUNIANDY P20201000048

1.4 Objektif Kajian

Berdasarkan pernyataan yang diungkapkan seperti di atas objektif kajian ini terdiri daripada:

a. Untuk mengenalpasti dimensi-dimensi kecerdasan emosi pada watak-watak yang

terdapat dalam teks Valmiki Ramayana.

b. Menganalisis dimensi-dimensi kecerdasan emosi yang terdapat pada watak-watak

protagonis berdasarkan Teori Goleman 1995.

c. Menghuraikan dimensi-dimensi kecerdasan emosi sebagai panduan pengurusan

emosi serta bermanfaat bagi masyarakat pada zaman ini.

Page 6 of 42
SANTHI MUNIANDY P20201000048

1.5 Persoalan Kajian

Tujuan kajian ini adalah untuk merungkaikan permasalahan di atas dan ia berpandukan kepada

tiga soalan, iaitu:

a. Apakah dimensi-dimensi kecerdasan emosi yang terkandung dalam watak-watak

dalam epik Valmiki Ramayana?

b. Bagaimanakah pengendalian Teori Kecerdasan Emosi Goleman 1995 digambarkan

dalam teks epik Valmiki Ramayana?

c. Bagaimana dimensi-dimensi kecerdasan emosi yang terdapat dalam teks epik

Valmiki Ramayana bermanfaat bagi masyarakat pada zaman ini?

Page 7 of 42
SANTHI MUNIANDY P20201000048

1.6 Batasan Kajian

Kajian ini difokuskan pada penganalisisan kecerdasan emosi yang berpandukan teori

Goleman 1995 dalam epik Valmiki Ramayana. Karya Ramayana asal yang dikarang oleh Valmiki

yang berbentuk sloka dalam bahasa Sanskrit akan digunakan dalam kajian ini sebagai rujukan

sloka / sumber sekunder. Oleh yang demikian, teks berbentuk sloka yang terdiri daripada 7 kanda

ini diterjemahkan oleh Pandit T. S. Kothandaraman dalam Bahasa Tamil telah dipilih sebagai

sumber utama dalam kajian ini untuk pemahaman yang mudah dan jelas bagi para pembaca.

Sumber sekunder yang lain digunakan dalam kajian ini ialah bahan-bahan berbentuk buku, jurnal,

tesis, kajian ilmiah dan sebagainya yang berkaitan dengan karya sastera. Kajian ini dibataskan

kepada kajian kualitatif sahaja kerana ia akan menginterpretasi kandungan teks epik dan

kandungan pendapat sarjana-sarjana lain.

Epik Valmiki Ramayana mencerminkan kecerdasan watak-watak dalam pengendalian

emosi yang lebih pro-aktif jika dibandingkan dengan bahan sastera yang lain.Terutamanya Sri

Rama dan Devi Seetha. Pengkaji membincangkan 5 dimensi emosi dalam modal Goleman 1995.

Iaitu mengenali emosi diri, mengutus emosi diri, memotivasi diri, kemampuan mengenali emosi

orang lain dan kemampuan membina hubungan. Demensi-demensi tersebut dikategorikan dalam

2 bentuk. Iaitu kompetensi personal dan kompetensi social.

Kesemua dimensi ini akan memudahkan Pengkaji untuk mengenal pasti watak-watak serta

situasi yang memaparkan kecerdasan emosi secara ketara sekali menerusi teks.

Pengkaji telah memilih dimensi-dimensi sebagai asas kajian agar dapat mencapai objektif kajian.

Berikut adalah senarai buku/rujukan/panduan yang akan menjadi sumber bagi penghasilan kajian

ini.

Page 8 of 42
SANTHI MUNIANDY P20201000048

Bil Tajuk Tahun Penulis


1. Maharishi Sri Valmiki Aruliya Sri Math Valmiki 1902 Pandit T. S. Kothandaraman
Ramayanam
2. Ramayana Thathuvangal (First Edition) 2014 Prapotharan Sugumaran
3. Ramayana Thathuvangal (Second Edition) 2016 Prapotharan Sugumaran
4. Sri Math Valmiki Ramayanasharam 1987 Anna
5. Ramayanath Thoomanigal 2012 A. Krishnan
6. Kamba Ramayanam 2004 Kurunchi Nyana
Vaithiyanathar
7. Kamban’s 10th Century Tamil Epic “The Kamba 2004 S.M. Ponniah
Ramayana”
8. Working with Emotional Intelligence 1998 Daniel Goleman
9. Learn how to use the Emotional Excellence 1997 Maya Phillips

Page 9 of 42
SANTHI MUNIANDY P20201000048

1.7 Definisi Operasional

Beberapa istilah yang berkaitan dengan kajian ini perlu dijelaskan terlebih dahulu supaya

perbincangan yang seterusnya akan menjadi lancar dan difahami. Antara istilah yang akan

dijelaskan dalam bab ini adalah tentang konsep Ramayana, Epik, emosi, kecerdasan, kecerdasan

emosi.

a. Ramayana

- Ramayana merupakan kitab suci yang telah mempengaruhi hampir setiap aspek

pemikiran dan kehidupan masyarakat India sejak beberapa ribu tahun

sebelumnya serta berasal dari bahasa Sanskrit, iaitu kata Rama dan Ayana yang

bererti “perjalanan Rama”.

b. Epik

- Perkataan epik berasal dari perkataan Yunani yang bererti “menceritakan”,

serta mengikut kamus dewan edisi keempat, epik adalah sajak panjang yang

menceritakan bakti seseorang pahlawan. Contoh epik dari alam Melayu ialah

Hikayat Hang Tuah.

c. Emosi

- Perkataan emosi berasal daripada perkataan Greek “emovere” yang bermaksud

“untuk keluar” kerana emosi dikaitkan dengan suatu keadaan yang dialami oleh

manusia dan perlu ditonjolkan keluar untuk memberi kepuasan kepada mereka.

Dalam psikologi, emosi ditakrifkan sebagai tindak balas subjektif (perasaan)

yang biasanya disertai dengan perubahan fisiologi.

Page 10 of 42
SANTHI MUNIANDY P20201000048

d. Kecerdasan

- Kecerdasan adalah kemampuan menyeluruh seseorang individu secara

sedar untuk berfikir secara waras dan bertindak secara efektif terhadap

persekitarannya.

- kecerdasan jugs terdiri daripada kemahiran-kemahiran penyelesaian

masalah yang membolehkan individu menyelesaikan masalah pada masa

yang tertentu serta mencipta produk yang berfaedah bagi kebolehan

mencari atau mencipta masalah yang akhirnya menjurus kepada

pemerolehan pengetahuan.

e. Kecerdasan emosi

- Menurut Goleman (1995) kecerdasan emosional adalah kemampuan

seseorang mengatur kehidupan emosinya dengan inteligensi, menjaga

keselarasan emosi dan pengungkapannya melalui keterampilan kesedaran

diri, pengendalian diri, motivasi diri, empati dan keterampilan sosial.

Page 11 of 42
SANTHI MUNIANDY P20201000048

1.8 Kepentingan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk memperlihatkan demensi-demensi kecerdasan emosi

berpanduan teori Goleman dalam watak-watak epik Valmiki Ramayana. Dapatan kajian ini akan

menjadi panduan pengurusan emosi bagi sesebuah agensi(motivasi dan social), universiti,

organisasi, ahli akademik, masyarakat awam serta sebagai panduan motivasi, pembangunan

kendiri, rancangan emosi dan rujukan kepada pengkaji-pengkaji baru.

Hasil kajiannya akan mengurangkan dan menstabilkan tahap emosi mereka dalam tugasan

seharian dan membantu dalam mengurangkan gejala sosial manusia yang berpandukan emosi pada

masa kini dan akan datang.

Page 12 of 42
SANTHI MUNIANDY P20201000048

1.9 Kaedah Kajian

Kajian ini berbentuk deskriptif, iaitu menggunakan kaedah analisis kandungan untuk

menganalisis demensi-demensi kecerdasan emosi yang terdapat dalam watak-watak epik Valmiki

Ramayana.

Kajian ini berpandukan kandungan teks. Dalam konteks kajian ini, kaedah analisis

kandungan digunakan untuk melihat demensi-demensi kecerdasan emosi yang terdapat dalam epik

Valmiki Ramayana yang dikaji. Setiap kecerdasan emosi akan dikategorikan kepada beberapa

bahagian yang mendukung demensi kecerdasan emosi tersebut. Bagi setiap bahagian pula telah

ditetapkan beberapa ciri yang sesuai dengan bahagian tersebut.

Dalam menentukan cara merekod dan menganalisis demensi kecerdasan emosi, kesemua

buku dan jurnal Ramayana dibaca dan akan dianalisis berdasarkan ciri-ciri yang telah ditetapkan

dalam setiap demensi kecerdasan emosi. Ciri-ciri yang terdapat dalam demensi kecerdasan emosi

boleh dikenal pasti secara tidak langsung melalui peristiwa-peristiwa yang dilalui oleh watak dan

juga perlakuan watak epik Valmiki Ramayana yang dikaji.

Kaedah kajian perpustakaan juga digunakan dalam kajian ini untuk mengumpul maklumat

yang sesuai bagi memantapkan kajian ini. Artikel-artikel daripada buku, majalah dan kajian ilmiah

yang sesuai dirujuk untuk memperkukuhkan fakta atau maklumat yang digunakan dalam kajian

ini.

Page 13 of 42
SANTHI MUNIANDY P20201000048

1.10 Rumusan

Kesimpulannya, liputan kajian yang pengkaji ketengahkan adalah tentang penganalisisan

Goleman 1995 kecerdasan emosi dalam watak-watak epik Valmiki Ramayana. Selain itu, bab ini

juga akan menerangkan tentang aspek pengurusan emosi dalam situasi seharian untuk generasi

akan datang. Maka secara kesimpulanya ianya dapat mendorong masyarakat terutamanya generasi

baru agar menjadikannya sebagai panduan dan tauladan dalam amalan kehidupan seharian.

Page 14 of 42
SANTHI MUNIANDY P20201000048

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pendahuluan

Dalam bab ini, pengkaji membincangkan tentang kajian-kajian terdahulu yang dikaji oleh

pengkaji-pengkaji yang lain dalam 2 aspek iaitu sumber yang sama tetapi teori yang berbeza dan

teori yang sama tetapi sumber yang berbeza. Sehubungan itu terdapat juga tinjauan dikategorikan

sebagai kajian dalam negara dan luar negara.

Tinjauan literatur ini dijalankan untuk menjelaskan dengan lebih jelas dan terperinci

tentang kajian-kajian yang lepas yang mempunyai hubungkaitnya dan persamaan dengan bidang

yang dikajinya. Tinjauan literatur ini melihat teori dan kepentingan tentang penggunaan teori yang

menyentuh dari segi kecerdasan emosi.

Tinjauan literatur juga dijalankan untuk memberi idea kepada pengkaji mengenai

pemboleh ubah yang boleh digunakan dalam penyelidikan, mengumpul maklumat tentang

penyelidikan yang telah dibuat, mengetahui status kajian, memperolehi makna dan hubungan

antara pembolehubah-pembolehubah, mengenalpasti masalah sebenar, membina metodologi yang

sesuai dan membina hipotesis. Tinjauan literatur ini membantu pengkaji untuk mendapatkan

maklumat yang terperinci yang akan membantu untuk membuat penyelidikan serta memberi idea

yang baru kepada pengkaji untuk mengenalpasti masalah penyelidikan dan untuk merancang

metodologi yang sesuai dalam penyelidikan. Daripada tinjauan dan kajian didapati beberapa tokoh

Ph.D dan sarjana telah menunjukkan inisiatif mereka dalam mengkaji beberapa aspek dalam epik

Ramayana di Malaysia dan juga di luar negara.

Page 15 of 42
SANTHI MUNIANDY P20201000048

2.2 Kajian-kajian terdahulu

Dalam menjalankan kajian ini, pengkaji telah memilih sebanyak 7 buah tesis yang

dihasilkan dalam negara dan 3 buah tesis yang dihasilkan di luar negara.

2.2.1 Kajian dalam Negara

Mohd Khairuddin Abdullah, Maspiah Sekong dan Halimah Laji dari Universiti

Malaysia Sabah telah membuat kajian yang bertajuk “Kecerdasan Emosi dan Komitmen

Guru terhadap organisasi pada tahun 2017. Pengkaji menjalankan kajian ini untuk

mengenalpasti tahan kecerdasan emosi dan komitmen organisasi dalam kalangan guru-

guru sekolah menengah. Melalui kajian ini, pengkaji telah mengenalpasti perbezaan tahap

kecerdasan emosi dan komitmen organisasi berdasarkan pengalaman mengajar serta kenal

pasti hubungan antara kecerdasan emosi dengan komitmen organisasi dalam kalangan

guru-guru sekolah menengah di daerah Keningau. Kajian ini dikategorikan sebagai kajian

kuantitatif dan menggunakan instrumen soal selidik. Iaitu kecerdasan emosi diukur

menggunakan soal selidik self. Report Emotional Intelligence Test (SREIT) dan komitmen

organisasi pula diukur menggunakan soal selidik. Kajian ini perlu dijadikan panduan

umum untuk merancang aktiviti atau program yang boleh meningkatkan kecerdasan emosi

dan komitmen dalam sesebuah organisasi.

Hasil kajian Pn.Sri Hjh.Halimah, Eow Yee Leng dan Chuah Beng Ean (2016)

menjelaskan bahawa kajian ini merupakan satu kajian yang menggambarkan

pengaplikasian kecerdasan emosi dalam pengurusan sekolah. Pengkaji menggunakn model

KE Goleman sebagai panduan pengurusan emosi dalam kajian ini. Terdapat lima dimensi

Page 16 of 42
SANTHI MUNIANDY P20201000048

dalam model Goleman membantu pengkaji untuk mempertingkatkan kognitif semasa

berhadapan dengan konflik dalam pengurusan sekolah. Domain-domain tersebut adalah

kesedaran diri, regulasi kendiri, motivasi, empati dan kemahiran sosial. Tujuan kajian ini

adalah untuk memberi manfaat khususnya kepada komuniti pentadbir sekolah, sebagai satu

rujukan pengurusan emosi dalam proses melahirkan generasi muda yang lebih mantap dan

berkualiti.

Seterusnya, Abdul Shukor bin Shamsudin, Hamzah bin Dato’ Abdul Rahman,

Abdullah bin Haji Abdul Ghani telah menjalankan subuah kajian terhadap universiti-

universiti negeri yang bertajuk ‘Etika kerja Islam sebagai Penyederhana Dalam Hubungan

Antara Kecerdasan Emosi Dan Kepimpinan Administrator Universitas Negeri’. Kajian ini

bertujuan untuk menggambarkan pengenalpastian hubungan antara kecerdasan emosi dan

kepimpinan etika kerja Islam di kalangan administrator IPTA. Beliau menggunakan

pendekatan kuantitatif dan kaedah penelitian silang, pemilihan sampel menggunakan

teknik sampel acak bertingkat proporsional. Berdasarkan model abiliti, empat elemen

kecerdasan emosi digunakan dalam kajian ini. Iaitu penilaian emosi, ekspresi emosi,

penguasaan dan memanfaatkan emosi. Manakala berpandukan modal gaya kepimpinan

transformasi dan kepimpinan transaksi empat elemen digunakan sebagai variabel bebas

dan variabel terikat. Pengkaji berpendapat bahawa melalui kajian ini, pihak berkenaan

bermanfaat dari aspek praktikal dan aspek teoretikal serta memberi laluan kepada IPTA

untuk membuat perbaikan kepada program pengembangan kepimpinan yang akan datang.

Dapatan kajian ini memaparkan pengkaji perlu lebih berfokus kepada hubungan etika kerja

Islam dalam hubungan antara variabel kecerdasan emosi dan variabel kepemimpinan.

Page 17 of 42
SANTHI MUNIANDY P20201000048

Menurut penelitian diatas kekurangan penggunaan elemen-elemen kecerdasan emosi

melemahkan kajian ini.

Pengkaji Ovi Arieska telah membuat kajian tentang ‘Pengembangan Kecerdasan

Emosional (Emotional Quotient) Daniel Goleman Pada Anak Usia Dini dalam Tinjauan

Pendidikan Islam’. Kajian ini dibuat pada tahun 2018. Dalam kajian ini beliau menjelaskan

pengembangan kecerdasan emosional (EQ) Daniel Goleman pada anak usia dini dalam

tinjauan pendidikan Islam. Dalam kajian ini beliau menganalisiskan perkembangan

kecerdasan emosi anak usia dini berpandukan teori Daniel Goleman. Selain itu, beliau juga

menyatakan aspek-aspek perkembangan anak melalui lembaga pendidikan, iaitu

Pendidikan Anak Usia Dini (PAUD). Aspek-aspeknya terdiri daripada kognitif, bahasa,

sosio-emosional, nilai agama dan moral serta fisik-motorik. Kecerdasan-kecerdasan seperti

kecerdasan intelektual, kecerdasan emotional dan kecerdasan spiritual memainkan peranan

penting dalam kajian ini. Walaupun Teori Daniel Goleman tidak menjelaskan

perkembangan emosi pada anak dalam tinjauan Islam, namun mempunyai persamaan

antara teori Daniel Goleman. Iaitu berpandukan tinjauan Islam, perkembangan emosi

sudah dapat dilatih semasa anaknya dalam kandungan ibu berterusan apabila dilahirkan

dan sampai anak itu bersekolah. Penelitian kajian ini adalah, agama merupakan aspek yang

penting dalam mendidik anak, memperolehi potensi yang kukuh untuk menghadapi

kehidupan yang penuh dengan cabaran. Pernyataan diatas mungkin lebih kukuh jika

penjelasannya berpandukan masalah-masalah pada masa kini atau situasi yang telah dilalui

oleh masyarakat.

Kavri Krishnasamy telah menjalankan sebuah kajian yang bertajuk Nilai

Sosiobudaya Ramayana dalam cerpen-cerpen Tamil di Malaysia menggambarkan nilai

Page 18 of 42
SANTHI MUNIANDY P20201000048

sosiobudaya Ayoadhya Kanda Ramayana dalam cerpen Tamil Malaysia secara terperinci.

Beliau telah menjalankan kajian ini di Universiti Putra Malaysia pada tahun 2015.

Sebanyak 53 cerpen Tamil terbitan Akhbar Tamil Nesan 2012 dipilih sebagai alat kajian

utama bagi kajian ini. Kaedah kajian perpustakaan membantu pengkaji mendapatkan

sumber maklumat kajian ini. Disebabkan belum ada sebarang kajian yang lengkap yang

memperlihatkan pengaruh Ramayana terhadap Cerpen Tamil Malaysia, pengkaji membuka

lembaran baharu dalam penyelidikan Kesusasteraan Tamil Malaysia dengan pemaparan

nilai sosiobudaya Ramayana yang dipaparkan dalam Cerpen Tamil Malaysia 2012. Dalam

kajian ini, pengkaji mengenalpasti dan merekodkan nilai sosiobudaya Ramayana serta

membandingkan persamaan dan menganalisis perbezaan penerapan nilai sosiobudaya ini

dalam cerpen terpilih. Kajian ini berpandukan kepada Teori Intertekstualiti Julia Kristeva.

Tujuan kajian ini adalah untuk menitikberatkan penerapan nilai yang berunsur positif yang

diutarakan dalam Ramayana dapat disalurkan kepada masyarakat agar dapat melahirkan

modal insan yang berbudi pekerti dan berakhlak mulia.

Balakrishnan Muniapan dari Curtin Universiti telah menghasilkan sebuah kajian

yang bertajuk Transformasi Gaya Kepimpinan oleh Sri Rama di Valmiki Ramayana.

Beliau menjalankan kajian ini pada tahun 2007. Pengkaji menggunakan epik Ramayana

sebagai bahan kajian dengan menggunakan teori kepimpinan transformasi oleh Burn

(1978) dan Bass dan Avolio (1994). Pengkaji menjelaskan transformasi gaya kepimpinan

yang terdapat pada Sri Rama melalui 4 dimensi. Iaitu Motivasi Inspirasi (Inspirational

Motivation), Pengaruh Ideal (Idealised Influence), Rangsangan Intelektual (Intellectual

Stimulations), dan Pertimbangan Individu (Individualised Consideration). Pengkaji telah

menggunakan kaedah kualitatif dan analisis data kajian yang digunapakai adalah kaedah

Page 19 of 42
SANTHI MUNIANDY P20201000048

analisis teks. Dalam kajian ini beliau menyatakan bahawa kepimpinan dimiliki oleh Sri

Rama akan menjadi teladan, bimbingan malah ia juga akan menjadi inspirasi kepada para

pemimpin bukan setakat dalam indian konteks, tetapi secara keseluruhannya / Universal.

Dalam Kajian ini, pengkaji menggambarkan gaya kepimpinan seorang anak raja yang

mempunyai unsur-unsur kepimpinan yang dapat ditransformasikan mengikut memainkan

peranan.

Diikuti pula Nordiana binti Hamzah, Hasrina binti Baharum, Farra Humairah binti

Mohd dan Azhar bin Wahid juga dari Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti

Pendidikan Sultan Idris telah berjaya menghasilkan tesis beliau yang bertajuk “Bahasa

Emosi Marah Wanita Melayu dalam Analisis Novel Zaharah Nawawi”. Beliau

menggunakan novel sebagai bahan kajian dengan menggunakan teori gabungan iaitu Teori

Rasa Fenomenologi dan Teori Piskoanalisis. Analisis data kajian yang digunakan adalah

kaedah analisis kandungan bagi empat teks iaitu Sebelum Berhujungnya Musim Bunga

(1972), Selamat Datang Adzie Farahah (1988); Bulah & Mentari (2007) dan Anugerah

(1995). Dalam kajian ini, pengkaji menganalisis bahasa emosi wanita Melayu dalam novel-

novel Zahara Nawawi untuk mengenalpasti perkataan, frasa dan ayat bagi emosi marah

wanita melayu. Kelebihan kajian ini adalah novel-novel tersebut membukti wanita Melayu

begitu kaya dengan penggunaan bahasa emosi marah sama ada secara tersurat ataupun

tersirat. Manakala, kelemahan tesis ini ialah pengkaji tidak membincangkan tentang

masalah-masalah yang dihadapi oleh wanita Melayu disebabkan emosi marah.

Page 20 of 42
SANTHI MUNIANDY P20201000048

2.2.2 Kajian Luar Negara

Tesis Sarjana dari Pendidikan Bahasa dan Sastera Indonesia yang bertajuk

‘Kecerdasan Emosi Tokoh Utama Dalam Novel “Tanah Surga Merah” karya Arafat Nur,

Fina Lailatul Fitria Nur Afifah’, menerangkan penampilan kecerdasan emosi tokoh yang

berperan dalam cerita tersebut. Novel tersebut menceritakan perjuangan seorang lelaki

untuk membaikkan jajahan Aceh dalam cerita itu. Dalam karya sastera ini, pengkaji

menggambarkan bentuk kecerdasan emosi dan faktor yang mempengaruhi terhadap tokoh

utama dalam novelnya. Metode yang digunakan dalam kajian ini adalah metode deskriptif

kualitatif serta pendekatan psikologi sastera. Beliau menjelaskan 2 jenis penelitian. Iaitu

menggambarkan lima aspek kecerdasan emosi tokoh utama dalam novel, serta faktor

kecerdasan emosi tokoh utama yang disebabkan oleh faktor non keluarga. Pengkaji juga

menggunakan dua teknik dalam penelitiannya. Iaitu teks membaca dan teknik mencatat.

Dalam kajiannya beliau menjelaskan lima kecerdasan emosi yang berpandukan Tokoh

utama iaitu Murah. Lima kecerdasan emosi tersebut ialah mengenali emosi diri,

kemampuan mengelola emosi, memotivasi, mengenali emosi orang lain, dan akhirnya

membina hubungan dengan orang lain. Turut membincangkan satu faktor yang

mempengaruhi kecerdasan emosi iaitu faktor non keluarga. Pada pandangan saya, untuk

menarik perhatian para pembaca serta meggunakan kajian ini sebagai teladan dan lebih

bermanfaat kepada masyarakat, beliau perlu menfokuskan kajiannya terhadap

permasalahan yang dihadapi oleh tokoh utama serta mengembangkan kajian terhadap

watak-watak utama yang lain untuk memberi penjelasan yang lebih tepat serta mudah

difahami bagi generasi pada masa sekarang.

Page 21 of 42
SANTHI MUNIANDY P20201000048

Seterusnya, Noor Laili Faizah, Sri Oemiati dari Universiti Dian Nuswantoro telah

berjaya menghasilkan tesis beliau yang bertajuk kecerdasan Emosional Tokoh Totto Chan

dalam Novel Madogiwa no Totto Chan karya Tetsuko Kukoyanagi menurut Teori

Goleman. Dalam Kajiannya, pengkaji menjelaskan kecerdasan emosi yang dimiliki oleh

tokoh Totto Chan dan cara pengaplikasiannya dalam pelbagai situasi yang dilalui.

Khairi Ansari telah menghasilkan kajian bertajuk ‘Kandungan Kecerdasan Emosi

Dalam karya Sastra Indonesia”. Beliau daripada Fakulti Bahasa dan Seni di Universiti

Negeri medan. Dalam Kajian ini, pengkaji telah membuktikan kepintaran masyarakat

dahulu dalam menggunakan pantun di antara mereka untuk menjalinkan dan menjaga

hubungan yang harmoni dan kesadaran diri. Berpandukan model kecerdasan emosi

Goleman (1995) serta Mayer dan Salovey (1997), pengkaji berpendapat kecerdasan emosi

merupakan komponan yang menuntut diri untuk belajar mengakui dan menghargai

perasaan diri sendiri dan orang lain serta (menanggapinya) dengan tepat, menerapkan

dengan efektif tenaga emosi dalam kehidupan dan tugasan harian. Pengkaji telah

menggambarkan selitan kecerdasan emosi dalam isi pantun yang biasanya terdapat pada

(barisan / bait) ketiga dan keempat. Melalui kajian ini, beliau menelitikan sumbangan

kecerdasan emosi terhadap kecerdasan manusia kerana kecerdasan emosi adalah sejenis

informasi tentang nilai terhadap dunia.

Page 22 of 42
SANTHI MUNIANDY P20201000048

2.3 Rumusan

Dalam bab ini jelasnya bahawa sarjana-sarjana lebih cenderung dalam mengkaji

aspek-aspek tema dan persoalan serta masalah kecerdasan emosi di kalangan masyarakat.

Kajian-kajian yang disenaraikan ini adalah kajian umum. Sebagai kesimpulannya, boleh

dikatakan bahawa belum ada kajian yang dikaji dalam aspek kecerdasan emosi dalam epik

Valmiki Ramayana.

Oleh itu, pengkaji ingin menceburi cabaran baru untuk penyelidik tentang

kecerdasan emosi yang terdapat dalam epik Valmiki Ramayana. Melalui kajian ini,

pengkaji dapat mencerminkan kaedah-kaedah penyelesaian emosi di kalangan masyarakat

yang dipaparkan dalam epik tersebut yang boleh dapat memberi manfaat kepada generasi

yang akan datang.

Page 23 of 42
SANTHI MUNIANDY P20201000048

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan

Dalam bab ini, pengkaji akan membincangkan secara terperinci tentang metodologi,

kaedah-kaedah dan prinsip-prinsip berkaitan dengan kajian yang dijalankan. Metodologi

didefinisikan sebagai kaedah dan teknik merekabentuk, mengumpul dan menganalisis data supaya

dapat menghasilkan bukti yang boleh menyokong sesuatu kajian. Metodologi membincangkan

hubungan antara teori dan penyelidikan.

Pengkaji juga membincangkan tentang teori yang digunakan dalam penyelidikan ini.

Pengkaji menggunakan teori kualitatif dalam penyelidikan ini. Bab ini akan meneroka tentang

hubungan teori dalam konteks penyelidikan kualitatif dengan pembentukan kerangka kajian.

Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan sumber dari perpustakaan. Pengkaji melibatkan

penelitian sumber perpustakaan iaitu bertumpu kepada buku-buku ilmiah, jurnal-jurnal akademik,

majalah-majalah akademik dan artikel-artikel akademik yang lain.

Teori Goleman (1995) digunakan dengan meluasnya untuk menginterprestasi teori

kecerdasan emosi dalam epik Valmiki Ramayana. Kerangka teori kecerdasan emosi telah

digunakan oleh pengkaji untuk mengenalpasti dimensi-dimensi kecerdasan emosi dalam epik

Ramayana serta menganalisiskan teori tersebut dalam watak-watak Ramayana. Pengkaji

menggunakan bentuk diskriptif untuk menghuraikan maklumatnya secara terperinci dan untuk

menerangkan data menjurus kepada makna yang mendalam.

Page 24 of 42
SANTHI MUNIANDY P20201000048

3.2 Rekabentuk Kajian

Dalam Kajian ini, pengkaji menggunakan kualitatif deskriptif untuk mengkaji Teori

Kecerdasan Emosi Goleman (1995) dalam epik Valmiki Ramayana. Kajian ini dikaji berdasarkan

objektif dan persoalan kajian. Kaedah kualitatif membantu pengkaji untuk mencari dan memberi

keterangan serta pemerhatian bukan numarikal. Kaedah ini digunakan untuk mengutip data secara

berfokus dan mendalam serta untuk membuat analisis dalam kajiannya.

Kaedah kualitatif juga tidak hanya tertumpu pada pengutipan maklumat yang banyak

malah ia berusaha untuk memperoleh maklumat berkualiti dengan memberikan tumpuan terhadap

sampel.

Page 25 of 42
SANTHI MUNIANDY P20201000048

3.2.1 Kerangka Kajian

Tajuk :
Kecerdasan Emosi Goleman (1995) dalam watak-watak di Epik Ramayana

Teori Kajian Kaedah Kajian


Objektif Kajian Teori Kecerdasan Emosi 1. Kaedah Analisis
1. Mengenal pasti komponan- Goleman (1995) Kandungan Teks
komponan emosi pada watak- 2. Kaedah Perpustakaan
watak yang terdapat dalam teks Sumber Kajian Epik
Ramayana. Ramayana
2. Menganalisis komponan-
komponan kecerdasan emosi
yang terdapat pada watak-
watak protagonis berdasarkan
teori Goleman 1995.
3. Menghuraikan komponan-
komponan kecerdasan emosi
sebagai panduan pengurusan
emosi dalam tugasan harian.

Analisis Data
Analisis Kualitatif: Huraian deskriptif berdasarkan data-data yang diperolehi.

Dapatan Kajian
Rumusan dapatan kajian, implikasi dan cadangan.

Rajah 1 : Kerangka Kajian

Page 26 of 42
SANTHI MUNIANDY P20201000048

3.3 Kaedah Kajian

Bagi mencapai objektif kajian, pengkaji menggabungkan dua kaedah secara bersepadu

iaitu kaedah perpustakaan dan kaedah analisis teks. Iaitu mendapatkan maklumat yang sesuai serta

diperlukan melalui buku, majalah, rencana, artikel, akhbar, penulisan ilmiah, kertas kajian dan

tesis. Bahan rujukan visual seperti bahan daripada internet juga digunakan untuk mengukuhkan

kajian ini. Kaedah ini digunakan untuk memberi gambaran yang menyeluruh mengenai teori

kecerdasan emosi yang terdapat dalam epik Ramayana.

3.3.1 Kaedah Kajian Perpustakaan

Sesebuah kajian biasanya akan melibatkan beberapa kaedah untuk penyelidikan. Pengkaji

menggunakan kaedah perpustakaan sebagai penyelidikan yang utama. Oleh itu, pengkaji

membuat kajian berdasarkan teks-teks serta bahan-bahan yang sudah diterbitkan dan masih

dalam bentuk bahan bacaan untuk mengumpul data-data yang bersesuaian. Bahan-bahan

ini membantu pengkaji untuk membuat kajiannya dengan lancar dan bersistematik. Sumber

perpustakaan telah digunakan secara terperinci. Kaedah perpustakaan bermaksud mencari

data-data dan maklumat melalui bahan cetak di perpustakaan. Pengkaji akan membuat

rujukan di perpustakaan AIMST Universiti, Universiti Malaya dan Universiti Pendidikan

Sultan Idris.

Pengkaji menjalankan kajian dan mengumpulkan data tentang teori kecerdasan emosi di

perpustakaan tersebut. Antara bahan-bahan yang diperolehi adalah seperti buku, bahan

ilmiah, tesis, majalah, bahan daripada laman web internet dan bahan-bahan rujukan

daripada sumber yang lain. Bahan-bahan rujukan tersebut banyak membantu pengkaji dari

Page 27 of 42
SANTHI MUNIANDY P20201000048

segi ilmu dan sebagai panduan dalam menyiapkan tesis ini. Kajian perpustakaan ini

dijalankan untuk membuat rujukan tentang definisi istilah yang terdapat dalam tajuk yang

dikaji dan mencari kajian masa lampau oleh tokoh-tokoh yang berkait rapat dengan tajuk

yang dikaji oleh pengkaji. Melalui kaedah perpustakaan, pengkaji dapat mengumpul dan

menganalisis data bagi tujuan meneliti maklumat dan gambaran yang jelas secara

menyeluruh berkenaan dengan objektif dan persoalan yang akan dikaji oleh pengkaji.

3.3.2 Kaedah Analisis Teks

Pengkaji memilih kaedah analisis teks sebagai kaedah utama dalam penyelidikan ini.

Kaedah ini meliputi analisis kandungan dengan tujuan membuat penelitian yang mendalam

terhadap bahan pilihan kajian ini iaitu epik Valmiki Ramayana untuk menganalisis teori

kecerdasan emosi.

Oleh kerana kajian ini, mengenai teks Ramayana yang sudah diterbitkan, maka kajian ini

dilakukan berdasarkan sumber asal iaitu epik Ramayana. Pengkaji mengkaji berdasarkan

objektif kajian dalam epik Ramayana.

Page 28 of 42
SANTHI MUNIANDY P20201000048

3.4 Kaedah Pengumpulan Data

Kaedah pengumpulan data dan kaedah analisis data digunakan dalam kajian secara

kualitatif. Kaedah ini digunakan bagi tujuan mengumpul data, menganalisis data dan kaedah

dokumentasi. Kaedah-kaedah ini akan digunakan untuk meneliti sebanyak mungkin dokuman dan

bahan bacaan bagi mendapatkan maklumat dan gambaran yang jelas secara menyeluruh.

Dalam kajian ini, kaedah analisis kandungan dilakukan secara kualitatif. Melalui kaedah

ini, data dan fakta yang diperolehi akan dianalisis berdasarkan tujuan dan objektif kajian. Terdapat

tiga langkah yang penting dalam kaedah pengumpulan data. Iaitu penelitian data, menganalisis

data dan pembahagian data.

3.4.1 Penelitian data

Pengkaji telah membaca dan meneliti beberapa buku Ramayana yang dikarang oleh

beberapa penulis pada jangka masa 1990 hingga 2015. Daripada 13 buah buku, pengkaji

telah memilih 9 buah buku sebagai teks kajian dalam kajian ini.

Dalam proses penelitian data, pengkaji telah berusaha untuk mengenalpasti dan

menganalisis teori kecerdasan emosi Goleman (1995) yang terkandung dalam epik

Ramayana. Semasa proses penelitian data, pengkaji berusaha untuk menganalisis dan

menghubungkaitkan kecerdasan emosi yang digambarkan dalam setiap kanda yang dikaji

oleh pengkaji.

Page 29 of 42
SANTHI MUNIANDY P20201000048

3.4.2 Menganalisis Data

Proses menganalisis data dilakukan dengan menyusun data yang dikumpul di dalam proses

penelitian data. Pemilihan data dibuat berdasarkan tiga objektif utama iaitu mengenalpasti

komponan-komponan kecerdasan emosi pada watak-watak yang terdapat dalam teks

Ramayana, menganalisis komponan-komponan kecerdasan emosi yang terdapat pada

watak-watak protagonis berdasarkan Teori Goleman (1995) dan menghuraikan komponan-

komponan kecerdasan emosi sebagai panduan pengurusan emosi dalam tugasan harian.

3.4.3 Mengenalpasti Data

Dalam proses pembahagian data, pengkaji mengenalpasti kecerdasan emosi yang terdapat

dalam epik Ramayana. Teori kecerdasan emosi akan dikenal pasti mengikut watak-watak

yang terdapat dalam kanda-kanda yang terdapat dalam epik Ramayana.

Page 30 of 42
SANTHI MUNIANDY P20201000048

3.5 Teori Kajian

Teori didefinisikan sebagai satu skema, sistem idea atau pernyataan yang dipegang sebagai

penjelasan tentang kumpulan fakta atau fenomena. Dalam ertikata yang lain yang lebih luas, teori

dibentuk melalui penerokaan ke atas sesuatu fenomena dengan mengenalpasti dan meneliti

perhubungan di antara konsep sekitar fenomena. Sesuatu teori itu akan berubah-ubah mengikut

dari semasa ke semasa bergantung kepada dapatan-dapatan dan bukti terbaru. Mengikut Kamus

Dewan Edisi Keempat, mendefinisikan teori sebagai pendapat (bersifat pandangan yang tidak

dapat dibuktikan dengan kukuhnya) yang dikemukakan untuk menerangkan sesuatu perkara yang

lain, prinsip-prinsip am atau asas-asas kasar yang menjadi dasar pembentukan (perkembangan)

sesuatu pengetahuan dan asas atau dasar (bukan amalan atau apa yang biasanya berlaku). Terdapat

beberapa jenis teori. Antaranya, teori psikologi, teori struktul, teori moral, teori takmilah, teori

feminism, teori formalistik, teori sosiologi, teori semiotic dan lain-lain lagi. Dalam kajian ini,

pengkaji menggunakan teori moral.

Terdapat tiga sifat teori. Pertama, mengandungi sekumpulan saranan dan gambaran.

Kedua, penjelasan tentang subjek dan objek. Sementara itu, yang ketiga pula ialah, deskripsi secara

sistematik akan fenomena dan perubahannya. Teori dalam konteks kesusasteraan Tamil

merupakan gugusan epistemologi yang bersifat empiris, saintifik dan objektif yang dibahagikan

kepada teori sastera, teori kritikan sastera, dan teori penulisan teks sastera. Perkataan teori

sebenarnya berasal daripada perkataan Yunani iaitu “teorian” yang bermaksud pemandangan.

Kemudian, bertambah makna kepada pandangan, penglihatan dan kepercayaan.

Page 31 of 42
SANTHI MUNIANDY P20201000048

Kecerdasan emosi merupakan satu konsep yang mempengaruhi perhatian ramai melalui

penulisan Goleman yang memperkenalkan melalui buku yang bertajuk “ Emotional Intelligence”

pada tahun 1995 dan “ Working with Emotional Intelligence” pada tahun 1999. Menurut Goleman

(1995), kecerdasan emosi lebih menyumbang terhadap kehidupan seseorang seperti peningkatan

pembelajaran, penurunan tingkah laku agresif dan kebolehan membuat keputusan yang lebih baik

dalam kehidupan. Sejak Goleman menerbitkan buku bertajuk “Emotional Intelligence” pada tahun

1995, pandangan yang berbeza terhadap bidang kecerdasan emosi telah tersebar luas dan berjaya

membangkitkan kesedaran dan pemahaman yang jelas dikalangan orang ramai terhadap konsep

ini.

Goleman (1995) menghuraikan lima dimensi kecerdasan emosi dalam Teori Kecerdasan

Emosi. Menurut beliau Teori Kecerdasan Emosi merupakan teori yang menerangkan bagaimana

emosi mampu mempengaruhi kehidupan seseorang termasuk pekerjaan mereka. Istilah kecerdasan

emosi mula diperkenalkan pada tahun 1990 oleh Peter Salovey & John Mayer. Teori ini

kemudiannya, dikembangkan oleh Daniel Goleman (1995). Pada mulanya, teori ini merangkumi

empat aspek penting iaitu mengenalpasti emosi, menggunakan emosi, memahami emosi dan

menguruskan emosi. Justeru itu, setelah dikembangkan, Teori Kecerdasan Emosi merangkumi

lima dimensi penting. Lima dimensi tersebut adalah mengenali emosi sendiri, mengurus emosi

sendiri, motivasi kendiri, empati dan membina hubungan sosial.

“Emotional Intelligence adds far more of the

qualities that make us more fully human”.

Menurut kenyataan tersebut Goleman menjelaskan bahawa semua manusia memiliki

campuran kecerdasan intelek dan kecerdasan emosi tetapi dalam kadar yang berbeza namun bagi

Page 32 of 42
SANTHI MUNIANDY P20201000048

Goleman antara kedua-dua kecerdasan itu, kecerdasan emosional (EQ) akan menambahkan sifat-

sifat kemanusiaan kepada seseorang.

Dalam dimensi pertama yang disarankan oleh Goleman, mengenali emosi sendiri

bermaksud kebolehan seseorang untuk mengawal perasaan sendiri ketika berhadapan dengan

sesuatu situasi. Keupayaan ini dapat menyedarkan hubungan antara fikiran, perasaan dan tindakan.

Kesedaran diri ini juga membantu seseorang individu untuk membuat penilaian dengan lebih adil,

rasional dan realistik. Sehubungan itu, dimensi ini melibatkan kepercayaan dan keyakinan yang

kuat kepada kemampuan diri sendiri dan membolehkan menghadapi apa juga situasi sama ada

yang negatif mahupun positif. Selain itu, kesedaran diri juga akan meningkatkan kepercayaan diri

dalam diri seseorang individu dan membolehkan mengambil keputusan dengan rasional dan waras.

Dimensi kedua dalam kecerdasan emosi yang dinyatakan oleh Goleman (1995) ialah

mengurus emosi sendiri. Iaitu fungsi yang penting dalam sistem badan seseorang. Kemahiran

mengurus emosi diri dengan sihat dapat membantu menjadikan kehidupan seseorang individu

lebih teratur dan tersusun. Jika keadaan sebaliknya akan menyebabkan seseorang mengalami

gangguan emosional yang berlebihan dan akan menimbulkan pelbagai penyakit kepada individu

tersebut, kerana manusia tidak dapat elak daripada merasai emosi positif dan negatif dalam

kehidupannya. Goleman (1995) berpendapat bahawa seseorang individu tidak boleh menjauhi

perasaan yang tidak menyenangkan agar selalu bahagi maka mampu / berupaya menguruskan

emosi negatif itu dengan baik.

Dimensi ketiga ialah motivasi kendiri. Motivasi kendiri didefinisikan sebagai suatu yang

menggerak dan mengarah tuju seseorang dalam tindakannya, sama ada secara negatif atau positif

seseorang yang mempunyai motivasi kendiri yang tinggi berkeupayaan untuk menolak dirinya ke

Page 33 of 42
SANTHI MUNIANDY P20201000048

hadapan dalam mencapai apa-apa matlamat yang dicitakan. Mereka berupaya melawan dorongan

hati yang negatif serta menggunakan matlamatnya dalam suatu perkara sebagai panduan untuk

melaksanakan tugasan untuk mencapai cita-citanya. Orang yang mempunyai harapan yang tinggi

lazimnya akan memiliki sifat motivasi yang tinggi untuk mencapai kejayaan dalam sesuatu

perkara. Maka kadar motivasi yang tinggi akan menjadi lebih fokus dan implikasinya akan

menjadikan mereka lebih bersemangat untuk menyempurnakan tugas yang diberikan.

Dimensi keempat ialah empati. Empati merupakan keupayaan seseorang untuk mengenali,

memahami, dan menyelami perasaan orang lain. Menurut Goleman, kegagalan untuk memahami

perasaan orang lain adalah kekurangan utama dalam kecerdasan emosi manusia kerana setiap

hubungan yang terjalin bermula daripada penyesuaian emosional. Perasaan yang dialami oleh

setiap manusia tidak mampu disembunyikan kerana perasaan individu mudah diekspresikan secara

tidak verbal. Seperti mimik muka, nada suara, gestur badan dan sebagainya. Empati bukan sahaja

memahami perasaan orang lain tetapi merasai apa yang dirasai oleh orang itu dan membantu

dengan cara yang rasional dan positif. Tanpa perasaan empati seseorang itu akan membina jarak

emosi dan keadaan ini akan menyebabkan seseorang itu gagal dalam menjalinkan hubungan sosial

dengan orang lain.

Dimensi kelima ialah membina hubungan sosial. Iaitu membina hubungan sosial sangat

penting dalam membentuk hubungan yang baik dengan individu-individu lain dalam masyarakat.

Goleman (1995) berpendapat kemahiran sosial yang baik berupaya membentuk hubungan untuk

menggerakkan orang lain, menyakinkan, mendekatkan hubungan dengan orang lain dan

membuatkan orang lain selesa semasa bersama dengan mereka. Kecerdasan emosional adalah

mencakupi penguasaan dalam hubungan sosial yang menyenangkan untuk orang-orang yang kita

sukai dan mampu membantu memenangkan hati orang lain. Menurut Goleman (1995), manusia

Page 34 of 42
SANTHI MUNIANDY P20201000048

adalah sebahagian daripada bahan / perkakas perubahan emosi dalam hubungan dengan orang lain

sama ada menjadikan seseorang itu lebih baik atau sebaliknya.

Page 35 of 42
SANTHI MUNIANDY P20201000048

3.5.1 Kerangka Teori

Teori kecerdasan Emosi


( Goleman 1995 )

Kesedaran diri Mengurus emosi Motivasi kendiri Empati Kemahiran sosial

Watak-watak

• Sri Rama, Seetha, Hanuman, Ravana,


Lakshmana dan Vali

GOLEMAN TELAH MEMBAHAGIKAN KEUPAYAAN MANUSIA


DALAM MENGURUSKAN EMOSI DALAM 2 BENTUK

KOMPETENSI PERSONAL KOMPETENSI SOSIAL


Kesedaran kendiri Kesedaran Sosial
• memenuhi bisikan hati,mengetahui • Kesedaran terhadap perasaan, kehendak dan
keadaan dalaman,keutamaan dan keutamaan orang lain“
keupayaanintuisi Pengurusan sosial
Motivasi kendiri • Melakukan penyesuaian diri supaya selari
• berusaha untuk mencapai target dan dengan tuntutan umum dan tidak
tekun mementingkan diri sendiri.
Pengurusan kendiri
mengurus dalaman dan keinginan potensi diri.

Kajian isu-isu kepimpinan / pengurusan, Tekanan emosi, Pengurusan konflik antara


individu, Isu Kesihatan Mental, stress

Demensi kecerdasan emosi watak-watak dalam epik valmiki Ramayana sebagai panduan pengurusan
emosi berdasarkan teori Goleman

Rajah 2 : Kerangka Kajian

Page 36 of 42
SANTHI MUNIANDY P20201000048

3.6 Rumusan

Kesimpulannya, dalam bab ini terdapat pelbagai kaedah dan pendekatan akan digunakan

oleh pengkaji untuk mendapatkan serta menggambarkan maklumat yang jelas dan sesuai dengan

tajuk yang dipilihnya.

Berdasarkan dapatan kajian, kecerdasan emosi adalah satu faktor yang perlu diperolehi oleh

semua kategori masyarakat. Menurut berbincangan diatas emosi perlu diberikan perhatian oleh

semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

Menurut pengkaji, kajian ini akan menjadi panduan pengurusan emosi serta membantu dalam

meningkatkan kekuatan diri yang positif untuk mencapai kecemerlangan dalam membina

kehidupan bermatlamat tanpa gangguan emosi dan sihatnya. Selain itu, kajian ini juga diharap

dapat mengembangkan maklumat dan pengetahuan yang diperlukan oleh pengkaji-pengkaji pada

masa yang akan datang ke arah membangunkan kejayaan diri tanpa sebarang masalah mentalnya.

Page 37 of 42
SANTHI MUNIANDY P20201000048

Rujukan

Ansari, K. (2007). KANDUNGAN KECERDASAN EMOSIONAL DALAM KARYA SASTRA


INDONESIA. Medan Makna, 56-60.
Anna. (1987). Sri Math Valmiki Ramayanasharam. Chennai: Sri Ramakrishna Madam 11-3M
3C-5-97

Arieska, O., Syafri, F., & Zubaedi. (2018). PENGEMBANGAN KECERDASAN


EMOSIONAL(EMOTIONAL QUOTIENT)DANIEL GOLEMAN PADA ANAK USIA
DINI DALAM TINJAUAN PENDIDIKAN ISLAM. Al Fitrah Journal Of Early
Childhood Islamic Education, 103-113.
Burns, J.M. (1978) Leadership. New York, NY: Harper and Row.

Bass, B.M. and Avolio, B.J. (1994) Improving Organizational Effectiveness Through
Transformational Leadership. Thousand Oaks, CA: Sage Publications.
Faizah, N. L., & Oemiati, S. (2020). KECERDASAN EMOSIONAL TOKOH TOTTO CHAN
DALAM NOVEL MADOGIWA NO TOTTO CHAN KARYA TETSUKO
KUROYANAGI MENURUT TEORI GOLEMAN. LiTe, 43-74.
Goleman. (1995). Working with Emotional Intelligence.New York: Bentam Dell. A division of
Random House Inc., New York.
Goleman, D. (1995). Kecerdasan emosional(terje), Jakarta: Mitra Media.

Halimah, Chuah Beng Ean, & Eow, Y. L. (2016). PENGAPLIKASIAN KECERDASAN


EMOSI DALAM PENGURUSAN SEKOLAH, 2014(1), 145–164
Hamzah, N. b., Baharum, H. b., Mohd, F. H., & Wahid, A. b. (n.d.). Bahasa Emosi Marah
Wanita Melayu dalam Analisis Novel Zaharah Nawawi. Persidangan Antarabangsa
Pengajian Melayu, 392-399.
Jabamoney, Samikkanu. (2008). Pengaruh Ramayana dan Mahabharata dalam Puisi Tradisional
dan Sajak Moden Tamil Malaysia. Universiti Malaya, Malaysia
Khairuddin Abdullah, M., Sekong, M., & Hali, d. (2017). Kecerdasan Emosi dan Komitmen
Guru Terhadap Organisasi. Jurnal Psikologi dan Kesihatan Sosial (JPsiKS), 42-52.
Krishnasamy, A. K. (2015). Nilai Sosiobudaya Ramayana Dalam Cerpen-Cerpen Tamil Di
Malaysia. FBMK.
Mayer, JD. and Salovey, P. (1997). What is Emotional Intelligence. New York: Basic Book.

Muniapan, B. (2007). Transformational leadership style demonstrated by Sri Rama in Valmiki


Ramayana. Int. J. Indian Culture and Business Management, 104-115.

Page 38 of 42
SANTHI MUNIANDY P20201000048

Nawawi, Zaharah (1972), sebelum berhujungnya musim bunga. Kuala Lumpur: Jurnal Bahasa,
17(2), 305-333
Nawawi, Zaharah (1988). Selamat datang adzie farahah. Shah Alam: Marwilis Publisher.

Nawawi, Zaharah (1995). Anugerah. Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka.

Nawawi, Zaharah (2007). Bulan dan Mentari. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nur Afifah, F. L. (n.d.). KECERDASAN EMOSIONAL TOKOH UTAMA DALAM NOVEL


“TANAH SURGA MERAH” KARYA ARAFAT NUR. FKIP Unisma.
Ramadhani, Rizky. (2013). Pengaruh India dalam Kakawin Ramayana. Jurnal Populer.
http://jurnalpopuler.blogspot.com/2013/06/pengaruh-india-dalam-kakawin-
ramayana.html
Shamsuduin, A. S., Dato, H. B., Rahman, A., & Abdul Ghani, A. B. (2014). ETIKA KERJA
ISLAM SEBAGAI PENYEDERHANA DALAM HUBUNGAN ANTARA
KECERDASAN EMOSI DAN KEPEMIMPINAN ADMINISTRATOR UNIVERSITAS
NEGERI. Humanus, 59-67.
Veeramohan Veeraputhran, (2007), Pemaparan Unsur Ramayana Dan Mahabharata Dalam
Cerpen Tamil Malaysia (1957-1987). Universiti Malaya, Malaysia.
Wahid, A. H., & Bt. Hamzah, N. (2013). KAJIAN EMOSI DALAM KESUSASTERAAN
MELAYU: SUMBANGAN KEPADA PENGHAYATAN FALSAFAH PENDIDIKAN
KEBANGSAAN [ANALYSIS OF EMOTIONAL IN MALAY LITERATURE: A
CONTRIBUTION TO THE APPRECIATION OF THE NATIONAL EDUCATION
PHILOSOPHY]. Jurnal Antarabangsa Persuratan Melayu (RUMPUN), 21-40.

Page 39 of 42

Anda mungkin juga menyukai