Anda di halaman 1dari 2

KUBENTANG SEHELAI PETA

(Antologi Kubentang Sehelai Peta)

MAKSUD RANGKAP

R1: Semasa berkunjung ke kampung halaman, penyajak mengimbau kembali kisah-kisah lama
kehidupannya. Penyajak mula menyatakan perjalanan hidupnya dari kecil sehingga berusia 60 tahun.

R2: Penyajak terkenang kembali pada zaman kanak-kanaknya, dia bermain dengan lumpur sawah
dan aktivti memancing ikan mendidiknya erti kesabaran.

R3: Keazamannya dalam menuntut ilmu menyebabkan penyajak sanggup menempuh pelbagai
cabaran dan kesusahan walaupun dengan hanya berkaki ayam untuk pergi ke sekolah sambil
ibunya memerhati di anak tangga.

R4: Zaman remaja penyajak yang penuh ranjau dilalui dengan ketabahan dan penyajak mula berjinak
dengan penulisan puisi sebagai tempat untuk meluahkan perasaan.

R5: Usia penyajak yang semakin meningkat telah mematangkan dirinya dan dia selalu bermuhasabah
diri tentang tujuan hidup di dunia ini dan merenung kembali pahit getir yang pernah dilalui sebelum
berjaya.

R6: Walaupun penyajak sudah berada di puncak kejayaannya, penyajak masih tetap mengingati asal-
usulnya dan tidak mudah lupa diri.

TEMA

Sajak ini bertemakan jati diri.

Penyair teringat dan bermuhasabah tentang dirinya yang mencapai usia 60 tahun. Dia terkenangkan
kehidupan zaman kanak-kanaknya, zaman persekolahan, zaman remaja sehinggalah zaman usia
tuanya. Baginya, hari tua adalah kemuncak kehidupan yang seharusnya telah berjaya dipenuhi
dengan jati diri bagi memenuhi makna kewujudannya di dunia ini.

PERSOALAN

1. Ketabahan dalam mengharungi cabaran hidup


Contoh: Di atas rakit ini kurempuh kesulitan

2. Kegigihan menuntut ilmu


Contoh: menajamkan kalam dan berkaki ayam
menyusur denai basah ke sekolah

3. Kegigihan mencapai cita-cita


Contoh:antara bakat menulis puisi
dengan mengasah perasaan
SAJAK : SEKEPING KARTU KECIL

MAKSUD SETIAP RANGKAP

Berdasarkan sajak SEKEPING KARTU KECIL karya Mohd Adid Ab Rahman,terdapat maksud bagi setiap
rangkap tersebut .iaitu rangkap pertama ialah penyajak menyangka bahawa kekasihnya telah
melupakannya kerana mereka telah lama berpisah.

Rangkap kedua pula penyajak menerima kad ucapan hari raya daripada kekasihnya.

seterusnya maksud rangkap ketiga ialah memerihalkan bahawa kad tersebut telah menggembirakan
penyajak dan penyajak terkenag akan hubungan mereka pada masa lampau.

Maksud rangkap keempat ialah penyajak ingin berkunjung ke rumah sahabatnya pada hari raya
nanti.Bukan sebagai kekasih tetapi sebagai sahabat.Penyajak meminta kekasihnya melayannya
sebagai sahabat.

TEMA

Berdasarkan sajak SEKEPING KARTU KECIL karya Mohd Adid Ab Rahman,tema sajak tersebut ialah
bertemakan persahabatan.Penyajak mengharapkan hubungan yang terputus antara dia dengan
kekasihnya akan tetap berkekalan tetapi sebagai sahabat.

PERSOALAN

1. Persoalan kesetiaan dalam memupuk persahabatan contohnya


ya,ingin sekali aku berkunjung ke rumahmu
bukan lagi sebagai kekasih seperti kelmarin.

2. Persoalan kasih sayang dalam keluarga contohnya


Justeru sebagai saudara seagama bersama isteri
dan tiga orang anak tercinta.

3. Persoalan menghormati tetamu contohnya


sambutlah sebagaimana kebiasaan
engkau menyambut tetamu.

4. Persoalan kepentingan menjalinkan hubungan persaudaraan. Contohnya


kiranya hubungan
persaudaraan kita
terus kukuh kekal
berpanjangan sampai bila-bila.

Anda mungkin juga menyukai