Anda di halaman 1dari 8

EFIKASI KENDIRI GURU DALAM PENGAJARAN BAHASA ARAB

(Teacher’s Self Efficacy in Teaching Arabic Language)

Nurulakhma Yahya1, Harun Baharudin1, Mohd Isa Hamzah1

Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi, Selangor, Malaysia

*Corresponding author’s email: nurulakhmayahya@gmail.com

Article History:
Submit: 22 February 2017 Accepted: 6 September 2017 Revised: 26 June 2018 Published: 30 June 2018

Attarbawiy: Malaysian Online Journal of Education Vol. 2, No. 1 (2018), 10-17

Abstrak
Efikasi kendiri guru merupakan kepercayaan dalam diri seseorang terhadap kebolehan diri dalam
mengatasi halangan dan masalah terutamanya dalam pengajaran.Fokus utama kajian ini dijalankan
adalah untuk mengenal pasti tahap efikasi kendiri guru dalam melaksanakan pengajaran bahasa
Arab. Oleh itu, seramai 48 orang guru bahasa Arab yang mengajar di 11 buah sekolah rendah agama
dibawah seliaan Jabatan Agama Islam Selangor terpilih sebagai responden kajian. Terdapat tiga
aspek efikasi kendiri guru yang dikaji iaitu efikasi dalam aspek strategi pengajaran, aspek pengurusan
bilik darjah dan aspek penglibatan murid dalam pengajaran dan pembelajaran. Dapatan kajian
menunjukkan keseluruhannilai yang diperolehi adalah (min=4.13 dan sp=.039) bagi tahap efikasi
kendiri. Hal ini menggambarkan bahawa efikasi kendiri guru dalam aspek strategi pengajaran,
pengurusan bilik darjah dan penglibatan murid dalam pengajaran dan pembelajaranberada di tahap
tinggi. Kesimpulannya, setiap guru perlu ada efikasi kendiri iaitu keyakinan dalam diri agar setiap
apa yang dilaksanakan mendapat hasil yang sangat baik.
Kata kunci: Efikasi Kendiri, guru, strategi pengajaran, penglibatan murid dan pengurusan kelas.

Abstract
Teachers’ self efficacy is belief in one’s self towards the ability to overcome obstacles and problems especially in teaching.
The main focus of this study is to identify the level of teachers’ self efficiency in the implementation of teaching Arabic
language. A total of 48 Arabic language teachers teaching in 11 primary religious schools under the supervision of
Selangor Islamic Religious Department were selected as respondents. There are three aspects of teachers’self efficiency
studied in this research, namely the aspect of efficiency in teaching strategies, classroom management and aspects of
students’ involvement in teaching and learning. The findings show the value of (mean=4.13 and sd=.039) for the
level of self efficacies. This reflects that the teachers’ self efficacies of teaching strategies, classroom management and
involvement of students in the teaching and learning are at high level. In conclusion, teachers should have self efficiency
which is self-confidence in teaching in order to ensure fruitfull reward in all efforts implemented.
Keywords: Self-efficacy, teacher, teaching strategy, student’s involvement, classroom management.

PENDAHULUAN

Guru adalah seorang insan yang diamanahkan untuk menyampaikan ilmu. Penyampaian ilmu yang baik oleh
setiap guru mesti mempunyaikeyakinan dan kesungguhan yang tinggi dalam mendidik generasi baru bagi
melahirkan insan yang cemerlang didunia dan akhirat.Efikasi kendiri guru bermaksud ukuran keyakinan
guru bahawa beliau mempunyai pengaruh ke atas prestasi murid secara keseluruhan, bukan sahaja akademik
bahkan pembentukan diri murid (Ashton, 1984).Justeru, keyakinan merupakan efikasi kendiri dalam diri
seorang guru.
Bandura (1982), menjelaskan bahawa efikasi kendiri adalah teori yang membicarakan tentang
motivasi keyakinan diri.Hal ini kerana efikasi kendiri dapat membantu guru dalam melaksanakan tugas
dengan cemerlang.Selain itu, Bandura (1982), menyatakan bahawa dalam menghadapi persaingan,tahap
efikasi kendiri yang tinggi meningkatkan pencapaian individu dan mampu mengawal emosinya dengan baik.
Beberapa kajian mengenai efikasi kendiri dalam pengajaran guru pernah dijalankan, antaranya ialah
tahap efikasi kendiri guru dalam melaksanakan pengajaran kekeluargaan (Rahimah Jamaluddin et al., 2014),
11

efikasi kendiri guru Pendidikan Islam (Noornajihan, 2014), efikasi kendiri guru pendidikan jasmani (Syed
Kamarzuaman, 2014) dan efikasi kendiri guru di Malaysia (Rosnarizah, 2015).
Kajian-kajian efikasi kendiri terhadap pengajaran guru banyak memfokuskan kepada bidang
lainberbanding guru bahasa Arab. Guru Pendidikan Islam yang tidak mempunyai opsyen subjek bahasa
Arab menyatakan bahawa cabaran utama ialah kesukaran dalam menguasai dan memahami bahasa Arab.
Ini menyebabkan mereka tidak bersedia untuk mengajar subjek bahasa Arab (Noor Shamshinar et. al, 2014).
Hal ini kerap terjadi kepada guru pendidikan Islam apabila mereka kerap dianggap boleh mengajar
bahasa Arab walaupun bidang mereka bukan bidang bahasa.Justeru, aspek efikasi kendiri juga adalah tidak
sama dan aspek ini perlu lebih diterokai secara berasingan dalam kalangan guru bahasa Arab.Oleh itu, tujuan
kajian ini dijalankan untuk melihat tahap efikasi kendiri guru dalam pengajaran bahasa Arab.

1.1 Konsep Efikasi Kendiri


Setiap individu perlu bersandar kepada kepercayaan Efikasi Kendiri untuk memimpin gerak laku dan
tindakan sepanjang hidupnya.Ia turut mendorong individu lebih bertenaga, berusaha serta berkemampuan
untuk bertahan demi memastikan tugasnya terlaksana (Yusof & Tumairah, 2011).
Tingkah laku individu dalam konteks organisasi amat dipengaruhi oleh interaksi individu dengan
persekitaran situasi kerjanya. Semasa menerima tugas, individu akan menyelami orientasi kawalan internal
sebagai panduan untuk menetapkan matlamat kerjanya, seterusnya membentuk pelan tindakan untuk
memastikannya terlaksana. Individu pada ketika ini akan menyesuaikan tingkah laku dan tindakannya demi
mencapai apa yang dihasratkan (Bandura 1977, 1986, 1997). Proses ini dikenali sebagai pembentukan efikasi
kendiri.
Bandura (1977) memperkenalkan konsep kendiri dalam teori pembelajaran sosialnya
yangberkonsepkan kepada kepercayaan individu untuk melaksanakan tugasnya dengan jaya pada situasi
tertentu. Pada masa yang sama prestasi dorongan dan kepercayaan agar tugas itu dapat dilaksanakan pula
dipengaruhi oleh keupayaan individu itu sendiri.
Efikasi kendiri merupakan andaian kesedaran individu terhadap kepercayaan dalamannya dan
menjadi penghubung antara pengetahuan individu untuk melakukan sesuatu tugas dengan perkara yang
akan dilakukan (Larson et al., 1992). Andaian ini sejajar dengan pendapat Khooo & Tan (2004) yang
berpendapat bahawa efikasi atau kepercayaan kendiri akan membentuk harapan kendiri yang
berkemungkinan akan mendorong kepada tindakan yang diambil.
Konsep efikasi kendiri bersandarkan kepada andaian bahawa kesedaran terhadap efikasi kendiri
menjadi penghubung antara pengetahuan seseorang untuk melakukan sesuatu tugas dengan perkara sebenar
yang akan dilakukan (Larson et al., 1992). Semasa proses pelaksanaan suatu tindakan, individu mempunyai
efikasi kendiri yang tinggi dikatakan akan mencungkil potensi peribadi yang dimilikinya untuk mencapai
harapan yang telah dibentuk sejak awal. Oleh itu, individu yang berefikasi tinggi akan membuat tindakan-
tindakan besar dengan komitmen yang berterusan bagi memastikan harapan yang dibentuk menjadi
kenyataan. Usaha itulah akan membawa kepada kejayaan yang besar. Kejayaan mencapai matlamat yang
dibentuk secara realistik akan meneguhkan efikasi kendirinya (Dacey & Kenny, 1997).
Apabila efikasi kendiri tinggi, individu mempunyai keyakinan bahawa dia boleh melakukan tindakan
yang memerlukan kawalan pada suatu keadaan yang sukar. Oleh itu, efikasi boleh dianggap sebagai suatu
bentuk pengukuran keyakinan (Zalifah, 2014). Menurut Bandura, walaupun tiada seorang yang boleh
mempunyai keyakinan tentang semua perkara yang dilakukan, namun setiap orang boleh membina
kepercayaan dalam kebolehan untuk melakukan sesuatu perkara atau tindakan tertentu. Kepercayaan yang
dibina akan membawa kepada pemerolehan hasil yang diingini dalam konteks tertentu. Ini menunjukkan
efikasi kendiri juga dianggap sebagai pemangkin antara tindakan individu dengan hasil tindakan (jangkaan
hasil).
Selain itu, menurut Allen (1997) pengaruh kendiri bukan sahaja melibatkan aspek usaha individu
untuk melakukan suatu tindakan, tetapi juga menentukan kualiti prestasi apabila usaha telah dibuat.
Sehubungan itu, Bandura (1989) mencadangkan supaya individu mempunyai kebolehan untuk
mengamalkan kawalan ke atas proses pemikiran sendiri, motivasi dan tindakan. Ini disebabkan oleh tingkah
laku manusia menurut teori kognitif sosial memberi motivasi secara meluas dan dikawal oleh amalan
pengaruh kendiri yang berterusan.
Bandura (1997) percaya bahawa seseorang yang memiliki pengetahuan dan kemahiran
berupayauntuk melakukan tugas dalam keadaan tekanan dan tertekan.Namun demikian, tugas yang semakin
mencabar memerlukan usaha yang semakin tinggi.Justeru, dalam mencapai matlamat yang sukar,
kemungkinan untuk seseorang individu menemui kegagalan adalah lebih besar. Bagi mereka keadaan sukar

Attarbawiy: Malaysian Online Journal of Education


Vol. 2, No. 1 (2018), 10-17| eISSN: 2600-7622
12

akan dijadikan pendorong untuknya meneruskan usaha memperbaiki diri. Kesukaran dalam pekerjaan
dilihat sebagai cabaran dan bukan halangan baginya untuk berjaya.Kesukaran tersebut berpunca daripada
sikap untuk bertindak berdasarkan kepuasan diri dalam mencapai sesuatu matlamat oleh individu yang
mempunyai efikasi tinggi (Bandura, 1997).
Menurut Bandura (1977, 1982, 1986) ketiga-tiga kompenan ini adalah saling berhubungan dan
saling mempengaruhi. Faktor-faktor personaliti seperti emosi, keyakinan diri, pemikiran akan memberi
kesan kepada penghasilan kemahiran-kemahiran dan amalan-amalan tingkah laku, juga berpunca dari kesan
pengaruh persekitaran. Persekitaran dan juga aktiviti sosial saling mempengaruhi tingkah laku manusia
melalui mekanisme-mekanisme psikologi diri.

1.2 Teori Efikasi Kendiri

1. Efikasi Kendiri Guru dari Aspek Penglibatan Murid


Aspek penglibatan murid tidak hanya mengukur keberkesanan sesi pengajaran, malah ia mengukur tahap
EK guru (Tschannen-Moran et al., 1998). Oleh itu, penglibatan murid digunakan untuk menggambarkan
kesediaan murid untuk mengambil bahagian dalam aktiviti rutin sekolah seperti menghadiri kelas,
menyerahkan tugasan-tugasan sekolah dan mematuhi peraturan serta mendengar arahan guru (Chapman,
2003). Hal ini termasuklah menyertai program dan aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah (Fletcher,
2005).

2. Efikasi Kendiri Guru dari Aspek Strategi pengajaran


Bagi mengukur tahap efikasi kendiri seseorang guru antara aspek yang penting ialah dalam strategi
pengajaran (Tschannen-Moran et al., 1998). Strategi pengajaran merupakan perancangan tindakan yang
tersusun sebelum memulakan sesi pengajaran. Mak Moon Song (2009) menyatakan strategi pengajaran
merangkumi perancangan terhadap peruntukkan masa bagi setiap langkah pengajaran dan penggunaan
BBM mengikut keperluan bagi setiap kaedah dan langkah, seterusnya pemilihan kaedah dan teknik mengajar
secara terancang dan objektif pelajaran.Selain itu, strategi pemusatan guru, pemusatan murid dan pemusatan
bahan diklasifikasikan sebagai strategi pengajaran yang utama.

3. Efikasi kendiri Guru dari Aspek Pengurusan Bilik Darjah


Pengurusan bilik darjah merupakan aspek yang penting sebelum melaksanakan sesuatu pengajaran.Situasi
atau keadaanbilik darjah sangat sukar untuk dikawal walaupun pelbagai latihan teknik dan teori telah
dipelajari. Oleh itu, setiap guru perlu tahu cara menguruskan pergerakan murid di dalam bilik darjah, dan
mengawal disiplin murid supaya pengajaran yang dirancang berjalan lancar dan murid dapat menerima
pembelajaran secara efektif (Zalifah, 2014).

METODOLOGI

Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dan reka bentuk kajian adalah tinjauan.Pemilihan reka bentuk
kajian ini bertujuan dalam mengumpul data bagi mengenal pasti hubungan antara efikasi kendiri dengan
kaedah pengajaran guru bahasa Arab.
Seramai 48 orang guru bahasa Arab yang mengajar di 11 buah sekolah bawah kelolaan Jabatan
Agama Islam Selangordi daerah Hulu Langat telah dijadikan sampel dan lokasi kajian.
Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian untuk mendapatkan data yang
sesuai.Efikasi kendiri guru bahasa Arab dalam kajian ini diukur menggunakan soal selidik daripada Zalifah
(2014) yang telah diadaptasi daripada Teachers Sense of Efficacy Scale (TSES) oleh Tschannan-Moran dan
Woolfolk-Hoy (2001).Borang soal selidik mengandungi 18 item yang mengukur tahap efikasi kendiri guru
berdasarkan tiga dimensi strategi pengajaran dan pembelajaran, keterlibatan murid dalam pengajaran dan
pembelajaran sertapengurusan bilik darjah. Kajian ini meninjau aspek efikasi kendiri guru dalam pengajaran
bahasa Arab melalui borang kaji selidik.
Soal selidik yang digunakan oleh penyelidik telah disemak dan disahkan oleh seorang pensyarah
pakar dan dua orang guru pakar dalam bidang bahasa Arab untuk meningkatkan lagi tahap kesahan
instrumen.

Attarbawiy: Malaysian Online Journal of Education


Vol. 2, No. 1 (2018), 10-17| eISSN: 2600-7622
13

Kebolehpercayaan soal selidik dianalisis berdasarkan pekali “Cronbach’s alpha”. Bagi instrumen
efikasi kendiri purata Min keseluruhan indeks kepercayaan Alpha Crancach bagi instrumen dibentuk ialah
0.891.

DAPATAN KAJIAN

3.1 Tahap Efikasi Kendiri Guru Bahasa Arab


Analisis deskriptif melibatkan min dan sisihan piawai digunakan untuk menentukan efikasi kendiri guru
bahasa Arab.Hasil analisis deskriptif tersebut seperti Jadual 4.1berikut.

Jadual 4.1 Tahap efikasi kendiri guru bahasa Arab


Sisihan Interpretasi
No Tahap efikasi kendiri Min
piawai skor min
1 Efikasi dalam penggunaan strategi pengajaran 4.12 0.40 Tinggi
2 Efikasi dalam pengurusan murid 4.23 0.39 Tinggi
3 Efikasi terhadap keterlibatan murid dalam pengajaran dan
4.05 0.50 Tinggi
pembelajaran
Keseluruhan 4.13 0.43 Tinggi

Jadual 4.1 menunjukkan analisis terperinci tahap efikasi kendiri guru bahasa Arab. Hasil analisis
mendapati secara keseluruhannya, tahap efikasi kendiri guru bahasa Arab (min=4.13 dan sp=0.43) berada
pada tahap tinggi. Hal ini bermakna tahap efikasi guru berada pada tahap yang baik. Daripada perincian
mengikut setiap aspek pula efikasi dalam pengurusan murid (min=4.23 dan sp=0.39) berada pada tahap
tertinggi dan efikasi terhadap keterlibatan murid dalam pengajaran dan pembelajaran (min=4.05 dan sp=
0.50) berada pada tahap rendah daripada ketiga-tiga efikasi kendiri guru.

3.2 TahapEfikasi Penggunaan Strategi Pengajaran


Analisis deskriptif yang melibatkan min dan sisihan piawai dijalankan untuk menentukan tahap efikasi
kendiri guru dalam penggunaan strategi pengajaran.Hasil analisis deskriptif seperti Jadual 4.2

Jadual 4.2 Tahap efikasi dalam


Sisihan Interpretasi
No Efikasi penggunaan strategi pengajaran Min
piawai skor min
Saya menggunakan strategi penilaian yang pelbagai dengan
1 4.06 0.48 Tinggi
kebolehan murid dalam pengajaran
Saya memberikan penjelasan dengan contoh-contoh apabila
2 4.33 0.56 Tinggi
murid keliru
3 Saya mengajukan soalan yang berkualiti untuk murid 4.02 0.60 Tinggi
4 Saya melaksanakan strategi pengajaran alternatif dalam kelas 3.90 0.59 Tinggi
Saya mengubah suai pengajaran dengan tahap yang sesuai bagi
5 4.27 0.57 Tinggi
setiap murid
Keseluruhan 4.23 0.39 Tinggi

Jadual 4.2 menunjukkan bahawa setiap item efikasi kendiri dari aspek efikasi dalam penggunaan
strategi pengajaran berada pada tahap tinggi.Min tertinggi di dalam jadual tersebut ialah (4.33 dan sp=0.56)
iaitu pada item 2 yang mana responden yakin bahawa mereka akanmemberikan penjelasan dengan contoh-
contoh apabila murid keliru. Manakala nilai min paling rendah pula terdapat pada item 4 iaitu (3.90 dan
sp=0.59) di mana responden kurangmelaksanakan strategi pengajaran alternatif kepada murid. Walaupun
nilai min menunjukkan rendah namun interprestasi skor berada pada tahap tinggi.
Daripada hasil kajian yang diperolehi, didapati bahawa min keseluruhan ialah (4.23 dan sp 0.39)
menunjukkan tahap efikasi kendiri dari aspek penggunaan strategi pengajaran berada pada tahap tinggi.

3.3 Tahap Efikasi dalam Pengurusan Murid


Analisis deskriptif yang melibatkan min dan sisihan piawai dijalankan untuk menentukan tahap efikasi
kendiri guru dalam pengurusan murid. Hasil analisis deskriptif seperti Jadual 4.3

Attarbawiy: Malaysian Online Journal of Education


Vol. 2, No. 1 (2018), 10-17| eISSN: 2600-7622
14

Jadual 4.3 Tahap efikasi dalam pengurusan murid


Sisihan Interpretasi
No Efikasi dalam pengurusan murid Min
piawai skor min
1 Saya mengawal tingkah laku murid bermasalah di dalam kelas 4.00 0.77 Tinggi
2 Saya memastikan murid mengikut peraturan kelas 4.29 0.54 Tinggi
3 Saya menenangkan murid yang mengganggu atau bising 4.46 0.50 Tinggi
4 Saya mewujudkan pengurusan kelas dengan murid-murid 4.19 0.61 Tinggi
Saya memastikan murid-murid yang bermasalah tingkah laku
5 4.35 0.60 Tinggi
tidak menggangu keseluruhan pengajaran
Saya memberi respons kepada murid-murid yang degil dan ingkar
6 4.10 0.63 Tinggi
dengan arahan
Saya menggariskan rutin harian untuk memastikan aktiviti
7 berjalan lancar seperti pelajar membaca doa dalam bahasa Arab 4.21 0.65 Tinggi
sebelum PdP bermula
Keseluruhan 4.12 0.40 Tinggi

Jadual 4.3 menunjukkan bahawa setiap item efikasi kendiri guru bahasa Arab dari aspek efikasi
dalam pengurusan murid berada pada tahap tinggi. Item 7 mempunyai nilai min yang paling tinggi iaitu (4.21
dan sp=0.65) di mana majoriti responden yakin akanmenggariskan rutin harian untuk memastikan aktiviti
berjalan lancar seperti pelajar membaca doa dalam bahasa Arab sebelum pengajaran dan pembelajaran (PdP)
bermula. Manakala item 1 mempunyai nilai min yang paling rendah (4.0 dan sp=0.77) yang mana responden
kurang yakin dalam mengawal tingkah laku murid yang bermasalah di dalam kelas.
Daripada hasil kajian yang diperolehi, didapati bahawa min keseluruhan ialah (4.12 dan sp=0.40)
yang menunjukkan tahap efikasi kendiri dalam pengurusan murid berada pada tahap tinggi. Terdapat
limaitem yang mempunyai min melebihi dari min keseluruhan manakala dua item lagi mempunyai min yang
kurang daripada min keseluruhan.

3.4 Tahap Efikasi terhadap Keterlibatan Murid dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Analisis deskriptif yang melibatkan min dan sisihan piawai dijalankan untuk menentukan tahap efikasi
terhadap keterlibatan murid dalam pengajaran dan pembelajaran. Hasil analisis deskriptif seperti Jadual 4.4

Jadual 4.4 Tahap efikasi keterlibatan murid dalam pengajaran dan pembelajaran
Efikasi keterlibatan murid dalam pengajaran dan Sisihan Interpretasi
No Min
pembelajaran piawai skor min
1 Saya memotivasikan murid-murid yang kurang berminat dalam
4.02 0.70 Tinggi
latihan-latihan pembelajaran
2 Saya bekerjasama dengan ibu bapa murid membantu kejayaan
3.96 0.77 Tinggi
mereka dalam pembelajaran
3 Saya membantu pemahaman murid yang lemah dengan apa yang
4.19 0.61 Tinggi
diajar
4 Saya membantu murid berfikir secara kritikal 3.94 0.78 Tinggi
5 Saya merangsang kreativiti murid ketika sesi PdP 4.02 0.64 Tinggi
6 Saya membantu murid-murid yang bermasalah 4.17 0.69 Tinggi
Keseluruhan 4.05 0.50 Tinggi

Jadual 4.4 menunjukkan efikasi kendiri guru bahasa Arab dari aspek keterlibatan murid pengajaran
dan pembelajaran berada pada tahap tinggi. Item yang mempunyai nilai min yang paling tinggi ialah saya
membantu pemahaman murid yang lemah dengan apa yang diajar (min=4.19 dan sp=0.61) berada pada
tahap yang tinggi. Manakala item yang mempunyai min yang paling rendah ialah saya membantu murid
berfikir secara kritikal (min=3.94 dan sp=0.78).
Daripada hasil kajian yang diperolehi, didapati bahawa min keseluruhan ialah (4.05 dan sp= 0.50)
menunjukkan tahap efikasi kendiri dari aspek keterlibatan murid dalam pengajaran dan pembelajaran berapa
pada tahap tinggi. Terdapat dua item yang mempunyai min melebihi dari min keseluruhan manakala empat
item lagi mempunyai min yang kurang daripada min keseluruhan.

Attarbawiy: Malaysian Online Journal of Education


Vol. 2, No. 1 (2018), 10-17| eISSN: 2600-7622
15

PERBINCANGAN

Kajian ini adalah berkaitan tahap efikasi kendiri guru bahasa Arab. Efikasi kendiri yang dikaji terdiri dari
dimensi penggunaan strategi pengajaran, pengurusan kelas dan keterlibatan murid dalam pengajaran dan
pembelajaran.Keseluruhan, dapatan kajian menjelaskan bahawa efikasi kendiri guru bahasa Arab berada
pada tahap tinggi. Keputusan ini adalah selari dengan dapatan kajian (Teng, 2006) yang melibatkan 420
orang guru daripada 18 buah sekolah menengah di bahagian Kuching dan Samarahan. Kajian (Teng, 2006)
mendapati bahawa tahap efikasi kendiri guru adalah tinggi. Dapatan kajian ini turut disokong oleh dapatan
kajian (Khalid, 2009), (Demir, 2008) dan (Ebmeier, 2003).
Dapatan ini juga, menyerupai kajian yang telah dijalankan sebelum ini oleh (Zalifah, 2014) yang
menunujukkan tahap efikasi kendiri guru pelatih berada pada tahap tinggi. Dimensi efikasi paling tinggi juga
dilihat dari aspek pengurusan murid berbanding yang lain. Seterusnya, kajian yang dijalankan oleh (Syed
Kamarzuaman et. al., 2014) berkaitan efikasi kendiri guru pendidikan jasmani juga adalah tinggi tanpa
mengira jantina. Kajian ini selari dengan dapatan kajian (Noornajihan, 2015) berkaitan efikasi kendiri guru
Pendidikan Islam sekolah menengah kebangsaan Malaysia.
Namun, dapatan kajian ini sedikit berbeza dengan kajian (Rahimah et. al., 2014) yang mana dapatan
menunjukkan efikasi kendiri guru dalam aspek pengurusan bilik darjah, penglibatan murid dan strategi
pengajaran berada pada tahap sederhana. Walaubagaimanapun, nilai min pengurusan bilik darjah adalah
lebih tinggi berbanding aspek penglibatan murid dan strategi pengajaran. Menurut kajian beliau hal ini
mungkin disebabkan oleh faktor pengalaman mengajar. (Tschannen-Moran & Hoy, 2001; Wolters &
Daugherty, 2007) pengalaman harian inilah yang menjadi sumber kepada efikasi kendiri guru dan seterusnya
meningkatkan kepercayaan guru terhadap keupayaan dirinya dalam mengurus bilik darjah.

IMPLIKASI DAN CADANGAN

Efikasi kendiri merupakan elemenyang penting dalam diri seseorang. Nilai efikasi kendiri tidak dapat dilihat
dengan mata kasar, bahkan ia tersembunyi jauh dari pandangan manusia. Setiap orang mempunyai tahap
efikasi tersendiri sama ada tinggi atau rendah. Tahap efikasi kendiri guru pula dipersembahkan sebelum,
semasa dan selepas mereka mengajar. Oleh itu, guru hendaklah sentiasa berfikiran positif untuk
meningkatkan tahap efikasi yang tinggi terhadap kaedah pengajaran yang digunakan.
Kajian ini turut memberi implikasi kepada Jabatan Agama Islam Selangor agar menyediakan
pelbagai kursus kaedah dan teknik pengajaran bahasa Arab untuk guru bagi meningkatkan prestasi kemajuan
murid.Mereka perlu didedahkan dengan pelbagai teknik dan kaedah bagi menggalak dan merangsang murid
agar proses pembelajaran bahasa Arab mudah dan seronok untuk dipelajari.
Berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi, dicadangkan agar kajian yang akan datang
menggunakan bilangan sampel yang lebih ramai.Hal ini kerana masih terdapat 22 buah sekolah rendah
agama di daerah Hulu Langat belum dijalankan. Selain itu, kajian ini juga boleh menggunakan kaedah
temubual dan pemerhatian untuk melihat sejauhmana tahap efikasi kendiri guru didalam kelas ketika sesi
pengajaran berlangsung.

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, kajian ini penting mengenai efikasi kendiri guru dengan kaedah pengajaran bahasa
Arab.Maklumat ini berguna kepada guru, Bahagian Pendidikan Islam dan seterusnya Jabatan Agama Islam
Selangor. Walaupun kajian yang dijalankan menunjukkan tahap efikasi kendiri guru yang mengajar di 11
buah sekolah berada pada tahap tinggi. Oleh itu pihak Jabatan Agama Islam Selangor, perlu mengambil
perhatian dan penekanansewajarnya terhadap efikasi kendiri guru terutamanya guru yang mengajar bahasa
Arab untuk meningkatkan tahap pengajaran yang lebih cemerlang seterusnya akan melahirkan pelajar yang
cemerlang didunia dan akhirat.

Attarbawiy: Malaysian Online Journal of Education


Vol. 2, No. 1 (2018), 10-17| eISSN: 2600-7622
16

RUJUKAN

Abdul Salam Mohamed Ibrahim (2007). Pendekatan Komunikatif Dalam Pengajaran Bahasa Arab
Komunikasi Sekolah Menengah: Persepsi Guru-guru Bahasa Arab di Melaka. Disertasi Ijazah
Sarjana Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi Selangor.
Ahmad Zabidi Abdul Razak (2006). Memimpin Diri Sendiri. Kuala Lumpur: PTS Publications &
Distributors.
Allen, B.A. (1997). Personality theories: Development, growth, and diversity. Boston: Allyn and Bacon.
Ary, D., Jacobs, L.C., & Rozavieh, A. (2002). Introduction to Research (6th Ed.) Belmont, CA; Wadsworth.
Bandura (1982). Self Efficacy Mechanism in Human Agency. American Psychologist 37: 122-147.
Bandura, A. (1997). Self Efficacy: The Exercise of Control. New York: Freeman.
Bandura, A. (1986). Social Foundations of Thought and Action: Asocial Cognitif Theory. New Jersey:
Prentice Hall, INC. Englewood Cliffs.
Chapman, E. (2003). Alternative Approaches to Assessing Student Engagement Rates. Practical
Assessment, Research and Evaluation 13 (8): 22-28.
Creswell, J. W. (2012). Educational research: planning, conducting and evaluating quantitative and
qualitative research (3rd Ed.). New Jersey: Pearson Prentice Hall.
Dacey, J. & Kenny, M. (1997). Adolescent development USA: Brown & Benchmark Publisher.
Demir, K. (2008). Transformational leadership and collective efficacy: the moderating roles of collaborative
culture and teacher’ self-efficacy. Egitim Arastirmalari- Eurasian Journal of Educational
Research, 33, 93-112.
Ebmeier, H. (2003). How supervision influences teacher efficacy and commitment: an investigation of a
path model. Journal of Curriculum and Supervision, 18(2), 110- 141.
Fletcher, A. 2005.Meaningful Student Involvement: Guide to Student as Partners in School Change.
Olympia, WAC: Common Action.
Jamil Ahmad. (2002). Pemupukan budaya penyelidikan dalam kalangan guru sekolah: satu penilaian. Tesis
Doktor Falsafah yang tidak diterbitkan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi.
Khalid Johari (2009). Perkembangan Efikasi Guru Sekolah Menengah Di Sabah. Jurnal Kemanusiaan 20,
34-45.
Khoo, A., & Stuart, T. (2004). Master your mind, design your destiny. Singapore: Adam Khoo
Learning Publisher.
Larson, L.M., Suzuki, L.A., Gillespie, K.N., Potenza, M.T., Bechtel, M.A. & Toulouse, A.L. (1992).
Development and Validation of the Counseling Self Estimate Inventory. Journal of
Counseling Psychology 39: 105-120.
Mohd Majid Konting (2005). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: DewanBahasa dan Pustaka
Mok Soon Sang. (2002). Pedagogi: Pelaksanaan Pengajaran. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Nor Mazidah Mahmood (2012). Penggunaan Kaedah Pengajaran Bahasa Arab Dalam Kalangan Guru
Peringkat Sekolah Rendah. Tesis Phd. Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.
Noornajihan Jaafar (2014). Pengaruh Efikasi Kendiri Dan Faktor Persekitaran Terhadap Kualiti Guru
Pendidikan Islam Sekolah Menengah Kebangsaan. Tesis Phd. Fakulti Pendidikan. Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Noornajihan Jaafar (2015). Efikasi Kendiri Guru Pendidikan Islam Sekolah Menengah Malaysia. Ulum
Islamiyyah Journal. 1-21.
Norani Idris (2013). Penyelidikan dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Mc Graw Education.
Noor Shamshinar Zakaria, Zetty Nurzuliana Rashed, Mohd Kamal Din (2014). Kesediaan Guru Pendidikan
Islam dalam Pengajaran Bahasa Arab: Satu Kajian terhadap Guru Pelatih Diploma Perguruan
Pendidikan Islam di Kuis. Jurnal Pendidikan Bil 1 (2).
Rahimah Jamaluddin, Rosini Abu, Abdullah Mat Rashid, Habsah Ismail (2014). Tahap Efikasi Kendiri Guru
Dalam Melaksanakan Pengajaran Kekeluargaan.UTM Press.
Rosnarizah Abdul Halim (2015). Kepemimpinan Distributif, Faktor Kontekstual dan Efikasi Kendiri Guru
di Malaysia.Jurnal Kepimpinan Pendidikan.
Syed Kamarzuan Syed Al, Mohd Zaki Che Hassan, Julismah Jani (2014). Efikasi Kendiri Guru Pendidikan
Jasmani Terhadap Pelaksanaan Pengajaran Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani. Jurnal Kurikulum
& Pengajaran Asia Pasifik Bil. 2 Isu 3.
Tschannen-Moran, M., Hoy, A. W. & Hoy, W. K. (1998). Teacher efficacy: its meaning and measure.
Review of Educational Research 68 (2): 202-248.

Attarbawiy: Malaysian Online Journal of Education


Vol. 2, No. 1 (2018), 10-17| eISSN: 2600-7622
17

Yusof Boon, Tumirah Jeman (2011). Pelaksanaan Program Induksi Guru Permulaan di Sekolah
Kebangsaan Zon Skudai. Jurnal of Educational Management 3: 70-88.
Zalifah Sidek (2014). Tahap Efikasi Kendiri dalam Pengurusan Bilik Darjah dalam Kalangan Guru-guru
Pelatih Institut Pendidikan Guru (IPG) Zon Selatan.Tesis Master.Fakulti Pendidikan Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Attarbawiy: Malaysian Online Journal of Education


Vol. 2, No. 1 (2018), 10-17| eISSN: 2600-7622

Anda mungkin juga menyukai