Anda di halaman 1dari 5

CATATAN PEMBUDAYAAN KAJIAN TINDAKAN TAHUN 2023

Nama :Hew Lai Ping


Nama Sekolah : SJK(C) Choong Hua 2
Mata Pelajaran:Matematik
Topik/Kemahiran: Membundarkan Nombor Bulat Hingga Ratus Terdekat

Isikan jadual dibawah bermula daripada nombor 1.0 hingga 4.0 untuk merancang
kajian Tindakan.

ISU : Terdapat 4 orang murid dalam Tahun 2H tidak menguasai kemahiran/topik


membundarkan nombor bulat hingga ratus terdekat.

1.0 1.Murid menghadapi masalah membundarkan nombor bulat


(PEMERHATIAN) hingga ratus terdekat.

2. Murid sukar menyatakan konsep membundar dengan betul

3. Terdapat murid mengalami masalah tidak mengenal nilai


tempat sesuatu nombor.

4. Setelah sekolah dibuka dan selepas berlangsungnya PDPR


semasa pandemik Covid 19, pengetahuan sedia ada murid-
murid mengenai nilai tempat amat memuaskan.

5.Murid menunjukkan kurang minat semasa belajar topik


membundarkan nombor bulat hingga ratus terdekat.

2.0 1. Murid-murid ini merupakan murid pemulihan Matematik.


(REFLEKSI)
2. Murid tidak dapat mengingati dan mudah lupa Kemahiran
(Penyebab kepada Membundar.
masalah yang
dihadapi) 3. Murid bersikap sambil lewa dalam belajar matapelajaran
Matematik.

4. Murid masih mempunyai masalah untuk memahami


numerasi kerana mereka tidak mempunyai pemahaman
konsep matematik yang kukuh.

5. Kaedah pengajaran menggunakan model Bukit Bundar untuk


membantu murid lebih memahami kemahiran bundar.
penggunaan model sebagai bahan bantu mengajar yang
maujud amat penting bagi memudahkan mereka memahami
kemahiran bundar serta menjadikan pengalaman
pembelajaran yang lebih menarik kepada murid-murid.

3.0 1. Sasaran : Murid Tahun 2H


(PERANCANGAN)
2.Objektif:
i) Meningkatkan kemahiran membundarkan nombor bulat hingga
ratus terdekat.

ii) Meningkatkan keyakinan serta motivasi untuk mempelajari


Kemahiran Membundarkan nombor bulat hingga ratus
terdekat dalam matapelajaran Matematik

iii) Membangunkan pendekatan pengajaran yang menarik minat


murid mempelajari kemahiran Membundarkan nombor bulat
hingga ratus terdekat.

3. Alat atau intervensi : membundarkan nombor bulat hingga


ratus terdekat dengan bukit bundar.

Penggunana Bukit Bundar untuk memudahkan memahami


kemahiran bundar serta menjadikan pengalaman pembelajaran
yang lebih menarik kepada murid-murid. Bukit Bundar dapat
membina imaginasi mereka dengan melukis Bukit Bundar
ataupun mengingat syarat-syarat pembundaran dengan
membayangkan Bukit Bundar untuk menjawab soalan
pembudaran dengan betul.
4.0 Langkah 1
(TINDAKAN) Mengulangkaji konsep membundarkan nombor bulat hingga
ratus terdekat.

Langkah 2
Bulatkan nombor yang nilai tempat ratus.

Langkah 3
Gariskan nombor disebelah kanan nombor yang hendak
dibundarkan.

Langkah 4
Merujuk bukit bundar untuk mengetahui digit yang dibundarkan
perlu ditambah dengan 1 atau dikekalkan.

a. 写出百位近似值。

4 5
+0 3 6
+1
2 7
1 8
0 9

写出百位近似值。

4 5
+0 3 6
+1
2 7
1 8
0 9
b.

写出百位近似值。

4 5
+0 3 6
+1
2 7
1 8
0 9
5.0 Penggunaan Bukit Bundar sangat membantu murid
(PEMERHATIAN menunjukkan keyakinan menjawab soalan pembundaran
SEMULA) apabila mereka sudah faham syarat-syarat dalam kemahiran
bundar.

6.0
REFLEKSI Hasil dapatan menunjukkan ‘Bukit Bundar’ yang dibina dapat
SEMULA membantu murid memahami konsep bundar kepada ratus
BEDASARKAN terdekat.
PEMERHATIAN
Hal ini dapat dikukuhkan dengan mengaplikasikan
penggunaan Bukit Bundar ini walaupun bukan menggunakan
model yang maujud. Murid-murid mengambil inisiatif lain dengan
melukis dan berusaha untuk mengingat kedudukan nombor dan
syarat pembundaran yang perlu dipatuhi.

Murid bermotivasi dan menunjukkan minat yang tinggi dalam


mempelajari kemahiran bundar. Berdasarkan respon positif
yang diberi oleh murid-murid menunjukkan bahawa
sememangnya penggunaan Bukit Bundar dapat membantu
murid menguasai kemahiran bundar nombor bulat kepada ratus
terdekat.

Penggunaan Bukit Bundar menjadikan guru menyampaikan


pengajaran yang lebih bermakna kepada murid- murid yang
masih berada di peringkat umur kanak-kanak. Selaras dengan
hasrat Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang
menekankan elemen kreativiti dan inovasi, model ini
diharapkan dapat membuka minda murid untuk sesekali berfikir
luar dari kotak. Tambahan pula, ia merupakan suatu pendekatan
yang logik dan sistematik dan boleh diterima pakai untuk
mengukuhkan lagi kefahaman murid terhadap konsep bundar ini

Anda mungkin juga menyukai