Anda di halaman 1dari 63

BAB 2

FALSAFAH DALAM KEHIDUPAN


MANUSIA
Pusat Pengajian Teras
Universiti Sains Islam Malaysia
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir bab ini, pelajar dapat:
▪ Menjelaskan perkembangan disiplin Ilmu Falsafah, kepentingan dan fungsi falsafah serta
pembahagian Ilmu Falsafah kepada Falsafah Teoretikal (Nazariyyah) dan Falsafah Praktikal
(Amaliyyah).
▪ Menghuraikan cabang-cabang utama Falsafah Teoretikal, iaitu Metafizik (Falsafah hakikat
dan kewujudan), Epistemologi (Falsafah ilmu dan kebenaran), dan Estetika (Teori
Kecantikan), serta Matematik, dan Fizik.
▪ Menyatakan cabang-cabang utama Falsafah Praktikal, iaitu Etika (Falsafah Akhlak dan
Baik/ Buruk), Pengurusan atau Ekonomi (Iqtisadiyyah) dan Falsafah Politik (Siyasiyyah).
▪ Menganalisis perkembangan dan kemunculan terbaru dalam dunia Falsafah seperti
Falsafah Teknologi, Falsafah Organisasi dan Falsafah Ekologi.
▪ Menjelaskan Falsafah Sains Islam atau Sains Tauhidik dalam aliran Falsafah Islam.
KANDUNGAN
Pendahuluan

Perkembangan Aliran Falsafah daripada Zaman Klasik ke Zaman Moden

Kepentingan Falsafah dalam Kehidupan Manusia

Cabang-Cabang Ilmu Falsafah

Pembahagian Ilmu Falsafah

Falsafah-Falsafah Baharu

Falsafah Sains Islam

Kesimpulan
2.1 Pendahuluan
• Sangat dekat dengan kehidupan &
tamadun.
Realiti • Asas utama yang mendasari falsafah -
terbina oleh faktor sejarah,
Falsafah kebudayaan dan persekitaran bagi
dalam sesuatu negara (‘Ubud, 1993).
• Imam Abdul Fattah Imam (2000) –
Kehidupan Falsafah merupakan perbincangan
tentang kemunculan alam dan unsur-
unsur yang membentuknya .
• Falsafah pendidikan sesebuah negara
berbeza dari negara lain – faktor
sejarah.
• Falsafah dibentuk supaya dapat
mengekalkan identiti bangsa dan juga
mengekalkan survival negara bangsa
tersebut.
Pendahuluan…

Perkembangan ilmu falsafah


kini sangat menggalakkan
Penyelidikan tentang rahsia- Berkait rapat dengan proses
disebabkan aktiviti-aktiviti
rahsia alam, persoalan mencari hakikat kebenaran
intelektual - perbahasan dan
metafizik dan juga perkaitan dan tabiat sesuatu ilmu
penyelidikan oleh ahli-ahli
dengan persoalan nilai, etika berdasarkan kemampuan
falsafah dalam mencari
dan estetika akal.
hakikat kebenaran dan tabiat
sesuatu ilmu.
Pendahuluan…

Salah faham terhadap falsafah dan fungsinya:

• Pandangan yang menyifatkan ia tidak penting dan kurang


berguna kepada masyarakat.
• Bidang falsafah kerap dikatakan sukar untuk difahami dan
berbeza dengan struktur budaya serta gaya berfikir
masyarakat.
• Ahli falsafah tidak berpijak di bumi nyata.
Pendahuluan…

Kepentingan pandangan alam dalam membuat keputusan:

• Kesungguhan untuk mencari kebenaran.


• Keinginan untuk mencari yang terbaik.
• Berlaku adil dalam penilaian dan penghukuman.
• Bertindak berdasarkan prinsip.
• Teliti pada keputusan & tindakan yang diambil.
• Penilaian secara objektif & komprehesif.
• Berusaha menggunakan kebijaksanaan (hikmah).
• Seimbang antara teori dan amali.
2.2 Perkembangan Aliran Falsafah daripada Zaman
Klasik ke Zaman Moden

Aliran Falsafah

1) Klasik 2) Abad Pertengahan 3) Moden 4) Kontemporari


2.2 Perkembangan Aliran Falsafah daripada Zaman
Klasik ke Zaman Moden… Rasionalisme

Pra-Socrates Empirisme
Moden
Socrates, Plato & Logikal
Klasik Positivisme
Aristotle

Pasca Kantisme
Pasca Aristotle
Aliran Falsafah
Aliran Falsafah Pragmatisme
Zaman Paderi
(Abad 4-9M)
Materialisme
Skolastikisme Kontemporari
Abad Pertengahan
(10-13M) Falsafah
Analitik
Kebangkitan
Averoisme (13M) Eksistentialisme
2.2 Perkembangan Aliran Falsafah daripada Zaman
Klasik ke Zaman Moden

Falsafah dalam Tamadun Manusia

Tiada kebenaran Tiada asas moral yang Kemunculan Socrates Pembangunan falsafah
mutlak dipersetujui • Seruan untuk Plato
• Relativisme • Keruntuhan akhlak kebenaran mutlak • Akademi Aristotle:
• Kebenaran di Athens Lyceum (Tamadun
berdasarkan Greek)
pandangan peribadi
Fasa Pemikiran Falsafah Klasik:
• Digerakkan oleh Thales (625- 545SM), Anaximender (610-547 SM),
Anaximenes (585-528 SM), Heraclitus (540-480 SM), Xenophanes (580-
470 SM), Parmenides (540 SM), Zeno (334-262 SM), Pythagoras (570 –
495 SM), Empedocles (490-430SM), Anaxagoras (500-428 SM),
Democritus (460-360 SM) dan lain-lain.
Sebelum Socrates • Memberi fokus kepada alam fizikal ini. ‘Segala kejadian’ atau ‘segala
yang wujud’ itu difokus kepada alam lahir ini yang juga dikaitkan
dengan alam dewa-dewi atau segala macam Tuhan, yang misalnya
dilagukan dalam syair pada waktu itu iaitu Homeros dan Hesiodos.

• Pusat penelitian falsafah telah bertukar - alam itu tidak


Era Socrates, Plato & berkomunikasi atau memberi respon terhadap manusia.
Aristotle • Persoalan etika, ilmu pengetahuan, psikologi, kesihatan dan
lain-lain yang semuanya berlegar tentang kehidupan manusia.
Perkembangan Aliran Falsafah daripada Zaman
Klasik ke Zaman Moden… (Klasik)

Socrates menggunakan kaedah dialog, dengan bertanya secara langsung kepada orang
yang dipilih untuk bertanyakan tentang sesuatu isu atau makna sesuatu, dengan objektif
untuk mengetahui tingkat kefahaman orang yang ditanya dan mengetahui bagaimana
kefahamannya itu mempengaruhi kehidupannya.

Plato - beri perhatian kepada persoalan kehidupan.


Dalam karya Plato (1955), The Republic, umpamanya mempamerkan perhatiannya
terhadap rancangan dan strategi untuk membentuk sebuah masyarakat dan negara
yang terbaik, di mana ahli falsafah atau philosopherking dinobat dalam perancangannya
sebagai pemimpin ideal. Tokoh impian ini menjalani kehidupan berilmu selama 35 tahun
dan 15 tahun untuk mengumpul pengalaman sebagai pegawai tadbir. Kemudian beliau
dibawa ke dalam dunia kepimpinan negara. Untuk mencapai kehidupan bahagia, Plato
yakin pemimpin impian ini mampu membawa kesempurnaan dan kebahagian hidup
kepada masyarakat yang dipimpin olehnya (Plato, 1955).
Perkembangan Aliran Falsafah daripada Zaman Klasik ke
Zaman Moden… (Abad Pertengahan)

Ibnu Sina (980- 1033M) - pendekatan realistik untuk mencapai kehidupan yang baik. Ibnu
Sina menekankan kepentingan hidup beragama dan kepatuhan terhadap undang-undang
sebagai antara satu syarat untuk membentuk kehidupan yang bahagia.
Dalam buku al-Siyasah pula, Ibnu Sina memberikan idea-idea bersifat manual tentang
sebuah kehidupan yang teratur, terancang dan sistematik - perancangan idealistik untuk
hidup bahagia.

Al-Farabi (870-951M) - mengaplikasikan falsafah dalam kehidupan praktis bernegara.


Mencadangkan idea dan gagasan terbaik bagi mengubati penyakit negara dan
masyarakat dalam bukunya Ara’ Ahb al-Madinat al-Fadilah (Madinah Fadilah) Siyasah
al-Madaniyyah, Fusul al-Madani dan lain-lain.
Perkembangan Aliran Falsafah…
Falsafah adalah satu
• Manusia seharusnya berfalsafah. Falsafah merupakan satu proses atau usaha
proses berfikir yang mencari kebenaran
• Kita harus mampu membuat refleksi hidup dan bukannya secara terus-menerus,
dan berfikir secara rasional bagi satu ilmu yang mati. kerana itu falsafah
adalah ilmu yang hidup.
menghadapi realiti hidup dengan
keputusan yang jitu.

Immanuel Kant Membantu


memperbaiki
Membahas pelbagai
aspek permasalahan
(Moden) kehidupan. kehidupan harian.
2.2 Kepentingan Falsafah
dalam Kehidupan Manusia
• Menjadi landasan dan jalan yang memajukan umat Islam pada era
kemunduran.
• Mencari atau berusaha untuk mengenal rahsia - sarjana falsafah juga
dipanggil sebagai pencari rahsia (hikmah) - diolah dalam bentuk,
formula, teori dan idea.
• Menjelaskan lagi tanggapan kita terhadap perkara yang kita fikirkan,
dan pemikiran itu pula bukanlah dapat disamakan dengan
mengetahui, kerana kita hanya mengetahui selepas kita berfikir dan
berfikir itu proses untuk tahu (Abdul Latif, 1993, 2).
• Falsafah menjadi pemandu atau pengawal kepada segala kegiatan
manusia - umpama kompas yang sangat besar fungsinya untuk
memandu arah kapal laut atau kapal terbang.
2.2 Kepentingan Falsafah dalam Kehidupan Manusia

Mencari kebenaran.

Mencapai keinginan untuk mencari yang terbaik.

Mencapai kebahagiaan intelek, fizikal, emosi dan spiritual.

Membentuk pemikiran yang baik & menjauhi keraguan.

Mempengaruhi kebudayaan hidup masyarakat spt falsafah John Locke,


Rousseau dan Karl Marx.
Menjelaskan fenomena metafizik.

Meningkat keupayaan akal manusia dan memantapkan individu.

Memahami kebudayaan sesebuah masyarakat.


Kepentingan Falsafah…
Ibnu Tufail (1110-1185M) - tujuan falsafah ialah untuk mencapai kebahagiaan dan
kebenaran melalui pemikiran.

Al-Kindi (796-873M) - falsafah sebagai ibu kepada segala bidang ilmu


pengetahuan yang tidak wajar ditinggalkan oleh setiap orang yang berfikir kerana
ilmu ini berguna dan cara memperolehinya & menjauhi perkara yang merugikan.

Ikhwan al-Safa (927-975) pula berpendapat bahawa ahli falsafah ialah orang yang
mencintai ilmu, mengetahui hakikat wujud, membina teori dan amal dan selari
dengan kehidupan di dunia dan di akhirat
Refleksi
• Apakah contoh persoalan falsafah?
• Bincangkan bersama rakan anda.
2.3 Fungsi Falsafah
1) Falsafah memandu seseorang itu
mengenal pasti faktor dan punca
masalah terlebih dahulu, membuat 4) Membantu manusia membuat
klasifisikasi dan seterusnya membuka kesimpulan atau rumusan daripada
fikiran, perbincangan, dengan melihat pengamatan dan proses akhir
aspek positif dan negatif, pro dan berfikir.
kontra bagi setiap tanggapan awal
atau persepsi.

3) Membuka fikiran supaya isu


2) Falsafah menganjurkan berfikir
yang dibahaskan itu luas
dengan kritikal, logik, sistematik,
mencakupi pelbagai bidang dan
teratur dan mendalam tanpa
jurusan, dan akhirnya ‘dipandu’
gangguan emosi, bias serta
menjurus kepada isu yang
sentimental.
difokuskan.
2.4 CABANG ILMU FALSAFAH
Huraian Falsafah berkaitan 3 objek kajian:

1 2 3
Apakah esensi, hakikat dan Bagaimana ilmu pengetahuan Apakah manfaat, kegunaan
zat dan bagaimana keadaan tentang sesuatu yang wujud dan fungsinya apa yang
wujud bagi apa yang ada dan mungkin wujud dalam ada dan mungkin ada, serta
mungkin ada; ini dinamakan alam semesta dan seluruh nilaian, ini dinamakan teori
sebagai metafizik. kewujudan ini diperolehi yang aksiologi atau teori nilai.
dikaji dalam epistemologi.

Bagaimana ilmu pengetahuan


itu diungkap, dihujah dan
disampaikan secara teratur dan
berkesan yang dicakupi oleh
logik.
2.4 CABANG-CABANG ILMU FALSAFAH

Falsafah

Metafizik Epistemologi Aksiologi Logik

Teori
Teori Realiti Teori Ilmu Teori Nilai
Penaakulan

Apakah
Apakah
Apakah Apakah Apa yang Apa yang taakulan
Apakah Apakah Adakah kita Bagaimana Apakah taakulan
asal usul matlamat baik dan cantik dan yang
realiti?
alam ini? hidup?
ilmu? boleh tahu? kita tahu? kebenaran?
tidak baik? buruk? yang
kurang
baik?
baik?

Deontologi
Skeptisis
Ontologi Kosmologi Teologi Realisme Idealisme Integrasi & Estetika Deduktif Induktif
me
Teleologi
CABANG-CABANG ILMU FALSAFAH:
METAFIZIK…
Metafizik
• Metafizik: meta – melampaui, Metafizik bererti sesuatu yang tidak
bersifat fizikal.
• Kajian tentang kewujudan yang mutlak tanpa identiti (al-Wujud)
atau/ dan realiti seperti alam, roh dan kehidupan.
• Jauh melangkau alam fizikal atau kebendaan dengan bersifat
spekulatif dan mempersoalkan.
• Cth: hujah berkenaan dengan peranan Tuhan dalam sains,
kajian terhadap konsep ruang dan masa, perbezaan antara
manusia dan tingkah laku, alam ghaib, dan andaian-andaian
terhadap konsep sebab dan akibat.
• Metafizik terdiri daripada ontologi, kosmologi, psikologi rasional
dan teologi rasional.
CABANG-CABANG ILMU FALSAFAH:
PERSOALAN METAFIZIK
Persoalan Metafizik
• Dari mana datangnya kewujudan kita?
• Ke mana kita akan pergi akhirnya?
• Apa itu hidup?
• Apakah sifat ruang dan masa?
• Adakah dunia wujud di luar minda?
• Adakah Tuhan wujud?
• Apa itu kebenaran?
• Siapakah manusia?
• Apakah itu kebebasan manusia?
• Adakah dunia ini semata-mata terdiri daripada jisim sahaja?
• Adakah manusia mempunyai akal?
• Apakah hubungan antara akal dan tubuh?
CABANG-CABANG ILMU FALSAFAH:
PERSOALAN METAFIZIK

Persoalan metafizik dalam konteks FPK

• Adakah suatu bahan ilmu sejagat untuk dipelajari?


• Siapa yang harus menentukan hal yang perlu dipelajari?
• Apakah bahan yang dipelajari dapat menghasilkan
pelajar yang percaya kepada Tuhan / ajaran agama?
CABANG-CABANG ILMU FALSAFAH
Epistemologi

• Kajian tentang teori ilmu (nazariyyah al-ma’rifah) iaitu


asal ilmu, sifat, karakter dan jenisnya.
• Epistemologi mengkaji cara kita berfikir kerana ia
adalah satu keperluan untuk menentukan kebenaran
dan memisahkan kebenaran daripada kesalahan.
• Sebagai contoh, seseorang sentiasa mencuba untuk
menjawab persoalan berkenaan bagaimana dia
mengetahui punca-punca ilmu, ciri-ciri ilmu, perkara-
perkara yang sememangnya mustahil diketahui,
perbezaan antara pengetahuan dengan
kepercayaan, dan kebarangkalian dengan
keyakinan.
CABANG-CABANG ILMU FALSAFAH:
PERSOALAN EPISTEMOLOGI

Persoalan epistemologi
• Apa itu ilmu pengetahuan?
• Apakah yang membentuk ilmu?
• Adakah ilmu tetap atau berubah?
• Apakah kebenaran?
• Apakah sumber pengetahuan?
• Bagaimanakah kita tahu bahawa kita mengetahui
sesuatu?
• Apa yang diketahui oleh manusia?
CABANG-CABANG ILMU FALSAFAH: PERSOALAN
EPISTEMOLOGI

Persoalan epistemologi dalam konteks FPK

• Pendekatan guru semasa mengajarkan kandungan kepada


pelajarnya memberitahu banyak tentang jawapannya kepada
persoalan asas epistemologi.
• Contoh, guru menegaskan bahawa pelajarnya menguasai
fakta dan prinsip khusus yang telah ditemui oleh orang lain
berdasarkan andaian bahawa terdapat apa yang dianggap
sebagai pengetahuan sebenar.
CABANG-CABANG ILMU FALSAFAH

Aksiologi
• Kajian tentang sifat, punca dan kepentingan nilai estetika dan
sistem nilai dalam masyarakat (al-Qiyam.
• Etika
• Falsafah moral dan tingkah laku yang betul serta isu-isu
peradaban yang menjadi integriti manusia dan
kemanusiaan.
• Etika juga merupakan disiplin falsafah yang memberi
perhatian khusus kepada penilaian kritikal terhadap norma
dan piawai yang mewajarkan kelakuan perseorangan serta
antara individu (Abdul Rahman Md. Aroff, 2004: 9).
• Estetika
• Nilai kecantikan dan kehalusan pekerti dengan menentukan
kriteria bagi kecantikan dalam kesenian, alam sekeliling dan
kehidupan.
CABANG-CABANG ILMU FALSAFAH
Aksiologi
• Akhlak pula merupakan asas kepada falsafah etika dalam Islam.
• Akhlak didefinisikan sebagai budi pekerti, kelakuan, watak,
pengetahuan berkaitan dengan pengetahuan, tingkah laku
manusia, sama ada yang baik atau jahat.
• Mustafa Daud (1991, 65) mendefinisikan akhlak sebagai “gambaran
hati yang melahirkan gerak-geri, tingkah laku dan tatatertib dalam
pergaulan seseorang atau membawa erti tabiat atau perangai”.
• Berdasarkan perspektif ahli falsafah Islam, antaranya Ibn Miskawayh
(1994: 56; Zurayk 1968: 29), akhlak adalah “sesuatu keadaan jiwa
(hal al-nafs). Keadaan ini menyebabkan jiwa bertindak tanpa dipikir
atau dipertimbangkan secara mendalam.”
CABANG-CABANG ILMU FALSAFAH…

Aksiologi
• Menurut al-Ghazali (III: 52; Abul Quasem 1978, 79) akhlak ialah
“suatu sikap (hay’ah) yang mengakar dalam jiwa yang darinya
lahir berbagai perbuatan dengan cara mudah dan senang, tanpa
perlu kepada pemikiran dan pertimbangan.
• Berdasarkan pendapat Ibn Miskawayh, Ibn Sina dan al-Ghazali,
serta pemikir Islam lain mengenai akhlak, adalah sesuatu yang
terbit dari qalbu dan terpancar dalam tingkah laku manusia.
Keindahan dalam qalbu mencerminkan keindahan kejadikan
manusia.
CABANG-CABANG ILMU FALSAFAH…

(Al-Quran, Surah al-Ahzab 33: 21)


“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu teladan
yang baik bagimu (iaitu bagi orang yang mengharapkan
(rahmat) Allah dan (ketibaan) hari kiamat dan dia banyak
menyebut Allah SWT.”
CABANG-CABANG ILMU FALSAFAH…

• Harun Din (1996) berpendapat bahawa terdapat empat


perbezaan yang nyata yang membezakan Akhlak Islam dengan
konsep moral dan etika, iaitu:
• a. Akhlak Islamiah bersumber kepada wahyu atau syarak. Sedangkan
etika dan lain sebagainya bersumber selain wahyu, iaitu sistem
pemikiran manusia seperti falsafah dan sebagainya.
• b. Sistem akhlak menjamin kebahagiaan dunia dan akhirat.
Sedangkan etika dan sebagainya hanya untuk kebahagiaan dunia
saja.
• c. Prinsip-prinsip akhlak bersifat universal, dan tidak terikat pada
batas-batas daerah dan undang-undang ciptaan manusia.
• d. Sistem akhlak mampu menundukkan jiwa manusia untuk
mengikutinya. Sedangkan etika dan yang lainnya adalah ciptaan
manusia yang diselaraskan dengan keinginan dan pemahaman
manusia tentang hidup.
CABANG-CABANG ILMU FALSAFAH:
PERSOALAN AKSIOLOGI

Aksiologi …

• Estetika ialah nilai kecantikan dan kehalusan pekerti dengan


menentukan kriteria bagi kecantikan dalam kesenian, alam sekeliling
dan kehidupan.
• Estetika juga merupakan rasa keindahan, keseronokan, kegembiraan
yang merujuk kepada yang bernilai dan bermanfaat serta kenikmatan
hidup yang mempesonakan atau penglihatan yang memukau, yang
cepat menawan perasaan dan terpahat dalam pemikiran (Mana
Sikana, 2009, 12).
CABANG-CABANG ILMU FALSAFAH:
PERSOALAN AKSIOLOGI
Persoalan Aksiologi
• Apakah yang bermoral dan tidak bermoral?
• Adakah kehidupan mempunyai makna?
• Bagaimanakah manusia menggunakan ilmunya?
• Apa itu kebaikan?
• Apakah ciri-ciri tingkahlaku yang menentukan kebaikan?
• Apa yang menentukan sesuatu tindakan itu betul?
• Adakah moraliti itu bersifat objektif atau subjektif?
• Apa itu kecantikan?
• Bagaimanakah kita dapat menikmati keindahan alam semulajadi?
• Bagaimana mencapai kehidupan sejahtera?
• Apakah makna di sebalik lakaran lukisan catan bercorak abstrak?
CABANG-CABANG ILMU FALSAFAH …

Logik

• Kajian yang membezakan penaakulan sah dengan penaakulan


tidak rasional atau mengelirukan secara inferens atau demonstrasi.
• Menggunakan eksperimen, penyelesaian masalah & silogisme (2
premis, 1 rumusan).
• Logik deduktif
• bermula dengan kesimpulan umum dan kemudian menerangkan
kesimpulan ini dengan mengemukakan contoh dan butiran logik.
• Logik induktif
• bermula dengan butiran dan kemudian penaakulan memberi fokus
pada butiran lalu membuat kesimpulan umum.
CABANG-CABANG ILMU FALSAFAH:
PERSOALAN LOGIK
Persoalan logik
• Apa yang dimaksudkan dengan taakulan “baik” atau “kurang baik
• Bagaimanakah kita tentukan sama ada taakulan itu bersifat baik
atau kurang baik?
• Harus diingat bahawa terdapat juga inferen yang boleh diterima dan
yang terpaksa diterima akibat daripada pemaksaan penaakulan.
• Contoh: jika kita mendapati pembantu pejabat selalu lewat ke
pejabat. Jadi tentunya kurang munasabah untuk mempercayai di
akan datang awal esok. Akan tetapi jika dia baru sahaja membeli
kenderaan yang baru dan baik semalam, adalah munasabah untuk
mengganggapnya akan datang awal esok (Abdul Latif Samian,
1993: 3).
2.5 PEMBAHAGIAN ILMU FALSAFAH
Ahli falsafah Islam berbeza pendapat dalam pembahagian cabang falsafah.

Al-Kindi (796-873)
• Fizik - peringkat terendah
• Matematik - peringkat pertengahan
• Ketuhanan - peringkat tertinggi
Al-Farabi (870-950) dan Ibnu Sina (980-1037)
• Teori
• Matematik, fizik dan metafizik
• Amali
• Ilmu akhlak, etika, politik dan pengurusan.
Falsafah Teoretikal

Falsafah Teoretikal

• Matematik (Ilmu riyadiyat)


• membahaskan tentang angka-angka dan rajah-rajah yang tergambar
pada akal dan wujudnya tidak bercampur dengan gerak dan benda.
• Fizik (Ilmu tabiat)
• membahaskan pelbagai fenomena semulajadi material seperti
pergerakan, daya, tekanan, panas, cahaya, suara, elektrik
• Metafizik (Ilmu ilahiyat) - falsafah ketuhanan
• membahaskan segala yang ada (maujud) yang tidak bercampur
dengan gerak dan benda, sama ada wujudnya itu pada hakikat di luar
akal fikiran seperti wujudnya Allah SWT dan Kuliyyah.
Falsafah Praktikal

Falsafah Praktikal
• Akhlak/ etika (akhlaqiyah) - ilmu yang membahaskan tentang
tingkah-laku manusia, dan apa sahaja perbuatan yang sebaik-baiknya
yang boleh menjamin kebahagiaan dan kesejahteraan insan.
• Pengurusan (iqtisadiyah) atau Ekonomi - membahaskan tentang
pengurusan dan ekonomi diri, keluarga dan masyarakat. Termasuk di
dalam perbahasan ini ialah cara-cara mendapatkan bahan kehidupan,
pembahagian kerja, penentuan harga barang dan hak milik.
• Politik (siyasiyah) - falsafah yang membahaskan tentang politik,
pemerintahan dan penentuan baik buruknya sistem politik tersebut.
Falsafah Nazariyyah atau Teoritikal bertujuan mencari hak kebenaran dan Falsafah
Amaliyyah atau Praktikal bertujuan untuk mencari kebahagiaan hidup (Abdul Jalil Hassan,
1989, 6).
Tentukan kategori bagi bidang
ilmu berikut:

1. Akidah
2. Ekonomi
3. Akhlak
4. Psikologi
5. Komunikasi
2.6 FALSAFAH- FALSAFAH BAHARU
Falsafah Teknologi
• Tekhnē (kraf/ seni) + logos (kajian) -> tekhnologia -> technology
• Istilah teknologi lebih merujuk kepada ilmu yang bersifat praktikal dan
berbeza daripada istilah sains yang merujuk kepada ilmu yang bersifat teoris
(Che Wan Jasimah dan Osman Bakar, 1996: 148).
• Secara falsafah, kemunculan teknologi
• meringankan tugasan harian dgn meniru perkara di alam sekeliling
(mencipta pisau dan parang bersebabkan pemerhatian terhadap sembilu
buluh)
• memudahkan kehidupan supaya lebih cekap (bersua muka untuk
berkomunikasi dengan orang lain kepada penciptaan alat komunikasi lebih
cekap spt mikrofon, telegraf, telefon, telefon tanpa wayar, satelit
komunikasi).
2.6 FALSAFAH- FALSAFAH BAHARU…
Optimis Neutral Pesimis
Sikap Terhadap Teknologi Teknologi dan kemajuannya telah Teknologi dan kemajuannya Teknologi dan kemajuannya telah
membebaskan umat manusia merupakan satu alat (instrument) mendatangkan ancaman ke atas
daripada wabak penyakit, kebuluran yang bukan sendirinya baik atau alam semulajadi dan manusia.
dan kemiskinan. buruk, tetapi ditentukan oleh cara
ia digunakan oleh manusia.

Manfaat Teknologi: Persoalan Utama: Pandangan utama:


1. Peningkatan taraf hidup. 1. Apakah faktor-faktor yang 1. Teknologi melenyapkan kepel
2. Pertambahan peluang mendorong perkembangan bagaian individu.
dalam membuat pilihan hidup. teknologi? 2. Teknologi menyanjung kecek
3. Pertambahan peluang 2. Bagaimanakah faktor-faktor apan semata-mata sebagai
untuk rekreasi. ini boleh ditadbir dan nilai tertinggi.
4. Peningkatan perhubungan sesa dipantau? 3. Teknologi mengasingkan ma-
ma manusia. nusia sesama manusia.
4. Perkembangan dan kemaju-
an teknologi tidak boleh
dikawal.

- Penyelesaian berasaskan teknol - Teknologi mesra manusia - Manusia di bawah telunjuk


ogi. (Appropriate technology). teknologi.
- Mitos dewa Prometheus.
- Masyarakat teknokratik.
2.6 FALSAFAH- FALSAFAH BAHARU…

• Neil Postman (1998) memberikan nasihat tentang lima perkara penting dalam
penggunaan teknologi yang menjadi pedoman kepada umat manusia, iaitu:
• a) Teknologi merupakan satu bentuk jual beli. Oleh yang demikian, teknologi menuntut
pengorbanan.
• b) Faedah dan risiko teknologi tidak terbahagi sama rata. Oleh yang demikian, teknologi
boleh melebarkan jurang antara masyarakat.
• c) Setiap teknologi mempunyai idea (atau ideologi) tersirat. Oleh yang demikian, teknologi
boleh mencorakkan nilai kehidupan.
• d) Perubahan teknologi bersifat menyeluruh. Oleh yang demikian, teknologi
mengakibatkan perubahan mutlak.
• e) Teknologi boleh mencapai status mitos. Oleh yang demikian, teknologi boleh
mendorong kepada pemujaan.

Neil Postman (1998)


Fikirkan
• Adakah teknologi mengubah cara manusia berfikir?
• Sejauh manakah teknologi boleh berperanan dalam
jalan penyelesaian kehidupan manusia?
2.6 FALSAFAH- FALSAFAH BAHARU…

Falsafah Teknologi Maklumat

• Falsafah dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)


berkembang serentak dengan kepesatan pembangunan ICT. ICT terdiri
daripada pengetahuan yang unik, persoalan-persoalan, metodologi,
teori-teori, model-model termasuk aspek etika.
• Bidang ICT memiliki falsafah yang tersendiri yang sukar dihuraikan melalui
falsafah dalam bidang sains komputer atau kejuruteraan (Mohd Afandi,
2019).
• Revolusi Industri 4.0 - Teknologi robotik, IoT, AI, data analitik, pemprosesan
imej, perisian, sistem komunikasi mudah alih, percetakan tiga dimensi
(3D), keselamatan siber, simulasi dan integrasi sistem digital antara
elemen baharu yang mula mengambil alih fungsi pekerjaan dan sistem
sedia ada.
2.6 FALSAFAH- FALSAFAH BAHARU…

Falsafah Organisasi

• Organon (alat) -> organization (alat bagi pentadbiran dan pegurusan).


• Organisasi dapat didefinisikan sebagai sekelompok orang tertentu yang
memiliki tujuan yang sama dalam melaksanakan suatu kegiatan sebagai
kerja sama dalam rangka mencapai tujuan tersebut.
• Melalui definisi di atas terdapat tiga komponen penting yang secara
khusus diberi penekanan: sekelompok manusia, mencapai tujuan yang
sama, dan bekerjasama (Supriadi, 2014).
2.6 FALSAFAH- FALSAFAH BAHARU…

Falsafah Ekologi

• Ekologi berasal = oikos (Yunani) (rumah) + logos (kajian).


• Oleh yang demikian, ekologi adalah ilmu yang membahas rumah atau
kehidupan makhluk hidup serta seluruh proses yang berfungsi untuk
memungkinkan rumah itu dihuni para penghuninya (Odum, 1983, 1-2).
• Ekologi mengungkapkan secara jelas dan menyeluruh pola dan hubungan
timbal-balik antara makhluk hidup sesamanya dengan semua faktor dalam
lingkungan kehidupan.
2.6 FALSAFAH- FALSAFAH BAHARU…

Falsafah Alam Sekitar

Ekologi Dalam (Deep Ecology) Ekologi Cetek


• Merupakan satu pendekatan yang holistik dalam • Anthropocentrism juga dikenali sebagai homocentrisme
menghadapi masalah isu alam sekitar dengan cara yang membawa erti manusia adalah adalah matlamat
berfikir, merasai, kerohanian dan tindakan. Istilah terakhir kepada keseluruhan yang berlaku.
ekologi mendalam ini telah dicipta oleh seorang ahli • Ekologi Cetek ini juga biasanya diterapkan di dalam falsafah
seperti rasionalisme, humanisme dan ilmu pengetahuan
falsafah daripada Norway iaitu Arne Naess (1912-
sains. Ini kerana Ekologi Cetek ini meletakkan manusia itu
2009) di dalam penulisan beliau, “The Shallow and sebagai suatu yang terpisah daripada alam.
the Deep, Long-Range Ecology Movements”. Dalam • Sebagai contoh, pemikiran Ekologi Cetek berpandangan
soalan mendalam berkenaan dengan manusia, siapa bahawa, “manusia perlu memelihara alam” dan
diri kita dan alam. menekankan hak-hak manusia ke atas alam tanpa
memberi penekanan kepada elemen tanggungjawab yang
terdapat di dalam kajian etika itu sendiri.
2.6 FALSAFAH- FALSAFAH BAHARU…

Falsafah Alam Sekitar

Ekologi Dalam (Deep Ecology)… Ekologi Cetek…


• Ekologi Dalam berpandangan bahawa, “manusia • Antara falsafah yang melihatkan ciri-ciri Ekologi
merupakan sebahagian daripada alam” yang Cetek ini ialah Utilitarianisme yang diterajui oleh
berbeza dari segi cara berfikir, perasaan, kerohanian Jeremy Bentham (1748-1832) dan John Stuart Mill
dan tindakan individu itu sendiri dalam meletakkan (1806-1873).
manusia itu sebagai pihak yang bertanggungjawab • Jeremy Bentham berpendapat bahawa “kayu ukur
memelihara alam sekitar. bagi kebaikan atau kesalahan adalah berdasarkan
kepada kebahagiaan yang terbesar yang diperolehi
oleh semaksimum mungkin manusia.
2.6 FALSAFAH- FALSAFAH BAHARU…

Falsafah Alam Sekitar


Falsafah Teori Ekologi Sosial Teori Pemodenan Ekologikal (EMT)
• Satu konsep pembangunan yang seimbang. • Dari segi perinsipnya teori ini menekankan peranan pemain
watak atau aktor yang terlibat dalam kelestarian alam sekitar.
• Permasalahan yang wujud dalam alam sekitar
dan sosial bukanlah di bawah tanggungjawab • Ia mengiktiraf peranan penting institusi moden sebagai alat
atau mekanisme untuk mencapai pembangunan lestari,
seorang individu sahaja, tetapi ianya memerlukan sebagaimana Hajer (1996 p.248) menjelaskan bahawa
tindakan kolektif dalam sesebuah komuniti pertumbuhan ekonomi dan penyelesaian masalah ekologi
dengan pemikiran yang lebih kritis dan terbuka boleh, pada prinsipnya, dicapai pada masa yang sama atau
berdasarkan kepada pencapaian yang ingin serentak atau tidak bertentangan antara satu sama lain.
dicapai sama ada dalam bentuk radikal mahupun • Oleh itu, pendekatan Teori Pemodenan Ekologi untuk
demokratik. menangani kemerosotan alam sekitar adalah dianggap sesuai
dengan pemodenan dan pembangunan, yang memerlukan
pemulihan kerosakan rekabentuk struktur kemodenan melalui
transformasi institusi moden selaras dengan prinsip-prinsip
ekologi.
2.7 Falsafah Sains Islam
Falsafah Sains Islam atau Sains Tauhidik

• Falsafah Sains Islam atau Sains Tauhidik menjadi • Sains Tauhidik ialah pengetahuan yang menjelaskan
pencetus kepada munculnya banyak kajian dan fenomena tabii alam serta makna yang terkandung
penemuan dalam bidang sains (Suyurno, 2006). dalam fenomena alam yang dikaji dan
• Menurut Seyyed Hossein Nasr (1994), pengislaman hubungannya dengan yang Maha Mencipta.
sains merujuk kepada proses mengintegrasikan • Konsep utama yang menjadi asas pemahaman dan
pelbagai disiplin ilmu moden ke dalam worldview penekanan Sains Tauhidik adalah konsep tauhid
Islam. yang merujuk konsep ketuhanan. Konsep
• Pengislaman sains harus dilihat dalam konteks yang ketuhanan pada Sains Tauhidik diperincikan dan
luas termasuk bidang penting lain seperti ekonomi, dihujahkan tentang keEsaan Allah SWT dalam
politik, sosial, teknologi dan ketenteraan. mengatur perjalanan tabii alam yang bukanya
Matlamatnya cukup komprehensif, meliputi proses berlaku secara sendiri.
Islamisasi secara keseluruhannya. • Kerangka Sains Tauhidik ini mempunyai lima entiti
utama, iaitu Tuhan sebagai pencipta, entiti manusia
sebagai khalifah Allah, entiti alam, entiti al-Quran
sebagai kalam Allah SWT dan entiti sunah daripada
Rasulullah SAW.
Ciri-ciri Sains
Tauhidik
• Ciri-ciri sains tauhidik yang
dipertimbangkan mempunyai
tiga set pasangan entiti.
• Pertama ialah entiti Allah
dengan manusia, kedua entiti
Allah dengan alam dan ketiga
entiti alam dengan manusia.
2.7.1 Asas Falsafah Sains Islam
• Ontologi (Teori • Sumber-
Kewujudan) - sumber ilmu,
Ketuhanan sifat-sifat ilmu.

Epistemologi
Metafizik (Teori
Keilmuan)

Aksiologi
Logik
(Teori Nilai)

• Selari Logik • Tidak bebas


Akal & Induktif Nilai. - Akhlak
& Deduktif
2.7.1 Perbezaan antara Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli dengan
Islamisasi
Islaimisasi Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli

Berkait dengan apa yang dihasil, diamal oleh atau berasal Setiap perkara yang terhasil daripada akal yang selari
daripada orang bukan Islam. dengan Islam sama ada daripada orang Islam atau bukan
Ia boleh diterima selepas disaring agar selari dengan Islam Islam akan diintegrasikan dengan ilmu Naqli sehingga ia
(CENTRIS, 2013). menjadi ilmu baharu Islami. Ia berteraskan kepada sumber
Contohnya, sistem demokrasi, walaupun ia datang daripada dan metodologi ilmu yang selari dengan kerangka ajaran
Barat iaitu daripada orang bukan Islam.
Islam, ia diterima dan boleh diamalkan di kalangan orang
Islam kerana ia tidak bercanggah
dengan worldview, prinsip, nilai dan norma-norma Islam.

Oleh itu usaha telah dilakukan untuk mengislamkan ilmu Aqli Barat melalui proses Islamisasi
bagi menjana ilmu baharu Islami. Melalui proses ini, ilmu Aqli Barat disaring, disesuaikan dan
diguna pakai mana-mana prinsip, nilai dan kerangka yang tidak bercanggah dengan Islam
dan kemudiannya digabungkan dengan ilmu Naqli Islam. Ini menunjukkan bahawa proses
Islamisasi juga mempunyai unsur integrasi ilmu Naqli dan Aqli
Berdasarkan kepada perbezaan
ini, ia membawa kepada
perbezaan aspek tujahan kedua-
Walau bagaimana pun terdapat
Kesimpulannya, Integrasi ilmu duanya, iaitu iNaQ memberi
perbezaan antara keduanya, iaitu
Naqli (iNaQ) dan Islamisasi tumpuan kepada ilmu Aqli orang
iNaQ adalah proses
berkongsi matlamat dan tujuan Islam dan bukan Islam, manakala
menggabungkan ilmu manakala
yang sama bagi menjana ilmu Islamisasi memberi tumpuan
Islamisasi pula adalah proses
baharu Islami. kepada ilmu Aqli orang bukan
mengislamkan ilmu.
Islam. Ia bermaksud iNaQ lebih
umum berbanding Islamisasi yang
lebih khusus
Refleksi Minda

• 1. Apakah kepentingan falsafah dalam kehidupan


manusia?
• 2. Apakah fungsi falsafah dalam menangani fenomena
terkini kehidupan?
• 3. Bincangkan pembahagian falsafah mengikut
pandangan ahli falsafah Islam.
• 4. Bincangkan perkembangan kemunculan bidang
falsafah baharu.
Kesimpulan
• Bidang falsafah mencakupi ke semua bidang ilmu pengetahuan, sama ada
Falsafah Teoritikal mahupun Falsafah Praktikal.
• Falsafah merupakan satu usaha untuk mencari kebenaran yang akhirnya
menemukan manusia kepada jalan menuju kebahagiaan hidup. Perbincangan
cabang falsafah mencakupi metafizik, epistemologi, aksiologi dan logik yang
merentasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) memberi satu dimensi integrasi
kurikulum bersepadu dalam semua bidang ilmu pengetahuan.
• Kepentingan dan fungsi falsafah amat penting ditekankan dalam pemahaman
generasi masa kini. Falsafah menjadi pemandu atau pengawal kepada segala
kegiatan manusia.
KANDUNGAN
Pendahuluan

Perkembangan Aliran Falsafah daripada Zaman Klasik ke Zaman Moden

Kepentingan Falsafah dalam Kehidupan Manusia

Cabang-Cabang Ilmu Falsafah

Pembahagian Ilmu Falsafah

Falsafah-Falsafah Baharu

Falsafah Sains Islam

Kesimpulan
Rujukan
• Helen Buss Mitchell. 2011. Roots of Wisdom: A Tapestry of Philosophical
Traditions. USA: Wordsworth.
• Phillips, D.C. (ed.). 2014. Encyclopedia of Educational Theory and Philosophy.
Stanforf University: SAGE.
• Shaharir Mohamad Zain. (2018). Pengenalan Sejarah dan Falsafah Sains. Bangi:
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai