Anda di halaman 1dari 3

JURNAL PRAKTIKUM

Nama Pelajar : Lee Min Yi

No. Kad Pengenalan : 960530-04-5176

Program : PDPP

Pengkhusuan : Pendidikan Moral

Minggu Praktikum : 9 ( 7 – 11 Ogos 2023)

Tajuk : Perspektif murid yang menganggap bahawa Pendidikan


Moral tidak penting
Kategori : Pengurusan Bilik Darjah

Pensyarah Penyelia : En. Uthayakumaran A/L Karuppiah

Guru Pembimbing : Pn. Florence Ngu Mui Aik

1. Isu Yang Difokuskan


Pada minggu ini, masalah yang saya hadapi ialah saya mendapati murid menganggap
bahawa Pendidikan Moral adalah mata pelajaran yang tidak penting.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan


Semasa melaksanakan Praktikum, saya telah mendapati sesetengah murid tidak
menumpukan perhatian ketika sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral
dijalankan. Mereka menganggap bahawa subjek Pendidikan Moral tidak begitu penting
seperti subjek teras yang lain. Selain itu, mereka berasa amat senang untuk menghadapi
pentaksiran Pendidikan Moral. Jadi, mereka tidak fokus pada pengajaran guru dalam bilik
darjah.

3. Kajian Lampau Terhadap Isu (pengalaman atau kajian lepas)


Pertimbangan moral berfokus kepada darjah kebetulan/kebaikan dan kesalahan/keburukan
dalam tingkah laku seseorang manusia. Maka, guru berperanan untuk membantu murid
dalam membentuk pertimbangan moral yang baik. Berdasarkan kepada Koh (2012),
dorongan motivasi adalah berperanan vital dalam membina pertimbangan moral yang
matang. Menurut Brophy (2010), pertimbangan moral yang dipelajari dalam pendidikan
moral melalui nilai moral perlu didorong oleh motivasi dengan matlamat dalam
menyelesaikan sesuatu masalah atau isu. Sekiranya motivasi pelajar tidak digalakkan untuk
mempelajari nilai-nilai moral sebagai satu keperluan yang penting dalam kehidupan, maka
keupayaan pelajar mengimbangi darjah kebaikan dan keburukan mula terganggu, dengan
erti kata lain pertimbangan moral mereka mula terhakis (Bebeau & Monson, 2008).
Dalam konteks perkembangan moral, motivasi dan pertimbangan moral saling
bergantung dan berpengaruh antara satu sama lain (Rest et al., 2000).

4. Cadangan Dan Idea Penyelesaian Masalah


Motivasi seseorang pelajar sangat penting untuk memastikan keupayaan untuk berfikiran
waras dapat digalakkan dan ini mengembangkan pertimbangan moral mereka. Bukan
sahaja ini, saya akan menerapkan nilai yang positif dalam minda murid supaya murid-murid
dapat memahami mata pelajaran Pendidikan Moral adalah subjek yang penting walaupun
mata pelajaran Pendidikan Moral bukan subjek teras. Dengan ini, murid dapat memahami
Pendidikan Moral dapat membentuk murid-murid menjadi seorang murid yang beretika dan
bermoral.

5. Tempoh Masa Penyelesaian


Sepanjang masa praktikum

6. Tindakan Susulan
Tindakan saya bagi masalah ini ialah saya akan memberitahu kepentingan subjek
Pendidikan Moral kepada murid. Saya juga berusaha untuk meningkatkan minat murid
terhadap subjek Pendidikan Moral. Aktiviti yang lebih menarik dijalankan untuk
meningkatkan motivasi murid.

7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan


14.8.2023

8. Kesimpulan
Subjek Pendidikan Moral amat penting dalam pembelajaran. Murid harus belajar subjek
Pendidikan Moral dengan baik dengan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan
mereka. Guru juga harus menunjukkan sikap positif dan menjadi role model kepada murid.

Rujukan
Bebeau, M. J., & Monson, V. E. (2008). Guided by theory, grounded in evidence: A way
forward for professional ethics education. In L. Nucci & D. Narvaez (Eds.), Handbook
on moral and character education (pp. 557–582). Hillsdale, NJ: Routledge.
Brophy, J. (2010). Motivating students to learn. Mahwah, NJ: Erlbaum.
Koh, C. (2012). Moral development and student motivation in moral education: A Singapore
study. Australian Journal of Education, 56(1), 83-101

Anda mungkin juga menyukai