Anda di halaman 1dari 33

KOLEJ VOKASIONAL

MPU 2322 PENGAJIAN MORAL

NOTA KULIAH
KURSUS PENGAJIAN MORAL

SEMESTER SEMESTER 1

TOPIK 5.0 ISU-ISU MORAL


5.1 TERORISME
5.2 LGBT
SUB TOPIK 5.3 PEMERDAGANGAN MANUSIA
5.4 SEKS BEBAS
5.5 BULI
HASIL PEMBELAJARAN Menghubungkait Isu-Isu Moral dengan cabaran dalam
BERDASARKAN CLO pengamalan nilai moral/ (C3, PLO3, LOD2)

KOD KURSUS MPU 2322 Muka : 1 drp : 33

5.0 ISU-ISU MORAL


5.1 TERORISME

Walaupun isu terorisme atau keganasan antarabangsa bukan merupakan suatu fenomena yang
baru dalam sejarah dunia, namun isu ini telah menjadi satu ancaman yang besar dan boleh
menggugat keamanan dunia. Isu terorisme mencapai kemuncak apabila berlakunya tragedi 11
September 2001 yang telah meruntuhkan menara berkembar Pusat Dagangan Dunia (WTC) New
York, Amerika Syarikat. Peristiwa ini benar-benar mengejutkan bukan sahaja Amerika Syarikat
1|MPU 2322
KOLEJ VOKASIONAL
MPU 2322 PENGAJIAN MORAL
yang merupakan sebuah kuasa besar dunia tetapi juga negara-negara lain di seluruh dunia. Sejak
terjadinya peristiwa ini, negara-negara di dunia mula menggembleng tenaga menerusi satu gerakan
besar-besaran yang diketuai oleh Amerika Syarikat dalam usaha menentang terorisme yang dikenal
sebagai “peperangan menentang terorisme” (war of terrorism). Walau bagaimanapun, kempen ini
masih gagal mencapai matlamatnya ekoran wujud ancaman terorisme dan kumpulan teroris masih
lagi bebas bergerak di serata dunia. Walau bagaimanapun, Amerika Syarikat dan sekutunya masih
dalam proses mencari cara yang sesuai untuk menangani ancaman terorisme ini. Terorisme boleh
reda, namun pengeboman boleh terjadi dengan tiba-tiba tanpa diduga dan mengorbankan banyak
jiwa yang tidak berdosa.

5.1.1 Definisi Terorisme


 Secara umumnya, terorisme dapat diterangkan sebagai kegiatan yang dirancang dan
dilakukan oleh kumpulan atau individu tertentu yang mampu melakuan jenayah dan
kekejaman dengan tujuan ingin menguasai masyarakat. Terorisme juga mempunyai elemen
insurgensi atau pemberontakan (Mohamad Faisol Keling dan Muhamad Fuad Othman, 2006:
110).
 Semasa memberi ucaptama dalam sesi Persidangan Khas Menteri-menteri Luar Negara-
negara Islam tentang terorisme di Kuala Lumpur pada 1 April 2002, Tun Dr. Mahathir
Mohamad telah memberikan pandangan beliau tentang terorisme. Menurut mantan Perdana
Menteri Malaysia ini, serangan bersenjata atau sebarang bentuk serangan ke atas orang
awam dianggap sebagai keganasan atau terorisme. Oleh itu, serangan ke atas World Trade
Center, serangan ke atas orang awam Palestin oleh tentera Israel, serangan yang dilakukan
oleh Tamil Tigers di Sri Lanka, dan pembunuhan orang Islam di Bosnia oleh orang Serb
dikategorikan sebagai terorisme. Kumpulan dan negara yang terlibat dengan aktiviti
terorisme juga perlu dikecam dan dipersalahkan. Walau bagaimanapun, sesuatu kaum atau
agama tidak boleh dikecam atau didiskriminasikan semata-mata kerana orang yang terlibat
dengan aktiviti keganasan mempunyai persamaan kaum dan agama. Hal ini demikian kerana
ada pandangan sarjana yang melihat hubung kait antara keganasan dan agama.
 Definisi terorisme menurut Tun Dr. Mahathir juga bermaksud bahawa sesiapa tidak mengira
individu, kumpulan atau kerajaan yang melakukan serangan bersenjata atau apa-apa bentuk
serangan lain yang menimbulkan rasa takut dalam kalangan orang awam dan rakyat

2|MPU 2322
KOLEJ VOKASIONAL
MPU 2322 PENGAJIAN MORAL
merupakan tindakan terorisme. Tindakan seperti ini harus dihentikan walaupun dikatakan
mempunyai tujuan yang murni.

Alex P. Schmid mendefinisikan terorisme sebagai :


“Terrorism is an anxiety-inspiring method of repeated violent action, employed by semi-
clandestine individual, group or state actors, for idiosyncratic, criminal or political reasons,
where by – in contrast to assassination – the direct targets of violence are not the main
targets. The immediate human victims of violence are generally chosen randomly (targets of
opportunity) or selectively (representative or symbolic targets) from a target population, and
serve as message generators. Threat- and violence-based communication processes
between terrorist (organization), (imperilled), victims, and main targets are used to
manipulate the main target (audience(s)), turning it into a target of terror, a target of demands,
or a target of attention, depending on whether intimidation, coercion, or propaganda is
primarily sought.”
(Schmid, Jongman & Stohl, 1988)

Micheal Howard menegaskan bahawa terorisme merupakan salah satu daripada kaedah
peperangan. Menurut beliau, tindakan terorisme dilakukan kerana tiga matlamat, iaitu :

a) Mewujudkan propaganda atau menarik perhatian masyarakat antarabangsa bagi


mempamerkan keupayaan mereka.
b) Melemahkan pihak musuh.
c) Provokasi dalam memastikan musuh dilemahkan serta menarik simpati.
(New Straits Times, 16 September 2001)

 K. S. Balakrishnan pula menyatakan terorisme digunakan oleh kumpulan radikal dan


melakukan peperangan yang berbentuk gerila. Namun, selepas tamtnya perang dingin,
aktiviti terorisme turut diperluas dengan menggunakan kekerasan yang melibatkan
persenjataan moden, pengeboman, skuad berani mati, pengeboman berani mati,
penyeludupan, penculikan, ugutan dan sebagainya (Mohamad Faisol Keling dan Muhamad
Fuad Othman, 2006: 47).

3|MPU 2322
KOLEJ VOKASIONAL
MPU 2322 PENGAJIAN MORAL
 Berdasarkan definisi yang dibincangakan, jelas menunjukkan bahawa isu terorisme terus
berlaku dari semasa ke semasa. Hal ini menggambarkan bahawa pihak-pihak yang terlibat
berasa isu yang diperjuangkan mereka tidak dipedulikan serta tidak akan mencapai
kejayaan. Justeru, terorisme digunakan untuk menarik perhatian dunia terhadap isu yang
dibangkitkan. Terorisme telah dijadikan alat untuk mencapai matlamat oleh pelbagai
pertubuhan politik, parti politik di kedua-dua haluan kanan dan kiri serta pertubuhan-
pertubuhan nasionalis, keagamaan, revolusioner dan juga pemerintah.

5.1.2 Faktor-faktor Berlakunya Terorisme Global


Beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya ancaman terorisme telah dikenal pasti, iaitu :

a) Isu Palestin
Terorisme yang berlaku pada ari ini adalah hasil daripada siri kekecewaan yang dihadapi oleh
rakyat Palestin. Isu Palestin merupakan punca asal wujudnya terorisme di Timur Tengah. Pihak
Israel begitu rakus menindas rakyat Palestin dari segi ketenteraan, poltik dan ekonomi. Kuasa-
kuasa besar, khususnya Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah seolah-olah
menghalalkan tindakan rejim Israel itu. Tiada pembelaan yang dilakukan kepada rakyat Palestin.
Kekurangan senjata dan bantuan antarabangsa menyebabkan mereka tidak berpeluang
mempertahankan maruah diri, keluarga, dan tanah air mereka. Isu ketidakadilan ini membuka
ruang kepada pihak lain yang bersimpati untuk melakukan keganasan bagi pihak rakyat
Palestin.

b) Negara penceroboh bersikap angkuh


Penceroboh terhadap sesebuah negara membawa maksud yang besar kepada sesetengah
negara dalam bidang politik antarabangsa. Amerika Syarikat (AS) memerangi Iraq demi
membalas dendam dan menunjukkan kemegahan kepada masyarakat antarabangsa. AS dapat
menebus kembali namanya yang telah tercemar akibat peristiwa 11 September dan kesan
daripadanya, AS berasa megah dan meletakkan negara mereka sebagai negara yang paling
kuat di dunia kini. Oleh itu, muncul kumpulan-kumpulan tertentu untuk mempertahankan hak
penduduk tempatan yang ditindas.

c) Mengekang hegemoni barat

4|MPU 2322
KOLEJ VOKASIONAL
MPU 2322 PENGAJIAN MORAL
Prejudis dan diskriminasi masyarakat barat terhadap masyarakat bukan barat, khususnya umat
Islam sememangnya negatif. Mereka bukan sahaja ingin menguasai negara-negara umat Islam
dari segi politik dan ekonomi, malah mereka ingin meletakkan umat Islam di bawah kongkongan
mereka. Tidak hairanlah jika isu terorisme sering dikaitkan dengan konsep jihad oleh kumpulan
tertentu untuk mengekang hegemoni barat.

d) Kegagalan pertubuhan antarabangsa


Kegagalan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Negara-Negara Islam
(OIC) dan sebagainya menjadi salah satu faktor perkembangan terorisme ini. PBB masih lagi
gagal memainkan peranannya secara produktif, malah lebih bersikap mendiamkan diri apabila
Amerika Syarikat menggunakan pengaruhnya terhadap sesuatu isu.

e) Kesan globalisasi
Kesan globalisasi yang melanda dunia telah memberikan kesan yang buruk kepada ekonmi
dunia. Krisis kewangan yang telah merebak ke seluruh dunia pada tahun 1997 telah
menimbulkan banyak kesan negatif kerana banyak negara menjadi miskin dan menyebabkan
rakyat hidup dalam keadaan tertekan. Isu ini menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pihak
tertentu dan menyasarkan pihak-pihak yang bersekongkol dengna kuasa barat sebagai
mangsa.

f) Konflik tempatan
Isu-isu tempatan yang tidak ditangani dengan baik oleh pihak pemerintah sesebuah negara
juga menjadi punca tindakan terorisme terus berlaku seperti di Selatan Thai, Kashmir,
Chechnya, Sri Lanka, Palestin, Iraq, Syria dan sebagainya.

5.1.3 Kesan Terorisme


Terorisme telah memberikan kesan buruk kepada negara tertentu dan masyarakat antarabangsa
dari segi politik, ekonomi dan sosial.

a) Anarki dalam sesebuah negara

5|MPU 2322
KOLEJ VOKASIONAL
MPU 2322 PENGAJIAN MORAL
Struktur politik di sesebuah negara yang mengalami konflik sukar untuk dipulihkan dalam
tempoh terdekat. Keadaan huru-hara atau anarki akan wujud. Misalnya, selepas kejatuhan
Kerajaan pro-Rusia di Afghanistan, tiada pemerintahan berpusat yang kuat untuk mentadbir
seluruh negara tersebut. Keadaan yang sama berlaku di Somalia, Iraq dan Syria dan apabila
kekerasan yang dilakukan oleh pejuang atau pemerintah telah menyukarkan kerajaan yang baru
dibentuk untuk memerintah dengan berkesan.

b) Perkembangan ekonomi terjejas


Ancaman terorisme telah menjejaskan ekonomi dunia dan kehidupan masyarakat. Contohnya,
serangan pengganasa terhadap Pusat Dagangan Dunia (WTC) di Amerika Syarikat
menyebabkan harga saham seluruh dunia jatuh dan menjejaskan ekonomi banyak negara. Di
negara-negara lain yang bergolak seperti Pakistan, Iraq, Syria dan sebagainya, kegiatan
ekonomi, politik dan social masyarakat terganggu dan sukar dipulihkan,

c) Ancaman keselamatan
Dari segi keselamatan, kejadian terorisme di sesebuah negara seperti pengeboman bangunan
oleh pengganas menyebabkan kemusnahan harta benda, kematian banyak rakyat yang tidak
berdosan dan kegiatan ekonomi terjejas. Mangsa yang terselamat dan keluarga mereka akan
mengalami trauma serta anggota masyarakat berasa tidak selamat untuk berada di negara
mereka sendiri.

d) Pencemaran alam
Pencemaran alam telah berlaku akibat keruntuhan WTC di New York. Terdapat lebih 2 500 jenis
bahan tercemar, termasuk karsinogen yang telah terbebas ke udara menyebabkan para
penyelamat dan penduduk di sekitar kawasan tersebut mengalami barah paru-paru dan
kematian. Pada Jun 2002, kualiti udara di Amerika Syarikat pulih seperti sediakala, iaitu seperti
sebelum berlakunya insiden 11 September 2001.

e) Industri pelancongan terancam


Pengeboman bangunan dan rampasan kapal terbang menyebabkan pelancong takut untuk
melancong ke negara yang terbabit dengan keganasan antarabangsa. Agensi pelancongna
mengalami kerugian dan ada agensi yang terpaksa gulung tikar.

6|MPU 2322
KOLEJ VOKASIONAL
MPU 2322 PENGAJIAN MORAL

5.1.4 Langkah-langkah Mencegah Terorisme


Semua negara, pemimpin dan penduduk dunia perlu sedar untuk mengatasi masalah global ini.
Antara langkah yang dapat diambil bagi mencegah terorisme ialah :

a) Kerjasama semua negara


Semua negara perlu bekerjasama untuk membanteras terorisme kerana kegiatan ini
mempunyai rangkaian antarabangsa. Jabatan perisikan setiap negara perlu bertukar-tukar
maklumat tentang kegiatan keganasan yang diperoleh supaya isu ini dapat ditangani dengan
mudah dan cepat.

b) Peranan pertubuhan antarabangsa


Pertubuhan-pertubuhan antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),
Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC), dan Kesatuan Ekonomi Eropah perlu mengambil
inisiatif secara bersungguh-sungguh untuk menangani isu ini dengna adil.

c) Penguatkuasaan undang-undang
Penguatkuasaan undang-undang oleh pihak polis dan tentera perlu bertindak dengan cepat
terhadap keganasan. Keganasan akan merebak sehingga hilang kawalan. Mereka yang
mencetuskan keganasan mesti dikenakan hukuman yang setimpal.

d) Tiada penglibatan kuasa besar


Kuasa-kuasa besar dan mana-mana negara tidak seharusnya melibatkan diri dalam mana-
mana konflik antarabangsa dengan memberikan bantuan kewangan, senjata dan sebagainya
demi keamanan sejagat.

e) Mewujudkan keadilan sosial dalam negara


Semua pemimpin perlu menyelesaikan masalah politik, ekonomi dan sosial di negara masing-
masing kerana masalah ini tidak akan berlarutan jika keadilan sosial telah dipenuhi.

5.1.5 Kesimpulan

7|MPU 2322
KOLEJ VOKASIONAL
MPU 2322 PENGAJIAN MORAL
Secara keseluruhan, perkara yang boleh disimpulkan ialah terorisme bukanlah satu fenomena yang
muncul secara tiba-tiba atau bersifat terasing. Kebanyakan aktiviti keganasan berlaku kerana tidak
ada perbincangna antara pihak yang berkonflik. Oleh itu, pihak yang lebih kuat akan menggunakan
apa-apa sahaja mekanisme untuk menekan pihak yang lemah. Kepentingan politik dan kuasa juga
mengatasi segala perkara yang lain untuk merasionalkannya. Justeru, pihak yang ditekan dan
ditindas akan mula mengambil pendekatan kolektif sesama mereka untuk bertindak balas terhadap
pihak yang satu lagi dengan melakukan pelbagai strategi bagi membolehkan masyarakat
antarabangsa membuat penilaian dan pengadilan terhadap tindakan yang diambil.

Selain itu, selepas berlakunya sesuatu peristiwa keganasan, proses penuduhan dan pendakwaan
secara melulu dilakukan secara sewenang-wenangnya tanpa penyiasatan yang sistematik lebih
dahulu dan dikaitkan pula dengan kumpulan-kumpulan tertentu yang memang dimusuhi oleh
sesebuah negara.

5.2 LESBIAN, GAY, BISEXUAL, TRANSGENDER (LGBT)

 Pergerakan menuntut hak untuk golongan LGBT bermula apabila tamadun barat moden
berasa bersalah atas tindakan golongan paderi Kristian pada masa lalu, iaitu sebelum era
Revolusi Perancis. Rasa bersalah ini muncul kerana perbuatan masa lampau mereka yang
memerangi, menindas dan membunuh golongan gay. Kebencian terhadap agama berlaku
kerana agama Kristian dicampur aduk dengan raja. Kezaliman raja selaku ketua agama
menyebabkan rakyat tidak lagi yakin dengan Tuhan seterusnya membelakangkan agama itu
sendiri. Pergerakan menuntut hak asasi golongan LGBT ini semakin menular di barat dan di
negara-negara lain. Di barat, biasanya seseorang itu hanya diiktiraf sebagai pejuang hak
asasi dengan menyokong pergerakan golongan LGBT. Hal ini terjadi kerana kebebasan
bersuara atau human right yang diperjuangkan oleh masyarakat barat. Keadaan ini
menyebabkan mereka berfikir bahawa mereka perlu berfikiran terbuka dan menerima
pendapat orang lain walaupun sebenarnya perkara yang diperjuangkan itu merupakan
sesuatu yang bertentangan dengan nilai dan adat kehidupan seorang manusia.
 Kini, banyak negara yang mula mengiktiraf golongan LGBT ini. Malah, perkahwinan sesama
jantina juga mula dibenarkan di sesetengah negara. Berikut adalah statistik pada tahun 2012

8|MPU 2322
KOLEJ VOKASIONAL
MPU 2322 PENGAJIAN MORAL
yang menunjukkan negara-negara yang mula menerima budaya homoseksual di negara
mereka.

Negara Menerima (%) Menolak (%)


Sepanyol 91 8
Jerman 87 12
Perancis 86 14
Britian 81 15
USA 60 33

Jadual 5.1 : Penerimaan dan penolakan terhadap homoseksual

 Di Amerika Syarikat, terdapat negeri yang menyokong dan membantah perkahwinan sejenis.
Lebih 60 peratus daripada penduduk Amerika menyokong perkahwinan sejenis dan majority
menyokong perkahwinan sesama jantina di 22 negeri di Amerika Syarikat. Pada tahun 2001,
Belanda merupakan negara pertama yang membenarkan perkahwinan sesama jantina.
Pada tahun 2012, perkahwinan sesama jenis dibenarkan di 22 buah negara di AS.
 Malaysia tergolong dalam negara yang mempunyai undang-undang yang menghalang
aktiviti homoseksualti. Pada Disember 2012, Malaysia dikejutkan dengan seorang pelajar
perubatan di sebuah university di United Kingdom yang telah melangsungkan perkahwinan
dengan teman lelakinya di sebuah gereja di Dublin.
 Beliau tidak dapat dihubungi selama tiga tahun dan ibu bapanya terpaksa berulang-alik ke
Dublin sebanyak lapan kali untuk mencarinya. Misteri kehilangannya terbongkar apabila
gambar perkahwinannya tersebar di Internet. Berita ini pasti sangat mengecewakan ibu
bapanya yang sangat mengharapkan kejayaan anak mereka di sana. Kes ini menyedarkan
masyarakat bahawa masalah LGBT di Malaysia tidak boleh dipandang ringan.

5.2.1 Definisi LGBT


 LGBT merupakan singkatan daripada perkataan Lesbian, Gay, Bisexual and Transgender.
LGBT wujud dalam komuniti dunia sejak tahun 1990. Istilah LGBT disesuaikan daripada
singaktan LGB yang menggantikan frasa “gay” yang sering digunakan untuk merujuk kepada

9|MPU 2322
KOLEJ VOKASIONAL
MPU 2322 PENGAJIAN MORAL
golongan homoseksual lewat pertengahan tahun 1980-an. Kononnya, frasa “gay” tidak
merujuk kepada semua jenis homoseksual sepeti lesbian, biseksual dan transeksual.
 Komuniti transeksual terbahagi kepada dua kelompok. Kelompok pertama ialah lelaki yang
trans (cross) kepada wanita (male to female) atau dikenal sebagai “pondan”, “bapuk” dan
“mak nya”. Kedua, wanita yang trans kepada lelaki (female to male) yang dikenal sebagai
“tomboy” atau “pengkid”. Lelaki transeksual ialah lelaki yang beralih sifat atau bentuk lelaki
dan kelakian (maleness) kepada sifat atau bentuk wanita dan kewanitaan (femaleness).
Sebaliknya, wanita transeksual pula menonjolkan imej lelaki yang lebih terserlah pada diri
wanitanya.

5.2.2 Punca Berlakunya LGBT


a) Naluri menyukai kaum sejenis
Faktor naluri atau nafsu yang menyukai kaum sejenis mungkin telah sedia ada dalam jiwa
seseorang sejak kecil. Bagi mereka, naluri ini tidak diminta sebaliknya dianugerahkan kepada
mereka. Mereka tidak dianugerahkan nafsu seperti lelaki atau wanita normal, sebaliknya
terbawa-bawa hingga dewasa untuk memilih kaum sejenis sebagai pasangan hidup.

b) Pengaruh rakan sebaya


Rakan sebaya banyak mempengaruhi kehidupan seseorang, terutamanya golongan remaja.
Walaupun pada dasarnya mereka merupakan seorang yang normal dan menyukai kaum
berlainan jantina, namun setelah bergaul dengan golongan LGBT, mereka terdorong untuk
mencuba sesuatu yang baharu. Nafsu manusia lebih terdorong kepada perkara yang membawa
keseronokan terhadap diri sendiri dan tanpa berfikir panjang, mereka terus terjebak dalam gejala
LGBT ini.

c) Pengalaman pahit
Pengalaman pernah dikecewakan menyebabkan seseorang itu hilang kepercayaan kepada
cinta normal. Mereka mula beralih arah kepada cinta kaum sejenis dan mengamalkan hubungan
songsang. Kanak-kanak atau remaja yang masih suci diperkosa dan hal ini mungkin
menyebabkan wujud persepsi yang negatif terhadap golongan lelaki dan akan lebih cenderung
kepada hubungan sesame jantina.

10 | M P U 2 3 2 2
KOLEJ VOKASIONAL
MPU 2322 PENGAJIAN MORAL
d) Pengaruh media massa termasuk Internet
Lambakan cerita dan bahan-bahan porno di Internet atau media massa turut menggalakkan
golongan tertentu menyokong LGBT. Mereka dengan mudah mencari bahan untuk memuaskan
keinginan mereka di Internet. Selain itu, media sosial seperti Facebook dan Twitter
membolehkan mereka mencari golongan yang mempunyai kecenderungan yang sama dengan
mereka.

e) Pegangan agama yang longgar


Longgarnya pegangan agama dalam kalangan anggota masyarakat menyebabkan isu seperti
ini merebak dan diterima oleh masyarakat antarabangsa yang menganggap mereka sebagai
masyarakat yang berpandangan liberal dan bertamadun. Jika diikutkan, hamper semua agama
seperti Islam, Kristian, Hindu, dan Buddha melarang penganutnya berkahwin sesama jantina.

f) Peranan ibu bapa


Ibu bapa yang tidak memantau perkembangan anak-anak dan tidak berani menegur anak-anak
yang bersikap atau berpakaian menunjukkan watak yang berbeza merupakan salah satu punca
berlakunya gejala ini. Ada ibu bapa yang hanya mementingkan pendidikan akademik tanpa
menghiraukan aspek personality dan kerohanian anak-anak mereka.

g) Fahaman sekularisme
Fahaman sekularisme dan liberalisme yang terbuka mendorong kepada penularan kehidupan
yang songsang. Golongan LGBT melabelkan agama sebagai tidak progresif dan kolot kerana
tidak menerima serta memperakui cara hidup yang dipilih oleh mereka.

5.2.3 Kesan LGBT


a) Merosakkan institusi keluarga
Kegiatan LGBT merosakkan institusi kekeluargaan dan membunuh keturunan. Oleh sebab
perkahwinan sejenis digalakkan, maka zuriat tidak berkembang dan akhirnya institusi
kekeluargaan bercelaru. Kesannya keluarga bahagia yang diidamkan tidak dapat dibina dengan
sempurna.

b) Menyebarkan penyakit kelamin

11 | M P U 2 3 2 2
KOLEJ VOKASIONAL
MPU 2322 PENGAJIAN MORAL
Kegiatan LGBT juga boleh menyebarkan penyakit kelamin yang berbahaya seperti jangkitan
HIV dan AIDS.

c) Bertentangan dengan nilai hidup masyarakat timur


Amalan LGBT bertentangan dengan norma dan cara hidup serta pegangan agama masyarakat.
Justeru, nilai-nilai murni yang berkatian dengan kehidupan yang hendak diterapkan kepada
generasi muda akan terbantut.

d) Tidak bersyukur
Amalan LGBT menunjukkan bahawa seseorang tidak mensyukuri nikmat Tuhan kerana
tindakan mereka yang melawan fitrah diri sendiri dan melakukan sesuatu perbuatan yang
bertentangan dengan tabii asal yang dianugerahkan oleh Tuhan.

e) Kepincangan masyarakat
Sekiranya pihak berwajib di Malaysia menerima permohonan golongan LGBT yang mahu
komuniti mereka diiktiraf, maka kepincangan yang berlaku dalam masyarakat akan bertambah
parah. Hal ini demikian kerana kebanyakan negara di dunia sudah mula mengiktiraf golongan
ini. Golongan ini mula meminta kebenaran berkahwin sesame jantina dan permintaan mereka
mendapat sokongan luas daripada masyarakat dunia.

f) Menggambarkan pegangan agama yang longgar


Pegangan agama masyarakat akan luntur jika fenomena LGBT tidak dibendung. Dalam Islam
misalnya, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

“Ada empat golongan manusia yang mendapat murka Allah. Mereka ialah kaum lelaki
yang meniru kaum wanita, kaum wanita yang meniru kaum lelaki, orang yang berzina dengan
haiwan dan orang yang mendatangi lelaki (homoseksual)”.
(Hadis Riwayat Al-Thabrani dan Al-Baihaqi)

5.2.4 Langkah-langkah Mengatasi LGBT


a) Penggubalan undang-undang

12 | M P U 2 3 2 2
KOLEJ VOKASIONAL
MPU 2322 PENGAJIAN MORAL
Pihak kerajaan perlu menggubal undang-undang yang berkaitan dengan isu ini bagi mengekang
kegiatan LGBT. Institusi agama boleh memberikan pandangan kepada kerajaan untuk
menggubal undang-undang. Sungguhpun terdapat undang-undang yang berkaitan tetapi
undang-undang berkenaan tidak relevan untuk mendakwa golongan ini. Misalnya, Akta
Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 yang mengandungi
peruntukan Seksyen 28 (lelaki berlagak perempuan) dan Seksyen 29 (perbuatan tidak sopan di
tempat awam).

b) Pemantauan dan tindakan pihak berkuasa


Kelab-kelab hiburan gay fan lesbian bagai cendawan tumbuh selepas hujan di bandar-bandar
besar seluruh negara perlu dipantau dan diambil tindakan oleh pihak berwajib, khususnya pihak
berkuasa tempatan (kerajaan tempatan) dan Majlis Agama Islam Negeri.

c) Pendidikan agam dan moral


Jiwa dan golongan LGBT yang kosong hendaklah diisi dengan ilmu agama yang mantap.
Keyakinan dan kepercayaan kepada Tuhan dapat mengekang jiwa daripada terlibat dengna
gejala tidak bermoral ini. Mereka perlu diyakini bahawa nafsu dan kecenderungan ke atas kaum
sejenis dalam jiwa merupakan satu ujian daripada tuhan bagi menguji keimanan mereka
sebagai sebagai seorang hamba yang taat. Golongan bijak pandai agama perlu mendekati
golongan ini. Majoriti golongan LGBT biasanya tidak mendapat didikan agama yang diperlukan
dan mereka masih tercari-cari arah dalam hidup mereka.

d) Sikap masyarakat yang berhemah tetapi tegass


Ahli masyarakat yang berada di sekeliling golongan LGBT tidak seharusnya menghukum atau
menghina mereka. Masyarakat perlu sedar bahawa golongan ini mendapat ujian yang hebat
kerana melibatkan ujian nafsu. Masyarakat lebih mudah mencemuh mereka tanpa menyedari
bahawa perbuatan tersebut hanya membawa kepada masalah yang lebih besar. Mereka akan
menjauhi masyarakat dan berpaling kepada rakan-rakan yang mempunyai kecenderungan yang
sama dengan mereka.

e) Pengukuhan institusi kekeluargaan

13 | M P U 2 3 2 2
KOLEJ VOKASIONAL
MPU 2322 PENGAJIAN MORAL
Institusi kekeluargaan juga perlu diberikan perhatian sewajarnya bagi mengatasi masalah
LGBT. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam memastikan anak-anak mereka mendapat
didikan agama yang sewajarnya dan memberikan perhatian sepenuhnya kepada mereka. Ibu
bapa perlu mengawasi dan memantau anak-anak mereka. Sekiranya ibu bapa dapat melihat
tanda-tanda awal seperti anak lelaki mereka berkelakuan lembut, menyukai warna merah jambu
dan sebagainya, ibu bapa perlu sentiasa memberikan nasihat dan bimbingan kepada mereka
tentang perkara yang benar dan perkara yang salah sejak kecil lagi.

f) Mengadakan kempen mencegah LGBT


Bagi mereka yang pernah terjerumus dalam gejala LGBT ini, pendekatan rehabilitasi perlu
diperkenalkan untuk membawa mereka pada landasan yang benar. Kempen mencegah LGBT
juga perlu lebih banyak diadakan supaya golongan ini sedar terhadap kesan negatif yang
terhasil daripada perlakuan mereka ke atas diri mereka dan masyarakat. Kerajaan juga perlu
mewujudkan akta untuk menapis kandungan lucah dan tidak bermoral yang disiarkan di media
massa atau di Internet. Penguatkuasaan yang lebih ketat juga perlu dijalankan di kelab-kelab
hiburan bagi mengekang masalah LGBT ini.

5.2.5 Kesimpulan
Isu LGBT sebenarnya bukanlah isu tentang hak asasi manusia. Sebaliknya, isu ini merupakan suatu
amalan yang bercanggah dengan nilai moral masyarakat yang perlu dibendung. Penglibatan semua
pihak termasuk institusi keagamaan adalah dituntut supaya gejala LGBT dapat ditangani dengan
lebih berkesan.

5.3 PEMERDAGANGAN MANUSIA


 Malaysia merupakan salah sebuah negara yang terlibat dalam aktiviti pemerdagangan
manusia. Banyak orang yang masih kurang pengetahuan dan kesedaran tentang gejala ini.
Menurut statistik, peratusan besar jumlah mangsa pemerdagangan manusia adalah untuk
seks komersil, manakala peratusan yang kedua terbesar adalah untuk buruh paksa
domestik. Malaysia berada pada kedudukan senarai 16 buah negara yang berprestasi buruk
dalam menangani isu perdagangan manusia.

14 | M P U 2 3 2 2
KOLEJ VOKASIONAL
MPU 2322 PENGAJIAN MORAL
 Berdasarkan statistik Majlis Antipemerdagangan orang (MAPO) pula, sejak 28 Februari 2008
hingga 21 Disember 2010, sebanyak 304 kes yang dilaporkan membabitkan pelbagai jenis
eksploitasi dan 434 orang ditahan kerana terbabit dalam jenayah berkenaan. Daripada
jumlah itu, 1 930 orang mangsa mendapat perintah perlindungan sementara (IPO) manakala
708 orang lagi mendapat perintah perlindungan yang melibatkan kes seperti eksploitasi seks
(189 mangsa), perkhidmatan paksa (58 mangsa), penyeludupan manusia (24 mangsa), dan
penjualan bayi (11 mangsa).

5.3.1 Definisi Pemerdagangan Manusia


 Pemerdagangan manusia bermaksud segala perbuatan yang melibatkan pemerolehan atau
pengekalan tenaga kerja atau perkhidmatan seseorang melalui paksaan, termasuklah
perbuatan merekrut, memindahkan, melindungi, menyediakan atau menerima seseorang
bagi maksud eksploitasi.
 Pengeksploitan pemerdagangan manusia pula termasuk memaksa seseorang melakukan
pelacuran atau bentuk eksploitasi seks lain, buruh paksa, hamba atau amalan yang sama
seperti perhambaan. Ekploitasi kanak-kanak pula termasuk untuk pelacuran, pengambilan
anak angkat antarabangsa yang tidak sah, perkahwinan kanak-kanak atau pengambilan
kanak-kanak sebagai tentera, pengemis dan tujuan permainan atau untuk kegiatan
keagamaan. Laporan yang dikeluarkan oleh Organisasi Buruh Antarabangsa (ILO)
mencatatkan bahawa jenayah pemerdagangan manusia telah mengaut keuntungan
sebanyak USB 44.3 bilion setahun.
 Wanita dan gadis muda sering didagangkan untuk sindiket pelacuran dan buruh domestik
yang dibawa masuk secara sah ataupun haram seperti dari China, Indonesia, Thailand,
negara-negara Balkan dan India. Pertambahan pelancong asing dan juga pekerja asing
menyebabkan permintaan terhadap wanita dan gadis muda bertambah mereka sering
memasuki Malaysia menggunakan pas lawatan sosial dan pas pelajar. Bukan hanya wanita,
lelaki dewasa turut diperdagangkan terutama untuk pengeksploitasian buruh atau dijadikan
sebagai buruh paksa.
 Kebanyakan mereka yang datang dari Indonesia, Bangladesh, Nepal dan Vietnam menjadi
mangsa selepas dijanjikan pekerjaan dengan bayaran lumayan sedangkan semuanya

15 | M P U 2 3 2 2
KOLEJ VOKASIONAL
MPU 2322 PENGAJIAN MORAL
adalah palsu. Malah, mereka turut dipaksa bekerja untuk tempoh masa yang panjang
sehingga lebih 18 jam sehari tanpa dibayar upah. Kanak-kanak dan bayi juga mendapat
permintaan yang tinggi untuk diperdagangkan terutama bagi aktiviti meminta sedekah atau
dijadikan anak angkat kepada pasangan yang tidak mempunyai zuriat sendiri.

5.3.2 Sebab-sebab Berlakunya Aktiviti Pemerdagangan Manusia di Malaysia.


a) Kepesatan ekonomi negara
Malaysia merupakan negara yang aman, kaya dan makmur serta kedudukan strategiknya yang
berada di tengah-tengah negara ASEAN menjadi tumpuan kepada pendatang dari negara-
negara jiran. Kerancakan peningkatan ekonomi Malaysia berbanding kebanyakan negara-
negara Asia Tenggara lain, terutamanya sektor perusahaan, perladangan dan perkhidmatan
telah menarik pendatang-pendatang asing untuk memenuhi keperluan tenaga kerja tersebut.
Kini, terdapat lebih dua juta orang warga asing berada di Malaysia kerana peluang pekerjaan
terbuka luas.

b) Kelemahan peraturan dan penguatkuasaan


Peraturan dan penguatkuasaan undang-undang yang lemah juga merupakan salah satu faktor
kebanjiran pendatang asing di negara ini. Hal ini termasuk kelonggaran sistem imigresen dan
kelalaian pihak keselamatan. Kelonggaran sistem keluar masuk negara, terutamanya di
kawasan sempadan yang tidak dijaga dengan rapi memudahkan operasi membawa masuk
warga asing ke negara ini.

c) Gejala rasuah
Amalan rasuah dalam kalangan badan-badan penguatkuasaan turut menyumbang kepada
peningkatan berlakunya gejala ini. Integriti dan maruah negara tidak diendahkan apabila
melibatkan amalan rasuah.

d) Kesempitan hidup
Kesusahan hidup merupakan salah satu punca berlakunya aktiviti pemerdagangan manusia.
Keadaan ini mendorong mereka merantau ke negara yang menjanjikan peluang pekerjaan
yang lebih cerah. Keadaan ini telah digunakan oleh sindiket pemerdagangan manusia untuk
memperdaya individu yang akhirnya menjadi mangsa pemerdagangan manusia. Kebanyakan
16 | M P U 2 3 2 2
KOLEJ VOKASIONAL
MPU 2322 PENGAJIAN MORAL
wanita dijanjikan dengan peluang pekerjaan dan akhirnya didagangkan untuk perkhidmatan
seks. Sebahagian mangsa seperti buruh paksa perlu bekerja tanpa dibayar gaji kerana
kononnya perlu membayar hutang seperti tambang kos-kos lain. Akibat kemiskinan juga, bayi
kanak-kanak, dan wanita dijual oleh ahli keluarga sendiri.

e) Tiada kelayakan akademik


Taraf pendidikan mangsa yang rendah juga menjadi faktor mereka mudah terpedaya dengan
muslihat kotor pemerdagangan manusia. Sebagai contoh, satu kes yang melibatkan empat
wanita warga Filipina yang dijual dengan harga RM 7 500 seorang oleh sindiket aktiviti
pemerdagangan manusia telah diselamatkan oleh polis di sebuah rumah teres dua tingkat di
Johor Bahru pada bulan Mac 2012.

(f) Kedudukan geografi Malaysia


Kedudukan Malaysia yang terletak berhampiran dengan kawasan segi tiga emas turut
mendorong kegiatan ini berleluasa sehingga Malaysia dianggap sebagai pusat transit dan
sarang jenayah yang berkaitan.

5.3.3 Kesan Aktiviti Pemerdagangan Manusia

(a) Mangsa mengalami trauma


Aktiviti ini menyebabkan berlakunya penindasan terhadap mangsa-mangsa sindiket. Walaupun
mangsa-mangsa dapat diselamatkan, namun mereka akan menghadapi trauma dengan
kejadian yang menimpa mereka. Hal ini dapat dilihat tehadap mangsa-mangsa yang terbabit
dengan ekspoitasi seks dan pengedaran dadah.

(b) Pertambahan masalah sosial


Aktiviti pemerdagangan manusia mengakibatkan masalah sosial dalam masyarakat akan
meningkat. Contohnya, pertambahan bilangan rumah urut dan sarang pelancuran turut
mengundang masalah sosial yang lain.

(c) Penyebaran penyakit berjangkit


Penyebaran penyakit berjangkit yang boleh membawa maut seperti HIV dan pelbagai lagi
penyakit berjangkit boleh berlaku melalui kegiatan seks dan sebagainya.
17 | M P U 2 3 2 2
KOLEJ VOKASIONAL
MPU 2322 PENGAJIAN MORAL

(d) Pendatang asing menimbulkan pelbagai masalah


Kebanjiran pendatang asing tanpa izin (PATI) ke Malaysia berlaku apabila banyak tenaga kerja
dari Negara luar dibawa masuk. Kehadiran pendatang tanpa izin yang ramai memungkinkan
Negara menghadapi masalah peningkatan jenayah dan masalah dalam penggunaan
pekhidmatan tertentu seperti kesihatan, pendidikan, dan sebagainya yang sepatutnya
diutamakan kepada penduduk tempatan.

(e) Tiada pembelaan yang adil terhadap mangsa


Mangsa-mangsa yang terlibat dengan aktiviti pemerdagangan manusia tidak mendapat
pembelaan yang sewajarnya jika didakwa di mahkamah. Terdapat warganegara Malaysia yang
sewajarnya jika didakwa di mahkamah. Terdapat warganegara Malaysia yang terkandas di
beberapa buah Negara seperti di Amerika Latin dan China yang tidak mendapat pembelaan
sewajarnya apabila mereka didakwa di mahkamah. Ada antara mereka yang dijatuhkan
hukuman bunuh dan penjara seumur hidup kerana diperdaya menjadi keldai dadah.

(f) Mempunyai kaitan dengan pengedaran dadah


Aktivi pemerdagangan manusia jga sering dikaitkan dengan penyeludupan dan pengedaran
dadah. Mangsa dipaksa menyeludup masuk dadah semasa memasuki sempadan Negara. Ada
juga yang dipaksa supaya mengedarkannya semasa bekerja.

(g) Mencemarkan Imej Negara


Aktiviti pemerdagangan manusia yang melibatkan Negara memberikan gambaran bahawa
wujudnya kelemahan kerajaan Malaysia dalam menguatkuasakan undang-undang serta tidak
memandang serius terhadap isu ini.

5.3.4 Langkah Mengatasi Kegiatan Pemerdagangan Manusia di Malaysia

(a) Kawalan ketat di pintu masuk sempadan


Kerajaan perlu memperketatkan kawalan di semua 262 pintu masuk di Negara ini supaya
kemasukan pelancong asing dan orang luar dapat dikawal dengan rapi. Oleh itu, Kerajaan

18 | M P U 2 3 2 2
KOLEJ VOKASIONAL
MPU 2322 PENGAJIAN MORAL
Dalam Negeri perlu menambah jumlah anggotanya untuk mengawal kemasukan orang asing ke
Negara ini. Operasi rondaan secara berjadual dan intensif harus dilakukan oleh pasukan
keselamatan Malaysia dengan kerjasama pihak keselamatan Negara-negara jiran.

(b) Latihan kepada pihak-pihak berkaitan


Kementerian Dalam Negei khususnya harus mengadakan kerjasama dengan badan
antarabangsa seperti melatih anggta keselamatan untuk menangani pelbagai kemungkinan
kemasukan warga asing bagi tujuan tertentu. Perkara ini termasuklah menyedarkan pihak
penguat kuasa, pendakwa raya, hakim, dan majistret tentang pelbagai perkara termasuk Akta
Antipemerdagangan Orang 2007 supaya mereka bersiap sedia berdepan dengan isu terbabit.

(c) Penyelarasan sistem data maklumat kemasukan pelancongan asing


Pihak imigresen juga perlu menyelaraskan sistem data maklmat kemaskan dan mengemas kin
rekod keluar masuk pintu sempadan terutama di lampangan terbang, pelabuhan, dan pintu
sempadan antara Negara bagi menggembleng usaha membasmi jenayah yang tidak
berperikemanusiaan ini.

(d) Pemantauan dan tindakan tehadap pelajar asing


Kemasukan pelajar lua Negara untuk menlanjutkan pelajaran ke Negara untuk melanjutkan
pelajaran ke Negara ini yang melebihi 150 000 rang selaras dengan hasrat Negara untuk
menjadikan Malaysia sebagai pusat pendidikan antarabangsa. Walau bagaimanapun
Kementerian Pendidikan tidak dapat mengesan status sebahagian pelajar antarabangsa,
terutamanya pelajar yang menuntut di univesiti atau kolej swasta. Hal ini demikian kerana ada
dalam kalangan pelajar ini yang hanya menjadikan pas pelajar sebagai batu loncatan untuk
melakukan kegiatan-kegiatan lain seperti aktiviti pemerdagangan manusia.

(e) Kerjasama dengan Negara-negara berkaitan


Malaysia harus mejalinkan kerjasama dari segi keselamatan, imigresen, dan perundangan
dengan negara-negara seperti Indonesia, Myanmar, Vietnam, Filipinq, dan Banggladeah
supaya negara-negara berkenaan turut komited untuk manangani isu pemerdagangan manusia.
Contohnya, Malaysia dan Australia telah meningkatkan kerjasama bagi membanteras sindiket
penteludupan manusia melalui kaedah diplomatik dan operasi yang lebih berkesan. Negara-

19 | M P U 2 3 2 2
KOLEJ VOKASIONAL
MPU 2322 PENGAJIAN MORAL
negara jiran seperti Singapura, Indonesia, Thailand dan lain-lain juga wajar mewujudkan
kerjasama serantau dan atau satu pengkongsian bijak, terutamanya dalam kekuatan teknologi,
komunikasi, dan jaringan keselamatan. Kerjasama dapat diwujudukan menerusi pertukaran
maklumat dalam usaha menangani isu ini terutama dari aspek bentuk serta kaedah
penyeludupan dan negara yang dijadikan sebagai transit utama bagi penyeludupan manusia.
Kerjasama pada peringkat sempadan peraian negara juga adalah wajar bagi membendung
masalah ini. Mereka harua berkongsi maklumat tentang taktik, lokasi, dan negara pemvekal
serta sama-sama beruaaha mengenal pasti "lubang-lubang tikus" bagi sindiker pemerdagangan
manusia.

(f) Sikap dan kerjasama masyarakat


Memang diakui bahawa keperihatian masyarakat tentang isu ini amat kurang. Aktiviti
pemerdagangan manusia sememangnya kurang mendapat liputan daripada pihak media. Hal
ini demikian kerana sikap masyarakat yang tidak mengendahkan isu ini kerana kebanyakan
mangsa adalah dari negara yang lebih rendah taeaf ekonominya.

(g) Gejala rasuah


Gejala rasuah yang masih menghantui badan-badan penguat kuasa setiap negara harus
dibanteras. Masih terdapat sebilangan kecil kakitangan di jabatan-jabatan kerajaan seperti
imigresen, kastam, polis marin, dan RELA yang sanggup membelakangkan intergriti demi
kepentingan peribadi. Amalan rasuah ini umpama "duri dalam daging" terhadap keselamatan
dan kesejahteraan negara.

5.3.5 Kesimpulan
Isu pemerdagangan manusia turut melibatkan negara-negara lain, khususnya negara jiran. Oleh
itu, kerjasama serantau amat diperlukan ahar penyeleaaian dapat diambil secara bijaksana. Jika
tidak diberikan perhatian yang serius, iau ini akhirnya ajab menjurus kepada pencemaran imej
negara dengam peningkatan masalah sosial dan masalah-masalah lain. Dalam jangka masa
panjang, masalah ini boleh menjejaskan banyak sektor dalam negara, khususnya sektor
pelancongan, keselamatan, dan ekonomi.

5.4 SEKS BEBAS


20 | M P U 2 3 2 2
KOLEJ VOKASIONAL
MPU 2322 PENGAJIAN MORAL
Dunia tanpa sempadan hari ini telah mendedahkan golongan remaja kepada dunia baharu yang
sukar untuk dikawal. Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi menjadikan remaja hari
ini seperti burung yang terlepas daripada sangkar. Kebebasan yang sukar dikawal ini menjadikan
mereka terdedah iepada perkara-perkare yang menyalahi budaya masyarakat barat timue. Isu
pengaulan bebas dalam kalangam remaja di negara luar ini semakin meruncing. Laporan
mencatatkan banyak kea seks luar nikah dilakukan seawal usia belasan tahun lagi.

5.4.1 Definisi Seks Bebas

 Seks luar nikah atau dikenal sebagai seks bebas didefinisikan sebagaibhubungan
sekaual yang dilakukan di luar ikatan perkahwinan secara suka sama suka atau dalam
dunia pelacuran. Seks bebas juga sering disebut sebagai seka rambang, seks luar nikah,
dan perbuatan terlanjur. Menurut definisi ahli-ahli sosiologi, seks bebas adalah bentuk
seks yang tidak dibenarkan oleh institusi perkahwinan, pelakunya ialah lelaki dan
perempuan, iaitu pasangan kekasih yang cenderung melakukan seka sebelum
mempunyai ikatan sah sebagai suami isteri.
 Dalam konteks Islam, perbuatan seks luar nikah ini juga dikenali sebagai zina yang
diharamkan dab kesalahan ini dipandang berat. Zina merujuk kepada persetubuhan yang
dilakukan oleh pasangan yang bukan berstatus suami isteri dan dilakukan atas kerelaan
pasangan itu sendiri

5.4.2 Faktor-Faktor Berlakunya Seks Bebas


(a) Dasar langit terbuka (internet dan satelit)
Capaian internet telah mempengaruhi minda remaja dan sesetengahnya menggalkkan mereka
terjebak dalam pergaulan bebas. Laman-laman porno begitu mudah diakses dalam pelbagai
situasi. Laman web lucah yang boleh dilayari di rumah, bilik persendirian, kafe siber, atau
berselindung di sebalik tugasan lain menjadikan aktiviti ini sukar dibendung. Kajian mendapati
bahawa 75 peratus remaja mengetahui tentang seks melalui internet.
Selain itu, terdapat pelbagai program tidak aihat yang dipancarkan ke udara melalui antena dan
masuk melalui bumbung rumah sebelum dapat dilihat melalui televisyen atau komputer. Dr.
Aminudin Mansor mengaitkan peranan internet dan satelit dengan sebuah hadia Nabi
Muhammad SAW yang diriwayatkan oleh Usamah bin Zayd.

21 | M P U 2 3 2 2
KOLEJ VOKASIONAL
MPU 2322 PENGAJIAN MORAL
"Aku melihat berbagai-bagai jenis maksiat (bala dan musibah) turun dari langit, masuk ke
rumah-rumah melalui bumbungnya, dan merosakkan penghuni rumah itu."

Difahamkan bahawa ahli hadis tidak dapat memberikan penjelasan yang tepat dan wajar
tentang peringatan itu. Walau bagaimanapun, hadis tersebut kini nula difahami kerana pelbagai
jenis maksiat dapat disaksikan melalui dasar langit terbuka walaupun terdapat maklumat
terdapat maklumat yang berbentuk positif.

(b) Pegangan agama yang lemah


Pegangan agama yang tidak teguh menyebabkan golongan remaja mudah terjebak dengan
gejala yang tidak sihat ini. Pada usia awal remaja, mereka masih mentah dalam mengharungi
segala onak dan duri dalan kehidupan. Seseorang individu yang mempunyai kepercayaan
agama yang tinggi biasanya tidak melakukan aktiviti yang tidak berakhlak.

(c) Masalah keluarga


Keluarga yang bermasalah cenderung menjadi punca terhadap masalah seks bebas. Terdapat
dua perkara yang mendorong ke arah berlakunya perbuatan hamil luar nikah dan penguguran
bayi. Pertama, disebabkan oleh kekurangan kasih sayang daripada keluarga, manakala yang
kedua adalah kebebasan keterlaluan yang diperoleh daripada keluarga. Antara contoh keluarga
yang bermasalah adalah seperti peelrgolakan dalam keluarga, kemiskinan, penceraian,
penderaan, dan sumbang mahram. Remaja cenderung melarikan diri dari rumah apabila timbul
konfluk keluarga yang seterusnya menyebabkan remaja mencari keseronokan di luar rumah

(d) Pengaruh media massa


Penggunaan media cetak dan elektronik tanpa batasan mengundang kepada gejala tidak sihat.
Filem-filem tempatan semakin berani menayangkan aksi-aksi yang kurang sopan. Filem-filem
barat yang memaparkn aksi-aksi lucah menjadi pendorong kepada remaja untuk terlibat dalam
seks bebas tanpa menghiraukan kesan buruk yang akan dialami kelak.

(e) Pengaruh rakan sebaya


Pengaruh rakan sebaya umpama tarikan magnet kepada permasalahan sosial. Remaja lebih
cenderung menghabiskan masa teeluang mereka bersama rakan sebaya berbanding bersama
ahli keluarga. Rakan yang baik akan menjadikan individu itu berperwatakan baik. Namun, rakan
22 | M P U 2 3 2 2
KOLEJ VOKASIONAL
MPU 2322 PENGAJIAN MORAL
yang berfikiran negatif akan mempengaruhi minda remaja untuk terjebak dengan permasalahan
sosial yang negatif. Pada peringkat remaja, mereka membesar menjadi matang dan dikelilingi
oleh isu-isu seksual. Remaja mempunyai sikap ingin tahu yang tinggi dan keupayaan mengalami
atau melahirkan perasaan seks. Perasaan cinta dan nafsu antara individu berlainan jantina
berkembang pada tahap remaja.

5.4.3 Kesan daripada Amalan Seks Bebas


Kesan yang berlaku daripada permasalahan ini amat membimbangkan. Keaan yang ditanggung
daripada gejala seka bebas ini adalah dalam tempoh yang lama, sedangkan nikmat yang diperoleh
oleh remaja tersebut hanya sementara. Antara kesan sosial yang berlaku akibat pergaulan bebas
adalah seperti berikut:

(a) Pergaulan bayi secara haram


Antara kesan utama permasalahan gejala seka bebaa ialah kehamilan yang tidak dirancang
kebanyakan pelakubseka bebas yang telah hamil terpaksa menyembunyikan hal ini kerana
perlakuan mereka melampaui batas-batas pergaulan dan tiada ikatan perkahwinan. Segelintir
daripada mereka yang buntu akan mengambil jalan keluar dengan melakukan penguguran
secara haram. Penguguran secara haram ini dilakukan sama ada melalui kawdah yang
selamat di klinik-klinik swasta ataupun melalui kaedah tradisional dengan bantuan khidmat
dukun dan bidan. Kedua-dua cara tersebut mendedahkan mereka kepada risiko kematian
yang tinggi.

(b) Pembuangan bayi

Gejala seterusnya ialah kes pembuangan bayi yang semakin meruncing di negara ini. Kajian
menunjukkan bahawa hubungan seks yang bebas tanpa batasan merupakan punca utama
gejala pembuangan bayi. Kehamilan akibat hubungan seks bebas menimbulkan perasaan
malu dan aib yang menebal dalam kalangan remaja wanita. Akhirnya, tanpa pertumbangan
yang rasional untuk mencari jalan keluar, remaja wanita sanggup membuang bayi mereka.
Statistik berikut menunjukkan kea pembuangan bayi yang telah dicatatkan dalam Harian
Metro bertarikh 5 Diaember 2010 dab laporan yang telah dikeluarkn oleh Polis Diraja Malaysia
(PDRM) bersasarkan data yang dikumpulkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.
23 | M P U 2 3 2 2
KOLEJ VOKASIONAL
MPU 2322 PENGAJIAN MORAL

Umur Tahun Jumlah


2004 2005 2006 2007 2008 2009
Bawah 18 tahun 4 0 1 3 7 5 20
18 – 25 tahun 10 9 2 7 5 7 40
25 tahun ke atas 8 5 2 5 8 5 33
Tidak diketahui 61 54 78 63 84 63 403
Jumlah 83 68 83 78 104 80 496
Jadual 5.2 : statistic pembuangan bayi berdasarkan umur pelaku dari tahun 2004 hingga 2009

Tahun Lelaki Perempuan *Tidak Jumlah


diketahui
2004 22 30 26 78
2005 23 20 24 67
2006 37 27 19 83
2007 25 18 22 76
2008 37 25 40 102
2009 15 12 52 79
2010 34 25 11 70
Jumlah 555
Jadual 5.3 : Statistik pembuangan bayi berdasarkan jantina

Sumber: Polis Diraja Malaysia (PDRM)

*Tidak diketahui kerana reput

(c) anak luar nikah

24 | M P U 2 3 2 2
KOLEJ VOKASIONAL
MPU 2322 PENGAJIAN MORAL
Statistik menunjukkan bahawa terdapat 152 182 anak luar nikah yang direkodkan antara
tahun 2008 hingga 2011 (Harian Metro, 11 Januari 2012). Kelahiran anak-anak ini
menimbulkan gejala sosial dalam masyarakat jika tidak diuruskan dengan baik. Anak-anak
yang tidak berdosa ini akan menghadapi masalah dalam pendidikan, kehidupan
bermasyarakat, dan juga rasa rendah diri. Kebiasaannya, anak luar nikah diabaikan oleh
keluarga dan ada sesetengahnya dijual ketika kanak-kanak tersebut masih bayi.

(d) penyakit kelamin

Gejala seks bebas boleh menyebabkan penyakit kelamin merebak dalam kalangan pelaku
seks bebas. Antara penyakit kelamin yang membahayakan nyawa adalah seperti HIV positif,
jangkitan saluran kencing, hepatitis B, sifilis, dan genital. Penyakit kelamin ini disebabkan oleh
virus, kuman, bakteria, dan kulat. Terdapat dua cara permindahan penyakit ini, iaitu melalui
perhubungan seks dan berdampingan secara fizikal dengan individu yang telah dijangkiti.
Kebanyakkan kes bagi penyakit ini berpunca daripda aktiviti kerap bertukar pasangan dan
aktiviti seks bebas. Bukan sahaja pasangan yang melakukan hubungan seks berisiko
menghidap penyakit ini, malahan bayi yang dikandungan oleh wanita juga berisiko tinggi
mendapat penyakit kelamin seperti sifilis, hepatitis B, herpes, jangkitan saluran kencing, dan
HIV.

(e) Tejebak dalam kegiatan pelacuran

Kesan daripada gejala tidak sihat ini juga meyebabkan berleluasanya aktiviti pelacuran dalam
kalangan remaja. Apabila remaja mencari kebebasan dengan melibatkan dir idalam gejala
yang lebih berat, iaitu pelacuran yang menawarkan ganjaran lumayan. Bagi remaja yang
mengalami kesempitan hidup dan mahukan kesenangan hidup dalam tempoh yang singkat,
mereka akan terjerumus dalam kegiatan tidak berakhlak ini.

(f) Keruntuhan akhlak

Kesan seterusnya ialah hilang nilai-nilai akhlak dan kesopanan dalam kalangan individu
zaman moden ini. Wujud masyarakat yang tidak bermoral apabila gejala seks luar nikah ini
bebas diamalkan tanpa rasa malu dan aib. Meurut Syeikh Muhammad Al-Ghazali dalam
kitabnya khuluq al-Muslim, “kuat atau lemah iman seseorang dapat diukur dan diketahui
25 | M P U 2 3 2 2
KOLEJ VOKASIONAL
MPU 2322 PENGAJIAN MORAL
daripad perilaku akhlaknya kerana iman yang lemah mewujudkan akhlak yang jahat dan burk
laku serta mudah terjerumus pada perbuatan keji yang merugikan diri seseorang itu dan
orang lain.

(Harian Metro, 11 Januari 2012)

5.4.4 Langkah Mengatasi

Pelbagai cara dapat dilakukan untuk membendung gejala negates ini.

(a) Memperkenalkan pendidikan seks di sekolah


Cadangan ini sudah lama dikemukakan, namun perlaksanaannya masih belum
diputuskan. Mata pelajaran ini boleh diperkenalkan pada peringkat menengah rendah.
Pendidikan seks harus diberikan seawal usia remaja yang merangkumi pendidikan
tentang anatomi seksual, pembiakan seksual, perhubungan seks, dan aspek-aspek lain
tentang kelakuan seksual manusia. Dalam sukatan pelajaran ini juga, remaja harus diajar
tentang nilai-nilai murni masyarakat Malaysia yang hanya menghalalkan hubungan seks
berlaku selepaa perkahwinan dan hubungan itu perlu disertai dengan sikap
tanggungjawab dan kasih sayang. Pendidikan seks jugak dapat diwujudkan kesedaran
agar remaja perempuan menjaga kehormatan diri dan mendedahkan risiko terhadap
aktiviti seks bebasdiputuskan.

(b) Pendidikan agama


Pendidikan agama yang mencukupi merupakan salah satu cara yang paling mujarab
untuk mengatasi masalh ini. Mendidik anak-anak dengan pendidikan agama sejak kecil
akan menjadikan kanak-kanak tersebut tahu tentang batas-batas kehidupan manusia.
Melalui pengetahuan agama, mereka tahu akan baik dan buruk sesuatu perkara yang
dilakukan. Kepatuhan terhadap agama masing-masing yang mengharamkan pergaulan
bebas dan hubungan seks tanpa ikatan perkahwinan yang sah dapat membendung gejala
ini daripada merebak dengab lebih teruk.

(c) Perana ibu bapa


Tanggungjawab ibu bapa dalam mendidik anak-anak perlu ditekankan. Segala gerak-geri
anak-anak bersama rakan sebaya di luar rumah perlu sentiasa diawasi dan ditegur
26 | M P U 2 3 2 2
KOLEJ VOKASIONAL
MPU 2322 PENGAJIAN MORAL
sekiranya mereka melanggar batasan agama dan tatasusila ketimuran. Kebanyakan ibu
bapa terlalu sibuk dengan kerjaya masing-masing. Oleh hal yang demikian, ibu bapa perlu
bijak dalam membahagikan masa yang ada untuk anak-anak mereka. Teguran dan
nasihat yang diberikan pula perlu berhemah kerana pada usia remaja, mereka sering
memberontak untuk mencari kebebasan. Selain itu, program-program berkaitan perlu
diatur oleh agensi kerajaan atau pihak majikan bagi menyedarkan ibu bapa bahawa
mereka mempunyai tanggungjawab besar dalam mencorakkan kehidupan anak-anak
mereka.

(d) Aktiviti kemasyarakatan


Langkah lain yang boleh diambil adalah dengan melibatkan pelajar-pelajar dengan aktiviti
kemasyarakatan. Masa terluang yang ada perlu diisi oleh golongan remaja agar mereka
dapat melakukan perkara-perkara yang berfaedah. Pihak Kementerian Belia dan Sukan
perlu mengambil inisiatif menganjurkan aktiviti-aktiviti kepada golongan remaja. Kelab
Rakab Muda yang telah ditubuhkan dilihat sebagai satu langkah yang positif bagi
menangani gejala sosial dalam kalangan remaja. Langkah ini dilihat dapat membentuk
sahsiah dan peribadi pekerti yang mulia di samping mencungkil bakat golongab remaja
dalam bidang tertentu seperti bidang sukarelawan dan bidang perniagaan.
(e) Pemulihan
Sekiranya anak-anak remaja sudah terjebak dam kancah maksiat, ibu bapa dan
masyarakat perlu membantu mereka untuk kembali ke jalan yang lurus. Antara cara yang
boleh dilakukan adalah dengan menghantar merekanke Jabatan Kebajikan Masyarakat,
Rumah Pengasih ataupun dengan menghubungi Talian Nur untuk mendapatkan khidmat
kaunseling. Kehidupan mereka akan diisi dengan pelbagai aktiviti berbentuk kerohanian
dan sebagainya yang lebih bermanfaat sekiranya mereka berada di institusi-institusi
seperti ini.

(f) Hukuman berat


Pelaku seks bebas boleh didakwa mengikut undang-undang yang ada untuk memberikan
pengajaran kepada rnasyarakat Mengikut kanun keseksaan, persetubuhan antara dua
Pihak diteguh dari segi undang-undang, hokum agama, adat atau kebiasaan untuk
berkahwin akan didakwa di bawah Seksyen 376 yang membawa kepada hukuman

27 | M P U 2 3 2 2
KOLEJ VOKASIONAL
MPU 2322 PENGAJIAN MORAL
penjara tidak kurang daripada enam tahun dan tidak melebihi 20 tahun serta dikenakan
sebatan. Mengikut hukum-hukum Jenayah dalam Islam, perbuatan seks bebas dikenal
sebagai zina dan hukum hudud dilaksanakan ke atas pelaku-pepaku zina. Bagi pezina
yang belum beckahwin hukumannya adalah 100 kali sebatan. manakala bagi penzina
yang sudah berkahwin, hukumannya adalah direjam sehingga mati menggunakan batu.
Hukuman berat yang dikenakan rnengikut hukum dalam Islam selari dengan firman Allah
yang bermaksud "Dan Janganlah kamu mendekati zina kerana sesungguhnya zina Itu
adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk" (Surah al-lsrak ayat32).

(g) Menyekat capaian laman porno


Sekatan secara langsung dan tidak langsung terhadap laman-laman lucah perlu
dilakukan oleh pihak kerajaan. Langkah ini bertujuan mengelakkan golongan remaja
daripada mengakses laman-laman lucah. Langkah seperti ini telah dilakukan oleh
beberapa negara seperti China dan Pakistan.

5.4.5 Kesimpulan
Semua pihak perlu bertindak secara kolaboratif dalam menangani isu ini daripada manular
dengan lebih teruk lagi. Segala faktor yang telah dinyatakan seharusnya dapat diambil
tindakan dan diselesaikan bersama-sama dengan pembuat dasar, badan bukan kerajaan,
sekolah, ibu bapa, dan masyarakat. Tindakan ini sudah menjadi tanggungjawab sosial rakyat
Malaysia demi pembangunan sahsiah dan fizikal remaja. Pendidikan yang tinggi sekalipun
tidak mampu menjamin ketinggian sahsiah diri seseorang. Usaha membangunkan nilai moral
dalam kalangan belia bukan hanya terletak pada bahu pendidik semata-mata, malah
masyarakat secara kokektif perlu bersama-sama bertanggungjawab dalam menanganinya.

5.5 BULI
 Buli adalah antara jenayah popular dalam kalangan remaja belasan tahun. Walaupun
buli bukan merupakan isu baharu, namun hingga kini penyelesaian yang berkesan
dalam membendung isu bulu masih belum selesai. Statistik menunjukkan bahawa
terdapat sekurang-kurangnya satu kejadian buli dalam sebulan yang dilaporakan
sepanjang tahun (Berita Harian, 19 Februari 2013).

28 | M P U 2 3 2 2
KOLEJ VOKASIONAL
MPU 2322 PENGAJIAN MORAL
 Pendedahan terhadap beberapa kes buli pada tahap yang teruk nyata meninggalkan
impak besar twrhadap indeks jenayah remaja dan pandangan serong masyarakat
terhadap tingkah laku remaja sehingga ada sesetengah pihak menganggapkan kerana
terdalat mangsa-mangsa buli yang dilaporkan cedera parah, malah ada yang
meninggal dunia.

5.5.1 Definisi buli


 Buli ialah perbuatan mendera dan mempermainkan seseorang yang biasanya
dilakukan terhadap individu lemah yang cuba menyesuaikan diri dengan suasana
baharu. Buli bertujuan untuk menggertak, mencederakan serta menakutkan secara
mental dan fizikal. Pelbagai definis telah diberikan oleh sarjana untuk menjelaskan
makna buli.
 Olwues (1995) mendefinisikan buli sebagai tindakan negatif yang dilakukan secara
berulang-ulang oleh individu atau kumpulan terhadap individu lain. Tindakan tersebut
terdiri daripada perbuatan secara fizikal, verbal, mimik muka , dan isyarat badan yang
kotor secara sengaja. Buli juga dijelaskan sebagai perbuatan menekan atau menindas
secara fizikal atau psikologi oleh seseorang yang lebih berkuasa terhadap seseorang
yang tidak berkuasa (Rigby, 1996). selain itu, buli boleh dikaitkan sebagai keinginan
untuk mencederakan atau neletakkan seseorang dalam situasi tertekan (Tattum,
1992). Pendapat lain mengatakan bahawa buli merupakan suatu tindakan
mempersendakan, menghina, mengancam, memukul atau serangan langsung yang
dimulakan oleh individu lain (Banks, 2000).
 Amalan buli boleh dilakukan oleh seseorang individu atau secara berkumpulan. Orang
lain yang menjadi penonton semasa kegiatan buli berlaku turut berasa seronok. Ada
juga yang berasa tidak selesa tetapi tidak pula mencegahnya. Akhirnya, mereka jua
dilihat seperti bersubahat dengan perbuatan buli tersebut.
 Kajian menunjukkan bahawa bulibmelibatkan pelbagai peringkat umur. Namun,
kebanyakan pembuli merupakan pelajar senior. Dalam konteks buli di sekolah, Amir
Hasan Dawi menyatakan bahawa kebanyakan buli membabitkan tindakan agresif
secara berkumpulan terhadap seseorang pelajar. Hal ini bermaksud walaupun laporan
yang dibuat hanya menyebut seorang pembuli, namun sebenarnya terdapt beberapa

29 | M P U 2 3 2 2
KOLEJ VOKASIONAL
MPU 2322 PENGAJIAN MORAL
orang lain yang terbabit secara langsung seperti memerhatikan, mentertawakan, dan
merakam kejadian (Berita Harian, 19 Februari 2013).
 Antara perbuatan membuli adkah seoerti berikut (Disesuaikan dari Barita Harian, 10
Julai 2013):

(a) Disakiti secara fizikal seperti ditendang, diketuk, dan dicubit.


(b) Menyebut perkataan yang menyakiti hati seseorang seperti bodoh, bangang,
dan tolol.
(c) Melabel nama orang lain dengan nada yang menghina seperti "Mat Lembut"
dan "Mat Jambu".
(d) Menghina bahasa, agama, dan budaya seseorang
(e) Meyebarkan khabar angin yng menfitnah seseorang seperti memaparkan cerita
palsu di media sosial seperti Facebook dan blog.
(f) Menghantar teks mesej yang kasar atau ancaman melalui emel/SMS/Whatssapp.
(g) Menghina kaedah fizikal seseorang

Kesimpulannya, buli boleh dikatakan sebagai tindakan atau perbutan yang berbentuk negatif
sam ada secara fizikal atau psikologi yang dilakukan dengan sengaja serta berulang-ulang
terhadap seseorang individu secara kumpulan atau perseorangan

5.5.2 Faktor Penyebab Buli di Sekolah


a) Kegagalan institusi keluarga
Terdapat sebahagian ibu bapa yang tidak dapat mendidik dan membentuk sahsiah anak-anak.
Anak-anak menjadi nakal kerana kurang kasih saying. Kanak-kanak dan remaja yang
membesar dalam keluarga yang porak-peranda ditambah dengan ibu bapa yang bermasalah
akan melahirkan pelajar yang agresif. Ibu bapa yang sibuk dengan kerjaya masing-masing dan
terdesak untuk mencari rezeki menyebabkan anak-anak terbiar dalam kenakalan. Akibatnya,
ibu bapa tiada masa untuk memantau perkembangan anak-anak. Ibu bapa juga jarang
berhubung dengan pihak sekolah untuk mengetahui tingkah laku anak-anak di sekolah.
Keadaan ini menyebabkan anak-anak berasa terabai dan mereka berasa bebas untuk
melakukan perkara-perkara negatif seperti membuli orang lain.

30 | M P U 2 3 2 2
KOLEJ VOKASIONAL
MPU 2322 PENGAJIAN MORAL
b) Pengaruh rakan sebaya
Pembuli biasanya mempunyai tingkah laku dominan yang berupaya mempengaruhi pelajar lain
untuk mengikut arahan dan tingkah lakunya. Terdapat remaja yang sanggup melakukan apa-
apa sahaja demi rakannya. Segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuli itu akan ditiru
sehingga nasihat ibu bapa sendiri tidak diendahkan. Sekiranya kumpulan tersebut menjadi
ramai, maka kegiatan buli di skeolah berkenaan akan bertambah teruk.

c) Media massa
Media massa, terutamanya televisyen sering menayangkan rancangan yang berunsur ganas
dan paparan berita buli dalam akhbar juga mempengaruhi pelajar untuk bertindak akan
membuli. Adegan tidak senonoh yang disaksikan menerusi televisyen telah menimbulkan
perasaan untuk mencuba dalam hati pelajar. Justeru, rakan-rakan yang lemah akan menjadi
mangsa mereka.

d) Kelemahan pihak sekolah


Biarpun pihak sekolah mempunyai mekanisme tertentu untuk mengendalikan kes buli, namun
kes buli terus berlaku kerana pentadbir sekolah kurang memandang serius terhadap perkara ini.
Terdapat sekolah yang mengambil sikap berlembut dengan pelajar-pelajar yang suka membuli.
Jika ada kes-kes buli di sekolah, pihak sekolah akan menyembunyikan daripada pengetahuan
umum kerana dibimbangi akan menjejaskan imej sekolah, khususnya di mata pihak Pejabat
Pendidikan Daerah atau Jabatan Pendidikan Negeri.

5.5.3 Kesan Buli


a) Fizikal dan emosi
Gejala buli akan meninggalkan kesan mendalam kepada mangsa buli terutama dari segi fizikal
dan emosi. Kesan ketara buli ialah kecederaan fizikal seperti bengkak, lebam, patah, retak
tulang, dan hilang penglihatan. Paling parah adalah apabila buli mengakibatkan kematian.
Kesan fizikal mungkin boleh sembuh, namun kesan jangka panjang lebih menakutkan. Mangsa
buli sentiasa berada dalam keadaan trauma yang berpanjangan, menjadi penakut, dan hilang
semangat. Ada dalam kalangan mereka yang engga pergi ke sekolah. Tekanan seperti ini akan
menjadikan mangsa buli hilang keyakinan diri, takut untuk bersosial, dan kadangkala akan
membalas dendam terhadap orang lain.
31 | M P U 2 3 2 2
KOLEJ VOKASIONAL
MPU 2322 PENGAJIAN MORAL

b) Mengganggu proses pembelajaran


Pelajar yang membuli biasanya tidak fokus terhadap pelajarannya dan mempunyai masalah
disiplin seperti tidak memawa buku, tidak membuat kerja rumah dan mengganggu pelajar lain.
Guru-guru sukar untuk mengajar murid berkenaan kerana mereka tidak berminat dengan
pelajaran. Oleh sebab tiada minat belajar, mereka akan mengganggu guru atau pelajar lain yang
sedang belajar. Akibatnya, proses pengajaran dan pembelajaran yang sepatutnya berjalan
dengan lancar akan terganggu dan seterusnya turut memberikan kesan buruk kepada pelajar
lain yang ingin belajar.

c) Kecenderungan untuk melakukan jenayah


Pembuli akan mempunyai kecenderungan untuk terus bersifat agresif sehingga mereka dewasa.
Keadaan ini memungkinkan pembuli untuk melakukan jenayah jika tingkah laku mereka tidak
diawasi. Terdapat pembuli yang mempunyai hubungan dengan samseng atau kongsi gelap di
luar sekolah. Pembuli akan berasa selamat menjalankan kegiatan mereka kerana mendapat
perlindungan daripada pihak luar.

d) Kemerosotan nilai moral


Buli menggambarkan kemerosotan nilai yang berlaku dalam masyarakat moden. Segelintir
murid tidak lagi mengamalkan nilai murni berdasarkan agama dan moral. Mereka tidak
menghormati guru di sekolah. Mereka juga terbabit dengan aktiviti negative seperti merempit
dan penyalahgunaan dadah di luar sekolah.

e) Disingkarkan oleh masyarakat


Dari segi sosial pula, pembuli akan dibenci dan disisihkan oleh rakan sebaya dan anggota
masyarakat. Tiada atau kurang kasih sayang daripada keluarga menyebabkan pembuli akan
terus merasakan diri mereka disingkirkan oleh masyarakat dan tidak mahu memperbaiki tingkah
laku negatif mereka.

5.5.4 Langkah-langkah Menangani Kejadian Buli


a) Peranan ibu bapa

32 | M P U 2 3 2 2
KOLEJ VOKASIONAL
MPU 2322 PENGAJIAN MORAL
Ibu bapa perlu meluangkan lebih banyak masa dengan anak-anak di samping menerapkan nilai
moral dan agama sejak kecil. Ibu bapa perlu mendidik anak-anak supaya menghormati orang
lain. Ibu bapa juga disarankan menghubungi guru-guru untuk mengetahui perkembangan
tingkah laku anak-anak mereka di sekolah.

b) Pengawasan pihak sekolah


Pihak sekolah boleh meningkatkan pengawasan, peraturan dan menjalankan kempen antibuli
di sekolah. Pelajar boleh mendapatkan maklumat berkaitan dengan buli melalui kaunselor, guru
disiplin atau hal ehwal pelajar. Peraturan dan disiplin di sekolah perlu dikuatkuasakan dengan
bijaksana.

c) Hukuman yang tegas


Tindakan yang sewajarnya boleh dikenakan terhadap pembuli seperti merotan dan buang
sekolah. Sebelum tindakan tersebut diambil, sesi kaunseling dengan pembuli atau mangsa juga
perlu diadakan.

5.5.5 Kesimpulan
Pendekatan secara kolektif perlu digunakan, iaitu semua pihak perlu mengembleng tenaga untuk
menangani isu buli. Jika masalah buli dapat dibendung pada peringkat kolej, maka warganegara
yang bertanggungjawab menjadi penyumbang kepada pembangunan negara dapat dilahirkan.

LATIHAN pengukuhan

1. Peranan ibu bapa dan didikan agama amat penting dalam usaha menangani seks bebas
dan LGBT. Bincangkan.

2. Jika isu pemerdagangan manusia tidak ditangani dengan baik. Situasi ini akan
menjejaskan imej negara. Setujukah anda dengan pernyataan ini?

33 | M P U 2 3 2 2

Anda mungkin juga menyukai