Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI MINGGU 13

Sepanjang minggu ke 13 menjalani praktikum di Sekolah Menengah Kebangsaan

Sungai Layar, saya masih menggunakan teknologi seperti laptop dan projektor untuk

melaksanakan aktiviti pembentangan dan aktiviti kuiz yang menggunakan aplikasi

“Quizizz”. Sebelum melaksanakan kelas, saya masih menggunakan teknik “flipped

classroom” untuk memastikan mereka bersedia dengan pengetahuan mereka mengenai

topik yang akan dibincangkan. Flipped classroom juga digunakan adalah untuk

memastikan murid yang tidak hadir ke sekolah tidak ketinggalan topik yang dibincangkan

Semasa melaksanakan kelas, saya akan mulakan dengan sesi soal jawab dan

perbincangan berkaitan pengalaman mereka kemudian dikaitkan dengan topik yang akan

dipelajari. Murid perlu dirangsang dengan persoalan tentang pengalaman mereka

barulah mereka dapat mengaitkan pengalaman mereka dengan topik yang dipelajari. Hal

ini membantu mereka untuk lebih memahami topik yang dipelajari. Selepas bertanya

dengan murid tentang pengalaman mereka, saya menggunakan bantuan teknologi

seperti laptop dan projektor untuk perbincangan topik bersama murid. Saya membuat

penerangan diikuti dengan sesi soal jawab dan perbincangan untuk memastikan bukan

saya sahaja yang bercakap, tetapi murid juga terlibat dalam perbincangan topik. Saya

sering menyoal murid tentang topik tetapi yang berkaitan dengan pengalaman mereka

supaya mereka boleh memberikan contoh terdekat daripada sekeliling mereka.

Selain daripada itu, dalam aktiviti aplikasi idea, saya gemar menggunakan aplikasi

yang berasaskan permainan agar mereka lebih bersemangat untuk melakukan aktiviti

tersebut. Antara aplikasi yang sering saya gunakan adalah, Wordwall, Quizizz, Kahoot,

Quizwhizzer dan lain-lain. Aplikasi sebegini mampu melibatkan semua murid dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran kerana ianya sangat menarik untuk digunakan.

Saya kerap menggunakan aplikasi ini untuk aktiviti pengukuhan seperti soalan objektif

secara berkumpulan untuk mereka membuat perbincangan tentang jawapan apakah

yang betul berdasarkan soalan.

Justeru itu, sebagai seorang guru perlulah melaksanakan pelbagai variasi aktiviti

dan bahan bantu mengajar agar murid dapat pengalaman pembelajaran yang baik dan

membentuk semangat mereka dalam menyertai semua aktiviti yang dirancang.

Penggunaan teknologi sangat membantu guru dalam penyediaan bahan bantu mengajar

dan video boleh ditayangkan untuk murid dapat menganalisis setiap isi kandungan topik

yang akan mereka pelajari. Tayangan video boleh merangsang murid untuk memberi idea

dan pendapat mereka untuk dikaitkan dengan topik pembelajaran mereka. Penggunaan

teknologi juga boleh membantu aktiviti pengukuhan seperti menggunakan aplikasi

Quizziz kemudian murid menjawab menggunakan tablet secara berkumpulan. Seorang

guru perlu meneroka lebih banyak kaedah dan aktiviti mengajar agar aktiviti yang

dilaksanakan dapat menarik perhatian murid untuk belajar.

Anda mungkin juga menyukai