Anda di halaman 1dari 12

Soalan 7: Terangkan perkembangan masyarakat agraria yang diamalkan di Belanda.

Pengenalan

Ekonomi negara Belanda mula berlaku perkembangan terutama selepas Belanda berjaya bebas
daripada cengkaman kuasa Sepanyol pada tahun 1585.

Taraf hidup masyarakat Belanda semakin meningkat apabila berlaku revolusi pertanian dan
revolusi perkapalan telah menjadikan Belanda sebagai kuasa perdagangan di Eropah serta
menjadikan pelabuhan Amsterdam sebagai pelabuhan yang sibuk pada abad ke-16 dan 17.

Isi – isi penting

Masyarakat petani terutama disebelah utara Belanda telah mengusahakan kegiatan pertanian
secara kecil kecilan dan secara sistem pertanian padang terbuka. Hasil pertanian ini untuk
pasaran tempatan di bandar-bandar negara Belanda sahaja. Dalam sistem ini, tanah pertanian
dibahagi kepada bidang tanah iaitu setiap bidang tanah dibahagi kepada beberapa lajur tanah
secara memanjang untuk diusahakan oleh petani. Petani hanya akan mengusahakan beberapa
bidang tanah sahaja dan sebidang lagi akan dibiarkan kosong atau tanah rang sahaja untuk
mengembalikan kesuburan tanah bagi musim akan datang. Masyarakat agraria Belanda
menggunakan kaedah tanaman giliran antara tanaman ubi-ubian, kekacang dan bijirin. Kaedah
ini akan mengembalikan kesuburan tanah dan meningkatkan lagi hasil pengeluaran pertanian.
Tumpuan utama masyarakat agraria Belanda ialah tanaman bijirin seperti gamdum, barli, oat
yang menjadi sumber utama Belanda. Tanaman lain pula yang diusahakan ialah kobis, kekacang,
jagung dan bunga-bungaan. Hasil-hasil ini akan dieksport keluar negara.

2. Selain itu, masyarakat agraria Belanda juga mengusahakan kegiatan penternakan binatang
terutama lembu tenusu untuk pengeluaran hasil tenusu. Belanda telah menjadi pusat utama
penternakan lembu ini. Lembu-lembu daging pula diternak untuk disembelih dan dieksport ke
kawasan lain di Belanda antara tahun 1500 hingga tahun 1660. Masyarakat agraria Belanda di
desa turut mengusahakan industri tekstil terutama di Flanders dan Brabant. Mereka
mengeluarkan pakaian berasaskan kain bulu dan linen. Masyarakat di bandar pula,
menggunakan mesin untuk mewarnakan dan memutihkan kain kemudian dipasarkan sehingga
tahun 1568. Pada abad ke-17, industri tekstil di Leiden semakin berkembang terutama dalam
pengeluaran kain-kain jenis woolen, says, fustians dan camlets. Perkara ini telah mendorong
pertambahan pengeluaran kain sehingga meningkat sebanyak 130 ribu pada tahun 1660-an.
Selain Leiden, Haarlem telah menjadi bandar pengeluran kain linen utama untuk dipasarkan ke
Eropah.

3. Hampir 1/5 masyarakat agraria Belanda telah mengusahakan kegiatan menangkap ikan
terutama di kawasan Holland dan Zealand merupakan perairan yang kaya dengan ikan herring
berkualiti tinggi. Pada abad ke-17, masyarakat Belanda telah menangkap ikan dari Laut Utara
hingga ke Selat Inggeris dengan menggunakan kapal-kapal yang bersaiz besar sehingga
menjangkau 30 tan beratnya. Mereka berjaya mengatasi nelayan Jerman untuk menguasai
pasaran ikan di kawasan Baltik. Mereka akan berada di laut selama 8 minggu dengan anak kapal
antara 10 hingga 15 orang.

4. Masyarakat agraria Belanda juga terkenal dalam industri pembinaan kapal yang terbaik di
Eropah iaitu bermutu tinggi, tahan lasak, dan boleh memuatkan muatan yang lebih. Industri ini
telah mendapat kepercayaan masyarakat pedagang di Eropah pada abad ke-17. Perkembangan
industri perkapalan ini telah mendorong perkembangan perdagangan Belanda terutama pada
tahun 1648. Kapal-kapal Belanda telah digunakan untuk mengangkut gandum dan barli dari
Poland dan Timur Prusia, seterusnya ke Perancis, Sepanyol dan Mediterranean. Kapal-kapal ini
juga turut digunakan untuk mengangkut besi dari Sweden dan barangan perdagangan dari
Rusia, Timur HIndia, Brazil, Jepun, Asia Tenggara dan Kepulauan Barat Afrika. Perkembangan ini
membolehkan Belanda menguasai perdagangan Eropah pada abad ke-16.

5. Pada abad ke ke-16, hubungan antara pelabuhan Antwerp di Belanda dengan pelabuhan
Lisbon di Portugal amat rapat. Apabila pelabuhan Antwerp jatuh ke tangan Sepanyol pada tahun
1585, aktiviti perdagangan telah berpindah ke pelabuhan Amsterdam dan telah muncul sebagai
pusat perdagangan yang baru. Akibat pemberontakan oleh orang Belanda di bahagian utara
telah mendorong Raja Phillip II menutup pelabuhan Lisbon dan menghalang kapal-kapal dari
Belanda memasuki pelabuhan Lisbon. Keadaan ini telah menyebabkan pedagang-pedagang
Belanda mencari sendiri barangan mereka sehingga mendorong Belanda menawan Kepulauan
Rempah di Asia Tenggara. Tujuan Belanda bertindak demikian untuk menguasai perdagangan di
Timur, menghapuskan monopoli Portugal dan Sepanyol, mengumpul kewangan untuk
menentang kekuasaan Sepanyol di Belanda dan menawan pusat perdagangan Portugal di Timur.
Mereka telah mengadakan perjanjian dengan pemerintah tempatan di Kepulauan Rempah di
Asia Tenggara dengan memberi perlindungan kepada pemerintah tempatan seperti dengan
Pulau Ambon (1600) dan Pulau Banda (1602).
6. Bagi menjamin dan mengukuhkan kedudukan Belanda di Kepulauan Rempah ini, maka pada
tahun 1602, parlimen Belanda bersetuju menubuhkan Syarikat HIndia Timur Belanda atau
Vereenigde Oostindische Compagine (VOC). Dengan bermodal sebanyak 6½ juta guilder.
Pengusaaan ini telah membolehkan Belanda mengawal sepenuhnya perdagangan import seperti
lada hitam, bunga cengkih, buah pala, kulit kayu manis dan bunga lawang di Eropah. Pada tahun
1690, VOC telah memperkenalkan tanaman kopi di Jawa setelah berjaya dalam tanaman
rempah. Pada awal abad ke-17, usahawan atau pemodal Belanda yang berjaya telah menceburi
perniagaan insuran dan perdagangan mata wang asing serta turut memberi pinjaman kepada
negara Denmark, Austria dan Sepanyol. Sebagai contoh, usahawan atau pemodal Nouis de Geer
telah mengusahakan kilang senjata di Sweden dan ada usahawan Belanda memonopoli
perdagangan eksport di Rusia.

7. Bank Amsterdam adalah bank yang paling berjaya di Eropah iaitu antara tahun 1611 hingga
tahun 1701, deposit Bank Amsterdam meningkat daripada 1 juta florin kepada 16 juta florin.
Perkembangan perdagangan luar negara, industri dan pertanian di Belanda telah menarik
kedatangan pedagang luar dan tempat ke Amsterdam pada tahun 1609. Perkembangan dan
pengukuhan perdagangan dan mata wang telah meningkatkan perdagangan antarabangsa di
Amsterdam. Penubuhan bank dan badan kewangan yang lain telah meningkatkan urusan
perdagangan seperti Bank Amsterdam. Penubuhan bank ini telah memudahkan lagi pemindahan
wang dan pinjaman kepada pedagang sebagai pelaburan jangka panjang. Keadaan ini telah
meningkatkan keupayaan pelabuhan Amsterdam dalam perdagangan antarabangsa

Penutup

Usaha kerajaan Belanda ini telah memberi peluangan pekerjaan kepada masyarakat tempatan
dan ekonomi Belanda juga mencapai tahap kegemilangannya pada abad ke-17. Kekayaan
Belanda dalam pertanian membolehkan Belanda menyimpan bekalan bijirin untuk tempoh dua
belas tahun.

Apabila peperangan berlaku anatara England dan perancis pada tahun 1672, Belanda masih
boleh menjual bijirin dalam pasaran di Eropah. Namun, awal abad 18 menyaksikan kejatuhan
Belanda dalam ekonomi antarabangsa apabila mendapat saingan daripada negara Eropah yang
lain seperti England .

Soalan 8: Terangkan ciri-ciri masyarakat agraria yang diamalkan di Belanda.

Pendahuluan
Masyarakat agraria merupakan masyarakat yang bergantung kepada kegiatan pertaniaan
sebagai sumber kehidupan mereka. Masyarakat ini member keutamaan kepada aktiviti
bercucuk tanam dan penternakan sebagai sumber ekonomi mereka. Masyarakat agraria tinggal
menetap di kawasan tanah pertanian yang subur dan sesuai untuk menjalankan kegiatan
pertanian.

Masyarakat Belanda menggunakan kaedah dan teknik pertanian yang lebih maju berbanding
dengan Negara-negara Eropah. Belanda juga membekalkan hasil pertanian dan produk tenusu
ke Negara-negara lain sejak abad ke-16 dan ke-17 lagi. Perkembangan pesat dalam aktiviti
pertanian dan penternakan menyebabkan muncul masyarakat agrarian di Belanda.

Isi-isi Penting:

1 Kegiatan ekonomi

Pertanian menjelang abad ke-17, berlaku pertambahan penduduk yang pesat terutama di
kawasan Bandar di Belanda. Peningkatan penduduk menyebabkan aktiviti pertanian dapat di
jalankan secara ekstensif. Kegiatan pertanian yang dijalankan termasuk penanaman sayur-
sayuran, bijirin, dan tanaman dagangan. Antara sayur-sayuran yang di tanam ialah bebawang,
bijirin, biji cole, ketumbar, lobak, dan teasel. Menurut K.H.D. Halley, massyarakat Belanda
merupakan masyarakat yang paling banyak makan sayur-sayuran di Eropah.

Industri berasaskan pertanian yang berkembang pesat ialah linen, pakaian, dan minuman
keras. Penanaman madder merangsang pertumbuhan industri tekstil. Akar tanaman ini di
jadikan serbuk pewarna dalam industri tekstil. Belanda mengeksport madder ke England untuk
kegunaan industri tekstil. Pada peringkat awal, industri tekstil berpusat di Wilayah Brabant dan
Flanders. Penanaman madder menyebabkan kilang-kilang tekstil didirikan di Leiden. Selain
madder, tanaman teasel juga digunakan dalam industri tekstil. La digunakan dalam menenun
kain.

Aktiviti penternakan juga dijalankan secara giat di bahagian timur Belanda. Kegiatan
penternakan juga dijalankan di sekitar Bandar seperti Hertogenbosch, Lier, dan Diest.
Perkambangan sektor penternakan didorong oleh pertambahn penduduk yang berlaku di
Belanda sekitar abad ke-16 dan abad ke-17. Petani dan Penternak di Belanda terlibat dalam
aktiviti penternakan lembu dan kambing.
2 Petempatan

Petempatan masyarakat agrarian di Beland terletak di kawasan pinggir pantai yang amat
subur untuk aktiviti pertanian. Sebahagian besar dari kawasan pertanian di Belanda berada di
bawah paras laut. Masyarakat agraria Belanda menjalan kan usaha menebus guna tanah untuk
menjalankan aktiviti pertanian. Menjelang tahun 1680 tanah seluas 127 000 hektar ditebus guna
untuk menjalankan aktiviti pertanian.

Petempatan masyarakat agrarian yang terletak di Pinggir pantai merupakan tanah yng telah
ditebus guna. Antara petempatan yang terletak di kawasan yang di tebus guna ialah Pulau Zuid-
beveland, Middlezee, Oud-Beijerland, dan New-Beijerland. Selain itu, petempatan masyarakat
agraria terletak di Kawasan Friesland, Zeeland, Flanders, dan Utrect.

3 Sistem pengairan

Masyarakat agrarian di Belanda mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang tinggi dalam
pengairan. Mereka mendirikan kincir angin untuk menyalurkan air dari tanah yang di tebus guna
bagi tujuan pertanian. Kegiatan tebus guna dilakukan kerana sebahagian besar tanah pertanian
yang subur berada di bawah paras laut.

Masyarakat Belanda memulakan usaha untuk menambak tanah bagi menebus guna tanah
untuk tujuan pertanian sejak tahun 1545. Pada tahun 1505 hingga 1506, muara Sungai
Middelzee ditembak bagi tujuan menebus guna tanah tersebut untuk tujuan pertanian.
Menjelang pertengahan abad ke-17, sebahagian besar tanah di wilayah Zeeland di tebus guna
untuk tujuan pertanian.

Di seluruh wilayah Zeeland, tanah yang di tebus guna meningkat kepada 49% iaitu daripada
85000 hektar kpada 127 000 hektar menjelang tahun 1600 dan 1680. Usaha penambakan tanah
dilakukan di Oud-Beijerland (1557) dan Nieuw-beijerland (1582) menyebabkan tanah seluas
2300 hektar ditebus guna.

4 Peningkatan teknologi
Menjelang abad ke-16 dan ke-17 , berlaku kemajuan pesat dalam teknik dan kaedah
pertanian di Belanda. Pengembara-pengembara di England, Prancis, Jerman dan Itali yang
melawat Belanda pada abad ke-16 dan ke-17 berasa kagum dengan kemajuan yang dicapai oleh
masyarakat Belanda. Menurut mereka, kegiatan pertanian di Belanda amat maju berbanding
dengan Negara-negara Eropah yang lain.

Banyak kaedah pertanian yang diamalkan di Belanda telah di sebarkan ke Negara-negara lain.
Antara perkembangan yang berlaku dalam bidang teknologi pertanian ini adalah Kajian
Mengenai Sistem Pertanian Belanda dan Sistem pinggiliran Tanaman.

5 Pembinaan sistem pengairan

Masyarakat Belanda berkemahiran dalam pembinaan terusan, kolam takungan air dan tali air
dengan tujuan untuk mengairi kawasan pertanian. Mereka berkemahiran menyalurkan air dari
sungai untuk tujuan pertanian.

Dengan adanya sistem pengairan kawasan pertanian dapat diperluaskan dan diusahakan secara
insentif.

masyarakat Agraria Belanda juga membina kincir angin untuk menyalurkan air daripada tanah
yang ditebusguna bagi tujuan pertanian

6 Berkemahiran mengekalkan kesuburan tanah

Mereka mencipta pelbagai teknik dan kaedah untuk meningkatkan kesuburan tanah
pertanian. Baja asli digunakan untuk meningkatkan kesuburan tanah pertanian.

Antara baja asli yang digunakan ialah najis binatang ternakan yang diperoleh daripada
kawasan ternakan.
7 Pengenalan kaedah pertanian baru

Antara kaedah petanian yang dijalankan ialah menjalankan kegiatan pemugaran tanah
pertanian bagi mengekalkan kesuburan tanah. Peralatan tengala baru telah dicipta dan
digunakandi Gelderland.

Kaedah pengiliran tanaman juga mula dipraktikkan pada abad ke16 dan 17 bagi mengekalkan
kesuburan tanah. Antara tananaman yang digilirkan ialah menanam tanaman sengkuan dan
kekacang berselang dengan tanaman bijirin. Sistem ini dipraktikkan dengan meluas di wilayah
Waes pada tahun 1644. Sistem ini terus diamalkan di selatan Edegem di wilayah Brabant pada
tahun 1800

8 Penambakan laut untuk kawasan pertanian

Aktiviti penambakan laut telah dijalankan untuk meluaskan kawasan pertanian. kesannya
pada suku pertama abad ke-17 kerajaan Belanda bukan sahaja berjaya meningkatkan keluasan
kawasan pertanian tetapi juga meningkatkan hasil pertanian

Penutup

Usaha kerajaan Belanda ini telah member peluang pekerjaan kepada masyarakat tempatan dan
ekonomi Belanda juga mencapai tahap kegemilangan pada abad ke-17.

Pada abad ke-17, kejayaan Belanda dalam pertanian membolehkan Belanda menyimpan
bekalan bijirin untuk tempoh dua belas tahun. Apabila peperangan berlaku antara England dan
Prancis pada tahun 1672, Belanda masih boleh menjual bijirin dalam pasaran di Eropah.

Namun, awal abad ke-18 menyaksikan kejatuhan Belanda dalam ekonomi antarabangsa apabila
mendapat saingan daripada Negara Eropah yang lain seperti England.
1.2.2 Masyarakat Agraria China

Soalan 9: Terangkan ciri-ciri masyarakat agraria yang diamalkan di negara China

Pendahuluan:

§ Masyarakat agraria merujuk kepada masyarakat yang bergantung kepada kegiatan pertanian.
Antara ciri masyarakat agraria adalah seperti yang berikut iaitu, menjalankan aktiviti pertanian,
penternakan, memungut hasil hutan, mempunyai kemahiran membina sistem pengairan,
petempatan terletak di sekitar lembah sungai yang subur, mempunyai pengetahuan memelihara
kesuburan tanah, dan mencipta peralatan-peralatan pertanian baru.

§ Negara China juga merupakan sebuah negara yang menjalankan kegiatan bercucuk tanam
untuk sara diri.

Isi-isi penting:

1. Kegiatan sistem ekonomi feudal

Sistem ekonomi yang diamalkan di China pada abad ke-16 dan 17 bersifat saradiri. Sebahagian
besar penduduk China terlibat dengan aktiviti bercucuk tanam. Kebanyakan petani menyewa
tanah daripada tuan-tuan tanah yang kaya. Tanaman utama masyarakat agraria di China ialah
penanaman padi sawah. Kawasan penanaman padi sawah utama ialah di lembah Sungai Yangtze
dan Sungai Kuning.

Sebahagian besar daripada penduduk negara China terlibat dalam aktiviti bercucuk tanam.
Antara tanaman makanan yang ditanam oleh masyarakat agraria ialah padi, gandum, barli dan
oat. Menjelang abad ke-16 dan ke-17, kegiatan ekonomi kapitalisme mula bertapak di China.
Perkembangan ini berlaku kerana sistem penanaman komersial mula diperkenalkan. Antara
tanaman komersial yang diusahakan adalah tembakau, kapas dan tebu. Tanaman kapas
merupakan tanaman yang mempunyai permintaan yang tinggi di pasaran.

2. Petempatan

Masyarakat agraria dalam tamadun China mendirikan petempatan di kawasan lembah sungai.
Antara kawasan lembah sungai yang menjadi tumpuan masyarakat agraria di China ialah
Lembah Sungai Kuning dan Sungai Yang Tze. Kawasan ini mempunyai mendapan tanah loes yang
subur dan sesuai untuk menjalankan aktiviti pertanian.

Petani yang menetap di lembah sungai terlibat dengan aktiviti penanaman padi secara meluas.
Petempatan masyarakat agraria terdapat di kawasan tanah pamah yang terletak di bahagian
selatan China. Masyarakat agraria juga turut mendirikan petempatan di kawasan dataran tinggi
yang terletak di utara China.

3. Sistem pengairan

Masyarakat agraria di China mempunyai kemahiran dalam teknologi pengairan. Petani


mempunyai kemahiran dalam membina terusan dan mengawal aliran air sungai. Selain itu,
mereka juga mempunyai kemahiran dalam membina teres di lereng-lereng bukit bagi
penanaman padi.

Pam yang digerakkan menggunakan tenaga binatang ataupun manusia untuk mengepam air ke
kawasan pengairan juga digunakan. Empangan di bina untuk membekalkan bekalan air yang
mencukupi bagi mengairi kawasan pertanian. Projek pengairan juga dijalankan oleh pemerintah
untuk mengairi kawasan pertanian.

4. Kesuburan tanah
Masyarakat agraria di China mempunyai pengetahuan memelihara kesuburan tanah pertanian.
Mereka mengamalkan sistem penanaman bergilir untuk memelihara kesuburan tanah
pertanian.

Sistem penanaman bergilir ini diamalkan di China sejak zaman Han lagi. Di samping itu, petani
menggunakan baja secara meluas bagi meningkatkan pengeluaran hasil pertanian.

5. Peningkatan teknologi

Masyarakat agraria di China mempunyai kemahiran dalam teknologi pertanian. Pelbagai jenis
peralatan baharu telah dicipta untuk meningkatkan pengeluaran hasil pertanian. Tenggala
penabur benih diperkenalkan untuk membina alur, parit atau lekuk memanjang di permukaan
tanah.

Selain itu, mereka turut mencipta peralatan lain seperti penyisir tanah, penggiling, dan kolar
kuda. Kereta sorong beroda dua juga turut dicipta untuk memudahkan barang-barang diangkut.
Kaedah pertanian juga diperkenalkan iaitu sistem penanaman bergilir, tanaman dua pusingan
dan pengkhususan dalam pertanian.

6. Pemilikan tanah pertanian

Tanah adalah milik kerabat diraja atau golongan bangsawan. Pada zaman kerajaan Ming,
tanah yang dimiliki oleh kerabat diraja seluas 1.28 juta mu. Keluasan tanah milik keluarga diraja
telah meningkat kepada 20 juta mu pada tahun 1522

Menjelang zaman Ching, tanah pertanian diletakkan di bawah pentadabiran Jabatan Hal Ehwal
Kerabat Diraja. Pada masa pemerintahan Maharaja Jiaqing jabatan ini menguruskan tanah
seluas 4 juta mu

7 Pengkhususan pengeluaran pertanian


Masyarakat agraria China mengamal pengkhususan dalam pengeluaran barangan mengikut
daerah atau kawasan seperti tebu dikeluarkan di daerah Kwangtung, Fukien dan Szechwan; teh
dan daun mulberry untuk makanan ulat sutera di Chekiang dan selatan Kingsu; kapas di Kiangsu
dan daerah utara; perlombongan di Yunnan; perusahaan kain kapas, kain sutera, dan pakaian
diusahakan oleh petani di Kiangnan, dan hasil hutan (kayu balak) di Manchuria.

8 Sistem cukai

Petani yang tidak memiliki tanah menyewa tanah dengan tuan-tuan tanah (bangsawan)
dengan kadar yang ditetapkan oleh tuan-tuan tanah. Menjelang zaman Ming-Qing petani-petani
membayar sewa tanah dalam bentuk hasil pertanian.

Petani dikehendaki menyerahkan antara 50 – 60% daripada hasil pertanian yang diperoleh
sebagai cukai. Petani juga dikehendaki berkhidmat sebagai buruh paksa kepada tuan tanah.
Pada tahun 1581 sistem cukai baru diperkenalkan dan dikenali sebagai ‘cukai tunggal’ melalui
cukai baru ini petani hanya dikehendaki membayar satu jenis cukai sahaja iaitu dalam bentuk
wang perak.

9 Sistem pengairan

Petani di China berkemahiran dalam pembinaan terusan dan mengawal aliran air sungai.
Terusan dibina untuk menyalurkan air ke kawasan pertanian dan mengelakkan banjir. Terusan
juga digunakan untuk mengangkut hasil pertanian ke bandar-bandar. Petani di China juga mahir
membina teres di lereng-lereng bukit bagi penanaman padi.

10 Pegkhususan pengeluaran barangan


Masyarakat agraria China mengamal pengkhususan dalam pengeluaran barangan mengikut
daerah atau kawasan seperti tebu dikeluarkan di daerah Kwangtung, Fukien dan Szechwan; teh
dan daun mulberry untuk makanan ulat sutera di Chekiang danselatanKingsu; kapas di Kinagsu
dan daerah utara; perlombongan di Yunnan; perusahaan kain kapas, kain sutera, dan pakaian
diusahakan oleh petani di Kiangnan, dan hasil hutan (kayu balak) di Manchuria.

Penutup:

Kesimpulannya, masyarakat agraria di China merupakan tulang belakang kepada perkembangan


ekonomi dan politik negara tersebut.

Anda mungkin juga menyukai