1. Penganjur
- Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Johor.
2. Matlamat
- Melahirkan guru, pelajar yang bertangjungjawab, kreatif, inovatif dan berpengetahuan
serta mempraktikkan ilmu yang dipelajari.
3. Obejktif Pertandingan
3.1 Memupuk minat dan kemahiran murid dalam bidang pemprosesan makanan
3.2 Meningkatkan pengetahuan murid dalam bidang keusahawanan
3.2 Meningkatkan keyakinan diri murid.
3.4 Melatih murid supaya boleh berfikir secara kreatif dan kritis
3.4 Membentuk murid yang kreatif merekacipta dan mengaplikasikan pengetahuan yang telah
dipelajari.
4. Sasaran
- Semua Sekolah Menengah Negeri Johor yang mengambil matapelajaran MPV Pemprosesan
Makanan di bawah pentadbiran Jabatan Pelajaran Negeri Johor.
5. Strategi Perlaksanaan
Peringkat Negeri
5.1 Pertandingan di peringkat negeri hendaklah dikendalikan oleh Jabatan Pelajaran Johor.
5.2 Satu Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Pelaksana pertandingan peringkat negeri perlu
diwujudkan.
5.3 Jawatankuasa pertandingan peringkat negeri hendaklah menetapkan tarikh dan seterusnya
memaklumkan ke daerah-daerah.
5.4 Perbelanjaan dan hadiah-hadiah pertandingan peringkat negeri di bawah tanggungan pengajur.
6. Aspek Pertandingan
- Penilaian pertandingan dijalankan dari aspek-aspek berikut:
6.1 Tema pertandingan adalah merekacipta produk hasilan daging(nugget)
6.2 Pemarkahan Berdasarkan :
7. Aspek Pameran
7.1 Sekolah yang terlibat perlu mempersembahkan produk-produk yang telah ditetapkan dengan
kemas dan menarik
7.2 Sekolah yang terlibat adalah:
8. Peraturan Pertandingan
8.1 Pertandingan terbuka kepada murid tingkatan 4 dan 5 matapelajaran Pemprosesan Makanan.
8.2 Pertandingan secara berkumpulan.
• Dua orang untuk pameran produk
• Dua orang untuk pertandingan kacipta produk hasilan daging(nugget)
8.3 Semua bahan dan alatan disediakan oleh sekolah masing-masing.
8.4 Produk yang akan dipamerkan adalah mengikut modul pembelajaran dan dibahagikan
kepada sekolah yang mengambil bahagian.
8.5 Guru pengiring boleh bersama murid menyusun atur produk untuk pameran.
8.6 Guru pengiring tidak dibenarkan bersama murid ketika pertandingan dijalankan
8.7 Pakaian peserta adalah berpakaian sekolah dan lab coat.
8.8 Tempoh untuk memproses produk bakeri 1 jam.
8.9 Keselamatan murid adalah tanggungjawab bersama.
8.10Pihak penganjur berhak meminda mana-mana syarat dan kriteria pertandingan dari masa
ke semasa demi kepentingan pengurusan serta objektif pertandingan
9. Tarikh Pertandingan
9.1 Peringkat Negeri: 24 - 25 April 2009 (tertakluk kepada pindaan).
10. Hadiah
10.1 Hadiah diperingkat negeri:
10.1.1 Johan
10.1.2 Naib Johan
10.1.3 Ketiga
10.1.4. Saguhati
10.1.5. Sijil Penyertaan
10.2 Cenderamata/Saguhati untuk pengadil serta sijil