Anda di halaman 1dari 6

Kemahiran Vokasional Spesifik Modular

PPKI, SMK Matang Jaya, Kuching


Kemahiran Vokasional Spesifik Modular
PPKI, SMK Matang Jaya, Kuching

KERTAS KERJA MEMOHON PERUNTUKAN MEMBELI BAHAN DAN PERALATAN UNTUK MENCUCI

Oleh Mastura binti Hasim @Mohammad

1.0 Tujuan
Kertas kerja ini bertujuan untuk memohon kelulusan membeli bahan dan peralatan mencuci bengkel
bagi kegunaan MBPK yang mengambil kelas Kemahiran Vokasional Spesifik dan Asas Masakan.

2.0 Pengenalan
Subjek Kemahiran Vokasional Spesifik Modular adalah salah satu subjek yang ditawarkan kepada
MBPK . Pendidikan vokasional ini merupakan pendidikan amali yang menitikberatkan kemahiran dan
memberi penekanan dari aspek disiplin serta membentuk sikap positif MBPK bagi menguasai
kemahiran yang diperlukan untuk melakukan sesuatu pekerjaan.

Subjek Asas Masakan juga diperkenalkan kepada MBPK ketika Tingkatan satu sebagai asas untuk KVS
yang seterusnya di Tingkatan 2 hingga 5. Di PPKI SMK Matang Jaya, MBPK diberi peluang menceburi
dua bidang kemahiran vokasional spesifik ini iaitu Asas Pembuatan Roti dan Asas Pembuatan Pastri.
Kedua-dua kemahiran ini memberi peluang kepada MBPK mengaplikasi sendiri kemahiran yang
dipelajari di dalam bengkel masakan.

Oleh itu, bahan dan peralatan mencuci sangat penting terutamanya dari aspek keselamatan,
kebersihan dan kesihatan serta cara kerja yang lebih sistematik di dalam bengkel.

3.0 Objektif
Antara tujuan utama pembelian bahan dan peralatan untuk mencuci ini adalah agar MBPK dapat:
i. mengamalkan kebersihan, keselamatan dan kesihatan yang baik di bengkel dan
kehidupan seharian.
ii. Mendisiplin diri untuk menjaga kebersihan bengkel dan mengaplikasikan dalam
kehidupan seharian.

4.0 Sasaran Murid

4.1 Kelas Pembuatan Pastri


4.1.1 5 PKKS Pastri Bestari – 14 orang

4.2 Kelas Pembuatan Roti


4.2.1 4 PKKS Roti Bestari – 12 orang
4.2.2 3 PKKS Roti Bestari – 16 orang
4.2.3 2 PKKS Roti Bestari – 17 orang

4.3 Kelas Asas Masakan


4.3. 1 PKKS Masak Bestari – 18 orang

5.0 Tempoh Masa


Jumlah Waktu subjek Kemahiran Vokasional Spesifik Modular

5.1 Pembuatan Pastri


5.1.1 5 PKKS Pastri Bestari (Cg Nora Azlina) – 28 waktu
Kemahiran Vokasional Spesifik Modular
PPKI, SMK Matang Jaya, Kuching

5.2 Pembuatan Roti


5.2.1 4 PKKS Roti Bestari(Cg Norlia) – 28 waktu
5.2.2 3 PKKS Roti Bestari(Cg Rosnah) –28 waktu
5.2.3 2 PKKS Roti Bestari(Cg Mastura) –28 waktu

5.3 Asas Masakan


5.3.1 1 PKKS Masak Bestari(Cg Alniza)– 24 waktu

5.0 Perancangan Aktiviti

5.1 Murid Subjek Kemahiran Vokasional Spesifik Modular Pembuatan Pastri boleh
menguasai kemahiran membuat cream puff, cucur, puding dan kek serta
mengaplikasikan kemahiran tersebut secara individu mengikut amalan kesihatan,
keselamatan dan kebersihan penyediaan yang standard semasa Penilaian
Kompentensi setiap CoCu.

5.2 Murid Subjek Kemahiran Vokasional Spesifik Modular Pembuatan Roti boleh
menguasai kemahiran membuat donut dan roti serta mengaplikasikan kemahiran
tersebut secara individu mengikut amalan kesihatan, keselamatan dan kebersihan
penyediaan yang standard semasa Penilaian Kompentensi setiap CoCu.

5.3 Murid Subjek Asas Masakan boleh menguasai kemahiran asas memasak seperti
menggoreng, merebus, membakar dan mengaplikasikan kemahiran tersebut secara
individu mengikut amalan kesihatan, keselamatan dan kebersihan penyediaan yang
standard semasa Penilaian Kompentensi setiap unit.

6.0 Anggaran Kos Pembelian

B. PERKARA KUANTITI HARGA SEUNIT(RM) JUMLAH


1 PLASTK SAMPAH 50L (45PCS) 1 UNIT 8.50 RM 8.50

2 TONG SAMPAH ( S ) 1 UNIT 185.00 RM 185.00


Kemahiran Vokasional Spesifik Modular
PPKI, SMK Matang Jaya, Kuching

B. PERKARA KUANTITI HARGA SEUNIT(RM) JUMLAH

B. PERKARA KUANTITI HARGA SEUNIT(RM) JUMLAH


3 AMPAIAN BAJU 1 UNIT 368.00 RM 368.00

4 PENCUCI PNGGAN 10 LITRE 3 UNIT 30.00 RM 90.00

5 PENCUCI LANTAI 10 LITRE 3 UIT 30.00 RM 90.00

6 MOP LANTAI 5 UNIT 25.00 RM 125.00


Kemahiran Vokasional Spesifik Modular
PPKI, SMK Matang Jaya, Kuching

B. PERKARA KUANTITI HARGA SEUNIT(RM) JUMLAH

B. PERKARA KUANTITI HARGA SEUNIT(RM) JUMLAH


7 SPAN PENCUCI PINGGAN 35 UNIT 1.00 RM 35.00

8 SERBUK PENCUCI TOP 3.8KG 2 UNIT 35.00 RM 70.00

9 CLEAR PLASTIC MOUTH FACE COVER(10PCS) 6 UNIT 15.00 RM 90.00

JUMLAH RM1,061.50

7.0 Sumber Kewangan

Sumber kewangan adalah melalui peruntukkan Kemahiran Pembuatan Roti PPKI.


Kemahiran Vokasional Spesifik Modular
PPKI, SMK Matang Jaya, Kuching

8.0 Anggaran Kos Pembelian

Kami berharap pihak sekolah dapat mempertimbangkan permohonan kami ini. Troli Mesin Pengadun
Industri ini amatlah diperlukan dalam pembelajaran subjek Kemahiran Vokasional Spesifik Modular
dan Asas Masakan ;terutamanya bagi menggalakkan amalan keselamatan asas di bengkel
kemahiran. Seterusnya membolehkan pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan
lancar dan berkesan.

Disediakan oleh; Disemak oleh;

(MASTURA BINTI HASIM) (LINA BINTI NEN)


Guru KVS Modular, Penolong Kanan Pendidikan Khas
Pembuatan Pastri. SMK MATANG JAYA
SMK MATANG JAYA

Diluluskan oleh;

(ANITA BINTI HASBI)


Pengetua

Anda mungkin juga menyukai