Anda di halaman 1dari 7

1.

18) Huraikan faktor yang mendorong pembentukan negara bangsa Turki pada
abad ke 20 Masihi.

Konsep negara bangsa dapat dikaitkan dengan berlakunya perluasan kuasa

dan penjajahan barat yang berlaku khususnya selepas Perang Dunia 1 berlaku. Akibat

daripada pengaruh Barat, fahaman sekulari turut mempengaruhi pemikiran

masyarakat termasuklah masyarakat Turki. Perkara ini telah membawa kepada

pembentukan negara bangsa di Turki yang menyebabkan munculnya gerakan-

gerakan yang akhirnya berjaya meruntuhkan kerajaan Turki Uthmaniah pada tahun

1924. Oleh itu, terdapat beberapa faktor pembentukan negara bangsa pada abad ke

20 Masihi.

Antara faktor yang mendorong pembentukan negara bangsa Turki adalah

kelemahan Khalifah. Pembentukan negara bangsa Turki semakin ketara setelah

Turki tewas dalam perang dunia pertama dan tentera Janissari telah dibubarkan.

Sebagai contoh, semakin banyak wilayah diserahkan kepada kuasa-kuasa Barat

mengikut persetiaan yang ditandatangani oleh kedua-dua pihak. Hal ini dikatakan

demikian kerana pemimpin Turki terpaksa akur dengan tuntutan golongan minoriti dan

terpaksa tunduk kepada kuasa Barat seperti melaksanakan tanzimat acuan Barat

dalam pelbagai bidang. Oleh itu, situasi ini mendorong kesedaran rakyat untuk

membentukkan negara bangsa yang baharu.

Selain itu, kemunculan golongan Turki Muda juga turut memainkan peranan

dalam pembentukan negara bangsa Turki. Golongan Turki Muda merupakan para

pelajar yang dihantar oleh kerajaan untuk melanjutkan pengajian ke barat

terutamanya dalam bidang perubatan. Golongan ini telah berjaya mendominasi

pentadbiran dan ketenteraan. Sebagai contoh, Halim Pasha menjadi seorang perdana
menteri, Enver Pasha sebagai menteri perang dan Mustafa Kamil yang menguasai

bidang kerajaan. Golongan ini juga telah menguasai politik Turki sekitar tahun 1910

hingga 1915. Mereka telah menekankan dasar turkifikasi bagi seluruh empayar Turki

Uthmaniyah sebagai reaksi kepada penentangan dan pemberontakan penduduk

Kristian dan Yahudi di wilayah-wilayah Balkan. Jelaslah bahawa dasar yang

diambilkan ini pula mempercepatkan lagi pembentukan negara bangsa Turki.

Di samping itu, pengaruh wanita dalam pemerintahan juga merupakan faktor

yang mendorong pembentukan negara bangsa di Turki pada abad ke 20 M. Hal ini

demikian kerana sultan-sultan di Turki telah dikuasai oleh ibu dan isteri sultan. Mereka

lebih dikenali sebagai golongan harem yang berasal dari tawanan perang oleh orang-

orang Eropah. Keadaan ini telah menjejaskan kecekapan pentadbiran kerajaan.

Sebagai contoh, berlaku ketidakstabilan politik disebabkan oleh perebutan kuasa dan

jawatan dalam kalangan putera serta bangsawan. Sistem syura tidak diamalkan dan

pemilihan sultan hanya berdasarkan kekuatan pengaruh dalam istana dan bukannya

berdasarkan bakat pemimpin. Jelaslah bahawa konflik politik sedikit banyak

menyumbang kepada kemerosotan kerajaan Turki Uthmaniyah dan menjadi faktor

kepada pembentukan negara bangsa.

Kegagalan Tamzimat juga merupakan faktor kepada pembentukan negara

bangsa di Turki. Kesan daripada desakan dan tekanan kuasa Barat, kerajaan Turki

Uthmaniyah melaksanakan dasar tanzimat (pembaharuan) yang mebmberi hak dan

sama rata kepada warganegara non-muslim khasnya golongan Kristian dalam aspek

ekonomi dan sosial termasuk jalinan keselamatan. Tanzimat juga bertujuan

menyelamatkan kerajaan Uthamaniyah dari aspek kelemahan sistem pemerintahan

dan pentadbiran. Pembaharuan ini dilaksanakan dalam Piagam Hatt Humayyun pada

tahun 1856. Kumpulan Uthmani Muda, menganggap tanzimat sebagai suatu


kegagalan kerana unsur-unsur sekularisme mula meresap dalam pentadbiran

kerajaan. Hal ini telah melahirkan golongan birokrat yang pro-Barat sehinggakan

ekonomi Uthmaniyah mula terlibat dengan sistem kapitalis dan sikap autoktarik yang

diamalkan oleh sultan serta menteri. Di samping itu, gerakan tanzimat ala Barat bukan

sahaja mengimport budaya dan gaya hidup Barat bahkan mengundang mereka

campurtangan dalam urusan negara Islam. Situasi ini membawa kepada kemunculan

gerakan memperjuangkan pembentukan negara bangsa Turki.

Kesimpulannya, Sultan Abdul Hamid II telah mencuba sedaya upaya untuk

membina negara bangsa Turki. Namun, beliau gagal untuk melakukan sedemikian

kerana kuasa Barat telah bersatu untuk menghancurkan kerajaan Turki Uthmaniyah.

Golongan Turki muda pula sukar untuk membina negara bangsa Turki kerana mereka

telah terlibat dalam kuasa-kuasa Barat. Oleh itu, ketidaksetiaan penduduk minoriti

yang melakukan pemberontakan dan pengkhianatan telah mendorong pemimpin

nasionalis untuk mewujudkan negara bangsa Turki.

1.5) Huraikan sumbangan dan kejayaan yang dicapai oleh Khalifah Harun al-

Rasyid dalam bidang sosioekonomi dan politik.

Pada zaman kerajaan Abbasiyah, munculnya seorang khalifah bernama Harun

al Rasyid. Baginda lahir di Rayy pada tahun 761 masihi. Beliau juga mempunyai

keperibadian yang warak, pemurah, mencintai ilmu pengetahuan, berani dan bijak.

Beliau dilantik menjadi khalifah pada tahun 786 masihi sehingga 809 masihi selepas

menjadi putera mahkota selama 4 tahun. Oleh itu, terdapat beberapa sumbangan dan

kerjayaan yang dicapai oleh beliau dalam bidang sosioekonomi.


Semasa pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid, bidang ekonomi, iaitu

pertanian dan perdagangan telah berkembang pesat. Kedua-dua aktiviti ini

merupakan sumber utama pendapatan negara. Khalifah Harun al-Rasyid telah

membuka tanah baharu untuk pertanian. Tanah-tanah kerajaan dan tanah rampasan

perang dibahagi kepada tentera yang bersara dan orang miskin untuk diusahakan.

Khalifah juga membekalkan benih percuma kepada golongan petani.

Dalam bidang perdagangan pula, Khalifah Harun al-Rasyid telah memperluas

hingga ke Eropah, China dan India. Kota Baghdad dijadikan pusat perdagangan

Timur-Barat. Selain Baghdad, bandar-bandar seperti Basrah, Masyul dan Damsyik

juga terkenal dalam aktiviti perdagangan dan perniagaan. Untuk memudahkan

perdagangan, jalan darat dan jalan laut dikembangkan. Pasukan tentera membuat

kawalan rapi di sepanjang jalan perdagangan laut dan pelabuhan bagi menjamin

keselamatan. Jalan-jalan perniagaan yang terkenal yang digunakan oleh para

perdagang ialah Laut Merah, Laut Parsi dan Laut Mediterranean. Antara barang

dagangan di kota Baghdad ialah sutera dan teh dari China, rempah ratus dari India,

gading dan logam dari Afrika serta madu dan kulit dari Eropah.

Pada zaman pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid, kegiatan intelektual

telah berkembang dengan pesat. Zaman ini merupakan zaman kebangkitan

intelektual kerana Khalifah Harun al-Rasyid ialah penaung kepada perkembangan

ilmu pengetahuan. Bagi mengembangkan ilmu pengetahuan dalam kalangan rakyat,

Khalifah Harun al-Rasyid telah mendirikan sekolah, maktab dan universiti. Buku-buku

dalam bahasa asing seperti Yunani, India dan China diterjemahkan ke dalam bahasa

Arab. Ilmu pengetahuan yang berkenaan agama Islam, astronomi, matematik, sains
dan sebagainya diutamakan. Sarjana-sarjana dari luar negara dijemput ke Baghdad

untuk menghadiri forum, seminar dan ceramah berkenaan dengan ilmu pengetahuan.

Selain daripada itu, Khalifah Harun al-Rasyid juga memuliakan golongan ulama dan

cendekiawan, memperbanyak sumbangan kepada ahl-ahli ilmu, dan menggalakkan

penterjemahan, membina Baitul Hikmah dan melarang para tentera merosakkan

buku-buku ilmu pengetahuan.

Aktiviti penterjemahan juga digalakkan. Aktiviti ini menjadi aktiviti utama di

Baitul Hikmah. Pakar-pakar bahasa menterjemahkan buku-buku asing seperti dari

China, India, Yunani dan Parsi. Buku-buku ini mengandungi ilmu perubatan, falsafah

dan kesenian. Buku-buku agama dalam bahasa Arab diterjemahkan kepada bahasa-

bahasa asing untuk menyebarkan ilmu itu di luar tanah Arab. Hasil aktiviti

penterjemahan ini, orang Islam mula mencipta dan membuat pembaharuan dalam

karya-karya itu. Untuk melicinkan kegiatan ini Yuhama dan Musaiwaih dilantik sebagai

Setiausaha Institut Penterjemahan. Aktiviti penterjemahan ini memperkaya dan

memperbanyak sumber bacaan dan khazanah ilmu pengetahuan. Kota Baghdad mula

dikenali sebagai gedung ilmu pengetahuan.

Pusat-pusat pengajian tinggi yang ditubuhkan oleh Khalifah Harun al-Rasyid

juga berjaya meningkatkan kegiatan penyelidikan. Majlis penyelidikan agama juga

ditubuhkan yang diselenggarakan di rumah, masjid dan istana. Melalui penyelidikan

sains dan perubatan. ini, banyak Sebagai idea baharu contoh, dihasilkan al-

Khawarizmi dalam bidangtelah memberi sumbangan dalam bidang matematik dan

astronomi.
Selain itu, Khalifah Harun al-Rasyid turut menjalankan diplomatik dengan

negara-negara lain. Antara negara-negara yang terlibat ialah Bizantin, Perancis dan

China. Hubungan khalifah Harun al-Rasyid dengan Perancis adalah berdasarkan

kepentingan politik dan agama. Tambahan pula, hubungan dengan Perancis terjalin

erat kerana Perancis dan kerajaan Abassiyah menghadapi musuh yang sama iaitu

kerajaan Umaiyah. Hubungan China dan India dijalinkan berfokus kepada

kepentingan ekonomi. Kedatangan pedagang-pedagang dari negara tersebut

menyebabkan berlakunya aktiviti import eksport antara dua negara tersebut. Khalifah

al-Rasyid pula memaksa kerajaan Byzantine membuat perdamaian dengan kerajaan

Abbasiyah. Melalui perjanjian tersebut, kerajaan Byzantine bersedia untuk membayar

90000 dirham kepada khalifah dan membenarkan Islam di Byzantine. Jelaslah

bahawa khalifah Harun al-Rasyid mempunyai hubungan yang stabil dengan negara

lain.

Sumbangan dari sudut politik juga ialah memperkasakan pasukan tentera di

mana Khalifah Harun al-Rasyid telah menyusun semula pasukan tentera Abbasiyah.

Beliau sendiri telah menjadi panglima tertinggi angkatan perang dan beberapa kali

mengetuai pasukan tentera di medan perang. Contohnya semasa berperang dengan

tentera Byzantine di bawah pimpinan Maharaja Niverphoras I, pasukan tentera di

bawah Khalifah Harun telah berakhir dengan kemenangan. Kesan daripada

memperkasakan pasukan tentera denga memberikan layanan yang baik oleh Harun

telah menyebabkan pasukan tentera Abbasiyah telah menjadi satu pasukan yang

kuat, berdedikasi dan berdisplin sehingga ditakuti dan dihormati oleh pihak musuh.

Kesimpulannya, Khalifah Harun Al-Rashid telah berjaya menjadikan kota

Bahgdad sebagai pusat pentadbiran, pusat perdagangan dan pusat intelektual

sehingga menjadi terkenal di dunia. Namun, ketika beliau telah berumur 48 tahun 4
bulan beliau telah meninggal dunia. Khalifah Harun Al-Rashid ini telah memerintah di

Bani Abbasiyah selama 23 tahun 6 bulan. Menurut catatan sejarah, Khalifah Harun

telah meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Khurasa untuk menumpaskan

pemberontakan di sana.

Anda mungkin juga menyukai