Anda di halaman 1dari 13

KEMAHIRAN PROSES SAINS

MENGAWAL PEMBOLEH UBAH

MENGAWAL PEMBOLEH UBAH

Mengenal pasti pemboleh ubah dimanipulasikan, pemboleh ubah bergerakbalas dan


pemboleh ubah yang dimalarkan. Dalam sesuatu penyiasatan satu pemboleh ubah
dimanipulasikan untuk memerhatikan hubungannya dengan pemboleh ubah
bergerak balas. Pada masa yang sama pemboleh ubah yang lain dimalarkan.

PETUNJUK

Menentukan pemboleh ubah yang relevan dalam penyiasatan.


Menentukan pemboleh ubah yang dimanipulasi, pemboleh
ubah bergerakbalas dan pemboleh ubah dimalarkan.
Menentukan apakah yang perlu dilakukan ke atas pemboleh ubah yang
dimanipulasi.
Menyatakan perubahan pada pemboleh ubah manipulasi memberi kesan
kepada pemboleh ubah bergerakbalas.

PELAKSANAAN

• • • • • • •• ••

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN


6.0 UKURAN
6.1 Memahami ukuran panjang 6.1.2 Mengukur panjang dengan menggunakan alat
yang tidak piawai seperti:
 jengkal,hasta,depa dan tapak kaki
 klip kertas, pensel, kapur tulis, penyedut
minuman, benang, tali dan anak mancis

1
KEMAHIRAN PROSES SAINS
MENGAWAL PEMBOLEH UBAH

Mata pelajaran : Sains


Kelas : 4 Sopan Santun
Tema/Tajuk : Sains Fizikal/Ukuran
Masa : 60 minit
Standard Pembelajaran : 1.1.10, 1.1.13 dan 6.1.2
Objektif Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
o Mengukur panjang dengan menggunakan alat
pengukuran yang tidak piawai
o Merekod dengan tepat hasil pengukuran di dalam
jadual.
o Menentukan pemboleh ubah yang dimanipulasi ,
■ pemboleh ubah yang bergerakbalas dan
pemboleh ubah
■ yang dimalarkan .
o Menguasai kemahiran mengawal pemboleh ubah.
o Membuat penilaian kendiri tentang pemahaman
kemahiran pemboleh ubah.
KPS : Mengawal pemboleh ubah
Aktiviti P&P :
1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
2. Setiap kumpulan diberikan alat pengukuran yang tidak piawai seperti klip
kertas, kapur tulis dan anak mancis.
3. Guru menjelaskan aktiviti yang akan dijalankan oleh murid.
Murid mengukur panjang meja murid menggunakan alat yang disediakan.
Murid merekodkan jumlah bilangan alat pengukuran yang digunakan ke dalam
jadual pada Lembaran Kerja 1.
4. Guru bersoal jawab dengan murid mengenai hasil penyiasatan.
Nyatakan alat pengukuran yang menghasilkan jumlah bilangan yang paling
banyak?
Contoh jawapan : klip kertas

2
KEMAHIRAN PROSES SAINS
MENGAWAL PEMBOLEH UBAH

Nyatakan alat pengukuran yang menghasilkan jumlah bilangan yang paling


sedikit?
Contoh jawapan : kapur tulis
Mengapakah terdapat perbezaan dalam ukuran?
Contoh jawapan : Alat pengukuran yang digunakan berbeza
(Nota Guru :Guru menulis dipapan hitam: Panjang alat pengukuran yang
digunakan berbeza)
Apakah yang kamu ubah dalam aktiviti ini?
Jawapan : Panjang alat pengukuran
( Nota guru: Guru menyatakan kepada murid bahawa apa yang kamu ubah itu
adalah pemboleh ubah manipulasi)
Apakah yang akan turut berubah apabila pemboleh ubah yang
dimanipulasikan (panjang alat pengukuran) itu diubah?
Jawapan : Bilangan kali alat pengukuran yang sama digunakan.
( Nota guru: Guru menyatakan kepada murid bahawa apa yang berubah itu
adalah pemboleh ubah bergerakbalas)
Berdasarkan penyiasatan, apakah yang telah kamu rekodkan?
Contoh jawapan : Bilangan kali alat pengukuran yang sama digunakan
(Nota Guru : Guru menulis dipapan hitam: Bilangan kali alat pengukuran yang
sama digunakan)
Adakah kamu mengukur meja murid yang sama bagi setiap alat pengukuran?
Contoh jawapan : Ya
Apakah pemboleh ubah yang dimalarkan dalam aktiviti kamu?
Jawapan : Panjang meja murid
( Nota guru: Guru menyatakan kepada murid bahawa apa yang tidak berubah
itu adalah pemboleh ubah yang dimalarkan.)
EMK : Kreativiti
Bahan Bantu Belajar : Klip kertas, anak mancis, meja murid dan kapur tulis
Penilaian P&P : Lembaran Kerja

3
KEMAHIRAN PROSES SAINS
MENGAWAL PEMBOLEH UBAH

LEMBARAN KERJA 1
Tajuk : Ukuran
Arahan :
1. Lengkapkan jadual berdasarkan penyiasatan yang telah dijalankan.

Alat Pengukuran Bilangan Kali Alat Pengukuran


Klip kertas
Kapur tulis
Anak mancis

2. Berpandukan aktiviti yang telah dijalankan, nyatakan :


a. Pemboleh ubah yang dimanipulasikan:

b. Pemboleh ubah bergerakbalas :

c. Pemboleh ubah yang dimalarkan :

Berdasarkan penyiasatan, saya dapat menentukan Pemboleh ubah

yang dimanipulasikan Pemboleh ubah bergerakbalas

Pemboleh ubah yang dimalarkan

Berdasarkan penyiasatan yang telah saya jalankan, saya dapat


menentukan pemboleh ubah–pemboleh ubah yang dimanipulasi,
bergerakbalas dan yang dimalarkan.

4
KEMAHIRAN PROSES SAINS
MENGAWAL PEMBOLEH UBAH

LEMBARAN KERJA 2
Tajuk : Ukuran
Arahan : Jawab soalan yang berikut berdasarkan hasil penyiasatan yang
diberikan.

Kelas 4 Hornet telah menjalankan satu penyiasatan dengan menggunakan penyedut minuman yang
sama panjang untuk mengukur panjang salah satu sisi meja yang berbeza seperti Rajah 1. Hasil
penyiasatan direkodkan sebagaimana jadual di bawah.
A B C

Rajah 1

Meja Bilangan penyedut minuman


A 10
B 15
C 20
a) Berpandukan penyiasatan di atas tuliskan
i. Pemboleh ubah yang dimanipulasikan

ii Pemboleh ubah bergerak balas

iii Pemboleh ubah yang dimalarkan

Berdasarkan penyiasatan yang telah saya jalankan, saya dapat menentukan Pemboleh ubah yang

dimanipulasikan

Pemboleh ubah bergerakbalas Pemboleh ubah

yang dimalarkan

Berdasarkan penyiasatan yang telah saya jalankan, saya dapat


menentukan pemboleh ubah-pemboleh ubah yang dimanipulasi,
bergerakbalas dan yang dimalarkan.

5
KEMAHIRAN PROSES SAINS
MENGAWAL PEMBOLEH UBAH

LEMBARAN KERJA 3
Tajuk : Masa

Arahan : Jawab soalan berdasarkan penyiasatan berikut.

Jarak larian / meter 50 100 150 200


Masa yang diambil / saat 8 16 24 32
Jadual di bawah menunjukkan masa yang diambil oleh Ariq untuk melengkapkan lariannya dalam
jarak yang berlainan. Selepas setiap larian, Ariq berehat sebelum larian seterusnya.
a. Dalam penyiasatan ini, kenal pasti apakah:
i) Pemboleh ubah yang dimanipulasikan

ii) Pemboleh ubah bergerakbalas

iii) Pemboleh ubah yang dimalarkan

b. Apakah yang berlaku kepada pemboleh ubah bergerakbalas sekiranya pemboleh ubah
yang dimanipulasi diubah?

c. Apakah yang akan berlaku kepada pemboleh ubah yang lain sekiranya tempat larian
ditukar?

d. Apakah yang akan berlaku kepada pemboleh ubah yang lain sekiranya Ariq, Bala, Chong
dan Darwan mengambil bahagian dalam acara 200 meter?

Berdasarkan penyiasatan yang telah sayajalankan, saya dapat menentukan Pemboleh ubah yang
dimanipulasikan
Pemboleh ubah bergerakbalas Pemboleh ubah
yang dimalarkan
Menyatakan perubahan pada pemboleh ubah manipulasi memberi kesan kepada
pemboleh ubah bergerakbalas

Berdasarkan penyiasatan yang telah saya jalankan, saya dapat


menentukan pemboleh ubah.

6
KEMAHIRAN PROSES SAINS
MENGAWAL PEMBOLEH UBAH

• • • • • • •• ••

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN


7.0 SIFAT BAHAN
7.2 Memahami sifat-sifat 7.2.1 Member contoh bahan dari segi kebolehan
bahan menyerap air sama ada menyerap atau kalis
air dengan menjalankan aktiviti.

Mata pelajaran : Sains


Kelas : 4 Pilatus
Tema/Tajuk : Sains Bahan/ Sifat Bahan
Masa : 60 minit
Standard Pembelajaran : 1.1.10, 1.1.13, 7.2.1
Objektif Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
o Mengenal pasti kebolehan menyerap air atau kalis air.
o Merekod dengan tepat hasil dapatan di dalam jadual
o Menentukan pemboleh ubah yang dimanipulasi,
■ pemboleh ubah yang bergerakbalas dan
pemboleh ubah
■ yang dimalarkan.
o Membuat penilaian kendiri tentang pemahaman
kemahiran pemboleh ubah.
KPS : Mengawal Pemboleh ubah
Aktiviti P&P :
1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
2. Setiap kumpulan diberikan bikar, silinder penyukat dan bahan seperti span,tuala dan
polisterina yang sama saiz.
3. Guru menjelaskan aktiviti yang akan dijalankan oleh murid.
 Isikan 100ml air ke dalam setiap bikar.
 Rendamkan setiap objek ke dalam setiap bikar tersebut.

7
KEMAHIRAN PROSES SAINS
MENGAWAL PEMBOLEH UBAH

 Keluarkan semula objek-objek daripada bikar dan perhatikan kandungan air


yang tinggal di dalam bikar-bikar tersebut.
 Masukkan isipadu air yang tinggal tersebut ke dalam silinder penyukat.
 Rekodkan isipadu air bagi setiap bikar ke dalam jadual yang disediakan.
Bahan Isipadu air / ml Isipadu air / ml
(sebelum penyiasatan) (selepas penyiasatan)
Span 100
Polisterina 100
Tuala 100

4. Murid membentangkan hasil penyiasatan tersebut.


5. Guru bersoal-jawab dengan murid mengenai hasil yang diperolehi.
Soalan guru:
 Apakah pemerhatian anda?
 Isipadu air dalam bekas yang manakah yang paling sedikit?
 Kemanakah hilangnya air tersebut?
 Nyatakan objek yang paling banyak menyerap air ?
Contoh jawapan : Tuala
 Nyatakan objek yang paling kurang menyerap air ?
Contoh jawapan : Span
 Nyatakan objek yang tidak menyerap air?
Contoh jawapan : Polisterina
 Mengapakah berlaku perbezaan pada isipadu air yang diserap?
Contoh jawapan : Jenis bahan yang digunakan berbeza.
(Nota Guru :
Guru menulis dipapan hitam : Jenis bahan yang digunakan untuk
menghasilkan objek adalah berbeza)
 Berdasarkan penyiasatan, apakah yang telah kamu rekodkan.
Contoh jawapan : Isipadu air yang tinggal selepas objek dikeluarkan.
(Nota Guru : Guru menulis dipapan hitam: Isipadu akhir air)
 Adakah kamu menggunakan isipadu air yang sama di awal penyiasatan ini?

8
KEMAHIRAN PROSES SAINS
MENGAWAL PEMBOLEH UBAH

Contoh jawapan : Ya.


(Nota Guru : Guru menulis dipapan hitam : Isipadu awal air)

6.Guru meneruskan lagi soal jawab untuk menerangkan tentang pemboleh ubah.
Soalan guru :
 Apakah yang kamu ubah dalam aktiviti ini?
Jawapan : Jenis objek
( Nota guru: Guru menyatakan kepada murid bahawa apa yang kamu ubah itu
adalah pemboleh ubah dimanipulasi)
 Apakah yang akan turut berubah apabila pemboleh ubah yang dimanipulasi
itu diubah?
Jawapan : Isipadu air yang tinggal
( Nota guru: Guru menyatakan kepada murid bahawa apa yang berubah itu
adalah pemboleh ubah bergerakbalas)
 Apakah yang kamu tidak ubah dalam aktiviti ini?
 Apakah pemboleh ubah yang dimalarkan dalam aktiviti kamu?
Jawapan : Isipadu awal air
( Nota guru: Guru menyatakan kepada murid bahawa apa yang tidak berubah itu
adalah pemboleh ubah yang dimalarkan)
 Mengapakah isipadu awal air perlu dimalarkan?
Jawapan : supaya dapat :
1. perbandingan yang tepat
2. keputusan yang betul

EMK : Kreativiti
Bahan Bantu Belajar : Bikar, silider penyukat, air, span, tuala dan polisterina.
Penilaian P&P : Lembaran Kerja

9
KEMAHIRAN PROSES SAINS
MENGAWAL PEMBOLEH UBAH

LEMBARAN KERJA 1

Tajuk : Kebolehan bahan menyerap air.


Arahan :
1. Lengkapkan jadual berdasarkan penyiasatan yang telah dibuat.

2. Berpandukan aktiviti yang telah dijalankan, tuliskan :


a) i. Pemboleh ubah yang dimanipulasikan:

ii. Pemboleh ubah bergerakbalas :

iii.Pemboleh ubah yang dimalarkan :

b. Apakah yang berlaku kepada pemboleh ubah


bergerakbalas sekiranya pemboleh ubah yang
dimanipulasi diubah?

Berdasarkan penyiasatan yang telah saya jalankan, saya dapat menentukan :

Pemboleh ubah yang dimanipulasikan Pemboleh


ubah bergerakbalas Pemboleh ubah yang
dimalarkan
Menyatakan perubahan pada pemboleh ubah manipulasi memberi kesan kepada
pemboleh ubah bergerakbalas.

Berdasarkan penyiasatan, saya dapat menentukan pemboleh ubah-


pemboleh ubah di atas.

10
KEMAHIRAN PROSES SAINS
MENGAWAL PEMBOLEH UBAH

LEMBARAN KERJA 2
Tajuk : Sifat Bahan
Arahan : Jawab soalan yang berikut berdasarkan hasil penyiasatan yang diberikan.
Kelas 4 Bistari telah menjalankan satu penyiasatan dengan menggunakan bikar yang
mengandungi isipadu air yang sama untuk mengukur kebolehan menyerap air. Murid diberi
bahan seperti sehelai kertas, beg plastik dan span.

Jadual di bawah menunjukkan keputusan penyiasatan tersebut.

Jenis Bahan Kertas Beg Plastik Span

Isipadu awal air / ml 100 100 100

Isipadu air yang tinggal / ml 85 100 70

Jumlah air yang diserap / ml 15 0 30

Berpandukan penyiasatan di atas, nyatakan

i. Pemboleh ubah yang dimanipulasikan

11
KEMAHIRAN PROSES SAINS
MENGAWAL PEMBOLEH UBAH

ii. Pemboleh ubah bergerak balas

iii. Pemboleh ubah yang dimalarkan

Berdasarkan penyiasatan yang telah saya jalankan, saya dapat menentukan Pemboleh ubah yang
dimanipulasikan

Pemboleh ubah bergerakbalas Pemboleh ubah

yang dimalarkan

Menyatakan perubahan pada pemboleh ubah manipulasi memberi kesan kepada

pemboleh ubah bergerakbalas.

Berdasarkan penyiasatan, saya dapat menentukan pemboleh


ubah–pemboleh ubah di atas.

12
KEMAHIRAN PROSES SAINS
MENGAWAL PEMBOLEH UBAH

PENILAIAN KENDIRI

Berdasarkan penyiasatan, saya dapat menentukan Pemboleh ubah

yang dimanipulasikan Pemboleh ubah bergerakbalas

Pemboleh ubah yang dimalarkan

Menyatakan perubahan pada pemboleh ubah manipulasi memberi kesan kepada


pemboleh ubah bergerakbalas

Berdasarkan penyiasatan yang telah saya jalankan, saya dapat


menentukan pemboleh ubah.

13

Anda mungkin juga menyukai