Nama Sekolah : SK JALAN SELAMA. Kod Sekolah : KBB 1016
1 Nama Guru SHAHAIRI BIN SURATMAN
2 Judul Komunikasi Organisasi 3. Bidang: Amalan Nilai Profesinalisme ( Komunikasi Berkesan) 4 Tarikh - 5. Masa:- Pembentangan 6 Tempat - Pembentangan 7 Sinopsis: Buku ini telah ditulis oleh Dr. Narimah Ismail iaitu seorang pensyarah di Jabatan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia dan Dr. Saodah Wok juga merupakan seorang pensyarah di Jabatan Komunikasi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Buku ini telah diterbitkan pada tahun 2002 bagi terbitan pertama dan diulang cetak pada tahun 2003. Komunikasi adalah perkara asas seperti keperluan makanan, pakaian dan tempat tinggal. Ia penting dalam kehidupan kita sebagai individu, anggota keluarga, masyarakat dan rakyat sesebuah negara. Oleh itu, dengan memahami proses komunikasi kita dapat menjadi individu yang cemerlang sama ada sebagai pemimpin, pengikut ataupun masyarakat. Komunikasi Organisasi adalah sebuah buku yang membincangkan pelbagai aspek berkenaan komunikasi. Buku ini amat sesuai kepada guru atau individu yang ingin mengetahui perkara-perkara asas bidang komunikasi dan teori-teorinya. 8 Nilai Pengetahuan / Pengajaran : Buku ini sesuai dibaca oleh para pelajar dan profesionalisme dalam bidang komunikasi serta masyrakat umum kerana ia membincangkan aplikasi komunikasi dalam pelbagai situasi. Selain itu, buku juga dapat membantu seseorang guru atau pemimpin dalam organisasi mengetahui cara pengurusan krisis organisasi, pelan pengurusan krisis dan masalah pemikiran kelompok dalam organisasi. Buku ini memberi sumbangan ilmu kepada guru-guru untuk meningkatkan kefahaman mengenai kanak-kanak yang susah belajar. Melalui buku ini juga guru akan dapat meningkatkan pengetahuan bagaimana cara mengenali kanak-kanak bermasalah Lampiran C
pembelajaran dan seterusnya menangani kanak-kanak bermasalah pembelajaran ini
dengan menggunakan kaedah-kaedah yang disyorkan dalam buku ini. Selain itu, melalui buku ini kita akan mengetahui peranan-peranan ibu bapa dalam mengatasi masalah kanak-kanak yang susah belajar. Ibu bapa ataupun guru juga dapat mengajar kanak- kanak bermasalah pembelajaran memahami konsep kemahiran asas seperti yang disenaraikan dalam buku ini. 9 Aplikasi Ilmu dalam organisasi / P & P: Ilmu Mengurus Kemahiran Asas :- a) memahami panggilan nama b) memahami panggilan nama anggota keluarga. c) mengenali objek d) mengenal nama objek e) bercerita mengenai gambar f) mengenal perkataan perbuatan g) memperkenalkan perkataan atas dan bawah h) menyalin perkataan dan sebagainya. Ilmu Mengurus Kanak-kanak Dyslexia:- a) Kemahiran Membaca Ilmu mengurus Komunikasi Kanak-kanak bermaslah pembelajaran:- a) Komunikasi antara perseorangan. b) Komunikasi antara kumpulan kecil c) Komunikasi umum d) Komunikasi masa e) Komunikasi bercirikan kekeluargaan
Disediakan oleh; Disahkan oleh;
...................................................................... ...................................................................... (SHAHAIRI BIN SURATMAN)